Bab 39
Hari berganti hari. Bergitu juga
bulan. Terus berlalu tanpa menoleh ke belakang. Masuk hari ni, sudah masuk 3
bulan usia pertunangan mereka, tapi Dhia dan Daim masih belum saling bertemu
apatah lagi berhubung. Daim sibuk dengan pelbagai mesyuarat yang perlu dihadiri
dan Dhia dengan urusan kursus yang tak
pernah selesai. Kesibukan yang melampau
kononnya menyebabkan masing-masing tak pernah terfikir untuk melihat isi
permberian mereka kepada tunang masing-masing. Dhia masih belum menonton video
yang Daim beri dan bergitu juga Daim yang hanya meletak hadiah pemberian Dhia
di dalam almari.
“Tuan, surat panggilan kursus untuk
tuan,”
Koperal Hamidah menyerahkan lembaran
surat di atas meja Daim yang sedang menaip sesuatu di dalam komputer.
Melihatkan Daim terlalu fokus menaip sehingga tidak memandang kepadanya,
Koperal Hamidah meletak lembaran surat di sisi meja kerja Daim. Tanpa menunggu Daim menoleh, Koperal Hamidah
terus berlalu pergi. Daim menjeling sekilas. Benganglah tu.
Sejak-sejak Daim dah bertunang dengan
Dhia, Koperal Hamidah lebih senang mengambil langkah senyap dan duduk diam
sahaja. Curi-curi pandang Daim pun sudah tiada lagi. Koperal Hamidah lebih
gemar membuat kerjanya sendirian. Jika
perlu, barulah Koperal Hamidah berkomunikasi dengan Daim, pegawainya.
“Kursus apa pula ni?” dicapai lembaran
surat panggilan kursus.
“Kursus pengurusan stress?” berkerut
dahi Daim membacanya.
Apasal pula aku kena pi kursus macam ni?
Pergi kursus menembak ok gak. Ni kursus pengurusan stress. Adakah aku tengah
stress? Ya. Memang stress! Stress sebab kerja menimbun atas meja ni. Dah macam
tak ada orang lain ke nak di tala semua kerja ni? Medangkan aku je jadi
mangsanya.
“Pojie,” Jefry menepuk bahu Daim. Daim
hanya menoleh.
“Surat panggilan kursus? Tengok kejap,”
Daim menyua surat kepada Jefry.
“Weh! Kursus ni la yang aku pergi dulu.
Kau patut pergi, Bro. Gila bapak punya fun. Untung nasib kau punya Fasililator
, Cik Fifi. Memang fun habis orangnya. Tapi...” Jefry seakan berfikir semacam.
Seakan teringatkan sesuatu bila mengingatkan kembali kepada Cik Fifi.
“Tapi apa?” soal Daim.
“Umm... takde apalah. Aku tiba-tiba
teringat sesuatu. Takpe, kau pergi je.Memang best kursus ni. Ha! Tengok, buat dekat Pahang tu. Memancinglah kau,” Jefry menepuk bahu Daim.
“Gemarlah pula aku memancingkan?” jeling
Daim.
“Bukan kau minat mincing ke? Tu dalam
facebook kau pegang ikan kelah tu apa mendanyer?” soal Jefry.
“Aku tumpang pegang je. Yang tangkap tu
Abang Daiz lah,” jawap Daim.
“Oh! Ya ke?” Jefry menutup mulutnya.
“Jep, aku nak pergi macam mana? Kau
tengoklah kerja menimbun atas meja ni. Kalau aku pergi, fun sekejap. Balik aku
stress balik. Buat apa?” Daim melapangak tangannya menunjuk jumlah kerja yang
menimbun di meja kerjanya.
“Pojie, pergi sana nanti, diaorang akan
ajar kita cara nak menanggani stress dengan cara bijaksana. Insyallah. Berguna
ilmu yang diaorang berikan tu. Peluang hanya sekali, Pojie. Sekali engkau lepas
sekali itu engkau akan kerugian,” Jefry memberikan semangat kepada Daim.
Daim hanya diam membisu. Hatinya masih
berbelah bagi. Antara kerja yang menimbun dengan surat panggilan berkursus ini.
Tapi ini adalah arahan. Kalau ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib. Nak
tak nak dia kena juga pergi. Tapi kalau pergi, siapa pula nak tolong bereskan
kerja-kerja ni semua? Kursus pula bukan main punya lama. 4 hari 3 malam tu!
Kalau tak pergi, macam-macam boleh buat. Untung sabut, timbul; kerja semua
beres. Untung batu, tengelam; makin bertamabahlah kerja jawapnya.
“Pergi je. Tak payah fikir-fikir. Aku
dapat rasakan sesuatu ni. Sesuatu yang maha karya hebat macam lagu Faizal
Tahir. Baik kau pergi, pojie,” gasak Jefry sekali lagi bila melihatkan Daim
diam membisu.
“Oklah. Aku blah dulu,” Daim hanya
menganggguk.
Jefry terus berlalu menuju ke mejanya.
