~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Friday, May 20, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 25

Bab 25.

Sepanjang perjalanan balik ke hotel, Daim lebih selesa senyap dan membatukan diri. Otaknya ligat berfikir apa yang dah terjadi sebenarnya. Adakah ini pertunjuk yang Allah nak berikan kepadaku? Adakah ini tanda jodoh aku bukan dengan Aisyah?
Semakin difikir, semakin sakit kepalanya.
Sampai di bilik hotel, Daim tanpa banyak bicara terus me'landing'kan dirinya diatas katil.
“Kenapa tu Sulaiman?” soal Kapten Mansur.
“Entahlah, Tuan,” Sulaiman menjengketkan bahunya.
“Macam orang patah hati je lagaknya,”
“Ye, kot. Saya masuk dulu ye?” Kapten Mansur hanya mengangguk.
“Tuan,” tegur Sulaiman.
“Aku nak tidur. Kau jangan cakap apa-apa ok?” arah Daim. Sulaiman hanya menjungkit bahunya. Dicapai tuala, menukar seluar dan terus ke bilik air.
###
“Petang ni, kami nak cari ole-ole. Kamu nak ikut ke Daim?” pertanyaan Kapten Mansur diangguk lemah.
“Daim, kamu ni kenapa? Episod cinta kecundang ke?” ayat itu masuk menusuk-nusuk ke hati Daim.
“Lebih kuranglah, Tuan,” spontan Daim menjawab. Aku ni kecundang bercinta ke? Taklah. Aku ni tengah celaru sebenarnya.
“Jangan disebabkan cinta, ia menganggu hidup kita. Kalau cinta itu sejati, ia akan memberikan aura positif pada kita tapi kalau cinta itu tidak sejati, macam ni lah. Menung je kerjanya,” Daim hanya tersengih dengan ayat yang keluar dari mulut Kapten Mansur.
“Kalau ada selisih faham tu, bawaklah berbincang. Jangan sampai kacau waktu bekerja. Jangan campur adukkan masalah kerja dengan masalah peribadi. Kita ni kena pantai agih-agihkan masa kita. Barulah masa kita akan lebih berkualiti” Mejar Mustapa pula menasihatkan sambil mengangkat ibu jari kanannya.
Daim dah termalu sendiri. Terlalu sangat memikirkan pasal siapa pemilik mata tu, hamik kau! Sampai terbawa kepada kehidupan harian. Hai. Sengallah kau ni Daim. Cubalah bawa bertenang. Kalau pun betul kau tak ada jodoh dengan Aisyah tak bererti kau akan mati pun. Life stay must go on, bro. Lagi pun, yang kau penat-penat nak fikir siapa pemilik mata tu kenapa? Bukannya dia ada talian apa-apa dengan kau pun. Baik kau fokus pada Aisyah. Mana tahu it will be last forever? Tak payah pening sangat nak memiikirkan hal yang entah apa-entah.
“Tuan, tuan,” badan Daim ditolak oleh Sulaiman. Terkejut Daim.
“Kita dah sampai dah. Hai, Tuan ni, berangan lagi ke?” perli Sulaiman.
“Hehehe...Bukan berangan. Merangka rancangan,” Daim menunjuk otaknya. Sulaiman hanya mengeleng.
Daim terus keluar dari perut kereta dan mengikut belakang Kapten Mansur. Hari ni hari kedua mesyuarat. Harap-haraplah setiap isi mesyuarat ni kang, ada berkaitan dengan dia orang. Kalau tak, mau nak lelap lagi rasanya.
Masa Daim lalu je di ruang legar bilik mesyuarat, Zulaika dah senyum bukan main. Daim buat dot no je. Lantak kaulah. Malas aku nak layan. Kang makin aku layan kau kang, makin menjadi sengih kau.
“Tuan, bukan main lagi budak tu senyum kat Tuan,” bisik Sulaiman.
“Biarkanlah dia. Aku takde mood nak melayankan dia. Sengih-sengih macam kerang busuk,” bisik Daim balik.
“Hehehe...tak nak try ke?” provok Sulaiman lagi.
“Tak nak aku. Cikgu Aisyah, aku nak campak mana?”
“Kata bukan makwe?”
“Memanglah. Tapi dia tu bakal...bakal...bakal...ah! Bakal apa-apa jelah,” muka Daim dah berkerut seribu. Apa ke hal aku ni?
Serabut, silalah engkau pergi jauh-jauh dari aku pada saat ni. Tolonglah. Aku merayu ni. Kau tau tak, serabut, disebabkan engkau habis semua orang dapat tempias tau tak? Aku tak suka kau! Aku tak suka kau! Aku tak suka kau, serabut!
Daim membuat tangan ala-ala orang tengah buat Tai Chi. Tangan di naikkan ke atas sama dengan menyedut nafasnya dalam-dalam. Lepas tu, tangan diturunkan ke bawah sekali dengan menghembuskan nafasnya. Dibuatnya berulangkali untuk menenangkan dirinya.
Excuse me, Hafy right?” tegur seorang perempuan berselendang warna merah jambu bunga putih, berkemeja putih, dan berskirt panjang serta bersepatu tinggi.
Sulaiman menyinggul bahu Daim, “Apa?”
Daim masih seperti tadi. Turun naik tangannya dah beberapa kali. Biasa orang buat dalam 3 kali je. Ni dah dekat 5 kali, tak akan tak tenang lagi kot. Sulaiaman kali ni menyinggul Daim dengan lebih keras.
“Ish! Kau ni. Nak apa?” Sulaiman menunjuk ke arah perempuan tadi dengan mucungnya.
“Awek cun dah datang,”
“Alah! Biarlah dia,” Daim memejamkan balik matanya. Pada fikirannya yang datang tu mesti Zulaika.
Excuse me. Hafy?” telinga Daim menangkap suatu suara yang sangatlah merdu ditelinganya.
Merdu juga suara Zulaika ni. Macam suara Qalisya. Ha, Qalisya? Terus Daim membuka matanya. Berdiri tegak didepannya seorang perempuan yang sedang tersenyum gembira melihatnya. Perempuan ni macam aku kenal. Ni memang betul-betul Qalisya. Bukannya Zulaika. Ditolehnya kepada Zulaika. Zulaika statik berdiri sambil berbual dengan rakan-rakannya. Mimpi ke aku ni?
“Hai, Hafy,” tegur perempuan sambil melayangkan tangannya depan Daim
“Isha?” tegur Daim dalam keadaan separuh terkejut melihatkan Qalisya didepan matanya. Bekas makwe yang dah 4 tahun tak jumpa.
Of courselah. Isha la ni,” sahut Qalisya tadi dengan perasaan cukup gembira.
“Tak sangkakan jumpa you dekat sini. Kecik betul dunia ni kan?” sambung Qalisya.
“Ha'a. Tak sangka gila. You apa khabar?” soal Daim. Dia menoleh kepada Sulaiman yang hanya memerhatikan gelagat mereka. Daim mengenyit mata pada Sulaiaman.
“Ehem...Ehem...Saya minta diri dulu,” Sulaiman mengudurkan diri sebagai tanda faham dengan bahasa isyarat yang Daim tunjukkan. Langkah terus diatur ke sebelah kaunter pendaftaran.
“Alhamdullilah. Masih macam dulu juga. Hebat you sekarang kan? Dah jadi tentera dah,”
“Hehehe... Biasa je. Ni kan cita I dari dulu lagi. Bila balik Malaysia?” wah! Sejak bila aku pandai ber I, I, beryou, you lak ni?
“Dah setahun dah,” senyum Qalisya.
“La ye ke?” Qalisya hanya mengangguk.
So, you buat apa dekat sini?” soal Daim lagi.
Meetinglah,” jawap Qalisya. Daim mengangkat keningnya.
“Opps! Sorry. I kerja dengan Malaysia Airport sekarang ni. Security department. Lari gila dari cost I kan? Aerospace. Tak ada kena mengena langsung!” cerita Qalisya dengan semangatnya.
Oh! Qalisya. Setelah berzaman kau hilang bergitu sahaja. Sekarang kau datang saat kepala otak aku tengah serabut. Kenapa kau tak muncul 2 ke 3 tahun lepas? Senang aku terus suh mak aku pinang kau je. Tak payah aku pening-pening nak cari menantu buat mak aku. Ni bila aku dalam proses nak pikat Cikgu Aishah, dan, dan tu kau muncul. Ya Allah Maha Hebat dugaanMu pada hambaMu, Ya Tuhan.
“Alah, kira adalah tu kalau dah kerja dengan Malaysia Airports tu. Semalam tak nampak pun?”
I masuk meeting baru hari ni. Semalam tak sempat. I dekat Langkawi ada meeting dengan airport sana. Sampai je sini, tak tunggu lama terus je pecut kereta datang sini,” Qalisya tayang muka penat.
“Dah tu tak penat ke?”
“Gila tak penat? Penatlah. Dahlah drive sorang-sorang,” Qalisya masih rancak bercerita itu dan ini.
Daim perhatikan qalisya yang pernah di cintainya dulu dah banyak berubah. Dulu Qalisya seorang yang pendiam tapi akan banyak bercakap bila dengan roomatenya, Bedah Cempaka. Ada je yang nak di pot pet pot pet berdua. Dengan Daim lagilah. Dah couple baru banyak cakap. Tu pun stay kalah dengan Bedah cempaka.
Dulu Qalisya tak suka pakai baju kemeja-kemeja ni. Asyik berbaju kurung je ke sana ke mari. Kalau kena pakai seluar pun, masa kelas yang melibatkan subjek bengkel.
Dulu Qalisya tak pandai pakai make up tapi muka dia tetap cantik dan kiut. Pernah sekali masa makan malam graduasi, Qalisya datang dengan make up yang agak tebal. Dia tetap cantik. Cuma kejap-kejap, di oles mukanya dengan tisu. Bedah Cempaka pula, tak sudah-sudah pegang tangan Qalisya dalam lap make upnya. Sudahnya masa ambil gambar ramai-ramai, make up di muka Qalisya dah hilang sepenuhnya.
Disebabkan keserdehanaan Qalisya, Daim terpikat dengannya. Bukan senang nak pikat Qalisya. Dari semestar 1 sampai semesta 4, Daim try pikat Qalisya tapi hampeh. Langsung tak diperdulikannya. Semesta ke 5 barulah Qalisya buka pintu hati pada Daim. itu pun selepas Daim berjaya selamatkan kucing kesayangan Qalisya, Si Meow Meow dari kena langar dengan lori ikan Ah Tong. Ingatkan cinta bertahan sampai akhirnya. Rupanya JPA sebagai penghalang. Genap je dia orang couple 2 tahun, Qalisya bagitau yang dia dapat tawaran sambung Master dalam bidang Aerospace.
Masa Qalisya cerita tu, Qalisya sangat-sangat teruja. Yelah orang dapat biasiswa penuh kan?Luluh hati Daim masa tu. Daim pula masa tu dapat tawaran masuk recuit Angkatan Tentera Darat Malaysia. Janji tak akan saling melupakan. Sekali, tak sampai 3 bulan Qalisya di sana, dia orang dah terputus hubungan sampailah ke hari ni.
Tapi kini, Qalisya yang Daim tengok dah tak macam dulu. Totally difrence dari masa belajar dulu. Sekarang Qalisya lebih feminin. Lebih bergaya dan petah berkata-kata. Yang masih ada pada Qalisya hanyalah senyumannya yang tetap manis tanpa perlu sebarang gula tebu sebagai pemanis.
“Hafy, jom kita. Meeting dah mula dah,” sentuhan Qalisya dibahu kiri Daim mengembalikan Daim dari nostagia lama. Daim mengangguk dan mereka jalan beriringan masuk ke ruang bilik mesyuarat.
Ha! Kalau nak tahu, macam mana Qalisya boleh panggil Daim sebagai 'Hafy' dan Daim panggil Qalisya sebagai 'Isha'? Nak tahu angkat tangan macam ni (buat gaya ala-ala Ucop wilcha ok?) hehehe...
Dulu, masa couple, dia orang ni tak reti nak panggil macam pasangan kekasih sekarang. Abang-Sayang, Baby-Anja, Papa-Mama, Ayah-Ibu dan apa saja yang sewaktu dengannya. Tu sebab dia orang ni panggil gelaran yang lain dari kawan-kawan panggil. Nama Qalisya yang sebenarnya Dayangku Qalisya Sofia budak U panggil 'Dayang'. Daim pula, semua dah tahu kan nama Daim apa? Dah tu, lagi mau tanya lagi ke? Hehehe...Daim pula, budak U panggil dia 'Kutu King' sebab masa Daim dekat U dia rajin main kutu dengan budak kelas dia. Bukan sebab Daim ada 'kutu' ok? Adatlah budak U kan ada je cara nak mendatangkan duit.
Jadi disebabkan itu, mereka berdua telah mengelarkan diri masing-masing dengan nama yang macam tu. Biar pun hanya nama tapi tetap manja dan ada class yang tersendiri.
Mesyuarat hari ni, Daim lebih bersemangat sebab Qalisya betul-betul duduk dihadapannya. Walaupun tidaklah rapat benar tapi kira nampaklah wajah bujur sireh milik empunya nama Dayangku Qalisya Sofia ni. Tersenyum-senyum dalam cover Daim bila teringatkan kisah dia dan Qalisya satu masa dulu. Macam tayangan filem pula. Satu persatu lintas dihadapan matanya. Ah! Sungguh manis saat itu. Thank's Qalisya sebab muncul dalam saat aku tengah jiwa kacau.
Sementara itu, diluar pula. Zulaika mengasak Sulaiman supaya cerita tentang Daim dan Qalisya. Lagak macam orang yang tengah marah betul. Sulaiman dah tak tahu nak buat apa. Jenuh dah di cakap yang dia tak tahu apa hubungan Daim dengan Qalisya. Puaslah dia duduk makin jauh, makin jauh dari Zulaika tapi Zulaika pula makin dekat, makin dekat dengan dia. Lastnya dia dah tak tahu nak cakap apa. Dia hanya menjawap. “Makwe dia kot?”
Zulaika seakan berangin yang amat. Digengam pen yang ada ditanganya kuat-kuat kemudian terus di tikamnya lengan Sulaiman. Sulaiman pula, masa tu tengah leka mesej dengan isteri dia. Bila dah kena tikam sekali, apalagi, melaunglah Sulaiman. Masa tu sulaiman dengan secara automatik (tak ada dah gear manual) terus melempang pipi Zulaika. Terduduk Zulaika dibuatnya.
“Kau ni gila ke cucuk orang dengan pen?” jeritan Sulaiman menyebabkan agenda mesyuarat yang baru bermula tak sampai setengah jam terdiam.
“Kenapa tu?” soal Y.B Dato’.
“Sulaiman tu,” bisik Daim.
“Maaf, Dato'. Izinkan kami untuk keluar sekejap,” pinta Mejar Mustapa. Y.B. Menteri hanya mengangguk.
Mereka pun dengan tertib tapi laju terus keluar ke ruang legar bilik mesyuarat. Masa dibukanya pintu bilik mesyuarat, dilihat Sulaiman dah penuh tangannya dengan darah di lengan sedang mengerang kesakitan. Zulaika pula ada beberapa orang yang menemannya.
“Man, kenapa ni?” soal Daim yang dah berlari anak kepada Sulaiman. Dilihat, darah di lengan Sulaiman dah menitis bajunya.
“Ni ha, perempuan gila ni. Tak pasal-pasal dia cucuk saya dengan pen,” cerita Sulaiman dalam nada marah.
“Habis cik ni kenapa pula?” soal Mejar Mustapa yang melihatkan Zulaika dah berjepuk di tepi. Zulaika menangis.
“Dah dia cucuk saya, saya apalagi. Tak dapat control. Terus saya sepak muka dia,” dalam pada menahan sakit, sempat lagi Sulaiman bercerita. Mejar Mustapa hanya mampu mengeleng.
“Tuan, ambil tisu ni dulu. Lap darah ye?” seorang daripada penyambut tetamu menghulurkan sekotak tisu kepada Sulaiman. Daim mencapai dan terus menyingsingkan lengan baju Sulaiman. Sekali lagi, Sulaiman mengaduh. Daim hanya bermuka panik. Di ambil tisu dan dilap luka Sulaiman. Satu tisu, basah. Dua tisu, basah. Lima tisu pun basah.
“Serius ni, Tuan,” wajah Daim serius mengadap kepada pegawainya.
“Tak boleh buat apa. Kita bawa ke klinik,” jawap Kapten Mansur kemudian memandang Mejar Mustapa minta kebenaran. Mejar Mustapa mengangguk kembali.
“Apa yang dah terjadi ni? Kenapa penuh berdarah di sini?” soal setiausaha Y.B Dato’. Daim melihat ke lantai. Ha'alah. Darah dah start menitis.
An accident. Sulaiman need to go to the hospital, now!” satu ayat penyata keluar dari mulut Mejar Mustapa.
Daim awal-awal lagi dah memimpin Sulaiman ke pintu lift. Zulaika dah di pimpin oleh kawan-kawannya ke tempat lain.
“Ok. Saya akan minta bantuan traffic,” setiausaha Y.B Dato' terus menghubungi polis trafik untuk mengawal laluan trafik.
“Dia orang akan sampai kurang dari 5 minit. Tuan, bawa ke bawah dulu,” arah setiausaha Y.B. Dato'.
Thank you. Kapten Mansur, Kapten Daim sila pastikan Sulaiman selamat sampai ke hospital.” arah Mejar Mustapa, serius.
“Baik, Tuan,” Kapten Mansur dan Daim mengangkat tarbik hormat pegawai atasan mereka dan terus berlalu ke dalam ruang lift.
Mejar dan setiausaha Y.B Dato’ berlalu kembali ke ruang mesyuarat dengan muka tiada apa-apa yang berlaku.
“Kenapa tadi?” soal Y.B. Dato'
“Tiada apa-apa Dato'. Hanya kecederaan biasa sahaja. Kita boleh sambung mesyuarat kembali,” jawapan Mejar Mustapa mendahului jawapan setiausaha Y.B. Dato'.
Mesyuarat di sambung kembali.
“Tuan, tunggu sini. Biar saya ambil kereta. Sulaiman, kunci kereta mana?” soal Daim.
“Poket kanan seluar,” Daim terus menyelup poket seluar dan berlari ke arah kereta di hujung sebelah kiri.
Darah masih setia menitik. Kedengaran siren motor polis trafik memasuki ruang pejabat ketua menteri. Kapten Mansur melambai kepada mereka.
“Kami yang nak ke hospital,” Kapten Mansur terus berkata walaupun tidak di soal.
“Kenderaan?” soal salah seorang dari polis trafik.
“Ada. On the way,” jawap Kapten Mansur.
Badan Sulaiman semakin lembik. Kakinya dah tak dapat nak menampung berat badannya. Pandangannya terasa kelam dan berbalam. Sakit yang ditanggung dah semakin hilang denyutnya. 1...2...3...pup. Sulaiman nak rebah ke bumi.
“Man,” Kapten Mansur dan salah seorang pegawai trafik cepat-cepat merangkul Sulaiman.
“Man, jangan pengsan sekarang, Man. Bukak mata kau. Dengar cakap aku,” arah Daim yang meluru datang kepada Sulaiman.
“Sulaiman, bukak mata. Kau tak boleh pengsan,” jerit Daim ke telinga Sulaiman. Pipi Sulaiman ditamparnya berkali-kali. Kapten Mansur membuka butang baju Sulaiman.
“Kita kena cepat. Mangsa dah semakin parah,” arah polis trafik.
“Nanti kejap. Kita kena sedarkan dia dulu. Kalau tidak dia tak akan sedar-sedar dah,” terang Daim.
“Man, kalau kau dengar cakap aku, kau senyum je,” arah Daim. Dengan penuh kepayahan dan kemamaian, Sulaiman akhirnya mengukur senyuman.
“Ok, jom,” dengan pantas Daim dan Kapten Mansur mengangkat Sulaiman di bawa masuk ke dalam kereta.
“Tuan duduk belakang dengan Sulaiman. Tolong lap darah dia. Cakap dengan dia. Jangan bagi dia pengsan,” Kapten Mansur terus masuk dah memangku kepala Sulaiman.
Siren polis trafik berbunyi dan terus memecut laju ke arah hospital yang berhampiran. Sebuah motor polis trafik di hadapan dan sebuah lagi di belakang. Daim memandu di tengah dengan membuka double signal.
Sepanjang dalam perjalanan, Kapten Mansur banyak kali berselawat. Banyak kali menampar pipi Sulaiman. Sampai je ke ruang legar kecemasan Hospital Pantai,
“Tolong ada kecemasan,” salah seorang polis trafik tadi memaklumkan kepada petugas hospital.
Berlari mereka menuju ke arah kereta dengan sebuah kerusi roda.
Patient sedar ke tak ni?” soal petugas hospital yang melihatkan Sulaiman dah selembik-lembiknya.
“Man, Man,” Daim menampar pipi Sulaiman lagi. Nampaknya kejap lagi mau berisi pipi Sulaiman asyikkan di tampar dari tadi.
“Man, kalau kau dengar suara aku, kau senyum,” Sulaiman semakin hilang pendengarannya. Dia tidak dapat menangkap butir bicara Daim.
“Man, kalau kau dengar suara aku, gengam tangan aku,” arah Daim dengan lebih kuat ke telinga Sulaiman. Sulaiman mengengam sedikit.
“Sedar,” jawap Daim. Sulaiman terus ditolak masuk ke bilik rawatan.
“Sorang tolong daftarkan pesakit,” Daim tanpa disuruh terus ke kaunter pendaftaran.
Selesai urusan pendaftaran, Daim duduk di kerusi dengan Kapten Mansur dan polis trafik tadi.
“Kenapa orang cedera tak boleh pengsan?” soal Kapten Mansur sejurus Daim duduk disebelahnya.
“Sebab bila kita cedera, jantung kurang mampu mengepam darah ke seluruh badan. Ini akan menyebabkan saluran penafasan menjadi sempit. Dan kadar oksigen hanya mampu bertahan selama 4 minit sebelum kita dapat sampai ke hospital dengan kadar segera. Ini akan menyebabkan oksigen yang di bawa ke otak juga akan menjadi kurang. Tu sebab kita akan mudah rasa nak pitam atau mudah pengsan,” Daim menarik nafas sebaris.
“Bila kita pengsan atau tidak sedarkan diri, kita di akan dikira sebagai 'mati' tak kira sama ada kematian klinikal atau kematian biologikal. Kalau kematian kekal tu memang kita tak boleh nak elak. Walau secanggih mana pun dunia perubatan, kita stay tak boleh nak buat apa-apa. Dah ajal dia untuk menemui tuhan,” Daim turut menekankan perkataan 'mati'.
“Macam mana pula boleh di kira kematian klinikal dan kematian biologikal?” soal salah seorang polis trafik yang nampak berminat dengan cerita Daim.
“Kematian klinikal adalah kematian bersifat sementara. Misalan tiba-tiba jantung dan nafas kita terhenti dalam tempoh 4 ke 6 minit pertama. Rawatan bantuan awal perlu dilakukan, sel-sel otak akan mula mati dan ia akan memasuki frasa kematian biologikal. Pernahkan tengok doktor guna satu mesin elektrik atau membuat CPR kepada pesakit. Ini adalah tujuan untuk membantu agak denyutan nadi kembali normal. Tapi kalau dah masuk frasa kematian biologikal tu memang tak boleh buat apalah,” cerita Daim.
“Kira kematian biologikal ni adalah kematian kekal? Macam tu?” soal Kapten Mansur yang nak tahu dengan lebih detail.
“Yezza. Kematian yang tidak dapat dielakkan lagi,” jawap Daim kemudian tersenyum.
“Banyak juga ilmu perubatan yang kamu tahu ye, Daim? Tak pernah terfikir pulak saya sampai ke situ. Hanya disebabkan kecederaan, kematian boleh terjadi tanpa kita duga. Syabas, Daim,” puji Kapten Mansur.
“Tak adalah, Tuan. Kakak dengan abang ipar saya doktor. Dulu saya pun pernah tanya dengan kakak saya hal-hal kecemasan macam ni. Dia yang cerita pada saya macam tadi. Tu dia ajar buat macam tadi tu. Tapi dia taklah ajar sezalim saya yang suruh Sulaiman senyum macam tadi. Dia ajar suruh kelipkan mata je dan keep comunication,” sengih Daim.
“Padanlah saya tengok bukan main kalut lagi awak bila Sulaiman dah nak pengsan,” perli Kapten Mansur.
“Haruslah. Roomate 3 hari tu,” kata-kata Daim mengundang ketawa.
Mereka terus berbual dan berbual sementara menunggukan Sulaiman dirawat. Masuk jam ke dua, kedua-dua polis trafik yang memandu arah kepada mereka dah kembali ke tugas mereka. Tinggallah Kapten Mansur dan Daim yang setia menantikan Sulaiman. Masuk jam yang ketiga,
“Kenapa lama sangat ni, Daim? Serius sangat ke?” soal Kapten Mansur yang dah berdiri di tepi dinding unit kecemasan
“Entah. Seriuslah kot,” jawap Daim yang dah terasa nak mencangkuk je dibawah.
Daim mengeliatkan badannya. Kejap di lentokkan ke kiri kejap dilentokkan ke kanan. Kejap kang dipusing ke kiri dan kejap di pusing ke kanan. Dah terasa penat betul badan ni.Sambil tanpa malu dan segannya Daim mengeliat, muncul sebuah kereta Proton Persona dihadapan mereka. Kapten Mansur dan Daim memfokuskan penglihatan.
“Macam Mejar je,” Kapten Mansur dah meletakkan tangan di atas alis matanya.
“Ha'a la,” Daim pun turut sama melakukan perkara yang sama.
Tak lama lepas tu, keluarlah seorang lelaki dari dalam kereta, “memang Mejarlah,”
“Daim, saya call kenapa tak jawap?” soal Mejar yang dah berdiri dihadapan mereka.
Daim meraba-raba poket seluarnya. Tiada. “Handphone dalam keretalah, Tuan,” Daim menyengih.
“Patutlah. Nasib ada Cik Qalisya yang tolong hantarkan. Sulaiman macam mana?” soal Mejar yang menoleh ke dalam unit kecemasan.
'Isha hantar?' Daim nak bertanya tapi soalan itu hanya tergantung di tekaknya sahaja.
“Kami tengah tunggulah ni. Tak tahu apa cerita lagi, Tuan,” jawap Kapten Mansur.
Mejar Mustapa hanya mengangguk. Tak lama lepas tu, mereka disapa oleh seorang doktor. Tertera di name tangnya 'DR. ELIS'.
“Maaf, Tuan. Kawan kepada pesakit bernama, Sulaiman kan?” mereka mengangguk.
“Pesakit dah stabil tapi kita tetap kena tahan dalam sehari dua untuk tengok conduction dia macam mana. Kalau okey kita akan benarkan dia pulang esoklah,” cerita Dr. Elis.
“Teruk sangat ke keadaan dia?” soal Mejar Mustapa.
“Teruk tak teruk tapi pesakit banyak kehilangan darah. Tapi, Tuan jangan bimbang. Kebetulan bank darah kita mempunyai bekalan stok darah yang mencukupi,” senyum Dr. Elis bila melihatkan muka mereka dah rupa orang yang sangat resah.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, bolehlah uruskan urusan pendaftaran pesakit dan juga dia punya GL sekali ya? Kaunter register di bahagian depan. Lepas dah register wad, baru kita bawa ke wad ya?” sambung Dr. Elis.
“Terima kasih, doktor,” balas Kapten Mansur.
“Saya pergi buat pendaftaran kejap ya?” Daim mengoffer diri untuk ke kauter pendaftaran.
Mejar Mustapa dan Kapten Mansur hanya mengangguk. Daim terus berlalu ke kaunter pendaftaran yang ditunjukkan oleh Dr. Elis.
“Petang ni mesyuarat macam mana, Tuan?” soal Kapten Mansur.
“Petang ni ditunda ke hari isnin depan. Dia orang akan kemukakan surat baru untuk pengetahuan pihak atasan,”
“Pulak?”
“Emmm...”
###
“Hai, macam manalah kau ni boleh kena cucuk dengan pen ni? Kau buat dia naik darah ke Man?” soal Daim bila melihatkan Sulaiman dah boleh duduk dikatilnya.
“Apa pula? Saya tak kacau dia pun, Tuan. Dia yang tiba-tiba naik 'sheikh' apa hal?” panas dihati Sulaiman naik kepada 39' darjah celcius.
“Habis tu, kau pun lempanglah dia?” soal Daim lagi.
“Tak sengajalah Tuan. Secara automatik,” Daim hanya mengangguk.
Mejar Mustapa dan Kapten Mansur yang dah bosan menunggukan Sulaiman sedar dah ke cafe. Katanya nak perkena kopi tarik sekejap. Daim je setia menemani Sulaiman sedar. Dekat jam 3 petang barulah Sulaiman sedar. Lama juga mamat ni tak sedarkan diri. Dekat 4 jam baik punya landing atas katil ni. Badan Daim dah naik merekut-rekut dah atas kerusi.
“Tuan, reject teruslah Si Zulaika tu. Memang tak boleh guna punya orang,” sambung Sulaiman sambil mengurut-gurut tangannya yang sakit.
“Ish! Sapa kata aku nak dengan dia? Pandang sebelah mata pun tidak. Nombor dia pun dah aku buang dalam tong sampah,” Daim menjengkelkan matanya.
“Baguslah. Perempuan macam tu buat isteri mau hari-hari kena masuk hospital, Tuan. Uih! Nasiblah isteri saya tak garang sampai macam tu walaupun sejak mengandung ni ada je yang tak kena dekat mata dia,” cerita Sulaiman sambil siap geleng kepala lagi.
“Biasalah. Tu kan pembawakan budaklah katakan,” pecah gelak mereka berdua.
“Amboi! Rancak bual?” sergah Mejar Mustapa dan Kapten Mansur.
“Tuan,” tegur Sulaiman.
“Macam mana? Ok? Nak saya beritahu isteri kamu ke kamu ada dekat sini?” usik Kapten Mansur.
“Eh! Tak payah, Tuan. Kang ada saya dapat anak awal kang,” jawap Sulaiman dengan tangan sebelah digerak-gerakkan tanda tidak. Kapten Mansur dah ketawa.
“Nah! Ni Daim. Ada awek bagi nombor,” usik Mejar Mustapa pula.
Daim tergamam. Menoleh kepada Sulaiman.
“Zulaika lagi ke?” soal Daim dan Sulaiman serentak.
“Eh! Apa pula Zulaika. Cik Qalisya. Dia suruh kamu call dia nanti,”
“Qalisya bagi nombor dia pada saya?” soal Daim sambil menyahut kertas yang diberikan oleh Mejar Mustapa.
“Ha'a. Dia cakap banyak cerita nak cerita dengan kamu,” Daim tersenyum bila mendapatkan kertas itu. Adakah cinta lama akan terputik kembali? Ummm...

2 comments:

Anonymous said...

sy nk smbung yg epis0d 43 cmm..
p da bkak bl0g ny ssah lak nk cari..huhu..

ezaitie nfib. said...

hello dear..
sorry yerk? bab 43 terpaksa hide kan atas permintaan pihak penerbit...