~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Saturday, August 13, 2011

Cerpen Bertema ~ Telatah Ragam Sahur


Malam sebelum Ramadhan  .

“Anak-anak, esok dah mula puasa ya. Jangan ada yang malas sahur, tak puasa, ya anak-anak. Mak dapat tahu siapa tak puasa penuh tahun ni terutamanya lelaki, tak ada peruntukkan baju raya ya anak-anak,” pesan mak lembut dan bersahaja.

“Ala, asyik anak lelaki je kena puasa penuh. Anak perempuan pun kena gak puasa penuh baru adil,” bangkang Adik.

“Eh! Kak Yong puasa penuh tau. Dah 3 tahun tau,” sampuk Kak Yong yang tengah melipat baju.

“Eleh. belagak betul! Mana ada perempuan yang dapat puasa penuh? Nampak nau penipunya,” Achik menyokong adik.

“Apa pulak? Kak Su pun pernah dapat puasa penuh apa? Ingat korang je ke yang boleh puasa penuh? Kami pun bolehlah,” Kak Su menyokong Kak Yong.

“Tipulah. Adik tak percaya,”

“Ok! Kita beating siapa dapat puasa penuh tahun ni, dia dapat duit raya lebih dari Kak Yong,” tersedak oksigen Kak Yong dibuatnya.

“Apasal lak Kak Yong terlibat sama ni? Kau orang berdua yang beating, duit Kak Yong pula terbabit,” Kak Yong mencekak pinggang dengan mata membuntang kepada Kak Su dan Adik.

“Sebab kau kan dah kerja? So, kaulah kena bagi duit raya pada kami. Kami ni budak lagi,”

“Budaklah sangat. Dah akhil baligh dah. Patut tak payah dah duit raya, duit raya ni,” bebel Kak Yong.

“Kau ni macam kuda tau, Kak Yong. Kedekut...kedekut...kedekut,” Adik membuat lagak seperti kuda berlari. Aksinya turut diikuti oleh Kak Su dan Achik.

“Siut punya budak-buuuudddaaaakkkk,” Kak Yong mengejar mereka berdua.

“Lari, lari. Dinosaur mengamuk,” adik berlari terus ke arah luar rumah.

“Kau panggil aku apa? Dinosaur? Senget punya adik,” Kak Yong semakin panas hati.

Dalam pada Adik berlari sambil mengejek Kak Yong, dia secara tak sengaja terempuh Ayah yang sedang memandang telefon. Apalagi, bergolek kedua-duanya jatuh. Paling tragis, Abang Wan pula tengah duduk menonggek mencari barang dalam laci, pun turut sama jatuh mehempap Ayah.

“Aaaadduuuuhhh!” jerit Ayah memegang kakinya.

Adik dah muka kepucatan. Bergitu juga dengan Kak Yong. Abang Wan pula dah mengosok kepalanya yang dah terkena pada bucu meja.

“Ni siapa punya angkara ni?” soal Mak yang dah berlari ke arah Ayah.

“Kak Yong,”

“Adik,”

serentak mereka berkata.

“Apa ni berlari dalam rumah? Habis dengan ayah, ayah sekali kena. Adik, kamu tak puas main tadi ke?” soal Ayah yang cuba bangun sambil di pimpin Mak.

“Eh! Adik pula?” Adik menunding jari ke mukanya. Adik panas hati.

“Dahlah ayahnya. Tak sengaja terlanggar awak,” Mak bertindak meredakan keadaan.

“Dah pergi buat kerja sekolah. Jangan ingat nak main lagi. Pekse dah dekat,” arah Mak pada Adik.

“Kamu sekali, Achik,” jeling Kak Yong.

Achik dan Adik berbentak kaki masuk ke bilik membuka buku sekolah.

###

1 Ramadhan.

“Astagfirullahalazim...tak bangun lagi budak-budak ni. Bangun cepat!” laungan Kak Yong mengemakan suasana rumah pagi itu.

Habis tegak berdiri semua orang dalam rumah gara-garakan suara Kak Yong yang berjaya mengalahkan guruh dilangit. Mak gelarkan Kak Yong 'Mak Tiri No.2'. Kalau mak punya suara tak lut, suruh je Kak Yong buat seruan Azan confirm semua orang pedih telinga. Ayatnya dahlah pedih nak mampus tambah dengan mulut yang asyikkan nak pot pet pot pet 24 jam. Kalau sorang buat salah, habis semua orang kena sekali.

“Ish! Kamu ni. Habis sampai jiran sebelah pun boleh bangun tahu tak?” Mak mencubit pinggang Kak Yong.

“Takdelah mak. First sahur pun susah sangat nak bangun. Seksa sangat nak suruh mata tu bukak. Agaknya kalau mata tu terbukak langsung tak boleh nak tutup-tutup dah kot?” tercengil-cengil mata Kak Yong pada bilik Anak Lelaki.

“Engkau ni bising betullah Kak Yong. Orang tahulah nak bangun,” Achik melanggar badan Kak Yong sewaktu nak berjalan keluar dari bilik.

“Ha'a tunggukan korang bangun jawabnya azan subuh pun masuk,” bebel Kak Yong.

“Kecohlah kau ni,” keluar pula Adik dengan air liur basi di mulut.

“Achik, Adik. Dah pergi basuh muka. Boleh sahur. Dah pukul 5:15 ni,” suara Mak lembut mengarah Achik dan Adik.

“Cubalah kamu suara halus macam mak kamu ni. Sejuk hati ayah dengar,” perli Ayah sambil tersengih-sengih pada Kak Yong.

“Ha'a iya. Kalau tak kuat suara ni haram diaorang ni nak bangun, ayah. Buat sakit hati je,”

Abang Nas dah menarik bantal naik ke telinganya. Bergitu juga Abang Wan. Selimut tebal dah naik ke mukanya. Habis tertutup semua badannya macam mumia.

“Bertuah punya budak. Ditariknya selimut balik. Weh! Bangunlah,” Kak Yong bertindak menarik selimut yang menutupi Abang Nas dan Abang Wan.

“Ish! Sibuklah kau ni. Aku uzurlah,” pekik Bang Nas.

“Uzur?” sampuk Mak.

“Uzur apanya. Kamu tu lelaki. Dah bangun sahur cepat. Dah 5:20 dah ni. Dah sahur nanti nak tiduk balik, tidurlah. Tak ada orang nak kisah,” pujuk Mak lembut.

Abang Nas masih setia dengan bantal di telinganya. Abang Wan yang dah bangun dan terus menuju ke sinki untuk berkumuh dan membasuh muka. Pinggan nasi yang dah siap di isi oleh Kak Su di ambil. Ikan goreng berserta kicap di ratahnya pelahan.

“Lantak kaulah Nas. Dah besar pun malas lagi nak bangun sahur,” Kak Yong terus mengambil tempat bersebelahan dengan Kak Ngah.

“Bak sayur kacang tu,” arah Kak Yong pada Kak Ngah.

“Oh! Terbalik pinggan,” latah Kak Yong bila pingan sayur yang dipegangnya nyaris terbalik masa Abang Nas melanggar kasar pehanya.

Mata Kak Yong dah mencerun memandang Abang Nas. Tapi dibiarkan sahaja.

'Daripada budak bertuah ni tak bangun sahur langsung baiklah dia bangun,' getus hati Kak Yong sendirian.

“Lepas ni, jangan nak tidur-tidur balik. Yang mana nak sekolah terus siap sekolah. Mana yang kerja, siap-siap kerja. Mana yang tak ada kerja tu, kemas rumah bersih-bersih,” pesan Mak sambil meyuap nasi ke mulut.

“Dengar tak ni?” soal mak bila semua membisu.

