~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Saturday, October 8, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 39

Bab 39

            Hari berganti hari. Bergitu juga bulan. Terus berlalu tanpa menoleh ke belakang. Masuk hari ni, sudah masuk 3 bulan usia pertunangan mereka, tapi Dhia dan Daim masih belum saling bertemu apatah lagi berhubung. Daim sibuk dengan pelbagai mesyuarat yang perlu dihadiri dan Dhia dengan urusan kursus yang  tak pernah selesai.  Kesibukan yang melampau kononnya menyebabkan masing-masing tak pernah terfikir untuk melihat isi permberian mereka kepada tunang masing-masing. Dhia masih belum menonton video yang Daim beri dan bergitu juga Daim yang hanya meletak hadiah pemberian Dhia di dalam almari.
            “Tuan, surat panggilan kursus untuk tuan,”
Koperal Hamidah menyerahkan lembaran surat di atas meja Daim yang sedang menaip sesuatu di dalam komputer. Melihatkan Daim terlalu fokus menaip sehingga tidak memandang kepadanya, Koperal Hamidah meletak lembaran surat di sisi meja kerja Daim.  Tanpa menunggu Daim menoleh, Koperal Hamidah terus berlalu pergi. Daim menjeling sekilas. Benganglah tu.
Sejak-sejak Daim dah bertunang dengan Dhia, Koperal Hamidah lebih senang mengambil langkah senyap dan duduk diam sahaja. Curi-curi pandang Daim pun sudah tiada lagi. Koperal Hamidah lebih gemar membuat kerjanya sendirian.  Jika perlu, barulah Koperal Hamidah berkomunikasi dengan Daim, pegawainya.
“Kursus apa pula ni?” dicapai lembaran surat panggilan kursus.
“Kursus pengurusan stress?” berkerut dahi Daim membacanya.
Apasal pula aku kena pi kursus macam ni? Pergi kursus menembak ok gak. Ni kursus pengurusan stress. Adakah aku tengah stress? Ya. Memang stress! Stress sebab kerja menimbun atas meja ni. Dah macam tak ada orang lain ke nak di tala semua kerja ni? Medangkan aku je jadi mangsanya.
“Pojie,” Jefry menepuk bahu Daim. Daim hanya menoleh.
“Surat panggilan kursus? Tengok kejap,” Daim menyua surat kepada Jefry.
“Weh! Kursus ni la yang aku pergi dulu. Kau patut pergi, Bro. Gila bapak punya fun. Untung nasib kau punya Fasililator , Cik Fifi. Memang fun habis orangnya. Tapi...” Jefry seakan berfikir semacam. Seakan teringatkan sesuatu bila mengingatkan kembali kepada Cik Fifi.
“Tapi apa?” soal Daim.
“Umm... takde apalah. Aku tiba-tiba teringat sesuatu. Takpe, kau pergi je.Memang best kursus ni. Ha! Tengok, buat dekat Pahang tu. Memancinglah  kau,” Jefry menepuk bahu Daim.
“Gemarlah pula aku memancingkan?” jeling Daim.
“Bukan kau minat mincing ke? Tu dalam facebook kau pegang ikan kelah tu apa mendanyer?” soal Jefry.
“Aku tumpang pegang je. Yang tangkap tu Abang Daiz lah,” jawap Daim.
“Oh! Ya ke?” Jefry menutup mulutnya.
“Jep, aku nak pergi macam mana? Kau tengoklah kerja menimbun atas meja ni. Kalau aku pergi, fun sekejap. Balik aku stress balik. Buat apa?” Daim melapangak tangannya menunjuk jumlah kerja yang menimbun di meja kerjanya.
“Pojie, pergi sana nanti, diaorang akan ajar kita cara nak menanggani stress dengan cara bijaksana. Insyallah. Berguna ilmu yang diaorang berikan tu. Peluang hanya sekali, Pojie. Sekali engkau lepas sekali itu engkau akan kerugian,” Jefry memberikan semangat kepada Daim.
Daim hanya diam membisu. Hatinya masih berbelah bagi. Antara kerja yang menimbun dengan surat panggilan berkursus ini. Tapi ini adalah arahan. Kalau ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib. Nak tak nak dia kena juga pergi. Tapi kalau pergi, siapa pula nak tolong bereskan kerja-kerja ni semua? Kursus pula bukan main punya lama. 4 hari 3 malam tu! Kalau tak pergi, macam-macam boleh buat. Untung sabut, timbul; kerja semua beres. Untung batu, tengelam; makin bertamabahlah kerja jawapnya.
“Pergi je. Tak payah fikir-fikir. Aku dapat rasakan sesuatu ni. Sesuatu yang maha karya hebat macam lagu Faizal Tahir. Baik kau pergi, pojie,” gasak Jefry sekali lagi bila melihatkan Daim diam membisu.
“Oklah. Aku blah dulu,” Daim hanya menganggguk.
Jefry terus berlalu menuju ke mejanya. Di kotak fikirannya yang kecil, dia seakan sedang cuba mengingatkan sesuatu. Sesuatu yang agak lama tapi tidak terlalu berlapuk.
###
            “As’salammualaikum. Salam sejahtera. Chou an. Vanakam. Annyonghaseyo. Ohayo gozaimasu. Apa lagi nak sebut? Ha! Ashiteru je tak boleh sebut. Kalau sebut, ada yang kena kejar dengan parang pulak nanti. Hehehe...apa-apa pun. Saya selaku penyelaras program, mengucapkan selamat datang ke Kursus Pengurusan Stress bagi anggota beruniform,” tepukan gemuruh diberikan kepada penyelaras program Cik Fifi.
            “Untuk pengetahuan semua, sepatutnya program ini dijadualkan pada bulan Jun yang lepas. Tetapi memandangkan saya dan beberapa ahli team saya dikehandaki berkursus di Korea selama sebulan, makanya program ini ditunda ke hari ini. Selepas 3 bulan. Itu sebab gatal nak nyebut bahasa Korea je dari tadi ni,” cerita Cik Fifi.
            So, sepanjang 4 hari 3 di Sini, Tuan, Puan, Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri dan juga pada yang bergelar Toh sekali pun. Disini, kita tidak akan mengunakan walaupun sekumit perkataan gelaran diri kita. Sangkut semuanya di pintu masuk ke Taman Negeri Endau Rompin, Pahang.  Disini semua adalah sama. Semua adalah serupa. Semua wajib buat benda yang sama. Sepanjang berada disini juga, saya merupakan penyelaras anda, Cik Fifi. Saya merupakan ketua anda. Saya merupakan mak ayah anda walaupun hakikatnya mungkin saya dan team saya termuda sedikit dari anda atau mungkin tertua sedikit. Apa-apa masalah boleh terus jumpa saya tau pun jumpa dengan fasilitator-fasilitator saya. Kami akan bantu sebanyak mana yang kami boleh. Cuma, kalau dah berada di bilik chalet masing-masing tu, janganlah yang lelaki ni ketuk bilik saya dan fasilitator perempuan saya ya? Kang jadi lain pula jadinya. Tak sempat balik Cyberjaya saya dibuatnya,”  Cik Fifi bergarak dari satu lorong ke satu lorong bersama microphone di tangan.
            Seorang demi seorang dipandang Cik Fifi dengan senyuman menawan. Tapi sayang, semuanya muka tegang dan tak senyum langsung. Sesampainya Cik Fifi di meja Daim. Langkahnya terhenti. Jantungnya berdegup semacam. Mata Cik Fifi dan Daim saling bertaut. Dalam diam, Daim juga sepertinya. Terasa peluh memercik ke dahi. Daim mengamati mata Cik Fifi. Mata itu...
            Mata itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. iya. Mata itu milik wanita yang selalu hadir dalam mimpi-mimpinya. Mata itu milik wanita yang pernah dilihatnya semasa di Melaka. Mata itu milik wanita yang pernah muncul semasa di berada entah dimana sewaktu dia pengsan dulu.
            Cik Fifi menunduk dan berjalan laju meninggalkan Daim. Hatinya jadi tidak sedap.
            “Ok. Malam ni, kita tak ada aktiviti yang teruk-teruk sangat. Cuma ada sedikit taklimat dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berkenaan dengan rawatan awal kecederaan. Sebab esok dan hari-hari seterusnya, kita akan lakukan pelbagai aktiviti. Jadinya kalau boleh dengan ilmu yang kita dapat tadi, kita dapat membantu kawan-kawan kita yang mengalami kecedaraan ringan. Bukan aplikasi disini je nanti, di rumah pun boleh diaplikasikan juga. Esok baru kita have fun together. Jadinya, saya serahkan acara petang kita diteruskan oleh En. Kamal yang handsome ni,” Cik Fifi cuba menahan getar suaranya. Ditepuk belakang badan Kamal.
            “Satu lagi saya nak ingatkan. Sesiapa yang buat muka tegang, takde senyum-senyum. Saya dan team saya akan kenakan denda RM0.20. Sesiapa yang tak hormat orang lebih tua tapi bukan kerana pangkatnya, saya denda RM0.20. Sesiapa yang takde etika tolong menolong dalam kumpulan kecil yang akan dibahagikan sebentar lagi, saya denda RM0.20,” terang Cik Fifi.
            “Semuanya 20 sen je,” terjah suatu suara.
            “Memang. Memang RM0.20 je. Kursus yang lepas kami dapat collect dekat RM200.00 dari hasil RM0.20 ni. Sampai saya pun dapat jolokkan Minah 20 sen,” cerita Cik Fifi mengundang tawa dan gema dewan.
            “Nanti duit tu nak buat apa?” soal suatu suara lagi.
            “Ummm...biasanya kami kumpul dan kemudian kami akan gunakan untuk penambahbaikkan pada program kursus akan datang,” tambah Cik Fifi. Matanya sekali lagi ‘terlanggar’ dengan mata Daim.
            “Rugilah kami macam ni,” sampuk suatu suara perempuan pula.
            “Jadinya, senyum-senyumlah selalu ya? Saya cabar anda, jangan bagi team saya penuhkan tabung ini untuk kegunaan kursus kami nanti. Boleh?” jerit Cik Fifi.
            “Boleh,” jawap mereka lemah.
            “Lembik je. Dah makan ke belum ni? Sekali lagi, Boleh ke tidak?”
            “Boleh,”
            “Insyallah,”
            Jeritan yang sedikit kuat.
            “Allah sentiasa mengizinkan. Nak, nak bab senyum. Confirm Allah luluskan. Senyum tu kan ke sedekah? Jadinya, boleh ke tidak?’ suara Cik Fifi mengamatkan dewan sekali lagi.
            “Boleh,” jerit mereka kembali.
            “Mesti boleh?” jerit Cik Fifi lantang.
            “Mesti,” jerit mereka.
            “Pasti Boleh?” jerit Cik Fifi semakin kuat tanpa mengunakan microphone lagi.
            “Pasti,” lantang juga mereka memyahut.
            “Bagus!,”Cik Fifi menepuk tangannya dan bergema dewan sekali lagi dengan tepukkan padat mereka.
            “Baik. Mulai esok, kita tengok siapa yang terkena. Kalau tiada sesiapa yang tak terkena, tabung itu, saya akan pecahkan, ok?” Cik Fifi kembali bercakap dengan microphone sambil menunjuk kepada tabung yang dipegang Kamal.
            “Ok,” jawap semua.
            Cik Fifi memberikan microphone kepada Kamal untuk aktiviti ais breaking. Cik Fifi dan beberapa ahli kumpulannya yang lain berlalu ke arah luar dewan untuk memantau jamuan larut malam (supper) mereka. Degup jantung Cik Fifi semakin kuat berdegup bila kala, Daim menghantarnya dengan lirikan mata yang redup dan senyuman yang cantik tersusun. Cik Fifi terpikat! Dengan kadar kepantasan maksimum, diteguk air mineral dengan rakus dan cincin dijarinya di usap kasar.
            “Ya Allah, tetapkan hati hambaMu ini,” bisik hatinya.
###
            Aktiviti pada pagi pertama kursus, dimulakan dengan senam arobik yang dikelola oleh Ayu. Bukan senang nak mengumpulkan seramai 58 orang peserta kursus tepat pada masanya. Ikut jadual 6:50 pagi dah mulakan aktiviti. Oklah. Bagi longgar sikit 10 minit untuk siap-siap lepas solat subuh. Kira 7:00 pagi paling-paling lambat dah mulalah. Tapi ini dah dekat jam 7:15 pagi macam semut jalannya lagi. Terkedek-kedek macam itik. Ingatkan pasukan beruniform ni eloklah tertibnya tapi hampeh. Sama je. Cik Fifi sudah bercekak pinggang, kebengangan.
            Kelihatan beberapa peserta berjalan umpama Mak Inang pergi pasar je lagaknya. Tak boleh jadi ni! Cik Fifi yang separuh hilang sabarnya, mencapai mic coles dari telinga Ayu.
            “Dalam kiraan 1 sampai 10. Siapa yang tak check in sini lagi, kumpulan dia saya denda RM0.20,” jarinya menunjuk jari telunjuk dan jari hantu membentuk tanda 2.
            Cik Fifi mula mengira. Bagaikan kilat, berlari semuanya dengan pantas menuju ke padang. Genap je kiraan 10. Cik Fifi menyuruh ketua kumpulan untuk mengira jumlah ahli kumpulan masing-masing.
            “Cukup semua?” soal Cik Fifi.
            “Kurang satu,” jerit Daim. Cik Fifi pantas menoleh. Langkah diatur menuju ke kumpulan Daim. Jantungnya berdebar.
Be professional, be professional,” Cik Fifi menyedapkan hatinya.
            “Macam mana boleh tak cukup sorang? Mana sorang lagi?” soal Cik Fifi bila sampai di hadapan Daim. Makin kuat getaran hati mereka.
            “Cik, sorang lagi tu mengandung. Kami suh dia duduk sana,” seorang dari ahli kumpulan menunjukkan kepada seorang wanita yang duduk di bangku.
            “Ummm...kira cukuplah tu,” cebik Cik Fifi.
            “Ada sesiapa yang mengandung lagi tak? Jangan malu nak angkat tangan. Kita nak senam robik kejap lagi. Yang mana ibu-ibu menagndung ni saya minta ke sebelah sana. Kita akan buat senaman untuk ibu-ibu mengandung senaman yang lain. Senaman yang memang khas buat ibu-ibu mengandung. Sesiapa yang baru mengandung pun saya harap dapat beri kerjasama. Kita tak nak ada perkara-perkara yang tak di ingini pula berlaku,” pinta Cik Fifi.
            Selepas dari pada itu, seramai 10 orang ibu mengandung keluar dari kumpulan masing-masing. Ikutkan ini pertama kali mereka menerima ibu mengandung seramai ini. Biasanya dalam 2 ke 3 orang sahaja. Puan Manisah yang baru naik cuti bersalin pada bulan lepas, seperti biasa, terus menuju ke kumpulan ibu-ibu mengandung.
Puan Manisah satu-satunya instracture yang sesuai bagi ibu-ibu mengandung. Jangan ingat ibu mengandung tak boleh bersenam? Boleh tau. Mereka siap bersenam dengan bola gergasi. Walaupun hanya ada 4 bola gergasi, aktiviti tetap dilakukan secara bergilir-gilir.
Aktiviti senam arobik terus dilakukan dengan pelbagai rentak lagu. Mula-mula lagu cinta bin tangkap leleh kemudian bergerak pula ke lagu rancak bin killer song. Beralih pula ke lagu zapin. Berzapin, zapin tangan mereka mengalun rentak lagu. Dapat pula Cik Fifi yang sememangnya gila, menyanyi-nyanyi pula mereka dibuatnya. Memang fun habis!
“Alhamdullilah. Dah pun segar balik badan kita dan lancar dah saluran pernafasan kita. Jadinya sekarang dah jam 7:45 pagi. Modul pertama kita akan mula pada jam 8:30 pagi tepat. Malangnya, memandangkan anda semua dah ambil masa senam robik 15 minit lambat, saya tarik balik 15  minit yang anda semua guna tadi. Pada jam 8:15 pagi, saya nak anda semua dah siap makan, terus ke dewan. Tak payah nak tukar-tukar baju sebab kita semua akan gunakan baju yang sekarang ini kita guna. Ahli kumpulan mana yang lambat, kami denda...”
“RM0.20,” jerit semua.
“Bagus. Memahami,” senyum Cik Fifi.
Cik Fifi meniup wisel tanda bersurai. Memikirkan masa yang bersisa hanya tinggal 20 minit, yang lelaki dah berlari ke dewan makan. Melihatkan yang lelaki dah berlari, yang perempuan ni pun apa lagi., berlari jugaklah. Tinggallah ibu-ibu mengandung ni jalan pelahan dibelakang.
Ayu dan teamnya mengemas peralatan yang digunakan semasa senam arobik. Cik Fifi berjalan beringan dengan ibu-ibu mengandung ke dewan makan. Sempat juga Cik Fifi meraba perut salah seorang yang nampak sudah sarat dan membukit. Rata-rata mereka baru lagi mengandung. Cuma seorang ni je yang dah masuk usia kandungan 6 bulan. Bilalah aku nak join deme ni. hehehe...
Pelbagai program dirangka dalam corak dan konsep yang tidak memeningkan peserta. Aktiviti yang memang nak menghilangkan stress peserta. Terlompat, terjerit, terkinja, terjalan itik semuanya wajib buat. Mengekek semua ketawa. Dalam pada itu, slot motivasi juga turut diterapkan. Supaya lahir dan terus mengalir nilai-nilai positif dalam diri peserta. Program memang dirangka padat untuk pesertalah.
Tapi berbeza dengan Daim. Dia merangka program lain. Program memikat Cik Fifi! Kalaulah Berjaya pikat Cik Fifi, sure aku tak payah kahwin dengan Si Dhia. Kehadiranmu, mengetarkan hati Abang, Sayang. Hehehe...
Semalam selepas habis je sesi ais breaking, Daim mencapai telefon bimbitnya. Nombor pertama yang didail semestinya nombor Jefry. Walaupun dalam keadaan singnal komunikasi yang sekejap ada sekejap tak ada, Daim tetap juga nak call Jefry.
“Jep,” sergah Daim lewat malam itu.
“As’salammualaikum,” jawap Jefry memerli.
“Wa’alaikumsalam. Maaflah. Terlupa pula,” ketawa Daim.
“Itu pun boleh lupa ke? Apasal call aku malam-malam buta ni?” soal Jefry.
“Jep,  betul cakap kau,”
“Cakap aku? Aku cakap apa?” soal Jefry terpinga-pinga.
“Kau cakap akan terjadi sesuatukan? Memang ya. Memang betul. I’m falling in lovelah,” Daim menyuarakan isi hatinya kepada Jefry. Terbeliak katak Jefry duduk dibirai katilnya.
“Ha? Kau dah falling in love dengan Dhia ke?” soal Jefry.
“Ish! Ada Dhia. Dhia tu nak  buat apa. Ni aku dah jatuh cinta dengan Cik Fifi engkau tu,” daim memejam matanya membayangkan Cik Fifi.
“Ha? Apa? Aku tak salah dengarkan? Kau jangan main-main, Pojie. Kau dah bertunang tau,” nasihat Jefry dalam separuh terkejut.
“Alah. Baru je bertunang. Belum kahwin lagi. Bila-bila masa boleh putuskan. Ni aku dah betul-betul jatuh cinta. Lirikkan matanya. Senyumannya. Ketawanya. Tenaganya. Personalitinya. Feh! Memang cair aku dibuatnya. Kalau kau boleh dengar degupan jantung aku ni, dah lama aku bagi kau dengar. Berdegup-degup dari tadi tak hilang lagi. Perasaan ni memang lain sangat. Tak sama masa dengan Aishah,” cerita Daim.
“Ish! Kau ni,” decip Jefry.
“Kau nak tau tak, Jep? Mata dia, Jep. Mata dia. Mata dia sama dengan orang yang dalam mimpi aku. Aku memang cam habis mata tu. Mata tu lah yang mengekori aku selama ni. Aku dapat rasakan, dia jodoh aku, Jep,” sambung Daim lagi.
“Ish! Kau ni. Jangan mainkan perasaan orang. Si Dhia tu dah sedia tunggu kau. Dah sedia nak jadi isteri kau. Tiba-tiba kau buat dia macam ni. Mana letak kau punya perasaan ni? Tak kesian ke nanti dekat Si Dhia tu?” soal Jefry marah-marah.
“Jep, aku hanya cakap aku dah jatuh cinta je. Kalau ini jodoh aku tak akan aku nak menidakkanya. Berbulan aku tertanya-tanya siapa pemilik mata tu. Dan sekarang kau melarang,”
“Cik Fifi tu taklah cantik sangat sungguhpun muka dia memang ada iras-iras...” Jefry terdiam. Otaknya mencerna sesuatu.
“Iras-iras siapa? Takpe. Nanti aku dapat snap gambar dia aku mms pada kau. Oklah. Aku nak tidur. As’salamualaikum,”  Daim terus mematikan talian dalam keadaan Jefry masih terpinga-pinga.
Jefry semakin kuat merasakan sesuatu. Diantara suka dengan tidak, hatinya sebenarnya suka. Ada sesuatu diantara Cik Fifi dan Dhia. Kena cari bukti ni!
Daim meneruskan misinya mengusha Cik Fifi tanpa menghiraukan kata-kata Jefry. Matanya seakan tidak dapat melepaskan Cik Fifi. Ke mana langkah Cik Fifi di situ mata Daim setia menghantarnya. Senyuman yang terukir diwajah Cik Fifi sungguh ikhlas dan sangat tulus. Ketawanya tak pernah sembunyi. Tudungnya sentiasa tersemat brooch kartun. Langkahnya sentiasa aktif dan lincah. Auratnya sentiasa terjaga. Bila dengan yang lebih tua, kesopanannya terserlah walaupun dia penyelia program ni. Orang yang tak pernah lekang dengan manis muka. Memang ciri-ciri yang sangat Daim dambakan.
Setiap detik yang berlalu semakin menyesakkan dada Daim menyimpan rasa. Hatinya pedih bila Cik Fifi cuba dipikat oleh orang lain. Sungguhpun bukan pikat beria tapi dari cara mereka, Daim tahu hatinya sedang cemburu.
Jika hari pertama peserta kursus lebih kepada aktiviti indoor, hari ke-2 dan seterusnya akan diteruskan dengan aktiviti outdoor. Aktiviti Jungle Tracking. Selepas senaman pagi dan minum pagi, peserta semua bekumpul di tapak senam  pagi dilakukan mengikut kumpulan masing-masing. Sungguh pun ini merupakan aktiviti yang bukan asing bagi mereka tapi bila diprovok dengan ‘kebanjiran’ pacat, separuh juga yang perempuan buat muka cuak. Ibu-ibu mengandung tak dapat nak join aktiviti ini. mereka mengikuti aktivi lain dengan Puan Manisah.
Selepas dibahagi-bahagi fasilitator kepada setiap kumpulan, Cik Fifi termasuk ke dalam kumpulan Daim. Berbunga riang Daim. Ikutkan fasilitator kumpulan Daim adalah Puan Manisah tapi di gantikan dengan Cik Fifi sebab Puan Manisah di arahkan melakukan aktiviti bersama ibu-ibu mengandung. Cik Fifi asalnya ingin meletakkan Indah tapi Indah terlebih awal terpaksa tarik diri bila jatuh trgelincir bilik air. Nak tak nak, Cik Fifi terpaksa juga memasukkan dirinya ke dalam team Daim.
Sepanjang aktiviti Jungle Tracking bermula, sengaja Cik Fifi mengelat duduk di hadapan. Sengaja Cik Fifi duduk di belakang sekali. Biar langsung tak payah nak mengadap muka Daim. Makin mengadap muka Daim, makin nak berpatah arah hati Cik Fifi. Daim perasan Cik Fifi cuba mengelak. Daim faham. Tapi masa inilah pun nak tunjuk tahap kejantanan aku. Fifi, akan aku pastikan engkau selamat bersamaku selalu.
Pada pemerhatian Cik Fifi, Daim memang seorang ketua yang prihatin. Walaupun ahli perempuan hanya 3 orang tidak termasuk Cik Fifi, Daim tetap jaga seumpama semua ahlinya perempuan. Kerjasama antara kumpulan juga amat baik. Saling tolong menolong dan membantu. Bila meniti di titi, Daim akan memastikan semua selamat menyeberang barulah Daim memulakan kembali perjalanan. Tapi kelakar bila tiba masa Cik Fifi. Daim sengaja tunggu peluang ini untuk membantu Cik Fifi tapi sebaliknya pula yang terjadi. Beria ahli lelaki kumpulannya nak membantu. Siap main hulur-hulur tangan lagi. Geram je Daim dibuatnya.
Tapi Cik Fifi memang terbaik. Sesiapa yang nak membantunya, jangan mimpi dapat pegang tangan dia. Dihulurkan kayu kepada mereka yang ingin membantu. Hampa lagi! Tapi Daim suka. Suka sebab Cik Fifi bukan mudah jatuh ke tangan orang. Dalam erti kata lain, susah nak pikatlah!
Daim makin terpikat kepada Cik Fifi bila kala melihatkan Cik Fifi yang memang mempunyai semangat yang kuat bertambah pula dengan keberanian dia memegang pacat yang hinggap di kasutnya. Tak seperti ahli perempuan kumpulannya. Asalkan boleh nak menjerit-jerit. Walhal pacat tu belum sempat nak buat apa-apa pun. Nama je Polis tapi pacat pun takut.
Sampai di check point terakhir, pemandangan sungai tenang terbentang dihadapan mereka. Cantik!
“Kita rehat sini dulu sambil tunggu kumpulan yang lain sampai. Dah sampai kumpulan yang lain, baru kita mulakan aktiviti outdoor kedua kita. Lagi satu, jangan cuba-cuba nak mandi ya. Tunggu semua ada dulu,” arah Cik Fifi yang kemudian terus duduk disebelah Abang John, Tok Batin.
“Apasal makin meluap-luap geram aku ni?” Daim berbicara sendirian. Cemburu dibuatnya bila Cik Fifi berbual mesra dengan Abang John.
Dimatanya terasa berapi-api. Hatinya terasa pedih. Padahnya, tanah pasir sungai menjadi mangsa. Ditikam-tikam tanah pasir sungai dengan ranting kayu yang keras beberapa kali dengan mata tak pernah lepas dari memandang Cik Fifi. Cik Fifi perasan tapi apa boleh buat. Ada hati yang kena jaga.
Selepas semua peserta sampai, aktiviti diteruskan dengan aktiviti berkayak dengan boyan (pelampung). Memang mulanya tak tercapai akal para peserta. Tapi selepas diberikan tunjuk ajar, barulah mereka semua dapat membayangkannya. Syukur Alhamdullilah juga, semuanya pandai berenang.
Berkayak dengan boyan memang mencabar. Paling tercabar bila dalam berada diparas yang paling rendah. Badan yang berat menyukarkan lagi pergerakkan. Kemudian bagi mengerakkan boyan, tangan dikerah untuk menjadi pendayung. Seorang demi seorang berlepas dengan dengan boyan masing-masing. Semakin jauh semakin jauh ke hadapan. Boyan Cik Fifi yang jauh ketinggalan. Daim dapat lihat riak wajah Cik Fifi yang agak pucat. Boyannya berpusing beberapa kali. Timbul kasihan dihati Daim. Daim memberhentikan pergerakkanya. Ditunggu Cik Fifi.
“Cik Fifi ok?” soal Daim bila boyan Cik Fifi hampir sampai kepadanya.
“Ok. Kenapa tak teruskan?” soal Cik Fifi.
“Saya tunggu, Cik. Kot terjatuh ke?” jawap Daim.
“Lah. Takpe. Is ok. Life jacketkan ada?” Cik Fifi tidak merenung mata Daim.
‘Kita dah kena tinggal ni. Kita kena bergabung baru boleh sampai sama dengan diaorang,” usul Daim.
“Bergabung?” soal Cik Fifi.
“Yup. Macam ni,” Daim mengayuh boyannya menghampiri Cik Fifi.
Daim terpaut lengan Cik Fifi yang memegang boyan. Tersentak Cik Fifi dibuatnya. Dengan pantas Cik Fifi menyentap tangannya ke dada.
Sorry,” pinta Daim tapi sebenarnya dalam hati bukan main suka sebab saat ditunggu dah tiba. Berdua dengan Cik Fifi.
“Saya masuk kaki saya bawah boyan Cik Fifi, kita kayuh sama-sama. Kaki Cik Fifi nanti gerak-gerakkan sikit. Lajulah sikit pergerakkan kita,” nak tak nak Cik Fifi kena akur.
Seminit...diam.
Dua minit...masih diam.
Tiga minit...tetap diam.
Masing-masing layan perasaan. Menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah.
Sepuluh minit...
“Terima kasih,” ucap Cik Fifi menyentakkan Daim.
“Terima kasih untuk apa?” soal Daim.
“Sebab sudi tolong berboyan dengan saya,” jawap Cik Fifi.
“Oh! Sama-sama,” senyum luas terpampang di muka Daim.
Kemudian masing-masing hilang kata-kata.
‘Daim inilah dia masanya. Cuba kau ajak Cik Fifi ni berbual. Dari kau senyap je. Bosan kau tau tak? Bosan!’ kata suara hati Daim.
“Umm...Cik Fifi,” kata-katanya tergantung di situ.
“Saya,” jawap Cik Fifi bersahaja.
“Cik Fifi memang dah biasa ke dengan aktiviti macam ni?” soal Daim memulakan bicara.
“Bolehlah. Saya bahagian Psikologi tapi unit Latihan. Jadinya dah biasalah dengan semua ni. Cuma yang naik boyan ni je, first time,” cerita Cik Fifi.
“Oh! Dekat mana?” ‘pucuk dicita ulam mendatang.’
“Bahagian kami dekat Cyberjaya,” ‘bilalah nak sampai dekat diaorang ni.’
“Oh!” ‘nak tanya apa lagi eh?’
“Kita kena kuak laju lagi. Saya kena pantau diaorang semua,”
“Ha, ha. Ok, ok,”
Tangan pantas menguak air untuk sampai cepat kepada peserta yang lain. Sungguhpun pasukan paramedik bersama mereka di belakang, Cik Fifi tetap bertanggungjawab pada keselamatan setiap daripada mereka.
Dalam beberapa detik kemudian, mereka sampai juga dalam kelompok peserta lain.
“Cik, ok tak?” soal Kamal yang rapat kepada boyan mereka.
“Ok. Laju Ayu dengan Fendi ke depan,” matanya melilau seakan mencari seseorang.
“Dhia mana?” soalan Cik Fifi membuatkan Daim tersentak. Dhia?
“Tu sebelah sana. Tadi ada yang kejang perut. Dhia tolong cover kejap,” Kamal menunjuk kepada ‘Dhia’ yang bersama-sama dengan seorang yang sedang kejang perut.
Daim serta merta memandang kepada ‘Dhia’.
‘Mana tau entah tunang aku ke? Aik! Awat Si Dhia ni free hair? Bukan mak cakap Si Dhia ni pakai tudung ke? Mesti dia ni bukan tunang aku. Tapi, Chu dengan Adik cakap, Si Dhia tu pun dekat sini juga. Salah Dhia kot ni?’ Daim bermain-main kata dihati.
“Lah ya ke?” kamal hanya menganguk.
“Encik Pojie, lajak terus ke depan ya. Saya nak ke tebing,” arah Cik Fifi kepada Daim. Cik Fifi tak pernah nak ambil tahu pun siapa sebenarnya nama Daim sebab semua peserta diarahkan mengunakan nama glamour masing-masing.
“Ha? Takpelah saya tunggu, Cik,” jawap Daim.
“Takpe. Lajak terus. Tengok ahli kumpulan Encik. Pasal saya, saya lajak dengan Kamal dan Dhia nanti,”
Nak ke tak nak ke, Daim terpaksa juga melepaskan Cik Fifi dan terus lajak ke hadapan. Cik Fifi dan Kamal ke tebing bersama paramedik. Memberikan rawatan awal kecemasan kepada peserta. Daim memandang sayup.
Tamat hari kedua tamat disini.
Hari ketiga adalah hari aktiviti di darat. Di darat pun tak darat sangat. Masih dalam aktiviti outdoor. Rock Climbing dan Flying Fox. Daim sejak memulakan aktiviti sampai dah nak makan malam,  tidak kelihatan langsung wajah kesayangannya, Cik Fifi. Ke mana pula menghilangnya Cik Fifi?
Dikesempatan yang ada, Daim bertanya kepada Kamal, “Cik Fifi, mana?”
“Cik Fifi, dia ada urusan pentadbiran sedikit. Kenapa ya?” soal Kamal.
“Takde apa. Umm...boleh tak nak tanya sikit?” soal Daim sambil jalan beriringan ke dewan makan.
“Boleh. Pasal apa? Pasal Cik Fifi ke?” Kamal senyum sumbing. Daim termalu sendiri.
“Cik Fifi dah kahwin ke?” soal Daim sambil memegang tengkuknya.
“Belum lagi,” Daim mengenggam tanganya, “Yes,”
“Tapi bakal berkahwin tak lama lagi. Tak silap tahun depan kot,” Kamal memegang dagu yang tak berjanggut.
“Bakal kahwin? Dengan siapa?”
“Hai! Dengan tunang dialah. Siapa lagi? Tak akan nak kahwin dengan saya kot?” Kamal terus meninggalkan Daim sendirian.
Pada saat ini, separuh nyawa Daim melayang pergi. Terus tak lalu makan dibuatnya. Langkah terus diatur ke biliknya. Hatinya hancur dibuatnya. Kenapa bila saat dia mula menyukai, meyayangi, mencintai seseorang, semuanya dah nak berpunya? Kenapa bila tiba masa ingin melafazkan kata cinta, hatinya dilukai? Kenapa? Kenapa?
###
            “Alhamdullilah. Hari ini, hari terakhir anda semua di sini. Lepas ni dah boleh balik jumpa dengan keluarga. Alhamdullilah, semuanya masing cergas. Masih sihat dan saya nampak makin ceria. Itu yang kita mahukan. Pergi dengan muka keras. Balik dengan muka ceria tapi ada jugak muka penat saya nampak,” ucapan Cik Fifi langsung tidak memberikan Daim apa-apa. Dia lebih cenderung melayan alam flora buat kali terakhir.
            Majlis penutup kursus pengurusan stress dirasmikan oleh Ketua Bahagian Psikologi. Sijil penyertaan di berikan kepada setiap wakil. Daim mengambil bagi pihak Kementerian Pertahanan. Pada saat ingin berpaling ke belakang, matanya secara tak sengaja terpandang cincin yang dipakai Cik Fifi yang duduk di bahagian paling hujung meja. Kebetulan tangan kirinya berada di atas meja. Bentuk cincin yang dipakai oleh Cik Fifi sama dengan bentuk cincin tunang yang diberikan Daim kepada Dhia.
            Otaknya lantas mencerna terus bila berada di Kedai Emas Kristal semasa nak membeli cincin bertunang kepada Dhia yang lepas,
            “Abang, I bagi you satu cincin ni. Bentuk terbaru kedai kami. Cincin ni memang satu je kita buat. Koleksi excusive. Kebetulan you cari itu saizkan? Memang ada. Tunggu kejap ah?” tokey kedai emas terus ke arah tempat barangan ‘excusive’nya berada.
            Mak Cik Kesuma Dewi, Dr. Aiman dan Kak AD dah berpeluh dalam air cond dengan tahap kecerewetan Daim memilih cincin. Takat nak memilih cincin je berjam jadinya. Tapi untung pada Kak AD sebab dapat rantai baru. Dr. Aiman belikan. Bukan main suka lagi Kak AD.
            “Abang, ini dia. You kasi tengok dulu,” tokey kedai emas menghulurkan cincin kepada Daim.
            Tersenyum suka Daim. Memang cantik. Tiga bentuk hati kecil yang seakan-akan membentuk hati yang besar. Didalam setiap hati yang kecil ada satu batu didalamnya. Ikut kata tokey kedai emas ini, belian. Yelah kot. Bentuknya tidak terlalu kecil tidak terlalu besar. Berpusing-pusing mata Daim melihat cincin ditangannya.
            “Cantiknya,” sergah Kak AD.
            “Tiga bentuk love. I Love You,” spontan Daim bercakap.
            “Amboi, bukan main romantik lagi!” Kak AD menepuk bahu Daim.
Mak Cik Kesuma Dewi terasa lapang dadanya. Walaupun dia tak belajar tinggi tapi tiga perkataan tu memang dia tahu sangat. Arwah suaminya selalu bisik ketelinganya setiap malam sebelum tidur. Terasa bahagia sangat dengan tiga perkataan itu.
“Ok! Confirm. Saya ambil yang ini. Sekali dengan ini gelang,” Daim menunjuk kepada gelang tangan di tangannya.
“Ok. Nanti saya kira dulu ok?”
“Kasi diskaunlah. Beli tiga ni,” Kak AD bersuara.
“Sudah tentu. Sudah tentu,”
“Kamu nak bagi gelang sekali ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Taklah. Gelang tu untuk maklah,”  jawap Daim.
“Pojie, dah bersurailah,” tepuk seorang rakan peserta kursus. Tersentak Daim.
Daim lihat semua dah keluar dari dewan. Cik Fifi pun dah keluar mengiringi ketuanya ke jamuan ringkas. Daim menghampiri Kamal yang sedang mengemas meja.
“Encik Kamal, nak tanya sikit boleh?” cuit Daim.
“Apa dia? Kau ni tak sudah-sudah nak bertanyakan?” Daim hanya tersenyum.
“Apa nama betul dia?” soal Daim.
“Siapa?”
“Cik Fifi,”
“Umm...Dhia Lutfiyah,” jawapan Kamal berbekas dihati Daim.                                                                                               

6 comments:

suha said...

hahahaha...suke..suke..syok ngat..daim dh kenal ngan dhia...next entry pliss...

Si Comel Angah said...

suka,suka,suka...nak sangat daim syok dengan dhia...ada gaduh-gaduh masa mula2 kahwin pun best jgk..huhuhu

ninie comey said...

best la...x sabar nk tggu cmm 40 lak..please3

Anonymous said...

wah makin menarik citer ni...
next plz

ezaitie nfib. said...

tq semua...Insyallah akn buat yg lebih terbaik..bab 40 dh pun di upload tadi...

Unknown said...

Noti Daim neh... Seb bek tunang sendiri..