~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Sunday, December 19, 2010

Calon Menantu Mak - Bab 6

Bab 6.

Puas sudah Kak AD kalih badan ke sana ke mari. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Kejap kang kepala dah landing di birai katil kejap kang kaki di kepala katil. Tak lena lagi la Kak AD malam ni. Mana taknya Kak AD resah gelisah mengenangkan nasib Dr. Aiman di kampung. Apalah agaknya dengan maksud Mak Cik Kesuma Dewi dengan ' Time to Dera'. Adakah Dr. Aiman akan didera? Kalau iya macam mana nak jawap dengan mama dan papa Aiman. Tapi tak akan la mak nak dera Aiman kot. Mak taklah sekejam tu. Hai Dahlia kau lupa atau tak ingat? Kalau Daim dan Delita dah duduk satu rumah benda mustahil pun boleh jadi tak mustahil tau. Ish... cuaklah pulak bila fikir-fikirkan.
“Ya Allah semoga Engkau tenangkan hati kami, permudahkan urusan kami untuk mendirikan rumahtangga dan kau lindungilah kami dari perkara-perkara yang mungkar,” terus diraut mukanya. Kemudian dicapai mp3 di tepi bantal. Dipasang sesedap gegendang telinga. Dia capai bantal di belakang kepala dan ditutup mukanya. Minta-mintalah mau tidur. Amin...
Masuk hari ni, dah 2 hari Kak AD di Langkawi memang tak dapat duduk senang. Kebetulan masa Dr. Aiman nak cuti seminggu di kampung, Kak AD diarahkan berkursus induksi 2 minggu di Langkawi. Nak tak nak kenalah pergi. Penting ni. Kalau tak sure tak comfirm jawatan dalam kerajaan ni.
Kursus Induksi antara komponen yang diperlukan dalam memenuhi syarat-syarat utama untuk pengesahan jawatan dalam perkhidmatan. Kursus Induksi terbahagi kepada dua. Satu Kursus Induksi Umum (dijalankan oleh ketua skim masing-masing) bagi satu lagi dipanggil Kursus Induksi Khusus (dijalankan oleh kementarian).
Seminggu sebelum program 'mendera Dr. Aiman'...
“Daiz minggu depan kamu boleh balik tak?” soal Mak Cik Kesuma Dewi lewat petang tu di hujung telefon.
“Kenapa mak? Minggu depan bukan time cuti semesta lagi mak. Macam mana nak balik. Lagipun dah nak dekat final exam dah mak,” balas Abang Daiz.
“Oh ye ke? Ingat kamu boleh cuti minggu depan. Bukan ke minggu depan dah mula cuti sekolah?” soal Mak Cik Kesuma Dewi kembali.
“Hehehe...budak-budak ni memanglah cuti sekolah bapa budak ni mana ada cuti sekolah mak. Lagi pun kan ke Along mengajar budak Poli?” terang Abang Daiz. Hai lah mak aku ni mesti sure lupa, aku ni kerja dekat mana ni. Pada Mak Cik Kesuma Dewi, mengajar tu semuanya cikgu sekolah.
“Ha la mak lupalah,” Mak Cik Kesuma Dewi menepuk dahi. Makin tua ni makin banyak pulak benda yang terlupa ni.
“Umm...dah agak dah. Kenapa mak? Ada kenduri ke minggu depan?”
“Ha'a ada. Kenduri nak mendera orang.” balas Mak Cik Kesuma Dewi slamber.
“Ha kenduri dera orang? Mak biar betul? Nak dera siapa pula ni? Dari duduk bersenang lenang di sofa yang empuk terus Abang Daiz duduk tegak sambil diperhatikan tingkahnya oleh Kak Diana.
“Nak dera bakal adik ipar kamulah, siapa lagi?”
“Achik dah nak kahwin ke mak?”
“Hai Achik tu je ke adik kamu? Kamu dah tak ada adik lain ke yang belum kahwin, Daiz?” Mak Cik Kesuma Dewi nada memperli
“Hehehe...bukanlah macam tu mak. Siapa je nak belum kahwin? Adik dengan Chu letak tepi lah. Budak lagi. Yang ada Achik dengan Dahlia je la. Tapi tak mungkin kot Dahlia. Mana dan dia nak mencari pakwe mak. Korje pun entah pukui berapa baru baliknya. Rupe mane nak menjaga lakinye karang? Daim tu haruslah kot.” jawab Abang Daiz.
“Kalau mak cakap Dahlia kamu percaya ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi lagi.
“Dahlia ke?” Abang Daiz main tarik tali.
“Iye...” jawap Mak Cik Kesuma Dewi sepatah.
“Bior betui mak oiii! Tak ada ribut tak ada taufan tiba-tiba dengar cerita ni,”
“Betui le ape pulok tak betuinye. Doktor juga pakwenye. Doktor pakar kanak-kanak. Korje satu tempat dengan Dahlia. 2 minggu sudah ada Dahlia bawok balik orangnye. Kacok,” terang Mak Cik Kesuma Dewi panjang lebar.
“Ish...tak percayalah. Sempat ke Dahlia cari pakwe mak?” soal Abang Daiz lagi. Kali ni langsung tak senang duduk dibuatnya.
