~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, April 9, 2012

Warkah Daim buat Dhia...


As’salamualaikum
Buat Permaisuriku, Dhia Lutfiyah.
Sayang, sudah bersediakah Sayang untuk menjadi Permaisuri yang akan sentiasa bertahta dalam hati Abang? Sayang, esok adalah hari kita akan disatukan sebagai suami isteri. Sejujurnya Abang mahu Sayang tahu satu cerita mimpi. Abang nak cerita berdepan dengan Sayang tapi panahan mata Sayang tu memukau sangat. Jadinya, Abang coretkan dalam warkah ini.
Sayang nak tahu tak? Sebenarnya Sayang telah lama berada di hati Abang. Sejak dua tahun yang lalu, Abang selalu mendapat mimpi petanda tentang Sayang. Mata Sayang selalu bermain di fikiran Abang. Bermain dihati Abang.
Abang mengaku Abang terlalu ego untuk mempercayai jodoh pilihan mak. Abang terlalu ego untuk merendahkan diri berjumpa dengan Sayang. Tapi selepas terjumpa Sayang di Endau Rompin, hati Abang tak keriuan. Tapi masa itu, Abang tak tahu Sayang adalah tunang Abang. Kalaulah Abang tahu...
Sayang, setiap kali Abang jumpa dengan wanita lain, Abang tak mampu lafazkan kata sayang. Hanya pada Sayang sahaja Abang mampu lafazkan dengan tenang dan damai.
Sekarang Abang baru tahu penangan Calon Menantu Mak. Taklah teruk sangat. Hehehe...
Kita jumpa hari nikah kita nanti Ya Sayang... i love you more than everything.  

9 comments:

Aida Sherry said...

romantiknya Daim ni.... beruntung Dhia...

Cik Gadis Desa said...

Bila buku CMM ni nak keluar d pasaran?

Anonymous said...

aduhai lamanya nak tggu novel ne? bila akan dipasarkan... rindu kat daim &dhia....

-nursyam-

ezaitie nfib. said...

As'salam...

kalo korg x sabo, che ezaitie pun sama... melalui last email che ezaitie dgn pihak penerbit, CMM skrg sdg disemak utk fasa kedua... doakan CMM berjaya diterbitkan ya?

Uchila86 said...

agak bila la nak keluar yer.. xsabar rasanya baj bca

ezaitie nfib. said...

As'salam, Uchila86
tu la Che Ezaitie pun x sabo CMM nk dikeluarkan bila...tp wat masa ni, terpaksala sabarkan dulu ya? sbb pihak penerbitan melalui email akan memaklumkan utk tiindakan seterusnya..sabar eh?

Anonymous said...

Salam..bila ye CMM nk dikeluarkan..xsabar nk taw cite selanjutnya...??

ezaitie nfib. said...

W'Salam latest Updated br je dpt beremel dgn pihak penerbitan...katanya CMM dah masuk dalam senarai penerbitan tahun 2014... sungguh lama kan?

Anonymous said...

Casinos in San Francisco - Lucky Club
Here is the list of San Francisco casinos with slots and other great games to keep you entertained. Check the list below to learn the luckyclub latest What are the best San Francisco casinos?Which are the best?