Di kotak fikirannya yang kecil, dia seakan sedang cuba mengingatkan sesuatu.
Sesuatu yang agak lama tapi tidak terlalu berlapuk.
###
“As’salammualaikum. Salam sejahtera.
Chou an. Vanakam. Annyonghaseyo. Ohayo gozaimasu. Apa lagi nak sebut? Ha!
Ashiteru je tak boleh sebut. Kalau sebut, ada yang kena kejar dengan parang pulak nanti. Hehehe...apa-apa pun. Saya
selaku penyelaras program, mengucapkan selamat datang ke Kursus Pengurusan
Stress bagi anggota beruniform,” tepukan gemuruh diberikan kepada penyelaras
program Cik Fifi.
“Untuk pengetahuan semua, sepatutnya
program ini dijadualkan pada bulan Jun yang lepas. Tetapi memandangkan saya dan
beberapa ahli team saya dikehandaki
berkursus di Korea selama sebulan, makanya program ini ditunda ke hari ini.
Selepas 3 bulan. Itu sebab gatal nak nyebut bahasa Korea je dari tadi ni,”
cerita Cik Fifi.
“So,
sepanjang 4 hari 3 di Sini, Tuan, Puan, Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri dan
juga pada yang bergelar Toh sekali pun. Disini, kita tidak akan mengunakan
walaupun sekumit perkataan gelaran diri kita. Sangkut semuanya di pintu masuk
ke Taman Negeri Endau Rompin, Pahang.
Disini semua adalah sama. Semua adalah serupa. Semua wajib buat benda
yang sama. Sepanjang berada disini juga, saya merupakan penyelaras anda, Cik
Fifi. Saya merupakan ketua anda. Saya merupakan mak ayah anda walaupun
hakikatnya mungkin saya dan team saya termuda sedikit dari anda atau mungkin
tertua sedikit. Apa-apa masalah boleh terus jumpa saya tau pun jumpa dengan
fasilitator-fasilitator saya. Kami akan bantu sebanyak mana yang kami boleh.
Cuma, kalau dah berada di bilik chalet masing-masing tu, janganlah yang lelaki
ni ketuk bilik saya dan fasilitator perempuan saya ya? Kang jadi lain pula
jadinya. Tak sempat balik Cyberjaya saya dibuatnya,” Cik Fifi bergarak dari satu lorong ke satu
lorong bersama microphone di tangan.
Seorang demi seorang dipandang Cik
Fifi dengan senyuman menawan. Tapi sayang, semuanya muka tegang dan tak senyum
langsung. Sesampainya Cik Fifi di meja Daim. Langkahnya terhenti. Jantungnya
berdegup semacam. Mata Cik Fifi dan Daim saling bertaut. Dalam diam, Daim juga
sepertinya. Terasa peluh memercik ke dahi. Daim mengamati mata Cik Fifi. Mata
itu...
Mata itu seperti pernah dilihatnya
sebelum ini. iya. Mata itu milik wanita yang selalu hadir dalam mimpi-mimpinya.
Mata itu milik wanita yang pernah dilihatnya semasa di Melaka. Mata itu milik
wanita yang pernah muncul semasa di berada entah dimana sewaktu dia pengsan
dulu.
Cik Fifi menunduk dan berjalan laju
meninggalkan Daim. Hatinya jadi tidak sedap.
“Ok. Malam ni, kita tak ada aktiviti
yang teruk-teruk sangat. Cuma ada sedikit taklimat dari Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia berkenaan dengan rawatan awal kecederaan. Sebab esok dan
hari-hari seterusnya, kita akan lakukan pelbagai aktiviti. Jadinya kalau boleh
dengan ilmu yang kita dapat tadi, kita dapat membantu kawan-kawan kita yang
mengalami kecedaraan ringan. Bukan aplikasi disini je nanti, di rumah pun boleh
diaplikasikan juga. Esok baru kita have fun together. Jadinya, saya serahkan
acara petang kita diteruskan oleh En. Kamal yang handsome ni,” Cik Fifi cuba
menahan getar suaranya. Ditepuk belakang badan Kamal.
“Satu lagi saya nak ingatkan.
Sesiapa yang buat muka tegang, takde senyum-senyum. Saya dan team saya akan
kenakan denda RM0.20. Sesiapa yang tak hormat orang lebih tua tapi bukan kerana
pangkatnya, saya denda RM0.20. Sesiapa yang takde etika tolong menolong dalam
kumpulan kecil yang akan dibahagikan sebentar lagi, saya denda RM0.20,” terang
Cik Fifi.
“Semuanya 20 sen je,” terjah suatu
suara.
“Memang. Memang RM0.20 je. Kursus
yang lepas kami dapat collect dekat
RM200.00 dari hasil RM0.20 ni. Sampai saya pun dapat jolokkan Minah 20 sen,”
cerita Cik Fifi mengundang tawa dan gema dewan.
“Nanti duit tu nak buat apa?” soal
suatu suara lagi.
“Ummm...biasanya kami kumpul dan
kemudian kami akan gunakan untuk penambahbaikkan pada program kursus akan
datang,” tambah Cik Fifi. Matanya sekali lagi ‘terlanggar’ dengan mata Daim.
“Rugilah kami macam ni,” sampuk
suatu suara perempuan pula.
“Jadinya, senyum-senyumlah selalu
ya? Saya cabar anda, jangan bagi team
saya penuhkan tabung ini untuk kegunaan kursus kami nanti. Boleh?” jerit Cik
Fifi.
“Boleh,” jawap mereka lemah.
“Lembik je. Dah makan ke belum ni?
Sekali lagi, Boleh ke tidak?”
“Boleh,”
“Insyallah,”
Jeritan yang sedikit kuat.
“Allah sentiasa mengizinkan. Nak,
nak bab senyum. Confirm Allah
luluskan. Senyum tu kan ke sedekah? Jadinya, boleh ke tidak?’ suara Cik Fifi
mengamatkan dewan sekali lagi.
“Boleh,” jerit mereka kembali.
“Mesti boleh?” jerit Cik Fifi
lantang.
“Mesti,” jerit mereka.
“Pasti Boleh?” jerit Cik Fifi
semakin kuat tanpa mengunakan microphone
lagi.
“Pasti,” lantang juga mereka
memyahut.
“Bagus!,”Cik Fifi menepuk tangannya
dan bergema dewan sekali lagi dengan tepukkan padat mereka.
“Baik. Mulai esok, kita tengok siapa
yang terkena. Kalau tiada sesiapa yang tak terkena, tabung itu, saya akan
pecahkan, ok?” Cik Fifi kembali bercakap dengan microphone sambil menunjuk kepada tabung yang dipegang Kamal.
“Ok,” jawap semua.
Cik Fifi memberikan microphone kepada Kamal untuk aktiviti ais breaking. Cik Fifi dan beberapa ahli
kumpulannya yang lain berlalu ke arah luar dewan untuk memantau jamuan larut
malam (supper) mereka. Degup jantung Cik Fifi semakin kuat berdegup bila kala,
Daim menghantarnya dengan lirikan mata yang redup dan senyuman yang cantik
tersusun. Cik Fifi terpikat! Dengan kadar kepantasan maksimum, diteguk air
mineral dengan rakus dan cincin dijarinya di usap kasar.
“Ya Allah, tetapkan hati hambaMu
ini,” bisik hatinya.
###
Aktiviti pada
pagi pertama kursus, dimulakan dengan senam arobik yang dikelola oleh Ayu.
Bukan senang nak mengumpulkan seramai 58 orang peserta kursus tepat pada
masanya. Ikut jadual 6:50 pagi dah mulakan aktiviti. Oklah. Bagi longgar sikit
10 minit untuk siap-siap lepas solat subuh. Kira 7:00 pagi paling-paling lambat
dah mulalah. Tapi ini dah dekat jam 7:15 pagi macam semut jalannya lagi.
Terkedek-kedek macam itik. Ingatkan pasukan beruniform ni eloklah tertibnya
tapi hampeh. Sama je. Cik Fifi sudah bercekak pinggang, kebengangan.
Kelihatan
beberapa peserta berjalan umpama Mak Inang pergi pasar je lagaknya. Tak boleh
jadi ni! Cik Fifi yang separuh hilang sabarnya, mencapai mic coles dari telinga
Ayu.
“Dalam kiraan 1
sampai 10. Siapa yang tak check in sini lagi, kumpulan dia saya denda RM0.20,”
jarinya menunjuk jari telunjuk dan jari hantu membentuk tanda 2.
Cik Fifi mula
mengira. Bagaikan kilat, berlari semuanya dengan pantas menuju ke padang. Genap
je kiraan 10. Cik Fifi menyuruh ketua kumpulan untuk mengira jumlah ahli
kumpulan masing-masing.
“Cukup semua?”
soal Cik Fifi.
“Kurang satu,”
jerit Daim. Cik Fifi pantas menoleh. Langkah diatur menuju ke kumpulan Daim.
Jantungnya berdebar.
“Be professional, be professional,” Cik Fifi menyedapkan hatinya.
“Macam mana
boleh tak cukup sorang? Mana sorang lagi?” soal Cik Fifi bila sampai di hadapan
Daim. Makin kuat getaran hati mereka.
“Cik, sorang
lagi tu mengandung. Kami suh dia duduk sana,” seorang dari ahli kumpulan
menunjukkan kepada seorang wanita yang duduk di bangku.
“Ummm...kira
cukuplah tu,” cebik Cik Fifi.
“Ada sesiapa
yang mengandung lagi tak? Jangan malu nak angkat tangan. Kita nak senam robik
kejap lagi. Yang mana ibu-ibu menagndung ni saya minta ke sebelah sana. Kita
akan buat senaman untuk ibu-ibu mengandung senaman yang lain. Senaman yang
memang khas buat ibu-ibu mengandung. Sesiapa yang baru mengandung pun saya
harap dapat beri kerjasama. Kita tak nak ada perkara-perkara yang tak di ingini
pula berlaku,” pinta Cik Fifi.
Selepas dari pada
itu, seramai 10 orang ibu mengandung keluar dari kumpulan masing-masing.
Ikutkan ini pertama kali mereka menerima ibu mengandung seramai ini. Biasanya
dalam 2 ke 3 orang sahaja. Puan Manisah yang baru naik cuti bersalin pada bulan
lepas, seperti biasa, terus menuju ke kumpulan ibu-ibu mengandung.
Puan Manisah satu-satunya instracture yang sesuai bagi ibu-ibu
mengandung. Jangan ingat ibu mengandung tak boleh bersenam? Boleh tau. Mereka
siap bersenam dengan bola gergasi. Walaupun hanya ada 4 bola gergasi, aktiviti
tetap dilakukan secara bergilir-gilir.
Aktiviti senam arobik
terus dilakukan dengan pelbagai rentak lagu. Mula-mula lagu cinta bin tangkap
leleh kemudian bergerak pula ke lagu rancak bin killer song. Beralih pula ke
lagu zapin. Berzapin, zapin tangan mereka mengalun rentak lagu. Dapat pula Cik
Fifi yang sememangnya gila, menyanyi-nyanyi pula mereka dibuatnya. Memang fun habis!
“Alhamdullilah. Dah pun
segar balik badan kita dan lancar dah saluran pernafasan kita. Jadinya sekarang
dah jam 7:45 pagi. Modul pertama kita akan mula pada jam 8:30 pagi tepat.
Malangnya, memandangkan anda semua dah ambil masa senam robik 15 minit lambat,
saya tarik balik 15 minit yang anda
semua guna tadi. Pada jam 8:15 pagi, saya nak anda semua dah siap makan, terus
ke dewan. Tak payah nak tukar-tukar baju sebab kita semua akan gunakan baju
yang sekarang ini kita guna. Ahli kumpulan mana yang lambat, kami denda...”
“RM0.20,” jerit semua.
“Bagus. Memahami,” senyum
Cik Fifi.
Cik Fifi meniup wisel
tanda bersurai. Memikirkan masa yang bersisa hanya tinggal 20 minit, yang
lelaki dah berlari ke dewan makan. Melihatkan yang lelaki dah berlari, yang
perempuan ni pun apa lagi., berlari jugaklah. Tinggallah ibu-ibu mengandung ni
jalan pelahan dibelakang.
Ayu dan teamnya mengemas peralatan yang
digunakan semasa senam arobik. Cik Fifi berjalan beringan dengan ibu-ibu
mengandung ke dewan makan. Sempat juga Cik Fifi meraba perut salah seorang yang
nampak sudah sarat dan membukit. Rata-rata mereka baru lagi mengandung. Cuma
seorang ni je yang dah masuk usia kandungan 6 bulan. Bilalah aku nak join deme
ni. hehehe...
Pelbagai program dirangka
dalam corak dan konsep yang tidak memeningkan peserta. Aktiviti yang memang nak
menghilangkan stress peserta. Terlompat, terjerit, terkinja, terjalan itik
semuanya wajib buat. Mengekek semua ketawa. Dalam pada itu, slot motivasi juga
turut diterapkan. Supaya lahir dan terus mengalir nilai-nilai positif dalam
diri peserta. Program memang dirangka padat untuk pesertalah.
Tapi berbeza dengan Daim.
Dia merangka program lain. Program memikat Cik Fifi! Kalaulah Berjaya pikat Cik
Fifi, sure aku tak payah kahwin dengan Si Dhia. Kehadiranmu, mengetarkan hati
Abang, Sayang. Hehehe...
Semalam selepas habis je
sesi ais breaking, Daim mencapai
telefon bimbitnya. Nombor pertama yang didail semestinya nombor Jefry. Walaupun
dalam keadaan singnal komunikasi yang sekejap ada sekejap tak ada, Daim tetap
juga nak call Jefry.
“Jep,” sergah Daim lewat
malam itu.
“As’salammualaikum,” jawap
Jefry memerli.
“Wa’alaikumsalam. Maaflah.
Terlupa pula,” ketawa Daim.
“Itu pun boleh lupa ke?
Apasal call aku malam-malam buta ni?” soal Jefry.
“Jep, betul cakap kau,”
“Cakap aku? Aku cakap
apa?” soal Jefry terpinga-pinga.
“Kau cakap akan terjadi
sesuatukan? Memang ya. Memang betul. I’m
falling in lovelah,” Daim menyuarakan isi hatinya kepada Jefry. Terbeliak
katak Jefry duduk dibirai katilnya.
“Ha? Kau dah falling in love dengan Dhia ke?” soal
Jefry.
“Ish! Ada Dhia. Dhia tu
nak buat apa. Ni aku dah jatuh cinta
dengan Cik Fifi engkau tu,” daim memejam matanya membayangkan Cik Fifi.
“Ha? Apa? Aku tak salah
dengarkan? Kau jangan main-main, Pojie. Kau dah bertunang tau,” nasihat Jefry
dalam separuh terkejut.
“Alah. Baru je bertunang.
Belum kahwin lagi. Bila-bila masa boleh putuskan. Ni aku dah betul-betul jatuh
cinta. Lirikkan matanya. Senyumannya. Ketawanya. Tenaganya. Personalitinya.
Feh! Memang cair aku dibuatnya. Kalau kau boleh dengar degupan jantung aku ni,
dah lama aku bagi kau dengar. Berdegup-degup dari tadi tak hilang lagi.
Perasaan ni memang lain sangat. Tak sama masa dengan Aishah,” cerita Daim.
“Ish! Kau ni,” decip
Jefry.
“Kau nak tau tak, Jep?
Mata dia, Jep. Mata dia. Mata dia sama dengan orang yang dalam mimpi aku. Aku
memang cam habis mata tu. Mata tu lah yang mengekori aku selama ni. Aku dapat
rasakan, dia jodoh aku, Jep,” sambung Daim lagi.
“Ish! Kau ni. Jangan
mainkan perasaan orang. Si Dhia tu dah sedia tunggu kau. Dah sedia nak jadi
isteri kau. Tiba-tiba kau buat dia macam ni. Mana letak kau punya perasaan ni?
Tak kesian ke nanti dekat Si Dhia tu?” soal Jefry marah-marah.
“Jep, aku hanya cakap aku
dah jatuh cinta je. Kalau ini jodoh aku tak akan aku nak menidakkanya. Berbulan
aku tertanya-tanya siapa pemilik mata tu. Dan sekarang kau melarang,”
“Cik Fifi tu taklah cantik
sangat sungguhpun muka dia memang ada iras-iras...” Jefry terdiam. Otaknya
mencerna sesuatu.
“Iras-iras siapa? Takpe.
Nanti aku dapat snap gambar dia aku
mms pada kau. Oklah. Aku nak tidur. As’salamualaikum,” Daim terus mematikan talian dalam keadaan
Jefry masih terpinga-pinga.
Jefry semakin kuat
merasakan sesuatu. Diantara suka dengan tidak, hatinya sebenarnya suka. Ada
sesuatu diantara Cik Fifi dan Dhia. Kena cari bukti ni!
Daim meneruskan misinya
mengusha Cik Fifi tanpa menghiraukan kata-kata Jefry. Matanya seakan tidak
dapat melepaskan Cik Fifi. Ke mana langkah Cik Fifi di situ mata Daim setia
menghantarnya. Senyuman yang terukir diwajah Cik Fifi sungguh ikhlas dan sangat
tulus. Ketawanya tak pernah sembunyi. Tudungnya sentiasa tersemat brooch
kartun. Langkahnya sentiasa aktif dan lincah. Auratnya sentiasa terjaga. Bila
dengan yang lebih tua, kesopanannya terserlah walaupun dia penyelia program ni.
Orang yang tak pernah lekang dengan manis muka. Memang ciri-ciri yang sangat
Daim dambakan.
Setiap detik yang berlalu
semakin menyesakkan dada Daim menyimpan rasa. Hatinya pedih bila Cik Fifi cuba
dipikat oleh orang lain. Sungguhpun bukan pikat beria tapi dari cara mereka,
Daim tahu hatinya sedang cemburu.
Jika hari pertama peserta
kursus lebih kepada aktiviti indoor, hari ke-2 dan seterusnya akan diteruskan
dengan aktiviti outdoor. Aktiviti Jungle
Tracking. Selepas senaman pagi dan minum pagi, peserta semua bekumpul di
tapak senam pagi dilakukan mengikut
kumpulan masing-masing. Sungguh pun ini merupakan aktiviti yang bukan asing
bagi mereka tapi bila diprovok dengan ‘kebanjiran’ pacat, separuh juga yang
perempuan buat muka cuak. Ibu-ibu mengandung tak dapat nak join aktiviti ini.
mereka mengikuti aktivi lain dengan Puan Manisah.
Selepas dibahagi-bahagi
fasilitator kepada setiap kumpulan, Cik Fifi termasuk ke dalam kumpulan Daim.
Berbunga riang Daim. Ikutkan fasilitator kumpulan Daim adalah Puan Manisah tapi
di gantikan dengan Cik Fifi sebab Puan Manisah di arahkan melakukan aktiviti
bersama ibu-ibu mengandung. Cik Fifi asalnya ingin meletakkan Indah tapi Indah
terlebih awal terpaksa tarik diri bila jatuh trgelincir bilik air. Nak tak nak,
Cik Fifi terpaksa juga memasukkan dirinya ke dalam team Daim.
Sepanjang aktiviti Jungle Tracking bermula, sengaja Cik
Fifi mengelat duduk di hadapan. Sengaja Cik Fifi duduk di belakang sekali. Biar
langsung tak payah nak mengadap muka Daim. Makin mengadap muka Daim, makin nak
berpatah arah hati Cik Fifi. Daim perasan Cik Fifi cuba mengelak. Daim faham.
Tapi masa inilah pun nak tunjuk tahap kejantanan aku. Fifi, akan aku pastikan
engkau selamat bersamaku selalu.
Pada pemerhatian Cik Fifi,
Daim memang seorang ketua yang prihatin. Walaupun ahli perempuan hanya 3 orang
tidak termasuk Cik Fifi, Daim tetap jaga seumpama semua ahlinya perempuan.
Kerjasama antara kumpulan juga amat baik. Saling tolong menolong dan membantu.
Bila meniti di titi, Daim akan memastikan semua selamat menyeberang barulah
Daim memulakan kembali perjalanan. Tapi kelakar bila tiba masa Cik Fifi. Daim
sengaja tunggu peluang ini untuk membantu Cik Fifi tapi sebaliknya pula yang
terjadi. Beria ahli lelaki kumpulannya nak membantu. Siap main hulur-hulur
tangan lagi. Geram je Daim dibuatnya.
Tapi Cik Fifi memang
terbaik. Sesiapa yang nak membantunya, jangan mimpi dapat pegang tangan dia.
Dihulurkan kayu kepada mereka yang ingin membantu. Hampa lagi! Tapi Daim suka.
Suka sebab Cik Fifi bukan mudah jatuh ke tangan orang. Dalam erti kata lain,
susah nak pikatlah!
Daim makin terpikat kepada
Cik Fifi bila kala melihatkan Cik Fifi yang memang mempunyai semangat yang kuat
bertambah pula dengan keberanian dia memegang pacat yang hinggap di kasutnya.
Tak seperti ahli perempuan kumpulannya. Asalkan boleh nak menjerit-jerit.
Walhal pacat tu belum sempat nak buat apa-apa pun. Nama je Polis tapi pacat pun
takut.
Sampai di check point terakhir, pemandangan sungai
tenang terbentang dihadapan mereka. Cantik!
“Kita rehat sini dulu
sambil tunggu kumpulan yang lain sampai. Dah sampai kumpulan yang lain, baru
kita mulakan aktiviti outdoor kedua kita.
Lagi satu, jangan cuba-cuba nak mandi ya. Tunggu semua ada dulu,” arah Cik Fifi
yang kemudian terus duduk disebelah Abang John, Tok Batin.
“Apasal makin meluap-luap
geram aku ni?” Daim berbicara sendirian. Cemburu dibuatnya bila Cik Fifi
berbual mesra dengan Abang John.
Dimatanya terasa
berapi-api. Hatinya terasa pedih. Padahnya, tanah pasir sungai menjadi mangsa.
Ditikam-tikam tanah pasir sungai dengan ranting kayu yang keras beberapa kali
dengan mata tak pernah lepas dari memandang Cik Fifi. Cik Fifi perasan tapi apa
boleh buat. Ada hati yang kena jaga.
Selepas semua peserta
sampai, aktiviti diteruskan dengan aktiviti berkayak dengan boyan (pelampung).
Memang mulanya tak tercapai akal para peserta. Tapi selepas diberikan tunjuk
ajar, barulah mereka semua dapat membayangkannya. Syukur Alhamdullilah juga,
semuanya pandai berenang.
Berkayak dengan boyan
memang mencabar. Paling tercabar bila dalam berada diparas yang paling rendah.
Badan yang berat menyukarkan lagi pergerakkan. Kemudian bagi mengerakkan boyan,
tangan dikerah untuk menjadi pendayung. Seorang demi seorang berlepas dengan
dengan boyan masing-masing. Semakin jauh semakin jauh ke hadapan. Boyan Cik
Fifi yang jauh ketinggalan. Daim dapat lihat riak wajah Cik Fifi yang agak
pucat. Boyannya berpusing beberapa kali. Timbul kasihan dihati Daim. Daim
memberhentikan pergerakkanya. Ditunggu Cik Fifi.
“Cik Fifi ok?” soal Daim
bila boyan Cik Fifi hampir sampai kepadanya.
“Ok. Kenapa tak teruskan?”
soal Cik Fifi.
“Saya tunggu, Cik. Kot
terjatuh ke?” jawap Daim.
“Lah. Takpe. Is ok. Life jacketkan ada?” Cik Fifi
tidak merenung mata Daim.
‘Kita dah kena tinggal ni.
Kita kena bergabung baru boleh sampai sama dengan diaorang,” usul Daim.
“Bergabung?” soal Cik
Fifi.
“Yup. Macam ni,” Daim
mengayuh boyannya menghampiri Cik Fifi.
Daim terpaut lengan Cik
Fifi yang memegang boyan. Tersentak Cik Fifi dibuatnya. Dengan pantas Cik Fifi
menyentap tangannya ke dada.
“Sorry,” pinta Daim tapi sebenarnya dalam hati bukan main suka sebab
saat ditunggu dah tiba. Berdua dengan Cik Fifi.
“Saya masuk kaki saya
bawah boyan Cik Fifi, kita kayuh sama-sama. Kaki Cik Fifi nanti gerak-gerakkan
sikit. Lajulah sikit pergerakkan kita,” nak tak nak Cik Fifi kena akur.
Seminit...diam.
Dua minit...masih diam.
Tiga minit...tetap diam.
Masing-masing layan
perasaan. Menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah.
Sepuluh minit...
“Terima kasih,” ucap Cik
Fifi menyentakkan Daim.
“Terima kasih untuk apa?”
soal Daim.
“Sebab sudi tolong
berboyan dengan saya,” jawap Cik Fifi.
“Oh! Sama-sama,” senyum
luas terpampang di muka Daim.
Kemudian masing-masing
hilang kata-kata.
‘Daim inilah dia masanya.
Cuba kau ajak Cik Fifi ni berbual. Dari kau senyap je. Bosan kau tau tak?
Bosan!’ kata suara hati Daim.
“Umm...Cik Fifi,”
kata-katanya tergantung di situ.
“Saya,” jawap Cik Fifi
bersahaja.
“Cik Fifi memang dah biasa
ke dengan aktiviti macam ni?” soal Daim memulakan bicara.
“Bolehlah. Saya bahagian
Psikologi tapi unit Latihan. Jadinya dah biasalah dengan semua ni. Cuma yang
naik boyan ni je, first time,” cerita
Cik Fifi.
“Oh! Dekat mana?” ‘pucuk
dicita ulam mendatang.’
“Bahagian kami dekat
Cyberjaya,” ‘bilalah nak sampai dekat diaorang ni.’
“Oh!” ‘nak tanya apa lagi
eh?’
“Kita kena kuak laju lagi.
Saya kena pantau diaorang semua,”
“Ha, ha. Ok, ok,”
Tangan pantas menguak air
untuk sampai cepat kepada peserta yang lain. Sungguhpun pasukan paramedik
bersama mereka di belakang, Cik Fifi tetap bertanggungjawab pada keselamatan
setiap daripada mereka.
Dalam beberapa detik
kemudian, mereka sampai juga dalam kelompok peserta lain.
“Cik, ok tak?” soal Kamal
yang rapat kepada boyan mereka.
“Ok. Laju Ayu dengan Fendi
ke depan,” matanya melilau seakan mencari seseorang.
“Dhia mana?” soalan Cik
Fifi membuatkan Daim tersentak. Dhia?
“Tu sebelah sana. Tadi ada
yang kejang perut. Dhia tolong cover
kejap,” Kamal menunjuk kepada ‘Dhia’ yang bersama-sama dengan seorang yang
sedang kejang perut.
Daim serta merta memandang
kepada ‘Dhia’.
‘Mana tau entah tunang aku
ke? Aik! Awat Si Dhia ni free hair?
Bukan mak cakap Si Dhia ni pakai tudung ke? Mesti dia ni bukan tunang aku.
Tapi, Chu dengan Adik cakap, Si Dhia tu pun dekat sini juga. Salah Dhia kot
ni?’ Daim bermain-main kata dihati.
“Lah ya ke?” kamal hanya
menganguk.
“Encik Pojie, lajak terus
ke depan ya. Saya nak ke tebing,” arah Cik Fifi kepada Daim. Cik Fifi tak
pernah nak ambil tahu pun siapa sebenarnya nama Daim sebab semua peserta
diarahkan mengunakan nama glamour masing-masing.
“Ha? Takpelah saya tunggu,
Cik,” jawap Daim.
“Takpe. Lajak terus.
Tengok ahli kumpulan Encik. Pasal saya, saya lajak dengan Kamal dan Dhia
nanti,”
Nak ke tak nak ke, Daim
terpaksa juga melepaskan Cik Fifi dan terus lajak ke hadapan. Cik Fifi dan
Kamal ke tebing bersama paramedik. Memberikan rawatan awal kecemasan kepada
peserta. Daim memandang sayup.
Tamat hari kedua tamat
disini.
Hari ketiga adalah hari
aktiviti di darat. Di darat pun tak darat sangat. Masih dalam aktiviti outdoor.
Rock Climbing dan Flying Fox. Daim sejak memulakan
aktiviti sampai dah nak makan malam,
tidak kelihatan langsung wajah kesayangannya, Cik Fifi. Ke mana pula
menghilangnya Cik Fifi?
Dikesempatan yang ada,
Daim bertanya kepada Kamal, “Cik Fifi, mana?”
“Cik Fifi, dia ada urusan
pentadbiran sedikit. Kenapa ya?” soal Kamal.
“Takde apa. Umm...boleh
tak nak tanya sikit?” soal Daim sambil jalan beriringan ke dewan makan.
“Boleh. Pasal apa? Pasal
Cik Fifi ke?” Kamal senyum sumbing. Daim termalu sendiri.
“Cik Fifi dah kahwin ke?”
soal Daim sambil memegang tengkuknya.
“Belum lagi,” Daim
mengenggam tanganya, “Yes,”
“Tapi bakal berkahwin tak
lama lagi. Tak silap tahun depan kot,” Kamal memegang dagu yang tak berjanggut.
“Bakal kahwin? Dengan
siapa?”
“Hai! Dengan tunang
dialah. Siapa lagi? Tak akan nak kahwin dengan saya kot?” Kamal terus
meninggalkan Daim sendirian.
Pada saat ini, separuh
nyawa Daim melayang pergi. Terus tak lalu makan dibuatnya. Langkah terus diatur
ke biliknya. Hatinya hancur dibuatnya. Kenapa bila saat dia mula menyukai,
meyayangi, mencintai seseorang, semuanya dah nak berpunya? Kenapa bila tiba
masa ingin melafazkan kata cinta, hatinya dilukai? Kenapa? Kenapa?
###
“Alhamdullilah.
Hari ini, hari terakhir anda semua di sini. Lepas ni dah boleh balik jumpa
dengan keluarga. Alhamdullilah, semuanya masing cergas. Masih sihat dan saya
nampak makin ceria. Itu yang kita mahukan. Pergi dengan muka keras. Balik
dengan muka ceria tapi ada jugak muka penat saya nampak,” ucapan Cik Fifi
langsung tidak memberikan Daim apa-apa. Dia lebih cenderung melayan alam flora
buat kali terakhir.
Majlis penutup
kursus pengurusan stress dirasmikan oleh Ketua Bahagian Psikologi. Sijil
penyertaan di berikan kepada setiap wakil. Daim mengambil bagi pihak
Kementerian Pertahanan. Pada saat ingin berpaling ke belakang, matanya secara
tak sengaja terpandang cincin yang dipakai Cik Fifi yang duduk di bahagian
paling hujung meja. Kebetulan tangan kirinya berada di atas meja. Bentuk cincin
yang dipakai oleh Cik Fifi sama dengan bentuk cincin tunang yang diberikan Daim
kepada Dhia.
Otaknya lantas
mencerna terus bila berada di Kedai Emas Kristal semasa nak membeli cincin
bertunang kepada Dhia yang lepas,
“Abang, I bagi you satu cincin ni. Bentuk terbaru kedai kami. Cincin ni memang
satu je kita buat. Koleksi excusive.
Kebetulan you cari itu saizkan? Memang ada. Tunggu kejap ah?” tokey kedai emas terus ke arah tempat
barangan ‘excusive’nya berada.
Mak Cik Kesuma
Dewi, Dr. Aiman dan Kak AD dah berpeluh dalam air cond dengan tahap kecerewetan Daim memilih cincin. Takat nak
memilih cincin je berjam jadinya. Tapi untung pada Kak AD sebab dapat rantai
baru. Dr. Aiman belikan. Bukan main suka lagi Kak AD.
“Abang, ini
dia. You kasi tengok dulu,” tokey kedai emas menghulurkan cincin
kepada Daim.
Tersenyum suka
Daim. Memang cantik. Tiga bentuk hati kecil yang seakan-akan membentuk hati
yang besar. Didalam setiap hati yang kecil ada satu batu didalamnya. Ikut kata
tokey kedai emas ini, belian. Yelah kot. Bentuknya tidak terlalu kecil tidak
terlalu besar. Berpusing-pusing mata Daim melihat cincin ditangannya.
“Cantiknya,”
sergah Kak AD.
“Tiga bentuk
love. I Love You,” spontan Daim
bercakap.
“Amboi, bukan
main romantik lagi!” Kak AD menepuk bahu Daim.
Mak Cik Kesuma Dewi terasa
lapang dadanya. Walaupun dia tak belajar tinggi tapi tiga perkataan tu memang
dia tahu sangat. Arwah suaminya selalu bisik ketelinganya setiap malam sebelum
tidur. Terasa bahagia sangat dengan tiga perkataan itu.
“Ok! Confirm. Saya ambil yang ini. Sekali dengan ini gelang,” Daim
menunjuk kepada gelang tangan di tangannya.
“Ok. Nanti saya kira dulu
ok?”
“Kasi diskaunlah. Beli
tiga ni,” Kak AD bersuara.
“Sudah tentu. Sudah
tentu,”
“Kamu nak bagi gelang
sekali ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Taklah. Gelang tu untuk
maklah,” jawap Daim.
“Pojie, dah bersurailah,”
tepuk seorang rakan peserta kursus. Tersentak Daim.
Daim lihat semua dah
keluar dari dewan. Cik Fifi pun dah keluar mengiringi ketuanya ke jamuan
ringkas. Daim menghampiri Kamal yang sedang mengemas meja.
“Encik Kamal, nak tanya
sikit boleh?” cuit Daim.
“Apa dia? Kau ni tak
sudah-sudah nak bertanyakan?” Daim hanya tersenyum.
“Apa nama betul dia?” soal
Daim.
“Siapa?”
“Cik Fifi,”
“Umm...Dhia
Lutfiyah,” jawapan Kamal berbekas dihati Daim.
6 comments:
hahahaha...suke..suke..syok ngat..daim dh kenal ngan dhia...next entry pliss...
suka,suka,suka...nak sangat daim syok dengan dhia...ada gaduh-gaduh masa mula2 kahwin pun best jgk..huhuhu
best la...x sabar nk tggu cmm 40 lak..please3
wah makin menarik citer ni...
next plz
tq semua...Insyallah akn buat yg lebih terbaik..bab 40 dh pun di upload tadi...
Noti Daim neh... Seb bek tunang sendiri..
Post a Comment