~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Saturday, August 6, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 34

Bab 34

“Tak sangka ye jumpa jugak kita akhirnya, ya?” tangan Mak Cik Kesuma Dewi dan Mak Cik Kintan saling bertaut.
“Ha'a. Tak sangka beno. Meh jemput masuk meh,” ajak Mak Cik Kintan.
Rombongan meminang Mak Cik Kesuma Dewi akhirnya sampai juga di Melaka seminggu kemudian. Selepas Dhia akhirnya menyerahkan segalanya kepada keluarganya. Orang yang paling gembira mendengarkan perkhabaran ini tentulah Mak Cik Kesuma Dewi. Terus di telefon untuk Mak Su Timah turut sekali dengan Tok Anjang rombongan meminang Dhia.
“Timah, kamu jangan lupa ya datang? Awok dah lama beno tak masuk meminang orang. Udoh lupe,” bicara Mak Cik Kesuma Dewi lewat petang nak dekat ke Maghrib.
“Iye le. Nanti awok sampai le dengan Anjang. Tak usoh riso la,” jawap Mak Su Timah.
“Esok, lepas Zohor, keme bertolak. Kome ke sini awal la sikit ya?” pesan Mak Cik Kesuma Dewi lagi.
“Lepeh Subuh awok dah tercanggok depan rumah meke. Hehehe...” ketawa Mak Su Timah.
“Iyelah tu,”
Dan, tepat pada jam 7 pagi Mak Su Timah dan Tok Anjang dah tegak berdiri depan rumah. Terkejut besar Kak AD yang kebetulan sedang membuka tingkap rumah awal pagi tu. Nyaris tak gugur jantung dibuatnya bila melihatkan Mak Su Timah elok berdiri tersenyum kambing dengan Tok Anjang tak habis-habis dengan rokok daunnya. Lebih buat Kak AD berderau darah naik ke kepala bila Tok Anjang pakai jubah serba putih sekali dengan kopiahnya. Lagilah seriau Kak AD dibuatnya. Mujur tak pengsan.
Rancangan ke Melaka dalam lepas solat Zohor. Maknanya dalam jam 2 petang paling lewat dah kena bergerak keluar dari perak. Dijangka sampai di Melaka dalam pukul 7 petang itu pun kalau mereka hanya berhenti rehat untuk solat dan merehatkan enjin kereta dalam setengah jam mungkin dan hari ahad rombongan meminang Dhia. Jadinya sabtu ni meronta dulu bandar Melaka.
Abang Daiz dan Kak Diana awal-awal lagi dah menempah homestay di Bukit Baru, Melaka untuk mereka. Nak masuk meminang je tapi ahli rombongan mengalahkan nak menghantar pengantin perempuan je lagaknya. 3 biji kereta sekali jalan. Kereta Abang Dani sebuah. Kereta Dr. Aiman sebuah dengan kereta Mak Su Timah sebuah. Abang Daiz pula terus datang dari Pasir Gudang. Ha! Makanya ada 4 buah kereta sekali datang. Hamik kau!
Daim yang sekarang ni berada di Johor, turut dipelawa oleh Abang Daiz tapi Daim lagi cepat mengelak. Tak sanggup rasanya mengadap muka keluarga Dhia buat kali kedua. Malu woo! Mana nak letak muka yanghandsome ni. Dahlah datang rumah Dhia dulu sebelum Mak Cik Kesuma Dewi datang. Lepas tu nak datang lagi masa Mak Cik Kesuma Dewi nak masuk meminang? Oh! Memang taklah. Masih ada sifat-sifat kemaluan yang menebal walaupun hakikatnya aci redah je. Biarlah dia datang sebagai menantu keluarga Dhia nanti. Cewah! Tak malu betul ya En. Daim ni ya?
“Maaf le ye. Pagi tadi baru kabo nak datangnya,” riak muka Mak Cik Kesuma Dewi berbaur resah.
“Ish! Tak mengape. Hari ahad ni awok idok ke mana. Rehat-rehat rumoh je,” senyum Mak Cik Kintan.
“As'salamualaikum,” sapa Pak Cik Lutfi dari arah dapur.
“Wa'alaikumsalam,” jawap semua.
“Ha! Ni ayahnya Dhia. Abang, deme ni le yang Tan kabo nak datang tadi,” Pak Cik Lutfi menyalam ahli keluarga Daim yang lelaki.
