~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Tuesday, July 19, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 32

Bab 32

“Apa? Ada orang masuk merisik Kak We? Mak tipukan?” Dhia bersuara kuat ditambah dnegan kaget dan jugak terperanjat yang amat.
Suara Dhia yang cukup kuat itu mengundang kejutan yang lain juga.
“Apa kena pulak Kak We tu?” cuit Mak Som.
“Entah,” Chu Eida menjungkit bahunya.
“Jom kita. Apa ke hal pula budak sorang ni menjerit macam halilintar,” bergegas Chu Eida dan Mak Som berlari mendapatkan Dhia.
Sampai je Chu Eida dan Mak Som ke serambi rumah Opah. Kelihatan Dhia memicit pelipisnya. Mak Andak dah nak menerpa Dhia tapi dihalang oleh Chu Eida, “ kita tengok je dari sini.”
“Ish! Ada mak nak menipu pula? Ada ke mak yang menipu anak bab-bab macam ni?” soalan berbalas soalan oleh Mak Cik Kintan.
“Mak bio betul? Siapa pula yang masuk merisik tak bagi signal pulak ni?” bentak Dhia yang dah mundar mandir ke sana ke mari. Kepala yang tak sakit boleh jadi sakit dengan perkara yang satu ni.
“Ish! Tak baik cakap macam tu. Mujur ada orang nak merisik kamu. Kalau tidak, sampai umur 30 tahun tak ada yang nak. Kamu nak macam tu ke?” Mak Cik Kintan bersuara lembut.
“Ish! Kak We kan belajar lagi?” Dhia masih protes. Alah! Dhia. Baru kena risik bukan kena paksa kahwin macam Daim. Lagi teruk. Lagi haru biru keadaan tau!
“Jadi apa masalahnya?” soalan itu lebih kepada memerli Dhia sebenarnya.
“Mak, sedangkan sekarang ni pun dah main kejar mengejar dengan komitmen kerja tambah lagi dengan jadual belajar yang makin padat. Ni mak nak suruh Kak We kahwin? Ya Allah, memang kena kerat 3 badan Kak We ni nanti,” rungut Dhia.
“Ha, tambah pula kalau dapat anak cepat; lagilah! Mana nak kerja. Mana nak belajar. Mana nak kemas rumah. Jaga anak. Jaga suami. Wah! Boleh gila Kak We kalau macam ni, mak,” bertambah kuat rungutan Dhia. Kepalanya terasakan berdenyut-denyut.
“Kak We, mak dulu masa kahwin dengan ayah umur mak berapa? Mak dapat kamu umur mak berapa? Mak sambung degree mak umur berapa? Bukan ke sebaya kamu je Kak We?” suara Mak Cik Kintan bertutur lembut tapi cukup pedas ditelinga Dhia.
Dhia hilang kata-kata.
Memang kata-kata mak ada kebenaranya. Mak berkahwin dalam usia yang cukup muda. Semasa dia berusia 17 tahun, betul-betul selepas tamat SPM. Masa tu Ayah pun baru je umur 25 tahun. Cinta student dengan cikgu sekolah. Sebabkan kisah cinta diaorang ni ketahui umum maka Opah dengan Aki Mak suruh Ayah masuk meminang Mak cepat-cepat.
Genap dua tahun usia perkahwinan mereka, Dhia pun lahir ke dunia selepas 3 kali mak, keguguran. Mak sambung belajar buat diploma masa Dhia umur 6 tahun. Masa tu Dhia sendiri ada 2 orang adik. Si Laila dengan Si Hafizi. Masa tu dengan mak yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Perangkaan Melaka. Ditambah pula dengan sambung diploma di UiTM Shah Alam pada setiap sabtu ahad. Memang kasih sayang mak terbahagi banyak sangat-sangat. Masih segar teringat masa mak terpaksa membawa mereka bertiga ke Shah Alam sebab ayah berkursus di Janda Baik, Pahang. Berkejar-kejar mak. Mana nak attend kelas. Mana nak jengah kami adik beradik yang ditumpangkan dekat rumah Mak Long. Memang kena banyak stamina.
Dalam pada sambung diploma, mak mengandungkan adik Dhia Hakimi. Masa tu mak teruk kena morning sickness. Sampai mak terpaksa tangguh satu semestar diawal kehamilannya. Paling tragis dan betul-betul menguji daya tahan stamina mak adalah masa mak bersalinkan Hakimi dan ambil peperiksaan mid term semestar seterusnya. Masa tu mak baru je lima hari bersalinkan Hakimi. Pihak UiTM dengan besar hati membenarkan mak cutti bersalin selama 2 minggu tapi peperiksaan tetap kena diambil. Mak datang dewan peperiksaan dengan berkain batik, berbaju sejuk dan stokin membalut kaki. Mujur pengawas peperiksaan telah di beritahu terlebih awal berkenaan mak. Kalau tak mesti mak terpaksa tangguh sem lagi. Sepanjang 6 tahun mak belajar diploma mak tangguh semestar 3 kali. Sekali masa bersalinkan Hakimi. Sekali masa ayah terlibat dengan accident dan sem akhir masa mak sendiri tengah banyak kerja di pejabat. Kalaulah mak tak tangguh sem, mesti jarak belajar mak cepat habiskan?
Mak sambung ijazah muda pula selepas setauhn rehat daripada diploma. Masa tu Dhia pun dah besar; dah 13 tahun pun. Dah jadi anak dara. Tapi masa mak sambung ijazah muda, mak sambung hanya di Open Universiti Malaysia (OUM) kampus Melaka. Alhamdullilah. Mak dah tak terkejar-kejar lagi. Lama juga mak ambil masa untuk buat ijazah.
“Tapi mak superwomen,” menjawab Dhia bila lamunannya terhenti.
We are the same boat, dear. Mak dulu jadi isteri, jadi pelajar, jadi mak jadi tukang masak, jadi orang gaji pada kamu semua. Mak stay jugak boleh buat semua tu. Pointer mak tak pernah jatuh dari 3.7 every sem,” Dhia tertampar hebat dengan hujahan mak.
“Mak Lain. Kak We lain. Kita berbeza mak. Sama sekali berbeza. Kak We tak akan mampu buat macam mana mak buat,” Dhia semakin sakit kepala dengan maknya.
“Seorang pegawai psikologi tidak mampu mengawal perasaan sendiri bila diajukan soal kahwin,” statement Mak Cik Kintan semakin membakarnya.
Mak, please don't ever psiko me. Ok?” amaran Dhia.
“Mak tak psiko pun. Cuma...Kak We fikir sendirilah ye?”
“Mak, soal kahwin ni bukan soal main-main, mak. Ni soal serius. Kak We pun bukan kenal pun siapa orang sibuk sangat nak kahwin dengan Kak We,” Dhia dah pun menyarung selipar siapa entah dan menuju ke rumah Opah Chu, adik Opah.
“Sebab itu, kamu kena kenal dia siapa. Lagi pun, kan ke dia tu kawan lama kamu sendiri. Tak akanlah kamu tak kenal kot siapa dia?” Mak Cik Kintan bernada memerli.
“Kawan lama, Kak We? Siapa nama dia?” soal Dhia yang dah bercekak pingang bawah matahari terik.
Kawan lama aku nak kahwin dengan aku? Siapa?
“Daim. Daim Hanafi. Ala, budak yang datang rumah kita dua minggu lepas,”
Daim? Daim Hanafi? yang pernah datang rumah dua minggu lepas? Oh! My Allah, budak yang bagi kertas, tulis nombor phone dia pada aku tu ke? Aduhai!
“Mak, tak nak paksa Kak We. Kamu dah beso. Kamu dah ada otak sendiri, kamu fikirlah dulu macam mana. Terus terang mak cakap, risik kali mak nak terima. Kamu dah dua kali Kak We, tolak pinangan orang. Mak harap yang ni kamu terima sebelum kamu langsung tak laku-laku. Ok? As'salamualaikum,” Mak Dhia terus meletakkan gangang telefon dan membiarkan Dhia dihujung sana.
Dhia termanggu dengan kata-kata terakhir maknya. 'harap yang kali ni kamu terima sebelum kamu langsung tak laku-laku,' mengenai tepat pada batang hidung Dhia. Cakap Mak Dhia memang ada benarnya. Dhia dah dua kali tolak pinangan orang. Sekali masa lepas habis tingkatan 6. Sekali masa Dhia masih belajar ijazah. Dua-dua Dhia tolak dengan alasan dia masih nak belajar dan tak sedia nak terima tanggungjawab dan beban melampau. Tapi kali ni...dugaan lagi mencabar; dengan kerja sepenuh masa + belajar separuh masa = Oh! Tidak.
Dhia tak tahu nak buat apa sekarang ni. Tak ditolak makin bertambah penat dia nanti nak terkejar sana sini. Kalau tolak nanti dikatakan tak kahwin sampai sudah. Aduh! Bertambah pening kepala otak aku ni. Sikit masa lagi boleh register Tanjung Rambutan aku kalau terus macam ni. Hai! Kenapalah isu kahwin ni asyik berlegar-legar sekitar aku je sejak dua tiga menjak ni?
'Padanlah dua tiga minggu ni asyikkan bersin je tak berhenti. Rupanya ada yang nak masuk merisik. Aduh! Siapalah Si Daim Hanafi ni? Muncul tak bagi salam, minta-minta pergi pun tak payah bersua. Tapi mak nak terima risik yang ni. Aduh! Gelap masa depan aku kahwin dengan pilihan keluarga,' Dhia berbicara dalam hati dengan ekspresi muka yang pelbagai sambil mengigit kuku jari telunjuk kanannya. Tangan kanan melingkar memeluk tubuh.
'Macam tak percaya je aku kena kahwin dengan pilihan keluarga. Pleaselah! Nak tak masuk dalam agenda aku. Agenda aku, aku nak tunggu dapat Phd dulu baru kira nak kahwin,' hatinya masih berkata-kata.
Tapi kemudian, Dhia berhenti berfikir. Dhia teringgatkan kata-kata Laila beberapa malam lepas,
Kau tak pernah fikir ke? Entah-entah dia jodoh kau ke,”
“Kalau Kak Nyah tau, mesti dia orang pertama gelakkan aku punya. Aduh!” Dhia mendongak ke langit dengan mata terpejam. Tangan kanan memegang dahi dan tangan kiri yang memegang telefon bimbitnya sambil mencekak pinggang.
“Eida, kamu dengo tak apa yang Kak Som dengo?” Mak Som dan Chu Eida kembali ke rumahnya.
“Dengo,” jawap Chu Eida pendek.
“Kak Som tengok, Kak We macam tak suka je,”
“Entoh le, Kak Nek. Eida pun susah nak cakap. Kalau dari cerita yang kita dengo tadi, Eida tau sorang je yang betul-betul nak jodohkan Kak We dengan anak dia. Mak Cik Kesuma Dewi dari Tambun. Masa dia datang nempah baju, kome ada sekali masa tu,” cerita Chu Eida.
“La yang meminangnya orang sini jugak ke? Alhamdullilah. Elok beno le ruper itu. Selalu-selalulah nanti Kak We balik ke sini. Betul tak?” fikir Mak Som.
“Ha'a le. Idok le awok terfikir pasai yang satu ni,” Chu Eida menepuk lengan Mak Som.
###
Jam dah menunjukkan jam 3 pagi. Dhia masih belum dapat melelapkan matanya lagi. Masih terkebil-kebil memandang atap genting rumah Opah. Dhia lihat, rumah Mak Andak dah lama gelap termasuk bilik Opah. Dhia je dari tadi bertemankan lampu dari arah dapur Opah.
Toto gebo yang sebesar-besar alam pun tak dapat menlenyapkan perasaan Dhia. Kejap dipusing ke kanan, kejap di pusing ke kiri. Kemudian terlentak dan meniarap. Macam-macam posisi yang Dhia buat. Termasuklah posisi golek bergolek atas toto gebo Opah.
“Hai! Mata tolonglah tidur. Hailah, otak stop thiking about it. Aku dah naik penat dah ni,” gomel Dhia sorang-sorang.
Tiba-tiba sedang asyik melayan mata dan otaknya yang tak berhenti nak memikirkan siapa dia Daim, handphonenya berbunyi. Private number. Dhia dah kekalutan. Takut benar dia kalau Daim yang call. Dibiarkan panggilan mati sendiri.
Selang seminit, sekali lagi nombor yang sama naik. Dhia semakin seriau. Diambil jalan tengah. Membiarkan panggilan tak berjawap.
Panggilan mati.
Dhia menunggu kalau-kalau ada panggilan ke tiga. Lama Dhia tunggu tapi malang. Tiada panggilan ke tiga yang masuk.
“Umm...time orang dah sedia nak jawap call tak call pula. Hai!” rungus Dhia kemudian mencampakkan telefon bimbitnya lembut disebelahnya.
Dhia kembali memandang atap genting rumah Opah. Kedinginan malam itu, tidak dapat menembusi kepanasan badan Dhia yang sedang kegelisahan. Kegelisahan hanya kerana satu risikkan. Dhia meletakkan lengan tangan kanan ke dahi dan tangan kiri disusun di tepi badan. Otaknya kosong tapi hatinya berdebar-debar. Debaran yang boleh meletupkan dirinya pada bila-bila masa.
Dhia berkalih ke kiri pula. Matanya masih belum mahu lelap. Disorong tangan kirinya dibawah pipi kanan.
“Ish! Ni bukan cara Rasullah tidur,” Dhia bingkas beralih ke kanan. Mengikut sunnah Baginda Rasullah. Baginda tidur mengiring ke kanan dengan tangan kanan diletakkan dibawah pipi kanan sambil berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa umatnya.
“Hai,” keluh Dhia yang dah terduduk.
“Baik aku solat. Lagi bagus,” Dhia kemudian terus bangun pelahan-lahan menuju ke bilik air dirumah Ayah Man.
Mujur rumah Ayah Man dan Opah dipisahkan hanya dengan sebuah pintu. Dhia malas nak ke bilik air rumah Opah sebab bilik airnya di dalam bilik Opah sendiri. Nanti takut mengejutkan lena Opah je.
Usai mengambil wudhuk, Dhia menghamparkan sejadah sejajar pada kiblatnya. Lampu dari dapur Opah cukup terang untuk mempermudahkan pergerakkanya. Sebelum itu, telah dicapai Al-Quran Fatin, adik sepupunya dan diletakkan di kerusi rotan Opah. Lepas solat, Dhia nak mengaji selagi mata tak mahu terlelap.
Solat Sunat Tahajud, 2 rakaat pada malam itu dimulakan sebagai pembuka solat malamnya. Pertengahan solat malamnya, diselitkan Solat Sunat Hajat juga 2 rakaat dan akhirnya ditutup dengan Solat Sunat Witir 3 rakaat. Al-Quran dicapai dan surah yang paling akhir dibacanya dibuka.
Pelahan dan sungguh gemersik bacaan surah An-Nahl dialukan. Sampai diayat ke-92, Dhia berhenti.
“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai kembali…”
Dhia tiba-tiba teringat akan suatu kisah yang pernah didengar semasa usrah yang disampaikan oleh Ustazah Bainum ketika universiti berkenaan Jodoh. Dan petikan ayat ini menceritakan berkenaan jodoh seorang hamba Allah yang keliru dengan cintanya.
Usrah Ustazah Bainum ternyiang-nyiang di kotak fikirannya.
“Ini adalah kisah Rithah Al-Hamqa, seorang gadis mekah yang binggung berkenaan kisah jodohnya yang tidak kunjung tiba. Puas sudah bondanya bertemu dengan ahli nujum terkemuka dan berhabis banyak wang ringgit berkenaan perihal ni tapi soal jodohnya masih belum kunjung tiba. Suatu hari, mak saudara Rithah Al-Hamqa datang bersama dengan seorang jejaka yang jauh lebih muda daripada dirinya. Hati Rithah Al-Hamqa sangat gembira. Akhirnya mereka berkahwin. Tapi sayang, suaminya mempunyai agenda tersendiri. Beliau berniat mahu membolot sebahagian harta Rithah Al-Hamqa yang kaya raya.
“Selepas mengambil sebahagian harta Rithah Al-Hamqa, suaminya terus hilang tanpa khabar berita. Hal ini amat mendukacitakan hati Rithah Al-Hamqa. Maka, Rithah membeli selembar benang dan ditenun kemudian dihurai kembali kemudian ditenun kembali sambil menunggu kepulangan suaminya yang tidak pasti.
“Anak-anak sekalian, kita jangan sesekali menjadi seperti Rithah Al-Hamqa. Merapati yang pergi dengan tindakan yang sia-sia. Ingatlah wahai anak-anak sekalian, Rasullah pernah bersabda; ketika ditiupkan roh pada anak manusia tatkala ia masih dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya diakhirat.
“Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak lagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Insyallah, apabila sampai serunya nanti kita akan bertemu dengan jodoh kita jua akhirnya. Jodoh yang akan datang sendiri tanpa paksaan. Walaubagaimanapun, kisah Rithah juga mangajar kita untuk terus berusaha mencari jodoh, kerna Allah amat menyukai orang yang berusaha kearah kebaikan.
“Nanti bila dah sampai giliran kita untuk dikurniakan jodoh, ustazah harap anak-anak tidak menolak seratus peratus tapi selidiklah dahulu latak belakang keluarganya, agamanya, hartanya dan rupanya seprtimana yang dituntut dalam Islam,”
Ucapan usrah Ustazah Bainum mengalir deras umpama air dikotak fikiranya. Sama deras dengan linangan airmatanya. Tiba-tiba hati Dhia menjadi tenang, setenang air di kali. Sangat tenang yang tidak dapat Dhia gambarkan. Sesungguhnya Dhia amat berterima kasih kerna diberikan pertunjuk dalam sebergini rupa.
Tangan diangkat sejajar dengan wajahnya.
“Terima kasih Ya Allah kerna Engkau memberikan aku pertunjuk dalam saat hatiku dalam kekeliruan. Terima kasih Ya Allah kerna Engkau tenangkan hatiku seumpama aku berada disyurgaMu. Ya Allah, seandainya dia, Daim Hanafi adalah jodohku yang telah Engkau tetapkan buatku, Maka Engkau permudahkanlah setiap urusan hambaMu ini, Ya Allah,”
Dhia meraup mukanya. Jam dinding di pandang. Sudah 5:00 pagi. Matanya seakan tiba-tiba mengantuk yang amat. Dhia mengalih Al-Quran ke sisinya dan dibaring sambil memeluk Al-Quran.
Harap dapat lena sekejap sebelum azan subuh masuk.
“Ibu, cepatlah,” laung seorang anak kecil kepadanya.
Dihujung sana, kelihatan seorang lelaki melambai ke arah mereka. Dhia terus berlari mengejar anak kecil itu dengan hati penuh bahagia. Tudungnya mengerbang ditiup angin pantai. Lelaki di hujung sana tidak melangkah kepada mereka sebaliknya hanya diam kaku dengan senyuman terukir. Sungguhpun wajahnya samar-samar, tapi Dhia yakin lelaki itu adalah suaminya.
“Abang,” laung Dhia.
“Abang,” laung Dhia lagi.
“Kak We, bangun.” goncang Chu Eida.
“Abang,” laung Dhia lagi.
“Kak We. Kak We. Bangun. Dah subuh. Apa ni meracau-racau ni?” Chu Eida menepuk pinggul Dhia. Terkejut Dhia dibuatnya. Terus terduduk kawan.
“Astagfirullah,” Dhia meraup mukanya.
“Abang mana yang kamu duk mimpi ni Kak We?” soal Chu Eida yang duduk didepanya. Dhia hanya tersenyum.
“Takde apa-apa. Takde apa-apa,” sengih dhia.
“Macam-macamlah kamu ni Kak We. Dah bangun, Solat Subuh cepat. Dah pukui 6 pagi dah ni,” Chu Eida bangun dan menuju ke arah rumah Ayah Man yang dah terang benderang.
Dhia menghantar Chu Eida dengan pandangan matanya.
“Ya Allah, aku bermimpi ke tadi? Astagfirullah. Tidur sekejap pun boleh mimpi,” Dhia mengurut dadanya.
“Tapi macam best je mimpi tadi. Macam seronok je. Mimpi aku ada one small family. How cute my baby? Comel macam ibunya. Hidung terpatuk,' Dhia senyum sendiri dengan tekaan hatinya.
“Ya Allah, tak bangun lagi kamu, Kak We?” Chu Eida dah bercekak pinggang dihadapan Dhia.
“Ok, ok. Kak We bangun sekarang,” Dhia bingkas bangun dan berlari ibarat itik pulang petang menuju ke rak buku untuk meletakkan kembali Al-Quran yang telah digunakan.
Telekung dibuka dan Dhia terus menerpa masuk ke bilik air untuk berwudhuk.
###
“Chu, lepas breakfast, Kak We balik dulu tau? Nak pergi rumah mak angkat dekat Tambun kejap. Nanti petang Kak We balik,” pinta dhia sambil tangan ligat mengoreng Mihun.
“Mak angkat ke bakai mak mertua?” gumam Chu Eida rendah.
“Apa dia Chu?” soal Dhia yang tidak menangkap kata-kata Chu Eida.
“Takde apa. Ni nanti kamu masukkan taugeh sekali dengan sawi ni,” kalih Chu Eida sambil mengentepikan taugeh dan sawi ke sebelah tepi dapur.
“Ok,” jawap Dhia ringkas.
###
“As'salamualaikum...As'salamualaikum...” Dhia menyanyikan kalimah itu.
“Wa'alaikumsalam,” kedengaran ada yang menjawap. Kak Lin dengan perut yang dah membulat. Al-Maklumlah dah masuk 5 bulan.
“Eh! Dhia. Meh la masuk,” ajak Kak Lin.
Dhia senyum melangkah naik ke rumah.
“Wah! Besarnya perut. Dah berapa bulan dah ni kak?” soal Dhia sambil mengusap perut Kak Lin.
“Alhamdullilah. Dah 5 bulan,” Kak Lin mengangkat jari lima.
“Ye ke? Tahniah kak,”
“Sama-sama,”
“Mak cik dengan adik-adik mana?” soal Dhia sambil menjengah ke dalam.
“Mak, takde. Mak keluar kejap dengan Abang Dani. Anak dara berdua tu pun keluar kejap beli adunan nak buat kuih bulan sekali dengan AD,” cerita Kak Lin.
“AD?” soal Dhia pelik.
“Oppss...Dahlia,” Kak Lin membetulkan cakapnya.
“Oooo...” panjang 'ooo' Dhia.
“Jomlah ke dapur sekali,” ajak Kak Lin.
“Jap. Nak letak beg. Akak pergi dulu erk?” Kak Lin hanya mengangguk.
Dhia melerakan beg sandangnya diatas kerusi meja telefon. Dicapai keluar sedikit buah tangan buat Mak Cik Kesuma Dewi dan keluarga.
Saat mahu menutup begnya, telefon rumah berdering.
“Kak Lin, telefon,” laung Dhia.
“Dhia tolong jawapkan boleh?” laung Kak Lin balik.
Dhia teragak-agak ingin menjawap, “hello, As'salamualaikum...”
Daim terkejut. Gangang telefon dijarakkan dari telinganya.
“Suara siapa pula lemah gemalai yang jawap telefon ni? Aku salah call ke?” soal Daim.
Hello?” suara Dhia tinggi sedikit.
“Hello. Wa'alaikumsalam. Maaflah saya silap call rumah,” Daim dah berkira nak meletakkan gangang telefon.
“Ok,” jawap Dhia lembut.
Dhia ingin melangkah ke dapur, tapi sekali lagi telefon berbunyi. Dia menjengah ke dapur.
'Nak jawap ke tak ni?' monolog hati Dhia.
Telefon makin nyaring berbunyi.
'Jawaplah,' akhirnya.
“As'salamualaikum,” sapa Dhia kepada empunya panggilan.
‘Hai! Suara ni lagi. Nombor dah betul dah aku call,’ Daim berbicara sendiri.
“Wa'laikumsalam,” jawap Daim cepat.
“Hai! Bukan tadi dia call ke?” Dhia pula jadi penasaran.
“Maaf nak tumpang tanya ni rumah Kesuma Dewi ke?” soal Daim nak minta kepastian.
“Ya,” jawap Dhia ringkas.
Daim mengangguk kepalanya. Betul dah nombor aku telefon ni. Tapi bila masa pula mak pasang orang gaji ni? Kaya mak aku sekarang ni...
“Dia ada tak dekat rumah?” soal Daim lagi.
“Mak Cik takde. Keluar kejap dengan Abang Dani. Yang ada Kak Lin je. Nak cakap dengan dia ke?” offer Dhia.
“Ya ke?”
“Umm...ni siapa yerk?” soal Daim mahukan kepastian.
“Saya Dhia,” jawap Dhia.
“Dhia?” jerit Daim.
“Iya, kenapa ye?” terkejut Dhia mendengarkan jeritan Daim.
“Tak apalah. Nanti saya call balik. Bye,” terus Daim matikan telefon. Nafasnya turun naik. Dadanya berombak kencang. peluhnya merecik di dahi.
'Betul ke yang jawap call tadi Dhia? Ah! Sudah. Dia dah setuju ke?' Daim menyoal dirinya bertubi-tubi.
Dhia meletak kembali gangang telefon. Masa nak berlalu ke dapur sekali lagi, Dhia tertarik alas meja telefon. Cepat-cepat Dhia membetulkan kembali alas meja sebelum telefon terbalik. Jatuh sekeping kertas ke lantai. Dhia kutip dan alangkah bukan main terkejutnya Dhia bila melihatkan dikertas itu tertera nombor telefon rumahnya. Ternganga luas mulut Dhia pada saat itu.
“Eh! Dhia. Bila sampai?” soal Mak Cik Kesuma Dewi riang. Dhia hanya mampu ternganga tak menjawap apa-apa.

No comments: