~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Wednesday, December 29, 2010

Kisah Mamat 'Tong Sampah'

Di Pantry Office, Sarapan Pagi...
             “Lia, lunch kang kita pergi jualan kat sebelah nak tak?” ajak Kak Diah.
             “Boleh juga. Ala kak, tengah keringlah,” balas Lia.
             “Ala kita pergi cuci mata je. Lagi pun akak nak cari laksalah. Semalam masa akak beli nasi kerabu akak nampak laksa. Terasa mengidamlah pulak. Hehehe...” balas Kak Diah yang tengah mengandung anak sulung.
           “Oh mengidam rupanya. Ha ye la nanti kita pergi ok? Sian baby nak makan laksa ye? Ciannya dia,” Lia mengusap perut Kak Diah yang besarnya baru beberapa sentimeter je. Al-maklumlah baru je nak masuk tiga bulan. Baby pun main sorok-sorok lagi. Hehehe...

####

tempat Jualan

         Maka, petang itu mereka pun pergilah ke tempat jualan dengan wang di tangan tak sampai RM10.00. Jadilah. Temankan 'Mak Buyung' ni beli laksa je pun.
         “Lia, tak adalah pula mak cik jual laksa ni. Semalam ada. Hari ni dah tak adalah,” Kak Diah terjengah ke sana terjengah ke sini melilau mencari 'laksanya'.
         “Kat depan kot kak,” Balas Lia sambil jalan ke depan. Uih bosanya. Kala tak ada duit nilah diaorang ni buat jualan murah. Kot iya pun tunggulah gaji. Ni sebulan setengah tak ada gaji tau. Tak sukanya.
          “Kak Diah, Kak Diah...” berpusing kepala Lia bila tengok 'Mak Buyung' ni hilang dimatanya. Hai dah la ramai orang ni. Ish Kak Diah ni sekali aku karate kang. Ish tak baik , tak baik Lia nak karate orang mengandung tu. Sian dia tau.
         Melilau mata Lia mencari 'Mak Buyung' ni. Kejap toleh ke kiri kejap toleh ke kanan. Sekali...
          “Ha tu dia,” Terkuat pula suara Lia. Semua memandang ke arahnya. Terberhenti segala urusan urus niaga. Malu Lia. Cepat-cepat Lia pada Kak Diah dan urusan berlangsung seperti biasa.
          “Akak ni, puas Lia cari tau!” dicubit lengan Kak Diah. Kak Diah hanya tersengih.
          “Eh! Betul ke ni tak mau sayur? Tak akan kuah je nak?” Mak Cik Laksa bertanya kepada kak Diah.
          “Ha'a tak nak. Bagi kuah je,” Balas Kak Diah. Lia hanya memandang je. Dah tahu dah perangai 'Mak Buyung' sorang ni. Sayur semua tak mau makan. Macam manalah baby nak dapat khasiat. Ish...ish...ish...
          Lia yang kebosanan menunggu Kak Diah membeli laksa. Memandang ke kiri dan kemudian ke kiri lagi dan seterusnya ke kiri lagi. Berpusing badannya membelakangkan Kak Diah dan Mak Cik Laksa.
          “Handsomenya 'mamat' ni,” monolog hati Lia. Matanya tertumpu kepada 'mamat' yang berjaya membuatkan dia menoleh ke belakang. Nasib memang menyebelahi Lia, 'mamat' tu ditahan oleh kawannya. Mereka berbicara sambil 'mamat' tu memakan buah. Sweetnya senyuman dia.
          “Kak Diah tengok 'mamat', handsomekan?” Lia menunjukkan 'mamat' tu dengan muncungnya. Kak Diah hanya tersengih kemudian mengangguk.
          “Kak, handsomenya dia. Terpikat saya,” Lia masih belum sudah lagi memuji 'kehandsomeman' mamat tadi. Sampai ke office pun masih bercerita lagi.


###

          “Kak, tak boleh tengoklah tong sampah ni. Mesti teringat 'Mamat Tong Sampah' ni. Dah lama dah tak jumpa ni. Bilalah boleh jumpa lagi. Hai...” Lia mengerdip-gerdipkan matanya. Kak Diah hanya ketawa.
          “'Mamat Tong Sampah'? Siapa tu Kak Lia? Dia kerja ambil sampah ke?” soal Eida. Masuk ni dah dua kali dah aku dengar cerita 'Mamat Tong Sampah ni' setiap kali ke cafe sini.
          “Hehehe...bukanlah dik. Macam ni, masa jualan lepas akak ada perasan sorang mamat ni handsome giler tau. Dia duk kat tepi tong sampah ni sambil makan buah. Orangnya tinggi, kulit putih, berjerawat sikit, rambut perang-perang, badan dia macam orang bina badan tu. Tegap berdiri. Tak percaya tanya kak diah,,” cerita Lia bersungguh-sunguh sambil menunjukkan ke arah 'tong sampah' yang terlibat.
          “Habis, kenapa akak panggil dia mamat tong sampah?” soal Eida lagi.
          “Sebab Kak Lia kau ni tak tahu nama mamat tu siapa. Tu yang Kak Lia kau ni namakan mamat tu 'Mamat Tong Sampah',” balas Kak Diah.
          “Hahaha...kelakar je Kak Lia ni. Asal boleh je namakan orang tu macam tu. Hahaha...” ketawa Eida.
          “Yelah akak mana tahu nama dia siapa dan kebetulan akak jumpa dia dekat tong sampah. Akak namakanlah dia 'Mamat Tong Sampah',”
Hai, kenapalah setiap kali aku lalu je dekat 'Tong Sampah' ni mesti jantung aku berdengup kencang. Hailah 'Mamat Tong Sampah' kau berjaya mencuri hatiku. Bilalah dapat jumpa kau lagi. Hai...


###

Menurusi Skype,
          Lia yang sedang khusyuk membuat kerja terkejut dengan bunyi skype yang masuk. Kak Diah lah.


Diah       : Lia, kang nak pergi jualan dekat depan tak?
Nur_Lia  : Jualan? Alamak kak, sorrylah. Lia kena pergi kementerian. Ada koir.
                  Nak gerak jam 2 petang kang. Takut tak sempat.
Diah      : Oh ye ke? Pergi sekejap je. Akak nak cari Nasi Tomato.
Nur_Lia : Sorrylah kak. Kalau akak ajak pergi sekarang Lia join. Kalau pukul
                 satu kang payah dah. Terkejar-kejar. Tak apa akak pergilah. Lia
                 pergi cafe sebelah jelah. Lapo. Tak breakfast lagi.
Diah      : Ish, mana boleh. Ctr tutup 12:45p.m. Sekarang baru 12:30 p.m.
                  Tunggulah akak sekejap. Akak pun nak cari makan juga.
Nur_Lia : Sorry yerk kak? Akak ajak Eida.
Diah      : Umm...okey.


           Lia masih ligat membuat kerja lepas skype dengan Kak Diah. Nak kejar masa. Petang kang dah suntuk di kementerian. Bila kala nak masuk office balik. Di kerlingnya jam di tangan kanan. Alamak dah pukul 12:50 p.mlah. Kena cepat ni. Dikemas mejanya, kemudian terus ke cafe sebelah bangunan.
         “Nak makan apa ni?” Lia berbicara pada diri sendiri.
          “Makan je apa-apa pun,” diambil nasi puteh, sayur dan ayam goreng. Okeylah ni. Kang pilih-pilih lagi kang ambil masa lagi. Terus dibawa nasi ke kaunter dan Lia terus berlalu keluar.
          Masa nak masukkan duit dalam purse, Lia seperti perasaankan seseorang. Dua kali Lia menoleh ke arah cafe. Sah! 'Mamat Tong Sampah'ku. Oh lama sudah tidak berjumpa denganmu. Dua minggu tau. Pergh...terlepas rindu adinda. Segaknya kau pakai baju batik warna kuning. Kenapalah time aku dalam perut cafe ni aku tak perasankan dia. Ish..ish..ish...
          “Agak-agak kalau aku ambil gambar dia, dia perasan tak?” Lia dah stand by camera handphone untuk menangkap gambar 'Mamat Tong Sampah'nya. Belum sempat Lia snap gambar, 'Mamat Tong Sampah' dah kalih ke tempat lain. Aduh melepas.
               Lia terus berlalu balik ke office bila melihat jam sudah pukul 1:05 p.m. Wah tak ada masa dah ni. Berjalan pantas Lia balik ke office. Sambil jalan, senyuman gatal tak putus-putus. Lia terserempak dengan Kak Diah dan Eida.
          “Kak Diah, Lia jumpa mamat tong sampah tu. Handsomenya dia,” dikuis-kuis shawl Kak Diah. Kak diah hanya ketawa.
          “Aduh! Nape Kak Lia jumpa mamat tu time Eida tak ada,”
          “Mana nak tahu nak jumpa dia hari ni. Dah dua minggu tau tak jumpa dia,”
          “Dah pergi balik office. Ni kang ada ikut sampai ke jualan ni kang,” Kak Diah mengingatkan Lia. Lia hanya tersegih. Suka sangatlah tu dapat jumpa 'Mamat Tong Sampah' dia tu.
          Lia berpisah dengan Kak Diah dan Eida, menuju ke office. Lenalah tidur aku malam ni.

###

          “La Lia, kalau akaklah kan, akak cakap je macam ni. Awak ni saya macam pernah kenallah. Kat mana yerk?” Kak Zue yang tengah tunggu due nak bersalin sempat mengajar Lia cara-cara nak menegur lelaki.
          “Ish, malulah Lia, Kak Zue ni,”
          “Nak malu apanya. Kalau kau malu langsung tak dapat apa-apa tau,” wajah Kak Zue nampak kelam bawah cahaya lampu yang dimalapkan. Yelah. Time orang lelaki solat jumaatlah, kami kaum wanita ni dapat lepak lebih sikit lakunya.
          “Kau ni Zue, ada ajar budak ni macam tu. Kot-kot dah kawin ke mamat tu macam mana?” Back up Cik Akhma. Kak Zue dan Cik Akhma, dua-dua pegawai Lia. Tapi, Kak Zue awal-awal lagi dah bagi warning jangan panggil dia Cik or Puan Zue. Panggil Kakak je.
          “Tak adalah, Ma. Kalau ye dia dah kawin bagus juga tahu sekarang. Nanti tahu time dah terlambat. Lagi frust,” balas Kak Zue.
          Tengahari tu jadi medan Lia bercerita perihal 'Mamat Tong Sampah'nya. Entah apalah yang buat Lia bergitu obses pada mamat tu. Nak kata handsome, of course handsome. Kalah suami Serina Chef Wan. Kalah juga suami Maya Karin dan paling sure, suami Ruhill Amani pun kalahlah kiranya. Mamat ni kulit putih. Tinggi memang tinggi. Kalau Lia duk sebelah dia paras-paras ketiak je kot. Lia tinggi 153.5 cm, mamat ni mesti up lagi. Badan dia bidang. Pergh cairlah siapa tengok dia. Muka pula ala-ala chiness look sikit. Kenapa Lia suka mamat ni? Maybe sebab Lia dah tak ada BF (boyfriend) kot. Iyelah dah 5 bulan tak ada BF. Last pun sebulan sebelum puasa. So, Lia dah tekad 'Buku Akaun' cintanya ditutup untuk tahu ini. Tapi tak sangka pula pintu hatinya boleh terbuka untuk 'Mamat Tong Sampah' ni. Ish tak sangka betul.

###

          Sejak dari hari tu, selalu juga Lia terserempak dengan 'Mamat Tong Sampah'nya. Tersengih-sengih Lia. Macam orang angau. Terasa macam kehadiran mamat tu sebagai pelengkap hidupnya. Keadaan ni berterusan sehinggalah pada suatu hari, ketika menunggu Kak Diah 'Mak Buyung' dan Eida yang memesan burger, Lia duduk di Wakaf yang di sediakan.
             “Assalamualaikum...” tegur si pemilik suara garau tapi macho.
          “Wa'alaikumsalam...” jawap Lia sambil menoleh ke arah pemilik suara berkenaan. Alangkah bukan main kepalang terkejutnya Lia bila insan yang di puja selama ni menegurnya. 'Mamat Tong Sampah' !!!
          “Boleh saya duduk sini?” soal Mamat Tong Sampah. Lia hanya kaku tapi kepala mengangguk ligat. Mamat tadi terus duduk sebelah Lia.
           “Saya tengok awak selalu beli makan kat sini. Awak kerja sini ke?”
          “Tak. Saya kerja kat sebelah,”
          “Oh,”
          “Saya tanya sikit boleh tak?” sambung mamat tu. Lia mengangguk.
          “Awak suka saya yerk?” Muka Lia dah merah padam menahan malu.
          “Sorrylah. Saya selalu tengok awak pandang saya semacam je. Tu yang saya tanya tu. By the way, saya irfan,” Irfan tu menghulurkan tangannya kepada Lia.
          Lia sekadar mengangguk, “Ilya. Ilya Maisarah.”
          “Nice name,” Irfan menarik balik tangannya.
          “Irfan, jom kita,” tegur kawannya. Irfan senyum. Kemudian dia mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen dari kocek bajunya. Lia melihat Irfan menulis sesuai di dalam kertas tersebut.
          “Ni nombor phone saya. Kalau ada masa calllah. Miss call pun tak apa,” Irfan menyerahkan kertas tadi kepada Lia. Teragak-agak Lia mengambil kertas tu.
         “Oklah saya minta diri dulu. Bye...” Irfan berjalan beriringan dengan rakannya tapi sempat menoleh kepada Lia. Siap kenyit mata dan melambaikan tangan lagi. Lia tergamam. Macam tak percaya yang pucuk yang selama ini dicita akhirnya tercapai juga. Tersenyum Lia memandang kertas dihadapannya.
          “Wah! Ada orang tu dapat nombor Si Pujaan Hatilah,” Kak Diah mengenakan Lia. Tersedar Lia ke dunia realiti.
          “Ha'a. Sampai kita ni duk sebelah pun tak sedar. Ish...ish...ish...” Eida pula menambah perasa.
            “Ish! Mana ada. Dah jom balik,” Lia terus masukkan nombor phone Irfan ke dalam pursenya.
          “Eleh Lia ni, gaharu cendana pula dah tahu bertanya pula. Ingat akak tak nampak ke? Kalau akak tak nampak, baby akak nampak tau.” Kak Diah mengusap perutnya. Lia pula, dah selangkah di depan. Eida hanya ketawa.
          “Eida, esok ada orang tak cukup tidurlah ni. Bergayut macam monyet sampai pagi. Hehehe...” Lia menutup telinganya. Aduh bisanya ayat. Taulah Kak Diah oiii awak tu kahwin dengan orang melaka tapi mulut tak payahlah macam orang Melaka. Aku ni pun orang Melaka juga tak ada pun mulut berpuaka macam ni. Aduhai Kak Diah.

###

Malam Tahun Baru.

          “Aduh! Nak call ke tak mahu yerk? Kalau call saham aku jatuh. Kalau tak call kang aku melepas,” Lia mundar mandir dalam biliknya sambil memegang kertas yang tertulis nombor Irfan. Masuk ni dah 3 hari dah di'kepam'nya nombor phone Irfan.
          Dahlah sepanjang hari teruk Lia jadi bahan Kak Diah dan Eida. Sampai nak ajak makan tengahari pun tak jadi. Sanggup Lia menahan lapar dari pergi ke cafe sebelah yang for sure Kak Diah dan Eida akan gelakan dia. Dan paling bahaya nyaris-nyaris rahsia nak pecah pada orang lain. Kalau pecah, tak tahulah mana nak sorok muka ni. Bawah mejalah kot.
          “Kau ni kenapa kak? Aku tengok sejak dua tiga hari ni kau semacam je. Ni dari tadi kau mundar mandir sana sini, apasal? Kau risau nak exam KPSL yerk?” Mia yang sudah tidak tahan melihat Lia mundar-mandir bertindak menegur kakak tungalnya itu.
          “Ish tak adalah. Exam KPSL dah lepaslah. Tunggu result je sekarang ni,” cepat-cepat Lia sorokkan nombor phone Irfan dibelakangnya.
          “Kau sorok apa tu kak? Bak sini aku nak tengok,” Mia ingin merampas kertas yang dipegang Lia. Lia menarik tanganya. Mia cuba merampas. Bergelut mereka berdua atas katil Lia dan akhirnya Mia berjaya mendapatkan kertas tu.
          “012-3456789. Irfan. Kalau sudi calllah. Siapa ni kak? Cokro baru yerk?”
          “Banyaklah kau punya cokro moro. Ni nombor kawan lama aku lah,” dirampas kembali kertas tadi dari tangan Mia. Sibuk je 'reported' ni.
           “Iyelah tu kak. Macamlah aku tak tahu. Ingat senang ke kau nak call kawan-kawan laki kau kecuali diaorang yang akan call kau? Entah-entah, ni nombor mamat yang kau cerita tu yerk? Baik kau cakap kak,” Lia mengaru kepala.
          “Ish mana ada. Nombor kawanlah ni. Kawan baru,” Lia bersuara pelahan bila menuturkan perkataan 'kawan baru'.
          “Ha kan betul. Yeah...tak sangka kau berjaya dapat nombor phone dia,” Mia menjerit kuat.
          “Ish! Apa ni anak dara menjerit malam-malam buta ni?” tegur mak yang tiba-tiba muncul di depan pintu.
          “Oh! Tak ada apa-apa mak. Ni Kak Lia ni dia dapat balik nombor kawan dia masa belajar kat Poli dulu,” Mia membalas.
          “Kot iye pun, tak payahlah menjerit macam ni. Nasib abah tak ada. Kalau abah ada. Masak korang kena dengan abah,” mak dah mula nak membebel.
          “Ala mak, kalau abah tak ada, Ilyas Muadamar kan ada? Biar abang yang uruskan budak dua ekor ni mak,” Ilyas, abang Lia dan Mia mencelah.
           “Ah sibuk je kau ni, bang. Hal orang perempuan pun nak ambil port. Dah blah...blah...khidmat kau tak diperlukan di sini,” Mia menolak Ilyas keluar dari bilik mereka. Lia hanya mengelengkan kepala. Dah mula dah perang. Ilyas yang bertugas sebagai seorang cikgu di Johor dan Mia pula pegawai di Bank Simpanan Nasional Jalan Ampang, jarang-jarang dapat berjumpa. Kalau berjumpa macam nilah sure gaduh punya.
          “Ilyas ni, dah besar pun nak gaduh dengan adik lagi. Dah jom keluar,” mak memegang tangan Ilyas.
          “Mak, abang bukan apa. Sebagai abang, abang bertanggungjawab terhadap adik-adik yang bermasalah macam budak dua ekor ni,” Ilyas menunjal dahi Mia.
          “Wah sedap je kau tunjal kepala akukan, bang? Ni bayar zakat sendiri ni tau. Macam ni ye, Cikgu Ilyas Muadamar bin Ibrahim biarkan sahaja Cik Ilyani Miarisa binti Ibrahim settlekan hal Cik Ilya Maisara binti Ibrahim ni ok? Now chow...” ditolak Ilyas ke luar sekali lagi. Ditarik daun pintu kemudian dikuncinya.
          “Now dah aman dah. Kakak, kau kena cerita juga macam mana kau boleh cilok nombor phone mamat tu?” Mia terus mengambil port sebelah Lia.
          “Sori ye Cik Mia, bukan cilok ok? Tapi dia yang bagilah,” Mia dah menjerit sekali lagi. Lia cepat-cepat menutup mulut Mia.
          “Biar betul kau ni, kak? Jangan main-main.” Mia menaikkan jari telunjuknya.
Lia pun menceritakan semua yang berlaku. Dari A sampai Z. Tak ada satu pun yang tertingal. Mia ketawa berdekah-dekah.
         “Adik, sudah-sudahlah tu. Kau ni kan dapat ketawa bukan main lagi kau kan? Ni malas nak cerita dengan kau ni,” Lia buat aksi merajuk. Dahlah kat Office kena 'dajal' kat rumah pun sama juga.
          Mia masih bersisa gelak, “dah tu kau dah call dia ke belum, kak?”
          “Macam mana aku nak call. Belum sempat nak dail kau dah serbu dulu,” balas Lia.
          “Ha call sekarang. Baru jam 9 malam. Awal lagi,” Mia memberikan cadangan.
          “Ish! Takutlah aku. Dibuatnya dia dah ada isteri macam mana?” Lia baring mengadap syiling.
          “Kau jangan jadi bodoh, kak. Kalau dia dah ada isteri tak akanlah dia nak bagi nombor phone dia pada kau,” Mia turut sama baring sebelah kakaknya.
          “Kita mana tau, dik. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Ambil contoh paling mudahlah. Abang Ilyas kau tu, dah nak bertunang tau dengan Kak Qhida lagi 3 bulan tapi dan lagi ursa awek lain. Padahal Kak Qhida tu, dah paling best dah yang dia dapat,” Lia membangkang cakap Mia. Mia ni sememangnya banyak mulut. Kepoh je sentiasa. Idea pula bukan bernas sangat pun.
          “Abang Ilyas lain Kak Lia oiii. Abang tu memang pe'el dia macam tu nak buat macam mana. Tapi tengok dia stay lagi dengan Kak Qhida. Dah 10 tahun dah pun diaorang kawan. Dari sekolah menengah lagi tau. Kak Qhida pun dah malas dah nak ambil pusing pasal Abang Ilyas. As long as dia tak memudaratkan anak dara orang sudahlah,” Mia membalas.
          “Dah tu, kau rasa perlu ke aku call dia?” soal Lia.
          “Haruslah. Kalau kau tak mau call dia. Miss call pun tak apa,” cadang Mia.
Lia mendail nombor Irfan tapi cepat-cepat di matikannya. Hilang separuh keberaniannya. Tak lama lepas tu, nama irfan naik di phonenya. Lia jadi kaget. Di pandangnya Mia. Mia menyuruhnya menjawap call Irfan.
          Lia membaca bismillah, “Assalamualaikum...”
          “Wa'alaikumsalam. Ilya Maisarah?” suara Irfan kedengaran sangat romantis ditelinga Lia. Mia pun join feel sama dengar suara Irfan.
          “Ye, Ilya Maisarah. Panggil Lia je,”
          “Hehehe...sorry,” comelnya ketawa dia ni. Ala-ala unta di Padang Pasir.
          “Tak apa, tak apa. Saya yang patut minta maaf. Ganggu awak malam-malam ni,” Mia menepuk bahu Lia.
          “Is ok. Ingatkan Lia tak sudi call saya. Miss call tadi kredit tak ada ke?” Pergh bisanya bahasa.
          “Oh! Bukan tak ada. Ada. Tapi tadi tercall. Takut salah call ke tu letak balik nak check nombor,” Mia dah thumb up pada Lia. Pandai kakak aku ni kelentong.
          “Oh I see. Ni tengah buat apa ni?” Soal Irfan.
          “Tak ada buat apa-apa pun. Lepak-lepak dengan adik saya je.” Lia terus melarikan diri keluar dari bilik. Mia tersungkur jatuh ke katil.          “Wah! Kak Lia, bukan main lagi kau kan? Tadi sikit punya takut sekarang aku kau tinggalkan. Tak apa, tak apa. Baik aku SMS dengan Epul. Dapat juga kasih sayang. Hehehe,” Mia mengomel seorang sambil mengambil phonenya untuk ber'SMS' dengan buah hatinya. Lia pula sudah menghilang dibranda rumah.

###
Selang Beberapa Bulan.
      
          Dari berbual di telefon bimbit, dah berani bersua muka. Siap berjanji lagi di mana-mana. Biasanya di Alamandalah. Lia mesti akan datang dengan Mia dan Irfan pula seorang. Tengok wayang, makan semua on Irfan. Bahagianya hidup. Keluar tak payah bawa ringgit.
          Hubungan Lia dan Irfan semakin bertambah erat. Kalau ada masa terluang je mesti mereka akan makan sarapan atau makan tengahari bersama. Dulu time ada Kak Diah, Kak Diahlah jadi peneman. Tak berani Lia nak makan berdua dengan Irfan. Sekarang, Kak Diah dah pindah Melaka. Dekat sikit dengan suaminya. Eida pun dah duduk kementerian. Lagilah Lia tak ada geng. Terpaksalah Lia jumpa 'Buah Hatinya' tu seminggu 2 ke 3 kali je. Takut gosip hangat.
          Lia dan Irfan bertukar cerita tentang masing-masing. Hampir setiap malam mereka bergayut di telefon bimbit. Kalau tidak Irfan yang call, Lia akan call. Tak pun akan YM atau Facebook berdua. Mia pun naik rimas dengan perangai Lia. Tersengih-sengih. Tersenyum-senyum. Ketawa-ketawa. Bila Mia mengajuk cakap Lia dengan Irfan, Lia akan cakap Mia cemburu sebab Epul tak romantik macam Irfan.
          “Lia, Irfan tanya sikit boleh tak?”
          “Tanyalah,” banyak pun boleh Irfan. Demimu akan aku rela jawap semuanya.
          “Ummm...pejam celik, pejam celik dah setengah tahunkan kita kawan? Tapi Irfan tak pernah tahu yang Lia ni dah ada buah hati ke tak?” wow terus dan tulus soalan Irfan ni. Tolonglah cakap kau nak couple dengan aku. Tolonglah.
          “Tak ada orang yang nak dengan kita, Irfan?” Lia main tarik-tarik tali.
          “Ish! Adalah...” balas Irfan.
          “Siapalah tu yerk? Kita ni sedar diri, Irfan. Dah lah pendek gemuk pula tu. Muka jangan ceritalah. Memang tak lawa langsung pun,”
          “Ish! Janganlah cakap macam tu. Tak baik tau,” Irfan memujuk.
          “Betullah. Bukan tipu pun,”
           “Iye, tapikan, ciptaan Allah ni semua cantik-cantik, handsome-handsome. Ada mata, ada hidung, ada mulut, ada tangan, ada kaki. Kita je tak pandai nak hargai kecantikan yang telah Allah berikan pada kita. Tak kiralah orang tu macam mana sekali pun rupanya, dia tetap cantik di mata Allah tau,” kata-kata Irfan menusuk ke jantung Lia.
          “Lia, kalau Irfan nak jadikan Lia isteri Irfan mahu tak?” soal Irfan bila Lia senyap di hujung talian.
          “Ha? Irfan ni dah habis fikir ke? Kitakan baru kenal 6 bulan?” Terkejut Lia dengan lamaran Irfan.
         “Irfan rasa macam dah kenal Lia 6 tahun je. Macam dah rapat sangat dengan Lia. Lia setuju ke?”
          “Errkk...Lia kena fikir dululah, Irfan. Macam cepat sangat je,” balas Lia setelah kaku dengan agak lama.
          “Umm tak apa. Irfan faham. Lia fikirlah dulu. Irfan akan tunggu jawapan Lia,”
          “Okey. Terima kasih Irfan kerana faham keadaan Lia,” talian telefon untuk hari ini.

###
Selepas Tiga bulan.
          Hari ni genap 3 bulan lamaran Irfan tergantung macam tu sahaja. Kesibukan Lia semakin bertambah sejak-sejak keputusan naik pangkatnya telah lulus. Berertinya disini Lia akan memikul tanggujawap yang lebih besar. Kalau dulu hanya Pembantu Tadbir. Sekarang sudah bergelar Penolong Pegawai Tadbir. Bila-bila masa sahaja Lia akan di panggil berkhidmat di mana-mana sahaja yang akan di arahkan oleh JPA.
         Lewat petang tu, Lia balik dengan linangan air mata. Dia menangis semahu-mahunya di birai katilnya. Mia yang menegurnya pun tidak diendahkan. Terpaku Mia dengan keadaan Lia.
          Tenghari tadi, Lia menerima satu panggilan dari Irfan. Satu panggilan yang berjaya mengubah terus sudut persektif Lia kepada Irfan.
          “Assalamualaikum, Irfan,” Lia menjawap manja.
          “Weh! Kau tak baik dowh main-mainkan Lia. Sian dia dowh,” kedengaran suara asing di hujung talian.
          “Hello, Irfan...” Lia meng'hello' Irfan sekali lagi.
          “Hahaha...aku bukan main-mainkan dialah, Man. Saja je nak berseronok,” kedengaran suara Irfan pula. Bagaikan ditembak dengan meriam buluh hulu hati Lia. Pedih.
          “Seronok kau cakap Fan? Lia tu budak baik tau. Kesian dia tau kalau dia tahu kau memang tak serius dengan dia,” Kawan Irfan bersuara lagi.
          “Hello Man, setakat perempuan gemuk, specky macam tu bersepah aku boleh dapatlah. Petik jari je tau,” Suara Irfan berkumandang lagi. Makin tersentap hulu hati Lia.
          “Aku tahu kau handsome. Kacak. Macho. Muka Pan-Asian. Tapi kau kenalah jaga hati orang sikit, bro. Lia tu aku tengok dah tangkap lelah dah dengan kau,”
          “Man, relaxlah. Hidup untuk enjoy apa?” Kata-kata terakhir Irfan amat-amat merobek hati Lia. Terus dimatikan talian dan Lia berlari ke bilik air dan menangis di situ.

###

          Masuk ni dah kali ke beratus agaknya, Irfan cuba menghubungi Lia. Tapi hampa tiada sebarang jawapan. Irfan menjadi kalut bila menyedari dia ter'call' Lia semasa dia berbual dengan Lokman sewaktu mahu keluar makan tengahari.
          “Aduh! Man aku tercall Lialah. Habislah aku. Mesti dia dah dengar semuanya,” Irfan memegang kepalanya.
             “Padan muka kau. Allah kalau nak tunjuk busuk hati manusia sekarang Allah balas cash tau. Padan muka kau,” Lokman mengejik Irfan.
          “Aduh! Nak buat macam mana ni?”
          “Pandai-pandai kaulah, fan. Aku tak mau join dengan hal ni,” Lokman terus menerus memandu.
          “Man, jom balik office,” ajak Irfan.
          “Apahal pula? Dah sampai baru kau ajak balik,”
          “Lain kali aku belanja kau. Aku nak balik cari Lia,” Fikiran Irfan semakin serabut.
          “Please...” sambung Irfan.
          “Ish kau ni kan...pandai buat masalah pandailah selesaikan. Babitkan aku sekali buat apa?” dalam pada tu tangan Lokman tetap memusing stereng ke jalan besar.
          “Fan, kau ni sayang Lia ke tak?” soal Lokman.
          Irfan tersentak, “Entahlah. Dia istimewa,”
          “Dah tu kenapa kau kutuk dia tadi?” geram Lokman.
          “Aku saja je. Tapi tak sangka jadi macam ni,” balas Irfan.
          “Kau ni choilah, Fan. Ha memang padanlah dengan muka kau,”

###

Selepas Sebulan.

          “Kak, harus ke kau pergi kerja sampai kat Sabah ni, kak?” Mia seakan tidak dapat melepaskan Lia pergi.
          “Dik, haruslah. Aku kan kerja makan gaji. Berkhidmat untuk negara. So, mana bos aku hantar aku, aku kenalah pergi. Ala tak lama pun. Lepas 3 tahun aku buatlah pemohonan balik sini,”
         Sebenarnya Lia ingin melarikan diri dari kisah silamnya dengan Irfan. Lia sendiri yang meminta permohonan di hantar ke Sabah atau Sarawak. Tak sanggup rasanya nak memandang tempat yang terdapat bayang-bayang Irfan. Cerita pasal Irfan terkunci rapat dalam hati Lia. Tak ada seorang pun yang tahu kecuali Kak Diah. Tu pun secara tak sengaja Kak Diah call Lia malam tu nak inform dia dah dapat baby girl. Dalam jurai air mata, Lia ceritakan semua pada Kak Diah. Kak Diah pula terover marahnya. Sejak dari hari tu Lia tekad untuk menjauhkan diri dari 'permainan' Irfan.
         Bila mereka tanya Lia hanya jawap 'biasa-biasa sahaja'. Tapi dalam hati menangis hanya Tuhan sahaja yang tahu dan sehingga ke hari ni, Lia tidak pernah menjawap panggilan Irfan. Malah Lia menutup terus nombor Maxisnya dan setia dengan nombor Celcomnya. Mujur Irfan tidak tahu nombor Celcom Lia kalau tak terpaksalah Lia menukar terus nombornya. Nombor office pun Irfan tak ada. Syukur Alhamdullilah. Semua rakan-rakan rapat di suruh menghubunginya di nombor Celcom. Rakan-rakan office pun Lia larang keras dari bagitahu nombor Celcomnya. Facebook pun Lia hanya buka bila perlu. Lia juga, turut membuka akaun Facebook yang baru mengunakan nick name dalam blognya. Rakan-rakannya seramai 300 lebih dalam Facebook diarahkan untuk add dia di akaun yang baru.
          Penerbangan Lia ke Sabah petang itu, di hantar oleh Abah, Mak, Abang Ilyas, Kak Qhida, Mia dan Epul. Seminggu sebelum ke Sabah, Lia melepaskan kuartersnya kembali kepada Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM. Mia pula terpaksa mencari rumah sewa yang lain di Kuala Lumpur. Mujur ada Epul yang sudi mencarikan rumah buat buah hatinya.
          “Lia, nanti kenduri kahwin abang jangan lupa balik pula,” Ilyas mengingatkan Lia tentang kenduri kahwinya yang di jangkakan selepas setahun.
          “Apalah Abang ni, Lia bukan pergi terus. Nanti raya Lia baliklah. Kenduri kahwin abang nanti Lia ambil cuti sebulan ok?” Insyallah aku akan balik abang.
          “Lia, kamu jaga diri baik-baik dekat sana. Sana bukan tempat kita. Jaga tingkah laku. Jaga maruah keluarga. Jaga nama baik abah,” Abah meninggalkan amanat.
          “Yelah Encik Ibrahim, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri Melaka Bersejarah,” ye abah akan aku jaga namamu baik-baik.
          “Makan nanti tengok dulu halal ke taknya. Jangan main tala je,” pesan mak pula.
          “Ok Puan Mariam, Pensyarah Hotel dan Katering,” ye mak akan aku memilih makanan selepas ini. Aku mahu buktikan aku akan kurus.
          “Adik, kau tak ada pesanan? Aku nak fly dah ni.” tegur Lia bila melihat Mia kaku sebelah Epul.
          “Tak ada. Cuma nanti jangan lupa orang sini pula sudahlah,”
          “Tak punya,” dipeluknya Mia. Mia menangis.
         “Okeylah semua. Dah time nak fly. Bye...” Lia tidak dapat menahan airmatanya.  
          Penerbangan lebih kurang 2 jam suku di rasakan terlalu lambat berlalu. Lia mahu segera sampai ke tanah Kota Kinabalu, Sabah. Lia mahu cepat meninggalkan Tanah Semenanjung. Lia mahu sibukan diri dengan kerja dari memikirkan tentang Irfan. Sesungguhnya dia mahu terus lari dari bayang-bayang Irfan.

###

Selepas Setahun,
         “Saya dengan sukacitanya ingin menjemput Cik Ilya Maisarah ke majlis perkahwinan kami, Ilyas Muadamar bin Ibrahim dengan Nurul Qhaida Naiqa binti Noor Paiman. Diharapkan Cik sudi untuk membantu kami melancarkan urusan majlis kami dan paling penting sudi menjadi pengampit kepada pengantin perempuan iaitu kak ipar kau,” Lia membaca fax yang diterima oleh Ilyas satu per satu. Ketawa Lia dengan kerenah abang tungalnya ni.
         Tak lama kemudian telefonnya berdering. Abang Ilyas. Ni mesti nak kenakan aku lagilah ni.
          “Assalamualaikum...rumah mayat bercakap,” Lia tersengih.
          “Wa'alaikumsalam...uh pandai betul rumah mayat ni bercakapkan? Dah Lia jangan nak main-main. Abang tau kau mesti dah dapat fax abangkan?” garangnya abang aku ni.
          “Dah. Kot iya pun relaxlah. Tak payah la nak marah-marah,”
          “Maunya abang tak marah. Kau janji dengan abang macam mana?”
          “Abang, Lia baru dapat kad kahwin abang ni, pagi tadi tau. Baru nak isi form cuti. Sabarlah,” Ilyas kalau bab menagih janji memang serah.
         “Bukan yang tu. Yang tu abang tak kisah sangat. Ada dua bulan lagi sebelum majlis. Yang tu kau, Lia kena ada 2 minggu sebelum majlis Kak Qhaida dan 2 minggu selepas majlis abang,” terang Ilyas.
         “Ok. Tapi janji apa pula ni? Ada janji lain ke?” soal Lia. Kerja aku dahlah bertimbun atas meja, Abang Ilyas ni kacau pula.
         “Kau janji nak balik time raya lepas. Kenapa tak balik?”
          “Oh...sorrylah. Lia kan dah bagitahu mak dah yang Lia tak dapat balik sebab Lia masuk kampung. Jumpa orang etnik sini. Abang lupa ke apa? Lia kan sekarang kerja dengan Jabatan Kebajikan Mayarakat?” terang Lia.
          “Mia sedih tau,” bicara Ilyas lagi.
          “Tahu. Tapi apa Lia boleh buat, bang. Bukan Lia mintak pun jadi macam ni. Sorry ok?” bersunguh Lia minta maaf dengan Mia malam raya lepas. Bukan niat nak mungkir janji tapi terpaksa kerana beban tugas. Sabtu, ahad pun kadang-kadang kena turun padang juga. Cuti Lia dari awal masuk sampai sekarang takat tu juga. Siap tambah cuti gantian lagi.
         Siapa yang tak sedih bila semua balik kampung tapi kita masuk kampung orang? Puas Lia pujuk Mia dan mak malam raya tu tapi Mia memang keras hatinya. Selepas raya barulah Mia ok sikit. Tu pun masih banyak anginnya lagi. Nasib Epul yang banyak memujuk Mia.
         “Jadi, kenduri abang ni balik. Jangan nak banyak songeh pula. Sengaja abang tempah kad kahwin awal senang Lia nak apply cuti,” cerita Ilyas.
        “Ok, bang. Lia tahu abang ni sayang Lia kan?”
          “Sapa tak sayang adik oiii....” jerit Ilyas dihujung talian.
           Panggilan diputuskan bila Ilyas mendapat other outcall. Lia hanya tersenyum.
Pejam celik pejam celik dah setahun Lia ber'tapa' di bumi Sabah ni. Gunung Kinabalu yang tingginya 4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut dah berjaya Lia daki walaupun Lia ni pengayat orangnya. 3 hari 2 malam baru dapat tawan Gunung Kinabalu. Suasana yang tak akan Lia lupakan. Lia juga dah ada lesen menyelam. Pulau Semporna, Sabah telah Lia terokai. Memang cantik kehidupan di dasar laut. Lia terasa tenang sangat. Sikit demi sikit kisah lama terhakis juga tapi Lia masih tidak dapat menafikan ketiadaan Irfan. Jauh di sudut hatinya dia masih menaruh harapan kepada Irfan.
          “Cik Lia, Dato' Kamal nak jumpa,” lamunan Lia dikejutkan dengan panggilan Nurin, setiausaha Dato' Kamal, Pengarah Lia.
            “Ok. Saya datang sekarang. Tq Nurin,” balas Lia kemudian terus mengambil fail berkenaan rakyat miskin di kawasan Tawau untuk perhatian Dato' Kamal.



###
shooping Mall The Mines.

         “Eh! Mia,” tegur Irfan.
          “Eh! Abang Irfan. Lama tak jumpa sihat? Nampak kurus sikitlah,” Mia nampak gembira jumpa Irfan.
          “Ye ke? Tak ada orang jaga mana tak kurus. Hehehe...pakwe ke?” Irfan menunjuk menunjuk ke arah Epul.
           “Oh! Ye lupa nak kenalkan. Abang Irfan ni Epul bakal tunang Mia. Awak ni Abang Irfan, 'Mamat Tong Sampah' yang saya pernah cerita dulu,” Dahi Irfan berkerut. Mamat Tong Sampah?
          “Oh I see. Saifful Kamal,” Epul menghulurkan tangan kepada Irfan.
Irfan menyambut, “ Irfan Tay,”
          “Eh! Abang Irfan ni cina ke?” soal Mia.
          “Ha'a. Ayah abang cina masuk Islam. Mak abang orang Scotland,”
          “Oh! Baru tau,” Mia mengigit jarinya.
         “Umm...Mia, awak tunggu sini kejap boleh? Saya nak pergi toilet jap,” Epul meminta diri. Mia mengangguk. Ni mesti Irfan ada benda nak di cakapkan dengan Mia ni. Tengok muka serba salah je. Baik aku bagi ruang.
         “Umm...Mia jom duk kat Mc'D tu kejap,” ajak Irfan. Epul dari jauh hanya memandang. Dah agak dah.
          “Ok gak. Jom,” Mia mengekor Irfan.
          “Mia, abang ada benda nak tanya sikit ni boleh tak?” soal Irfan bila mereka masuk di dalam perut Mc'd.
         “Nak tanya apa? Tanyalah,”
        “Umm...Mia, Kak Lia sekarang kat mana? Puas dah abang cari dia merata tempat. Last abang dapat tahu dia dah naik pangkat tapi tak tahu dia kena posting dimana. Facebook dia pun dah jarang on,” Mia terkejut.
         “Abang Irfan tak tahu ke Kak Lia dah setahun kerja kat Sabah?” Mia mebeliakkan biji matanya.
         “Sabah?” Mata Irfan pula yang terjojol.
         “Ha'a, bang. Abang dengan Kak Lia ok ke tak?” soal Mia.
         “Entahlah, Mia. Kak Lia hilang macam tu je. Abang pun tak tahu nak cari dimana tapi tak sangka dia dah di Sabah,” Irfan mengusap rambutnya.
Irfan menceritakan semua kepada Mia. Termasuklah kisah panggilan yang dia pernah tertekan button call setahun lepas. Irfan betul-betul tak sangka yang dia dah tertekan button call Lia pada masa dia menuturkan kata-kata tu. Mia nyata terkejut sangat-sangat. Last dia dengar Lia cerita yang Irfan melamarnya.
         “Sampai hati abang cakap macam tu pada Kak Lia. Patutlah dia beria nak minta posting dekat Sabah Sarawak. Tukar nombor. Rupanya abang yang buat Kak Lia kecewa. Abang tahu tak apa perasaan Kak Lia time tu? Kak Lia sangat sedih, bang. Lama dia nak bangun balik. Kak Lia, kalau dia dah sayang seseorang dia akan sayang orang tu sungguh-sungguh tapi sekali dia dah benci seseorang dia hanya akan memaafkan orang tu bila orang tu dah mati,” Mia tekankan suaranya pada perkataan MATI tapi masih dalam keadaan paling bermaruah untuk menjaga air muka semua. Epul, awal-awal lagi dah memegang lengan Mia. Takut-takut kalau Mia bertindak di luar jangkaan.
          “Ye Mia. Abang tahu. Abang menyesal sangat-sangat. Sejak dari hari tu abang terasa kehilangan yang amat sangat. Abang cuba bangun dan hidup tanpa Kak Lia tapi abang tak mampu. Abang minta diberikan peluang sekali je lagi untuk betulkan keadaan. Abang tahu iyanya payah tapi tolonglah Mia. Abang perlu jumpa Kak Lia. Abang perlu Minta maaf dengan Kak Lia. Abang sangat sayangkan Lia, Mia.” menitis airmata Irfan.
           “Kalau sayang, abang tak akan buat kakak Mia macam tu. Ni bukan sayang tapi satu penghinaan buat Kak Lia,” Mia sudah tidak dapat menahan sabar. Dtampar pipi Irfan. Irfan hanya redha. Airmatanya turut mengalir deras. Epul setia disisi Mia. Menenangkan Mia.
         “Buatlah apa pun, Mia. Tapi bagilah abang peluang untuk betulkan keadaan. Abang tahu abang silap. Abang tahu abang salah. Abang tak niat nak hina Kak Lia. Abang sayang pada Kak Lia. Dari hari Kak Lia pergi dari hidup abang, dari hari itu juga abang sangat rindu pada Kak Lia. Abang janji abang tak akan ulangi kesilapan lampau,” bersungguh Irfan merayu.
          “Awak jom balik. Makin kusut saya tengok muka 'Mamat Tong Sampah' ni,” Mia menarik tangan Epul keluar. Kemudian dia berhenti.
         “Kalau nak jumpa sangat Kak Lia, Kak Lia akan balik sini awal bulan depan. Pandai-pandailah abang,” sambung Mia sebelum hilang dengan Epul.
          “Terima kasih, Mia.”

###

2 Minggu Sebelum Majlis Kahwin Ilyas.


         “Ha, Lia bila kamu sampai?” tegur mak yang terkejut melihat Lia di dapur.
          “Dah lama dah. Mak je tak perasaan. Leka sambut tetamulah katakan,” orang yang datang dari tadi Lia tengok tak putus-putus. Semua nak membantu melancarkan majlis. Walaupun lagi 2 minggu tapi barang hantaran sudah mula naik sikit demi sikt. Periuk belanga dah bersusun di pagar rumah. Rata-rata mak pak sedaranya dah berkumpul di rumahnya. Rumah juga abah dah cat baru. Nyaris Lia patah balik tadi sebab mengenangkan takut salah rumah. Hai nilah penangan nak dapat menatu sulung semua pun baru.
          “Ha' a ye le. Kamu tahu siapa yang datang tadi?” soal mak.
          “Manalah Lia tahu,”
          “Orang masuk meminang kamu. Masuk ni dah 7 rombongan dah Ilya Maisarah. Penat mak melayannya. Kalau tahu kamu ada kat sini dah mak suruh kamu bawa kopi ke depan,” celoteh mak.
         “Uih! Tak akanlah sampai 7 rombongan kot mak? Pinang Mia kot,” dalih Lia. Siapa pulalah yang pinang aku tak bagi salam dulu ni? Hai...
         “Mia pula. Akaklah cokro ramai sangat. Mia setia ok?” Mia mempertahankan diri.
          “Tolong sikit yerk? Akak pun ramai-ramai pakwe pun akak clash dengan diaorang baru akak cari baru ok?” Lia mencapai kerusi untuk dipanjat. Nak mencapai barang di dapur kabinet atas.
          “Alahai Lia. Memang dasarlah kau ni pendek. Nak buka kabinet atas pun pakai kerusi,” Ilyas datang nak mengusik.
          “Eleh, abang jangan nak kutuk-kutuk Lia tau. Kira tinggilah juga ni,” balas Lia.
           “Ummm ye la Lia. Kau kurus ke kau gemuk ke kau tetap pendek dan paling pendek dalam family kita,” semua ketawa. Gamat dapur mak kejap.
           “Mak tengok abang ni,?” rengek Lia. Mak hanya senyum.
          “Dah tepi biar abang yang tinggi ni ambil,” Ilyas menunujukkan kehebatannya mencapai barang di kabinet atas.
          “Bukan yang itulah, yang tu. Tu lah dasar pendek, pendeklah juga,” Lia pula mengenakan Ilyas.
          “Maknya, ada orang datang rumah kita ni. Cuba awak pergi tengok,” tegur abah dari luar rumah. Semua senyap. Dengan abah ni bukan boleh bawa gurau kang ada yang makan pasir kang. Mak berlari ke depan.
          “Astagfirullah, abahnya. Rombongan masuk meminang lagilah...” semua tergamam.
         “Ha?” abah dah memandang Lia.
          “Kamu ada apa-apa nak cerita dengan abah, Lia?” Lia pantas mengeleng.
         Abah dengan mak dah berlalu ke depan. Riuh rendah rumah mereka dengan aksi rombongan meminang yang bergaduh sesama sendiri. Masing-masing nak cakap. Pening kepala abah dan mak.
         “Sabar, sabar, satu persatu. Jangan gopoh. Ada apa tujuan datang ke mari?” tanya abah bila keadaan sedikit tenang.
         “Kami datang nak menyuntik bunga ditaman larangan. Adakah sudah dimilik kumbang?” Bicara salah seorang dari mereka beramai. Yang lain mengangguk.
         Abah dah pening kepala. Abah pandang mak, mak pandang abah.
         “Saya ni tak pandai nak berbahasa-bahasa ni. Kita terus terang je la ye. Rumah saya ni ada 2 kuntum bunga. Yang mana satu idaman kalbu?”
          “Ilya Maisarah,” Semua menjerit nama Lia. Terpeleot Lia di dapur.
          “Oh yang itu? Bunganya masih belum dimilik kumbang tapi bunganya bunga terpilih. Maka agaklah sukar kiranya kami nak memberikan jawapan sekarang. Kiranya kena berbincang dengan empunya tuan badan.” balas mak cuba berbahasa bunga-bunga yang entah apa-apa entah.
          “Oh bergitu,” mereka saling memandang antara satu sama lain.
Lia didapur dah get ready lauk pauk hidangan tengahari. Lantak kaulah nak pinang aku ke apa ke. Yang penting kerja aku beres. Lia terus berlalu ke biliknya di tingkat atas. Nasiblah tangga nak ke bilik di atas mengadap dapur kalau tak tebal muka juga nak lalu depan tetamu.
         Baru Lia nak bersenang lenang dikatilnya, suara abah berkumandang memanggilnya turun. Lia turun dengan bermalas-malasan.
         “Lia duduk sini,”arah abah. Semua mata memandangnya seperti perlaku salah kes jenayah je lagaknya.
         “Kamu tahu tak, dari pagi bawa ke petang orang masuk meminang kamu. Ni tadi tambah lagi 5 rombongan. Pagi tadi 7 rombongan. Kamu jangan main-main, Lia. Jangan mainkan hati anak teruna orang,” abah bagi warning. Lia membisu.
         “Sekarang Lia cakap, Lia kenal tak diaorang ni semua? Tengok gambar-gambar ni. Cam kan betul-betul. Pilih,” mak pula bersuara.
           “Umm...boleh tak kalau Lia memilih untuk menolak pinangan diaorang ni?” Lia bersuara. Terkedu abah. Terperanjat mak.
          “Orang dulu tolak 3 kali je pinangan terus tak laku tau. Ni kamu nak tolak sampai 12 sekali. Maknya, apa nak jadi dengan anak kita ni?” first time dalam hidup abah buat muka kelakar.
           “Lia, kenapa nak tolak semua ni?” soal mak.
         “Sebab diaorang tak jujur nak kahwin dengan Lia. Diaorang tengok pada rupa Lia bukan diri Lia. Ye memang betul, dalam Islam pun suruh pandang pada rupa tapi Islam suruh pandang pada rupa untuk melihat sama ada bakal pasangan kita tu cacat atau tidak bukan cantik atau tidak. Diaorang semua pandang pada kecantikan Lia. Dulu masa Lia gemuk gedempol kenapa tak ada sorang pun yang nak masuk meminang Lia? Kenapa baru sekarang? Bila Lia dah kurus. Hipokrit semua ni,” Lia cuba melangkah pergi.
        “Tapi bukan saya, Lia. Saya ikhlas sayangkan awak, cintakan awak,” kedengaran suara dibelakang Lia. Lia menoleh. Irfan. Terkejut Lia. Dia ingin melangkah tapi di tahan oleh Irfan. Abah dan mak bersandar di sofa menantikan babak seterusnya.
         “Ah! Awak pun sama Irfan. Saya ni hanya barang mainan awak sahaja. Saya ni tempat awak nak berseronok je kan?” Lia tidak dapat menahan airmatanya dari gugur. Kenangan bersama Irfan umpama air mengalir laju dibenak Lia. Dia terlalu rindukan wajah itu.
           Irfan cuba menyentuh pipi Lia tapi lebih awal Ilyas menepis, “jangan cuba nak sentuh adik aku selagi belum masanya,”
          Irfan menarik tangannya kembali. Tak jadi nak lap airmata Lia.
          “Lia, beri saya peluang untuk menceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Demi Allah dan Rasul saya tak niat nak cakap macam tu. Saya tak sedar saya tercall awak. Saya cari awak selama setahun, Lia. Tolonglah maafkan saya,” rayu Irfan.
         “Sudahlah Irfan. Baliklah. Dalam hati saya dah tak ada lagi orang bernama Daniel Irfan Tay bin Sufian Tay,” Lia ingin berlalu tapi dengan pantas ditahan Mia.
         “Kak, kau tipu kalau kau cakap kau tak ada hati dengan Abang Irfan. Kalau kau tak ada hati dengan dia kau tak akan ingat lagi nama penuh dia. Jangan tipu hati dan perasaan kau, kak,” Lia mengangkat muka.
          “Epul, awak mainkan rakaman hari tu,” arah Mia. Semua mendengar dengan teliti saat rakaman di Mc'D dilakukan. Lia terkaku bila Irfan sungguh merayu kepada Mia walaupun teruk diherdik Mia.
         “Now, kita dengar rakaman Kak Lia dengan Kak Diah pula,” Irfan terpukul bila mendengar Lia menangis teresak-esak bila bercerita dengan Kak Diah. Lebih mengharukan hatinya bila Lia banyak kali menyatakan dia sayang pada Irfan.
         “Mesti kau terkejutkan, kak? Mana Mia dapat rakaman kau dengan Kak Diah? Mia dah lama tahu dah kak. Tapi Mia senyapkan sebab Mia tak mahu rosakkan hubungan adik beradik. Aku tahu kak betapa kau sayang dengan Abang Irfan dan Abang Irfan pun bergitu. Terimalah Abang Irfan balik, kak”
         “Lia...” Irfan memanggil nama Lia.
         “Irfan...” Lia turut memanggil nama Irfan. Buat seketika mata mereka terpaut. Jarak antara mereka semakin dekat. Ramai yang terpegun menyaksikan cerita ini. Dan tanpa di duga...
         “Hambik kau. Padan muka kau,” Lia menendang celah kelengkang Irfan. Meraung Irfan. Semua panik dengan tindakan Lia. Semua tak sangka babak romantik jadi tak romantik langsung.
          “Woi! Mati pucuk adik ipar aku ni kang,” marah Ilyas.
         “Ada aku kisah?” Lia buat muka slamber.
         “Lia, pergi minta maaf balik pada Irfan.” arah abah.
        “Tak mahu,” Lia memeluk tubuh.
         “Eeeh. Degilnya budak ni. Lia, jangan lawan cakap abah,” mak pula bersuara garang.
          “Nak lawan juga,” semua mengirakan Irfan yang mengaduh sakit.
          “Lia, cepat tolong bakal suami kau ni,” Abang Irfan pula mengarah. Lia diam.
         “Kak, kau tak kesian ke dengan Abang Irfan?” Mia pula. Lia buat Tuli.
          “ILYA MAISARAH BINTI IBRAHIM” semua menjerit kearahnya.
         “Ye lah...sorry yerk Irfan. Saya geram sangat dengan awak. Sorry yerk?” akhirnya Lia meminta maaf dengan Irfan.
         “Saya hanya akan maafkan awak kalau awak sudi kahwin dengan saya. Dah setahun 6 bulan saya tunggu jawapan awak, Lia,” dalam sakit sempat lagi Irfan melamar.
         “Ummm...nantilah saya fikirkan,” balas Lia.
         “IILYA MAI...” semua dah bersedia nak menjerit nama Lia sekali lagi.
          “Ye, ye...ok..” balas Lia.
          “Ok apa?” tanya semua.
          “Oklah,” jawap Lia.
          “Oklah apa?” soal semua.
          “Yelah,” balas Lia.
         “Yelah apa?” soal semua.
         “Ok...saya, Ilya Maisarah binti Ibrahim sudi jadi jadi isteri kepada Daniel Irfan Tay bin Sufian Tay,” dengan sekali nafas Lia menuturkannya. Semua menepuk tangan. Lia dah malu sendiri.
         “Maknya, awak tahu dah nak buat apa dengan cincin-cincin ni semua?” mak mengangguk.
          “Bagus! Awak uruskan ye? Saya nak sambung mengecat,” balas abah.
          Mata Irfan dan Lia bertaut lagi kali ni penuh dengan kasih sayang. Tak sangka kisah cinta yanga asalnya hanyalah dasar suka seorang gadis gemuk kepadaseorang lelaki yang hadsome, menjadi sebuah karya cinta yang agong. Siapa sangka kuasa cinta mampu mengubah seseorang itu. Siapa sangka dengan kuasa cinta yang datang dari Allah akhirnya bersatu didunia abadi. Semoga semua menjadikan pedoman dari cerita ni. Jangan suka mengutuk orang, akibatnya merana diri. 

7 comments:

Anonymous said...

best sesangat,,,,,,
rase ,mcm real lak cite ni...huhhu...
good luck kak teha,,,,,

ezaitie nfib. said...

real ke dik? hehehe...Alhamdullilah. berjy jugak make story yg buat org duk dlm story ni jugak...hehehe...;p

Ct_zack said...

lucu cerita ni...

ezaitie nfib. said...

hehehe..tq ct_zack..

Sumayyah Nadhirah said...

nice cite nie...

ezaitie nfib. said...

tq sumayyah...;)

Anonymous said...

wah.. ha.ha.ha. tq..