“Iya ke? Rombongan nak meminang Kak We?” soalan Pak Cik Lutfi mengundang malu kepada rombongan Mak Cik Kesuma Dewi.
Mak Cik Kesuma Dewi menyiku Mak Su Timah disebelahnya. Mak Su Timah pula menjeling kepada Abang Daiz. Abang Daiz pula menyepak kaki Abang Dani. Abang Dani dengan tak sengaja terus menepuk peha Tok Anjang.
“Oh! Iya nak masuk minang anak dara sunti dari Melaka,” latah Tok Anjang siap terbangun sekali. Tongkatnya ditunjuk tepat kepada muka Pak Cik Lutfi. Terperanjat orang tua itu dibuatnya.
Abang Dani cepat-cepat menarik lengan Tok Anjang untuk duduk kembali.
“Tok, sabo, Tok,” Abang Dani mengurut dada Tok Anjang sambil senyum pada yang lain.
Tebal muka diaorang masa tu. Tak pernah-pernah Tok Anjang melatah. Ni mesti kes orang tua ni mengelamun lebih ni. Dari pagi tadi senyapnya. Nak kata karang pantun tak mungkin. Tok Anjang bukan jenis puitis jiwang-jiwang karat ni.
“Maaflah. Tak pernah bapak sedara saya ni macam ni. Tak cukup tido gamaknya. Al-maklumlah. Pukul 5 pagi saya dah bawo dia ke rumah Kak Dewi ni ha. Lepeh tu terus ke mari. Jalan-jalan lagi. Tu yang penat sikit tu. Orang dah tualah katakan,” Mak Su Timah menoleh kepada Mak Cik Kesuma Dewi.
'La padanlah pukul 7 pagi dah canguk depan rumah,' getus hati Kak AD.
“Idok mengapalah. Kita teruskan ke agenda kita,” celah Pak Cik Lutfi.
“Hehehe...terbalik ni. Patut kami yang cakap macam tu,” gelak kecil Abang Daiz.
“Allah, sama aje,” jawap Mak Cik Kintan pula.
Excited betul muka Mak Cik Kintan nak dapat menantu ni.
“Kalau rupa itu. Elok le kita berbincang sekarang ni ya?” celah Mak Su Timah pula.
Mak Su Timah memberikan isyarat matanya kepada Abang Dani. Abang Dani dengan pantas menoleh kepada Tok Anjang dan membisikkan sesuatu. Kelihatan Tok Anjang mengangguk seakan faham sesuatu yang dibisik Abang Dani.
Tok Anjang berdehem sekejap, “ehem...ehem...”
“Sepertimana yang kita tahu. Tok sebagai yang tua ni, menjadi wakil berunding untuk berunding dengan pihak sebelah perempuan. Dewi, cincinnya mana?” soal Tok Anjang.
“Kejap ye?” Mak Cik Kesuma Dewi meraba-raba begnya.
Berkerut-kerut dahinya mencari. Tiada? Biar betul ni. Ah! Sudah. Kalaulah Si Daim ni tahu habis aku. Dahlah budak bertuah tu yang beli cincin.
“Kenapa Mak?” bisik Kak Diana.
“Cincin takde,” bisik Mak Cik Kesuma Dewi kembali.
“Ha? Mak letak mana? Kan Diana dah bagi mak tadi kan?” soal Kak Diana bernada cemas.
Masa dalam perjalanan ke sini, Kak Diana berikan cincin belah rotan yang Daim belikan untuk Dhia kepada Mak Cik Kesuma Dewi. Kebetulan Daim berada di Johor, di ajak Kak Diana ke City Square nak belikan cincin untuk Dhia. Kak Diana menolak. Sebabnya Kak Diana tak tahu saiz jari Dhia macam mana. Lagipun saiz Dhia dengan Kak Diana jauh berbeza. Kak Diana lebih berisi daripada Dhia. Daim dah buntu-buntu akal dibuatnya.
Walaupun Dhia tu pilihan Mak Cik Kesuma Dewi, Daim tetap juga nak segala urusan pinang- meminang sampailah urusan kahwin nanti, Insyallah, mengunakan duit Daim. Itu pasal Daim beria nak sangat belikan cincin walaupun Mak Cik Kesuma Dewi dah offer nak tolong belikan.
