~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)
Showing posts with label Sesuatu Pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Sesuatu Pengetahuan. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Im in Cover Majalah!!!

Oooppppsss! Sebelum dipanjangkan cerita, ini adalah hasil assignment Che Ezaitie sem lepas... nak buat ni berbulan sebabnya x pernah ada basic on Photoshop... macam2 bentuk yang entah apa-apa entah Che Ezaitie buat and kemudian padam. salah satu daripadanya adalah yang bawah ni :


tapi Alhamdullilah de sorg Photoghaper yg sudi memberikan tunjuk ajar. antara komen beliau adalah:

# pic ni fail
# xde soul
# terlalu crawdet
# terlalu banyak mainan colour
# untuk hasilkan design yang bermutu, kau kena pastikan apa yg kau nak tontonkan pada public/pembaca.
# cuba tiru bulat-bulat majalah yang berjaya hasilkan cover terbaik, seperti wanita, pengantin dan macam-macam lagi.
# jangan banyak mainan colour sebab kau akan susah untuk buat pick & match dengan cover kau.
# kalau boleh elakkan latar belakang berwarna. gunakan tone colour or putih or dark. dari sini kau  dapat play save untuk pick & match.

masa dengar member ni cakap, hati memang dah mendidih! tau tak nak buat ni sampai sengkang mata? nak buat ni sampai lupa nak buat menda lain? ttbe je kena perli & komen kaw-kaw punya. maka tahap stress  pun dtg...


tapi takpe... take it as a good challenge...daripada itu maka terhasillah......taraaaaa

last touch up/ final result!
tapi Che Ezaitie ni de jahat sikit. dah submit pada pensyarah baru bgtau member ni tadi.... komen dia berbunyi bergini :

# better than before
# de soul dia tapi masih kurang
# masih crawdet tapi bolehlah sbb de mainan colour.
# penggunaan ikon or pic pun ok. dh de kemajuan
# cuma lain kali pada tulisan ni (EZAITIE NFIB) naikkan lagi sbb dia agak gelap.
# so far so good. 

so, anyone de sesiapa nak beri komentar anda berkenaan assignment Che Ezaitie yang lepas? guest what? gase nak gelak pun de bila tgk diri sendiri jadi cover majalah. and most important thing, Che Ezaitie puas atas usaha gigih diri sendiri. 

moral of the story, kalo kita berusaha untuk lakukan sesuatu, Insyallah kita akan berjaya lakukkannya. walaupun hasilnya tidak melangit seperti yang kita mahukan sekurang-kurangnya mengapai deruan angin diudara....

Sunday, February 5, 2012

Sesuatu Tentang Baginda Rasulullah S.A.W


CIRI-CIRI FIZIKAL RASULULLAH SAW

Hasan Bin Ali meriwayatkan :
"Saya pernah bertanya kepada bapa saudara saya, Hindun Ibnu Abi Halah (yang sangat pandai menggambarkan sesuatu) tentang ciri-ciri fizikal Rasulullah saw. Saya menginginkan agar ia menggambarkan sifat-sifat baginda yang mirip dengan sifat-sifat saya.
Hindun menjawab,
"Tubuh Rasulullah saw besar. Wajah beliau bersinar seperti bulan purnama. Bentuk tubuh beliau lebih tinggi daripada ukuran tubuh yang biasa serta lebih pendek daripada ukuran tubuh orang yang jangkung dan kerempeng.

Kepala beliau besar dan rambut beliau ikal. Apabila rambut beliau mulai memanjang, maka beliaupun menyisirnya. Jika tidak (disisir), maka rambut beliau ketika terurai, tidak pernah melebihi bahagian bawah daun telinga beliau.

Kulit beliau cerah, putih kemerah-merahan. Dahi beliau lebar, bulu mata beliau melengkung dan panjang; kedua bulu matanya hamper bersambung. Di antara kedua bulu mata tersebut, terdapat urat yang timbul ketika beliau marah.

Beliau memiliki hidung yang mancung dengan bahagian atas yang bercahaya sehingga orang yang tidak memerhatikan dengan cermat akan mengira bahwa hidung beliau bengkok.

Janggut beliau lebat dan kedua pipi beliau datar. Mulut beliau lebar, antara gigi dan gigi beliau yang lain berjarak, dada beliau berbulu halus. Leher beliau jenjang dan indah.

Bentuk tubuh beliau bagus dan gemuk yang ideal. Perut beliau sama rata dengan dada. Dada beliau lebar. Tubuh antara dua bahu beliau juga lebar. Persendian tubuh beliau besar, sementara bahagian tubuh yang tidak berbulu nampak bercahaya. Di antara bahagian dada dan pusat beliau, terdapat bulu nipis yg nampak seperti garisan. Tetapi, kedua puting susu dan perut beliau tidak berbulu.

Tangan, bahu dan dada bahagian atas beliau berbulu nipis. Tangan beliau panjang, tapak tangan dan tapak kaki beliau tebal dan jari jemari beliau panjang. Di tengah-tengah tapak kaki beliau tidak menyentuh tanah. Kedua tapak kaki beliau halus sehingga airpun tidak melekat – air yang mengenainya langsung akan hilang, tanpa meninggalkan bekas.

Ketika berjalan, tubuh beliau bergoyang. Beliau berjalan dengan tenang dan dengan langkah yang lebar. Ketika beliau berjalan seakan-akan beliau sedang menuruni tanah yg landai.

Ketika menoleh, beliau menoleh (berbalik) dengan seluruh badan beliau. Beliau sering menundukkan pandangan – beliau lebih sering memandangke bawah daripada mendongak ke atas.

Beliau selalu melihat sesuatu dengan penuh perhatian. Ketika berjalan bersama para sahabat, beliau selalu membiarkan mereka berjalan di depan, dan setiap kali bertemu dengan seseorang, beliau selalu mengucapkan salam terlebih dahulu." (HR Tirmizi, Ibnu Sa'ad, Baihaqi dan Ibnu Adi)

TANDA KENABIAN RASULULLAH SAW

Jabir Bin Samurah ra meriwayatkan :

"Saya melihat tanda kenabian di antara kedua bahu Rasulullah saw iaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati." (HR Tirmizi, Muslim dan Ahmad)

KERAPIAN RAMBUT RASULULLAH SAW

Abdullah Bin Mughaffal meriwayatkan :

"Rasulullah saw melarang kami untuk merapikan rambut dgn berlebihan, kecuali hanya sesekali." (HR Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i dan Ahmad)

UBAN RASULULLAH SAW

Anas Bin Malik meriwayatkan :

"Saya hanya dapat menemukan empat belas uban di rambut dan janggut Rasulullah saw (HR Tirmizi dan Ahmad)

Ibnu Abbas meriwayatkan :

"Abu Bakar berkata kepada Rasulullah saw,

'Wahai Rasulullah, anda telah beruban.' Maka beliau berkata dengan bersabda, 'Yang membuatku beruban adalah surah Hud, Al Waqiah, Al Mursalaat, An Naba' dan At Takwir." (HR Tirmizi, Ibnu Saad dan Hakim)

RASULULLAH SAW BERCELAK

Jabir Bin Abdulllah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda :

"Hendaklah kamu (memakai celak) dengan menggunakan batu celak (al – itsmid) ketika hendak tidur, sebab hal itu dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata)." (HR Tirmizi dan Ibnu Adi)

PAKAIAN RASULULLAH SAW

Ummu Salamah meriwayatkan :

"Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah pakaian gamis." (HR Tirmizi dan Abu Dawud)

BENTUK SELIPAR RASULULLAH SAW

Qatadah meriwayatkan :

"Saya bertanya kpd Anas Bin Malik, 'Bagaimana bentuk selipar Rasulullah saw.? 'Anas Bin Malik menjawab, 'Sepasang selipar beliau menggunakan dua buah Qibal." (HR Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Qibal adalah pelana selipar, iaitu batas depan selipar berupa tali yg diletakkan di antara dua jari kaki.

SERBAN RASULULLAH SAW

Ibnu Umar meriwayatkan :

"Ketika Rasulullah S.A.W. mengenakan serban, beliau menghulurkan serban itu di antara kedua bahu beliau." (HR Tirmizi dan Abu Syaikh)

BATASAN MEMAKAI KAIN SARUNG SEPERTI RASULULLAH SAW

Huzaifah Bin Al Yaman meriwayatkan :

"Rasulullah saw memegang urat betisku atau betis beliau, lalu berkata, 'Inilah batas engkau mengenakan kain sarungmu. Jika engkau enggan (menggunakan kain sarung sebatas betis), maka janganlah kain sarung itu sampai menutupi kedua mata kakimu!'" (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa'i dan Ahmad)

CARA RASULULLAH SAW BARING

Abdullah Bin Zaid meriwayatkan :

"Ia (Abdullah) melihat Rasulullah saw tidur terlentang di dalam masjid dan meletakkan salah satu kaki beliau di atas kaki yg lain." (HR Tirmizi, Bukhari dan Muslim)

CARA RASULULLAH SAW MAKAN

Ka'ab Bin Malik meriwayatkan :

"Rasulullah S.A.W. makan dengan menggunakan ketiga jari beliau. Selesai makan, beliau menjilat ketiga-tiganya." (HR Tirmizi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

GELAS MINUM RASULULLAH SAW

Tsabit meriwayatkan :

"Anas Bin Malik mengeluarkan sebuah gelas yang terbuat dari kayu keras dan dilapisi besi seraya berkata, ` Wahai Tsabit, ini adalah gelas Rasulullah S.A.W." (HR Tirmizi, Bukhari dan
Ahmad)

CARA RASULULLAH SAW MINUM

Abdullah Bin Amr Ibnul Ash meriwayatkan :

"Saya terkadang melihat Rasulullah minum dalam keadaan berdiri dan terkadang dalam keadaan
duduk." (HR Tirmizi dan Ahmad)

Anas Bin Malik meriwayatkan : "Rasulullah saw menarik nafas (menjeda) tiga kali saat minum dari sebuah wadah. Beliau bersabda, `Hal ini lebih menyehatkan dan memuaskan." (HR Tirmizi,
Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

RASULULLAH SAW SENTIASA MENGGUNAKAN MINYAK WANGI

Anas Bin Malik meriwayatkan :

"Rasulullah saw memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya beliau mengharumkan diri." (HR Tirmizi, Abu Dawud dan Ibnu Sa'ad)

CARA RASULULLAH SAW BERBICARA

Hasan Bin Ali meriwayatkan :

"Saya pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun bin Abu Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Saya katakan kpdnya, `gambarkanlah kepadaku bagaimana cara
Rasulullah saw berbicara!'

Ia berkata,

`Rasulullah adalah seorang yamg nampak selalu prihatin dan sentiasa berfikir. Beliau lebih banyak diam dan berbicara hanya seperlunya. Beliau memulai dan mengakhiri pembicaraan beliau dengan menyebut nama Allah. Ucapan beliau selalu padat, terperinci dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan.

Beliau selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Beliau tidak pernah mencela dan memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuatkan beliau marah. Jika kebenaran dilanggar, beliau tidak akan diam hingga kebenaran itu ditegakkan. Beliau juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi.

Ketika menunjuk sesuatu, beliau selalu menggunakan seluruh tangannya. Dalam keadaan ta'jub atau terkejut, beliau selalu membalik (tapak tangannya). Ketika berbicara terbiasa menggunakan
tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul tapak tangan kanan ke tapak jempol kiri.

Ketika marah, beliau berbalik dan berpaling. Ketika senang, beliau menundukkan pandangan. Ketawa beliau adalah senyuman dan gigi beliau nampak seperti butiran salji." (HR Tirmizi)

CARA RASULULLAH SAW BERGURAU

Hasan Al Bashri meriwayatkan :

"Seorang perempuan yg sudah tua mendatangi Rasulullah saw seraya berkata, `Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya boleh masuk syurga.'

Beliau menjawab,

`Wahai Ummu Fulan! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yg sudah tua.'

Mendengar hal itu, perempuan itu segera bergegas sambil menangis. Maka Rasulullah berkata,

`Beritahukan kepada perempuan itu bahwa ia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua.

Allah swt berfirman, `Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung; lalu kami jadikan mereka perawan-perawan yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya.' (QS Al Waqiah 35 -37)" (HR Tirmizi dan Thabrani)

CARA RASULULLAH SAW TIDUR

Aisyah meriwayatkan :

"Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah saw selalu menyatukan kedua tapak tangan beliau seraya membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas, kemudian beliau meniup kedua tapak tangan beliau. Setelah itu, dengan kedua tapak tangan itu, beliau mengusap bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah, sehingga bahagian depan tubuh beliau. Hal itu beliau lakukan tiga kali." (HR Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Nasa'i)

TEMPAT TIDUR RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :

"Sungguh, tempat tidur Rasulullah saw terbuat dari kulit binatang yang dijejali sabut." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

AKHLAK RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :

"Saya sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah saw berusaha untuk membalas kezaliman yang beliau terima, selama hal itu tidak menyebabkan larangan Allah dilanggar. Jika larangan Allah dilanggar, maka beliaulah yang paling keras mengungkapkan kemarahan. Jika beliau dihadapkan kepada dua pilihan, maka beliau akan memilih yang paling mudah selama (hal yg lebih mudah itu) tidak menyebabkan dosa." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

KEHIDUPAN RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :

"Kami, keluarga Muhammad, pernah tidak menyalakan api (memasak makanan) selama sebulan penuh. Kami hanya makan kurma dan air." (HR Tirmizi, Ahmad, Ibnu Sa'ad dan Ibnu Hibban)

KEWAFATAN RASULULLAH SAW

Qasim Bin Muhammad meriwayatkan bahwa Aisyah berkata :

"Saya melihat Rasulullah saw pada hari kewafatan beliau. Di sisi beliau, terdapat sebuah bejana yang berisi air. Beliau memasukkan tangan ke bejana itu, kemudian mengusap wajah dengan air, lalu berdoa, 'Ya Allah, bantulah aku mengatasi sakratulmaut." (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad
dan Ibnu Sa'ad)

WARISAN RASULULLAH SAW

Amr Bin Harith meriwayatkan :

"Rasulullah S.A.W. tidak meninggalkan sesuatu sebagai harta warisan selain sebilah pedang, seekor baghal dan sebidang tanah yang dijadikan sedekah." (HR Tirmizi, Ibnu Sa'ad dan Ahmad)

BERMIMPI MELIHAT RASULULLAH SAW



Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diriku kerana syaithan tidak dapat menyerupaiku." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah
dan Ahmad)

Saturday, February 4, 2012

Biodata Rasulullah S.A.W

As'Salam to all,


Esok merupakan hari kelahiran junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W...jom kita kenal sedikit sebanyak berkenaan dengan sirah Rasulullah. 


BIODATA RASULULLAH S.A.W.

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
    perempuan bapa Rasulullah SAW).

  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
    Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak    
  di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh 

  datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua 
  rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir 
  pada masa itu.


USIA 20 TAHUN

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' jilid1, halaman 184-187 menyatakan 
  pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa 
  hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi 
pertolongan kepada orang yang 
  dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa   
  Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus 
  meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN


1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Saturday, December 3, 2011

Diari lawatan dialog bersama BMW dan juga JPJ Perlis

As'Salam to all,

29 November 2011(Selasa)




- bertolak daripada Office menuju ke Seberang Jaya, Penang pada jam 8:45 pagi.
- sampai di Sunway Hotel Seberang Jaya Penang tepat pada jam 4:50 petang. makanya  
   selama 8 jam 5 minit duduk bertapa diam-diam dalam bus.
- bermalam semalam di Sunway Hotel seberang Jaya Penang (landing ke alam mimpi seawal  
   jam 12:30 tengah pagi)








30 November 2011(rabu)


- check out Sunway Hotel Seberang Jaya Penang pada jam 10:45  
  pagi sebelum meneruskan perjalanan melawat kilang Inokom di 
  Kulim, Kedah. ( tengok pembuatan kereta Mazda, Atos dan paling 
  penting dapat naik masa test drive kereta BMW...)
- selepas daripada melawat Kilang Inokom yang berakhir pada jam 6 petang, perjalanan diteruskan ke Hotel 
  Sri Malaysia Kangar, Perlis (masa ni check in jam 9:30 malam dah. apa lagi, kemaskan diri, solat dan tidur!)


1 Disember 2011 (Khamis)





- Seawal jam 8:30 pagi kami dah bertolak menuju ke JPJ Perlis. sebab kena sampai disana tepat pada jam 
  9:15 pagi tapi terlajak juga ke pukul 9:30 pagi. best ke JPJ Perlis tapi x best sebab diaorg cakap sekarang 
  bukan masa buah mangga haruman manis. kalo tidak, kami kampungkan buah mangga dekat JPJ Perlis.

- bila jam menginjak ke jam 12 tengah hari, kami terus bertolak ke Padang Besar...shooping 
  time...hehehe...memang gilerlah shooping sini..penuh tangan beli barang...pic atas ni adalah sourvenier utk 
  kwn Office...
- habis shooping di Padang Besar, kami dibawa pula ke merentasi ruang sempadan Malaysia-Thailand. 
  merasalah juga nak melangkah menuju ke Thailand...jauhkan kami pergi? bestnyer...
- balik je dr Thailand, kami melawat pula ke ICP ataupun check point JPJ Perlis. di sini barulah tahu, bahawa 
  ada 5 check point. pertama of course Imegersen, ke-2 AADK (Agensi Dadah Kebangsaan), ke-3 Kastam, 
  Ke-4 JPJ dan ke-5 adalah Polis. 


- selepas dari ICP kami terus balik hotel utk siap-siap dinner bersama JPJ Perlis di Restoran Nelayan. 
  dengarnya restoran ni terkenal dengan Pasambor Ketam. tapi sayang tak dapat nak makan seafood 
  sebabnya tengak alergik seafood. agak teruk gak... ;(
- selepas dinner, jalan-jalan kejap dekat sekitar Masjid Al-Hussain kemudian terus balik hotel dan terlelap sampailah ke pagi esoknya.

2 Disember 2011 ( Jumaat)

- this a very best time...time untuk balik... sangat suker sebab dah nak balik... gerak balik pada jam 10 pagi dan sampai di Melaka pada jam 8:30 malam...penatnyer...

oklah...sudah siap sudah upload so, good nite everyone... daa...

Sunday, October 9, 2011

Kursus Transformasi Birokrat & Koporat

As'Salam to all,

seperti yang dijanjikan, Che Ezaitie nak upload sedikit gambar semasa di Taman Negeri Endau Rompin, Pahang. tak banyak yang dapat snap gambar sebabnya duk khemah so nak charge phone kot celah mana? tak akan celah pokok lak kan? 

tak banyak nak cerita tapi kursus ni memang fun habis walaupun penatnya boleh tahan. paling tak boleh tahan Jungle Tracking. 2x Che Ezaitie nyaris give up nak teruskan perjalanan sampai ke check point terakhir. nak meniti 3 titi yang halus. paling x boleh blah, Che Ezaitie ni dah pengayat orangnya. apa lagi? berdetap detuplah jantung. tapi syukur lepas juga meniti titi2 tersebut. terima kasih sangat2 kepada rakan-rakan lelaki team Che Ezaitie. they all mmg support n jaga betul kami team perempuan seramai 4 orang ni. pacat hinggap kat kaki pun, diaorang tolong buangkan. masa-masa darurat ni, tak dapat nak menjaga aurat. terpaksa pegang tangan diaorag semasa nak naik bukit yang curam..semoga Allah ampunkan dosa kami. mana yang dapat kami elak kami elak. tapi bila dah sampai satu tahap terpaksa jua.

lepas dari Jungle Tracking, kami berkayak dengan pelampung pula. dah la tak pandai berenang. nasiblah jurulatih semua sudi ajar water confident..Alhamdullilah selamat jugak.  pakai life jacket pun masih tercuak-cuak ayam jugak. tapi Alhamdullilah. kalau nak tau seronok tak seronok aktiviti berboyan/ berkayak dengan pelampung ni, jangan lupa ikuti CMM bab 39...ada Che Ezaitie cerita sikit.

malam pula ada gak aktiviti. aktiviti Berjalan Malam. asalnya nak buat dalam hutan tapi tak jadi. buat menyusul dengan berjalan kaki dekat 1.5km ke depan. sampai sana kena jawap pula kuiz. nasiblah lepas...susah juga kuiz dia tapi entah macam mana dalam cungap-cungap tu dapat juga selesaikan. Alhamdullilah...

btw nak inform awal-awal, gambar water confident, jungle tracking dan berboyan xde...handphone tak bawa sama. takut jatuh...jadinya ini je yang sempat disnap-snap kami...

 nilah dia peserta termuda...

 tapak perkhemahan



 awek2 seramai 16 orang semuanya...

team 1...terbaek...
kaki sapa yg comey ni?hehehe

Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul Al-Quran.

As'Salam to all,


Salam Nuzul Al-Quran buat semua. Alhamdullilah. hari ni genap 17 hari sudah kita berpuasa. Alhamdullilah juga sebab Allah berikan kita kekuatan untuk melawan hawa nafsu dan godaan yang melanda. Alhamdullilah juga sebab walaupun tak beberapa sihat sejak dari minggu lepas, Che Ezaitie dapat juga bertahan hingga ke hari ini dan amat bermohon kepada yang Maha Esa supaya diberikan peluang untuk berpuasa sehingga genap sebulan. Amin.


Anda semua macam mana puasa tahun ni? ok? best? 


hari ni, dikesempatan ini, Che Ezaitie nak mengajak kita semua mengimbau tentang sejarah Nuzul Al-Quran yang jatuh kepada 17 Ramadhan.



PENGENALAN
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.
PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.
CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN
‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab :
"Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus.
Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu :
  • Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
  • Kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
  • Kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.
Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
Allah SWT berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)
Firman Allah SWT,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)
Firman Allah SWT,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)
Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”
3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).
Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.
Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.
Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas.
Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekaligus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekaligus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir.
Pendapat kedua tentang penurunan sekaligus ke Bait al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.”
Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai ‘keseluruhan al-Quran’. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204, Allah SWT berfirman,
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”
Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekaligus ke Bait al-‘Izzah.
Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w.
Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.
HIKMAT AL-QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR
Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya.
Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman r.a.
Antara hikmat utama Allah SWT merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut :
1. Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah SWT kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah s.a.w. Baginda dapat merasakan pertolongan serta inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.
2. Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.
3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.
4. Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.
AYAT PERTAMA DAN AKHIR DITURUNKAN
Ketinggian kedudukan al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan dapat merobah kehidupan manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan dunia dengan akhirat. Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber utama iaitu al-Quran akan menggambarkan kepada kita mengenai pemeringkatan hukum dan penyesuaiannya dengan keadaan tempat hukum itu diturunkan yang memerlukan per­bahasan mengenai apa yang pertama dan terakhir diturunkan.
1. Yang Pertama Diturunkan
Terdapat empat pendapat mengenai apakah yang mula-mula diturunkan mengenai al-Quran :-
i) Jumhur (Pendapat yang paling rajih atau sahih) bersetuju iaitu yang pertama diturunkan ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq berdasarkan riwayat ‘Aisyah yang dicatatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab hadith mereka. Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (al-Hadith).
Imam-imam yang lain seperti al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Dala’il dan al-Tabrani dalam al-Kabir mengesahkan ayat tersebut adalah yang pertama diturunkan.
ii) Pendapat lain mengatakan Surah al-Muddathir yang pertama kali diturunkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah seorang sahabat. Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, dia berkata: “Aku telah bertanya kepada Jabir bin ‘Abdullah: Yang manakah di antara al-Quran mula-mula diturunkan? Jabir menjawab,” يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ “. Aku berkata, “Atau اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ “. Dia Jabir berkata,”Aku katakan kepada-mu apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Sesungguhnya aku berdiam diri di gua Hira’. Maka ketika habis masa diam-ku, aku turun lalu aku susuri lembah. Aku lihat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Lalu aku lihat ke langit, tiba-tiba aku melihat Jibril yang amat menakutkan. Maka aku pulang ke Khadijah. Khadijah memerintahkan mereka untuk menyelimuti aku. Mereka pun menyelimuti aku.
Lalu Allah menurunkan: ْ يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِر“Wahai orang yang berselimut; bangkitlah, lalu berilah peringatan”.
. Mengenai hadith Jabir ini, dapatlah disimpulkan iaitu pertanyaan tersebut adalah mengenai surah yang diturunkan secara penuh. Jabir menjelaskan yang surah Muddathir diturunkan secara penuh sebelum surah Iqra’ selesai diturunkan, karena yang turun pertama sekali daripada surah Iqra’ itu hanyalah permulaannya saja. Ini diperkuatkan oleh hadith Abu Salamah daripada Jabir yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Jabir berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. ketika bercakap mengenai putusnya wahyu, beliau menyebut dalam percakapannya itu, “Sewaktu aku berjalan, aku terdengar suara dari langit. Kemudian aku angkat kepala-ku, tiba-tiba aku ternampak malaikat yang mendatangi aku di gua Hira’ duduk di atas kursi antara langit dan bumi, lalu aku pulang dan aku katakan: Selimutkanlah aku! Mereka pun menyelimuti aku. Lalu Allah menurunkan ayat,
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ .
Hadith ini menggambarkan peristiwa ini terkemudian daripada peristiwa di gua Hira’, atau al-Muddathir adalah surah yang pertama diturunkan setelah terputusnya wahyu. Dapat disimpulkan ayat pertama untuk kenabian ialah Iqra’ dan surah pertama untuk risalah ialah surah al-Muddathir.
iii) Andaian ketiga ialah berdasarkan satu kenyataan yang diperakukan kepada Ali bin Abi Talib, disebut oleh Abi Ishaq daripada Abi Maisarah. Riwayat yang direkodkan oleh al-Wahidi menyebut: Apabila Rasulullah muncul (dari gua Hira’) dan mendengar suatu suara menjerit, “Wahai Muhammad”, Rasulullah terus pulang ke rumah. Waraqah bin Naufal menasihatkan Rasulullah mendengar kepada suara tersebut. Oleh itu apabila Rasulullah kemudiannya mendengar suara tersebut, beliau menyahut; Suara itu berkata, “Katakanlah, Aku bersaksi sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan bacalah:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ‘……..” (al-Fatihah: 1-7)
iv) Sebahagian ulama tabiin seperti al-Dhahhak bin Muzahim berpendapat ayat pertama ialah Bismillah. Dia menyebut ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: Perkara pertama yang diturunkan oleh malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. dengan beliau mengatakan, “Wahai Muhammad, aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui daripada Syaitan yang dilaknat, dan katakanlah: Bismillahir Rahmanir Rahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.)
Al-Qadhi Abu Bakar al-Baqillani menyebutkan hadith ini sebagai munqati’ dalam kitabnya, al-Intisar. Menurut al-Zarkasyi di dalam kitabnya al-Burhan, sebahagian besar ulama menyatukan hadith riwayat ‘Aisyah dan Jabir dengan menyimpulkan Jabir mendengar Nabi membicarakan peristiwa permulaan wahyu dan dia mendengar bahagian akhirnya sedang bahagian pertamanya dia tidak mendengar. Jadi Jabir menyangka surah yang didengarnya adalah yang pertama diturunkan, pada hal bukan. Ibn Hibban dalam sahihnya menyatakan tidak ada pertentangan antara kedua hadith tersebut kerana ketika turun kepada Rasulullah Iqra’, beliau pulang ke rumah lalu berselimut; kemudian turunlah al-Muddathir.
Surah-surah lain yang awal diturunkan termasuklah al-Masad (111), al-Takwir (81), al-Ala (87), al-Lail (92) dan al-Fajr. Para ulama juga membicarakan ayat-ayat yang mula-mula diturunkan berdasarkan permasalahan atau persoalan tertentu. Di antaranya ia melibatkan i) Pertama kali mengenai makanan-ayat 145 Surah al-An’am, ayat 145 Surah al-Nahl, ayat 173 Surah al-Baqarah dan ayat 3 Surah al-Ma’idah; ii) Pertama kali mengenai minuman- ayat 219 mengenai khamar dalam Surah al-Baqarah, ayat 43 Surah al-Nisa’ dan ayat 90-91 Surah al-Ma’idah; dan iii) Pertama kali mengenai perang iaitu ayat 39 Surah al-Hajj.
2. Yang Terakhir Diturunkan
Pelbagai pendapat mengenai yang terakhir diturunkan tetapi semua pendapat ini tidak mengandungi sesuatu yang dapat disandarkan kepada Rasulullah s.a.w., malah masing-masing merupakan ijtihad atau dugaan. Al-Qadhi Abu Bakar mengatakan mungkin mereka memberitahu apa yang terakhir kali didengar oleh mereka daripada Rasulullah s.a.w. ketika beliau hampir wafat. Antara pendapattersebut ialah:-
i. Pendapat Ibn ‘Abbas-banyak riwayat yang dikaitkan dengan Ibn ‘Abbas:
a. ‘Amir al-Sha’bi meriwayatkan bahawa ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: “Ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah ayat mengenai riba.” Firman Allah,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba – yang belum dipungut -.” (al-Baqarah:278).
b. Ikrimah meriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas menyebut: Ayat al-Quran terakhir diturunkan adalah,
وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ
“Dan peliharalah diri-mu daripada azab yang terjadi pada suatu hari kamu semua dikembalikan kepada Allah.” (al-Baqarah: 281)
c. ‘Abdullah b. ‘Utbah r.a. katanya, ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata kepada saya: “Adakah anda tahu ayat yang terakhir sekali turun? Jawab-ku “tahu” iaitu ِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan) (al-Nasr: 1). Berkata Ibnu ‘Abbas: “Kamu benar.”
d. Said bin Jubayr mengatakan orang-orang Kufah berselisih tentang ayat,
وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (Al-Nisa’:93). Saya menemui Ibn ‘Abbas dan bertanyakan ayat ini dan beliau berkata: “Ayat ini adalah ayat terakhir diturunkan dan selepas itu tidak ada ayat yang menasakhkan ayat ini.”
ii. Pendapat al-Bara bin ‘Azib
Berikut ialah dua kenyataan yang diriwayatkan oleh beliau:-
a. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: “Surah lengkap terakhir diturunkan ialah surah Baraah.Bukhari vol 3 Kitab al-Maghazi hadith 4364.
b. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: ”Ayat terakhir diturunkan ialah,
يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلالَة
“Mereka (orang-orang Islam umat-mu) meminta fatwa kepada-mu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalalah itu………(al-Nisa’:176)
iii. Pendapat Ubay bin Ka’ab
Yusuf b. Mihran meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas yang Ubay bin Ka’ab mengatakan potongan ayat al-Quran terakhir diturunkan ialah,
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (al-Taubah:128)
iv. Pendapat ‘Abdullah bin Amru bin al-‘As
Abu Abdul Rahman al-Halabi mendengar ‘Abdullah b. Amru sebagai berkata: Surah terakhir diturunkan ialah Surah al-Ma’idah.
v. Pendapat ‘Aishah
Jubayr bin Nufayl berkata, “Aku pergi menemui ‘Aishah, yang bertanya kepadaku: Adakah kamu membaca Surah al-Ma’idah? Aku kata: Ya. Dia berkata: Inilah Surah terakhir yang diturunkan……”
vi. Pendapat Umm Salamah
Mujahid b. Jabr mengatakan yang Umm Salamah berkata: “Ayat terakhir diturunkan adalah ayat,
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لأكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
“Maka Tuhan mereka perkenan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan……..” (ali-Imran:195)
vii. Pendapat ‘Umar al-Khattab
Abu Sa’id al-Khudry meriwayatkan daripada ‘Umar al-Khatab yang memberitahu ayat terakhir diturunkan ialah pengharaman riba’ (al-Baqarah:275) dan Rasulullah s.a.w. wafat beberapa hari selepas itu dan perkara riba’ tersebut tidak tertinggal tanpa penjelasan.
viii. Pendapat Mu’awiyah bin Abi Sufiyan
‘Amr Qais al-Kufi meriwayatkan Mu’awiyah mengatakan ayat berikut sebagai ayat terakhir diturunkan,
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada-ku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” (al-Kahfi:110)
Sekiranya kita menganalisis pendapat-pendapat di atas, kita akan menghadapi kesukaran untuk menentukan ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah disebabkan perbezaan pendapat tersebut. Walau bagaimanapun kita boleh membuat rumusan berdasarkan logik;
i. Ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah nampaknya diturunkan bersama kerana ayat ini membicarakan persoalan riba’ dan hukum berkaitannya. ‘Umar dan ‘Abdullah Ibn ‘Abbas mengatakan ayat riba merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sa’id bin Jubayr dan Ibn Jurayj mengenai ayat 281, surah al-Baqarah.
ii. Pandangan Ibn ‘Abbas mengenai ayat 93 surah al-Nisa’ ialah tentang ayat terakhir berhubung pembunuhan seorang Muslim, bukannya ayat terakhir al-Quran. Manakala pendapatnya mengenai surah al-Nasr tidak menjadi masalah. Surah al-Nasr kemungkinan merupakan surah pendek yang terakhir diturunkan, sementara surah al-Baraah merupakan surah panjang yang terakhir diturunkan. Ini tidak bercanggah dengan pandangan ‘Aishah dan Ibn ‘Amr yang mengatakan surah al-Ma’idah merupakan surah penuh terakhir diturunkan. Mereka bermaksud surah terakhir mengenai perkara halal dan haram.
iii. Pandangan al-Bara tentang ayat 176 surah al-Nisa’ sebagai ayat akhir turun ialah ayat akhir tentang faraid. Apa yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab mengenai ayat 128 hingga 129 surah al-Taubah adalah sebahagian daripada surah tersebut yang diturunkan secara keseluruhan sebagai surah panjang yang terakhir diturunkan. Riwayat Umm Salamah pula bukannya mengenai ayat terakhir tetapi lebih kepada jawapan kepada soalan beliau kepada Rasulullah mengenai kedudukan wanita dalam Islam. Pandangan Mu’awiyah pula jelas merujuk kepada yang terakhir diturunkan di Mekah melibatkan surah al-Kahfi termasuk ayat terakhirnya.
Kesimpulannya, Surah al-Taubah sebagai surah panjang terakhir turun; Surah al-Nasr surah pendek terakhir turun; dan ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan.