~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, January 2, 2012

Calon Menantu Mak - Bab 45

Bab 45
            Sejak balik dari beli barang kahwin semalam, sampai sekarang Dhia masih belum mesej apa-apa pun pada Daim. Kenapa ni? Nak kata ada buat salah silap takde pula. Tapi Dhia hanya membisu tetap sepanjang malam. Bila Daim, call tak berjawap. Bila Daim, mesej tak berbalas. Apa yang telah terjadi ni? Apa sebenarnya terjadi? Buat aku blur 3 saat je la diaorang ni.
            Lagaknya Dhia seperti menyimpan sesuatu dari Daim. Siapa agaknya lelaki yang Dhia kenalkan kepada Daim? Kenapa riak mukanya pucat lesi semasa memperkenalkan Daim kepada lelaki itu? Apa hubungan Dhia dengan lelaki itu? Riak wajah Laila juga berubah. Kenapa Dhia beria menangis selepas pemergian lelaki tadi? Apa sebenarnya yang disembunyikan oleh mereka berdua?
Segala macam persoalan bermain dibenak Daim. Tiba-tiba hatinya jadi tak sedap. Serasa bakal akan terjadi sesuatu. Puas dikalihkan badannya ke kiri dan ke kanan. Memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Tapi tadi terasa best juga sebab dapat peluang dan diberi peluang oleh Dhia untuk dipeluk lengan dan dirangkul pingang. Hehehe...
Tapi...
‘Ish! Tak boleh jadi ni. Kena tanya juga dengan Dhia. Makin aku pendam rasa, makin celaru aku dibuatnya,’ Daim mengepal penumbuknya.
###
Semalam...
            “Arrrggghh...penatnya,” pingang dipicit lembut sambil badan menyandar lega dikerusi.
            “Ini yang buat aku kalah kalau ikut orang perempuan shooping. Sikit punya lama. Diaorang ni tak tahu erti penat ke?” Jefry mengomel kepada Daim yang sedap menyandar dikerusi yang disediakan. Siap dah terlentuk-lentuk kepalanya di kepala kerusi dengan mata terpejam penuh nikmat.
            Jefry menghembuskan segala sekian nafas yang ada. Tak terlarat rasanya nak ikutkan Dhia, Latifah, Delita dan Delila membeli-belah. Dari satu kedai ke satu kedai diaorang masuk. Bukan nak beli pun. Sekadar nak cuci mata. Tak pun sekadar nak membanding-bandingkan harga. Kalau tidak disebabkan tahap kebosanan melampau duduk di kem, takdenya Jefry nak gatal-gatal ikut Daim ke Nilai. Baik balik Sungkai. Dapat juga main-main dengan anak buah.
            Daim yang berkobar-kobar nak beli barang kahwin, akhirnya terpaksa akur menyuruh Delita dan Delila pilihkan. Naik sakit anak jari kaki yang terkurung dibalik kasut sport Adidas ciplak yang dipakainya. Tak terlarat rasanya nak bawa badan mengikut orang perempuan membeli belah. Ponek ghaso eh...
            Betullah bak kata orang tua-tua. Perempuan ni emosinya lain sedikit. Suka nampak benda yang cantik-cantik. Tak seperti lelaki yang lebih bersifat aci redah kasi pecah. Semuanya ditala. Janji bajet cukup dan nampak kemas. Kalau bagi orang perempuan, biar macam mana cantik pun sesuatu benda tu, tetap juga nak dicari benda yang lebih cantik dari yang sekarang ini.
Otak banyak sangat berfikir. Itu pasal orang perempuan ramai yang nampak tua sebelum waktunya. Tengok orang lelaki, umur 60 tahun pun masih tegap macam orang umur 40 tahun. A man life start on 40. Hidup seorang lelaki bermula dari usia 40 tahun. Memang sesuai kot kata-kata peribahasa orang puteh yang sudah ditranslatekan kepada bahasa orang kita ini.
Orang perempuan, bila masuk sahaja paras menopus, mesti melebih-lebih tahap ketandusan hormon estrogen. Bila jadinya macam ni, mulalah berbagai masalah jiwa dan emosi seperti kesedihan tanpa sebab, ketakutan kerana memikirkan kemungkinan hilangnya ciri-ciri kewanitaan dan perasaan mudah marah timbul. Mereka ni mudah sangat menjadi sensitif dan mudah merajuk. Selera makan dan tidur juga mudah terganggu. Sering rasa resah dan gelisah. Serba-serbi yang dibuat menjadi serba tidak kena. Mereka juga sering mengeluh dan menangis apabila bersendirian. 
Orang lelaki pun ada juga tahap menopus tau. Cuma sebutannya berbeza dengan orang perempuan. Sebutannya adalahandropause. Andropause berlaku apabila penghasilan hormon testosterone mencapai kemuncak penghasilannya pada umur 30 dan selepas daripada itu, penghasilan hormon testosterone akan mulai semakin berkurangan secara perlahan-lahan, iaitu pengurangan sebanyak 1% pada setiap tahun. Pada umur 35 tahun sehingga 60 tahun dan seterusnya, paras hormon testosterone di dalam darah adalah sangat rendah.
Antara tanda-tanda ataupun gejala andropause bagi seseorang lelaki yang sedang mengalami andropause antaranya adalah seperti keinginan seks menurun, kemurungan, daya ingatan dan daya tumpuan merosot, tidak bermaya dan mudah keletihan, sukar tidur malam, sering berpeluh, perasaan tidak stabil dan berubah-ubah, dan sebagainya.Sama seperti orang perempuankan? Tak banyak bezanya. Tapi kenapa orang lelaki ni suka sangat nak membesar-besarkan isu menopus dikalangan kaum wanita?Hai! Tak faham, tak faham.
Tapi kedua-duanya memerlukan sokongan dan dorongan keluarga untuk mengatasi semua masalah yang dihadapi. Baik menopos mahupun andropause. Dua-duanya jangan dibiarkan bersendirian. Takut nanti terbawa-bawa kepada perbuatan yang tak diingini. Macam cakap sorang-sorang ke? tak pun yang lebih bahaya, cuba untuk mengancam keselamatan diri sendiri dengan cuba mencederakan diri sendiri.
Ok! Fakta sains berakhir di sini. Kembali semula ke dunia nyata ya  tuan-tuan dan puan-puan serta cik-cik dan adik-adik.
Dalam pada Daim sedang asyik melelapkan mata, merehat-rehatkan badan, menenangkan minda, tiba-tiba tanganya diraih seseorang. Terkejut bukan kepalang dibuatnya. Terus berdiri tegak Daim seperti ingin menyanyikan lagu Negaraku. Nasib Si Daim ni tak buka silat cap lempang pada orang yang pegang tangannya. Kalau tak, mahu seminggu makan nasi bubur je jawapnya. Ialah, sudahkan pipi sakit, gigi pun sakit nak mengigit makanan pepejal.
Daim kalihkan matanya ke arah orang yang meraih tangannya tadi. Dhia. Dahi Daim bertambah berkerut bila tak semena-mena tangannya dipeluk erat oleh Dhia. wajahnya kelihatan pucat yang amat. Apasal pula minah ni? Pandangannya dihala pula kepada arah pandangan mata Dhia. Siapa pula lelaki yang berada dihadapan mereka sekarang ni?
“Dhia,” panggilan Daim meminta jawapan.
“Abang, ni kenalkan kawan lama Dhia, Bob. Bob kenalkan, tunang Fieyah, Daim,” Dhia semakin erat memeluk lengan Daim.
“Daim,” huluran tangan Daim tak berbalas. Sebaliknya hanya dipandang sinis oleh lelaki yang bernama Bob dihadapanya kini. Hina sangat ke nak salam tangan aku? Tangan aku bersih dari segala habuk kotoranlah walimah najis berat pun takdelah!
Ni satu lagi. Sejak bila pula Si Dhia ni ada nama timbangan yang lain? Fieyah. Fifi dengan Kak We tu pernahlah dengar. Ini Fieyah? Wah! Bukan main dramatik dan manja lagi. Ini bikin hatiku bertambah pelik bin ajaib ni.
Bob memandang Dhia dan Daim seperti mahu ditelan mereka berdua hidup-hidup. Hei! Ingat badan kau besar aku takut ke? Sikit pun tak takutlah. Sekali aku leseng, bergolek-golek kau jatuh macam tong dram. Pandanglah...pandang.aku cungkil biji mata kau baru tahu. Sesuka hati je nak pandang bakal isteri aku macam tu. Ingat free ke?
Daim meleraikan pelukan tangan Dhia. Dhia memandangnya meminta simpati supaya jangan pernah benarkan Dhia melepaskan pelukan pada lengannya. Daim mengelipkan matanya sekali dan kemudian lengan yang dipeluk Dhia terus dilingkarkan ke pingang Dhia. sengaja ditarik Dhia supaya lebih rapat ke sisinya. Bob terkesima dengan muka penuh kerek yang amat. Dhia seakan merelakan perbuatan Daim.
“Oh! Dah bertunang rupanya. Tak tahu pun,” Bob bernada memerli. Hati Daim semakin terbakar. Aku belasah juga mamat ni karang.
Tangan kirinya sudah mengengam erat tapi Jefry lebih pantas memberi isyarat JANGAN. Kepalan tangan kirinya dilepaskan. Nafas dihembuskan melalui mulut. Menghilangkan nafsu amarah.
“Baru lagi. Insyallah awal tahun depan kami kahwinlah. Jemputlah datang,” Daim masih cuba berbahasa basi.
Pada saat ini, Laila sudah berlari ke arah mereka meninggalkan Delita dan Delila dibelakang untuk memikul segala macam beg berisi barangan hantaran. Berlari dan terus membelakangkan Jefry. Jefry melangkah ke belakang setapak. Memberi ruang kepada Laila untuk mencelah.
“Abang Bob. Buat apa dekat sini?” soal Laila tercungap.
A’ha, Laila kenal lelaki bernama Bob ni? Siap panggil Abang Bob lagi. Siapa lelaki ni? Permainan psikologi sedang bermain bola sepak kampung difikiran Daim. Dadanya tiba-tiba berombak menahan amarah. Beberapa kali hatinya terpukul dengan pandangan Bob.
“Hai, tak akan tak boleh datang sini kot? Laila apa khabar? Sihat?” soal Bob, mesra.
“Sihat, Alhamdullilah. Takdelah. Biasanya orang yang datang sini rata-ratanya nak cari barang hantaran. Abang Bob kan dah kahwin? Buat apa nak datang sini lagi. Orang rumah mana? Teringin rasanya nak kenal,” mata Laila dijeling kepada Dhia.
Daim menarik nafas lega. Sudah kahwin rupanya Si Bob ni. Selamat Dhia aku. hehehe...
“Nama pun orang rumah. Jadinya duduk di rumahlah,” wajah Bob sudah berona kemerah-merahan dengan soalan Laila tadi.
“Lah. Ni Abang Bob sorang-soranglah ni? Ish, ish. Kesian. Ada orang rumah tu bawa-bawalah berjalan. Kesian orang rumah tu dibiarkan duduk rumah je. Apalah Abang Bob ni,”
Kelihatan riak wajah Bob berubah sekali lagi. topi yang dipakai dibetulkan. “Abang balik dululah,” akhirnya itu yang keluar dari mulut Bob.
“Ok!. Bawa kereta ke motor tu baik-baik. Kirim salam dengan orang rumah ya?”
“Insyallah,”
Hilang sahaja Bob dari pandangan mata mereka, badan Dhia merebah ke sisi Daim. Laila dengan pantas merangkul Dhia yang sudah semakin ingin merebahkan dirinya. Daim juga semakin erat memeluk pingang Dhia dan dibawa duduk di kerusi. Dhia menangis meraup muka.
Kak We, it will be ok. Relaks,” Laila memeluk Dhia yang semakin kuat tangisannya.
Daim menghantar isyarat mata kepada Jefry meminta jawapan apa yang sedang berlaku tapi dibalas dengan gelengan Jefry. Jefry pun hanya diam membisu disebelah Daim. Fikiran Daim tiba-tiba buntu bila melihatkan Dhia rebah dan menangis dihadapanya. Hatinya semakin curiga akan siapakah lelaki yang bernama BOB itu tadi.
“Along, kami balik dulu,” Laila mencuit bahu Daim.
“Nak Along hantar tak?”
“Takpe. Laila boleh drive balik sendiri. Barang-barang ni Along simpan dulu. Nanti mak dengan ayah balik Ipoh, bagi dekat diaorang eh? Laila bawa Kak We balik dulu. As’salammualaikum,” Laila dan Dhia sudah berdiri.
“Ok! Bawa kereta baik-baik. Apa-apa hal call Along ok?” Laila sudah melangkah untuk pergi.
“Achik, kenapa tadi, Achik?” soal Delita.
“Entah. Achik pun tak tahu. Jom balik,”
            Ketukan dipintu menyentakkan lamunan Daim kepada hari semalam. Daim melangkah menuju membuka daun pintu. Kelihatan Delita dan Delila berdiri tegak dengan siap bertudung serta berbaju lengkap berpakaian sopan. Mesti nak ajak keluarlah ni.
            “Kalau korang nak ajak keluar, Achik takde moodlah,” Daim duduk dibirai katil.
            “Bukan keluar ke mana pun. Pergi rumah Kak AD je,” Delila duduk disebelah kanan Daim.
            Kak AD dan Dr. Aiman dah pun pindah masuk ke rumah baru mereka seminggu sebelum kelahiran Danish, anak Abang Dani dan Kak Lin. Sekarang ni pun Danish dah nak masuk 3 bulan dah. Bermakna sudah 3 bulan juga, Daim tak berjumpa dengan Kak AD dan Dr. Aiman. Dulu masa Kak AD buat kenduri masuk rumah, Daim tak dapat datang. Kena hadiri mesyuarat di Langkawi.
            Nak kata jauh sangat rumah Kak AD dengan kem tak juga. Kak AD beli rumah dekat Tanjung Rambutan je. Tak jauh juga dari Pekan Tambun. Tapi tahap keliatan nak menjengah kakak sendiri tetap terselah. Apa punya adiklah?
            “Malaslah,”
            “Kita kena juga ke rumah Kak AD,” pujuk Delila lagi.
            “Kenapa? Ada masalah ke?” Daim bersuara cemas.
            “Masalah tu tidaklah. Tapi...”
            “Kalau takde masalah. Kita pergi esok jelah. Achik malas nak drive malam ni. Takde mood,”
            Delila memandang Delita. Meminta bantuaannya.
            “Achik, aku tahu kau takde mood sebab Kak Dhia. Now, kita nak pergi rumah Kak AD disebabkan hal Kak Dhialah ni. Abang Aiman suruh datang. Dia tak dapat balik sini sebab Kak AD kerja shift malam. Kan ke kereta Abang Aiman masuk bengkel. Jadinya dia patah kakilah nak ke mari. Disebabkan itu jugalah kita kena ke sana,” Delita sudah duduk bersila dihadapan Daim.
            Kepala Daim menegak memandang Delita. Dahinya berkerut. “Apa kaitan Abang Aiman dengan Kak Dhia korang?”
            “Nak cerita nanti kang salah versi. Jadinya lebih baik kita ke sana. Bawa sekali baju kau nak pakai esok. Kita tidur sana. Lagi pun mak takde. Mak dah gila main dengan Danish,” Delita sudah berdiri dimuka pintu.
“Cerita ni panjang hujahannya. Hanya Abang Aiman yang boleh ceritakan hal ni dengan jelas dan teratur,” sambung Delita.
            “Chop...Chop...Achik tak faham. Abang Aiman kenal Kak Dhia ke sebelum ni?” hanya anggukkan yang dibalas sebelum dua kembar tadi meninggalkan Daim keseorangan.
            Tak sampai 5 minit, Daim sudah pun keluar dengan mengunci pintu rumah. Kalaulah benar, Abang Aiman boleh berikan penjelasan, akan aku korek sedalam-dalamnya. Apa hubungan diantara Abang Aiman dan Dhia. kenapa mesti Dhia senyap sejak dari semalam. Ya, semuanya perlukan penjelasan.
            Kereta dipandu dengan kadar segera untuk sampai ke rumah Kak AD dan Dr. Aiman. Dr. Aiman sudah berdiri dipintu pagar menanti diaorang sampai sambil tersenyum. daun pintu pagar sudah lama terbuka luas. Kereta terus di paker dalam kawasannya.
            “As’salammualaikum, Bang,” Daim menyapa dan kemudian menyalam tangan abang iparnya yang seakan sudah berisi sedikit. Pandai Kak AD jaga.
            “Wa’alaikumsalam. Jom masuk. Ada Nasi Goreng,”
            “Abang Aiman ke masak?” usik Delita.
            “Ish! Bukanlah. Mestilah buah hati yang masak,” jawapnya mengundang tawa mereka.
Jauh dihati Daim dia sudah tak tertahan untuk mengetahui semua yang berlaku. Mahu disergah sekarang abang iparnya yang sorang ni nampak tak baik pula. Jadinya, takpe. Kita relaks dulu. Abang Aiman masuk ke gear satu, aku lompat terus gear tiga. Laju sikit.
Nasi Goreng yang dimasak oleh Kak AD tidak langsung mendatangkan selera kepada Daim. Sungguh pun Nasi Goreng masakan Kak AD antara yang terbaik diseantero dunia. Nasi dipingan hanya dikuis-kuis sahaja. Sayur diasing kemudian dicantum balik. Ayam sahaja dimakannya dari tadi.
Delita dan Delita serta Dr. Aiman saling bermain mata antara satu sama lain. Delita menyuruh Dr. Aiman mulakan ceritanya. Tapi Dr. Aiman memberi isyarat SEKEJAP dengan tangannya. Delila membuntangkan matanya pula. Dr. Aiman semakin tersepit. Diaorang ni langsunglah tak boleh nak berkrompomi lama sikit. Baru aku nak menikmati masakan isteri sendiri.
Dr. Aiman membawa pingannya ke dapur dan kemudian kembali semula ke meja makan. Air sirap selasih diteguk hampir setengah cawan. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum mulakannya. Delila dan Delita cepat-cepat mengahabiskan sisa Nasi Goreng yang berada dipinggan. Nak larikan diri sebelum Daim mengamuk sakan.
“Semalam, terjumpa dengan Bob ke?” terangkat muka Daim mendengarkan soalan Dr. Aiman.
“Mana Abang tahu?” pinggan berisi Nasi Goreng ditolak ke hadapan.
Delita terus mengambil pinggan Daim dan dibawa ke dapur. Delila digamitnya supaya turut serta bersama.
Let men talk to men. Kita dengar balik dinding,” bisik Delita. Delila hanya mengangguk.
“Dhia call abang semalam. Menangis,”
“Dhia call abang? Dia tak call Achik pun,” Daim bertambah geram.
Oh! Telefon Abang Aiman takpe. Jawap telefon Abang tak nak eh? Siaplah Sayang nanti...
“Dhia takut nak call ke mesej kamu. Dia tak tahu nak cerita dengan kamu pasal Bob,”
“Sebenarnya, abang kenal Dhia ni dah berapa lama? Siapa sebenarnya Bob ni? Kenapa Dhia mesti nak menangis, muka pucat lesu bila nampak Bob? Siapa Bob ni sebenarnya, Abang Aiman?” soalan bertubi Daim dibalas dengan senyuman oleh Dr. Aiman.
“Bob ni sebenarnya bekas pakwe Dhia,” jawapan Dr. Aiman menyentakkan Daim.
Separuh nyawanya pergi bila mendengarkan jawapan dari mulut Dr. Aiman. Kalau Dhia menangis selepas jumpa Bob, bermakna Dhia masih sayangkan Bob. Ya Allah, dugaan apa yang sedang Engkau berikan kepadaku ini? Dugaan betul apakah ini Ya Allah?
“Lapan tahun lepas, Dhia dan Bob saling bercinta. Abang yang jadi ejen pencintaan mereka. Tapi entah macam mana, selepas 3 tahun, abang dapat tahu Bob kahwin dengan orang lain. Masa tu abang dekat England lagi. Bila dah balik Malaysia, Abang jumpa Bob dan Bob beritahu Dhia dah ada pakwe lain.
Abang tak pernah call atau jumpa dengan Dhia sehinggalah masa kali pertama jumpa Dhia balik masa mak nak kenen-kenenkan Daim dengan Dhia. Memang Dhia tak perasan abang siapa tapi seorang kawan tak akan pernah melupakan kawannya. Terutama sekali seorang kawan yang banyak celoteh seperti Dhia,” air sirap selasih diteguknya lagi.
Daim masih memberi ruang kepada Dr. Aiman untuk bercerita. Hatinya semakin dihiris-hiris bila Dr. Aiman mengaku dia yang kenenkan Bob dengan Dhia. Daim terasa mahu sahaja dibelasah orang dihadapanya. Tapi Dr. Aiman tak salah. Itu kisah 8 tahun lalu. Kisah yang dah terlalu lama. Kalau budak, dah masuk darjah 2 dah. Kalau zaman dulu-dulu ada yang dah beranak sorang dah.
Delita dan Delila pula buat-buat mengemas dapur. Padahal, telinga tu setia sangat nak mendengar cerita Dr. Aiman dibalik dinding.
“Kesian Dhia, Achik. Bob tinggalkan dia tanpa sebab. Dhia terlalu sayangkan Bob. Tengoklah. Selepas 5 tahun baru Dhia sudi memberi hatinya untuk bercinta lagi. Dhia sebenarnya sangat kecewa dengan lelaki. Bob cinta pertamanya tapi tak sangka Bob permainkan Dhia,” sayu suara Dr. Aiman.
“Habis, kenapa Dhia mesti takut nak jawap call atau mesej Achik?”
“Sebab Dhia tak tahu nak cerita pasal Bob macam mana. Semalam Bob ada call abang. Dia nak Dhia kembali. Dia nak Dhia jadi isteri dia. Bob cakap, dia tak bahagia dengan isteri dia. Bila jumpa Dhia dengan kamu semalam, hatinya berbekas. Bob nak cuba rampas Dhia dari kamu,”
“Banyak besar badan dia? Achik tak akan lepaskan Dhia. Tak akan,” Daim menghentak meja keras. Hatinya semakin geram dengan perangai Bob. Sungguh tidak bertamadun.
Delita dan Delila terjelepuk jatuh dari tempat persembunyian, lantaran terkejut dengan hentakkan kuat Daim. Sudahnya, Dr. Aiman panggil kedua-duanya sekali duduk di meja. Katanya, tiada apa yang bergitu rahsia. Walimah, Kak AD pun dah tahu cerita sebenarnya.
“Kenapa abang tak pernah pun cerita yang abang kenal dengan Dhia?” soalan Daim menyentakkan ketiga-tiganya.
“Sebab ini adalah permintaan Dhia. Dhia nak kamu kenal dia sepertimana sekarang dan bukan dari cerita dan buah mulut orang. Lagi pun, abang kena jaga hati kakak kamu. Apa perasaan seorang isteri kalaukan suaminya bercerita tentang seorang wanita lain yang bakal menjadi adik iparnya? Mesti kakak kamu kecewakan? Abang tak nak dia kecewa dengan abang. Abang sayang kakak kamu lebih dari segalanya,”
“Daim pun sayangkan Dhia...” separuh berbisik.
“Dhia dalam ketakutan sekarang ni, Achik. Bob tak sudah-sudah call dan mesej Dhia selepas dari terjumpa semalam. Bob ugut Dhia supaya minta putus dengan kamu...”
“Macam mana dia tahu nombor telefon Dhia?” potong Daim.
“Dhia tak pernah tukar nombor pun. Itulah nombor yang dipakai sejak dari zaman U sampailah ke hari ini. Jadinya tak mustahil Bob dapat kesan Dhia. Tapi Abang musykil sikit. Bob pernah cakap yang Dhia tinggalkan dia kemudian Dhia sudah bertukar nombor telefon. Masa abang jumpa balik dengan Dhia, Dhia cakap dia tak pernah tukar nombor dan memang sah dia masih guna nombor yang sama sampai sekarang. Abang syak Bob cuba provokasi keadaan,”
“Jahatnya,” sampuk Delila tiba-tiba.
“Orang yang berniat nak meruntuhkan masjid orang memang jahat pun, Dik,” sampuk Delita pula.
“Abang Aiman, kiranya Bob ni pakwe Dhia dulu? Dhia takut nak cerita dengan Achik sebab Dhia tak tahu nak cerita apa pasal Bob? Macam tu?” Daim membuat andaian sendiri.
“Nampaknya macam tulah. Cuba call Laila. Tanya Laila macam mana keadaan Dhia,” cadang Dr. Aiman.
Cadangan Dr. Aiman diambil positif oleh Daim. Tangannya pantas mendail nombor Laila. Daim terus keluar rumah sambil gangang telefon setia di telinga. Kalau boleh, Daim tak mahu babitkan Laila dalam hal ini. Tapi bila Bob ni dah semakin melampau, Daim pula rasa tercabar.
Mujur juga panggilan Daim segera dijawap Laila. Daim paksa Laila cerita pasal Dhia dan Bob walaupun dah dengar cerita dari Dr. Aiman sebentar tadi. Mulanya Laila keberatan tapi  lepas didesak Daim, Laila akur.
“Jadinya, betullah Bob tu nak rampas Kak Dhia dari Along?” soal Daim, keras.
“Yup. Along, Kak We dah fobia nak jawap call. Lepas dari kita berpisah semalam, Abang Bob tak henti-henti call pujuk Kak We kembali pada dia,”
“Kan dia dah kahwin?” Daim kembali tenang.
“Entah! Dengar ceritanya dah masuk 4 tahun kahwin tapi sampai sekarang masih takde anak lagi. Mandul kot,” laser mulut Laila bercakap.
“Amboi mulut! Tak baik cakap macam tu. Terkena pada diri sendiri macam mana?” nasihat Daim.
“Memang iya pun. Dulu masa Kak We dengan Abang Bob, kami adik beradik mana suka dia. Along nak tahu tak, bercinta dengan Kak We bertahun-tahun. Jarak rumah tak jauh mana tapi tak pernah sekali pun Abang Bob datang rumah. Tanya khabar mak ayah pun jarang. Kak We je buta-buta sayangkan dia. Dia? Tak buat apa pun. Nak Kak We tapi tak nak keluarga dia buat apa? Tahu-tahu senyap je. Kemudian tahu-tahu dah kahwin. Along nak tahu tak lagi? Kak We kena carry satu paper sebabkan frust nongeng-nongeng sebab Abang Bob kahwin dia x tahu apa-apa. Kesian Kak We,” cerita Laila panjang lebar.
Cerita yang diceritakan oleh Laila sama seperti apa yang diceritakan oleh Dr. Aiman. Daim terasa semakin tercabar. Daim perlu bertanggunjawab untuk menjaga Dhia. Dhia adalah tanggunjawabnya sekarang. Tak akan ada sesiapa pun yang dapat merampas Dhia dari Daim. Ini tekad Daim. Bob adalah masa lampau Dhia tapi Daim adalah masa depan Dhia.
Daim mula dihimpit satu perasaan lain. Macam sesuatu yang bakal berlaku. Jauh disudut hatinya, dia berdoa agak Allah selamatkan Dhia dimana ia berada. Amin...

2 comments:

Sharifah Izzati said...

marilah ramai2 bersedia utk membeli novel CMM..hu3..xsabar nk tggu kuar..=)

ezaitie nfib. said...

tq sharifah izzati sebab sudi baca CMM...btw sama la nama kiter tang izati tu..hehehe...