“Tak mengapalah. Bio jelah mak yang belikan. Kamu bagi je duitnya,” usul Mak Cik Kesuma Dewi sejurus Daim telefon bertanya saiz jari Dhia.
“Ish! Takmolah. Nanti Achik tak dapat tengok bentuknya macam mana. Cepatlah mak. Agak-agak je saiznya macam siapa,” Daim memicik pelipisnya di luar pagar rumah Abang Daiz.
“Allah. Nanti mak suruhlah adik-adik kamu ngantor gambo ke telefon kamu,” masih cuba untuk memujuk.
“Mak, anak mak ni bukan sekadar nak tengok gambar je tapi anak mak ni nak belek-belek. Nak pegang-pegang. Nak teliti hasil buatanya. Nak tenung dalam-dalam cincin tu,” sebutir-sebutir Daim menuturkan kepada Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ish! Ada-ada je budak bertuoh ni. Nanti mak nelefon balik. Mak nanya terus kepada maknya Dhia,”
“Ha! Ok, ok. Cepat tau mak. Along dengan Kak Diana nak keluo sekali ni,” gesa Daim.
Dah tak lama selepas itu, Mak Cik Kesuma Dewi menelefon Daim kembali. Tersenyum-senyum Daim bila dapat saiz jari Dhia. Terus aje diajak Abang Daiz dan Kak Diana ke City Square sekali dengan 3 kenit sekali dihangkutnya.
Di City Square, dari satu kedai emas ke satu kedai emas Daim jelajah. Tapi tak ada satu pun yang berkenan dihati. Kak Diana dah naik sakit-sakit kaki menjejak langkah Daim. Abang Daiz elok je lepak play ground dengan anak-anaknya sambil makan ais krim.
“Achik, lama lagi ke kamu nak mencari ni? Kaki akak dah sakit ni,” tegur Kak Diana.
“Alah! Kejaplah Kak. Tak jumpa yang berkenan dihatilah,” mata Daim melilau mencari kedai emas mana yang masih belum dijejakkan kakinya.
Kak Diana dah terasa nak baran. Ditariknya kolar baju Daim masuk ke dalam Mc'D, “kamu meh sini,”
“Apa ni Kak? Tarik-tarik baju orang. Besarlah nanti,” jawap Daim sambil membetul-betulkan bajunya. Matanya memandang ke dalam Mc'D.
“Akak lapar eh?” soal Daim.
“Ha'a. Lapar sangat sampai kamu pun akak rasa nak telan. Duduk sini,” Kak Diana yang sama tinggi dengan Daim menekan bahu Daim supaya duduk.
“Tak nak lah. Kita makan tempat lainlah,” ajak Daim. Sebu rasanya perut ni asyikkan makan Mc'D je kerjanya dua tiga hari ni.
“Duduk. Akak cakap duduk, duduklah. Akak dah penat ni. Kalau kamu tak nak duduk, biar akak yang duduk,” Kak Diana terus duduk tanpa berlengah. Ah! Leganya kaki.
Daim dah nak ketawa dengan kerenah Kak Diana. Bukan senang nak tengok Kak Diana buat lawak. Daim yang kesiankan Kak Diana terus duduk berdepan dengan Kak Diana. Dah macam pasangan kekasih pula duduk bertentang mata ni. Kak Diana mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula manghantar mesej kepada seseorang. Abang Daiz kot?
“Achik kamu ni nak cari cincin yang macam mana sebenarnya? Nak yang murah ke nak yang mahal?” soal Kak Diana sejurus menghantar mesej.
Daim menjungkit bahunya dan kelihatan diruang matanya Abang Daiz datang dengan anak-anaknya. Kan betul! Confirm Kak Diana mesej suami dia. Eh! Kejap. Suami dia tu maknaya abang akulah kan?
“Macam mana, Achik? Dah beli dah?” soal Abang Daiz sambil meriba Muaz.
“Belum,” jawap Kak Diana bagi pihak Daim.
“Belum? Hai, tak akan sebesar-besar CS ni kamu jumpa tak kedai emas?” Daim hanya menyengih.
“Ada. Tapi tak ada satu pun yang sesuai dengan selera dia ni. Cerewet betul,” jeling Kak Diana.
