~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Friday, December 10, 2010

Calon Menantu Mak - Bab 5

Bab 5

“Apalah you ni, sengaja je nak kenakan I tadi? Mentang-mentanglah kita ni yang datang kampung dia,” Dr. Aiman memulakan bicara sebaik sahaja kenderaannya menyusul keluar dari pekarangan Kampung Tersusun atau lebih tepat dan jitu iaitu rumah Kak AD.
“Hehehe...” gelak Kak AD.
“Gelak pula dia. Dahlia im serious ok? Malu tau tadi. Tebal 2 inci muka I tadi tau you kenakan,” dicubitnya lengan Kak AD sebab terlampau geram.
'Mengilai' manja Kak AD sambil mengosok lengannya. Sambil tu tawanya masih bersisa. Dr. Aiman buat muka merajuk. Sengaja dimuncungkan bibirnya ke depan tanda protes.
“Dr. Aimanku sayang, relakslah. I pernah bagitau you apa? Mak Cik Kesuma Dewi I tu, memang bukan macam mak-mak orang lain. Sungguhpun time mak I kahwin dengan arwah abah I dulu, umur dia 14 tahun tapi otak dia nun jauh ke depan tau,” pujuk Kak AD.
Dr. Aiman masih senyap. Kali ni sengaja di kalihkan badannya ke arah cermin disisi pemandu . Konon-konon merajuk betul la tu.
“Aleh! Comel sangatlah tu buat muka macam tu? Ni duduk macam ni cun sangatlah tu?” Kak AD mencubit bontot Dr. Aiman. Dr. Aiman terkejut. Ibarat terkena renjatan elektrik je lagaknya.
“Ouch! Tak malu ke cubit bontot orang?” Dr. Aiman mengosok bontotnya. Tak sakit pun tapi saja action lebih. Hehehe...nasib la dekat traffic light. Merah pula tu. Kalau traffic light hijau sure dah teraccident dah ni.
“Tak,” ringkas jawapan Kak AD sambil senyum macam kerang busuk.
“Patutlah pun. Ish...ish...ish...makwe siapalah ni?”
You lah!!!”
“Ish...tak mengaku I,” sengaja mengapi-apikan lagi keadaan.
“Tak mengaku sudah. I tak kisah. Ramai lagi yang berkenan dengan I. Sekali I petik 10 yang datang tau,” Kak AD menjebik bibir. Dr. Aiman dah tersenyum. Yes hampir nak menang.
Dr. Aiman menurunkan cermin keretanya. Kak AD terkejut.
“Ha,I dah bukak cermin tu. Cuba you petik. I nak tengok berapa orang yang datang,”
“Oh! You cabar I yerk Aiman?”
Dr. Aiman mengangkat bahu. Kak AD terasa tercabar. Dikeluarkan tangan kirinya kemudian memetik jarinya. Sekali sebuah bas tiba-tiba berhenti bersebelahan dengan kereta Dr. Aiman. Bas Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia. Semua memandang ke arah kereta Dr. Aiman. Kak AD pun melambai ke arah mereka. Lambaian Kak AD berbalas. Paling best semua mereka yang ditepi tingkap bas tu semuanya lelaki. Dr. Aiman dah tergamam. Apa lagi, benganglah Dr. Aiman. Kak AD siap buat flying kiss lagi. Ada seorang dari mereka membalas flying kiss Kak AD. Merenyam punya makwe. Dr. Aiman tanpa sedar mengepal penumbuknya. Kemudian, tersentak Dr. Aiman bila keretanya dihon dari belakang. Apa lagi, masuk gear satu kemudian pecut la.
“Dahlia, you ni memang tak malu la. Segan I tau,” tangan kiri menutup muka.
“Hahaha...padan muka you. You tau kan I ni pantang dicabar? Bukan 10 orang yang datang sekali satu bas tau. Hebat tak? Now ni I dah menang. So MC'D satu.” gelak Kak AD.
Sebenarnya tadi tu Kak AD ternampak Daim dalam bas tu tadi. Sengaja dilambai-lambaikan tangannya pada Daim tapi orang lain pulak lebih-lebih. Menyampah. Daim tengok ada seorang lelaki yang tengah memandu. Kak AD pula beria kenyit mata. Ni mesti ada komplot jahat ni. Daim pun apa lagi, bila Kak AD bagi flying kiss dia pun beria-rialah balas. Bukan orang lain kakak sendiri juga. Hehehe...
“Tak boleh. Nanti gemuk,” bengang Dr. Aiman tak sudah lagi.
“Alah sekali sekala tak apa jangan selalu,”
“Tak mau...”
“Maulah Sayang,” Kak AD buat muka memujuk.
Dr. Aiman memang lemau bila Kak AD buat muka macam tu. Terus cair. Dah lah cun, chumell giler lak tu. Tapi disebabkan tahap ego yang tak boleh ditundukkan maka...
“Ok kita dah sampai hospital. Sila turun ye Dr. Dahlia. Patientyou sedang menanti you ok?” sindir Dr. Aiman.
“Mc'd?” soal Kak AD.
“Lain tahun,”
“Sampai hati you kan? CianI tau?” Kak AD kelip-kelipkan matanya dihadapan buah hati pengarang jantungnya.
“Ada I kisah?” dijelirkan lidah kepada Kak AD.
“Ok. Find! I cari orang lain la macam ni,” rajuk Kak AD.
“Carilah...” sengaja ditebalkan egonya walaupun dalam hati dah bengang tahap cipanzi.
“Ok!” Kak AD terus keluar dari kereta. Tak ditoleh langsung ke arah Dr. Aiman. Merajuk betul.
“Dahlia,” Dr. Aiman menjerit memanggil Kak AD. Tapi Kak AD buat tuli je. Terus menuju ke bilik kecemasan.
Dr. Aiman tahu Kak AD merajuk. Dr. Aiman ingin mendapatkan Kak AD tapi terbantut niatnya bila van ambulan meluru laju ke arah keretanya yang diparking betul-betul dihadapan Unit Kecemasan. Terus di masukkan gear satu, jatuhkan handbreak dan kereta pun meluncur laju keluar dari kawasan Unit Kecemasan. Kak AD hanya memandang dibalik tirai langsir. Hatinya sakit dapat pakweyang macam Dr. Aiman. Eganya tak pernah turun.
Tiba-tiba telefon bimbitKak ADberbunyi tanda ada mesej yang masuk. Belum sempat menyemak siapakah gerangan yang menghantarkan mesej kepadanya, tangan Kak AD terus ditarik ke katil 6. Seorang mangsa langgar lari. Mererang kesakitan.
Patient detail please?” arah Kak AD pada seorang nurse disebelahnya.
“Pesakit berbangsa India. Nama K. Rajeswari. Lingkungan 40-an. Kena langgar lari doktor. Kami cuba pujuk patient nak untuk buka baju nak tengok luka tapi patient melawan ,” terang juruawat yang memakai tanda nama Suzila.
Aunty Rajeswari, saya Dr. Dahlia. Bagi saya buka baju boleh? Saya nak tengok luka kat badan aunty.” pujuk Kak AD.
Aunty Rajeswari mengelingkan kepalanya laju tanda tidak setuju.
Aunty saya kena tengok luka tu. Kalau saya tak tengok macam mana saya nak rawat aunty,” Kak AD bertindak untuk membuka baju Aunty Rajeswari. Kalau dilayankan satu hapah pun tak jalan.
“Jangan...” jerit Aunty Rajeswari. Matanya melilau memandang ke sekelilingnya.
Kak AD tak jadi meneruskan tindakannya. Matanya pun memandang ke arah seramai 2 orang jururawat dan juga seorang Pembantu Perubatan. Baru Kak AD perasan mungkin Aunty Rajeswari segan dengan Khairil, Pembantu Perubatan di Unit ini. Segera Kak AD membuat isyarat kepada Khairil supaya meninggalkan mereka. Khairil yang faham akan isyarat itu, mengangguk dan terus berlalu kepada pesakit yang lain.
Nurse tolong tarik tirai. Ok aunty, saya tau aunty segan tadi. Now bagi saya tengok ok?” Pujuk Kak AD sekali lagi. Aunty Rajeswari menganguk.
Tapi kes lain pula terjadi bila Kak AD nak buka baju Aunty Rajeswari yang penuh dengan darah, tiba-tiba belakang Kak AD dilrempuh kuat oleh seseorang di sebalik tirai langsir. Terdorong badan Kak AD ke depan. Gedebuk jatuh atas dada Aunty Rajeswari. Meraung sakan orang tua tu. Cepat-cepat Kak AD bangun dan membetulkan kedudukan dirinya. Separuh bajunya basah dengan darah. Kali ini, darah dari luka Aunty Rajeswari semakin pekat mengalir.
“Suzila, tolong saya check pe ke hal kat sebelah ni?” jururawat bernama Suzila hanya mengangguk.
Aunty,really sorry. Ada yang langar saya tadi,” terang Kak AD. Aunty Rajeswari makin kuat meraung.
Darah mengalir dengan lebih deras. Kak AD menganggarkan kecederaan Aunty Rajeswari parah. Terpaksa dipotongnya baju Aunty Rajeswari. Diambil kapas luka dan dibersihkan luka tersebut. Sekali lagi meraung Aunty Rajeswari dibuatnya, menanggung sakit. Kak AD tiada pilihan. Luka seluas 5 cm dibahagian perut Aunty Rajeswari terpaksa dijahit. Kedalaman luka juga agak dalam menyebabkan pendarahan tidak berhenti. Aunty Rajeswari semakin menganas bila kapas mengenai lukanya. Auuuccchhhh... sorryAunty.
“Rahimah, tolong sediakan ubat bius dos rendah. Susah nak jahit luka kalau dah macam ni,” arah Kak AD sambil memegang lengan Aunty Rajeswari.
“Baik doktor,” jururawat yang bernama Rahimah terus berlalu dan kembali semula dengan jarum suntikan.
“Cepat suntik,” Arah Kak AD.
Belum pun sempat jururawat Rahimah menyuntik Aunty Rajeswari, Aunty Rajeswari terlebih dahulu melibas tangannya. Terpelanting terus atas tangan kiri nurse Rahimah. Tindakan refleks nurse Rahimah ni pun agak pantas terus ditekannya jarum suntikan dan pup jatuhjururawat Rahimah disisi katil.
“Aduh! Macam-macam hal la,” keluh Kak AD. Berlari Kak AD keluar.
Kali ni Kak AD sendiri yang ambil jarum suntikan.
“Awak berdua ikut saya. Khairil, you too,” Diarahnya dua orang jururawat di kaunter dan khairl untuk membantu.
“Awak berdua tolong saya pegang aunty ni. Khairl awak tolong alihkan Rahimah ke tempat lain and please do something bagi Rahimah bangun. Dia terkena bius tadi,”
Kedua-dua jururawat tadi terus memegang tangan Aunty Rajeswari. Khairil dengan bantuan nurse yang lain mengangkat Rahimah ke katil kosong yang lain.
Aunty Rajeswari berjaya dibius. Terkulai layu. Sayu hati Kak AD tapi dia terpaksa. Kalau tak buat macam ni mesti makin teruk lagi keadaan. Luka Aunty Rajeswari dijahit. Luka-luka dibahagian lain juga dicuci dengan berhati-hati. Kesian Aunty Rajeswari, lukanya agak teruk. Tangannya calar balar. Lututnya luka. Perutnya pulak terdapat sepihan kaca tu yang menyebabkan Aunty Rajeswari meraung sakit bila Kak AD 'terhempap' di perutnya.
Selesai merawat Aunty Rajeswari, Kak AD menyelesaikan dua tiga tugasan yang memerlukan perhatiannya.
“Suzila, awak dah dapat hubungi ahli keluarga Aunty Rajeswari tak?” soal Kak AD.
“Sudah Dr. Dahlia. Saya dah inform pada anak dia. Maybe sekejap lagi sampai kot,” balas jururawat Suzila sambil menyusun fail di kaunter pendaftaran.
“Umm...ok. Ada apa-apa lagi?”
“Saya rasa buat masa ni tak ada apa-apa lagi doktor.”
Kak AD ternampak jururawat Rahimah.
“Ha! Rahimah awak ok tak? Sian awak tak pasal-pasal awak pulak kena bius.hehehe...,” ketawa Kak AD.
“Saya ok je doktor. Tapi memang tak sangka la lain yang nak buat lain pula yang jadi. Hehehe...,” jururawat Rahimah pun ketawa juga.
“Nasib baik dos rendah, Dr. Dahlia. Kalau kuat tadi susah juga nak bangunkan balik Cik Rahimah kita ni. Jawapnya dapat rehat free la dalam saat genting macam tadi,” Khairil yang muncul secara tiba-tiba sengaja nak memanaskan keadaan.
“Eh! Saya tak sengajalah. Mana tau Aunty Rajeswari tu lagi cekap melibas tangannya,” nurse Rahimah membela diri. Semua ketawa. Jururawat Rahimah dah merah muka.
“Hehehe...tak apa. Anggaplah ini satu pengalaman. Bila lagi nak kutip kalau bukan sekarang. Ye tak? Dalam unit ni macam- macam benda boleh terjadi. Semua tu bukan satu yang mustahil. Yang penting kita kena sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan,” Kak AD menepuk belakang nurse Rahimah.
By the way, ada apa-apa lagi tak? Kalau tak ada saya nak balik dulu,” kak AD mengerling jam tangannya. Sudah jam 3 pagi. Esok punch kad pukul 7 pagi. Aduh mau rabak mata macam ni. Tak apa Dahlia. Demi berkhidmat untuk masyarat akan aku teruskan. “Chaiyok...chaiyok.”
“Dr. Dahlia, are you ok?” soal Khairil, pelik. Semua memandang Kak AD.
Opps! Terkeluar pula.“Eh! Tak ada apa-apa. Saya balik dulu ye?” malunya muka. Tebal 3 inci. Terus dicapai handbagnya kemudian terus menuju ke keretanya.
Buat masa ni Kak AD mengunakan kereta arwah Pak Cik Muda Hitam untuk bergerak ke sana ke mari. Kereta Produa kancil ni baru sebulan dikeluarkan sebelum Pak Cik Muda Hitam menghembuskan nafasnya terakhir 10 tahun lalu. Masa tu kalau tak silap arwah Pak Cik Muda Hitam bayar tunai sebab katanya takut tak terbayar nanti. Kak AD masih belum layak beli kereta lagi. Baru 3 bulan berkerja. Tu pun masih bergelar 'Doktor Pelatih' lagi. 2 tahun pula tu.
Sesampainya dirumah, Kak AD tengok Mak Cik Kesuma Dewi baik punya landing atas sofa. Dikejutnya Mak Cik Kesuma Dewi supaya tidur di dalam bilik. Selepas menghantar Mak Cik Kesuma Dewi ke bilik, Kak AD terus menuju ke bilik air. Di cuci muka dengan pencuci Olay Oil/Combination. Diberus gigi dengan Colgate kayu sugi. Nak mandi tak baik pula. Bahaya. Nanti boleh kena radang paru-paru. Tak apa mandi esok la. Nasib baik masa sebelum ke hospital tadi dah solat isyak, kalau tak nak kira kan solat lagi. Masa terus berdetik. Bila mau tidurnya. Daun pintu bilik anak dara dikuak pelahan. Takut kalau si kembar dua bersaudara ni akan terjaga. Diletakkan handbag pelahan-pelahan. Kemudian direbahkan badanya di sebelah Delila. Uh! Leganya dapat baring.
