~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Wednesday, July 13, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 31

Bab 31

As'salam Daim, Aisyah bertolak ke Jepun awal pagi esok. Penerbangan jam 10 pagi.
Mesej daripada Aisyah lewat malam itu mengerutkan kening Daim yang sedang menyiapkan sedikit tugasan terakhir. Jam tangan dipandang sekilas. Kemudian diari dicapai dari dalam beg galas. Tangan dengan pantas mencari ruangan kalendar.
“10 Mac,” sebut Daim senafas.
“Hai,” keluh Daim berat. Badan disandarkan malas ke kerusi meja makan. Matanya sekilas memandang kepada roomatenya yang sedang berborak mesra dengan buah hati tersayang di beranda hotel. Senyum terlukis diwajah Daim walaupun sebenarnya hatinya kuciwa yang amat. Nak, nak selepas masuknya mesej daripada Aisyah sebentar tadi.
Engkau tiba bagaikan pelangi,
Tak bercahya namun, kau berseri,
Tapi cukup menghiburkan hati ini...
Seharian waktu bersamamu,
Tak terasa saat yang berlalu,
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi juaaa....
“Hai, Sudirman! Kau pun nak perli aku ke?” terkedu Daim bila mendengarkan lagu Pelangi Petang nyanyian Arwahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad yang seakan memerlinya melalui corong radio Era Rentak Muzik Terkini.
Terasa macam baru je semalam dapat mesej dari Aisyah cakap yang dia nak ke Jepun. Dan tak sangka esok Aisyah akan pergi jua. Pemergian Aisyah meninggalkan seribu pengalaman kepada Daim. Terutama bab....'Jangan Tunggu Lama-Lama...Nanti Lama-Lama ia, dikebas orang...'
Tapi ni bukan orang yang kebas Aisyah dari Daim sebaliknya, besar punya. Jepun juga mahu rebut Aisyah dengan Daim. Nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur pun sedap jugak!
Daim kembali membaca mesej Aisyah sekali lalu. Butang reply ditekan.
W'salam. Ye ke? Daim dekat Terengganu. Tak dapat jumpa Aisyah. Aisyah jaga diri baik- baik ya dirantau orang?Daim minta maaf andai ada salah Daim pada Aisyah sepanjang perkenalan kita. Insyallah suatu hari nanti kita akan bertemu lagi. Study smart ok?
Mesej ditaip dan terus dihantar kepada pemilik nama Siti Aisyah Salim.

Ya, itulah nama yang mula-mula Daim simpan dalam handphonenya dan nama itu pernah diniat untuk ditukar kepada nama yang lain suatu hari nanti. Suatu hari dimana Aisyah menjadi miliknya. Tapi, impian tak semua akan tercapai. Jadi, 'ABANG REDHA JE DIK'

Tak lama kemudian, mesej Aisyah masuk lagi dalam kotak inbox Daim.
Aisyah pun macam tu jugak. Daim pun jaga diri baik-baik. Aisyah doakan Daim bertemu jodohyang sesuai dan baik akhlaknya seperti Daim juga. Amin.

Daim tersenyum membacanya.
“Amin, Ya Aisyah. Amin, ” Daim tak berniat nak membalas mesej Aisyah.
Matanya ditutup rapat. Kedua-dua tangannya menyokong belakang kepalanya.
“Ya Allah, semoga pilihan makku adalah yang terbaik buatku. Amin,” jauh disudut hatinya bertawakal dan bermunajat kepadaNYA.

###
“Hello, As'salamualaikum,” jawap Delila lembut. Lunak gemalai suranya sejak-sejak dah boleh bercakap balik ni.
“Wa'alaikumsalam, Delila ye?” tegur orang dihujung talian.
“Ha'a. Siapa ni?” soal Delila.
“Hai, taulah akak dah lama tak call sana. Sampai suara akak pun Delila dah lupakan? Sedih akak macam ni. Nak merajuklah,” rajuk suara disana.
Delila mengerutkan keningnya. Macam aku pernah dengar je suara ni. Tapi siapa ya?
“Akak ni siapa yerk?” soal Delila kembali bila puas dikerahkan otaknya memikirkan siapakah empunya suara dihujung talian.
“Ha, tengok!memang sah Delila dah tak ingatkan akak. Baik akak cakap dengan Delita je macam ni,” masih dalam nada merajuk manja.
“Siapa yerk? Maafkan sejak dua tiga menjak ni memory full. Memory dah penuh dengan soalan-soalan exam mid term. Siapa ye akak ni?” soal Delila sekali lagi. Serius aku tak ingat siapa punya suara ni.
Kedengaran suara dihujung sana mengeluh.
“Ish! Kak Dhia la ni?” cebik Dhia dihujung sana.
“Kak Dhia!” jerit Delila. Bukan main gembira lagi suara Delila mendengarkan suara Dhia.
“Ya Allah, kak Dhia ke ni? Rindunya dekat akak!” sambung kinja Dhia.
“Iya! Akaklah ni. Apa khabar? Akak pun rindu sangat dengan Si Kembar berdua ni. Delita mana?”
“Baik.baik sangat. Chu takde. Dia pergi perkhemahan Kadet Remaja. Kalau tak silap petang kang kot baru sampai. Kak Dhia, bila nak datang sini lagi?” Delila terus duduk di kerusi meja telefon.
“Umm...esok akak datang. Ok?” Dhia bersuara riang.
“Eleh! Seriuslah sikit, Kak Dhia. Bila nak datang sini?” soal Delila lagi.
“Lah. Esok akak datanglah. Akak dekat Ipoh ni. Ambil baju tempah dengan Chu Eida,”
“Betul ke ni?”
“Iya?”
“Tak main-main?”
“Tak,”
“Serius ni?”
“Hai, Delila ni banyak tanyalah. Tak jadi datang kang baru tahu,” ugut Dhia.
“Hehehe...Kak Dhia ni macam Achiklah. Sesuai sangat-sangat dah. Perangai sama. Ayat pun lebih kurang sama jugak. Memang serasi habislah! Hehehe...” ketawa Delila.
“Achik? Siapa Achik?” soal Dhia yang terpinga-pinga.
Siapalah pula yang ada karakter macam aku ni?
“Achik tu, abang kitaorang. Handsome tau kak Dhia. Kerja dia askar. Perangai dia sama macam kak Dhia. Tak suka orang tanya banyak soalan...”
“Macam Delila?” sampuk Dhia.
“Ala,” muncung Delila.
“Hehehe...oklah ye dik nun oit. Akak nak gerak dah ni. Nak balik kampung mak akak. Nanti kalau akak jadi nak datang akak call lagi ok?” putus Dhia bila melihatkan Chu Eida dah siap-siap nak bertolak.
“Ok, Kak Dhia. Drive baik-baik,” nasihat Dhia.
“Ok. Kirim salam dengan semua ya?”
Delila terus meletakkan telefon dan kemudian terus berlari ke arah dapur sambil melaung-laung memanggil Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak, Mak,” laung Delila sambil terjengah-jengah melilau mata mencari kelibat Mak Cik Kesuma Dewi. Tiada di dapur.
“Mana mak ni?” Delila mencekak pingang.
“Mak, Mak,”Laung Delila sekali lagi. Kali ni langkah diatur pants menuju ke bilik Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ma...”
“Ish! Apa anak dara ni? Terjerit sana sini. Dengar dek orang laki, langsung tak laku nak buat bini,” belum sempat Delila masuk, Mak Cik Kesuma Dewi terlebih awal dulu menjengahkan muka dari pintu dapur dengan kain baju ditangan. Delila hanya tersengih mendengarkan kata-kata Mak Cik Kesuma Dewi.
“Kamu nak apa terjerit-jerit ni, Adik?” soal Mak Cik Kesuma Dewi yang kemudian meletakkan kain baju yang baru diambil dari jemuran di atas karpet, ruang tamu kedua rumahnya.
Terus Mak Cik Kesuma Dewi bersila mengadap kain baju yang bertimbun atas karpet rumah. Delila pun dah ambil tempat depan Mak Cik Kesuma Dewi. Satu per satu kain dilipat cekap oleh Mak Cik Kesuma Dewi.
“Kamu nak apa, Adik?” soal Mak Cik Kesuma Dewi lagi.
“Hehehe...” sengih Delila.
“Eh! Budak bertuah ni. Sengih pulak dia. Nape?” Mak Cik Kesuma Dewi melibas Delila dengan kain batik.
“Aduh! Sakitlah mak,” Delila mengosok lengannya yang dilibas Mak Cik Kesuma Dewi. Bukan sakit sangat pun tapi akal je panjang ke depan Si Delila ni. Mak Cik Kesuma Dewi hanya mencebik.
“Mak,”
“Umm...”
“Mak,”
“Iya,”
“Mak,”
“Mak, Mak. Cakap je le,” bengang Mak Cik Kesuma Dewi. Selendang dah diangkat nak melibas Delila sekali lagi.
“Eh! Eh!,” ngelat delila.
“Mak ni nak gurau pun tak boleh. Time ni lah nak manja-manja dengan mak. 2 minggu tak dapat usik mak tau,” Delila dah merangkul lengan Mak Cik Kesuma Dewi yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
“Iye le. Kamu nak apa? Termak, mak dari tadi. Rimeh, mak,”
“Tadikan mak, Kak Dhia call. Dia kirim salam pada semua,” Delila melepaskan lengan Mak Cik Kesuma Dewi.
“Dhia?” membulat mata Mak Cik Kesuma Dewi. Terus berhenti pergerakannya melipat baju dari tadi.
“Apa katanya?” teruja Mak Cik Kesuma Dewi.
“Kak Dhia cakap Insyallah esok dia nak datang rumah. Tapi, apa-apa pun nanti dia call balik,” cerita Delila.
“Kak Dhia kome nak datang esok?” tanya Mak Cik Kesuma Dewi sekali lagi.
Delila mengangguk.
Diwajah Mak Cik Kesuma Dewi terpancar seribu satu riak ceria. Berkaca-kaca matanya. Memang pucuk dicita, ulam mendatang. Tak dapat nak tanya maknya aku sendiri akan tanya dengan tuan empunya badan. Lagi senang. Lagi cepat. Lagi puas hati.
Dalam kepala otak Mak Cik Kesuma Dewi dah terangka pelbagai idea untuk menyatukan Daim dan Dhia. Kalau Dhia jadi datang esok memang jawapnya, teruklah Dhia kena siasat dengan Mak Cik Kesuma Dewi. Nasib kaulah Dhia!
Tapi, apa-apa pun. Kena juga telefonkan maknya Si Dhia ni dulu. Kena jugak berbincang antara orang tua. Barulah dikirakan beradat. Ni kalau main terjah je, dari empunya diri kata setuju terus reject. Tak boleh jadi ni. Kena juga telefon keluargnya Si Dhia ni.
“Mak. Oh! Mak,” Delila melayangkan tangannya dihadapan Mak Cik Kesuma Dewi.
Tersentak Mak Cik Kesuma Dewi dibuatnya.
“Hai, mak. Tau le nak jumpe bakai menantu. Tapi tak payoh le buat ruper itu,” perli Delila.
“Kamu budak-budak. Apa kamu tahu. Ni hal orang tua. Dah habiskan lipat baju-baju ni. Mak nak menefon orang kejap,” Mak Cik Kesuma Dewi bingkas bangun dan laju langkah menuju ke anak tangga pemisah dapur dan ruang tamu.
“Hailah, mak aku. Tak habis-habis dengan telefonnye,” geleng Delila mengenangkan telatah Mak Cik Kesuma Dewi.
Mak Cik Kesuma Dewi yang dah sampai ke meja telefon terus mendail nombor rumah Dhia yang dah dihafalnya hampir seminggu yang lalu. Mana taknya, hampir tiap hari nombor yang sama jugak didailnya tanpa jemu. Betul-betul berusaha gigih Mak Cik Kesuma Dewi untuk masa depan Daim Hanafi. Hehehe...
Mak Cik Kesuma setia menunggu talian berjawap.
“Tolonglah berjawap. Tolonglah,” getus hati Mak Cik Kesuma Dewi.
“As'Salamualaikum,” kedengaran suara seorang lelaki muda menjawap.
Akhirnya berjawap! Bukan main kepalang sukanya Mak Cik Kesuma Dewi.
“Wa'alaikumsalam. Rumahnya keluarga Dhia ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi tanpa lindung-lindung lagi. Iyalah. Kang berlengah kang langsung tak dapat nak call keluarga Dhia lagi.
“Ha'a. Mak cik nak cari Dhia yang mana ye? Sini ada tiga orang Dhia,” jawap lelaki muda itu lagi.
“Iye ke? Mak cik ni nak cakap dengan mak kome. Ada ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi lagi sambil mengarukan kepalanya. Ah! Sudah. Apa ke hal pulanya ni? Sampai tiga Dhia sekali.
“Nak cakap dengan mak? Kejap eh,” kedengaran lelaki muda itu memanggil Mak Dhia.
“Siapa Hakimi?” kedengaran suara mak Dhia menyoal lelaki muda bernama Hakimi.
“Entah. Mak cik ni tak cakap pula,” gangang telefon beralih kepada Mak Dhia.
“As'salamualaikum,” sapa Mak Dhia.
“Wa'alaikumsalam. Maknya Dhia ke?” seronok Mak Cik Kesuma Dewi dapat bercakap dengan Mak Dhia.
“Iya saya. Tapi boleh saya tahu Dhia yang mana ya?” lembut tutur mak Dhia.
“Allah, tak pastilah pula. Tapi tak silapnya yang koje dekat Cyberjaya rasanya. Apa ke Si Eida panggilnya Si Dhia ni?” Mak Cik Kesuma Dewi cuba mengingati kembali gelaran Dhia di rumah.
“Dhia Lutfiyah? Nak mencari Dhia Lutfiyah ke?” soal Mak Dhia.
“Ha. Yang itu la. Udoh lupe. Maklumlah umur pun dah lanjut beno,” ketawa mak Dhia mendengarkannya.
“Kak We takde. Dia balik ke Ipoh kemarin. Mengambil baju raya, katanya” Mak Dhia mula bercakap dalam telo Peraknya.
“Saya bahasakan diri saya kakak le ye? Akak ni bukan nak carinya Dhia. Nak cari meke. Udoh seminggu menelefon ke sini. Idok berjawap,” Mak Cik Kesuma Dewi memulakan mukadimahnya.
“iye ke? Umm..alohai. Maaf le ye? Saya dengan suami dua-dua kena outstation. Hari ni baru baliknya. Budak-budak ni biasa la. Banyak beno aktiviti sekolahnya sampaikan susah beno nak lekat dekat rumah,” Mak Dhia pula berceritya perihal dia tak menjawap panggilan telefon Mak Cik Kesuma Dewi.
“Umm...kisohnyer,”
“Napenye, kak?” soal Mak Dhia.
“Gini, awok terus terang je le ye? Awok ni nak nanya, Si Dhianya ni udoh ada yang punya ke?” tanpa masuk laluan kampung terus je Mak Cik Kesuma Dewi ikut Highway.
“Ha?” ternyata Mak Dhia sungguh terkejut dengan panggilan Mak Cik Kesuma Dewi.
“Awok nak jugak tahu saiz cincinnya Si Dhia,” sambung Mak Cik Kesuma Dewi lagi.
“Mana kenai Dhia?” soal Mak Dhia yang kepelikkan dengan lamaran Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ruper gini,” Mak Cik Kesuma Dewi pun mula menceritakan dari saat dia jumpa Dhia di Pasaraya Giant Tambun tambah dengan kisah Daim yang diberikan tempoh sebulan untuk mencari calon isteri membawa kepada persetujuan Daim untuk disatukan dengan Dhia.
Mak Dhia berkerut dahinya bila mendengarkan nama Daim disebut. Terasa semacam dia pernah mendengar nama Daim sebelum ini.
“Apa ke nama anak akak tadi? Daim?” soal Mak Dhia yang semakin terkejut.
“Ha'a. Daim Hanafi bin Muda Hitam,” nama penuh sekali Mak Cik Kesuma Dewi bagi.
“Budaknya tinggi lampai. Putih, putih. Badan tegap. Kojenye tentera tu ke?” soal Mak Dhia yang mula menyesaki sesuatu.
“Ha'a. Betul le tu. Tapi mana kome tau?” Mak Cik Kesuam Dewi pula jadi pelik semacam.
“Ada tak dia ke Melaka dalam dua tiga minggu lepeh rasanya,”
“Ada. Katanya ada mesyuarat dekat sana. Kome kenai ke anak awok?”
“Dua minggu lepeh, ada juga orang datang. Namanya pun Daim. Katanya kawan lama Dhia. Orang perak jugok. Awok rasa budak Daim yang datang tu anak kak la,” cerita Mak Dhia pula.
“Ha? Daim ke rumah kome ke?” kali ni giliran Mak Cik Kesuma Dewi pula terkejut besar.
“Kalau dari cara akak cerita, awok yakin beno dialah budaknya. Si Daim idok cerita ke?”
“Idok. Habeh itu, deme ada jumpa ke?” Mak Cik Kesuma Dewi jadi teruja semacam.
“Umm...tak sempat! Si Dhia takde dekat rumah. Udoh keluo. Kawannya kahwin. Lepeh je deme balik, elok Si Dhia sampai,” rancak betul deme ni bercerita.
“Haram Si Daim mengabo ke awok,” kedengaran sedih plus sayu sangat suara Mak Cik Kesuma Dewi.
“Tak sempat gamaknya,” mak Dhia memujuk Mak Cik Kesuma Dewi.
“Awok berkenan beno nak buatkan Si Dhia menantu awok kalau betui dia idok berpunya lagi,” masih berbunyi sayu.
“Setahu, awok. Dia dah lama tak bercerita tentang hal ni. Nak, nak dah sambung master ni. Lagi le langsung idok tahu apa pun. Tapi tak mengapa. Awok pun sebenarnya berkenan betui dengan Si Daim tu. Sopan budaknya. Elok je. Ayahnya Dhia pun berkenan lama udoh dengan Si Daim ni. Tapi iyalah, Dhia idok kata apa. Awok diam je le,” berbunga riang hati Mak Cik Kesuma Dewi mendengarkan kata-kata mak Dhia.
“Kome idok main-mainkan?” soal Mak Cik Kesuma Dewi yang seakan tidak percaya.
“Idok. Tapi apa-apa pun kena jugak nanya Si Dhia. Entahkan dia udoh ada pilihan hati,”
“Elok beno le kalau ruper itu. Esok awok nelepon lagi ya?”
“Boleh. Boleh. Awok telefon Dhia sekarang,”
Talian kemuadian diputuskan dan Mak Dhia mendail nombor Dhia untuk pengesahan. Mak Cik Kesuma Dewi pula dah senyum puas sebab akhirnya dapat juga dia bercakap dengan keluarga Dhia. Lebih mengembirakan lagi, keluarga Dhia pun berkenan pada Daim. Itulah kata orang. Kalau dah jodoh tidak ke mana pun.
“As'salamualaikum, mak. Kak We tengah drive ni,” jawap Dhia dengan tangan sebelah memegang stereng kereta sebelah lagi memegang gangang telefon.
“Wa'alaikumsalam. Dah sampai destinasi, call mak balik. Urgent!” tegas suara mak Dhia.
“Apa yang urgent sangat ni mak?” soal Dhia.
Call je la nanti. Ingat jangan lupa call mak balik. Kamu tak call, mak call kamu. Faham?”
“Kenapa ni, mak?” Dhia risau mendengarkan nada tegas Maknya. Tak pernah Mak Dhia bersuara setegas ini. Mesti ada yang tak kena ni.
“Sampai destinasi call, mak. Faham?”
“Tapi, mak...”
“Tut...tut...tut...” panggilan terputus.
“Apahal pulak mak ni?” ngomel Dhia sendirian.
“Nape Kak We?” soal Chu Eida disebelah.
“Entah. Mak suh call balik lepas sampai rumah opah. Ada hal penting katanya. Ish! Entah hal apalah gamaknya ni?” rungut Dhia.
Chu Eida seakan dapat menangkap sesuatu, “ada le halnyer tu,”
Ni mesti kes, Mak Cik Kesuma Dewi dah dapat call Kak Cik ni. Chu Eida senyum sendirian.
“Yang Chu dah kenapa senyum sorang-sorang ni?” tegur Dhia yang melihatkan Chu Eida senyum kambing sorang-sorang. Entah apalah yang seronok sangatnya.
“Ish! Mana ada,”
“Chu, agak-agaklah nak menipunya. Mata Kak We ni empat. Dua tak nampak, lagi dua confirm nampak! Apasal Chu?” soal Dhia dengan sesekali menjeling kepada Chu Eida.
“Gembira sebab nak balik jumpa mak Chu, Opah kome. Salah ke?” soal Chu balik.
“Iyelah tu,” serentak kereta Dhia digamatkan dengan suara Dhia dan sepupunya yang memerli Chu Eida.
Perjalanan kemudian diteruskan sehingga sampai ke destinasi yang dituju. Rumah Hajah Hindun bin Haji Mat Dilu. Opah tersayang Dhia Lutfiyah binti Lufti.
Sesampai je di perkarangan rumah Opah Dhia. Bau durian menusuk-nusuk masuk ke dalam rongga hidung Dhia, “Masyallah, sedapnya bau durian ni,”
Apa lagi, cepat-cepat Dhia masuk dalam rumah mencari arah datangnya durian. Nasib memanglah menyebelahi Dhia. Elok je, Andak tengah mengopak kulit durian. Aroma bau durian Si Raja Buah semakin menusuk-nusuk ke dalam rongga hidupnya.
“Sedapnya bau durian ni. Nak sikit boleh?” Dhia dah menutut depan Andak.
“Amik je le Kak We. Makan yang sebelah sana. Sedap. Isi kuning. Manis,” Dhia tanpa toleh kiri kanan terus bersila dengan adik sepupu dia yang lain dan bersiap sedia nak melahap durian yang dikopek oleh andak.
Penuh nikmat Dhia makan buah durian. Siap tutup mata lagi. Dari satu durian ke satu durian Dhia lahap. Kebetulan pulak memang isinya sangatlah sedap. Hallah, Dhia memang hantu durian betul!
Tapi kemudian kenikmatan Dhia digangu dengan suara Chu Eida.
“Kak We. Kamu dah jumpa opah belum?” soal Chu Eida.
Terbeliak mata Dhia. Masyallah. Macam manalah aku boleh terlupa nak jumpa opah dulu. Ni semua durian punya pasal. Kalau tak kerna durian sure aku dah sembah duli pada Opah. Habislah. Mesti kena bebel dengan Opah ni.
Dhia terus melangkah pantas menuju ke rumah Opah yang terletak disebelah rumah Andak Aziz.
“Assalamualaikum, Opah,” salam Dhia sejurus menerpa masuk ke dalam rumah Opah.
“Wa'alaikumsalam. Ada kamu Kak We?” nada Opah seakan memerli.
“Hehehe. Ada. Sorrylah Opah. Kak We tergoda dengan durianlah. Hehehe...” Dhia mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Yelah. Nampak je durian. Opah pun kamu lupa,” hamik kau! Tembakan Opah tepat pada sasaran. Chu Eida yang di dapur rumah Opah mengangkat ibu jari kedua-dua tangannya. Dhia menjengkelkan mata kepada Chu Eida.
“Alah! Tak sengajalah Opah. Kak We kan memang hantu durian,” pujuk Dhia.
Opah dah start dah nakmembebel. Dhia memberikan isyarat mata kepada Chu Eida supaya menolongnya keluar dari bebelan Opah. Tapi Chu Eida sebaliknya. Sengaja je dilambat-lambatkan membawa dulang air ke depan.
“Opah, Kak We tolong Chu buat air yerh?” Dhia cuba nak mengelat.
“Tak payah! Duduk sini. Pandailah Chu kome nak buat ayo,” Dhia dah tiada ruang nak mengelat.
Sekali lagi, isyarat mata diberikan kepada Chu Eida. Siap buat muka paling sedih seantero dunia. Sengaja je dhia buat mimik muka nak menangis.
“Kak We, kamu dah call mak kamu ke belum?” tiba-tiba Chu Eida menjerit dari arah dapur.
“Belum,” Dhia senyum pada Chu Eida. Chu Eida hanya mengeleng.
“Opah, Kak We nak call mak balik. Tadi mak suh call mak balik lepas sampai rumah Opah. Kak We duk luar kejap eh?” Dhia cepat-cepat berlalu ke serambi rumah Opah.
“Hello. As'salamualaikum,” suara di hujung sana menjawap.
“Wa'alaikumsalam. Kimi yerk? Mak ada tak?” soal Dhia bila dapat mengecap suara Alif Hakimi yang menjawap panggilan telefonya.
“Ada. Kejap eh?” Alif Hakimi yang sememangnya kurang bercakap diantara abang dengan adik-adiknya yang lain.
Alif Hafizi, Alif Hakimi, Alif Hamizi, dan Alif Haiqal. Empat orang anak lelaki Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Hintan atau lebih mesra dipanggil Kak Intan. Dalam ramai adik lelaki Dhia. Hakimi je yang kurang nak bercakap. Dia lebih pada dunia dia sendiri.
Hello, Kak We,” terus mak Dhia menyapanya cemas.
“Iye, mak. Napenya, mak? Gamat beno suruh call balik. Ayah sakit lagi ke?” Dhia turut cemas mendengarkan suara maknya.
“Ish! Ayah kamu elok sihat walafiat,”
“Habis tu? Apa yang urgent sangat mak nak cakpakan? Sampai tak boleh nak tunggu Kak We balik rumah minggu depan?,” Dhia mengutil kelopak daun bunga kertas Opah.
“Ni mak ada benda lain ni nak cakap ni. Kamu dah sedia ke?” soal mak Dhia.
Tiba-tiba jantung Dhia berdegup kencang.
“Mak nak cakap apa?” Dhia tergagap. Hatinya jadi tak sedap.
“Ada orang masuk merisik kamu,” tiada langsung persimpangan. Terus je mak Dhia cakap.
“Ha?” Dhia terkedu.

4 comments:

nur_insyirah5144 said...

jeng-jeng... suspen je...
aku org first ke yg komen...hehehehh...

ezaitie nfib. said...

hehe..mekacih sebab komen..tunggu bab 32 lak yerk?

Anonymous said...

best cerita ni. tak sabar nak tunggu sambunganya.

ezaitie nfib. said...

Alhamdullilah. dah masukan dah pun bab 32. nanti jemput baca eh?