Bab 2
“Oooohhhh... ibu. Where are you?” sengaja Fawwaz
melunak-lunakkan suaranya memanggil Datin Naemah.
Tali leher dan beg kerja dicampakkan
ke sofa di ruang tamu rumah. Langkahnya pantas mencari Datin Naemah. Setiap
pagi dan petang kalau Fawwaz mempunyai kesempatan, Datin Naemah pasti akan
dipeluk dan diciumnya saban hari. Kadang Datin Naemah sendiri pun naik lemas
dengan perangai anak bongsunya. Kadang itu, sengaja je Datin Naemah berkurung
dalam bilik mengelakkan dicium Fawwaz. Dato’ Hakim pun tak pernah cium dia
beria sampai macam ni.
“Alamak! Fawwaz dah balik,”
Mendengarkan kereta Fawwaz masuk ke
dalam garaj kereta, cepat-cepat Datin Naemah melarikan diri ke kebun kecilnya.
Sengaja diambil tanah yang masih basah disapu ke muka. Helak tidak mahu Fawwaz
menciumnya. Al-maklumlah, Fawwaz ni terlalu ke arah kesempurnaan. Jadinya, pada
fikiran Datin Naemah, mesti Fawwaz akan mula membebel tentang kebersihan dan
kemudian mesti akan melupakan niat untuk menciumnya pada hari ini.
Ketawa kecil Mak Cik Faridah
melihatkan Datin Naemah sudah berlari itik meninggalkan ruang dapur.
“Ibu. Dekat sini rupanya Ibu. Penat
Chik cari,” Fawwaz sudah berjaya menjumpai Datin Naemah.
“Eh! Anak ibu dah balik,” tanah
ditangan cepat-cepat disapu ke mukanya lagi.
“Awal anak ibu balik hari ini? Tak
banyak kerja ke dekat office?”
sambung Datin Naemah.
“Umm...ada benda sikit nak cakap
dengan ibu. Tapi nantilah lepas makan malam Chik cerita. Ibu masak pe hari
ini?” soal Fawwaz yang sudah memeluk Datin Naemah. Manja.
“Hari ini ibu masak masak lemak
telur itik,” tolonglah jangan cium aku.
Itulah dia Datin Naemah. Walaupun
mempunyai seorang tukang masak yang diimport
khas dari kampung halamannya di Batu Pahat, Johor. Kerja masak memasak
tetap Datin Naemah lakukan. Bak kata Datin Naemah, air tangan ini adalah
pengikat kasih sayang. Walaupun Mak Cik Faridah tu sudah lama berkhidmat untuk
keluarga Dato’ Hakim dan Datin Naemah, Mak Cik Faridah hanya memasak bila kala
Datin Naemah mengikut Dato’ Hakim keluar Negara bagi urusan perniagaan.
“Sedap. Ibu, kenapa comot sangat ni?
Ish! Ish! Tak macam datinlah ibu ni,” Fawwaz menyapu tanah yang berada dimuka
Datin Naemah.
Dua beranak ini jalan beriringan
dengan tangan Fawwaz memeluk bahu Datin Naemah menuju masuk ke dalam rumah.
“Ibu ni bukan datin moden yang sibuk
berpersatuan sana sini. Ibu ni datin kampung. Yang bercucuk tanam. Yang main
dengan tahi ayam. Yang tak reti duduk diam. Abah jumpa ibu pun masa ibu dengan
basuh kain dekat sungai. Abah kahwin dengan ibu pun masa abah baru je nak
berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Sekarang ni je nasib kita berubah.
Selepas kamu masuk sekolah menengah baru abah dapat pangkat dato’ dan ibu dapat
pangkat datin. Ibu tak nak pun gelaran datin tu. Ibu nak...”
“Ah! Ok, ok. Chik tahu. Tak payah
cakap dah,” Fawwaz mengangkat tangan separa bahu. Tanda menyerah kalah.
Sudah dapat mengagak dah. Mesti nak
cakap “... Ibu nak cucu.” Helah lama yang berlapuk. Sejak dua tahun yang lepas.
“Jadinya?” Datin Naemah mengangkat
kening dua kali.
“Chik mandi dulu. Daa...” Fawwaz meninggalkan Datin Naemah yang tersenyum
kambing di kebun kecilnya.