“Bukan cerewetlah tapi teliti. Daim nak cari yang just nice. Nak cari yang tak besar sangat tak kecil sangat. Nak yang kosong tapi tak kosong sangat. Nak cari yang cun je nanti di jari Dhia,” cerita Daim dengan muka bahagia.
“Nak cari yang ‘just nice’ dekat tangan Dhia. Mula tak sekarang dah suka pula. Bukan kamu pernah tengok pun jari Dhia tu macam mana. Entah-entah gambo dia pun harap kamu pernah tengok,” perli Kak Diana.
Daim terkedu dengan kata-kata Kak Diana. Bukan terasa hati tapi lebih hairan dalam hati. Kenapa ya aku rasa sebahagia ini? Terasa semuanya berlaku dengan senang dan teratur.
“Achik,” Abang Daiz menepuk bahunya. Terperajat Daim dari lamunannya.
“Banyaknya permintaan. Nak beli ni cincin belah rotan je kan?” Daim mengangguk.
“Habis tu yang beria nak cari yang cantik tak cantik tu kenapa? Cincin belah rotan ni bukan ada corak sangat pun. Kamu pilih je la mana yang sesuai,” usul Abang Daiz.
“Tak boleh. Kan mak ajar, kalau nak bagi sesuatu pada orang, kita kena bagi dengan ikhlas. Mana boleh bagi asalkan boleh je. Tak ikhlas namanya,”
“Apa-apa jelah Daim. Kamu bukan nak dengar cakap orang pun,” perli Abang Daiz.
“Achik, akak tak kira. Disebabkan kamu dah penatkan akak. Kamu kena belanja akak satu family,” Kak Diana menghentak meja.
“Kus, semangat,” Daim mengurut dadanya.
“Boleh. Takde hal punya. Tapi makan nasilah. Dah naik nak termuntah dah asyikkan telan Mc'D je kerjanya,” sambung Daim.
“Tak kisahlah. Janji kamu yang belanja,” Kak Diana menunding jari kepada Daim.
“Ok, Ok. Dah jom kita,” ajak Daim.
Dengan fikiran yang bercelaru, Daim bawa kereta ke kedai makan berhampiran jalan nak ke balik rumah tapi sedikit terlindung dari pengetahuan umum. Itu pun, Abang Daiz bagi tunjuk arah. Hehehe... Daim manalah tahu jalan-jalan dekat Johor ni. Hari ni pun dia sengaja minta perlepasan sekejap itu pun petang dah nak masuk balik. Diaorang berhenti makan dekat Restoran Sri Pelangi dekat-dekat dengan bandar Plentong.
Keluar je dari kereta, Daim ternampak sebuah kedai emas. Wah! Harapan aku. Harap-haraplah ada yang berkenan.
“Kak pergi dulu. Daim nak singgah sana kejap,” arah Daim pada Kak Diana dengan tangan kanan menunjuk kepada Kedai Emas Hajah Rokiah.
“Ok. Jangan lama-lama sangat. Mana yang ada berkenan, beli je terus,” pesan Kak Diana. Daim menarik ibu jarinya keluar dan empat jari lain digengam rapat.
Mereka berpecah dengan Daim berlalu ke arah kedai emas. Kedai Emas Hajah Rokiah ni bukanlah kedai emas yang gah. Pekerja pun sekadar 2 orang je. Daim terus melilau mencari tempat cincin.
“Ya Encik. Cari cincin ke?” sapa seorang pekerja.
“Ha'a. Boleh tak saya nak tengok cincin belah rotan?” soal Daim yang dah duduk di depan kauter cincin,”
“Sini Encik. Encik nak tengok yang mana satu?” soal pekerja tadi.
“Bawa naik semua boleh?” soal Daim.
“Umm...maaf encik,” jawap pekerja tadi.
Daim seakan faham hanya menganggukkan kepala. Iyalah, sekarang ni kan banyak kes kedai emas yang kena rompak? Jadi, mestilah diaorang ni nak protect kedai emas diaorang dari dirompak. Daim membuka matanya seluas mungkin kepada cincin yang ada. Matanya tertangkap kepada sebentuk cincin belah rotan. Cepat-cepat dia menunding kepada cincin di balik almari kaca.
Sebaik cincin sampai ke tangannya, di belek cincin di jari dengan penuh teliti. Berkerut-kerut dahi Daim sama kerut juga dengan pekerja kedai emas yang hairan. First time tengok orang tenung cincin sampai macam tu sekali.
'Peliklah orang ni,' getus hati pekerja Kedai Emas Hajah Rokiah.
Cincin belah rotan yang kosong tanpa ada sebarang corak kecuali dua garis halus yang melingkari sebelah atas dan bawah bulatan cincin. Cincin juga terasa berat dan ukirannya juga licin sampaikan muka Daim pun boleh nampak. Hati Daim jadi terpaut dengan rekaan cincin itu. Walaupun kosong, dimata Daim, ia tetap nampak elegant.
“Berapa ni, Dik?” soal Daim.
“Umm...yang ni...kejap eh? Saya kira,” Daim hanya mengangguk.
“Yang ni RM350.00, Encik,” sambung pekerja tadi sesudah usai mengira.
“Mak Oii...awat mahal sangat? Bukan biasa rege tak sampai RM100.00 ke?” terperanjat Daim.
“Encik, harga emas sekarang dah RM118.00 segram. Cincin encik ambil ni beratnya 2.88gm. Jadinya, betullah harga yang saya bagi tadi,” lembut tutur kata pekerja tadi.
“Oh! Iya ke? Maaflah saya first time beli barang kemas ni sorang-sorang, tu pasal dah tahu harganya berapa. Maaf ya, Dik,” Daim mengakui kesilapannya.
“Tak apa,”
“Kalau macam tu saya nak yang inilah. Terima kasih,”
“Oh! Iya. Boleh tak nak tulis nama dalam cincin ni? Berapa yang charge tambahan?” soal Daim.
“Untuk Encik. Saya kira percuma jelah tulisan tu. Encik bayar harga cincin je. Encik tulis dalam kertas ni ya?” arah pekerja tadi.
Daim dengan pantas menulis nama pada kertas untuk di terap ke dalam cincin. Wang ditangan bertukar tangan. Selesai segala urusan Daim terus beredar ke Restoran Sri Pelangi. Tersenyum puas Daim akhirnya. Hatinya terasa semakin bahagia. Entahlah kenapa hatinya pula jadi teruja nak menunggukan cincin beralih tangan.
            Tmatlah kisah pencarian cincin belah rotan untuk meminang Si Dhia anak kepada Pak Cik Lutfi. Tapi sekarang, cincin dah hilang. Apa kes sekarang ni?
“Mak, cuba jari betul-betul. Mana tahu terselit ke?” soal Kak Diana lagi.
“Chu, pergi check dalam kereta tengok ada ke tidak,” arah Abang Daiz.
Delita dengan pantas mengambil kunci kereta Abang Daiz dan menuju ke kereta.
“Tak mengapalah kalau tak ada cincinnya. Yang penting niatnya kena betul. Cincin-cincin ni semuanya perhiasan je,” Pak Cik Lutfi bertindak sekali lagi menjernihkan keadaan. Termalu-malu Mak Cik Kesuma Dewi dibuatnya.
Mak Su Timah mengangguk kepada Tok Anjang. Tok Anjang hanya mengeleng sebelum menyambung kata-katanya yang terbantut disebabkan mencari cincin meminang.
“Maaflah ye. Macam-macam hal dah terjadi. Seperti yang sedia maklumlah, kami datang dari jauh ni nak masuk meminangnya anak dara sulung meke. Dhia Lutfiyah namanya. Adakah Dhia ni dah berpunya atau belum? Jika belum, teringin benar kami nak jodohkan dengan anak teruna merangkap cucu sedara saya, Daim Hanafi. Seorang anggota tentera berpangkat Kapten,” Tok Anjang cakap terus tanpa berkias-kias dahulu.
Mak Cik Kintan tersenyum. Bergitu juga dengan Pak Cik Lutfi.
“Seperti yang sedia maklum juga, Dhia ni memang belum ada yang punya...”
“Alhamdullilah. Kira setujulah ni?” sampuk Mak Su Timah.
“Eh! Yang itu kami kena la berbincang dulu dengan tuan empunya diri. Mana tahu dia sendiri dah ada pilihan hati,” sambung Pak Cik Lutfi.
“Habis masa Intan call katanya Dhia setuju?” soal Mak Cik Kesuma Dewi pula.
“Memanglah. Tapi tu kan seminggu yang lepeh? La ni tak tau lagi macam mana. Kita kena ikut adat juga. Kena tanya tuan empunya diri. Manalah tahu dia dah uboh fikiran?” Mak Dhia pula menjawab. Ayah Dhia hanya menganggukkan kepala.
Ahli rombongan saling berpandangan.
“Macam ini le. Udoh dapat jawapan meke kabo ke Dewi. Kita meneruskan urusan seterusnya,” putus Tok Anjang.
“Insyallah. Izinkan kami ke atas kejap ya? Jemputlah minum air bujang kami,” Pak Cik Lutfi terus berlalu ke atas di ikuti oleh Mak Cik.
“Nak buat apa ke ateh?” soal Tok Anjang.
“Nak nanya tuan empunya diri le,” jawap Pak Cik Lutfi dihujung tangga rumah.
“Dhia ada sini?” soal Mak Cik Kesuma Dewi dengan jiwa berbunga-bunga.
“Ada,” jawap Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan serentak.
Legalah hati ahli rombongan semua. Kalaulah nak tunggu seminggu baru dapat keputusan, jenuh juga nak berulang alik ke sini lagi. Perak dengan Melaka bukanlah jauh sangat tapi bagi orang tua seperti Tok Anjang utamanya, perjalanan seperti ini amat-amat meletihkan.
Pintu bilik tertulis 'Puteri Dhia' diketuk. Latifah yang membuka pintu.
“Kenapa mak?” soal Latifah.
“Tak ada apa. Pinjam bilik kejap,” jawap Mak Cik Kintan.
“Maknya, awak macam mana?” soal Pak Cik Lutfi.
“Saya ok je.ahli keluarga deme pun elok-elok. Saya ikut abang je,” jawap Mak Dhia.
“Abang memang dah berkenan dengan budak Daim tu dari kali pertama jumpa. Tapi awak tak rasa ke macam cepat sangat benda ni berlaku?” soal Pak Cik Lutfi yang duduk di sebelah Mak Cik Kintan di atas katil.
“Abang, benda yang baik ni memanglah patut kita cepat-cepatkan. Nak buat apa dilenggahkan? Tak baik. Lagi pun,Kak We sendiri dah cakap dia ikut je apa keputusan kita. Baik pada kita, baiklah juga pada dia,” jawap Mak Cik Kintan.
“Awak tak nak call Kak We sekali lagi tanya dia setuju ke tidak? Manalah tahu dia tiba-tiba ubah fikiran?” Mak Cik Kintan mengeluh.
“Kak We ada tanya Kak Su, Abang Daim macam mana orangnya? Kak Su ceritalah karakter dia macam mana. Sekali dengan muka ayah dengan mak yang bersinar-sinar melihatkan Abang Daim,” sampuk Latifah.
“Habis tu, Kak We cakap apa?” soal Pak Cik Lutfi.
“Kak We cakap kalau mak dengan ayah suka, dia pun akan suka. Dia nak bahagiakan mak dengan ayah. Kak We cakap, dah sampai masa seruan kahwin dia sampai sekali dengan seruan nak bagi mak cucu dah sampai. Hehehe...” gelak Latifah..
“Kamu bio beno, Kak Su?” soal Mak Cik Kintan.
“Iya. Tapi mak calllah Kak We dulu. Tanya macam mana keputusan dia. Tu hari dia cakap sambil dia buat ala-ala drama swasta,”
 Sebenarnya, Dhia bukan ada pun di rumah. Dhia semalam je singgah rumah kejap sebelum dia ke Johor. Ada mesyuarat, esok di sana. Dikesempatan itulah, habis rahsia Dhia di pasal setuju ke tidak dengan pilihan mak dan jawapan Dhia macam yang Latifah cakaplah. Tergantung!
“Kak Su, pinjam telefon. Nanti mak reload balik,” pinta Mak Cik Kintan.
“Kamu set nama Kak We apa?” soal Mak Cik Kintan bila telefon bertukar tangan.
“Kak We je,” jawap Latifah.
Mak Cik Kintan terus mendail nombor Dhia.
“Hello, Kak Su. Was up?” soal Dhia dihujung talian.
“Assalamualaikum, mak dengan ayah ni. Was up, was up apanya?” soal Mak Cik Kintan dengan sengara dibiarkan speaker dibuka.
“Eh! Mak. Wa'alaikumsalam. Kenapa mak call guna telefon Kak Su? Biasa mak call guna line rumahkan?” soal Dhia lagi.
“Ni emergency call. Tak sempat nak turun ke bawah,” sampuk Pak Cik Lutfi pula.
Emergency? Kenapa?” soal Dhia cemas.
“Ayah dengan mak nak tanya betul-betul dengan Kak We. Kamu betul-betul ke nak terima Daim tu sebagai suami kamu?” soal Pak Cik Lutfi tanpa berkalih-kalih lagi.
“Daim? Siapa Daim? Oh! Chop, chop. Anak Mak Cik Kesuma Dewi eh? Sorry, sorry, lupa kejap. Umm...kalau Kak We tak setuju macam mana?”
“Apa?” jerit Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan. Sekali dengan Latifah, Latifah sekali.
“Kamu bio betul Kak We?” soal Pak Cik Lutfi lagi.
“Hehehe...” gelak Dhia.
“Gelak pula budak bertuah ni. Kita serius, dia pula main-main. Kamu setuju ke tidak?” suara Mak Cik Kintan naik tinggi.
“Mak, apa pilihan yang Kak We ada. Mak juga cakap nak terimakan? Lagi pun ni pinangan yang ketiga. Kalau Kak We tolak berertinya Kak We menolak rezeki. Jadinya Kak We terima. Asalkan pilihan mak dan ayah tu terbaik buat Kak We. Baik kata mak, baiklah kata Kak We,” jawap Dhia dengan sekali nafas.
“Betul, betul ni?' soal Mak Cik Kintan lagi.
“Iya,” jawap Dhia lagi.
“Betul ni?” Pak Cik Lutfi pula menyoal.
“Betullah,” jawap Dhia seakan bosan digasak soalan itu.
“Alhamdullilah. Bolehlah kita bagitau rombongan sekarang ni. Jom kita,” ajak Pak Cik Lutfi. Telefon yang bermati taliannya diletakkkan atas katil. Masih terdengar suara Dhia sewaktu Ayah dan Maknya berlalu ke tingkat bawah.
“Hello, hello?” soal Dhia.
“Hello Kak We,” jawap Latifah.
“Kak Su, apa mak cakap? Rombongan?” soal Dhia.
“Iyah le. Deme ada dekat bawah nun,”
“Ha?”
Sementara itu, di bawah Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan kembali mengambil tempat masing-masing. Semua muka ahli rombongan memandang kepada mereka dengan harapan yang mengunung. Pak Cik Lutfi mengukir senyuman seraya mengangguk.
“Dhia terima,” jawapnya sebaris tapi disambut syukur oleh mereka.
“Alhamdullilah. Makanya bolehlah ditetapkan tarikh pernikahannya sekali,” tambah Tok Anjang.
“Kalau boleh, kami nak minta deme ni bertunang dulu. Bertunang hidup selama setahun. Misalanya, kalau dalam masa setahun itu majlis dipercepatkan pun boleh dan kalau genap setahun pun boleh. Kenduri bertunangnya saya rasa elok kalau kita lakukan bulan 6 nanti. Awal bulan 6. Kita bagi mereka berdua ni masa nak menyiapkan apa yang patut. Masa bertunang nilah yang seeloknya untuk mereka ni saling berkenalan. Iye le. Langsung tak kenalkan?” usul Pak Cik Lutfi.
“Tok setuju. Bio deme ni saling kenai mengenai dulu. Manalah tahu dalam setahun bertunang ni deme tak serasi,” setuju Tok anjang.
Ahli rombongan menganggukkan kepala tanda setuju dengan keputusan yang dah dibuat.
“Kira, confirmlah ni ya? Boleh kita buat persiapan,” sampuk Abang Daiz.
Confirm,” jawap Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan serentak.
Kata-kata mereka mengundang ketawa semua.
“Mak ni cincinnya,” jerit Delita dengan mengangkat cincin tinggi ke langit.

3 comments:

Anonymous said...

“Encik, harga emas sekarang dah RM118.00 sekilogram. murah giler harga emas.. nak order 10kg.. Adam

Anonymous said...

betul laa.. takkan emas harga rm118.00 sekilo?

Abdul Rauf said...
This comment has been removed by the author.