~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Suatu Pertanyaan Hati


Semakin aku mengenalimu, semakin kuat degupan jantung ini…
Aura nadimu dan nadi ku seakan bersatu menjadi satu.
Tapi aku yang sentiasa menafikan itu.

Semakin aku cuba melupakan mu, semakin kuat ingatanku kepada mu…
Dirimu acap kali berlegar diruang mataku.
Nama mu sering kali meniti  di benak fikiranku
Lakaran wajahmu, beralun-alun terbayang diruang mata.
Suara mu umpama gemersik suara ombak membisikkan nama mu.
Senyumanmu menarik aku untuk turut senyum kepada yang tak pasti.

Dirimu,
Membuatkan aku lemah kaku tak berdaya melupakan mu.

Semakin aku cuba memadamkan segala memori tentangmu,   
semakin itu ceritamu tentangmu menjadi penemanku,
Aku cuba lari dari hakikat ini, tapi langkah ku seakan terhenti .
Berpaling dan terus melangkah kembali dan kembali kepadamu...

Adakah kau untuk ku?
Aku terus bertanya dan bertanya  pada hati
Tapi sang hati sentiasa mendustai…
Hanya diam membisu dan membiarkan otakku mencerna apa maksudmu, hati.
Membiarkan aku mencari sendiri maksud kehadiran ini.
Melepaskan aku hanyut melayani perasaan aku sendiri.

Wahai sang hati,
Tidakkah engkau kasihan pada diri ini?
Umpama kapal terlepas sauhnya?
Umpama nakhota tanpa kelasinya?
Umpama pantai tanpa buih ombaknya?
Umpama langit yang sepi tanpa kicaun kecil si burung terbang riang?

Wahai sang hati,
Tidakkah engkau sedar, tanpa katamu, semua ini hanyalah palsu?
Tidakkah engkau mengetahui setiap luhur hatiku mendambarkan rasamu?
Hanya padamu sang hati, aku mengenai akan rasa ini

Sunday, April 1, 2012

PadaMu Ku berserah...

Ku donggak ke langit, memohon limpahan rezeki kepada kebesaran langitMu,
Ku melangkah dibumi, memunajat keredhaanMu,
Ku kalih kiri dan kanan, memohon restu keampunanMu.
Ku tunduk dan bersujud berdoa memohon jodohku padaMu, Ya Rabil.

Aku tahu, 
Aku tidak bisa mendapatkan segenap rasa cinta agung kerna,
Wanita jahat untuk lelaki jahat dan,
Wanita baik untuk lelaki baik.
Malah aku jua tahu,
Aku tidak bisa merasai nikmat rasa cinta manusia kerna,
Aku terlalu takut untuk menambah dosa kepadaMu,
Aku terlalu naif dan terpedaya pada bisikan Durjana Iblis,
Aku terlalu hina untuk dipertemukan jodoh yang berlandaskan keimanan dan ketaqwaan kepadaMu.

Hanya padaMu, Ya Allah, aku memohon.
Lewat solatku, lewat tidurku, lewat amalanku,
Aku berdoa dipermudahkan urusan jodohku.

Aku hanya meminta seorang imam yang sudi mengimamkan setiap lewat solatku,
Aku merayu seorang menantu terpuji buat orang tuaku.
Aku mengemis kasih dan sayang serta cinta seorang suami kepadaku,
Aku ingin melahirkan zuriat halalku buat seorang ayah yang bertanggungjawab dan pengasih.

Aku tidak pernah putus berdoa kepadaMu, Ya Tuhanku.
Jika Dia jodohku, Engkau tenangkanlah hati ini dan Engkau permudahkan urusan kami.
Jika Dia bukan jodohku, Engkau luputkan ingatanku kepadanya dan,
kurniakanlah dia dengan seorang jodoh yang sesuai buatnya.
Bahagiakanlah dia dengan pilihan jodohnya.
Sempurnakanlah keluarganya yang sakinah...