“Faham, Emak,” jawap semua serentak.

“Bagus. Dah cepat makan. Waktu imsak dah nak habis dah,” pesan Mak lagi.

“Lepas ni mana yang sempat mandi, mandi kemudian bentang sejadah dekat depan. Hari ni kita solat Subuh berjemaah,” Ayah pula meninggalkan pesan.

“Baik, Ayah,” jawap Adik siap berlagu.

Semua memandang kepada adik. Kepalanya terhangguk-hangguk. Nasi dikuis. Budak ni lalok ke apa ni?

“Adik, adik,” panggilan Ayah tak dihiraukan.

“Adik. Oh! Adik,” Mak pula memanggil. Masih bergitu.

“Aaaadddiiikkk,” Kak Su menepuk meja makan.

Badan Adik bergetar. Matanya terbuka luas melihat semua yang ada di meja makan. Kemudian tangan kanannya mengurut dada.

“Kau tidur eh?” soal Kak Yong dengan menunding jari ke muka Adik. Adik hanya sengih.

“Tidur pula dia. Makan cepat, imsak dah nak habis,” arah Mak.

Adik dengan penuh gelojoh cepat-cepat makan bila melihatkan jam hanya tinggal lagi 5 minit.

“Makan pelahan, lahan. Nanti tercekik baru tahu,” nasihat Abang Nas.

“Tadi suruh makan cepat-cepat lepas tu suruh pelahan-lahan pula. Confusselah,” rungut Adik.

“Makan tu ikut sunnah nabi. Kunyah 40 kali baru telan. Tapi janganlah terlalu gelojoh dan janganlah terlalu lambat. Nanti kita yang rugi,” nasihat Ayah.

Adik menganggukkan kepalanya.

“Allahu Akhbar, Allahu Akbar,” Azan Subuh berkumandang menandakan episod Ramadhan bermula.

“Dah jangan minum lagi. Pergi basuh tangan cepat. Kumur-kumur sekali,” Mak tak jadi menyuap nasi kemulutnya.

Ayah terus berlalu ke sinki dan membuang sisa nasi dipinggan ke dalam bakul sampah dan membasuh pinggan yang ada di sinki. Dibelakang Ayah beratur yang lain nak basuh pinggan masing-masing.

“Dahlah, Ayah. Biar Kak Yong basuh,” Kak Yong mengambil pinggan dari tangan Ayah dan secara automatik memotong que orang lain.

“Letak je dekat sinki. Pergi siap-siap untuk solat pula,” arah Kak Yong.

Bila Kak Yong dah cakap macam tu, apa lagi. Budak-budak ni teruslah letak pinggan mangkuk dalam sinki. Periuk belanga atas dapur pun diaorang terus letak dekat bawah sinki. Bukan senang Kak Yong nak basuh pingan mangkuk. Baik cepat-cepat serahkan apa yang patut. Hehehe...

Lepas solat subuh berjemaah, semua terus bergegas nak menyiapkan diri masing-masing. Mana yang nak sekolah mana yang nak kerja. Semuanya masih lagi cergas nak menjalankan rutin harian. Cuma dah masuk tengah-tengah Ramadhan. Memang akan ada yang poteng sekolah punyalah. Hehehe... tak laratlah katakan!
Sahur pagi pertama Ramadhan bermula dengan konflik tidur. Adakah akan terus jadi bergini sampailah ke akhir Ramadhan? Harap masing-masing tahu keberkatan Ramadhan dan kelebihan sahur yang susah sangatlah diaorang ni bangun. Bak kata Abang Wan, 'tidur macam tanah liat tu pasal bangun pun liat,' tapi ayat tu digunakan bila dia sorang je bangun awal.

###

Seminggu Ramadhan.

