~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, March 7, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 16

Bab 16

Nada dering lagu Ayah dan Ibu nyanyian arwah Datuk Surdiman menyentakkan lena Daim. Aduh, mak telefon pula! Nak jawap ke tak, nak jawap ke tak. Ah! Jawap jelah. Tak jawap kang dosa.
“Hello. Assalamualaikum, mak,” jawap Daim yang tidur meniarap sambil memeluk bantal tidurnya.
“Wa'alaikumsalam. Kenapa lambat sangat jawap telefon ni?” tegur Mak Cik Kesuma Dewi.
“Tidur tadi, mak,” Daim dah duduk di katil sambil menengih tahi mata. Banyaknya tahi mata. Busuk punya!
“Tidur? Astagfirullah budak bertuah ni. Aso kamu tidur, Daim?” Daim mengerling jam tangannya. Ha'a la dah jam 6 petang. Lamanya aku tidur.
“Tak sengajalah, mak. Terlajak,” Daim tertidur selepas sehari semalam dia bekerja. Maka, hari ni dia dapat perlepasan sehari masa bekerja.
“Kamu tahu kan tidur selepas Aso ni boleh gila? Ni mesti solat Aso pun belum lagi ni. Apa nak jadi dengan kamu ni, Daim? Bab Solat selalu leka-leka. Tak baik, nak. Nanti nak menjawap di sana nanti macam mana? Macam mana nak jawap kalau Allah tanya kamu kenapa kamu solat lambat? Selalu lewat-lewatkan solat,” Mak Cik Kesuma Dewi dah start nak membebel dah.
Daim menjarakkan telefon bimbit dari cuping telinganya. Aduh! Bernanah telinga aku kalau dengar mak membebel macam ni hari-hari.
“Daim, kamu dengo ke idok apa mak cakap ni?” kedengaran suara Mak Cik Kesuma Dewi sedikit kuat. Cepat-cepat Daim menekapkan kembali telefon ke cuping telinganya.
“Ha...Ha...dengo,” jawap Daim tergagap.
“Udoh tu, kenapa senyap?”
“Dah mak tengah bercakap Daim senyaplah. Tak akan menyampuk pulak?”
“Bukan ke selama ni kamu memang suka menyampuk cakap mak? Apa mak cakap semua nak bantah. Nak, nak bab calon menantu yang mak carikan untuk kamu. Haram kamu nak setuju. Nak melawan je kojenye,” Aha...dah agak dah. Mesti bab yang satu ni jugak kena petik. Daim dah mengaru kepala yang tak gatal.
Relaks la, mak. Ada 3 minggu lagi kan?”
“3 minggu tu lama mana, Daim? Pejam celik pejam celik je,”
“Masa ada lagi 3 minggu. Dalam pada tu, macam-macam yang boleh jadi. So, dalam pada masa tu, boleh tak mak bagi Daim ruang untuk bernafas? Mak doa je banyak-banyak Daim cepat dapat jodoh yerk?” Daim meluahkan rasa tertekannya pada Mak Cik Kesuma Dewi. Boleh sakit jiwa dengan Mak Cik Kesuma Dewi ni.
“Yelah,” 'mak akan doakan kamu tak jumpa sorang perempuan pun untuk dijadikan isteri dan kamu akan ikut cakap mak untuk kahwin dengan pilihan mak, Dhia.'
“Terima kasih ye, mak. Sekarang ni, Daim nak pergi solat. Tak baik kan melewat-lewatkan solat?” nada suara seolah memerli Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ha iyelah. Ingat, 3 minggu je lagi,” Mak Cik Kesuma Dewi mengingatkan Daim sekali lagi.
“Ye, mak. Assalamualaikum, mak,”
“Wa'alaikumsalam...” panggilan pun dimatikan.
“Hai, kena kerja lebih keras ni. Chaiyok...chaiyok...kau boleh, Daim,” Daim mengengam tekad dan kemudian terjun katil untuk mandi dan berwudhuk serta menunaikan Solat Asar.

###
“Ya Allah Ya Tuhanku, hambaMu memohon kepadaMu agar Engkau permudahkan urusan hambaMu untuk mencari seorang perempuan yang boleh hambaMu jadikannya sebagai isteri yang sah dan diredhaiMu. Amin...” Daim meraup mukanya selepas memanjatkan doanya pada yang Maha Kuasa selepas usai mengerjakan solat Isyak.
“Amin...” tiba-tiba kedengaran suara yang turut menyahut 'amin' Daim.
“Oi! Kau apa kau buat kat sini?” terkejut Daim bila ditoleh dilihat Jefry elok bersila dibelakangnya sambil tersenyum. Apa yang membuatkan Daim paling terkejut, Jefry duduk bersila dengan siap berkopiah sekali. Dalam Masjid pula tu!
Jefry hanya tersenyum kemudian dia merangkak kepada Daim. Daim ke tepi memberikan ruang kepada Jefry yang dah kembali duduk bersila dihadapanya sambil melurutkan kopiah di kepalanya. Jefry hanya tunduk mengadap karpet Masjid.
“Kau buat apa dekat sini? Kau tahu kan kau tak boleh masuk dalam ruang solat Masjid tanpa sebab musabab?” Daim menyoal Jefry sekali lagi.
“Pojie, aku dah peluk Islam,” tenang butir bicara yang keluar dari mulut Jefry. Melopong Daim.
“Chop...chop...Kau tak main-main kan?” soal Daim. Jefry hanya mengeleng.
“Dah berapa lama ni, Bro?” soal Daim sekali lagi.
“Tak lama, baru seminggu. Lepas dari kita balik dari KL,” jawap Jefry. Sekali lagi Daim melopong.
“Kau macam tak suka je,” Jefry menepuk peha Daim.
“Tak, tak...Alhamdullilah...syukur kau dah dapat pertunjuk ke jalan yang benar. Cuma aku macam tak percaya je tiba-tiba kau dah masuk Islam. Seminggu yang lepas tu bukan lama sangat. Macam baru je semalam, Beb,”
“Sebenarnya, aku dah lama nak masuk Islam. Sejak dari aku sem akhir di USM lagi. Aku dulu memang kristian. Tapi aku dah lama dah tak ada agama. Agama Kristian tu hanya dalam akuan surat beranak je,” cerita Jefry.
Jefry menarik nafas sebaris.
“Macam mana kau boleh jadi atheist?” Daim menarik Jefry untuk terus bercerita.
“Dulu aku kuat beragama. Cita-cita aku bukan nak jadi tentera pun tapi nak jadi paderi. Even masa aku mula-mula study kat USM pun aku masih teguh dengan agama aku. Aku menolak 100% agama Islam ni. Pada aku, Islam adalah agama permusuhan. Agama yang mengalakkan peperangan. Agama yang kuno. Aku aktif turun ke kampung-kampung berdakwah. Aku percaya orang yang menjadi paderi ni sangat suci dan sebab boleh memaafkan manusia lain. Aku sangat suka untuk menjadi seorang paderi,” Daim dan Jefry melangkah untuk keluar dari perkarangan Masjid. Dari solat Asar sampai Isyak Daim bertapa di Masjid. Now, time untuk bertapa dengan facebook pulak. Hehehe...
Daim yang mendengar memang panas hati sebab Jefry kutuk agamanya, Islam. Tapi di'cool'kan hatinya sebab dia nak tahu kenapa Jefry memeluk Islam.
“Habis kenapa kau boleh masuk tentera dan now dah pun menjadi seorang muslim?
“Kau ni satu, satu la,” Jefry menyarung selipar dikakinya.
“Ok, Ok. Sorry ok, Bro? Ok kau cerita dulu nape kau boleh masuk Islam dulu,” Daim menepuk belakang badan Jefry.
“Sebab ada satu peristiwa yang buat aku berfikir beratus kali untuk meneruskan cita-cita nak jadi seorang Paderi,” mereka berdua sudah jalan beriringan menuju ke bilik.
“Sebab apa? Kau ni boleh tak jangan cerita sikit-sikit? Ceritalah sekali zap. Kan bagus?” bengang pulak dengan cara Jefry bercerita yang dirasakan terlalu L.E.M.B.A.P.
“Kau ni, kot iye pun cube lah bawa bersabar sikit. Dalam Islamkan suh kita banyak bersabar?”
“Iyelah. Aku tau. Tapi kau ni terlalu L.E.M.B.A.P bercerita tau tak? Haiya,” Daim mengeja satu persatu perkataan lembap pada Jefry.
“Oklah. Aku nak tanya kau. Paderi boleh kahwin tak?” soalan Jefry membuatkan Daim berkerut. Ada tanya aku soalan macam tu. Hilang akal apa Budak Iban ni?
“Setahu aku tak boleh. Tu pun ustaz aku pernah cerita. Masa tu, ustaz aku duk cerite bab perbezaan agama Islam dengan agama lain,” jawap Daim sambil mengusap janggut sejemputnya. Umm...dah makin nak lebat janggut aku ni. Esoklah aku shave.
Tiba-tiba Daim mendapat idea untuk mengenakan Jefry, “Ha , ni mesti kau nak kahwinkan? Tu pasal kau masuk Islam? Astagfirullah. Kau masuk Islam tindakan yang betul tapi niat kau dah salah tau, Jefry,”
“Otak Lu. Aku masuk Islam sebab dah memang nawaitu aku nak masuk Islam lah faham?” Jefry 'melibas' kepala Daim tapi sempat ditepis daim.
“Hehehe...dah tu kau lambat sangat nak bercerita. Aku pun karanglah ayat cerita yang lain pula,” gelak Daim bila berjaya menepis 'libasan' Jefry.
“Paderi memang tak boleh kahwin. Tapi paderi juga ada nafsu pada perempuan macam lelaki normal yang lain. Malah ada yang bernafsu pada kaum sejenis,” Daim setia mendengar.
“Dulu, aku ada sorang ketua. Namanya Father Joseph. Ramai yang cakap dia ni gay tapi aku tak percaya. Hinggalah satu malam , masa aku baik punya tengah tidur, dia datang dengan tak pakai apa-apa. Memang aku terkejut sangatlah masa tu. Dia cuba ajak aku melakukan sesuatu yang dilarang sama sekali. Bila aku menolak, dia semakin memaksa. Aku terpaksa...”
“Apa kau terpaksa? Habis, kau pun dengan rela hati 'menterpaksakan' kesucian kau diragut bergitu sahaja? Astagfirullahalazim...” Daim mengeleng berkali-kali.
“Oit! Aku masih suci lagilah.” pekik Jefry. Daim dah tergelak.
“Aku nak cakap yang aku terpaksa tendang dia dan kemudian aku lari tinggalkan dia sorang-sorang dalam bilik tu,” Daim semakin galak gelak.
“Kau ni, samdol betullah. Ketawa tak ingat dunia. Kau ingat ni cerita kelakar ke?” boleh gila dapat kawan macam ni.
“Ok, ok. Lepas tu, apa jadi? Kau lepak mana malam tu?” soal Daim dengan ketawa yang masih bersisa.
“Malam tu aku tak tau aku lepak mana. Tapi yang pasti aku lepak dekat surau. Sebab masa aku tersedar je ada orang tadarus Al-Quran ramai-ramai. Masa tu, hati aku jadi tenang sangat bila dengar kalimah yang lagukan. Terasa macam sebuah lagu yang mendamaikan. Aku disapa seorang imam ni. Dia ajak aku solat sekali. Aku cakap aku Kristian. Yang peliknya dia sikit pun tak marah aku. Malah dia suh aku berehat je dekat pangkin surau. Sikit pun dia tak tinggikan suara. Jauh berbeza dengan kisah-kisah yang menyatakan Islam ni agama komunis. Sejak tu aku jadi atheist. Kristian memang aku dah tolak sehabis mungkin dan aku cuba selam agama lain. Tapi yang utamanya aku selam agama Islamlah. Pojie, kau punca aku memilih Islam,” panjang lebar cerita Jefry.
“Ha? Aku? Kenapa aku?” terkejut Daim dengan kata-kata Jefry.
“Ye. Kau. Aku tengok kau, walaupun brutal + garang nak mampus + tegas gila + poyos bin sengal, kau tetap tak lupa tentang seruan agama. Kau mengaji. Kau solat. Kau jaga adap dengan lawan sejenis. Kau hormat mak kau walaupun kau melawan bab nak suh kau kahwin dengan pilihan mak kau,”
“Wah! Kau, dapat perli aku bukan main lagi kau kan? Tapi takpe, takpe. Aku tak kisah. Kau nak kutuk aku apa pun, kau kutuklah. Aku gembira bila kau memilih Islam sebagai agama kau. Aku tumpang gembira untuk kau,” Daim menepuk belakang badan Jefry.
“Pojie, kau ni buat aku sayu la pulak. Hahaha...kau doakan aku terus ikhlas dalam beragama. Amin...”Jefry meraup mukanya.
“Amin...Insyallah...” Daim pun turut meraup mukanya.
“Dah la, pojie. Tamat kisah aku, apa kisah dengan pencarian kau tu? Dah berjaya ke?” soal Jefry sambil duduk di katilnya.
“Hai. Kau ni sama macam mak akulah. Baru petang tadi mak aku call pasai hal yang satu ni,” keluh Daim.
“Habis, kau jawap apa dengan mak kau?” Jefry menyoal sambil mencapai seluar untuk dipakai.
“Aku jawaplah yang masa ada lagi 3 minggu. So, aku harap mak aku bolehlah bagi aku bernafas sikit sambil mencari yang baru,” Daim pun dah selamat menukar pakaian ke suraunya dengan pakaian tidur. Wah! Pakaian tidur? Tak ada maknanya. T-shirt dengan seluar track bottom je.
“Dah tu, kau dah dapat ke yang baru?” Jefry beralih ke katil Daim untuk mengambil kasut jogingnya yang ditumpang bawah katil Daim lepas balik joging petang tadi.
“Buat masa ni, aku ada beberapa lagi My Next Top Calon Menantu Mak aku. Tapi sejauh mana melekatnya, aku tak tau,” Daim jawap antara redha dengan tidak je.
“Ko tengok diaorang tu macam mana? Ok tak?” Jefry menyimpan kasutnya di dalam almari.
So far, nampak ok. Tak mengedik sangat macam Ain tu,” Daim buat aksi gedik depan Jefry.
Baby, jomlah balik. Eiuw... Menyampah, pak cik,” Daim menyekeh kepalanya sendiri sambil membuka laptop kesayangannya. Jefry hanya ketawa.
“Tak kisahlah, Bro. Janji kau ingat batas agama sudahlah,” nasihat Jefry.
“Insyallah...” jawap Daim sebaris dengan tangan ligat memasukkan password laptopnya.
“Oh ye, kau takde ke plan nak jumpa sape-sape minggu ni?” soal Jefry lagi.
“Ummm...ikutkan memang ada plan. Nak keluar dengan Maisara. Kat Zoo Taiping je. Kenapa? Nak ikut ke?” soal Daim balik.
“Zoo Taiping? Kau ni dah takde tempat lain ke nak pergi?” perli Jefry yang dah baring dikatilnya.
“Saje nak kenal dengan binatang. Dah lama tak mengenal binatang purba kala. Banyaknya 'binatang moden' ni 'binatang' yang tak ada keperimanusiaan. Buang anak macam buang sampah. Binatang purba kala lagi pandai jaga anak. Hehehe...nak ikut ke?” soal Daim lagi.
“Ummm...boleh jugak. Sebenarnya aku nak ajak kau pergi rumah abang aku kat Sungkai. Dia buat majlis birthday anak dia, Maria,” terus terang Daim.
“Ko ada sedara kat sini? Aku ingat kau sekor kera. Eh! Silap sebatang kara. Hehehe...,”
“Wah! Sedap kau samakan aku dengan kera kan? Ha'a aku ada abang dekat sini. Dia kerja dengan KTMB. Boleh ke?”
“Pukul berapa? Aku janji dengan Maisara jam 2 petang. Abang kau buat majlis anak dia pukul berapa pulak?”
“Malam. Dalam lepas Isyak,”
“Ok je. Bolehlah tu. Tapi abang kau tau tak kau dah masuk Islam?” Daim tegak memandang Jefry.
“Tau. Aku masuk Islam sekali dengan dia satu family,” jawap Jefry selamba.
“La . Iye ke?” ha oklah kalau macam tu. Lepas jumpa Maisara kita pergi rumah abang kau pulak,” cadang Daim.
“Ok je. By the way kau tak nak ke cerita Maisara ni macam mana pulak orangnya?” tanya Jefry.
“Umm...orangnya? Dalam facebook ni gambar dia semua oklah. Kira eloklah tertibnya. Orang Taiping. Student lagi. Baru je sambung Degree Fesyen dekat UiTM Shah Alam,” cerita Daim.
“Korang borak dalam facebook je ke?”
“Tak jugak. Dah main mesej dengan calling-calling gak. Suara boleh tahan manja jugak. Lembut je bila bertutur,” Daim sambung cerita.
“Oklah kalau macam tu. Mintak-mintak yang ni berjayalah,”
Mintak-mintaklah. Penat nak mencari, beb,”
“Tau takpe,”
“Oit! Korang nak outing kat mana-mana tak minggu ni?” sergah Si Kembar Jefry. Nama dia pun Jefri. Beza huruf 'Y' dan huruf 'I' di belakang nama je.
Lagi satu, beza nama diaorang ni ialah, Jefry, nama dalam surat beranak Jefry Anak Richard Laut. Si Jefri pula, Megat Jufri bin Megat Junid. Tapi panggil Jefri sebab masa dia kecil, dia asyik menangis je bila orang panggil dia Jufri. Mungkin tak sesuai atau berat sangat kot nama tu. Perangai dua 'kembar' ni pun sama. Tak berubah langsung. Dua-dua suka mengusik.
Jefri baru je keluar hutan dengan Saiful. So, kalau dah bertanya outing kat mana ni mesti nak keluar outing dengan makwe masing-masinglah ni.
“Ha'a nak gi dating dekat Zoo Taiping. Nak ikut ke?” sola Daim.
“Boleh ke?” Jefri dah duduk di kaki katil Daim. Daim menginjak ke tepi sedikit. Saiful je masih setia senyap berdiri di sisi katil Daim.
“Boleh je. Tak kisah pun. Kau nak jumpa Zue ke?”
“Ha'a. Dah 3 bulan tak jumpa Zue. Tapi ada problem sikit ni. Kereta aku adik aku bawak balik kampung makanya aku patah kaki ni nak bawak Zue. Tumpang kau boleh ke?” tanya Jefri.
“Umm...aku sekali nak join korang,” sampuk Saiful.
“Wah! Kalau semua naik kereta aku, mana muat. Aku, Jefry dengan awek aku dah 1 kereta. Kalau kau sorang bolehlah,” jawap Daim kepada Jefri.
“Memanglah aku sorang pun. Zue nanti datang dengan adik dia macam biasa. Diaorang naik motor,” jawap Jefri.
“Habis, kau, Saiful macam mana?” soal Daim pada Saiful.
“Aku bawa kereta aku sendiri. Kau tau jelah Ika bukan nak kongsi-kongsi kereta ni. Aku ni dah tak tau nak pi mana tu yang aku ikut korang je. Kira nanti kau tumpangkan Jefri jelah. Boleh ke?” soal Saiful
“Fuyooohhh...dah macam konvoi beramai-ramailah pulak,” sampuk Si Jefry.
“Umm...aku ok je. Weh! Pak cik, kau apa macam? Boleh ka?” Daim membuat lenggok ala mamat dekat Mamak Coner.
“Umm...aku bedal je. Aku ni kan takde kenderaan. Aku pun mengharapkan belas ikhlas abang macho kita ni bawak aku jalan-jalan,” sayu je suara Jefry.
“Aleh, nak sayu bagai ni kenapa? Siapa suh kau tak mau beli kereta. Nasib kau lah,” kembar Jefry, Si Jefri bersuara.
“Bukan takmo beli. Tapi tunggulah aku dah dapat awek. Ni awek takde kereta tu aku nak buat apa? Buat perhiasan?” Jefry membalas.
“Buat make up lah. Apa lagi? Hehehe...” sambung Saiful.
“Dah sudah. Korang ni dapatkan bergaduh serah. Padahal kembo. Hehehe...” perli Daim. Mereka hanya senyum sumbing.
“Macam nilah. Aku takde hal. Tapi, Bro. Nama kena kasih tukarlah. Pelat lidah aku nak memanggil korang berdua nanti,” cadang Daim.
“Pojie, kau tau jelah aku kan tak boleh tukar nama. Nanti aku boleh jatuh sakit,” Jefri mempertahankan namanya. Tapi memang betul pun. Salah sikit je panggil nama Si Jefri ni sure mamat sorang ni sakit punya. Bertapa berharganya nilai sebuah nama. Ummm...
“Takpe biar aku mengalah. Korang panggil jelah aku ikut nama komander bagi. Jerry,” lepas berfikir sesaat dua akhirnya Jefry bersuara.
Walaupun dia kurang gemar dipanggil dengan nama Jerry kerana peristiwa nama Jerry ni wujud lepas terkantoi dengan Komander, Jefry tidur peluk bantal kartun Tom & Jerry.
“Anda yakin saudara Jefry?” perli Daim.
“Iye, yakin,” jawap Jefry acuh tak acuh.
“Ok. 1...2...3...gelak,” pecah gelak Daim, Jefri dan Saiful. Gelak sebab mengenangkan cerita disebalik nama Jerry.
###
“Assalammualaikum...sorry lambat sikit. Tertinggal bas tadi,” tegur seorang gadis yang tercungap-cungap dihadapan Daim. Terkujat Daim yang sedang landing di keretanya sambil borak dengan Jefry dan Jefri. Belit lidah nak sebut.
“Wa'alaikumsalam... Eh! Takpe. Kami pun baru sampai,” ni ke Maisarah? Fuyoh baju. Sendatnya! Free hair pulak tu. Colour rambut tak menahan. Brown colour dengan highlightcolour oren lagi. Mak aii...hidung ada tindik daa!!! Jauh habis dengan gambar-gambar dalam facebook.
“Awak ni Maisara ke?” soal Jefry. Seakan tak percaya dengan apa yang ditunjukkan oleh Daim dengan apa yang ada di depan matanya.
“Iye! Sayalah Maisara,” gadis dihadapan mereka menjawap sambil membetulkan bajunya. Ditarik bajunya ke bawah dan maka ternampaklah 'lurah dendam'nya. Cepat-cepat Daim beristigrifah sambil mengalihkan pandangan matanya kepada Jefri, Zue dan adik Zue. Astagfirullahalazim...
“Kenapa lain ye? Dalam Facebook bukan pakai tudung ke?” soal Jefry bagi pihak Daim.
“Alah, dalam facebook tu gambar lamalah, bang. Masa form 6. lupa nak update gambar baru,” lengan Jefry diraih.
Terkujat masing-masing dengan tindakan manja tak bertempat Maisara. Saiful dan Ika yang baru sampai pun terkejut dengan drama yang ada depan diaorang. Saiful menarik lengan Daim.
“Ni sape punya makwe ni? Kau ke Si Tom & Jerry ni?” soal Saiful dengan kunci kereta ditangan.
“Bukan makwe sape-sape pun. Aku kan tengah cari bakal menantu mak aku. So, budak ni salah seorang daripanyalah. Tapi tak sangka jadi macam ni. Dalam Facebook bukan main alim lagi. Sekali tengok, Masyallah...
“Gilalah. Dah tu nak buat macam mana ni? Getik pula aku tengok. Zue pun tak macam tu punya melingkar,” Zue mengusik lengan Jefri sekejap.
Jefry dah beberapa kali menepis tangan Maisara dari memaut lengannya. Kejap-kejap ditolak bahu Maisara ke tepi sedikit.
“Jangan katakan Zue, Ika pun taklah semacam itu teruknya,” sampuk Saiful pula. Daim dah terkesima.
“Bro, amacam?” Jefry datang menyertai perbincangan mereka. Maisara disuruh duduk diseberang takir.
“Kau jelah amik Jerry. Kalau aku pilih dia comfirm mak aku suh aku kawen dengan pilihan dia hari tu jugak,” Zue. Adik Zue dan Ika ternganga. Tidak tahu butir bicara.
“Sedap rasa je kau. Seksi gila macam tu kau nak pass dengan aku?”
“Dah tu nak buat macam mana? Kau kan masih free lagi. Kau jelah sambar. Aku memang reject habis-habis perempuan macam ni. Kakak-kakak ipar aku pun elok tertibnya. Ni kalau bawak kan mak aku memang takyah buat ujian dah tau dah tak lulus,” jawapan Daim mengerutkan dahi semua.
“Umm...Zue ada bawa selendang. Nak tak?” tiba-tiba Zue mengeluarkan selendang dari dalam begnya.
“Nak buat apa dengan selendang ni?” soal Daim.
“Mana tau nak suh dia tutup dada dia sedikit ke?” Zue memandang kepada Jefri.
“Geliga otak kau, Zue,” Jefry mencapai selendang yang Zue berikan kemudian beralih kepada Maisara yang sedang mengipas-gipas badannya dengan tangan.
“Oppss...Daim kau sure nak pass dengan aku?” sempat Jefry memusingkan badannya.
“Amik je la,” Daim membuat isyarat tangan seperti menghalau Jefry.
“Sabarlah, Pojie,” Jefri menepuk belakang badan Daim.
“Akuok je. Dah jom masuk,” ajak Daim
“Serius ke kau ok?” soal Saiful pula.
“Ok walaupun aku tengah kuciwa giler yang amat. Tapi takpe, at least aku dapat tolong kawan yang takde makwe macam Si Tom & Jerry tu,” jawapan Daim yang cuba menguat kekuciwaan hatinya.
“Aku harap Jerry dapat ubah Maisara ke jalan kebenaran. Amin...” doa Daim.
“Beb, Jerry nak ubah dia arah kebenaran? Dia bukan orang Islam macam kita dan Maisara,”
“Si Tom & Jerry dah peluk Islamlah,”
“Ha?” melopong mulut Jefri dan Saful.
“Kau tak berguraukan?” soal Saiful.
“Tak pun. Dah seminggu dah. Nama Islam dia Muhammad Aminuddin @ Jefry Anak Richard Laut bin Abdullah. Dia masuk Islam sekali dengan abang dia satu family,” cerita Daim.
“Mak Oii...panjangnya nama,” tiba-tiba adik Zue, Shana bersuara.
“Dah jom masuk. Rugi tiket kalau tak masuk untuk mengenal dengan binatang sejagat,” Daim melangkah ke hadapan dahulu. Mendahului yang lain-lain.
Sepanjang berjalan kaki mengelilingi Zoo Taiping, masing-masing berjalan dengan pasangan kecuali Daim yang berjalan seorang diri. Memang kisah membawa diri la kiranya.
Jefry dan Maisara diperhatikan semakin mesra walaupun beberapa kali Maisara cuba untuk meraih lengan Jefry tapi Jefry lebih cepat mengunci lengannya di belakang badan atau dia akan berpeluk tubuh sahaja. Bergitu lebih baik dari berpegangan tangan dengan bukan muhrim. Kan tak manis?
Saiful dan Ika lebih selesa berhenti dari satu station ke satu station. Semua fakta pasal haiwan dibaca satu persatu. Al-maklumlah, Ika ni cikgu sekolah. Memanglah kena membaca selalu untuk pengetahuan yang akan dikongsi dengan anak muridnya.
Jefri, Zue dan Shana pula selesa berjalan sambil berborak antara satu sama lain. Daim bersyukur kerna dikurniakan rakan-rakan yang menjaga adap dan batas agama. Sekurang-kurangnya tak adalah dia dikira bersubahat sama dalam melakukan maksiat.
“Pojie, kau ni meh la join aku. Dari tadi duk sorang-sorang je,” ajak Jefri.
“Memanglah dah nama pun aku ni takde bercouple memanglah aku jalan sorang-sorang,” jawap Daim bernada perli.
“Hehehe...sorry, Bro. Tersasul pulak,” ketawa Jefri.
“Lainlahkan kalau kau nak satukan aku dengan Shana?” tiba-tiba muncul idea nak berkenalan dengan Shana, adik Zue.
“Kalau Shana tu free dah lama dah aku kenalkan korang. Masalahnya Shana tu bukan je tak free malah budak lagi tu. Baru je 15 tahun. Beza dengan kita lebih 10 tahun,” terang Jefri.
“15 tahun? Nape nampak macam matang sangat? Macam awal 20-an je,” soal Daim kehairanan.
“Memanglah. Dah dia duk asrama. Berkawan pulak dengan macam-macam orang memanglah macam tu,” cerita Jefri lagi.
“Kira aku takde peluanglah ni?” soal Daim yang sengaja meraih simpati Jefri.
“Tak dapek den nak nolong. Ekau kalo raso ado hati kek dia cubo-cubolah usha line. Tengok macam mano yo, Jang,” ha tu dia keluar sudah slaing Negeri pak cik sorang ni.
“Hehehe...aku main-main je. Lagi pun kalau aku usha Shana, aku kena tunggu dia habis belajo dulu. Mak aku bagi aku tempoh sebulan je untuk bawa balik calon isteri aku. So, kira Shana tak sesuai dengan situasi aku sekarang ni,” jawap Daim. Yang dalam otak hanya fikir tempoh yang semakin mengecil. Minggu depan dah tinggal 2 minggu je lagi.
“Daim, jom blah. Aku nak beli hadiah anak buah aku jap,” ajak Jefry dengan Maisara yang masih tergedik-gedik. Menyampah betul!
“Ha ok. Jom. Kita jalan ikut track ni sampai hujung nanti ada pintu keluar,” arah Daim pada semua. Mereka mengangguk.
Maka, berjalanlah mereka menyusuri track yang ada untuk ke pintu keluar. Sampai sahaja di pintu keluar, Saiful minta diri untuk menghantar Ika pulang. Zue dan Shana pun terpaksa menyusul juga sebab dah kira lewat petang juga masa mereka keluar tu. Dengan tak bersolat Asar lagi makin kelam kelibutlah masing-masing mencari surau.
“Awak tak nak join kami semua solat ke?” pelawa Jefry pada Maisara.
“Saya bendera Jepun,” jawap Maisara.
“Ok,” bendera Jepun ke sebab rambut dah karat tak boleh nak lut air wudhuk? Hai entahlah. Masing-masing punya hal...
Usai menunaikan solat, mereka yang menaiki kereta Daim terus memecut untuk menghantar Maisara pulang.
“Babai, lain kali kita keluar lagi ye Abang Jefry? Muah...” Maisara melayangkan flying kiss buat Jefry. Daim dan Jefri dah geli geleman di depan. Jefry dah tergaru-garu kepala.
“Insyallah. Tak janji. Oklah kami jalan dulu ye?” cepat-cepat Jefry menepuk bahu Daim supaya segera memecut keretanya.
Bila dah jauh dari rumah Maisara, “Babai, lain kali kita keluar lagi ye abang jefry? Muah...menyamapah pak cik,” perli Daim. Ketawa besar Jefri disebelahnya.
“Jangan katakan kau Pojie, aku pun sama macam tu jugak. Macam ada ulat je lalu dekat badan aku ni tau tak? Gila gelilah,” Jefry bersuara dari seat belakang.
“Geli ke suka?” perli Jefri pula.
“Gelilah,” jerit Jefry. Daim dan Jefri dah bergelak sakan.
“Ok sudah. Jefry, kau nak cari hadiah untuk anak buah kau tu dekat mana?” soal Daim bila dilihat Jefry dah tarik muncung panjang sedepa.
“Dah beli dah,” jawap Jefry ringkas.
“La tadi kata nak beli?” soal Daim lagi.
“Saje je. Aku nak suh kau cepat-cepat hantar minah tadi balik. Buat gugat iman aku je,” kata-kata yang keluar dari mulut Jefry memang mengundang ketawa lagi besar Daim dan Jefri.
“Sudahlah kau drive je sampai Sungkai,” arah Jefry di belakang.
“Baik Bos,” Daim terus memecut lagu menuju ke Sungkai. Sepanjang dalam perjalanan ke Sungkai, Jefry teruk dipermainkan oleh mereka berdua. Sekejap-kejap diajuknya cara Maisara yang manja tak bertempat tu.
Setibanya di kawasan taman perumahan rumah Abang Jefry, Daim menyusul perlahan mencari rumah berdasarkan alamat yang diberikan. Nak harapkan Jefry tunjuk arah? Tak ada maknanya. Buta jalan! Langsung naik sesat-sesat barat mereka ikutkan cakap Jefry.
Daim memakirkan keretanya di bahu jalan, beberapa meter ke depan dari rumah Abang Jefry. Saat ketika hendak menutup pintu keretanya, Daim secara tak sengaja terlibas tangannya kebelakang mengenai seorang gadis yang elok berbaju kurung bertelekung.
“Astagfirullah...” terkejut Si Gadis.
“Maaf, Cik. Saya tak sengaja,” kalut Daim.
“Tak mengapa. Dah terjadi pun. Salah saya juga jalan rapat sangat dengan Encik,” Si Gadis mengangkat muka dan kemudian kembali menunduk.
Hati Daim tiba-tiba jadi terpaut pada kelembutan wajah Si Gadis.
“Saya mintak diri dulu ye?” pohon Si Gadis.
“Ha...silakan,”
“Assalamualaikum...” Si Gadis memberikan salam dan kemudian langkah di hayunkan menuju ke hadapan.
“Wa'alaikumsalam...” jawap Daim lemah.
Kembar lain saudara tu memandang Daim yang dari tadi tak berkelip memandang Si Gadis.
“Cantiknya dia...” hanya itu yang keluar dari mulut Daim.

No comments: