~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Sunday, June 5, 2011

text MC pengantin


As'Salam to all,

something to shared...from my frend wedding..5/6/2011

Panas kering siapakan tahu 
hujan rintik di pulau pandan
berjalan seiring bersentuh bahu
samalah cantik samalah padan

diiringi paluan kompang, berjalan ke arah dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan raja sehari;
Mohd Izdihar bin Mohd Ali & Surya binti Afindi

anak cina memasang lukah
lukah dipasang di tanjung selasih
pasangan pengantin segak melangkah
mara menuju mahligai kasih

Berarak masuk ke dalam Dewan, pasangan raja sehari;  Mohd Izdihar dan Surya

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk naik ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih yang telah disediakan. Dipersilakan.

Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja yang telah disediakan.

Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Mohd. Izdihar  dan Surya.

sireh berlipat siri pinang
sireh dari pulau mutiara
pemanis kata, selamat datang
awal bismillah pembuka bicara

bismillahhirrahmanirrahim

assalamua'alaikum w.b.t dan salam sejahtera

hari ini menungal jagung
hari esok memintal tali
hari ini kita berkampung
meraikan mempelai dua sejoli

di malam hari terang senegeri 
memberi cahaya di tengah balai
majlis indah bertambah seri
untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati En. Afindi bin Abdul Kadir & Pn. Selwa binti Abdul Hamid, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai;  Mohd. Izdihar dan Surya, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

merafakkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan izinnya, kita dapat berkumpul bersama-sama pada hari ini.

Saya bagi pihak tuan rumah dan keluarga, dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bagi meraikan kedua mempelai.

Tetak buluh panjang sepuluh
mari jolok sarang penyengat
angkat tangan jari sepuluh
doa diminta biar selamat

bagi mememohon seribu berkat sejuta rahmat, marilah sama-sama kita menadah tangan bagi mengaminkan doa yang akan diketuai oleh ( pembaca doa). Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

* tamat bacaan doa 

amin, amin ya rabalalamin,
maha suci Allah, perkenankanlah putra putri kami untuk mengikut sunnah junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W, membentuk keluarga muslim yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan As Sunnah

burung nuri hingap di balai
balai seri buatan pak tua
tempat berehat rakan dan taulan
 duduk tersenyum kedua mempelai
menadah tangan memanjatkan doa
semoga jodoh sentiasa berkekalan

tidak lengkap jika tiada majlis menepung tawar kepada kedua mempelai. Justeru dengan itu, majlis menjemput kedua ayah dan ibu  pengantin perempuan kita iaitu, En. Afindi dan Puan Selwa untuk menepung tawar.

Terima kasih diucapkan kepada kedua ayah dan ibu pengantin perempuan.

Seterusnya majlis menjemput pula, kedua ayah dan ibu pengantin lelaki kita, En. Mohd Ali dan Puan Maznah untuk menepung tawar.

Terima kasih diucapkan kepada kedua ayah dan ibu pengantin lelaki.

majlis mempersilakan pasangan mempelai berangkat meninggalkan pelamin untuk majlis makan beradap. Dipersilakan.

* juruacara teruskan dengan skrip selepas pengantin sudah duduk selesa.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

* wakil tampil untuk berucap 

dengan itu, majlis ingin mempersilakan kepada tuan rumah kita, En. Afindi bin Abdul Kadir, sebagai bapa kepada pengantin perempuan, Surya binti Afindi untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah, En. Afindi bin Abdul Kadir diatas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya majlis ingin mempersilakan kepada En. Mohd. Ali bin Kassim sebagai bapa kepada pengantin lelaki kita, Mohd Izdihar bin Mohd Ali untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Ali bin Kassim diatas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada wakil kedua-dua belah pihak yang mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan cinta. Kerna cinta itu, menjadikan hidup manusia akan lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi, ianya berakhir dengan sebuah melalui ikatan perkahwinan yang amat-amat dituntut dalam agama.

Puan dibawa ke gunung ledang
dibawa dengan penuh beradab
pinggan mangkuk telah terhidang
kini masa makan beradab

majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Sebelum itu,majlis sekali lagi menjemput (pembaca doa) untuk membacakan doa makan beradap. Marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa.

Semerbak bunga seroja
dibelai dara pingitan
lauk pauk penuh semeja
jemput mempelai menikmati hidangan

* makan beradap lebih kurang 30 minit

sambil para tetamu dan pasangan mempelai kita menikmati hidangan yang disediakan, mari kita singkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin kita pada hari ini.

Pengantin perempuan kita, Surya Binti Afindi. Berasal dari Negeri kelahiran Hang Tuah, Melaka Bandaraya Bersejarah. Surya merupakan anak sulung daripasan 5 beradik perempuan. Merupakan seorang graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Textile), Politeknik Seberang Perai dan kini, Surya menaburkan khidmatnya sebagai Manufacting Technician di Intel Technology Sdn. Bhd. Kulim, Kedah.

Manakala, pengantin lelaki kita pula, Mohd Izdihar bin Mohd Ali berasal dari Negeri …...... Mohd. Izdihar juga merupakan anak sulung dari 5 beradik. Merupakan seorang graduan Diploma Pengurusan Perniagaan yang juga dari Politeknik Seberang Perai dan sekarang, Mohd Izdihar berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. 

Kedua-duanya berkenalan kali pertama 6 tahun lalu, sewaktu sedang memeriksa keputusan kemasukan ke Universiti. Masing-masing saling terpesona dan bermulalah episod bertukar-tukar nombor telefon. Sejak daripada itu, mereka terus berhubung sehinggalah kedua-duanya menyambung pelajaran di Politeknik yang sama.

Setelah saling mengenal hati budi masing-masing sebagai seorang kawan , akhirnya pada tanggal 12/12/2005 pasangan pengantin kita mula menyulam kasih. Dengan restu keluarga, Mohd. Izdihar menghantar rombangan untuk merisik Surya pada …. sebulan selepas itu, pada 6/2/2011, pasangan merpati dua sejoli ini mengikat tali pertunangan dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah tertunai di dalam majlis yang penuh berbahagia ini.

Alhamdullilah, kedua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada pagi tadi di Masjid Peringit, Melaka.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Buat Surya dan Mohd Izdihar,
sentiasa ingat pesan dalam khutbah nikah,
Waras dalam susah
Rahsia di rumah jangan dibawa ke tanah
didengar orang menjadi fitnah
banyak bersabar banyakkan tabah
Insyallah rukun damai serumah rumah
sama beringat pesan dan nasihat
pesan orang tua akan membawa berkat
Insyallah

para tetamu diingatkan untuk tidak lupa menandatangani buku tetamu yang disediakan. Jika terdapat sebarang masalah atau jika ingin berhubung dengan ahli keluarga Tuan rumah, wakil Tuan rumah, segak mengenakan persalinan berwarna ungu lembut. 

* pastikan pengantin dah siap makan dan bersedia untuk upacara memotong kek

Si anak dara memakai lokek
lokek tersangkut dihujung julai
untuk mejlis memotong kek
jemput dipersilakan kedua mempelai

dengan ini, majlis mempersilakan kedua mempelai untuk ke memotong kek

* pengantin berangkat ke meja potong kek

* lagu pilihan pengantin dimainkan semasa majlis memotong kek

sekapur sireh seulas pinang

majlis seterusnya, mempersilakan kedua mempelai untuk meyampaikan sepatah dua kata.

* pengantin berucap

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pasangan mempelai kita di atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dimuliakan, kita bertukar ke acara terakhir iaitu sesi bergambar. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke pelaminan semula bagi meneruskan sesi bergambar bersama keluarga dan sanak saudara dahulu.

* wakil keluarga masing-masing kumpulkan ahli keluarga untuk sesi bergambar

para tetamu yang berhajat ingin mengabadikan gabar bersama pasangan mempelai, jangan malu jangan segan untuk naik bergambar dengan psangan mempelai kita.

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada raja sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam langguna tumbuh kelapa
terbit bunga pucuknya mati
budi semua tak kami lupa
sudah terpaku di dalam hati

tuan puteri tersenyum-senyum
melihat laksamana bermain radat
senyum-senyum jangan tak senyum
sudah sempurna segala adat

sayang selasih di bukit dalang
diputik sedulang laut sebandi
terima kasih berulang-ulang
sudi bersama kami di sini

saya mewakili pihak Tuan rumah memohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan majlis ini. Saya mengucapkan salam hormat buat semua. Wabillahit taufiq walhidayah wassalamu; alaikum W. B.T

No comments: