~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Sunday, November 28, 2010

jalan-jalan ke kenduri kiena kawen n mari bersenam.

Salam to all,

semalam paling best sebab dapat bersenam mengeluarkan peluh.  Biasanya kalo hari-hari lain sure tak dapat punye sebab sangat bz.  Bersenam pun dgn cara pagi jalan kaki dkt 10 minit nak dapatkan bas pi kerja, balik pun macam tu jugak...kt opis pun kalo bersenam dgn cr buat keje tanpa menoleh kiri kanan. kadang-kadang la tsunami kerja tu datang kadang-kadang relax tapi byknya hari-hari kena berjalan la juga sbb pegawai selalu panggil nama Che Ezaitie sbb meja Che Ezaitie yang paling depan sekali. hehehe...

Btw, sebenarnya semalam pi majlis kawen kawan kat Dewan Serbaguna Peringgit, Melaka. kiena ni kawan Che Ezaitie masa sekolah menengah, SMK Tun Tijah, Melaka. pi tadi dengan mak & achik.  sepanjang dalam perjalanan tu pula dalam hati ni bertawakal la banyak2 takut sangat kalo mak tanya Che Ezaitie pula bila nak kawen...fuhhhh lega mak x tanya langsung... Che Ezaitie doakan semoga kiena & suami bahagia hinggaakhir hayat & dikurniakan anak yang soleh dan soleha serta comey2 belaka... sini de sikit gambar kawen kawan Che Ezaitie tu....


    ni anak si shikin...11 bulan sudeh..

ni si shikin dgn anaknya...awat garang muka syg?

    best tau dapat jumpe semua kawan2 lame...

giler bergambar dgn kawan2..   

    we all lagi...selagi boleh mesti bergambar la..

 ni la dia pengantinnya...buruknya Che Ezaitie.

nak balik so kena la salam dulu...

lepas balik dari kenduri kawen kiena, Che Ezaitie balik rumah solat lps tu siapkan entry novel "calon menantu mak" kendian terus ajak mak pi taman MBMB...nk keluarkan peluh..Che Ezaitie pi dengan mak, che su dan adik...so layan je la k gambar yg ada...










semoga kite jumpe di entry akan datang..daaa...

Thursday, November 25, 2010

Mr. NB sakit

salam to all,


Oh My Dear Allah!!!
bohsannya tanpa Mr.NB disisi...
segala mende pun x boleh nak buat...
banyak idea yg datang mencurah2 sejak ketiadaanmu, Mr. NB...


jumaat (19/11/2010) tu tiba-tiba Mr. NB menunjukkan tanda diserang penyakit...
Che Ezaitie tak tahu apa penyakit Mr. NB...
tapi Che Ezaitie tau Mr. NB sakit berpunca salah makan vitamin ni...
sabtu (20/11/2010) lps balik dr kenduri kawen kwn Che Ezaitie di Flat Sri Temenggong (Flat Polis) terus Mr. NB, Che ezaitie bawa ke hospital...
Mr. NB terpaksa check in hospital kt...


keadaan Mr. NB sgt tenat...
deria Mr. NB terseksa....
hati Che Ezaitie pun terseksa sama..
Mr. NB terpaksa ditahan di hospital selama hampir 3 hari tapi sayang Che Ezaitie dh balik sini..x dapat jenguk Mr. NB apa tah lagi nak jemput Mr. NB balik ke rumah...
kejamkan Che Ezaitie??? tapi Che Ezaitie terpaksa balik atas tuntutan kerja sayang...
maafkan Che Ezaitie yerk? 
Mr. NB jangan marah Che Ezaitie ok?
sob..sob..sob...


selasa (23/11/2010) Hospital call yang Mr. NB dah boleh keluar...
Che Ezaitie suka sangat.... ;-)
sayangnya Che Ezaitie tak ada transport nak pi amik Mr. NB...;(
Tapi nasiblah ayah Che Ezaitie sudi amik Mr. NB bawa balik...
dan bernasib baik jugak sbb cost & bil perubatan Mr. NB tak di charge sbb Mr. NB dibawa jumpa panel perubatannya..


hari ni dah genap 5 hari Che Ezaitie x jumpe Mr. NB...rindu tau...sangat rindu...terlalu rindu....
tak sabar rasanya nak bawa Mr. NB balik ke rumah kita semula...
mesti Mr. NB pun akan rindu pada Che Ezaitie dan rumah kita kan sayang?
lepas ni Che Ezaitie tak akan bagi Mr. NB makan salah vitamin lagi ok sayang?
Che Ezaitie janji...


Mr. NB,
janji tau tunggu Che Ezaitie balik jumaat ni...
akan Che Ezaitie akan peluk cium Mr. NB lame-lame...
serius memang rindu sangat pada My MR. NETBOOK...

Sunday, November 14, 2010

Calon Menantu Mak - Bab 4



         

Bab 4

            Dua bulan selepas kejadian Daim masuk hospital dan Mak Cik Kesuma Dewi  di ragut, keadaan kembali seperti sedia kala. Abang Daiz sekeluarga sudah kembali ke Johor.  Abang Dani kembali sibuk dengan tugas-tugas di PERKIM manakala Kak Lin pula sibuk dengan perniagaan Kuih Bulan versi halalnya. Kak AD juga semakin sibuk di Unit Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Delila dan Delita pula semakin sibuk dengan peperiksaan akhir tahun sekolah. Daim pun dah kembali ke kem. Tinggallah Mak Cik Kesuma Dewi keseorangan kembali.  Saat sendirian ni la buat Mak Cik Kesuma Dewi teringat akan Dhia.
            Menyesal tak sudah Mak Cik Kesuma Dewi bila dia teringat yang dia tidak mengambil nombor telefon Dhia. Kalaulah sempat, sure dah dipadan-padankan Dhia dengan Daim.  Wah nama pun dah nak dekat-dekat sama dah. Dhia Lutfiyyah... Daim Hanafi…Dah ok sangat dah ni. Kira boleh on ni.  Mak Cik Kesuma Dewi tersenyum sendirian sambil duduk di tangga rumah menanti Delila dan Delila pulang dari sekolah.  Bergitulah Mak Cik Kesuma Dewi sejak 30 tahun lepas.  Setiap kali tiba masa arwah suami dan anak-anaknya pulang pasti Mak Cik Kesuma Dewi telah bersiap sedia menunggu di depan rumah. Padanya, itu pengikat kasih sayang.  Tapi sejak 10 tahun lepas Mak Cik Kesuma Dewi hanya menyambut kepulangan anak dan cucunya sahaja.
            Masih Mak Cik Kesuma ingat hari terakhir arwah Pak Cik Muda Hitam di sambut kepulangannya. Hari itu arwah Pak Cik Muda Hitam pulang lebih awal.  Di bawa pulang segala macam keperluan untuk memasak Nasi Lemak Ayam rempah. Terkejut Mak Cik Kesuma Dewi bila tiba-tiba arwah Pak Cik Muda Hitam pulang dan terus memeluknya dari belakang. Masa itu Mak Cik Kesuma Dewi sedang menjemur pakaian.
            “Eh! Awal abang balik?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
            “Saja balik awal, Dewi. Rindu dengan awak,” jawap Pak Cik Muda Hitam.
“Dewi, malam ni awak masakkan abang Nasi Lemak Ayam Berempah ye? Abang teringin sangat nak makan. Kalau beli kat luar tak puas,”
            “Boleh. Untuk abang apa-apa pun boleh,” senyum Mak Cik Kesuma Dewi.
            “Terima kasih, Dewi,” Pak Cik Muda Hitam mengucup dahi Mak Cik Kesuma Dewi. Lama.
Perlahan-lahan Mak Cik Kesuma Dewi mengangkat muka, “malu la abang kalau anak-anak tengok.”
Pak Cik Muda Hitam hanya tersenyum. Dirangkulnya pinggang Mak Cik Kesuma Dewi. Mereka berjalan beriringan naik ke rumah. Mak Cik Kesuma Dewi terkejut. Apa kena laki aku ni? Tak sihat ke buang terbiat. Tak pernah-pernah macam ni. Hati Mak Cik Kesuma Dewi berteka-teki. Hatinya mula terasa sayu. Kenapa ni?
“Amboi mak dengan abah bukan main romantik lagi. Class gitu,” Kak AD dan Daim yang baru pulang dari sekolah galak menyakat Mak Cik Kesuma Dewi dan Pak Cik Muda Hitam. ‘Blusher’ pipi Mak Cik Kesuma Dewi. Pak Cik Muda Hitam lagi galak memegang pinggang Mak Cik Kesuma Dewi.
“Biarlah tu tanda abah sayang mak kamu,” diciumnya pipi Mak Cik Kesuma Dewi. Makin merah ‘blusher’ Mak Cik Kesuma Dewi.
“Wah! Mak merah ‘blusher’? Jenama pe mak pakai. Kakak pun nak beli jugak la. Makin lama makin merah pipi mak. Hehehe…” sakat Kak AD. Mak Cik Kesuma Dewi menahan malu.
“Hahaha…”gelak Daim tumpang sekaki.
“Sudah…sudah. Cepat masuk rumah. Boleh tolong mak masak Nasi Lemak Ayam Berempah,” akhirnya Mak Cik Kesuma Dewi bersuara.
“Yeah…yeah…” jerit Kak AD dan Daim.
Mak Cik Kesuma Dewi terus berlalu masuk ke dapur.
“Dahlia pi panggil Adik dan Chu masuk ke rumah. Kang pantang lepa hilang dua kembar tu. Tu je lah anak terakhir abah dengan mak kamu,” arah Pak Cik Muda Hitam.
Mak Cik Kesuma Dewi terpukul sendirian. Hatinya mula tidak senang.
“Meh! Abang tolong awak masak, Dewi. Bak mai sini ayam tu Abang belah-belah.  Awak tu kang kalau belah ayam hancur. Agaknya kalau Abang dah takde nanti siapa la yang nak tolong awak belah ayam ni ye, Dewi,”
“Kitakan ramai anak yang boleh membantu.  Insyallah boleh nanti diharapkan,” disejukkan hatinya walaupun hatinya sudah tak keriuan.
            “Insyallah. Rasanya Abang dah berikan cukup ilmu agama pada anak-anak kita ye, Dewi?” bicara Pak Cik Muda Hitam sambil memandang Mak Cik Kesuma Dewi.
            “Insyallah, Abang,” hanya itu yang mampu Mak Cik Kesuma Dewi balas.
            Mereka memasak berdua. Kak AD dan Daim sudah pergi mengaji dengan jiran selang dua rumah. Balik je dari mengaji, terus Kak AD mandikan adik kembarnya. Daim pula sudah ke Padang bermain bola. Selesai je Kak AD meyiapkan adik kembarnya, dia terus ke dapur untuk membantu mak dan ayahnya memasak.
            “Dahlia, hari ni abang-abang kamu balikkan? Kenapa tak Nampak batang hidup mereka,” soal Pak Cik Muda Hitam sambil mengerling jam. Kak AD menjadi pelik.  Biasanya Pak Cik Muda Hitam tidak kisah akan kepulangan abang-abangnya sebab tahu akan kesibukan mereka di kampus.
            “Entahlah abah, Along cakap dia sampai sebelum maghrib nanti. Angah pula sepatutnya dah sampai ni sebab Angah cakap dia naik bas pukul 11 pagi tadi.  Maybe pi jumpe kawan-kawan dia kot abah?” balas Kak AD.
            “Ha iye la. Dahlia nanti dah habis STPM ni nak sambung ambil medic kan? Belajar baguih-baguih na.  nanti boleh jaga mak,” diusap rambut Kak AD perlahan.
            “Abah ni habislah bau bawang rambut Kakak,” marah Kak Ad. Pak Cik Muda Hitam hanya ketawa melihat Kak AD yang mencium-cium rambutnya.
            “Assalamualaikum…” serentak kedengaran suara orang memberi salam dari pintu belakang. Abang Daiz dan Abang Dani dah balik.
            Mereka berdua meletakkan bag ditepi kemudian menyalam tangan kedua-dua orang tuanya. Pak Cik Muda Hitam bangun dari kerusi yang diduduknya kemudian memeluk erat anak-anaknya. Kelihatan sangat gembira berjumpa anaknya berdua. Abang Daiz yang jauh di utara, Abang dani yang jauh di timur. Berjumpa bila kala cuti semesta sahaja.
            “Tak sangka abah sempat tengok korang berdua lagi,”
            Abang Daiz dan Abang Dani memandang pelik.
            “Sudah, sudah pi la kome mandi nanti kang boleh makan sama-sama. Dahlia pi panggil Achik balik dah nak senja ni. Along, Angah kamu dah solat belum? Kalau belum solat dulu,” Mak Cik Kesuma Dewi memotong terlebih dahulu.  Hatinya terus berdebar. Ya Allah Ya Tuhan apakah pertandanya ini.
            “Ha, kang Solat Maghrib solat berjemaah sama-sama. Abah nak jadi imam terakhir hari ni,” senyum Pak Cik Muda Hitam.
            “Awatnya Abang dah mau jadi imam kami lagi ka?” Mak Cik Kesuma Dewi tidak dapat menahan rasa.
            “Dak eh…saja ja kot-kot nak bagi anak jantan awak ni pula jadi imam. Satu hari nanti kalau Abang dah takda, ada la pengantinya nanti,” senyum dan terus tersenyum.
            Semua memandang Pak Cik Muda Hitam kehairanan.
Malam itu, selepas siap-siap makan malam semua terus mengambil wudhuk untuk solat maghrib dan isyak berjemaah. Abang Daiz mengazankan azan Maghrib dan Abang Dani mengqamatkan azan. Pak Cik Muda Hitam selaku imam. Yang lain sebagai makmum tapi Delila dan Delita pula di letakakan dikatil mereka yang penuh dengan mainan.
Usai Solat Maghrib, Pak Cik Muda Hitam mengajak semua membaca Surah Yassin bersama-sama.  Selesai membaca Surah Yassin dan yang lain mengaminkan doa-doanya. Pak Cik Muda Hitam meminta Kak AD dan Daim mengambil Delila dan Delita ke tempat mereka solat.
“Abah tengok anak-anak abah semua dah besar kecuali Adik dan Chu. Mak dan abah pun dah makin tua. Abah kalau boleh tak mau anak-anak abah ni lupa setiap ajaran mak dan abah. Kalau boleh selalulah jengguk mak kalau abah dah takda nanti,” bicara Pak Cik Muda Hitam.
“Along selaku abang yang sulung, tanggungjawab kamu berat. Nanti abah dah tak ada, kamu akan jadi kepala keluarga. Angah kamu pun bergitu. Abah tau kamu perangai pendiam tapi sekali sekala jadi peramahlah dengan adik-adik kamu yang lain. Dahlia, kamu nak jadi doktor kan? Jadilah doktor yang boleh rawat mak kamu bila mak kamu sakit nanti. Achik pula nak jadi askar kan? Belajar rajin-rajin ye nak.  Jadi askar yang berpangkat tinggi bukan askar yang berpangkat rendah. Achik pun kena jaga mak ye nak? Delila dan Delita meh sini kat abah?” dipanggilnya dua anak kembarnya. Dua-dua diletakkan diribanya.
“Delita…Delila…nanti dah besar jadi anak yang berguna ye? Jadi anak yang pintar ye? Abah sayang Delita.  Abah sayang Delila,” diciumnya pipi Delila dan Delita.
“Abah sayang adik je ke? Abah tak sayang Along?
“Sayang…,”
“Angah?
“Sayang…”
 Kakak dengan Achik?” soal Delita.
“Sayang..”
“Abah sayang semua anak-anak abah. Abah sayang isteri abah.” Menitik airmata Mak Cik Kesuma Dewi mendengarkan kata-kata Pak Cik Muda Hitam.
“Azan Isyak dah masuk dah. Jom solat. Along azan ye nak? Kali ni abah nak dengar Achik pula qamatkan azan. Boleh?” Daim hanya mengangguk.
Solat Isyak tu suara Pak Cik Muda hitam sangat merdu kedengaran. Usai solat Isyak, Pak Cik Muda Hitam membacakan doa. Tiba-tiba Pak Cik Muda Hitam rebah. Mak Cik Kesuma Dewi berlari mendapatkannya.
“Abang…” menitik airmata Mak Cik Kesuma Dewi.
“Dewi, abang rasa janji abang untuk berjumpa dengan pencipta abang dah sampai.” Penuh kepayahan Pak Cik Muda Hitam berbicara.
“Bawa mengucap abang. Along call ambulance cepat,” berjurai-jurai airmata yang keluar dari tubir mata Mak Cik Kesuma Dewi. Abang Daiz cepat-cepat mencapai handphonenya mendail nombor ambulance.
Delita dan Delila kebingungan. Kak AD dan Daim dah menangis di hujung kaki Pak Cik Muda Hitam. Abang Dani pula perlahan meniupkan syahadah ke telinga Pak Cik Muda Hitam.
“Jangan nangis…jangan nangis…abah tak mau anak-anak abah menangis. Abah dah nak pi dah ni. Abah tunggu kamu semua di sana. Insyallah kita semua akan bertemu kembali.” Berombak dada Pak Cik Muda Hitam.
“Bawa mengucap abah…”bicara Abang Dani.
Bergerak-gerak bibir Pak Cik Muda hitam. Sekali dadanya berombak. Dua kali dadanya berombak kemudian…
Pak Cik Muda Hitam telah kembali kepada Maha Pencipta Semesta Alam.
“Abang…”Mak Cik Kesuma Dewi menjerit.
“Abah…” Kak AD terus mencium kaki Pak Cik Muda Hitam. Tak dapat ditahan airmatanya lagi. Abang Daiz terus berlari mendapatkan Pak Cik Muda Hitam. Menangis Abang Daiz memeluknya. Abang Dani menangis disisi arwah.
“Mak, kenapa mak nangis?” soal Delita. Dirangkulnya anak kecil itu di dalam pelukakannya.
“Abah dan tak ada sayang…”
“Mak tipu.  Abahkan ada kat sini?” soal Delila. Semakin menitik airmata Mak Cik Kesuma Dewi. Ya Allah Engkau tetapkanlah iman hambaMu ini.


“Assalamualaikum…mak,” tegur Delita dan Delila yang baru pulang dari sekolah. Mak Cik Kesuma Dewi tersentak.
Sambil mengesat airmata, “wa’alaikumsalam…anak-anak mak dah balik?”
“Ha’a…dah lama dah mak.  Kenapa mak menangis ni?” tegur Delita sambil duduk disisi kanan Mak Cik Kesuma Dewi.
“Eh! Mana ada. Habuk masuk mata kot. Tunggu kamu berdua balik lame beno.” Balas Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ye la tu mak.  Mak ingat arwah abah yerk?” duduk pula Delila di sisi kiri Mak Cik Kesuma Dewi. Mak Cik Kesuma Dewi memeluk kedua-dua anak bangsunya.  Airmatanya mengalir kembali.
“Mak janganlah sedih-sedih.  Ustazah cakap kita tak baik menangiskan orang yang dah tiada.  Kesian orang tu. Sedih dia di sana.” Sambung Delila.
Sambil mengesat airmata, “ye la mak tak nangis dah. Jom kita masuk ke dalam. Hari ni mak masak sambal tempe.”
“Alah! Mak ni hari-hari tempe. Tak bestlah. sekali sekala masaklah Lamp Chop ke? Spaghetti ke? Macroni Cheese ke?” bicara Delila sambil bangun mengekor bontot Mak Cik Kesuma Dewi. Delita ni bercita-cita nak menjadi Chef Antarabangsa. Tu pasai selera dia selera orang putih semua.
“Apalah kau ni Adik? Tak reti bersyukur betullah.  Nak harapkan kau masak? Jawapnya berasaplah rumah.  Kau dah lupa apa kau buat dengan mak punya periuk gara-gara kau nak test masak SPAGHETTI BOMBASTIC kau tu? Sampai nak terbakar rumah kau kerjakan. Tak pasal-pasal mak kena beli dapur baru. Lupa ke?” panjang lebar bebel Delita. Delila hanya sengih menampakkan giginya.
Dulu, Delila pernah nyaris nak membakar rumah. Kononnya nak masak spaghetti untuk makan malam mereka tiga beranak. Masa tengah merebus spaghetti, ada pangilan untuknya. Leka berbual sampai kering air dalam periuk.  Nasiblah masa tu Mak Cik Kesuma Dewi masuk ke rumah dari pintu belakang selepas mengambil jantung pisang di belakang rumah. Cepat- cepat dipadamkan api dapur.  Tapi masa tu dah hampir nak terbakarlah juga dapur tu. Spaghetti tu pun dah melekat pada periuk. Periuk pula jangan cerita la. Rentung. Menjerit orang tua tu pada anak dara dia dua orang nun. Dua-dua kena bebel. Malam tu tak pasal-pasal makan lauk bungkus beli dekat gerai Mak Cik Senah di hujung jalan. Kalau tak, tak tahu la apa jadi agaknya. Takde la kot terjadi novel ni agaknya.  Hehehe…
Suara telefon nyaring kedengaran. Sakit telinga. Ni mesti Mak Cik Kesuma Dewi yang pi kuatkan volume ringing telefon. Delila menjawap pangilan tersebut kemudian menjerit memanggil Mak Cik Kesuma Dewi.
“Chu, chu reti tak panggil mak elok-elok? Kamu dah anak dara. Udoh akil baligh.  Kalau orang dulu-dulu dah ada anak sorang tau.  Cubalah jaga tingkah laku tu sikit. Lembutlah sikit,” tegur Mak Cik Kesuma Dewi.
“Hehehe…sorry mak tak sengajalah. Ni Kak AD call,” diberikan gangang telefon kepada Mak Cik Kesuma Dewi kemudian dia berlelu pergi.
Mak Cik Kesuma Dewi memandang dengan ekor mata, “Ha jalan tu cube le kepit sikit. Macam jantan berjalan je dah.”
“Yelah…yelah..” sengaja Delita jalan terkepit-kepit seperti menahan kencing. Sekali gedebuk kusyen hingap di belakangnya. Nasiblah tak jatuh tangga dibuatnya. Hai jalan kepit salah jalan macam jantan salah dah tu nak jalan macam mana? Jalan macam Doremon la lepas ni. Hahaha…
“Kenapa tu mak? Gamat semacam je kakak dengar,”
“Ni ha tengah geram dengan Si Chu, makin menjadi-jadi pula perangainya. Mengalahkan jantan je dah. Nasib la tau juga masak, mengemas kalau tak entah la mau takde sape nak masuk meminang,”
“Hehehe…biarlah mak Chu dengan Adik pun baru nak masuk 13 tahun mak. Nanti makin besar makin eloklah tu,” ketawa kecil Kak AD dihujung takian.
“Ha mak, kakak call ni nak bagi tahu malam ni kawan kakak nak datang rumah,” sambung Kak AD.
“Kawan lelaki ke kawan perempuan?” Soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“ummm…ummm…hehehe,” ketawa gedik Kak AD dah mai dah.
“Kalau dah merenyam ruper ni, kawan lelaki la tu.”
“Lebih kuranglah. Hehehe…” gedik lagi.
“Apa pula lebih kurang? Dia tu separuh lelaki separuh perempuan ke?”
“Ish! Tak la mak. Lelaki tulen la mak.”
“Dah tu lebih kurang lebih kurang pula kenapa?” marah manja Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ye la mak. Nanti mak masak lebih sikit ye? Dalam pukul 8 kami sampai. Kakak habis kerja dalam jam 3 kang tapi kena stands by sampai jam 5. Mak faham-faham je la kalau dah duduk di unit ni,” terang Kak AD.
“Ha iye la mak faham sangat,”
Talian dimatikan. Kak AD sejak duduk di Unit Kecemasan ni jarang-jarang dapat jumpa. Kadang-kadang time cuti pun boleh dipanggil bertugas.  Tapi nak buat macam mana. Nak dimarah kang kita kenalah faham kerja dia macam mana. Berkongsi dengan rakyatlah katakan.
“Adik, Chu. Cepat solat kemudian makan lepas tu ikut mak pi pasar tani kejap,” jerit Mak Cik Kesuma Dewi dari ruang tamu. Semenjak kes 2 bulan lepas memang ke mana-mana Mak Cik Kesuma Dewi akan membawa dua orang askar kecilnya ikut bersama. Sejak dari kes tu jugalah Mak Cik Kesuma Dewi bermati-matian memaksa Delila dan Delita mempelajari ilmu mempertahankan diri. Memang haru biru jugalah mula-mula dulu. Delila ok je sebab jiwa dia ganas bin brutal macam Daim. Delita ni kurang sikit tapi mau la juga diikutnya kata Mak Cik Kesuma Dewi. Kang kena fire kang payah.
“Ish! Mak ni kitaorang kat sini je. Tak payah la nak main jerit. Pekak telinga chu.”
Terkejut Mak Cik Kesuma Dewi. Rupa-rupanya dua anak bertuah ni ada kat belakang dia je.
“Hai mak, Kak AD nak bawa balik boyfriend yerk? Soal Si kepoh Delita.
“Entah. Katanya kawan lelaki,”
“Kawan lelaki tu boyfriend la tu mak,” sambung Delita.
“Eh sibuk la kau ni adik. Tapi kan mak possible juga mak sebab sejak balik Malaysia ni Kak AD banyak tersengih sorang-sorang. Macam orang bercinta. Kalau jawap call pun lari jauh-jauh.  Nak-nak yang ringtones dia lagu Jamal Abdillah. Lagu pe yerk? Ala lupa lak. Ala lagu apa dik? “ Berkerut dahi Delila memikirkan tajuk lag utu.
“Lagu Kau Kekasih Awal dan Akhir la chu,” jawap Delita.
“Ha lagu tu la mak,”
“Iye ke cakap kamu berdua ni? Kalau la betul Alhamdullilah. Dapatlah mak menantu lelaki sulung,” jawap Mak Cik Kesuma Dewi sambil berlalu ke dapur.
“Chu, mesti handsomekan bakal abang ipar kita?” gedik Delita.
“Chu rasa tak kot,”
“Pasai pa pula?”
“Sebab Chu ada dengar kawan-kawan cakap kalau kita lawa pasangan kita mesti tak lawa. Barulah kontra. Dalam kes ni Kak AD kan lawa nak mampuih. Mestilah pakwe dia biasa-biasa je.” Terang Delila.
“Ye ke? Ahh…karut la semua tu,” Delita pula beralih ke dapur.
“Tak percaya sudah,” balas Delila.
Selepas solat dan makan tengahari, Mak Cik Kesuma Dewi bersama-sama pendekar dua bersahabatnya pun berjalan kaki ke Pasar Tani di kampung sebelah.  Nasiblah nak buat macam mana.  Nak bawa motor tak pandai. Nak suruh anak dara dua orang ni bawah umur. Kalau kena saman tak ke haru nak membayarnya. Jalan kaki je lah labu.
###
Malam tu, Mak Cik Kesuma Dewi sengaja menjemput Kak Mila sekeluarga makan bersama. Tujuannya nak mengelakkan pekara tak diingini berlaku. Kak Mila ni kerani di Pejabat Pos. Ada anak-anak kecil tiga orang. Suaminya pula polis.  Kebetulan minggu ni suaminya bertugas malam jadi memang Mak Cik Kesuma Dewi suka jemput Kak Mila ke rumah. Anak-anak Kak Mila pun dah biasa dah dengan Mak Cik Kesuma Dewi sekeluarga sebab depan rumah Mak Cik Kesuma Dewilah mereka selalu bermain.
“Assalamualaikum…” kedengaran suara Kak AD memberi salam. Wah tepat jam 8 malam sampai. Tak ada cepat tak ada lambat.
“Wa’alaikumsalam…” sambut Kak Mila.
“Ha jemput masuk…jemput masuk,” pelawa Kak Mila.
“Apa khabar mak cik? Sihat?” kawan Kak AD menghulurkan tangan kepada Kak Mila.
“You ni Kak Mila la bukan mak I,” cuit Kak AD.
“Oh ye ke? I ingat mak you tadi. Padanlah I tengok semacam je mudanya. Hehehe…sorry ye kak?” kawan Kak AD melawak la pula.
“Tak apa…dah biasa dah. Memang dah patut panggil mak cik pun. Anak dah bergerendik,” balas Kak Mila. Kak AD hanya mengeling.
“Kak Mila dah lama ke sampai?” Kak AD menyalam Kak Mila.
“Baru je lagi Dahlia,” balas Kak Mila sambil menyambut salam Kak AD.
“Aiman, aiman...” di agahnya anak bongsu Kak Mila yang baru berusia lima bulan. Sambil tersenyum-senyum pada kawanya. Malu kawanya sekejap. Dulu masa Aiman lahir Mak Cik Kesuma Dewi yang sambut sebab dah tak sempat nak ke hospital dah masa tu. Memang darurat betul.
            “Ha tu baru mak Dahlia,” tegur Kak Mila pada kawan Kak AD.
            Kawan Kak AD terus bangun untuk bersalam dengan Mak CIk KEsuma Dewi.
            “Oh! Ni la kawan kome ye Dahlia? Nama siapa ni?” tanya Mak Cik Kesuma Dewi.
            “Nama saya Nik Aiman bin Nik Yusof.
 Tersentak Kak Mila, “Lah patut la semacam je muka tadi sama nama dengan ‘Aiman’ la. Beza Aiman Junior ni namanya Wan Muhammad Aiman. Tak gitu sayang?” di agahnya anaknya yang bernama ‘Aiman’.
            Semua dah bantaikan gelak.
            “Dah meh semua kita pi makan meh. Kang lauk sejuk tak sedap,” ajak Mak Cik Kesuma Dewi.
            “You ni sengajakan?”
            “Alah, bukan selalu pun,” jawap Kak AD terus berlalu ke dapur.
            Sampai di meja makan, Delita dan Delila dah menyiapkan kemasan terakhir. Masing mengambil tempat masing-masing.
            “You ni I kenaikan adik kembar I. Yang ni Delita yang ni Delila. Baru masuk Sekolah Menengah,” terang Kak AD tanpa diminta.
            “Boleh tahan juga bakal abang ipar kita ni Adik,” bisik Delila
            “Ha kan adik dah cakap. Teori kawan-kawan Chu karut semuanya,” balas Delita.
            “Oh! Ni la dia bakal adik ipar I nanti,” Aiman Senior berseloroh.
Kak AD dah mencubit pingang Aiman Senior, “Aduhh,”
“Ha kenapa beraduh ni?” tegur Mak Cik Kesuma Dewi.
“Tak da apa mak cik. Semut api gigit je,” terang Aiman Senior. Yang lain semua dah gelak.
“Ha ada semut api ka? Adik, Chu lps ni kita kena bersihkan rumah la.  Malu je kat orang, orang mai rumah kena gigit smut api,” balas Mak Cik Kesuma Dewi.
Semua dah pecah gelak. Aiman Senior pula muka dah tebal dua inci.
“Apahal kamu gelak pula ni? Tak faham mak. Ha dah jom makan. Adik pi ambil Aiman masuk dalam buai.  Bukan Aiman Senior Aiman Junior,”
Pecah gelak sekali lagi. Aiman Senior dah tersedak lagi. Delita buat muka blur. Siapa pula Aiman Senior siapa pula Aiman Junior. Tapi tetap di ambilnya Aiman anak Kak Mila masuk ke dalam buai. Lena tidurnya.
Aiman Senior mengambil tempat sebelahan Kak AD. Merka makan dengan gembiranya.
“Aiman ni asal mana?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Saya asal Tumpat, Kelantan, mak cik,” jawap Aiman Senior.
“Oh! Kerja mana ni”
“Saya kerja di wad kanak satu hospital dengan Dahlia,”
“Mak Aiman ni doktor kanak-kanak mak,” terang Kak AD.
“Oh ye ke? Kira baru je la lagi ni kenal dengan Dahlia?” soal Mak CIk Kesuma Dewi Lagi.
“Eh! Tak la juga mak cik. Dah dekat 4 tahun dah kenal. Dulu saya pun study satu university dengan Dahlia. Masa tu saya ambil PhD pengkhususan psikologi kanak-kanak. Saya senior Dahlia pula junior saya,” terang Dr. Aiman. Now kena panggil Dr. Aiman bukan Aiman Senior lagi yerk?
“Oh patutlah tali leher gambar hello kitty,” sapa Delita sambil gelak dengan Delila.
Dr. Aiman Tersentak. Terus di pandangnya nick tie dia. Alamak! Kantoi. Macam mana lah boleh lupa buka tali leher ni. Kak AD pun dah gelak sama.
“Dr. Aiman ni umurnya berapa?” soal Kak Mila pula. Memang awal-awal lagi Kak Mila telah di upah oleh Mak Cik Kesuma Dewi untuk menjalankan tugasan menyoal siasat Dr. Aiman.
“Eh! Kak panggil Aiman je. Tak perlulah panggil Dr. Aiman. Saya 33 tahun dah kak. Dah tua dah,” balas Dr. Aiman dalam malu yang masih bersisa.
“Sebaya Angah la,” tegur Delila pula.
“Siapa Angah?” soal Dr. Aiman blur.
“Abang I la,” jawap Kak AD. Semua gelak.
Selepas je selesai makan malam. Delila dan Delita seperti biasa akan bertugas di dapur. Mengemas meja dan lauk pauk. Mak Cik Kesuma Dewi, Kak Mila dan Dr. Aiman telah ke ruang tamu. Muka Dr. Aiman dah pucat-pucat dah menjadi bahan hari ni. Kak AD pula membuatkan kopi buat mereka di ruang tamu.
“Wah! Kak AD dalam diam-diam dah ada buah hatikan? Tak mau pun cerita dengan kitaorang sedih kitaorang tau,” Delita Si Kepoh memulakan jarum. Kak AD hanya senyum.
“Nanti malam akak cerita ok?” ditatangnya kopi ke ruang tamu.
“Janji tau…” jerit Delita dan Delila.
“Janji,”
Sesampainya di ruang tamu, Kak AD mendapat panggilan kecemasan. Mahu tak mahu terpaksa dia pergi. Bertugas untuk rakyatlah katakan.
“Mak, kakak kena balik hospital la mak. Ada kecemasan,”
“Hai tadi kata stand by sampai jam 5 petang je. Ni dah dekat pukul 10 malam ni pun nak kena bertugas juga ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Biasalah mak cik kalau dah ditempatkan di Unit Kecemasan memang kena sentiasa stand by 24 jam walaupun bukan waktu berkerja kita,” jawap Dr. Aiman bagi pihak Kak AD.
Dulu sebelum dia bergelar doktor kanak dia pun hanyalah doktor biasa je. Pernah duduk di Unit Kecemasan. Rata-rata doktor memang tak suka dengan unit ni sebab mereka terpaksa siapkan mental dan fizikal untuk setiap pesakit yang datang. Ada yang berdarah sana sini. Ada yang ahli keluarga meraung-raung. Ada yang patah kaki. Ada yang demam. Macam-macam kes la. Tapi paling biasa yang kes kemalanganlah.
Kak AD hanya senyum bila ada yang back up.
“Oh gitu. Macam ni Dahlia lepas kahwin cepat-cepat minta posting ke wad ke apa ke? Sanggup ke tinggal anak suami kalau rupe gini? Mau makin kurus Dr. Aiman nanti. Balas Mak Cik Kesuma Dewi. Tersedak kopi, Dr. Aiman dengar.
Kak AD hanya senyum, “nanti dah kahwin, kakak minta tukar ok?”
“U punye kereta dekat hospitalkan? Meh la I hantarkan U.” pelawa Dr. Aiman. Sebenarnya lebih nak melarikan diri. Ingatnya Mak Cik Kesuma Dewi ni jenis mak cik mak cik zaman dulu yang lembut rupanya silap da.  Tak habis Dr. Aiman kena dari awal sampailah hujung.
“Mak, kakak pi dulu yerk?” Dahlia salam tangan Mak Cik Kesuma Dewi dan Kak Mila.
“Ha iye la. Dr. Aiman jangan bawa laju-laju nanti kang tak jadi pula kahwin nanti,” gurau Mak Cik Kesuma Dewi. Tapi memang macam tu pun selalunya. Tak kira siapa pun mesti Mak Cik Kesuma Dewi akan nasihat macam tu.
“Ha yelah mak cik saya bawa 80km/h ke ok?” dinaikan tumb up pada Mak Cik Kesuma Dewi.
“Eh! Mana boleh I kejar nyawa orang la,” tegur Kak AD.
“Ha ok la. Mak cik izinkan saya naik 100km/h pula yerk?
“Hahaha…yelah. Tak kisah lah janji selamat sampai dan selamat pulang.” Jawap Mak Cik Kesuma Dewi Akhirnya.
Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta selepas Dr. Aiman menyalam tangan Mak Cik Kesuma Dewi. Selepas kereta Dr. Aiman hilang dari pandangan mata.
“Nampak elok juga orangnya mak cik. Tersusun je. Kerje pun elok,” cucuk Kak Mila.
“Mak cik pun sebenarnya berkenan tapi tak tahulah adik-beradik yang lain. Mana-mana je la. Janji kahwin. Tak adalah digelar anak dara tua. Pedih dengar diaorang duk canang anak kita,” jawap Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ala mak cik biarkan je. Dia orang tu jelous sebenarnya. Anak-anak mak cik semua menjadi. Tu yang ada je nak bercakap tu,”Mak Cik Kesuma Dewi hanya mengangguk.  Alhamdullilah.