Hari ni masuk seminggu Ramadhan. Sepatutnya orang dah semakin produktif dan lali dengan rutin harian dibulan mulia ini. Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Budak-budak ni makin liat nak bangun sahur. Makin payah nak gerak bangun sahur. Terasa macam nak biarkan je makanan tu disuap masuk dalam mulut masing-masing. Ada ke patut macam tu? Ish! Ish! Tak patut, tak patut (aksi sambil mengeleng-gelengkan kepala dengan mata tertutup)

“Ya Allah, apa ke susah sangat nak gerak korang semua ni ha? Suruh bangun makan sahur je. Bukan suruh masak, hidang lauk sahur,” bebelan Mak mengamatkan suasana rumah pagi itu.

Seperti biasa, bila Mak dah start jadi 'tarzan betina' barulah semuanya terhegeh-hegeh nak bergerak ke sana ke sini nak tolong Mak. Kadang-kadang Mak boleh 'menangis' nak gerak budak-budak ni bangun sahur.

“Kak Yong, kamu yang paling tua pun nak kena gerak bangun sahur ke?” Mak menghayun senduk ke muka Kak Yong.

Kak Yong hanya senyap membisu. Tak kuasa nak melawan atau menjawap setiap soalan Mak. Kang kalau menjawap kang langsung terkasar bahasanya. Nak, nak dibulan Ramadhan ni. Orang buat pahala aku pula buat dosa. Oh! Tak nak aku. Selisih Malaikat 44. Jenuh raya nak minta maaf. Tapi kenapa time raya je orang beria nak minta maaf eh? Time lain tak boleh ke?

“Korang ni nanti kalau mak dah tak ada agaknya, entah siapalah nak gerakkan korang bangun sahur? Tak malu ke kat jiran sebelah menyebelah ni asyikkan suara mak je yang membebel suruh korang bangun?” pedihnya rasa!

Itulah Mak, kalau dah start membebel memang tak akan ada push stop. Perangai yang satu ni terus jatuh pada Kak Yong, Kak Ngah dan Kak Su. Memang perempuan ni tak dapat dipisahkan dengan membebelkan?

“Maknya, dah, dah la. Dah nak habis waktu imsak dah. Meh sini makan sahur sekali,” pujuk Ayah. Yang lain dah mengadap meja makan dah.

“Tak payah. Korang makanlah. Mak dah tak lalu nak makan,” rajuk Mak.

“Puan Isteri oii. Sahur ni banyak hikmahnya. Banyak berkatnya. Awak tu ada gastrik. Karang tak alas perut kang kena sembelit,” Ayah masih lagi memujuk.

“Apa pula sembelit? Nanti pedih ulu hatilah, Yah,” sampuk Adik.

“Iya ke?” melawak Ayah.

“Iyalah. Sembelit tu susah nak bubu,” jawap adik.

“Bubu?” soal Kak Su.

“Nak gi iyaklah,” Kak Ngah tolong jawapkan.

“Oooo...” panjang 'O' Kak Su.

“Dahlah Maknya. Marilah bersahur. Waktu Imsak dah nak habis dah ni. Kalau awak sakit perut, Abang pun sakit perut juga. Bila ayah dah sakit perut, Abang kena berbuka. Awak nak tanggung dosa Abang berbuka sebab awak tak bersahur?” ugut Ayah.

“Eh! Apa pula? Suka hati je cakap saya pula kena tanggung dosa awak,” Mak duduk disebelah Ayah.

Ayah memberikan isyarat mata pada Kak Yong supaya menletakkan nasi dan lauk dalam pinggan Mak. Kak Yong dengan pantas meletakkan nasi dalam pinggan. Kak Ngah dah siap sedia menyudu Sambal Ikan Bilis untuk dimasukkan ke dalam pinggan Mak. Abang Nas dah meletakkan Ayam Goreng dan Kak Su dah menyudukan Gulai Lemak Kobis. Adik terus menyorong pinggan di depan Mak.