“Deme doh kenai lame doh. Masa Dahlia belajo dulu. Pakwenye senior dia dulu,” terang Mak Kesuma Dewi.
“Oh ye ke? Umm... tak sangka-sangka rupenye deme dah lame kenai ye? Dah tu mak suruh balik ni nak suruh Daiz jadi 'pemeriksa' la ni?”
“Macam tu le rupenye. Angah uruskan hal agama, Achik bab koje-koje luar rumah dan kamu, Along, mak egat nak suruh kamu uruskan hal-hal dalam rumah. Dari segi mengemehnye. Sebab dia ni lelaki mak dengan adik dan chu tak boleh join kena orang lelaki juga. Kang jadi pesen lain kang. Kami jadi pemerhati je,” Cerita Mak Cik Kesuma Dewi panjang lebar.
Masuk ni dah kali ketiga Mak Cik Kesuma Dewi bercerita tentang cerita yang sama. Kemarin dengan Abang Dani dan Daim. Sekarang dengan Abang Daiz pula. Abang Dani dah awal-awal bagitahu side dia tak ada masalah sebab kebetulan Abang Dani memang nak habiskan cuti tahunannya. Daim pun tak ada masalah sebab kem dia dekat berbeno dengan rumah. Kira minta skip seminggu dari duduk kem la kiranya. Tinggal Abang Daiz je belum memberikan keputusannya.
“Macam mana Along?” soal Mak Cik Kesuma Dewi bila Abang Daiz diam dihujung sana.
“Ummm...mak, Along tak dapat bagi keputusan sekarang. Kena tengok timetable macam mana dulu. Lagi pun kena bincang dengan Diana dulu macam mana kerje dia,” Balas Abang Daiz.
“Ha ye le. Kome bincang le dulu ye? Nanti apa bagitahu mak ye?” Mak Cik Kesuma Dewi sangat faham dengan perangai Abang Daiz dan Kak Diana. Kalau nak buat apa-apa keputusan mesti berbincang dulu. Mak Cik Kesuma Dewi suka cara diaorang berkomunikasi. Sekurang-kurangnya tidaklah dikatakan beratkan keluarga masing-masing.
“Ha ye le mak,” talian terus diputuskan selepas Mak Cik Kesuma Dewi memberi salam dan Abang Daiz menjawapnya.
Selepas talian diputuskan, “AD dah ada calon ke abang?” soal Kak Diana.
Kak Diana dah menjadi terbiasa memanggil Kak AD dengan gelaran AD sebab mengenangkan Daim, Delita dan Delila memanggil Kak AD sebagai Kak AD bukan kakak ataupun Kak Dahlia. Bila ditanya rata-rata semua cakap 'Short front'. Hai macam-macam pe'el adik-adik iparnya.
“Ha'a Sayang. Doktor kanak-kanak satu hospital dengan Dahlia,” Balas Abang Daiz.
“Ha, baguslah tu. AD pun dah nak cecah 30 tahun jugakkan?” bicara Kak AD sambil matanya bersinar-sinar.

“Ummm tak silap nak masuk 30 tahun. Rasa macam umur 28 ke 29 tahun juga, “ balas Abang sambil mengusap dagunya yang tak berjanggut. Terherot-herot mulutnya. Kening pula berkerut-kerut. Matanya memandang ke syiling rumah.
“Ish! Apalah abang ni umur adik sendiri pun tak inga. Dah tu mak telefon tadi kenapa, bang?” tegur Kak Diana sambil menampar lengan Abang Diaz. Hilang keseimbangan badan Abang Diaz yang agar gempal. Nasib tak tersaduk ke arah kek gulung untuk menu minuman petang mereka. Kalau tak jawapnya bukan mulut yang makan tapi hidung yang makan dulu.
“Tu le. Mak suruh balik. Mak nak buat 'kenduri dera' pakwe Dahlia seminggu. Mak suruh abang handle hal-hal rumah. Tapi abang pula busy dengan kelas akhir ni. Maklumlah handle orang OKU ni banyak main dengan perasaan,” terang Abang Diaz.
“Ummm sabtu dengan ahad, Abang bukak kelas ke?” soal Kak Diana.
“Tak. Kenapa?” soal Abang Daiz kembali.
“Kalau macam tu, kita baliklah sabtu dengan ahad. Lagi pun tak banyak renyah pun buat kerja rumah ni,” cadang Kak Diana.
“Ha'a pada awak bolehlah Sayang, sebab awak tu orang perempuan. Awak ingat senang ke nak melentur tangan lelaki yang dah biasa pegang peralatan tukang?”
“Achik tu,Sayang tengok elok je turun ke dapur tolong mak masak. Itu pegang senjata lagi tu. Alha Abang, yang penting kena yakin. Kalau tak yakin tu yang jadi macam ni. Tak semua orang lelaki tak pandai mengemas rumah ke masak ke membasuh ke melipat ke? Macam Abang ni. Cukup prefect buat Sayang. Tak payah pantang rumah mak, Abang je dah boleh jaga Sayang,”
“Abang dengan Achik lain, Sayang. Kami dah dididik macam tu sejak kecil lagi. Itu kami masih buat kerja-kerja rumah kecuali Dani je la sebab dia awal-awal dah register sekolah agama dari sekolah rendah lagi. Tapi tu pun kira tau jugalah sikit lebih kurang,”
###
Bermulalah episod mendera Dr. Aiman...
Malam tu Dr. Aiman 'check in' hotel mewah Mak Cik Kesuma Dewi agak lambat dari masa yang dijanjikan. Katanya sebelum jam 3 petang sampailah.ni dah jam 10 malam baru sampai. 'Ketibaannya' di sambut oleh Abang Dani dan Daim. Fuyoo macam anak datuk pula Dr. Aiman ni, nak disambut bagai. Tapi sebenarnya Dr. Aiman tak tahu apa yang bakal dilaluinya sepanjang 7 hari mendatang. Hehehe...tunggu la kau Dr. Aiman. Tengoklah engkau akan tahan atau tak dengan cabaran kami. Getus hati Daim.
Dr. Aiman datang terus dari Kelantan. Katanya lambat sampai sebab singgah beli keropok lekor. 20 kg keropok lekor Dr. Aiman beli. Lepas tu time nak keluar ke highway besar jalan jam sebab jambatan runtuh. Situ je dah sangkut 2 jam. Tahu-tahu kena ubah ke arah laluan lain.
Mak Cik Kesuma Dewi pula dah pening mana mahu diletakkan semua keropok lekor ni. Peti ais semua dah penuh dengan barang-barang. Nak gorek semua melampau nau. Puaslah nak makan keropok lekor hari-hari jawapnya. Akhirnya Mak Cik Kesuma Dewi meminta keizinan untuk bersedekah kepada jiran tertangga yang lain.
Daim mengajak Dr. Aiman ke biliknya di bahagian dapur rumah. Rumah peningalan Arwah Pak Cik Muda Hitam walaupun nampak kecil dari luar tapi cukup luas untuk menampung hampir 10 orang keluarga dalam satu-satu masa. Di bahagian atas rumah terdapat 4 bilik. Bilik anak dara, bilik Abang Daiz, Abang Dani dan tetamu. Di bahagian dapur atau ruang kedua terbesar rumah bilik Daim dan satu bilik Mak Cik Kesuma Dewi sendiri. Ruang tamu pula terbahagi kepada dua ruang. Satu ruang menonton televisyen. Satu ruang menyambut tetamu. Ruangan makan pula berada di dapur kering Mak Cik Kesuma Dewi. Dapur yang lebar dan panjang dapat menempatkan lebih kurang 30 orang dalam satu-satu masa. Ruang halaman rumah juga cukup luas yang mana boleh menempatkan 10 buah kereta besar. Kalau kereta kecik lagi la banyak. Ruang halaman belakang je kecik sedikit sebab Mak Cik Kesuma Dewi jadikan sepenuhnya halaman belakang untuk bercucuk tanam. Ada pokok cili api, pokok kelapa, pokok ubi kayu, pokok limau kasturi, pokok terung, pokok bunga kantan, pokok pisang dan pokok daun kari. Ha luaskan rumah Mak Cik Kesuma Dewi? Ok now back to the subject.
“Saya Daim. Panggil je Daim tak pun Achik. Sorilah bilik ni kecil sikit. Nak bawa masuk bilik tetamu, mak cakap atap bocor. So esok Dr. Aiman dengan saya le kena betulkan atap rumah ni. Amacam? Boleh tak?” Daim belum apa-apa dah merangkap plan sendiri.
“Ish! Tak payahlah beria panggil macam tu. Panggil je Aiman nak manis g panggil je 'Abang Aiman'. Hehehe... Insyallah boleh. Tapi tak la mahir sangat.” balas Dr. Aiman berahaja. Padahal dalam hati dah tak tahu nak cakap macam mana dah. Berdetap detup jantung.
“Amboi berangan awal nampak? Lulus ujian kami baru boleh kahwin dengan Kak AD. Kalau tak lulus... sayonara la jawapnya,” tiba-tiba tercegat Delita di muka pintu.
Dr. Aiman dah mengaru kepala, “Ada ujian ke?”
“Haruslah!” balas Delila, Delita dan Daim serentak. Dah macam pasukan koir je lagaknya.
Daim lihat Dr. Aiman dah tak senang duduk. Kejap kang garu kepala. Kejap kang usik pipi. Kejap kang gosok peha. Macam orang gelisah semacam je. Nak tergelak pun ada. Tapi di tahankan juga demi menjaga air muka Dr. Aiman.
“Tak apalah 'Abang Aiman' rehatlah dulu. Perlu kumpulkan tenagakan untuk esok. Banyak kerja kita nak buat esok. Macam-macam,” usik Daim.
“Ha korang apa lagi? Blah la. Orang nak tidur ke nak tidur dengan kita orang sekali?” sambung Daim 'menghalau' 2 kembar bersaudara ni.
“Buwek...tak malu yerk ajak kitaorang tidur dengan Achik?” Delita menjelirkan lidah.
“Alah nak malu mende? Bukannya Achik ni bukan mahram korang. Pegang tangan tak batal air wudhuk la,” Daim mencapai tangan Delila.
“Uih...apa gamat beno bilik ni? Adik...Chu apa buat dalam bilik Achik ni? Dah pi masuk bilik korang. Tak manis duduk bilik orang laki malam-malam macam ni walaupun adik beradik. Kamu berdua tu perempuan. Jaga sikit tingkah dan laku,” tegur Abang Dani yang kebetulan ke dapur. Daim tersengih.
Delita dan Delila hanya tersenyum. Terus mereka berlalu ke tingkat atas rumah kayu tu. Abang Dani ni walaupun pendiam tapi bila sound dia teropen memang pedaslah. Ustazlah katakan tapi tetap brutal. Cuma kadang-kadang je kepala otak dia ni kita tak boleh nak join.
“Aiman, rehatlah dulu. Esok nak bangun awal,” sebutir-sebutir ayat yang keluar dari mulut Abang Dani hampir serupa dengan ayat Daim. Memanglah sama dah Cik Authornya pun orang yang sama. Apa daaa....
Malam tu selepas Dr. Aiman Solat Isyak. Terus dia terlelap hinggalah Daim kejutkan dia untuk Solat Subuh pagi tu. Terkejut Dr. Aiman bila tengok Daim tegak berdiri dengan pakaian baju melayu serba putih.
“Abang bangunlah. Dah nak azan subuh ni,” kejut Daim.
“Oh ye ke?” dicapainya tuala yang tergantung dibelkang pintu kemudian terus menuju ke bilik air dalam keadaan mamai. Dikuak daun pintu dan terus melangkah. Tapi langkahnya terhenti bila di rasakan seakan-akan melekit dicelah kaki. Terasa seperti memijak sesuatu yang lembit lonyoh. Terus di pandang kakinya. Eh! Bilik air mak Dahlia ni ada rumput ke? Bisik hatinya.
“Eh! Abang nak ke mana tu? Bilik air kat sanalah bang,” Daim yang kebetulan keluar dari bilik merasa pelik bila Dr. Aiman tercegat di depan bilik belakang rumah. Ni mesti kes salah pintu ni.
Dr. Aiman yang sudah terasa malu hanya tersengih kemudian melangkah masuk dan mengunci kembali pintu.
“Abang saja je nak hirup udara segar pagi-pagi macam ni. Bagus untuk kesihatan. Daim pun bolehlah amalkan selalu. Ambil masa dalam seminit sedut nafas dalam-dalam kemudian hembuskan pelahan.barulah peparu sihat. Buang toksin tu,” Dr. Aiman terpaksa berkata sesuatu untuk me'cover' dirinya yang sudah malu.
“Oh ye ke? Ha ye la. Baik abang cepat mandi. Angah tu jenis tak suka orang yang lambat-lambat solat ni. Kang mau semua kena ceramah free kang. Pedih telinga,” Daim yang tahu Dr. Aiman nak cover diri hanya tersenyum.
Dr. Aiman terus masuk ke dalam bilik air. “Uh malunya muka aku. First day dah buat onak. Aduhai. Malunya,” Dr. Aiman meraup mukanya.
Selesai mandi, Dr. Aiman yang mengigil dek air yang sejuk macam di Eskimo terus mengambil wudhuk. Di sangkutkan tuala di ampaian tuala sebelah bilik air dan melangkah ke bahagian atas rumah dengan keadaan mengigil.
“Sejuk ke Aiman? Maaflah rumah mak cik ni memang airnya sejuk. Mak cik masukkan batu sungkai dua tiga puluh ketul dalam kolah tu,” tegur Mak Cik Kesuma Dewi bila melihat Dr. Aiman mengigil bersungguh.
“Oh tak apa mak cik. Cuma tak sangka sejuk sampai macam ni,”
“Tak apalah nanti kita minum kopi panas ye?” kesian pula Mak Cik Kesuma Dewi melihat Dr. Aiman mengigil sampai bergitu sekali.
“Ummm... semua dah ada? Subuh dah masukkan?” soal Abang Dani kepada Delita. Delita hanya mengangguk.
“Achik, kamu azan,” arah Abang Dani. Daim terus mengambil tempat untuk azan. Alunan suara Daim amat menyentuh hati Dr. Aiman. Sedapnya suara Daim.
Selesai daim Mengalunkan azan, Daim menbaca doa selepas azan di ikuti oleh yang lain. Kemudian Abang Dani mengarahkan Dr. Aiman untuk menjadi imam. Tersentak Dr. Aiman. Sejarah ni dia menjadi imam pada orang lain. Biasa hanya dengan mama dan papanya sahaja. Tapi Dr. Aiman tetap akur. Markah ni. Baik buat betul-betul. Chaiyok...chaiyok Aiman. Dr. Aiman terus mengambil tempat sebagai imam. Solat Subuh pada pagi itu terasa nyaman sangat tanpa deruman enjin kereta atau motor.
Selesai solat Subuh, Dr. Aiman berzikir dan membaca doa. Abang Dani terus menoleh kepada Mak Cik Kesuma Dewi kemudian dia mengangguk sambil mata terpejam. Mak Cik Kesuma Dewi faham akan maksud itu. Dia hanya tersenyum. 1 markah buat Dr. Aiman.
Kaum perempuan terus beralih ke bilik untuk meletak telekung kemudian beransur ke dapur membantu Delila yang kebetulan 'bercuti' solat. Kaum lelaki pula mengemas tempat solat tadi.
“Aiman, Abang tanya sikit boleh?” tanya Abang Dani.
“Apa dia bang? Tanya banyak pun boleh?” tersenyum Dr. Aiman.
“Aiman ni biasa jd imam ke tak?” mautnya soalan Abang Dani.
Dr. Aiman dah terkedu. Aku ada salah baca suarh ke? Alamak.
“Janganlah bimbang, abang tanya je. Tengok macam kekok sikit tapi nanti terbiasalah tu. Lepas ni bolehlah jadi imam selalu,” Abang Dani yang dapat merasakan kegusaran dihati Dr. Aiman dengan cepat meredakan situasi. Lega hati Dr. Aiman mendengarnya.
“Oh ingatkan apa tadi. Kot-kotlah ada salah baca surah ke apa ke? Saya memang tak biasa jadi imam bang. Kalau balik kelantan je baru jadi imam. Tu pun pada mama dengan papa je lah,” terang Dr. Aiman.
“Eh! Tak ada salah pun. Alhamdullilah elok je,” puji Abang Dani.
“Seminggukan kat sini? Jadi imam na?” sambung Abang Dani sambil menepuk belakang Dr. Aiman.
“Insyallah boleh. Hehehe...” gelak dr. Aiman.
“Angah, Abang Aiman, mak ajak bersarapan,” bicara Daim dari tangga dapur. Dr. Aiman dan Abang Dani terus menuju ke dapur. Pagi ini mereka bersarapan nasi lemak berulamkan air kopi panas dan kuih-muih.
Selesai bersarapan, Delila dan Delita terus bersiap untuk ke perpustakaan awam dengan kawan mereka, Midah dan Suria. Mujur perpustakaan hanya terletak lebih kurang 3km je. Jadi mereka hanya menaiki basikal ke sana. Mak Cik Kesuma Dewi, Kak Lin dan Abang Dani telah keluar ke pasar besar untuk membeli barangan basah untuk stok seminggu. Tinggallah Daim dan Dr. Aiman di rumah.
“Abang, kita mula betulkan atap rumah pagi ni yerk? Kang mata hari dah terik kang jd kacang panggang kita kang,” Bicara Daim sambil mengambil keluar semua alatan yang diperlukan. Dr. Aiman hanya mengangguk.
Mereka menaik ke atap rumah dengan tangga. Tapi Daim kemudiannya masuk ke rumah mencari lubang atap yang bocor. Agak banyak juga. Ada 5 lubang semuanya. Dr. Aiman di atas rumah dan bermandi peluh. Daim Di rumah pula terjerit-jerit mengarahkan ke situ ke sini. Dr. Aiman sudah merasakan belakang badannya terik di simbah cahaya matahari. Daim Sudah merangka plan mengenakan Dr. Aiman. Memang teruklah Dr. Aiman kena dengan Daim. Dr. Aiman di luar rumah dah basah kuyup dengan peluh, Daim pula senang lenang berbaring di atas katil tetamu. Hehehe...bab pedajal orang memang serah pada Daim. Lama kemudian Dr. Aiman hilang terus suara Daim. Dijeritnya nama Daim. Tapi tiada jawapan. Mana pula malaun ni pergi ni? Tak boleh jadi ni. Entah apa-apa jadi kang aku pula nak bertanggunjawab. Dah la tinggal berdua je ni. Getus hati Dr. Aiman. Terus diturun dari atap rumah kemudian masuk kedalam rumah. Berpinar kepala Dr. Aiman. Kaku sebentar dia didepan pintu rumah. Cuba untuk menenangkan diri. Dipautnya sebelah lengan si serambi rumah.
Daim yang baru keluar dari kamar beradunya sambil mengeliat. Bertuah punya budak. Boleh dia tidur orang duk dalam panas. Daim...daim..Terkejut Daim melihat Dr. Aiman sudah berpaut di serambi rumah. Terus berlari dia ke serambi rumah.
“Abang ok tak?” Daim memapah Dr. Aiman ke rumah. Dr. Aiman hanya mengangguk.
“Daim pi mana tadi? Abang risau Daim tak menyahut panggilan abang. Ingat ada jadi apa-apa ke tadi,” Terkedu Daim. Dalam keadaan diri sendiri yang menahan sakit kepala Dr. Aiman Masih mengambil berat tentang Daim.
“Ummm...eh...ummm..sa...sa..saya pergi 'melabur' jap tadi Bang. Sorry yerk? Abang ok tak ni?” tergagap Daim menjawap.
“Ok je. Sikit je ni. Biasalah tu. Dah kena panas terik kemudian masuk pada tempat yang agak gelap atau malap secara automatik darah kita akan naik tu yang mata berpinar tu. Tak apa jangan risau ok? Jap lagi ni ok la.” Daim terasa zalim pula memperlakukan Dr. Aiman seperti itu. Terus Daim berikrar tidak mahu mengusik Dr. Aiman lagi. Dibiarkan Dr. Aiman berehat sebentar. Daim masuk ke bilik tetamu kemudian mengambil papan yang agak nipis diketuknya dari dalam. Jadilah daripada tak ada langsung. Okeylah ni. 2 lagi markah buat Dr. Aiman. 1 untuk markah prihatin 1 lagi sebab berjaya memanjat atap rumah membetulkan 3 lubang yang bocor.
###
Hari kedua Dr. Aiman berkampung di rumah Mak Cik Kesuma Dewi. Keadaan pagi berjalan seperti biasa. Cuma petang itu dia ditinggalkan bertiga dengan Mak Cik Kesuma Dewi dan Kak Lin. Daim sudah ke keluar ke pasar malam dengan Delila dan Delita. Meraka mahu mengajak Dr. Aiman sekali tapi Dr. Aiman sedang solat Asar maka mereka terus pergi tanpa menunggu Dr. Aiman selesai solat dulu. Abang Dani pula dari awal lagi dah keluar untuk berjumpa kawannya di Kuala Kangsar. Kawan masa belajar di USIM katanya.
Dr. Aiman yang kesian melihat Mak Cik Kesuma Dewi dan Kak lin memasak turut sama mengoffer diri untuk membantu. Mulanya merekja berdua agak keberatan untuk memberikan Dr. Aiman membantu. Ye la lelaki masuk dapur bukan mebantu menyemak lagi adalah. Tapi bila melihat Dr. Aiman beria-ria ingin membantu, Kak Lin mengarahkan Dr. Aiman buang biji cili kering untuk di buat sambal sotong nanti. Dr. Aiman dengan tekun melakukannya.
“Kak ada apa yang boleh saya tolong lagi? Cili ni saya dah habis buat dah,” tanya Dr. Aiman kepada Kak Lin. Segan Kak Lin bila Dr. Aiman memanggilnya 'kak' yelah usia mereka sebaya. Tapi memandangkan suaminya sendiri dah membahasakan dirinya 'abang' kepada Dr. Aiman terpaksalah Kak Lin merelakan dirinya di panggil 'kak' oleh Dr. Aiman.
“Umm...nak buat apa lagi yerk?” matanya melilau mencari kerja.
“Ha, tolong kupas bawang boleh? Bawang merah tu dalam 5 biji kemudian belah empat. Bawang putih tu bagi satu labu. Cili tu bagi kak Lin. Nak rebus. Kang dah kupas nanti Boleh blende,” diberikan Dr. Aiman sebakul bawang.
Dr. Aiman melakukan menihut arahan yang Kak Lin bagi. Sedang asyik mengupas bawang tiba-tiba matanya pedih. Di pejam celikkan matanya tak mahu juga hilang. Kemudian tangannya terus mengonyoh matanya. Bukan makin elok makin parah adalah langsung tak boleh nak buka.
“Aaarrrggghhhh....” raungan Dr. Aiman mengejutkan Kak Lin dan Mak Cik Kesuma Dewi.
“Kenapa ni Aiman?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mata saya pedih,” berkedip-kedip matanya.
“Allah. Tadi kamu basuh tangan tak lepas buang cili?” soal Mak Cik Kesuma Dewi lagi.
“Tak,” tangannya masih mahu mengonyoh matanya.
“Ha? Ya Allah macam manalah boleh macam ni. Kamu rendam ke tak bawang tadi?' soal Mak Cik Kesuma Dewi sambil tangannya ligat mengambilthe dari kabinet dapur. Di keluarkan ais ketul kemudian direndamkan uncang the ke dalamnya. Dr. Aiman seperti Kassim Selamat je lagaknya teraba-raba ke sana ke sini.
“Lain kali kalau tak mahu pedih masa kupas bawang, bawang tu kenalah di rendam dulu. Kalau main kupas je memanglah jadi macam ni. Meh kepala tu dongakkan sikit,” Arah Mak cik Kesuma Dewi. Di ambil the yang di rendam tadi kemudian ditekup ke mata Dr. Aiman. Terasa sejuk betul mata Dr. Aiman.
“Lin, kamu ambil minyak kelapa ni sapu pada tangan Aiman ni. Biar hilang pijonye,” arah Mak Cik Kesuma Dewi. Terus Kak Lin ambil minyak kelapa dibubh kedalam piring dan disapukan pelahan di tanagn Dr. Aiman. Dr. Aiman hanya diam membisu.
Dalam keadaan gawat tu Daim and the gang balik. Meluru mereka ke Mak Cik Kesuma Dewi dan Kak Lin. Ni mesti kes pijar ni. Memang menjadi kebiasaan Mak Cik Kesuma Dewi kalau sekadar pijar dia akan berbual demikian.
“Kak Lin, biar Achik buat,” Kak Lin terus menghulur piring minyak kelapa kepada Daim. Delita dan Delila terus melanguk di meja makan melihat Dr. Aiman. Kesian Dr. Aiman. Dah macam orang sakit tenat je lagaknya. Kalau Kak AD ada kat sini mesti dia sedih sangat-sangat.
“Daim, kamu bawa Abang Aiman kamu ni ke sana. Mak nak masak. Adik, Chu jangan nak lari. Meh sini tolong masak,” Delita dan Delila tak jadi nak lari. Potong betullah...
Kisah petang tu tak berakhir di situ. Dr. Aiman sudah boleh membuka matanya tapi tangannya masih lagi terasa pijar yang amat. Dia mengadu dengan Daim kemudian Daim membawa bekas beras ke depan Dr. Aiman. Terkejut Dr. Aiman.
“Nak buat apa ni dengan tong beras ni Daim?” soal Dr. Aiman.
“Abang pijarkan? Masukkan tangan dalam beras ni. Nanti hilanglah,” jawap Daim. Dr. Aiman terus memasukkan tangannya tanpa banyak bicara. Abang Dani dah ketawa.
Selepas makan malam, mereka bertiga kaum Adam ni terus melepak di serambi rumah. Dr. Aiman dengan bekas beras, Daim dengan pencungkil gigi dan Abang Dani dengan tasbih. Ketiga-tiga memandang ke langit. Tiba-tiba...
“Aiman ni abang tengok macam boleh terima je perubatan tradisional ni?” soal Abang Dani. Daim yang tertarik turut sama memandang kepada Dr. Aiman.
“Mana datangnya dunia perubatan moden kalau tak ada dunia perubatan tradisional,” simple dan cukup ringkas jawapan Dr. Aiman.
“Kenapa?” soal Daim pula.
“Ye la, misalanya ubat-ubat ni semuanya berasas dari tumbuh-tumbuhan. Akar kayu yang diekstrek atau di awet atau dikaji untuk dijadikan ubat-ubatan. Dadah pun asalnya dari daun ketum juga. Jadi kenapa perlu kita nak tolok mentah-mentah dunia perubatan tradisional? Dulu masa ibu-ibu nak bersalin dulu yang kena operated tu mesti ada ubat atau bius yang digunakan. Kalau tak macam mana nak operated? So saya tak tolak menah-mentah langsung la kiranya,” cerita Dr. Aiman.
“Tapikan Kak AD kureng nak percaya tau dengan ilmu perubatan tradisional ni tau,” daim terus mengalih kedudukannya ke arah Dr. Aiman.
Dengan slamber Dr. Aiman menjawap, “lama-lama dia akan mengakuinya juga,” balas Dr. Aiman sambil tersenyum memandang bintang. Malam ni nak telefon Dahlia la. Rindulah pula.
###
“Alamak air tak ada,” kecoh Delila bila dia bangun pagi air tak ada.
Tersentak semua orang termasuk Abang Daiz sekeluarga yang baru sampai awal pagi tadi.
“Kenapa ni Adik? Pagi-pagi dah kecoh,” soal Daim pada Delila sambil matanya ditenyeh dengan belakang tangan. Dr. Aiman pun menyusul di belakang Daim sambil menguap.
“Air tak ada Achik. Macam mana nak membasuh, nak memasak? Jenuh nak ke sungai nanti,” jawap Delila.
“Oklah tu boleh mandi sungai,” balas Abang Dani.
“Ish Angah ni menjadi kerja pula nak mengangkut baju-baju ni ke sana,” back up Delita.
“Tak ada susahnya. De la hikmahnya nanti,” balas Abang Daiz pula.
“Ha ok tak jadi hal. Korang semua kena tolong kitaorang basuh baju. Tak kira,” rengek Delila.
“Ye la Cik Puan Sri,” balas semua abang-abangnya. Dr. Aiman yang masih mamai tergelak dengan gelagat mereka di awal pagi ni. Tiba-tiba...
“Meh sini semua tolong mak ambil air ni bawa masuk. Kang nak berwudhuk macam mana tak ada air. Kain baju tu nanti semua basuh di sungai,” rupa-rupanya Mak Cik Kesuma Dewi terlebih dahulu sudah ke sungai mengambil air.
“Mak pergi ambil sorang-sorang ke?” soal Daim sambil membantu Mak Cik Kesuma Dewi mengangkut air ke dalam bilik air. Dr. Aiman dan bakal abang-abang iparnya pun turut membantu.
“Dah lama dah tahunya. Malas nak kecoh-kecoh macam Adik ni,” semua gelakkan Delila.
Pagi tu selepas matahari sudah bangun dari tempat menyoroknya, semua turun ke sungai termasuk Abang Daiz sekeluarga. Tinggal Mak Cik Kesuma Dewi sahaja di rumah. Sampai di sungai, ingatkan mereka je bermandi di situ tapi sikit punya ramailah manusia. Macam Pesta Sungai Nibong je lagaknya. Anak-anak Abang Daiz bukan main gemnira lagi dapat bermandi air sungai. Delita dan Delita terus membasuh termasuklah Dr. Aiman sekali. Abang-abangnya dah terjun ke sungai. Bukan main lagi semua. Dr. Aiman pun jadi teruja untuk mandi sekali. Bukan senang nak mandi sungai ni. Selesai memabsuh baju terus dia punterjun ke sungai. Wow boleh tahan dalam juga sungai ni.
Dari sejam ke 2 jam . Dari 2 jam ke 3 jam. Tak boleh jadi ni. Kecut semua kulit. Lantas Abang Daiz mengajak semua balik. Dah nak amsuk tengah hari. Kesian Mak Cik Kesuma Dewi sorang-sorang di rumah. Saat ingin naik ke darat kaki Dr. Aiman terpijak batu yang berselut. Jatuh terlentang Dr. Aiman. Meraung Dr. Aiman bila kakinya terasa sakit di buku lali.
“Eh! Ya Allah, Aiman kenapa boleh jadi macam ni?” Dr. aiman masih terus mengaduh.
“Sakit kat mana Aiman?” Dr. Aiman menunjukkan ke buku lalinya.
“Daim larat tak kamu gendong Aiman?” Daim mengangguk.
“Kamu gendong sampai ke rumah. Adik, Chu ambil bakul ni bawa ke rumah. Muaz kamu tolong abah amik kasut Ayah Lang bawa balik rumah opah,” arah Abang Daiz. Mereka semua balik ke rumah sambil berjaga-jaga takut Daim pula terseliuh pinggang.
“Opah...Opah...” laung anak-anak Abang Daiz. Meluru Mak Cik Kesuma Dewi keluar rumah. Dilihat Dr. Aiman sedang digendong Daim.
“Ya Allah, kenapa ni Daim?” Mak Cik Kesuma Dewi turut membantu Daim menurunkan Dr. Aiman. Daim membetulkan pingangnya yang terasa lenguh.
“Terseliuh mak,” terang Delila selepas meletakkan bakul baju di tepi rumah?
“Laillahaillah...macam mana boleh jadi macam ni? Bak sini kaki tu. Delita pergi buat ubat biasa tu,” Arah Mak Cik Kesuma Dewi. Delita terus masuk ke rumah. Di ambil kunyit hidup kemudian di tumbuk. Delila sudah memanaskan minyak. Kemudian dimasukkan kunyit yang telah ditumbuk ke dalam minyak yang panas tadi. Dialih sikit lebih kurang kemudian diletakkan ke dalam piring. Terus dihulurkan kepada Mak Cik Kesuma Dewi.
Mak Cik Kesuma Dewi mengambil minyak tadi kemudian dilumur ke kaki Dr. Aiman. Mengerang Dr. Aiman sebab minyak terlalu panas. Dengan lafaz bismillah Mak Cik Kesuma Dewi mengurut kaki yang terseliuh. Delila datang dengan 3 helai daun tembaga suasa dan pembalut luka. Mak Cik Kesuma Dewi ambil dan terus dibalut ke kaki Dr. Aiman. Semua masih setia melihat kaki Dr. Aiman.
“Ha kejap lagi oklah ni. Jangan banyak bergerak pula. Daim papah Abang kamu ni bawa ke bilik,” Mak Cik Kesuma Dewi terus berlalu dan Daim memapah Dr. Aiman ke bilik. Hai lepas satu-satu hal terjadi.
###
Pejam celik pejam celik sudah seminggu Dr. Aiman 'check in' teratak Mak Cik Kesuma Dewi. Sedikit pun tak terasa masa yang berlalu. Sampailah saatnya di mana Dr. Aiman akan kembali ke dunianya yang penuh kesibukan. Terasa sayu pula bila ingin meninggalkan mereka semua.
“Dah siap berkemas ke Aiman?” tanya Mak cik Kesuma Dewi bila melihat Dr. Aiman termenung di birai katil.
“Eh! Dah siap dah. Tinggal sikit je lagi mak cik,” balas Dr. Aiman sambil berpura-pura melipat tualanya.
“Kalau sudah tu marilah ke depan kita makan goreng pisang yang Delita masak. Anak dara ni susah sikit nak masak. Kalau dah masak tu baiklah kita hargai,” ajak Mak Cik Kesuma Dewi kemudian berlalu ke serambi rumah. Tak lama selepas itu, Dr. Aiman pula menyusul. Makan goreng pisang colek gula dan sambal hitam bertemankan kopi panas. Memang gabugan yang sangat best. Terliur rasanya. Dr. Aiman makan dengan berseleranya.
Tak lama selepas itu, Dr. Aiman meminta diri untuk beredar. Cuaca pun dah mula nak hujan. Mak Cik Kesuma Dewi yang menyusul ke dalam perut rumah kembali dengan mangkuk tingkat dan juga setandan pisang emas.
“Nah amik ni Dr. Aiman. Buat bekalan di rumah nanti. Mak cik tahu ni kang mesti entah apa-apa je ni kang makannya. Kalau duduk dengan keluarga makannya lain kalau duk bujang makannya lain.,” dihulurkan mangkuk tingkat kepada Dr. Aiman.
“Eh! Buat susah je mak cik ni,” tapi tangan tetap mengambilnya. Rezeki jangan ditolak maut jangan di cari.
Dr. Aiman bersalaman dengan semua ahli keluarga Mak Cik Kesuma Dewi. Dengan Abang Daiz, Abang Dani dan Daim, dipeluknya erat. Terasa berat untuk meninggalkan mereka tapi dia terpaksa.
Ketika Dr. Aiman mahu memasuki perut kereta, anak-anak Abang Daiz meluru mengejarnya untuk bersalaman. Dr. Aiman mencium mereka sorang demi seorang kemudian menghulurkan gula-gula dari dashbord keretanya kepada mereka. Suka benar mereka mendapat gula-gula dari Dr. Aiman.
Kereta Dr. Aiman berlalu pergi bersama dengan hujan yang rintik-rintik. Di bunyikan hon kepada mereka semua tanda selamat tinggal dan mereka melambai tanda selamat jalan.
Selepas kereta Dr. Aiman hilang dari mata, “Jadi?” soal Mak Cik Kesuma Dewi sambil mejongketkan bahunya. Semua buat muka seposen kemudian masuk kedalam rumah membiarkan Mak Cik Kesuma Dewi keseorangan terpingga.

No comments: