~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, March 5, 2012

Ais Ketul D'Amor bab 2




Bab 2

            “Oooohhhh... ibu. Where are you?” sengaja Fawwaz melunak-lunakkan suaranya memanggil Datin Naemah.
            Tali leher dan beg kerja dicampakkan ke sofa di ruang tamu rumah. Langkahnya pantas mencari Datin Naemah. Setiap pagi dan petang kalau Fawwaz mempunyai kesempatan, Datin Naemah pasti akan dipeluk dan diciumnya saban hari. Kadang Datin Naemah sendiri pun naik lemas dengan perangai anak bongsunya. Kadang itu, sengaja je Datin Naemah berkurung dalam bilik mengelakkan dicium Fawwaz. Dato’ Hakim pun tak pernah cium dia beria sampai macam ni.
            “Alamak! Fawwaz dah balik,”
            Mendengarkan kereta Fawwaz masuk ke dalam garaj kereta, cepat-cepat Datin Naemah melarikan diri ke kebun kecilnya. Sengaja diambil tanah yang masih basah disapu ke muka. Helak tidak mahu Fawwaz menciumnya. Al-maklumlah, Fawwaz ni terlalu ke arah kesempurnaan. Jadinya, pada fikiran Datin Naemah, mesti Fawwaz akan mula membebel tentang kebersihan dan kemudian mesti akan melupakan niat untuk menciumnya pada hari ini.
            Ketawa kecil Mak Cik Faridah melihatkan Datin Naemah sudah berlari itik meninggalkan ruang dapur.
            “Ibu. Dekat sini rupanya Ibu. Penat Chik cari,” Fawwaz sudah berjaya menjumpai Datin Naemah.
            “Eh! Anak ibu dah balik,” tanah ditangan cepat-cepat disapu ke mukanya lagi.
            “Awal anak ibu balik hari ini? Tak banyak kerja ke dekat office?” sambung Datin Naemah.
            “Umm...ada benda sikit nak cakap dengan ibu. Tapi nantilah lepas makan malam Chik cerita. Ibu masak pe hari ini?” soal Fawwaz yang sudah memeluk Datin Naemah. Manja.
            “Hari ini ibu masak masak lemak telur itik,” tolonglah jangan cium aku.
            Itulah dia Datin Naemah. Walaupun mempunyai seorang tukang masak yang diimport khas dari kampung halamannya di Batu Pahat, Johor. Kerja masak memasak tetap Datin Naemah lakukan. Bak kata Datin Naemah, air tangan ini adalah pengikat kasih sayang. Walaupun Mak Cik Faridah tu sudah lama berkhidmat untuk keluarga Dato’ Hakim dan Datin Naemah, Mak Cik Faridah hanya memasak bila kala Datin Naemah mengikut Dato’ Hakim keluar Negara bagi urusan perniagaan.
            “Sedap. Ibu, kenapa comot sangat ni? Ish! Ish! Tak macam datinlah ibu ni,” Fawwaz menyapu tanah yang berada dimuka Datin Naemah.
            Dua beranak ini jalan beriringan dengan tangan Fawwaz memeluk bahu Datin Naemah menuju masuk ke dalam rumah.
            “Ibu ni bukan datin moden yang sibuk berpersatuan sana sini. Ibu ni datin kampung. Yang bercucuk tanam. Yang main dengan tahi ayam. Yang tak reti duduk diam. Abah jumpa ibu pun masa ibu dengan basuh kain dekat sungai. Abah kahwin dengan ibu pun masa abah baru je nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Sekarang ni je nasib kita berubah. Selepas kamu masuk sekolah menengah baru abah dapat pangkat dato’ dan ibu dapat pangkat datin. Ibu tak nak pun gelaran datin tu. Ibu nak...”
            “Ah! Ok, ok. Chik tahu. Tak payah cakap dah,” Fawwaz mengangkat tangan separa bahu. Tanda menyerah kalah.
            Sudah dapat mengagak dah. Mesti nak cakap “... Ibu nak cucu.” Helah lama yang berlapuk. Sejak dua tahun yang lepas.
            “Jadinya?” Datin Naemah mengangkat kening dua kali.
            “Chik mandi dulu. Daa...” Fawwaz  meninggalkan Datin Naemah yang tersenyum kambing di kebun kecilnya.
            “Menjadi juga trick aku. hehe...” gelak Datin Naemah kecil.
            Tangan yang kotor dan muka dibersihkan di paip getah. Bersih sebersihnya. Kemudian langkahnya terus di atur laju menuju ke dapur. Menyambung balik segala tugasan yang masih tergendala. Urusan masak memasak belum selesai sepenuhnya lagi. Terasa macam nak buat pajeri nenas pula.
###
            Seusainya bersolat Isyak, mereka sekeluarga menikmati makan malam bersama-sama sekali dengan Tutti Si Pembantu Rumah, Mak Cik Faridah Si Tukang Masak, Pak Ayob Si Pemandu dan Pak Tam Si Tukang Landskap. Berginilah selalunya. Tak pernah mereka anak beranak sahaja makan semeja dan pembantu isi rumah makan dimeja lain. Dato’ Hakim tidak suka cara bergitu. Semua yang berada dalam rumahnya adalah ahli keluarganya; dan ahli keluarga kena solat, makan, dan bercuti bersama. Tiada berkecuali. Kecuali Faizal yang kini berada di Johor Bahru. Menguruskan perniagaan Dato’ Hakim di sana.
            Fawwaz seusai sahaja makan, terus dipotong buah naga dan dibawa ke hadapan. Mak Cik Faridah membasuh pinggan mangkuk yang ada. Tutti mengemas meja makan. Pak Ayob dan Pak Tam seperti biasa, keliling rumah memastikan pintu pagar dikunci dan tiada apa yang mencurigakan. Selepas daripada itu, lepak sambil hisap rokok dan bersembang ‘orang-orang tua’ bersama Dato’ Hakim. Hanya Datin Naemah sahaja yang sedang berehat di ruang tamu. Menunggu cerita Fawwaz.
            Duduk sahaja Fawwaz di sofa, terus Datin Naemah menerpa soalan kepadanya. Fawwaz nyaris terlupa dengan apa yang dijanjikan dengan Datin Naemah tapi mujur cepat diingat balik.Fawwaz mengalih duduknya mengadap Dato’ Hakim dan Datin Naemah.
            “Chik ingat sabtu ni nak suruh ibu dengan abah masuk meminang sorang gadis ni untuk Chik,”
            “Apa?” terkejut Datin Naemah dibuatnya.
            “Air, air,” Dato’ Hakim pun tersedak buah naga dibuat Fawwaz.
            Datin Naemah dengan pantas menghulurkan air kepada Dato’ Hakim. Mengurut belakang badan suaminya itu. Fawwaz mengerutkan dahinya. Besar sangat ke permintaan aku tadi? Sampai Abah boleh tersedak buah naga yang lembut ni. Aku rasa macam tak pun!
            “Chik cakap apa ni? Tiba-tiba je suruh abah dengan ibu masuk meminang. Anak siapa gadis tu?” soal Dato’ Hakim yang sudah membetulkan duduknya. Datin Naemah mengangguk laju.
            Ini bukan perkara main-main. Tiba-tiba Fawwaz cerita pasal kahwin. Biasa tu seboleh mungkin nak mengelak. Jangan mimpilah dapat bercerita soal kahwin dalam suasa tenang dan damai seperti sekarang. Ini, terbalik pula. Takde angin, takde rebut tiba-tiba nak suruh masuk meminang.
            “Lah, ibu dengan abah juga suruh Chik cepat-cepat kahwin. Sekarang bila Chik nak kahwin lain pula jadi. Macam tak suka je?” Fawwaz buat muka merajuk.
            “Bukan tak suka. Tapi kenapa tiba-tiba? Chik tak pernah cerita pun dekat ibu yang Chik dah ada makwe. Kalau ibu tanya mesti Chik mengelat,” Datin Naemah memegang peha anaknya.
            “Betul tu, Chik. Abah tengok Chik selalu je ada dekat office. Bila masa pula Chik pergi dating?” Dato’ Hakim juga menyoal Fawwaz, kepelikkan.
            “Ha! Itulah yang abah dengan ibu tak tahu. Sebenarnya Chik memang ada makwe. Saja je Chik tak nak cerita dengan abah dan ibu. Chik nak kumpul asset dulu baru boleh  kahwin. Sekarang, Chik dah ada kereta yang habis bayar. Pinjaman pendidikan yang dah lunas. Tinggal nak beli rumah je lagi. Ummm... dah sampai masa kot untuk Chik kahwin,” Fawwaz mengetatkan silanya.
            “Siapa gadis tu? Abah dengan ibu kenal tak?” Dato’ Hakim kembali menyoal.
            “Nanti abah dengan ibu tahulah. Pinangkan dia untuk Chik, eh?” Fawwaz membling-blingkan matanya.
            “Tapi, sebelum itu. Ibu kenalah tahu bakal menantu ibu tu macam mana. Budi pekertinya. Akidahnya. Mak ayahnya siapa. Elok ke tak elok nak dibuat menantu. Jangan harap rupa je cantik tapi perangainya tak cantik. Itu ibu tak nak. Apa kata, esok, Chik bawa dia datang rumah kita? Bagi kenal dengan abah dan ibu. Kalau ok, jangan katakan hari sabtu nak masuk meminang. Nak kahwin terus pun ibu tak kisah,” Datin Naemah memberikan cadangannya. Senyuman dihadiahkan kepada Dato’ Hakim.
            “Betul cakap ibu tu, Chik. Bawa dia datang rumah dulu. Kenalkan dengan abah dan ibu, ” Dato’ Hakim menyokong isterinya.
            “Makwe Chik ni bukan orang tak betul pun. Cuma ada sikit wayar short je,”
“Wayar short? Maksudnya gilalah tu?” Datin Naemah membeliakkan matanya.
“Eh! Tak lah. Ummm... abah dengan ibu kenalah siapa makwe Chik ni. Selalu je dia datang rumah setiap kali kita buat open house,”
            “Ha?” sekali lagi Dato’ Hakim dan Datin Naemah terkejut.
            “Siapa dia, Chik? Berapa lama dah Chik kenal dengan budak ni?”  
            “Umm...adalah dalam 13 tahun dah Chik kenal dengan dia,” Fawwaz mengira jari jemarinya.
            “Ha? 13 tahun? Kawan sekolah ke?” Datin Naemah sekali lagi terkejut. Fawwaz mengangguk.
            Biar betul. Selama ni aku suruh dia keluar dating dengan gadis-gadis yang aku pilih, rupanya dia dah ada buah hati ke? Kenapa tak pernah pun budak bertuah ni bercerita? Kalau dia cerita wal-awal, takdelah aku beria nak jodohnya mereka. Ish! Ish! Fawwaz ni.
            “Chik, ini dah kali ketiga abah terkejut. Nasiblah abah ni sihat walafiat. Kalau tidak, mahu abah dah kena serangan sakit jantung tahu!’ Dato’ Hakim memperingatkan Fawwaz.
            Fawwaz senyum sumbing. Ini kalau Abah dengan Ibu tahu yang dia orang nak pinang Mayesa, mahu bukan takat terkejut je tapi boleh pengsan sekali ni. Hehehe...
            “Ibu dengan abah tak payah bimbang eh? Chik yakin ibu dengan abah mesti suka gadis pilihan Chik ni. Chik pilih dia sebab apa cirri-ciri yang Chik nak cari semua ada dengan dia. Lagi pun Chik selesa bila bersama dengan dia. Chik jadi diri Chik sendiri,” ‘Iya ke Mayesa sesuai untuk aku? Ah! Balun jelah. Nanti kang ibu dengan abah tak nak masuk meminang pula,’
            “Siapa gadis tu?”
            “Nak tahu, pinang dia untuk Chik, sabtu ni. Ok?”
            Sementara itu, Mayesa pun sedang menerangkan hal yang sama kepada Puan Linda dan Encik Idris. Naik nak keluar anak tekak Encik Idris, menjerit terkejut bila Mayesa cakap ada orang nak masuk meminang. Bukan itu je, siap lagi ditarik Mayesa duduk dan menuduh Mayesa melakukan sesuatu yang tak elok sehingga menconteng arang ke muka keluarga.
            “Ish! Ayah ni. Along tak buat benda tak eloklah. Along masih tahu batas agama,” Mayesa memeluk tubuhnya. Orang nak masuk meminang pun boleh dituduh macam-macam.
            “Along jangan main-main ya, Along. Takde rebut takde taufan tiba-tiba ada orang nak masuk meminang. Ini kalau takde benda yang dah berlaku, tak akan jadi macam ni punya. Baik Along jujur dengan ayah. Sebelum ayah jadi Hulk Hogan depan Along,” sempatlah pula orang tua ni melawak.
            Tasya yang berada didapur turut ke depan. Melihat apa yang membuatkan Encik Idris berang. Mayesa sampai rumah agak lewat maghrib tadi. Sampai sahaja tak tukar baju lagi terus tolong Puan Linda memasak. Lepas makan tiba-tiba Mayesa beritahu nak kahwin.
            Pelik ni. Ini suatu yang memelikkan kepala otak. Bila masa pula Along ada pakwe? Aku baru je suruh dia cari pakwe minggu lepas. Tak akan minggu ini dah jumpa? Ini mesti kes pakwe tangkap muat!
            “Along, baik Along cakap terus terang dengan mak. Along tak main-mainkan pasal ada orang nak masuk meminang Along? Siapa budak tu? Kami kenal ke?” Puan Linda bertanya lembut kepada Mayesa.
            “Hai, betul. Pakwe Along nak masuk meminang Along sabtu ni,” Mayesa menjawap malas selepas mengeluh sekejap.
            “Hai, Along. Itu hari aku tanya kau, kau tak beritahu pun kau ada pakwe. Aku tahu kau terdesak lepas apa yang Syafiq cakap. Tak akan sebab aku baru suruh kau cari pakwe, kau main sambar je siapa yang ada depan mata kau untuk dijadikan suami? Kau jangan salah pilih Along,” Tasya ni bagi nasihat ke nak menaikkan darah aku. Ayat dasarkan nak menyindih je 24 jam. Geram pula aku.
            Apa? Kau ingat aku tak boleh cari pakwe ke dalam masa 3 jam? Boleh je. Jauh lebih baik dari pakwe kau tu. Anak Dato’ lagi.  Sungguh pun anak Dato’ itu kau kenal.
            “Angah, kalau setakat baru ada pakwe buat apa nak diheboh-hebohkan? Lagi pun, kau tahulah jenis akukan? Aku bukan suka nak keluar dating ke apa ke? Aku ni jenis aci redah je. Selagi tak kahwin, buat apalah aku nak usung pakwe aku ke utara selatan timur barat. Macamlah aku dengan dia takde kerja lain nak buat. Masing-masing nak cari duit dulu bukan nak bercinta bagai nak rak dulu baru cari duit. Nanti nak kahwin takdelah kalut nak buat pinjaman sana sini,” Mayesa menjawap lembut tapi tahap kepedasannya berjaya mengedukan Tasya.
            Tasya tahu Mayesa perli dia. Iyalah, dia dengan Syafiq kalau boleh 24 jam nak berkepit macam suami isteri. Pergi mana-mana semua nak dengan Syafiq. Suruh hantar pergi kursus pun Syafiq. Teman beli belah pun Syafiq. Hantar ambil kerja pun Syafiq. Kadang Mayesa pun naik pelik. Boleh pula Tasya tengok muka Syafiq setiap hari. Tak muak pula yerk? Agak-agaknya kalau boleh nak dibawa Syafiq tu duduk dengan Mak Ayah agaknya. Tapi bab Tasya nak buat pinjaman dekat bank untuk kahwin ni, mana Mayesa tahu? Musyil ni.
            “Jadinya, selama ni kamu memang ada pakwelah?” soal Puan Linda sekali lagi.
            “Memang ada pun tapi masa mak duk bagi hint lampu tinggi suruh Along kahwin cepat sebab Tasya nak kahwin, pakwe Along awal lagi dah ajak kahwin. Tapinya disebabkan masing-masing pun sibuk. Takde masa nak jumpa. Takde masa nak bercerita secara serius. Jadi, Along diam jelah. Dibuatnya Along beritahu mak dengan ayah awal tapi masuk meminangnya makan tahun pun tak guna juga. Nanti mak dengan ayah lagi desak Along,”
            Mayesa mengambil nafas sebaris.
            “Petang tadi kami jumpa dan kami dah bincang secara serius. Pakwe Along tu cakap dia akan hantar rombongan masuk meminang pagi sabtu ni. Dah confirm ni,  barulah Along best sikit nak cerita dengan mak dan ayah. Iyalah! Dah ada satu tarikh dan masa yang sesuai,” Mayesa behujah panjang. Sengaja ditampalkan muka bahagialah sangat. Padahal tipu sunat semata-mata.
            “Siapa budak tu? Suruh dia datang jumpa ayah dulu,” Encik Idris masih setia berdiri dan bercekak pinggang.
            “Dia datang hari sabtu ni, ayah kenal-kenallah,”
            “Eh! Boleh macam tu pula. Nak kahwin bi bukan sehari dua. Makan tahun, Along. Kalau boleh hingga hujung nyawa. Mak dengan ayah nak kena juga tahu orangnya macam mana? Baik ke tidak? Elok ke tidak nak buat suami? Ini kalau main aci redah je macam Along, baik tak payah,” Puan Linda memberikan nasihat kepada Mayesa.
            “Betul cakap mak tu. Ayah sokong. Nak pilih suami ni bukan macam pilih kain, Along oii... kena pilih betul-betul. Ayah nak kena tengok juga tahap agamanya macam mana. Kerjaya dia. Ha, sekali dengan duit yang sudah dikumpul. Bukan ayah nak tunjuk ayah mata duitan tapi ayah tak nak anak ayah susah nanti,” Encik Idris duduk disebalah kiri Mayesa. Agak bertenang.
            Mayesa memegang kepalanya. Kata nak suruh aku kahwin. Bila Si Fawwaz nak masuk meminang, macam-macam pula soalnya. Aduhai! Pening kepala aku macam ni.
            “Okeylah. Sebenarnya, mak dengan ayah kenal siapa pakwe Along ni. Dia selalu datang rumah kita. Selalu hantar Along balik sini,” akhirnya Mayesa terpaksa memberikan sedikit klu kepada Encik Idris dan Puan Linda.
            “Siapa? Yang mana satu?” Encik Idris kembali agesif.
            “Nak tahu, tunggu sabtu ni. Dia datang nanti, ayah kenallah siapa orangnya. Sekarang Along nak mandi. Nak rehat. Esok Along nak kena gerak pagi. Nak pergi kerja. As’salammualaikum, semua,” Mayesa terus berlalu pergi dengan meninggalkan Encik Idris dan Puan Linda termanggu-manggu.
###

            Fawwaz, kau jadikan datang sabtu ni?
            Jadi. Kenapa? Rindu dengan abang ke sayang? Hahaha...
Lutut kaulah, Fawwaz. Aku tadi dah puas kena gasak dengan mak ayah aku tahu. Hampir nak terbocor. Kau pula apa cerita?
Hahaha...samalah macam kau. Aku rasa kalaulah ibu dengan abah aku tahu yang dia orang nak kena pinang kau. Entah apalah bakal terjadi sabtu ni. Mahu pengsan abah aku dibuatnya. Hahaha...mesti Tasya bengangkan?
Tasya? Dia sound aku juga. Tapi lepas tu dia kedu. Puas hati aku kejap. Hehehe... okeylah, Fawwaz, aku nak tidur dulu. Esok aku nak drive jauh pergi kerja.
Okey, sweet dream. Esok drive kereta elok-elok. As’salammualaikum...

“Wa’alaikumsalam Fawwaz,” Mayesa terus mengiring ke kanan dan terus mahu melelap selepas berbalas mesej Fawwaz.
Tapi kemudian bunyi nada mesej masuk sekali lagi. Fawwaz. Apa lagilah pak cik ni nak lagi ni?
Mayesa, esok jumpa. Aku mana tahu saiz jari kau. Nak beli cincin meminang.
Mayesa mengetuk dahinya. Apasalah aku boleh lupa nak beli cincin siap-siap dengan Fawwaz tadi? Aduh! Esok dahlah aku ada ada event sampai petang. Tak akan nak jumpa Fawwaz malam pula? Tak nak aku! Aduh macam mana ni yerk?
“Fikir-fikir, Min. Fikir. Apa nak buat ni?” telefon masih diketuk-ketuk ke dahinya.
A’ha. Baik jelah saiz jari aku berapa. Apa susah? Tapi apa saiz jari aku? Aduhai! Ini yang buat aku malas nak jumpa Mak ni.
Akhirnya, nak ke tak nak terpaksa juga Mayesa mengetuk pintu bilik Encik Idris dan Puan Linda. Pabila masa mahu mengetuk pintu, Mayesa terdengar perbualan antara kedua orang tuanya.
“Maknya, ini semua salah awaklah ni. Kalau awak tak desak anak kita yang sorang tu. Tentu Along tu tak jadi macam ni,” Encik Idris menyalahkan Puan Linda tapi suaranya tidaklah tertalu keras.
Iya Ayahku. Anakmu ini menyokong tindakanmu.
“Ayahnya, bukan mendesak. Tapi Along tu sudah nak masuk 29 tahun. Saya takut je takde orang nakkan anak kita. Saya ni sebagai maknya, risau, Bang. Angah dah nak kahwin tapi Along?”
Betul juga cakap mak. Nanti takde orang nak ke aku. Nasiblah Fawwaz nak tolong aku.
“Ini, entah siapalah orangnya dia nak bawa kepada kita. Di buatnya orang yang tak tentu alam macam mana? Along tu, saya tengok boleh tahan juga tahap aci redah dia. Entah mana orang je yang dipungut jadi suami,”
Bab ni Min tak sokong Ayah. Along tak pungut Fawwaz pun. Fawwaz yang offer diri nak tolong Min. Min okey jelah. Orang nak tolongkan?
“Takkanlah Along tu nak buat macam tu. Saya rasa, bakal menantu kita ni dikalangan orang yang kita kenal juga ni, Bang. Entah-entah kawan Along juga. Kawan-kawan Along tu boleh tahan juga eloknya. Insyallah okey kot. Kite doa je yang baik-baik, Bang. Mana tahu menantu kita nanti boleh beri bahagia pada anak dara kita yang sorang tu,”
“Harap-haraplah. Tapi kalau betul dikalangan kawan-kawan Along. Saya berkenan sangat pada Si Fawwaz tu. Baik budaknya. Mak ayah dia pun kita kenal,”
Hampir nak tercekik air liur Mayesa dibuatnya. Tak sangka pula Encik Idris boleh menyangkakan Fawwaz yang bakal jadi menantu tak berapa nak menantu. Aduhai! Matilah aku macam ni...
“Saya pun suka juga. Tapi saya tak rasa Fawwaz tu pilihan Along. Fawwaz tu takat ditonjol-tonjol je kepalanya. Takut nanti kalaulah Fawwaz pilihan Along, martabat Fawwaz sebagai suami akan hilang. Lagipun dia orang tu tak pernah sebulu. Depan kita pun boelh bergaduh. Boleh main tarik-tarik telinga. Saya tak rasa dialah, Bang,”
“Eh! Mak aku ni,” Mayesa memusingkan badan dan kembali ke biliknya. Tak jadi nak tanya saiz jari dengan Puan Linda. Nampaknya, nak tak nak kena jugaklah jumpa Fawwaz pergi cari cincin. Apa nak dikata?
Esok aku roger kau masa sesuai ok? Aku ada event esok.
Butang hantar ditekan dan telefon diletakkan di meja sudut katil. Tidur lagi baik.
             

4 comments:

Anonymous said...

best lah citer ni..good job cik writer...sambung cepat yer........

Anonymous said...

best sangat2x cerita ni...lawak betul lah diorang ni...nak lagi cik writer...he.he.he

Si Comel Angah said...

best cerita ni...bleh x sambung dengan cepat bab yang ke 3?
x sabar nak baca....

ezaitie nfib. said...

As'salam to all,

minta maaf sgt2..AKDA bab 3 on proses...che ezaitie agak busy sikit sekrg ni dgn tugasan hakiki serta de ganguan mental dr org sakit jiwa..hahaha...xde la gurau je...nt dh siap che ezaitie publish AKDA bab 3 ok dear?