Adik mengusik bahu mak sedikit. Mak menoleh dan melihat pinggannya dah berisi nasi dan lauk. Mereka semua memandang kepada Mak.

“Dah, makan,” arah Ayah.

Mak memandang Ayah.

“Awak nak saya suap ke Maknya?”

Mereka yang lain mengetawakan Mak.

###

Separuh Bulan Ramadhan.

“Hai, pandai bangun sendiri hari ni? Kalau macam ni hari-harikan bagus? Taklah mak korang ni jadi tarzan betina pagi-pagi buta ni,” tegur Mak bila melihatkan semua anak-anaknya dah ada di meja makan dengan lauk bersahur dah siap terhidang.

Mereka hanya tersengih. Kak Yong menyenduk nasi dari Rice Cooker dan Kak Ngah mengagih-agihkan pingan di meja makan.

“Mak, Ayah jom makan,” ajak Abang Nas siap tarikkan kerusi buat Mak dan Abang Wan tarikkan untuk Ayah.

'Lain macam je budak-budak ni,' Mak bagi isyarat mata pada Ayah. Ayah hanya senyum.

“Jemput makan mak, ayah,” Kak Su menjamu Mak dan Ayah makan.

Sahur pagi ini berlalu dengan keadaan yang tenang lagi damai dengan masing-masing melayan lauk sahur dipinggan. Kak Ngah menyiku Kak Yong. Kak Yong menjeling pula pada Abang Nas. Bibir mereka saling berinteraksi. Mak perasaan tapi sengaja buat-buat tak tahu.

Nasi dipinggan dah nak habis tapi hajat dihati mereka masih tak sampai lagi. Kak Yong dah berlalu ke sinki membiarkan Abang Nas selaku anak lelaki sulung untuk memulakan kata-kata. Tapi malang, dah habis pinggan mangkuk dibasuh, Abang Nas masih membisu.

'Bila Si Gonjus ni nak cakap ni?' bisik hati Kak Yong kegeraman. Dihempas-hempas pinggan yang dibasuhnya.

“Hai, Kak Yong. Mengamuk ke?” tegur Mak.

“Takdelah. Terlepas je. Banyak sabun,” jawap Kak Yong tapi geram dihatinya tak hilang lagi.

Kak Ngah menedang kaki Abang Nas dari bawah meja.

“Aduh! Sakitlah,” ngerang Abang Nas.

Kak Ngah mengetap bibirnya sambil menjengkilkan matanya kepada Abang Nas.

“Apahal pula ni?” soal Mak.

“Kak Ngah ni. Sepak kaki Abang,” Abang Nas mengadu.

“Mana Ada. Anas tipu. Kan Wan?” Kak Ngah menjeling Abang Nas geram.

“Cepatlah cakap,” Kak Ngah cakap dalam nada berbisik geram.

“Cakap apa?” soal Abang Nas sambil menahan sakit.

“Cakap perkara semalam tulah,” ton suara Kak Ngah naik sedikit.

Abang Nas seakan berfikir sekejap, “oh! Yang itu,”

“Mak, Ayah. Kami...” kata-kata Abang Nas tergantung. Matanya memandang adik beradiknya yang lain.

“Kak Yong nak cakap,” sambung Abang Nas.

“Kak Yong pula?” terkejut Kak Yong dibuatnya.

“Engkaukan kakak?”

“Ish!” bentak Kak Yong.

“Sudah! Lepas sahur ni, kemas rumah dari A to Z. Kemudian kita Shopping baju raya,” bicara Ayah sambil menyuap nasi ke mulut. Mak memandang Ayah.

“Yeah. Akhirnya dapat shooping baju raya,” sorak Abang Wan yang banyak membisu dari tadi.

“Yahooo! Dapat baju baru. Bestnya,” teruja Kak Su.

“Kak Yong, bajet baju raya beli sendiri. Kamu dah kerja,” sempat lagi Ayah berkata dalam gamat-gamat suasana.

“Hahaha... Kak Yong tak dapat bajet baju raya,” ketawa Adik.

“Asal lak? Kak Yong pun nak gak,” berontak Kak Yong.

Gamat balik pagi ini dengan sorakkan untuk 'Shopping Baju Raya'. Agak-agaknya rumah ni tak sah kalau masa sahur tak gamat. Tak heboh satu taman. Makanya, sahur hari ni masih lagi mengekalkan 'Rekod Asal' dan entah bilalah nak pecahkan rekod yang dah terperuk lama sejak berzaman lamanya.

###

Dua Tiga Hari Sebelum Ramadhan Berakhir.

Jam 3 pagi.

“Mak Oii. Rabak mata Kak Yong,” Kak Yong menenyeh-nenyeh matanya yang keletihan.

“Kak Ngah pun sama. Bila kita nak habis buat kuih raya ni?” Kak Ngah dah menyandar malas di dinding rumah sambil menunggukan kuih dari dalam oven masak.

“Koranglah ni. Pandai-pandai sangat kononya nak buat kuih raya tahun ni. Kalau kita beli je taklah kita jadi macam ni. Tau tak?” tempik halus Kak Su.

“Kak Su, kau tau tak erti kata berjimat cermat? Kau bayangkan kalau sebalang kuih raya dalamnya ada 50 biji, harganya pula RM35.00 bersamaan dengan kos bahan mentah untuk empat jenis kuih tau,” Kak Ngah mengangkat jari kanannya menunjukkan angka EMPAT depan mata Kak Su.

“Habis tu, ni macam mana ni? Raya lagi dua tiga hari je tau. Mana sempat nak siapkan,” behrang Kak Su.

“Sabarlah sikit. Insyallah boleh siap punya. Sekarang ni dah siap 4 jenis. Tinggal lagi dua jenis je lagi,” pujuk Kak Ngah.

“Ye la 2 jenis tu nak hadap macam mana? Malam lusa kita dah nak balik kampung. Aku dah penatlah,”

“Kau ingat kau sorang je ke penat? Orang lain tak penat? Aku pun penat jugak tau tak?”

Kak Ngah dan Kak Su dah mula bertikam lidah. Kak Yong malas nak masuk campur. Dialihkan bekas berisi telur ke sebelah dan badannya direbahkan ke lantai. Mata terus ditutup. Telinga dipekakkan. Dapat tidur barang sejam pun jadilah.

Kak Ngah dan Kak Su berhenti berlawan kata bila mendengarkan dengkuran kecil. Badan dan kepala mereka beralih ke arah suara dengkuran itu datang. Dilihat Kak Yong dah terbaring di lantai .

“Bukan main lena lagi tidur siap berdengkur lagi orang tua ni,” bebel Kak Su.

“Dahlah. Aku malas nak layan kau. Baik aku tidur juga. Kejap lagi nak bangun sahur,” Kak Ngah pun mengalihkan barang disekitarnya ke tepi dan mula landing sepertimana Kak Yong.

“Mana aci korang dah nak tidur?” rengek Kak Su.

“Kau nak tidur-tidurlah. Siapa  nak larang? Tapi sebelum kau tidur, sila keluarkan kuih dari dalam oven tu dulu eh?” arah Kak Ngah.

“Aku juga. Korang memang suka dera aku,” bentak Kak Su.

“Hehehe. Selamat siang ya embak?” sengih Kak Ngah kemudian melelapkan matanya.

Kak Su terpaksa menunggu kuih raya siap dibakar sebelum dia pun boleh landing sama macam kakak-kakaknya. Nak buat macam mana? Terpaksalah. Nama pun adikkan?

Usai mengeluarkan kuih yang dah dibakar, Kak Su memadamkan suis oven dan terus landing belakang Kak Ngah. Jadilah dapat landing barang setengah jam sebelum bersahur. Sudah tak boleh tahan mengantuk yang amat ni. Dari lepas terawih terus mulakan operasi sampailah sekarang tak habis lagi. Ni semua kerja gilalah!

4:30 pagi.

"Ya Allah, anak-anak aku,” terperanjat Mak bila keluar je bilik nak masak lauk bersahur dilihat anak daranya elok tidur beralaskan lengan bertilamkan lantai berselimutkan surat khabar lama.

“Kak Yong, Kak Ngah, Kak Su. Bangun,” kejut Mak.

“Apa tidur dekat dapur ni? Bangun, bangun. Mak nak masak lauk bersahur,” badan Kak Yong digoncangnya.

Kak Yong yang terpisat-pisat bangun sambil menengeh tahi mata yang belum sempat diproses.  Terus di kemaskan semua tepung, loyang dan bahan-bahan yang berselerak ditepinya.

“Kak Ngah, bangun. Kemas ni cepat. Mak nak lalu ni. Nak masak,” Mak mengejut Kak Ngah pula.

“Kak Ngah, Kak Ngah,” Mak mengoncangkan badan Kak Ngah.

Kak Ngah bangun dalam kadar terkejut melihatkan Mak membongkok dihadapannya.

“Teranjat gergurl,” Kak Ngah mengurut dadanya.

“Teranjat gegurl. Teranjat gegurl. Dah bangun. Kemas semua ni. Mak nak masak,” arah mak.

“Ni sorang lagi. Dah dengar kita ni duk gerak yang lain. Sengaja je dibuat pekak selagi nama tak disebut. Kak Su, Kak Su. Bangun,” Mak mengoncang badan Kak Su.

Kak Su buat diam. Membatu.

“Geletik je dia tu, Mak,” usik Kak Yong sambil mengalihkan oven ke dinding rumah.

“Kak Su, Kak Su. Bangun. Ish! Budak ni. Liat betul nak bangun. Kak Su, bangun. Mak simbah dengan air karang,” suara Mak dah berbunyi kegarangan tapi Kak Su masih macam tu.

“Ish! Budak bertuah ni,” Mak bertambah geram.

“Takpe, mak. Biar Ayah uruskan,” usul Ayah

Kak Yong dan Kak Ngah saling berpandangan. Apa Ayah nak buat ni? Kelihatan Ayah ke sinki dan kemudian duduk bersila  depan Kak Su dengan segelas air ditangan.  Direnjiskan air ke muka Kak Su sambil membaca Surah Yassin. Masa tu, Kak Yong dan Kak Ngah dah nak pecah perut gelakkan reaksi Ayah.

“Yaaaaaassssiiiinnnnn,”

Air direnjis ke muka Kak Su. Muka Kak Su berkerut-kerut.

“Ha, roh dia dah datang balik dah,” bisik Ayah.

Direnjis lagi air ke muka Kak Su. Kak Yong dan Kak Ngah dah terkekeh-kekeh gelak menahan perut. Adik yang baru bangun berjalan terhuyung hayang pun boleh berdiri tegak melihatkan apa yang Ayah buat pada Kak Su.

“Ayah buat apa ni?” tanya Adik.

“Panggil roh Kak Su balik,” jawap Ayah.

“Ha?” Adik kebingungan.

“Sudahlah, Ayahnya. Jangan banyak main. Siram je air ke muka budak bertuah ni,” suruh Mak.

“Betul ni? Ayah siram tau,” Ayh terus menyiram Kak Su dengan air bersisa dalam gelas.

“Aaaufff,” terperanjat Kak Su bila tiba-tiba air yang disiram menyesakkan nafasnya.

“Apa ni? Main simbah-simbah air?” soal Kak Su.

“Siapa suruh kamu susah sangat nak di gerak?” soal Mak pula.

“Ish! Tak sukalah,” rengek Kak Su dan terus berlalu ke bilik air.

“Adik pergi gerak abang-abang kamu yang lain sebelum jadi macam Kak Su,” perintah Mak kepada Adik.

Bergegas Adik masuk ke bilik dan mengerak ke semua abangnya. Kak Su pula dah tarik muka seposen. Terus dia berlalu ke bilik untuk menukar pakaian.

Masa bersahur pun Kak Su tak banyakcakap. Marah lagilah agaknya tu. Makan pun tak bertambah. Siap makan je, Kak Su beransur ke bilik dan kembali terlena. Kak Yong dan Kak Ngah pula mak arah agar jangan tidur selagi dapur tak dibersihkan sehabis-habisnya. Mak cakap mak tak nak tengok dapur bersepah macam mana masa Mak gerak bangun sahur tadi. Nak tak nak, Kak Yong dan Kak Ngah kenalah turuti sebabnya, kalau tak buat mau Mak akan membebel dari pagi bawalah nak berbuka nanti. Parah!

###

Sahur Terakhir,

Sahur terakhir bersiaran langsung dari kampung Ayah di Trolak, perak. Ahli keluarga Ayah tak ramai dan masih ada yang belum sampai ke kampung lagi. Sahur pagi itu, semua bangun awal tolong Mak dan Mak Co masak. Seawall jam 4 pagi semua dah segar bugar membantu Mak. Al-Maklumlah sahur terakhirlah katakan. Semuanaya bersemangat waja nak menghabiskan Ramadhan tahun ini.

Lauk-lauk sahur pun mengalahkan lauk berbuka. Segala benda tok nenek lauk semua ada. Bak kata Mak Co bila ditanya kenapa banyak sangat lauk, “Mana tahu ini Sahur terakhir kita. Entah tahun depan entah dapat lagi ke tidak kita nak bersahur macam ni,”

Kata-kata Mak Co memang sayu sangat-sangat walaupun Mak Co menuturkannya tanpa perasaan.

###

1 Syawal,

Pagi itu, Adik tersedar awal daripada biasa. Dilihat rumah masih gelap gelita dan hanya ditemani dengan lampu pelita diluar rumah. Adik dengan terkecil-kecil biji mata mencari jam rumah.

“Ha? Dah jam 4:45,” jerit adik kekalutan.

Adik terus mengerakkan badan Mak, “Mak, Mak. Dah nak dekat pukul 5 dah, mak,”

“Kenapa Adik?” soal Kak Su.
"Dah nak pukul 5. Mak tak bangun nak masak sahur lagi,” jawap Adik.

“Sahur?” soal Kak Su.

“Woi! Orang dah raya dah. Kau nak sahir apa hal? Satu syawal mana boleh puasa. Haram!” jawap Abang Nas dari dalam gebur.

“Hari ni dah raya eh?” soal adik lagi.

“Iya Aaadddiiikkk!” jawap mereka adik beradik diikuti dengan ketawa yang panjang.

“Tulah. Lain kali susah sangat nak bangun sahur. Sampaikan hari raya baru nak bangun sahur. Adik, adik. Sudah, pergi mandi sunat Aidilfitri,” arah Mak.

###

Hehehe...berginilah suasana bersahur pada Che Ezaitie dan keluarga tahun-tahun yang lepas. Macam-macam ragam dan kerenah sepanjang bersahur pada bulan Ramadhan. Che Ezaitie harap adik-adik  jangan lupa puasa dan banyakkan amal ibadah ok? Selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya (wish advance 2 minggu ok lagi kan? Hehehe...

2 comments:

Suria Siva Shankara 3s said...

Fulamak Che Teha oi... Power betul la cite kamu ni memang aku nak tergelak je. Best ....huhuhu... Raye ajak la aku ke rumah ke boleh...

ezaitie nfib. said...

boleh je siva..mai le ke rumah..x pyh jumput..dtg je tp roger dulu kalau nak dtg..boleh masak2 sikit..hehehe...