“Menjadi juga trick aku. hehe...” gelak Datin Naemah kecil.
Tangan yang kotor dan muka
dibersihkan di paip getah. Bersih sebersihnya. Kemudian langkahnya terus di
atur laju menuju ke dapur. Menyambung balik segala tugasan yang masih
tergendala. Urusan masak memasak belum selesai sepenuhnya lagi. Terasa macam
nak buat pajeri nenas pula.
###
Seusainya bersolat Isyak, mereka
sekeluarga menikmati makan malam bersama-sama sekali dengan Tutti Si Pembantu
Rumah, Mak Cik Faridah Si Tukang Masak, Pak Ayob Si Pemandu dan Pak Tam Si
Tukang Landskap. Berginilah selalunya. Tak pernah mereka anak beranak sahaja
makan semeja dan pembantu isi rumah makan dimeja lain. Dato’ Hakim tidak suka
cara bergitu. Semua yang berada dalam rumahnya adalah ahli keluarganya; dan
ahli keluarga kena solat, makan, dan bercuti bersama. Tiada berkecuali. Kecuali
Faizal yang kini berada di Johor Bahru. Menguruskan perniagaan Dato’ Hakim di
sana.
Fawwaz seusai sahaja makan, terus
dipotong buah naga dan dibawa ke hadapan. Mak Cik Faridah membasuh pinggan
mangkuk yang ada. Tutti mengemas meja makan. Pak Ayob dan Pak Tam seperti
biasa, keliling rumah memastikan pintu pagar dikunci dan tiada apa yang
mencurigakan. Selepas daripada itu, lepak sambil hisap rokok dan bersembang
‘orang-orang tua’ bersama Dato’ Hakim. Hanya Datin Naemah sahaja yang sedang
berehat di ruang tamu. Menunggu cerita Fawwaz.
Duduk sahaja Fawwaz di sofa, terus
Datin Naemah menerpa soalan kepadanya. Fawwaz nyaris terlupa dengan apa yang
dijanjikan dengan Datin Naemah tapi mujur cepat diingat balik.Fawwaz mengalih
duduknya mengadap Dato’ Hakim dan Datin Naemah.
“Chik ingat sabtu ni nak suruh ibu
dengan abah masuk meminang sorang gadis ni untuk Chik,”
“Apa?” terkejut Datin Naemah
dibuatnya.
“Air, air,” Dato’ Hakim pun tersedak
buah naga dibuat Fawwaz.
Datin Naemah dengan pantas
menghulurkan air kepada Dato’ Hakim. Mengurut belakang badan suaminya itu. Fawwaz
mengerutkan dahinya. Besar sangat ke permintaan aku tadi? Sampai Abah boleh
tersedak buah naga yang lembut ni. Aku rasa macam tak pun!
“Chik cakap apa ni? Tiba-tiba je
suruh abah dengan ibu masuk meminang. Anak siapa gadis tu?” soal Dato’ Hakim
yang sudah membetulkan duduknya. Datin Naemah mengangguk laju.
Ini bukan perkara main-main.
Tiba-tiba Fawwaz cerita pasal kahwin. Biasa tu seboleh mungkin nak mengelak. Jangan
mimpilah dapat bercerita soal kahwin dalam suasa tenang dan damai seperti
sekarang. Ini, terbalik pula. Takde angin, takde rebut tiba-tiba nak suruh
masuk meminang.
“Lah, ibu dengan abah juga suruh
Chik cepat-cepat kahwin. Sekarang bila Chik nak kahwin lain pula jadi. Macam
tak suka je?” Fawwaz buat muka merajuk.
“Bukan tak suka. Tapi kenapa
tiba-tiba? Chik tak pernah cerita pun dekat ibu yang Chik dah ada makwe. Kalau
ibu tanya mesti Chik mengelat,” Datin Naemah memegang peha anaknya.
“Betul tu, Chik. Abah tengok Chik
selalu je ada dekat office. Bila masa
pula Chik pergi dating?” Dato’ Hakim
juga menyoal Fawwaz, kepelikkan.
“Ha! Itulah yang abah dengan ibu tak
tahu. Sebenarnya Chik memang ada makwe. Saja je Chik tak nak cerita dengan abah
dan ibu. Chik nak kumpul asset dulu
baru boleh kahwin. Sekarang, Chik dah
ada kereta yang habis bayar. Pinjaman pendidikan yang dah lunas. Tinggal nak
beli rumah je lagi. Ummm... dah sampai masa kot untuk Chik kahwin,” Fawwaz
mengetatkan silanya.
“Siapa gadis tu? Abah dengan ibu
kenal tak?” Dato’ Hakim kembali menyoal.
“Nanti abah dengan ibu tahulah.
Pinangkan dia untuk Chik, eh?” Fawwaz membling-blingkan
matanya.
“Tapi, sebelum itu. Ibu kenalah tahu
bakal menantu ibu tu macam mana. Budi pekertinya. Akidahnya. Mak ayahnya siapa.
Elok ke tak elok nak dibuat menantu. Jangan harap rupa je cantik tapi
perangainya tak cantik. Itu ibu tak nak. Apa kata, esok, Chik bawa dia datang
rumah kita? Bagi kenal dengan abah dan ibu. Kalau ok, jangan katakan hari sabtu
nak masuk meminang. Nak kahwin terus pun ibu tak kisah,” Datin Naemah
memberikan cadangannya. Senyuman dihadiahkan kepada Dato’ Hakim.
“Betul cakap ibu tu, Chik. Bawa dia
datang rumah dulu. Kenalkan dengan abah dan ibu, ” Dato’ Hakim menyokong
isterinya.
“Makwe Chik ni bukan orang tak betul
pun. Cuma ada sikit wayar short je,”
“Wayar
short? Maksudnya gilalah tu?” Datin
Naemah membeliakkan matanya.
“Eh!
Tak lah. Ummm... abah dengan ibu kenalah siapa makwe Chik ni. Selalu je dia
datang rumah setiap kali kita buat open
house,”
“Ha?” sekali lagi Dato’ Hakim dan
Datin Naemah terkejut.
“Siapa dia, Chik? Berapa lama dah
Chik kenal dengan budak ni?”
“Umm...adalah dalam 13 tahun dah
Chik kenal dengan dia,” Fawwaz mengira jari jemarinya.
“Ha? 13 tahun? Kawan sekolah ke?”
Datin Naemah sekali lagi terkejut. Fawwaz mengangguk.
Biar betul. Selama ni aku suruh dia
keluar dating dengan gadis-gadis yang
aku pilih, rupanya dia dah ada buah hati ke? Kenapa tak pernah pun budak
bertuah ni bercerita? Kalau dia cerita wal-awal, takdelah aku beria nak
jodohnya mereka. Ish! Ish! Fawwaz ni.
“Chik, ini dah kali ketiga abah terkejut.
Nasiblah abah ni sihat walafiat. Kalau tidak, mahu abah dah kena serangan sakit
jantung tahu!’ Dato’ Hakim memperingatkan Fawwaz.
Fawwaz senyum sumbing. Ini kalau
Abah dengan Ibu tahu yang dia orang nak pinang Mayesa, mahu bukan takat
terkejut je tapi boleh pengsan sekali ni. Hehehe...
“Ibu dengan abah tak payah bimbang
eh? Chik yakin ibu dengan abah mesti suka gadis pilihan Chik ni. Chik pilih dia
sebab apa cirri-ciri yang Chik nak cari semua ada dengan dia. Lagi pun Chik
selesa bila bersama dengan dia. Chik jadi diri Chik sendiri,” ‘Iya ke Mayesa sesuai
untuk aku? Ah! Balun jelah. Nanti kang ibu dengan abah tak nak masuk meminang
pula,’
“Siapa gadis tu?”
“Nak tahu, pinang dia untuk Chik,
sabtu ni. Ok?”
Sementara itu, Mayesa pun sedang
menerangkan hal yang sama kepada Puan Linda dan Encik Idris. Naik nak keluar
anak tekak Encik Idris, menjerit terkejut bila Mayesa cakap ada orang nak masuk
meminang. Bukan itu je, siap lagi ditarik Mayesa duduk dan menuduh Mayesa
melakukan sesuatu yang tak elok sehingga menconteng arang ke muka keluarga.
“Ish! Ayah ni. Along tak buat benda
tak eloklah. Along masih tahu batas agama,” Mayesa memeluk tubuhnya. Orang nak
masuk meminang pun boleh dituduh macam-macam.
“Along jangan main-main ya, Along.
Takde rebut takde taufan tiba-tiba ada orang nak masuk meminang. Ini kalau
takde benda yang dah berlaku, tak akan jadi macam ni punya. Baik Along jujur
dengan ayah. Sebelum ayah jadi Hulk Hogan
depan Along,” sempatlah pula orang tua ni melawak.
Tasya yang berada didapur turut ke
depan. Melihat apa yang membuatkan Encik Idris berang. Mayesa sampai rumah agak
lewat maghrib tadi. Sampai sahaja tak tukar baju lagi terus tolong Puan Linda
memasak. Lepas makan tiba-tiba Mayesa beritahu nak kahwin.
Pelik ni. Ini suatu yang memelikkan
kepala otak. Bila masa pula Along ada pakwe? Aku baru je suruh dia cari pakwe
minggu lepas. Tak akan minggu ini dah jumpa? Ini mesti kes pakwe tangkap muat!
“Along, baik Along cakap terus
terang dengan mak. Along tak main-mainkan pasal ada orang nak masuk meminang
Along? Siapa budak tu? Kami kenal ke?” Puan Linda bertanya lembut kepada
Mayesa.
“Hai, betul. Pakwe Along nak masuk
meminang Along sabtu ni,” Mayesa menjawap malas selepas mengeluh sekejap.
“Hai, Along. Itu hari aku tanya kau,
kau tak beritahu pun kau ada pakwe. Aku tahu kau terdesak lepas apa yang Syafiq
cakap. Tak akan sebab aku baru suruh kau cari pakwe, kau main sambar je siapa
yang ada depan mata kau untuk dijadikan suami? Kau jangan salah pilih Along,”
Tasya ni bagi nasihat ke nak menaikkan darah aku. Ayat dasarkan nak menyindih
je 24 jam. Geram pula aku.
Apa? Kau ingat aku tak boleh cari
pakwe ke dalam masa 3 jam? Boleh je. Jauh lebih baik dari pakwe kau tu. Anak
Dato’ lagi. Sungguh pun anak Dato’ itu
kau kenal.
“Angah, kalau setakat baru ada pakwe
buat apa nak diheboh-hebohkan? Lagi pun, kau tahulah jenis akukan? Aku bukan
suka nak keluar dating ke apa ke? Aku
ni jenis aci redah je. Selagi tak kahwin, buat apalah aku nak usung pakwe aku
ke utara selatan timur barat. Macamlah aku dengan dia takde kerja lain nak
buat. Masing-masing nak cari duit dulu bukan nak bercinta bagai nak rak dulu baru
cari duit. Nanti nak kahwin takdelah kalut nak buat pinjaman sana sini,” Mayesa
menjawap lembut tapi tahap kepedasannya berjaya mengedukan Tasya.
Tasya tahu Mayesa perli dia. Iyalah,
dia dengan Syafiq kalau boleh 24 jam nak berkepit macam suami isteri. Pergi
mana-mana semua nak dengan Syafiq. Suruh hantar pergi kursus pun Syafiq. Teman
beli belah pun Syafiq. Hantar ambil kerja pun Syafiq. Kadang Mayesa pun naik
pelik. Boleh pula Tasya tengok muka Syafiq setiap hari. Tak muak pula yerk? Agak-agaknya
kalau boleh nak dibawa Syafiq tu duduk dengan Mak Ayah agaknya. Tapi bab Tasya nak
buat pinjaman dekat bank untuk kahwin ni, mana Mayesa tahu? Musyil ni.
“Jadinya, selama ni kamu memang ada
pakwelah?” soal Puan Linda sekali lagi.
“Memang ada pun tapi masa mak duk
bagi hint lampu tinggi suruh Along kahwin cepat sebab Tasya nak kahwin, pakwe
Along awal lagi dah ajak kahwin. Tapinya disebabkan masing-masing pun sibuk.
Takde masa nak jumpa. Takde masa nak bercerita secara serius. Jadi, Along diam
jelah. Dibuatnya Along beritahu mak dengan ayah awal tapi masuk meminangnya
makan tahun pun tak guna juga. Nanti mak dengan ayah lagi desak Along,”
Mayesa mengambil nafas sebaris.
“Petang tadi kami jumpa dan kami dah
bincang secara serius. Pakwe Along tu cakap dia akan hantar rombongan masuk
meminang pagi sabtu ni. Dah confirm
ni, barulah Along best sikit nak cerita
dengan mak dan ayah. Iyalah! Dah ada satu tarikh dan masa yang sesuai,” Mayesa
behujah panjang. Sengaja ditampalkan muka bahagialah sangat. Padahal tipu sunat
semata-mata.
“Siapa budak tu? Suruh dia datang
jumpa ayah dulu,” Encik Idris masih setia berdiri dan bercekak pinggang.
“Dia datang hari sabtu ni, ayah
kenal-kenallah,”
“Eh! Boleh macam tu pula. Nak kahwin
bi bukan sehari dua. Makan tahun, Along. Kalau boleh hingga hujung nyawa. Mak dengan
ayah nak kena juga tahu orangnya macam mana? Baik ke tidak? Elok ke tidak nak
buat suami? Ini kalau main aci redah je macam Along, baik tak payah,” Puan
Linda memberikan nasihat kepada Mayesa.
“Betul cakap mak tu. Ayah sokong. Nak
pilih suami ni bukan macam pilih kain, Along oii... kena pilih betul-betul. Ayah
nak kena tengok juga tahap agamanya macam mana. Kerjaya dia. Ha, sekali dengan
duit yang sudah dikumpul. Bukan ayah nak tunjuk ayah mata duitan tapi ayah tak
nak anak ayah susah nanti,” Encik Idris duduk disebalah kiri Mayesa. Agak bertenang.
Mayesa memegang kepalanya. Kata nak
suruh aku kahwin. Bila Si Fawwaz nak masuk meminang, macam-macam pula soalnya. Aduhai!
Pening kepala aku macam ni.
“Okeylah. Sebenarnya, mak dengan
ayah kenal siapa pakwe Along ni. Dia selalu datang rumah kita. Selalu hantar
Along balik sini,” akhirnya Mayesa terpaksa memberikan sedikit klu kepada Encik
Idris dan Puan Linda.
“Siapa? Yang mana satu?” Encik Idris
kembali agesif.
“Nak tahu, tunggu sabtu ni. Dia datang
nanti, ayah kenallah siapa orangnya. Sekarang Along nak mandi. Nak rehat. Esok Along
nak kena gerak pagi. Nak pergi kerja. As’salammualaikum, semua,” Mayesa terus
berlalu pergi dengan meninggalkan Encik Idris dan Puan Linda termanggu-manggu.
###
Fawwaz, kau jadikan datang sabtu ni?
Jadi. Kenapa? Rindu dengan abang ke sayang? Hahaha...
Lutut kaulah, Fawwaz. Aku
tadi dah puas kena gasak dengan mak ayah aku tahu. Hampir nak terbocor. Kau pula
apa cerita?
Hahaha...samalah macam
kau. Aku rasa kalaulah ibu dengan abah aku tahu yang dia orang nak kena pinang
kau. Entah apalah bakal terjadi sabtu ni. Mahu pengsan abah aku dibuatnya. Hahaha...mesti
Tasya bengangkan?
Tasya? Dia sound aku
juga. Tapi lepas tu dia kedu. Puas hati aku kejap. Hehehe... okeylah, Fawwaz,
aku nak tidur dulu. Esok aku nak drive jauh pergi kerja.
Okey, sweet dream. Esok
drive kereta elok-elok. As’salammualaikum...
“Wa’alaikumsalam
Fawwaz,” Mayesa terus mengiring ke kanan dan terus mahu melelap selepas berbalas
mesej Fawwaz.
Tapi
kemudian bunyi nada mesej masuk sekali lagi. Fawwaz. Apa lagilah pak cik ni nak
lagi ni?
Mayesa, esok jumpa. Aku
mana tahu saiz jari kau. Nak beli cincin meminang.
Mayesa
mengetuk dahinya. Apasalah aku boleh lupa nak beli cincin siap-siap dengan
Fawwaz tadi? Aduh! Esok dahlah aku ada ada event
sampai petang. Tak akan nak jumpa Fawwaz malam pula? Tak nak aku! Aduh macam
mana ni yerk?
“Fikir-fikir,
Min. Fikir. Apa nak buat ni?” telefon masih diketuk-ketuk ke dahinya.
A’ha.
Baik jelah saiz jari aku berapa. Apa susah? Tapi apa saiz jari aku? Aduhai! Ini
yang buat aku malas nak jumpa Mak ni.
Akhirnya,
nak ke tak nak terpaksa juga Mayesa mengetuk pintu bilik Encik Idris dan Puan
Linda. Pabila masa mahu mengetuk pintu, Mayesa terdengar perbualan antara kedua
orang tuanya.
“Maknya,
ini semua salah awaklah ni. Kalau awak tak desak anak kita yang sorang tu. Tentu
Along tu tak jadi macam ni,” Encik Idris menyalahkan Puan Linda tapi suaranya
tidaklah tertalu keras.
Iya
Ayahku. Anakmu ini menyokong tindakanmu.
“Ayahnya,
bukan mendesak. Tapi Along tu sudah nak masuk 29 tahun. Saya takut je takde
orang nakkan anak kita. Saya ni sebagai maknya, risau, Bang. Angah dah nak
kahwin tapi Along?”
Betul
juga cakap mak. Nanti takde orang nak ke aku. Nasiblah Fawwaz nak tolong aku.
“Ini,
entah siapalah orangnya dia nak bawa kepada kita. Di buatnya orang yang tak
tentu alam macam mana? Along tu, saya tengok boleh tahan juga tahap aci redah
dia. Entah mana orang je yang dipungut jadi suami,”
Bab
ni Min tak sokong Ayah. Along tak pungut Fawwaz pun. Fawwaz yang offer diri nak tolong Min. Min okey
jelah. Orang nak tolongkan?
“Takkanlah
Along tu nak buat macam tu. Saya rasa, bakal menantu kita ni dikalangan orang
yang kita kenal juga ni, Bang. Entah-entah kawan Along juga. Kawan-kawan Along
tu boleh tahan juga eloknya. Insyallah okey kot. Kite doa je yang baik-baik, Bang.
Mana tahu menantu kita nanti boleh beri bahagia pada anak dara kita yang sorang
tu,”
“Harap-haraplah.
Tapi kalau betul dikalangan kawan-kawan Along. Saya berkenan sangat pada Si
Fawwaz tu. Baik budaknya. Mak ayah dia pun kita kenal,”
Hampir
nak tercekik air liur Mayesa dibuatnya. Tak sangka pula Encik Idris boleh
menyangkakan Fawwaz yang bakal jadi menantu tak berapa nak menantu. Aduhai! Matilah
aku macam ni...
“Saya
pun suka juga. Tapi saya tak rasa Fawwaz tu pilihan Along. Fawwaz tu takat
ditonjol-tonjol je kepalanya. Takut nanti kalaulah Fawwaz pilihan Along,
martabat Fawwaz sebagai suami akan hilang. Lagipun dia orang tu tak pernah
sebulu. Depan kita pun boelh bergaduh. Boleh main tarik-tarik telinga. Saya tak
rasa dialah, Bang,”
“Eh!
Mak aku ni,” Mayesa memusingkan badan dan kembali ke biliknya. Tak jadi nak
tanya saiz jari dengan Puan Linda. Nampaknya, nak tak nak kena jugaklah jumpa
Fawwaz pergi cari cincin. Apa nak dikata?
Esok
aku roger kau masa sesuai ok? Aku ada event esok.
Butang
hantar ditekan dan telefon diletakkan di meja sudut katil. Tidur lagi baik.
4 comments:
best lah citer ni..good job cik writer...sambung cepat yer........
best sangat2x cerita ni...lawak betul lah diorang ni...nak lagi cik writer...he.he.he
best cerita ni...bleh x sambung dengan cepat bab yang ke 3?
x sabar nak baca....
As'salam to all,
minta maaf sgt2..AKDA bab 3 on proses...che ezaitie agak busy sikit sekrg ni dgn tugasan hakiki serta de ganguan mental dr org sakit jiwa..hahaha...xde la gurau je...nt dh siap che ezaitie publish AKDA bab 3 ok dear?
Post a Comment