Monday, August 22, 2011

Kenapa saya masih marah dia?

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia tak pernah hormat mak ayah saya,
sebab dia suka memalukan mak ayah saya,
sebab dia tak pernah minta maaf pada mak ayah saya.

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia suka buat rumah saya macam rumah dia,
sebab dia suka-suka guna barang dalam rumah saya,
sebab dia selalu fikir barang dalam rumah saya dia sorang je yang ada.

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia tak sedar bahawa dia hidup menumpang rumah saya,
sebab dia tak pernah sedar mak ayah saya mak sedara dan ayah sedara dia,
sebab dia tak pernah ada otak dalam nak hidup bermasyarakat.

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia pernah marah saya adik beradik usik barang dia,
sebab dia fikir dia besar, suka-suka dia nakmarah kami adik beradik,
sebab dia selalu berlagak dia yang paling bagus.

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia, nama mak dengan ayah saya dikata orang,
sebab dia, kami adik beradik dipandang hina,
sebab dia, saya masih simpan dendam.....

dendam ini, marah ini, sakit hati ini, akan saya kuburkan suatu hari nanti.
selepas dia minta maaf pada mak ayah saya,
selepas dia sedar apa yang dikata orang itu semua tak benar!

kecewa ini akan terpadam bukannya sekarang.....

Monday, August 15, 2011

Mencari Si Dia.


Carilah dia bukan kerana rupa parasnya yang cantik tapi carilah kerna rupa hatinya yang budiman.

Carilah dia bukan kerana bentuk tubuh badannya semata tapi carilah yang melindunginya dan memeliharanya dari tatapan umum

Carilah dia bukan kerana harta kekayaan yang diperolehinya tapi carilah dia kerna harta ilmuanya yang berguna. 

Carilah dia bukan kerana manis bicaranya tapi carilah dia kerna tutur kata manis bahasanya

Carilah dia bukan kerana peramahnya tapi carilah dia kerna adap yang dipegang dan digendong dihadapan keluargamu.

Carilah dia bukan kerana alimnya dia tapi carilah dia kerna pandainya dia mengajak dan mengajar mereka disekelilingmu berkenaan agamanya.

Carilah dia bukan kerana dirinya sahaja tapi carilah dia kerna siapalah kita untuk dia.

Thursday, April 14, 2011

Kasihnya Bonda



Bonda,
Hampir 24 tahun masa itu akan berlalu,
Masa aku diberi peluang melihat dunia ciptaan Illahi,
Memerhati corak  lakonan watak-watak ciptaan-Nya,
Memahami maksud hidup untuk-NYa,
Hanyalah untuk memperhambakan diri pada yang Esa.

Pasti masih terasa perit dan jerih saat melahirkanku,
Saat Engkau bertarung antara nyawaku dan nyawamu.
Masihku ingat cerita ayahanda
‘Bondamu sakit darah tinggi masa melahirkanmu’
Ya Allah,
Tak dapatku bayangkan saat itu,
Kasihan diriMu, bonda.
Di kurung dalam bilik yang gelap.
Atuk, opah, pak cik, mak cik, sepupu, ipar duai semua berkampung di kamar bersalin
Menantikan saat kelahiranKu, puteri sulungMu.

Bonda,
Masih segar diingatanku akan kepayahan hidup yang kita alami dulu.
Bergitu gigih Engkau mencarikan kami sesuap nasi
Ayahanda pula gigih memperlengkapkan hidup kita.
Siang malam Engkau menjaga kami dengan berhati-hati.
‘Seekor nyamuk pun tidak dibenarkan menyentuh kami’
Terharu mendengar ceritaMu, Bonda.

Kini aku semakin menuju kedewasaan
Semakin pandai mengenal hidup
Semakin kuat menempuh dugaan.

Bonda,
Ku harapkan doaMu selalu disampingKu.
Ku harapkan agar aku dapat berbakti padaMu.
Ku harapkan aku menjadi anakMu yang soleha.