Bab 10
Penerbangan yang
mengambil masa lebih kurang 40 minit selamat tiba di Lapangan Terbang Kota
Bahru, Pengkalan Chepa Kelantan. Kak AD bertambah kecut perutnya. Muka dia dah
pucat lesi dah. Macam ternampak hantu je dah. Misha yang perasaan akan
perubahan rupa Kak AD dari dalam kapal terbang, terus mengosok-gosok lengan Kak
AD bagi menenangkannya. Kak AD hanya senyum. Dr. Aiman pula sudah mengambil barangan
mereka. Nasiblah masing-masing bawa 1 beg sorang. Kalau berbeg-beg sorang
memanglah bongkok tiga nak mengambilnya.
“Misha, jadi ko Abe
Lee ambik?” soal Dr. Aiman.
“Jadi. Dok mari
lagi kot,” jawap Misha sambil melilau mencari Azli abangnya tapi adik Dr.
Aiman.
“Ha, tu Abe Lee,”
jerit Misha sambil menunjuk ke arah Azli. Azli dah melambai ke arah mereka.
“Lamo tak jumpo
demo. Sihak?” azli memeluk Dr. Aiman.
“Sihak? Mu? Date
sore ja ko?” soal Dr. Aiman sambil meleraikan pelukan Azli.
“Alhamdullilah, sihak.
Tubik sore ja. Ma dengan Pa tunggu rumah ja. Sapa tu? Gewe mu ka?' soal Azli
sambil memandang kepada Kak AD.
“Gewelah,” senyum
Dr. Aiman.
“Dahlia, ni Azli.
Adik I,” kenal Dr. Aiman.
“Azli,” senyum
Azli.
“Dahlia. Anggerik
Dahlia,” Kak AD membalas senyuman Azli.
“Lamo gi ko demo
nak sua kena ni? Gua udah capek ni,” tiba-tiba Misha bersuara.
“Ado budak kecik
ni?” soal Azli sambil menyekeh kepala Misha.
“Adolah. Ingat orge
dok balik ko?” soal Misha sambil mengalihkan lengan abangnya, Azli dari kepalanya.
“Hahaha...Mari,”
Dr. Aiman dan Azli berjalan didepan, Misha dan Kak AD dibelakang menuju kepada
kereta wira Azli.
“Kak Dahlia, Abang
Azli dengan Abang Aiman ni kembar tak seiras tau. Dia ni polis. Pangkat
Inspektor. Tak silap bahagian Nakotik,” bisik Misha. Kak AD hanya mengangguk.
Tak sangka Aiman ada kembar. Tak pernah cerita pun. Nampaknya banyak cerita Dr.
Aiman yang kena korek ni.
“Oh I see. Umm
Misha empat beradikkan?” soal Kak AD.
“Ha'a sorang lagi
kakak. Atas Abang Aiman dan Abang Azli. Kira awal perempuan hujung
perempuanlah. Lelaki tengah-tengah. Kak Min tu dah kahwin. Dia tak ada kat
sini. Dia ikut suami dia yang sambung study Master. Bahagian veterina. Kak Min
pun sambung belajar gak tapi cost apa Misha tak ingatlah pula,” cerita Misha
serba sedikit.
“Habis Misha duk
KL, study lagi ke?” soal Kak AD bila
mereka semakin menghampiri kereta Azli.
“Taklah. Misha
kerja dah,” jawap Misha ringkas.
“Kerja mana?” soal
Kak AD lagi. Masa nilah nak korek segala maklumat. Al-maklumlah nak korek
dengan Dr. Aiman alamatnya hari nak hujan.
“Misha, enginer projek, bawah JKR,” Misha
membuka pintu kereta Azli dan terus masuk kedalam. Kak AD pun mengikut Misha.
“Oh! Kira semuanya
berkerjayalah yerk?” soal Kak AD lagi.
“Alhamdullilah,”
jawap Misha kemudian terus melentokkan kepalanya di seat. Sesaat selepas tu
misha pun 'lebur' dibuai mimpi. Dah lelap. Kak AD pun join sama.
“Misha, Dahlia.
Bangun dah sampai dah,” kejut Dr. Aiman. Azli mengambil barang mereka bawa ke
dalam rumah. Terpisat-pisat mata Misha dan Kak AD. Misha terus keluar dari
perut kereta. Tingal Kak AD je yang masih mengambil aura semangatnya.
“Everything will be ok, Sayang. Don't worry
ok?” bicara Dr Aiman menaikkan semangat Sang Kekasih. Kak AD tersenyum.
“Thanks, Aiman,” Kak AD menarik nafas
sedalam mungkin kemudian dihembuskan keluar. Dilangkah kakinya keluar dengan
lafaz bismillah.
“Aiman, kawe nak
tubik balik ado tugah. Demo masuk dulu deh. Kawe dah goyak ke Ma,” bicara Azli
sambil tersenyum. Memang berbeza rupa mereka. Cuma tang hidung je yang sama
yang lain berbeza habis.
“Mu kijo male ko
male ni?” soal Dr. Aiman kepada kembarnya.
“Dop,” jawap Azli
sebelum berlalu pergi.
“Ha sampai dah
menantu Mama?” terpa Puan Mariam. Kak AD dipeluknya erat. Dicium pipi kiri
kanan. Terbeliak mata Kak AD. Misha dah tergelak-gelak.
“Assalamualaikum
mak cik,” disalami tangan Puan Mariam bila pelukkanya dileraikan.
“Wa'alaikumsalam.
Mai masuk mai,” pelawa Puan Mariam. Kak AD terus duduk di sofa rumah Dr. Aiman.
Kak AD mengover cun. Terkepit-kepit kakinya duduk sopan.
“Mak cik sihat?”
Kak AD bersuara bila dilihat Puan Mariam memandangnya semacam. Gerun pula
tengok orang tua ni.
“Apa pula mak cik,
mak cik ni? Terasa tua sangatlah pula,” tegur Puan Mariam. Kak AD tergamam. Dah
tu nak panggil apa pula?
“Panggil je Mama.”
sambung Puan Mariam seperti dapat membaca apa yang ada difikiran Kak AD. Kak AD
dah terkejut. Peh! Awal-awal dah kena panggil MAMA. Sudah cukup baik.
“Dahlia orang
Perakkan? Perak duk tang mana?” soal Puan Mariam. Dr. Aiman dah beransur ke
bilik menghantar beg pakaiannya. Kalau jawap Perak kat utara Peta Malaysia
agak-agaknya kena pelupuh tak? Hehehe...
“Tambun mak cik.
Eh! Tak Mama,” terbelit lidah Kak AD. Tak biasa dengan ayat barulah katakan.
Yelah dalam kepala dah set nak panggil mak cik.
“La sungguhlah hang
ni orang Perak? Baguih-baguih. Mama suka.” terkejut Kak AD bila tiba-tiba Puan
Mariam dah beralih duduk disebelah dia.
“Ekau memang
Mariam. Montang-montanglah dapek menantu orang utara. Suko ekau kan?” entah
dari mana muncul Papa Dr. Aiman, Encik Nik Yusof tiba-tiba menyerang perbualan
mereka.
“Aleh abang
cakaplah kat Che' ni abang cemburu pasai menantu kita dah dua ohrang, ohrang
utara,” Puan Mariam berbalah dengan suaminya. Kak AD dah terpegun
ditengah-tengah
“Mama, Papa. Karang-karanglah
kot iya pun nak berperangnya. Kitakan ada tetamu ni,” Misha akhirnya datang
sebagai penyelamat.
“Apo pulak porang?
Papa cakap yo. Tak do pakai senjato pun. Pakai mulut yo,” Encik Nik Yusof
membela diri.
“Jom Kak Dahlia
kita masuk bilik,” Misha menarik lengan Kak AD. Kak AD dah tergaru kepala otak.
Apa dah terjadi ni?
“Ha! Baguih. Hang
bawak kakak hang ni pi masuk bilik. Kang makin tertekan dia dengan papa hang
ni,” arah Puan Mariam.
“Eh! Ase jugak yang
kono?” jawap Encik Nik Yusof sambil menunding jari dibatang hidungnya.
“Rehat dulu na?”
lembut bicara Puan Mariam kepada Kak AD. Sambil menepuk-nepuk bahu Kak AD.
Encik Nik Yusof dijelingnya maut.
“Saya mintak diri
dulu ye pak cik?” tertib Kak AD meminta diri.
Sesampainya di
bilik, Kak AD duduk dibirai katil. Mukannya seakan cuba memahamkan sesuatu.
“Kan tadi Misha dah
cakap sure akak terkejut punya tengok mama dengan papa. Diorang tu memang
selalu macam tu. Nak, nak bab menantu ni,” bicara Misha sambil menyusun bajunya
ke dalam almari.
“Bab menantu? Papa
Misha tak suka orang utara ke?” soal Kak AD.
“Taklah. Papa tu ok
je sebenarnya. Cuma dia bengang je sebab dah dua menantunya orang utara. Suami
Kak Min orang Perlis and now futher
housewife Abang Aiman pula orang Perak. Mana papa tak bengang,” cerita
Misha.
“Lah iye ke? Abang
Azli tu tak kahwin lagi ke?” soal Kak AD lagi.
“Belum. Tapi dia
dah ada makwe dah. Orang Melaka. Dia bagi Abang Aiman jalan dulu. Kemudian baru
dia. Abang Aiman kan abang kembar dia?”
“Ooooo....” panjang
'O' Kak AD.
“Tak apalah, Kak.
Abaikan jelah. Nanti lama-lama fairlah juga nanti. Abang Azli akan kahwin
dengan orang Melaka. Misha pula dengan orang kampung Papa. Orang Negeri
Sembilan. Hehehe...” ketawa Misha.
“Oh! Dah ada
pakwelah ye?” sengih Kak AD.
“Insyallah kalau
ada jodoh kak,” balas Misha.
“Amin,” Kak Ad
meraup mukanya.
“Kak Dahlia
pergilah mandi dulu. Asar dah habis waktu dah. Misha baru terpeleot,” Misha
menyengih sahaja. Padanlah tadi dia masuk dulu. Rupanya dh 'terpeleot' solat
rupanya.
Kak AD mandi ala
kadar sebab nak mengejar solat Asar yg dah dihujung tanduk. Usai solat Asar
yang dihujung waktu, azan maghrib pun masuk. Dicapainya sejadahnya terus ke
ruang tamu. Sebelum solat Asar tadi, Misha ada beritahu memang kelaziman rumah
ni akan solat berjemaah Mahgrib dan Isyak sama seperti rumah Mak Cik Kesuma
Dewi bila semua anaknya berkumpul.
Dr. Aiman melihat
Kak AD yang sudah siap bertelekung keluar dari bilik, mengambil sejadah
ditangan dan membentangkannya buat Sang Buah Hati. Maghrib tu, Dr. Aiman
menjadi imam. Encik Nik Yusof, Puan Mariam dan Kak AD menjadi makmumnya. Terasa
sayu sangat-sangat hati Kak AD bila mendengarkan alunan surah yang keluar dari
mulut Dr. Aiman. Usai solat, menitik airmta Kak AD. Aku yakin aku tidak salah
dalam memilihMu, sayang. Ya Allah permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Doa Kak
AD jauh disudut hati.
Selepas solat
Mahgrib, mereka anak-beranak bertadarus Al-Quran bersama Masa ini, Azli yang
baru pulang semasa mereka sedang bersolat Maghrib terus mengambil tempat
sebelah Dr. Aiman. Bermula dengan surah-surah lazim iaitu, surah Al-Fatihah
diikuti dengan Surah An-Nas, Surah Al-Falaq , Surah Al-Kafirun dan Surah
Al-Ikhlas. Bacaan Al-Quran dimulakan dengan Surah Al-Baqarah. Misha yang sedang
bercuti pun setia duduk disebelah Puan Mariam mendengar bait-bait alunan
Al-Quran.
Ketika azan Isyak
berkumandang, mereka sempat menghabiskan Surah Al-Baqarah sepenuhnya. Isyak di
imamkan oleh Azli. Alunan suaranya sesedap alunan Dr. Aiman. Usai solat Isyak,
mereka mengemaskan tikar sejadah dah menuju ke dapur. Misha telah bersiap sedia
dengan juadah makan malam mereka. Pada waktu ini, Kak AD sudah semakin tenang
dan kadang-kadang pecah gelaknya melihat kerenah Encik Nik Yusof dan Puan
Mariam. Mereka Ibu Bapa yang sangat sporting. Pening juga awalnya Kak AD nak memahami
cara mereka berdua berkomunikasi. Yelah, Encik Nik Yusof pekat dengan bahasa
Minang, Puan Mariam dengan bahasa Utara anak-anak pula dengan bahasa Timurnya.
“Esok, mama bawa
Dahlia pi ronda KB na? La ni rehat dulu na?” bicara Puan Mariam didalam bilik
Misha.
“Ok je mama,” balas
Kak AD.
“Ha Omaknyo.
Sudah-sudahlah tu. Biarlah anak daro duo ni rehat. Ponat tadi tak lopeh laie,”
tiba-tiba Encik Yusof muncul di muka pintu.
“Mama pi dulu na?
Papa hang ni memang. Cemburu dia tak habieh-habieh,” balas Puan Mariam kemudian
berlalu keluar.
“Ase polak jadi
mangso. Bilo maso ase comboru? Takdo do nak comboru kek ekau, Mariam,” balas
Encik Nik Yusof sambil menuruti isterinya ke kamar tidur.
“Ekau Aiman, jangan
pulak ekau menjongah kek bilik anak daro sudah!” sempat Encik Nik Yusof
memberikan amaran.
“Iyolah papa,”
balas Dr. Aiman kemudian menutup suis TV dan lampu kemudian terus baring
diselah Azli di ruang tamu.
Dalam rumah ni,
hanya ada 3 bilik sahaja. 1 bilik orang tua Dr. Aiman, sebelahnya bilik Misha.
Bertentangan dengan bilik Misha bilik Kak Min atau bilik pengantin. Jadi
anak-anak lelaki ni memang akan tidur diluar. Pakaian pula diaorang letak dekat
dalam bilik tak berpintu di sudut dapur rumah.
Rumah orang tua Dr.
Aiman hanya rumah teras di tanah lot. Kelilingnya penuh dengan pokok buah. Sama
macam rumah Mak Cik Kesuma Dewi. Cuma pokok mereka dah besar. Bawah pokok
rambutan ada sebuah buaian kayu. Suasana kampung Dr. Aiman sangat tenang
berbanding rumah Mak Cik Kesuma Dewi yang sudah ke bandar sedikit.
“Kak jom tidur.
Badan Misha dah letihlah. Pingang pula sakit,” ajak Misha.
“Nah ambil bantal
ni. Lapik kat pingang,” dihulurya kusyen yang memang akan sentiasa dibawa ke
sana ke mari.
“Nak buat apa ni
kak?” soal Misha sambil menyahut kusyen tadi.
“Kata sakit
pingang. Letak bawah pingang tu bagi tinggi sikit. Ni nak buat legakan
pingganglah ni,” terang Kak AD.
“Thanks, kak,” terus diletakkan kusyen tu
di pingangnya.
“Lembutnya, kak,”
“Ha pakailah. Akak
padamkan lampu yerk?” pinta Kak AD. Dia memang tak boleh lampu terpasang. Nanti
tak lena tidurnya.
“Ok! Kak tengok
pintu tu kunci ke tak, kak. Kang ada tetamu tak di undang kang,” Kak AD terus
menekan tombol pintu dan mematikan suis lampu.
“Misha, akak tanya
sikit boleh tak?” soal Kak AD selepas membaringkan badannya di katil. Sedapnya.
“Tanyalah,” jawap
Misha.
“Papa dengan Mama
kerja apa?” soal Kak AD.
“Papa and mama now persara kerajaan. Dulu papa kerja enginer macam Misha. Mama pula kerani
sekolah. Dah dekat 5 tahun jugalah Papa bersara. Mama baru je lagi,” cerita
Misha.
“Dah pencen dia orang
buat apa je?” soal Kak AD lagi.
“Sebelum pencen
memang Papa dan Mama ada perniagaan kecik-kecik buat kerepek pisang. Ni dah
pencen ni, memang full timelah berniaga kerepek pisang. Sedap tau!” puji Misha.
“Oh I see,” jawap Kak AD.
“Kak tidurlah. Esok
nak pergi KB. Petang, bolehlah kita ke tempat Mama buat kerepek,”
“Yelah. Jom...”
Malam tu, lantaran
terlampau penat maka lenalah tidur dua sang puteri ini, solat subuh pun nyaris
tertinggal. Kak AD yang tersedar jam 7 pagi tersentak terus menuju ke bilik air
untuk berwudhuk. Nasiblah bilik air dalam bilik je. Kalau luar mau kalut juga berebut
bilik air dengan orang lain. Misha yang baru bangun tidur masa Kak AD sedang
solat terus menuju ke bilik air untuk mandi. Usai Misha mandi, Kak AD pula
mandi.
Masa Kak AD keluar
dari bilik air, dilihat Misha dah tak ada. Maybe dah keluar kot. Dengan penuh
langkah bergaya, Kak AD melangkah sambil menoleh ke arah pintu bilik. Terkejut
Kak AD bilik ditoleh ke arah pintu bilik, elok je pintu bilik terbuka luas
dengan Kak AD yang hanya berkemban. Tak ke haru biru. Gila kentanglah Si Misha
ni boleh dilapangkan pintu macam tu? Kalau dibuatnya Dr. Aiman lalu ke tak ke
jadi isu. Apa lagi, Kak AD pun terkemut-kemutlah menyusur tepi dinding nak ke
pintu bilik. Sampai je terus ditolak daun pintu dengan pinggulnya. Fuh lega!
Dahkunci pintu bilik, Kak AD menyandar dibelakang daun pintu.
Baru je nak relaks,
relaks bersandar sekali,
tok..tok...tok...
Tersentak Kak AD.
Nasib baik tak melatah.
“Kak Dahlia, Misha
ni,” suara Misha disebalik pintu.
“Aaa...ye...” gagap
Kak AD bersuara.
“Akak dah siap ke?
Mama pangil sarapan,” Misha bersuara lagi.
“Aaa...ye..” jawap
Kak AD
“Akak ok tak?” soal
Misha.
“Ok,” balas Kak AD.
“Tak apalah akak,
akak siap dulu kang keluar yerk?”
“Ok” ringkas lagi.
Misha terus berlalu pergi.
Bila tidak lagi
kedengaran suara Misha, Kak AD pun terus mencapai baju kurung dan mengenakannya
di badan. Mak Cik Kesuma Dewi awal-awal lagi dah warning Kak AD jangan nak
pakai seluar bila di rumah bakal mertuanya. Tak manis katanya. Dari orang nak
pinang terus tak jadi nak masuk meminang. Siap je Kak AD terus ke dapur rumah.
Muncul je Kak AD di
ruang dapur, Misha pun menegur.
“Kak Dahlia nak
pergi ke mana ni?”
Aku nak ke mana?
Nak sarapanlah. Nak ke mana lagi. Bukan aku ada sedara mara dekat sini. Kak Ad
dah bermain-main kata dalam hatinya sambil mengaru kepala.
“Awak nak pergi
mana, Sayang?” soal pelahan Dr. Aiman dari arah belakang.
“Ha?” soal Kak AD.
Pelik ni. Aiman panggil aku 'Awak'? Biar betul.
“Awak tu nak ke
mana?” soal Dr. Aiman lagi.
“Nak sarapanlah,”
jawap Kak AD.
“Yang awak beria
pakai baju kurung ni kenapa?” soal Dr. Aiman lagi.
“Aiman, sini
kejap,” ditarik koler baju Dr. Aiman ke belakang bila dilihat semua khusyuk
menjamu selera.
“Tercekiklah,”
Dr.Aiman
“You
panggil I apa?” soal Kak Ad sambil
menunding jari ke dirinya.
“Awak,” jawap Dr.
Aiman selamba.
“Apa?” soal Kak AD
lagi.
“Awak...awak...awak,”
jawap Dr. Aiman bertubi.
“Sejak bila you panggil I, awak?”
“Sejak dari hari ni
dan saat ni,”
“Tapi...”
“La buat pa duk
sini? Mailah pi sarapan. Kang nak pi market?”
tiba-tiba muncul pula Puan Mariam. Ditarik tangan Kak AD ke dapur.
“Ha...ha nak pi lah
ni,” jawap Kak AD sambil menurut Puan Mariam. Dijeling pada Dr. Aiman yang
sakan gelak bisu.
Pagi tu, lepas siap
bersarapan, Dr. Aiman dan Encik Nik Yusof dah ke kilang pemprosesan kerepek
pisangnya. Puan Mariam, Misha dan Kak AD pula mengemas rumah. Ala kemas sikit
je. Bukan kemas beria pun. Bukan semak sangat. Selesai je mengemas, Puan Mariam
dah mengajak bersiap.
“Kak, pakai seluar
je kak. Kang nak round satu pasar basah kain nanti,” usul Misha semasa mereka
nak bersiap.
“Misha, akak tak
bawa seluar extra. Mak akak tak bagi
bawak. Katanya tak manis anak dara pakai seluar rumah bakal mertua,” terus
terang Kak AD.
“La...padanlah akak
pakai baju kurung tadi. Hahaha...” ketawa Misha.
“Akak, mak
kitaorang tu jenis mak yang sportinglah.
Dia tak kisah pun kak,” sambung Misha.
“Yelah. Tapi kalau
terlalu open pun tak elokkan? Kita
kena ada gap antara mak ayah dengan adik-beradik dan kawan-kawan. Barulah ada
tanda respect Cik Misha oii...” tegur
Kak AD.
“Ye kak, memanglah
kami ada nilai respect pada Mama dan
Papa. Kadang-kadang je kami ni ter'over'
sikit. Nah akak ambil seluar ni. Misha rasa muat kot,” Misha mengalih topik.
Sengaja sebab malas nak bertekak dan berlawan kata dengan Kak AD.
Kak AD mengambil
seluar yang Misha beri kemudian disarung ke badannya.
“Besar sikitlah
Misha,” Balas Kak Ad
“Nah tali pingang
ni. Seluar tu memanglah besar sikit kak sebab seluar Kak Min. hehehe...” ketawa
Misha.
“Oh ye ke?”
Siap je, Kak AD dan
Misha terus masuk ke dalam perut van. Puan Mariam yang memandu. Mereka menuju
ke arah Pasar Siti Khadijah. Laju juga cara pemanduan Puan Mariam. Kalah orang
muda bawa kereta. Cilok sana cilok sini. Misha disebelah dah beberapa kali
menegur Puan Mariam tapi semua tak lut.
Kak Ad duduk di seat belakang dah
gerun sorang-sorang. Mau aku tak kahwin ni kang. Peh menakutkan betullah.
Sampai di Pasar
Siti Khadijah, mereka pun berpecah. Puan Mariam terus menuju ke arah lalunya
nak membeli barangan dapur. Kak AD dan Misha pula merounder sana sini. Kak AD
jadi rambang mata melihat corak batik yang pelbagai patern. Cantik-cantik.
Lawa-lawa. Molek-molek. Niat nak belikan kain pasang buat untuk kaum hawa di
rumahnya. Boleh nanti dipakai masa hari bahagia dia dan Dr.Aiman.
“Misha, tolonglah
tawarkan. Kalau akak yang tawar mesti tak dapat punya.Misha orang sini mesti
dapat murah punya,” bisik Kak AD bila dia ternampakkan sepasang kain yang
cantik. Warna krim susu. Tapi harga dia mak datuk. Mahalnya! RM150.00 sepasang.
“Boleh. Akak nak
kain yang mana?” soal Misha.
“Yang warna krim
susu dengan warna pink purple tu,” tunjuk Kak AD.
Urusan tawar
menawar pun bermula. Kak AD setia disebelah Misha mendengar atau cuba
memahamkan apa yang sedang di tawarkan Misha. Sesekali je Misha bersuara
pelahan seakan berbisik dengan Kak AD bertanyakan harga yang Kak AD mahukan.
Kak AD lihat mereka seperti mahu
bergaduh je lagaknya. Dengan perniaga yang setia dengan kakulator dan Misha
yang main kunkunchak. Antara yang Kak AD faham, Misha cakap kalau tak dapat
kurang lagi dia nak cari kedai kain lain.
“Ok kak, paling
boleh murah pun RM80.00 ok tak? Tapi warna pink purple tu ada dua pasang je.
Akak pilihlah colour lain,” bisik Misha.
“Ok! Deal,” jawap Kak AD. Ni dah pakat murah
giler dah ni. Dari RM150.00 turun menjunam kepada RM80.00. Dah cukup bagus dah.
Kak AD mengeluarkan
noted wang kertas RM500.00 dan kemudian diberikan kepada Misha. Baki Rm 20.00
Kak AD beri kepada anak-anak peniaga katanya sebagai duit raya. Padahal raya
lambat lagi. Pemurah betul hati Kak AD.
Maka, dapatlah Kak
AD, sepasang kain warna krim susu untuk Mak Cik Kesuma Dewi, 2 pasang warna
pink purple buat adik kembarnya, Delila dan Delita. Buat Kak Diana warna hitam
merah dan buat Kak Lin warna hijau coklat. Untuk Kak Mila pun Kak Ad tak lupa.
Dibelikan Kak Mila kain warna tanah baju biru laut dan bunganya warna kuning.
Sesuai dengan warna kulit Kak Mila yang sawo matang.
Misha, Kak AD
tengok dia lebih banyak membeli jajan macam keropok lekor, gula-gula.
Berpaket-paket dibelinya. Heran juga Kak AD, jajan yang dibeli macam nak bawa
jual je. Kain batik untuk basahan pun Misha beli berbandel-bandel. Banyak betul
duit minah ni. Musykil betullah. Nak buat apa banyak sangat kain batik ni?
“Misha beli
banyak-banyak ni nak buat jual ke?” perli Kak AD tapi lebih kepada nak tahu
sebenarnya. Diaorang rehat kejap kedai makan sambil tunggu Puan Mariam sampai.
“Ha'a, Kak. Sini
kita boleh beli murah nanti balik KL bolehlah 'makup' harga,” tekejut Kak AD
dengar pengakuan Misha.
“Misha niaga kat
opis ke?” soal Kak AD lagi.
“Ada juga, kak.tapi
biasanya Misha join adventure dengan
kawan Misha. Niaga kat down town tak
pun kat pasar malam. Misha dapatkan stok, kawan Misha pula tolong jualkan.
Yelah Misha kadang-kadang outstation lama. So, lebih baik dia berniaga Misha
tolong dapatkan stok,” cerita Misha sambil meng'oder' Nescafe Ais dengan roti
bakar 1 set.
“Habis keuntungan
macam mana?” soal Kak AD pula selepas meng'oder' air Sirap Bandung.
“Biasa kami bahagia
tiga. 1 bahagian untuk Misha, 1 bahagian untuk partner Misha 1 bahagian lagi untuk rolling modal. Tapi
Alhamdullilah perniagaan kira laris juga. Kira 2 minggu sekali memang Misha
akan dapatkan stok baru kat sinilah kak. Orang kat sini pun dah kenal dah Misha
ni macam mana. Tu akak dapat kain harga macam tu kak. Tempat lain tak rasa,”
cerita Misha bersungguh.
“Hehehe...” gelak
Kak Ad.
“Kenapa akak
gelak,”
“Tak ada apa.
Padanlah orang cakap orang Kelantan ni otak meniaga. Ada je peluang nak buat
duit kan? Hehehe...” gelak Kak AD lagi.
“Tahu tak apa. Kan 9/10
daripada rezeki ni adalah dari sumber meniaga?” jawap Misha sambil menyumbat
roti bakar ke dalam ruang mulutnya.
“Betul-betul. Tak
apa akak doakan perniagaan Misha dan partner
Misha suscess. Ok?”
Dari jauh kelihatan
Puan Mariam melambai mereka dengan tangan penuh dengan segala macam plastik.
Memang anak-beranak ni kaki niagalah. Misha membayar harga makan minum diaorang
dan kemudian terus berlalu kepada Puan Mariam. Dimasukkan semua kedalam van.
Dari asalnya kosong jadi penuh sepenuh-penuhnya van dengan barang nak berniaga
Misha dan barangan isi dapur.
Balik dari Pasar
Siti Khadijah, mereka singah ke tempat pemprosesan kerepek pisang milik Puan
Mariam dan Encik Nik Yusof. Puan Mariam menyerahkan segala macam keperluan
barangan untuk kegunaan kedai yang dibelinya tadi kepada pekerjanya. Encik Nik
Yusof dan Dr. Aiman dilihat kusyuk memproses pisang yang bertandan-tandan.
Misha pun dah ke arah tempat kaum ibu mengoreng pisang. Puan Mariam pula sibuk
mengira stok yang lebih dan kurang. Kak AD lihat, mereka tidak kekok dengan
pekerja mereka. Kelihatan mereka sangat mesra antara satu sama lain. Tiada
langsung terdapat jurang perbezaan. Semua kerja dilakukan bersama.
###
Hari ni, hari
terakhir Kak AD Kelantan. Terasa berat hati pula nak melepaskan kenangan ini.
Macam-macam budaya orang di Kelantan Kak AD belajar. Paling berharga, Kak AD
belajar mengenal dengan lebih erat siapa dia Dr. Aiman yang sebenarnya. Seorang
anak kampung yang bergelar Pakar Kanak-Kanak tapi tidak pernah bermegah dengan
kedudukannya malah sentiasa berendah diri.
Selama 3 hari
disini juga, dirasakan masa berlalu dengan bergitu pantas. Terasa baru semalam
Kak AD sampai dan hari ini sudah nak kembali ke tempat asal.
Kak AD ikut Dr.
Aiman pergi ke Klinik Desa memberikan khidmat nasihat kesihatan percuma. Kak AD
berpeluang mengikut Puan Mariam pergi Marhaban. Misha sempat bawa Kak AD ke
pertandingan memasak. Tak sangka mereka menang tempat ke-3 mengalahkan kaum ibu
yang lain. Balik dengan hamper barangan memasak yang ditaja oleh JKKK kampung.
Puan Mariam juga
tak putus-putus memuji masakan Kak AD. Kak AD pun tak sangka yang masakan yang
biasa-biasa seperti itu boleh menang tempat ke-3. Yelah, Kak AD hanya masak
Ikan Patin masak Gulai Tempoyak dengan Ikan Keli Masak berlada. Misha pula
sediakan manisan. Memang manis manisan Misha. Macam kilang gula tumpah. Yang
herannya hanya Kak AD dan Dr. Aiman je yang terasa macam tu, orang lain relaks
je. Memang orang Kelantan ni suka makanan manis-manis. Tu sebab muka diorang ni
manis-manis. Hehehe...teringat pula kisah ada seorang rakan ni makan kari letak
gula. Entah apa rasanya. Kari yang sepatutnya pedas jadi kari yang manislah
jawapnya.
Kak AD berkemas
pakaiannya dengan bermalas-malasan. Misha tak balik bersama mereka. Dia sambung
cuti lagi 2 hari. Katanya nak habiskan cuti tahun lepas yang berbaki lagi 5
hari. Pemergian balik mereka kali ini menaiki bus terus ke Medan Gopeng
sebabnya Dr. Aiman sampai je di Ipoh pagi tu terus masuk kerja. Kak AD pula
shift petang. Selamatlah Kak AD tidur seround.
Hehehe...
Diaorang bertolak
balik jam 8 malam. Dijangka dalam 4 pagi mereka sampailah di Ipoh. Insyallah.
Pukul 5 petang diaorang dah bertolak keluar dari rumah sebab takut jam.
Mula-mula tu pelik juga Kak AD dengar cakap Encik Nik Yusof berkenaan jambatan
yang akan ditutup. Tapi nasib baik Dr. Aiman dah terangkan berkenaan jambatan
yang menghubungkan antara Tumpat dengan bandar Kota Bahru akan ditutup dalam
jam 8 malam. Sampai sana dalam 6:30 petang juga. Kemudian mereka terpaksa balik
cepat takut jambatan tutup.
Kak AD menyalam
Puan Mariam dan Misha.
Dr. Aiman gila
berborak dengan kembarnya. Tak puas agaknya berborak sebab sepanjang dia di
sana pun, Azli agak sibuk dengan tugasnya.
“Dahlia, hang nanti
kirim salam pada mak hang nanti na? Cakap insyallah kalau tak ada arah
melintang lagi dua minggu kami mai bawa rombongan na...” terkejut dengan
kata-kata Puan Mariam. Misha dah main kenyet-kenyet mata. Aku dah diterima ke?
Alhamdullilah. Amin Ya Rabal Al-Amin.