Baru nak melelapkan mata dan merehatkan badan tiba-tiba lampu bilik terpasang. Aduh siapa pula la buka suis lampu ni. Potong stim betul la. Orang baru nak tidur.
“Kak AD...Kak AD...bangunlah. Tadi kata nak cerita. Oh! Ngelat yerk?” tubuh Kak AD digoncang keras oleh Delila.
“Adik, akak penatlah. Esok lusa tulat tertongeng akak cerita ok?” dengan mata masih terpejam Kak AD mengkalih badanyan ke kiri.
“Mana aci macam ni. Kak AD kan dah janji,” Delila tetap menangih janji.
“Adik, 'aci' dia dah balik rumah dia la nak tidur. Kan dah malam?” Gurau Kak AD.
“Ish Kak Ad ni. Bukan 'aci' tu la. Ni aci lain,” dicubitnya bontot Kak AD.
“Oh! Banyaknya 'aci' yerk kat kampung kita ni yerk? Baru akak tau. Masa nak g England tu akak tau ada sorang je 'aci' tu pun Aunty Leela. sekarang dah jadi ramai yerk?” perli Kak AD.
“Apalah Kak AD. Sengaja je kan? Padahal beria dh janji tadi kan?”
“Adik! Dah pi tidur. Sian la sikit pada Kak AD. Baru balik dah nak tanya macam-macam. Macamlah esok tak ada dah.” bengkeng Delita. Potong betulah budak ni. Kacau orang nak tidur je.
“Eleh! Chu. Kak AD kan dah janji?” Delila dah muncung sedepa.
“Elok sangatlah tu muncung panjang macam tu. Kerat kang baru tau.” Delita buat isyarat gunting dengan tangan kanannya. Delila pula nak gigit tanya Delita.
Perang Anak Tekak sedang berlaku. Kak AD malas nak ambil pusing. Terus di kalihkan badannya ke dinding kemudian di ambil bantal sebiji ditekupkan telinganya. Lantak koranglah nak perang ke apa ke yang penting kualiti tidur aku terjamin.
“Chu, tengok Kak AD dah tidur. Chu punya pasal la ni. Ajak Adik gaduh. Aduh... punah harapan,” Delila menyalahkan Delita kemudian membaling bantal ke arah Delita di karil atas. Bergegar kejap katil.
“Padan Muka. Hahaha...” gelak Delita sambil menunjukkan ibu jari kanannya. Sengaja di 'menari'kan tangannya di depan Delila. Siap julingkan biji mata lagi.
“Bencilah macam ni,” terus Delila baring sebelah Kak AD. Disilangkan tangannya memeluk tubuh. Matanya ditutupkan rapat.
Tiba-tiba...
“Opocot mak aku jatuh katil,” Delila dah 'bersilat' atas katil bila tiba-tiba sebiji bantal yang Delita balik kena tepat pada mukanya. Delita diatas dah gelak besar. Kak AD dah dengar dengkur kecilnya. Penat sangat kot.
“Apa ni baling- baling bantal lak ni?” soal Delila sambil mencekak pingangnya.
“Tutup lampulah,” balas Delita kemudian terus baring.
“Apasal pula adik yang kena tutup?” soal Delila tak puas hati.
“Sebab sapa suh kau buka suis lampu tu?” soal Delita kembali.
Dalam keadaan bengang tahap Maharajadewa, Delila tetap ke suis lampu dan menutup suis lampu. Kemudian terus lelap sebelah Kak AD.

“Allahuakhbar Allahuakhbar...” azan subuh berkumandang dengan lantangnya oleh bilal part time surau Kampung Tersusun, Abang Halim. Anak Pak Sudin yang sedaang cuti semesta. Abang Halim belajar Syariah Islam di USIM, Nilai. Terus tegak berdiri Delila bila dengan suara Abang Halim. Suara yang amat dipuja-puja selama ni. Dilihat Kak AD sudah tiada di tempatnya.
Kemudian Mak Cik Kesuma Dewi menguak daun pintu, “dah bangun dah? Cepat sikit pi mandinya. Solat. Kendian pi sekolah.”
“Ok mak,” malas Delila menuruni katil. Kemudian terpacul Kak AD siap dengan terlekung. Terperanjat besar Delila. Beristighfar panjang Delila sambil mengurut dadanya.
“Ui!h Adik ni kenapa? Cepat sikit siap. Nanti subuh habis,” arah Kak AD. Dibukanya telekung kemudian terus bersiap-siap untuk ke hospital.
Delila hanya mengelengkan kepala. Terus mencapai tuala kemudian keluar dan menuju ke bilik air. Kebetulan Delita baru keluar bilik air maka cepat-cepat Delila masuk.
Usai solat subuh, Kak AD di suruh sarapan dulu oleh Mak Cik Kesuma Dewi. Kebetulan Mak Cik Kesuma Dewi masak cucur udang. Diambil sos pencicah dalam peti sejuk kemudian dibubuh dalam piring. Bismilah... Kak AD menyuap cucur udang ke mulut sambil mata membaca setiap mesej yang masuk. Ada lima mesej yang belum dibaca. Semuanya dari Dr. Aiman. Satu persatu mesej Dr. Aiman dibaca.
Sayang, you marah I ke?
Kak AD hanya tersenyum. Dibaca mesej kedua.
I'm sorry ok sayang?
Kak AD terus menyuap cucur udang ke mulutnya. Delila dan Delita dan parking depan Kak AD.
Stay Angry with me dear? Sorry ok? Saya betul-betul mintak maaf.
Kak AD hanya terus membaca dan membaca sambil tersenyum sorang.
Anggerik Dahlia, you dah habis keje ke belum? I tau you masih marah dengan I. I mintak maaf ok? I sayang sangat dengan you. tak sanggup rasanya I berjauhan dengan you walaupun sesaat. Kalau boleh malam tadi juga I nak cakap dengan mak you, I nak ajak you kawen. you nak kawen dengan I tak? Ala bucuk-bucuk acam ia.
Kak AD dah ketawa. Aiman...Aiman... Delila dan Delita dah buat muka pelik. Apa kena Kak AD ni baca mesej pun boleh senyum, ketawa sorang-sorang. Lain kali ajak kitaorang sekali. Sampailah mesej yang terakhir, terkeluar balik cucur udang yang dimakannya.
“Apa???” Jeritan Kak AD memecahkan kesunyian pagi.
“Kenapa kamu Dahlia?” terkejut Mak Cik Kesuma Dewi dengan suara Kak AD. Nasib tak tercurah air panas ke tangan. Suara 'emas' Kak AD ni kalau sekali dah berbunyi boleh hilang 'emas'nya. Turun takhta terus kepada 'perak'. Delila dan Delita yang sedang bersarapan pun terkejut juga. Nasib tak tertumpah kopi ke baju Delila.
Kak AD memandang muka Mak Cik Kesuma Dewi, Delila dan Delita satu persatu.
“Aiman...” hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Kak AD.
“Kenapa dengan Aiman? Soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Aiman... dia...” tergantung lagi.
“Dia kenapa?” Delila pula menyoal.
“Aiman...dia...dia...”
“Dia...Dia..Dia apa?” Sergah Delita.
Terkejut Kak AD, “Aiman...dia nak cuti seminggu kat kampung.”
Semua memandang Kak AD. Kemudian...
“Ok set. Time to dera.” Mak Cik Kesuma Dewi meminjam kata-kata Delita bila dia nak mengerjakan anak-anak Kak Mila.
Kak AD hanya memandang tanpa berkelip biji matanya. Delita dan Delila dah senyum-senyum kambing. Nasib kaulah Aiman.

No comments: