~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)
Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Cerpen : Mak, ampunkan Nora!


            Cuaca petang itu, redup sangat. Aku berjalan menyusuri dari satu taman ke satu taman. Menyelongkar tong sampah, mengutip tin-tin kosong yang ada. Aku simpan dalam karung yang sudi menemani aku selama ini. Kadang-kadang sisa makanan yang masih elok, aku ambil sebagai juadah sampinganku. Kadang kalau ada yang bersimpati akan nasibku, akan ada yang sudi menghulurkan aku barang sebungkus roti dan air mineral. Aku terima, asalkan ia halal.

            “Nenek, nenek. Mama, itu nenek!” teriak seorang kanak-kanak menyentakkan aku.

            Aku memandang wajah yang berada tidak jauh dariku. Aku senyum. Dia masam mencuka. Jelingan mautnya menusuk kekalbu tuaku. Senyumanku kembali mengendur. Aku cuba melambai tapi…

            “Bukanlah, Sayang,”

            “Tapi muka nenek tu macam nenek kita,” jari kecil itu masih menunjuk ke arahku.

“Itu bukan neneklah, Sayang. Nenek dah jumpa Tuhan. Itu orang gila. Sudah jom. Mama dah lambat ni,” pantas kanak-kanak itu dirangkulnya dan dibawa pergi sejauh mungkin.

Jawapan yang meluncur keluar dari ibu kanak-kanak itu, seakan meragut separuh nyawaku pergi. Kakiku seakan hilang paksi kestabilan. Kepalaku berputar sepantas helikopter. Plastik rezekiku, jatuh menyembah bumi. Akhirnya, aku terkulai layu di situ.

Air mataku mengalir umpama empagan Tasik Kenyir yang pecah. Dada ini terasa amat sesak seakan ada orang yang menumbuk tepat kepadaku. Tapi apa guna diratap, dihiba, diingati jika orang sudah tak sudi. Semua ini bukan salah dia. Bukan! Sebaliknya salah Si Tua ini.

###

            “Mak! Mak…” teriakkan Nora mengegarkan seluruh isi rumah.

            Mak Inang sudah berlari-lari anak menuju kepada Nora, satu-satunya anak perempuan Mak Inang.

            “Iya, Nora. Nora panggil Mak?” lembut tutur kata Mak Inang. Namun, tutur kata itu dilemparkan dengan secebis kain. Tepat mengenai muka Mak Inang.

            “Mak tengok apa yang mak dah buat dengan baju Nora? Habis rosak! Nora suruh mak basuh guna tangankan? Pakai air sejukkan? Yang mak pandai-pandai masuk mesin basuh tu kenapa? Tengok apa dah jadi dengan baju Nora?” umpama halilintar, suara Nora memasuki ruang lingkup telinga Mak Inang.

            “Mak tak sengaja, Nora. Mak lupa sangat-sangat. Maafkan mak ya, Nora?” terketar-ketar tangan tua Mak Inang.

            “Oh! Senangnya mak cakap. Maaf, maaf, maaf. Mak ingat dengan maaf mak tu boleh buat baju ni elok balik ke? Mahal tau tak Nora beli baju ni. Setakat orang macam mak yang merempat rumah anak sendiri memang tak mampu nak pakai baju macam ni,”

            “Nora!” tangan Mak Inang sudah naik separas muka Nora.

            “Apa? Apa? Nak lempang? Nak tampar? Buatlah. Buat. Mak ingat ya, mak. Kalau bukan Nora yang kutip Mak dekat kampung dulu. Bawa mak duduk dengan Nora. Agaknya, mak dah lama mampus kebulur tak makan apa-apa tau. Silap-silap hari bulan berulat kena makan dengan ulat mayat,” air mata Mak Inang sudah deras mengalir.

            Ini bukan kali pertama Nora memperlakukan Mak Inang sedemikian rupa. Sebaliknya sudah acap kali. Tapi Mak Inang hanya mampu bersabar dan bersabar. Hanya Nora sahaja tempatnya bergantung harap untuk meneruskan sisa hidup dihujung tanduk.

Harith, Fitri dan Aiman sudah jauh membawa diri masing-masing. Harith sudah buat keputusan tidak mahu pulang ke Malaysia. Mahu terus menetap dan menjadi warganegara Jordon . Fitri sudah berumahtangga dengan seorang wanita Australia. Aiman pula sentiasa sibuk dengan misi Aman Palestin. Benar kata Nora, jika bukan dia yang ambil dan sanggup membela aku, agaknya aku sudah pun mati berulat! Bisikkan hati tua Mak Inang beserta linangan air mata yang sudah tidak bisa keluar lagi.

Tangan yang diangkat tinggi separas muka Nora dijatuhkan.

“Tahu pun. Sedar pun diri. Ingat dah tua nak mampus pun tak sedar diri lagi. Sudah! Bawa baju ni keluar. Mak kena usahakan dalam apa jua cara sekali pun, mak kena pastikan baju ni kembali kepada asal. Faham?” tempiak Nora sambil menolak Mak Inang keluar dari biliknya. Pintu dihempas tepat dihadapan muka Mak Inang.

Mak Inang terkedu dan langsung berlalu pergi. Cucunya Sofea hanya memandang sepi. Tidak mengerti apa yang sudah berlaku. Tapi apa yang pasti, Ibunya marahkan neneknya. Sebab muka ibunya, Nora nampak sangat garang dan menakutkan. Sofea hanya memakukan kakinya dibalik kerusi ruang tamu. Dia tahu kalau dia mendekati ibunya sekarang, dia akan menerima apa yang neneknya terima.

###

            “Mak Long, jomlah Mak Long duduk dengan Sal. Sal boleh jaga Mak Long. Mak Long dah tak perlu rasa terseksa lagi,” pujuk Salbiah, anak saudara Mak Inang yang pernah disusukan. Pernah dijaga sehingga bergelar Si Dara Sunti.

            “Baliklah, Sal. Kalau Kak Nora kau nampak kau ada disini, kau pula disemburnya nanti,” Mak Inang meninjau ke sekeliling. Memerhati kalau-kalau kelibat Nora muncul tanpa diduga. Mak Inang tidak mahu Salbiah pula menerima nasib sepertinya. Cukuplah dirinya sahaja yang menanggung segala seksa dan sengsara.

            “Mak Long, dah lebam sana sini. Berbirat-birat tangan. Terseliuh kaki ni pun Mak Long masih nak duduk sini lagi?” Salbiah membelek-belek lengan Mak Inang yang berbirat di kerjakan Nora. Sesekali, Mak Inang akan beraduh bila Salbiah memegang agak keras dan kasar.

            Puncanya hanya sikit sahaja, tapi tahap mengila Nora mengalahkan Syaitan. Semalam, Nora suruh Mak Inang masakkan sup ayam. Kebetulan pula, Mak Inang tidak bergitu sihat. Mak Inang sakit kepala. Mak Inang minta Nora masak sendiri. Entah apa yang merasuk Nora menyebabkan Nora naik hantu. Habis badan Mak Inang dikerjakan dengan rotan yang sedia tergantung diruang tamu. Hasilnya, habis berbirat-birat badan Mak Inang dikerjakan Nora.

            Sudahlah pula, masih dipaksanya Mak Inang masak sup ayam. Memang sungguh tidak berhati perut! Dalam terketar-ketar tangan Mak Inang nak memotong ayam, jarinya terluka. Menjerit memanggil Nora untuk membalut luka tapi apa yang diharapkan hancur berkecai. Nora tidak jengah langsung ke dapur walaupuan Sofea terjerit-jerit kecil memberitahu Ibunya, jari Mak Inang terluka. Nora halau Sofea pergi.

            Lokman yang baru balik dari pejabat terus ditarik oleh Sofea membawa dia ke Mak Inang. “Ya Allah, Mak. Kenapa ni?” peti pertolongan cemas segera dicapai. Pembalut luka dikeluarkan dan kemudian dililit ke jari Mak Inang yang luka.

            Jari yang berdarah, Lokman cuci dengan kain kapas. Sofea hanya duduk di antara Mak Inang dan ayahnya. Memerhatikan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Sesekali sahaja Sofea mencelah. Memberikan apa yang ayahnya pinta.

Lokman tidak selalu ada dirumah menyebabkan Lokman tidak dapat membela nasib Mak Inang sedangkan Lokman sangat menyayangi Mak Inang. Bahkan, Lokman yang selalu menyelamatkan Mak Inang dari menjadi mangsa rakus nafsu amarah Nora.

“Mak ok? Mak pergilah rehat,” arah Lokman.

“Aduh!” Mak Inang beraduh bila tangan lelaki Lokman yang besar cuba untuk memapah Mak Inang bangun dengan ditolong Si Kecil, Sofea.

Lokman terus menyelak. Alangkah bukan kepalangnya bila melihatkan kesan birat yang masih merah. Lokman tahu ini kerja Nora. Tergamak Nora buat mak sendiri bergini.

“Eh! Nora. Awak boleh biarkan je mak awak jari berdarah macam tu?” serang Lokman.

            “Lantakkan dia. Aku ni daulat! Nak sangat lawan daulat aku, terimalah padahnya. Padankan dengan muka,” memukul gegendang telinga Mak Inang.

            “Awak pukul mak lagi kan? Awak ni dah gila ke Nora? Pukul mak sampai berbirat satu badan?” serang Lokman lagi. Kali ini dia sudah berdiri dihadapan Nora yang sedang menonton televisyen.

            “Tepilah sikit. Kacau je,” Nora menolak Lokman.

            “Saya bercakap dengan awak ni, Nora. Awak dengar tak?” Lokman separuh memekik.

            “Dengarlah. Alah! Lantaklah. Bukan mak awak pun. Tu mak saya. Suka hati sayalah nak buat apa pun.”

            “Tapi itu mak mertua saya,”

            “Jadi?”

            “Eeee…” tangan Lokman sedia nak menampar Nora tapi dihalang oleh Mak Inang.

         “Tolonglah! Jangan disebabkan mak, korang suami isteri bergaduh,” air mata sudah penuh ditakungnya.
        
          “Tapi Nora dah melampau mak,”
             
        “Bravo…bravo…  teruskanlah buat drama air mata pula dekat sini. Aku tak kuasa nak layan drama yang tak berbayar macam ni. Baik aku tidur,” Nora sudah ingin melangkah pergi.
       
       “Eh! Aku tak habis lagi dengan kau,” tahap amarah Lokman sudah ke kemuncak. Mak Inang menambah erat pegang Nora hanya menjeling Lokman. “ada aku kisah,” tangan Lokman di rentap dan dia terus berlalu ke bilik.

            Lokman pula melepaskan tangan Mak Inang dan terus keluar dari rumah dengan mengundur laju keretanya. Sebelum itu, sempat Lokman menyatakan, “ Satu hari nanti kau akan dapat balas atas setiap apa yang kau buat pada mak, Nora. Masa tu baru kau akan menyesal dan menyedari bertapa hinanya tindakan kau kepada mak kau sendiri,”

            Peristiwa semalam sangat memilukan hati Mak Inang. 

            Ikutkan hati, mahu sahaja diikut Salbiah pergi meninggalkan rumah durjana ini. Tapi bila mengenangkan Salbiah hanya nak saudaranya, dibatalkan niat itu. Antara Nora dan Salbiah, biarlah dia memilih darah dagingnya sendiri. Walaupun berdepan ajal ditangan anak sendiri. Mak Inang rela.

            “Mak Long, Sal bukan apa. Sal tak sanggup tengok Mak Long terus macam ni. Mak Long dulu jaga kami semua baik sangat. jangan kata nak tengking, nak jentik telinga kami pun, Mak Long tak pernah buat. Sal tak faham kenapa dia orang semua sanggup buat Mak Long macam ni. Masing-masing buat hal sendiri. Mak Long duduklah dengan Sal. Biar Sal jaga, Mak Long. Sal dah ada kerja tetap. Walaupun Gaji Sal tak banyak macam Kak Nora, tapi Insyallah terlebih cukup untuk sara hidup kita berdua, Mak Long. Duduklah dengan Sal, Mak Long. Sal nak balas jasa Mak Long,” Salbiah masih cuba berdiplomasi.

            “Betul tu, mak. Mak duduklah dengan Sal. Makin lama mak dekat sini makin berlemak Nora tu mengenakan Mak. Lokman dah tak sanggup tengok mak macam ni hari-hari,” Lokman menarik kerusi dihadapan Salbiah.

            Mak Inang masih mengelingkan kepala.

            “Kalau pun mak di takdirkan mati ditangan Nora. Mak rela,” Lokman dan Salbiah terus terputus kata.
###
            “Kak Nora, apa dah jadi ni? Kenapa Mak Long boleh koma ni? Apa lagi yang Kak Nora yang dera Mak Long ni?” soalan bertubi Salbiah kepada Nora.

            “Jangan nak cakap ikut sedap mulut kau je Sal. Mak Long kau tu dah tua. Jalan pun terketar-ketar. Tak larat. Adatlah jatuh kemudian kepala terhantuk,” Nora tidak langsung memandang Salbiah.

            “Ibu tipu. Ibu tolak nenek sampai nenek jatuh bilik ari,” tiba-tiba Sofea bersuara.

            “Kau diam eh? Aku sepak kang,” Nora mencubit kaki kecil Sofea. Sofea merengek menangis. Tangan Nora ditepis. Anak kecil itu dipujuknya, halus.

            Seperti biasa, bila sesuatu yang buruk terjadi pada Mak Inang mesti Lokman tiada ditempat kejadian. Ini pun tadi Lokman sampai sekali dengan Salbiah; dan kalau tidak kerana panggilan telefon dari Salbiah juga, agaknya sam[ai ke sudah Lokman tak tahu Mak Inang masuk hospital.

            “Kak Nora nak bunuh Mak Long ke?” Salbiah menolak lengan Nora. 

            “Eh! Cukup baik aku dah bawa pergi hospital. Tak sanggup aku nak biarkan orang tua ni mati dalam rumah aku. Badi. Bawa sial!” perkataan SIAL sengaja Nora kuatkan. 

            Lokman, yang mengendong Sofea sudah mengelengkan kepala. Nora… Nora….

            “Sampai hati Kak Nora panggil Mak Long, sial?” jari ditunding kepada Nora.

            “Yang kau sibuk sangat hal keluarga aku ni dah kenapa?” Nora menjengkelkan matanya kepada Salbiah.

            “Eh! Kak Nora. Mak Long tu dah macam mak pada Sal tau…”

            “Sedar pun diri tu tak beremak,” Nora meniup kukunya yang perasan cantik.

            “Memang Sal sedar. Bukan sedar je bahkan sangat sedar. Kak Nora, apa nak jadi, jadilah. Sal tetap nak ambil Mak Long duduk dengan Sal. Dari duduk dengan Kak Nora, Kak Nora hambakan Mak Long macam Mak Long tu kadam Kak Nora. Sikit pun tak detik dekat hati Kak Norakan?” Salbiah berkeras dengan Nora.

            “Kau nak? Ambillah. Senang sikit tugas aku. Bolehlah aku melancong dengan keluarga aku tiap minggu. Ada orang tua ni, menyemak je. Nanti aku cakap dengan jururawat, bil semua bawah kau. Tak payah sibuk-sibuk aku nak langsaikan,” senangnya jawapan Nora. Langsung tidak berdetik rasa bersalah.

            “Kau nak? Ambillah. Senang sikit tugas aku. Bolehlah aku melancong dengan keluarga aku tiap minggu. Ada orang tua ni, menyemak je. Nanti aku cakap dengan jururawat, bil semua bawah kau. Tak payah sibuk-sibuk aku nak langsaikan,” senangnya jawapan Nora. Langsung tidak berdetik rasa bersalah.

            Lokman meletakkan Sofea ke bawah. Tangan Nora direntap kasar. Menariknya ke suatu sudut.

            “Awak tak malu ke? Tu mak awak tau. Yang tenga sakit dalam tu mak awak. Yang badan penuh dengan wayar-wayar tu disebabkan awak. Yang dah koma dekat seminggu tu mak awak. Awak tak ada sikit ke rasa simpati atau mneyesal atas apa yang awak buat pada mak? Kalau awak dah tak suka mak tu kenapa awak tak bunuh je mak awak tu?” Lokman menyerang Nora bertubi-tubi.

            Nora buat-buat pekak. Dia menyanyi-nyanyi kecil sambil memital rambut hadapan. Matanya menjeling Lokman. 

“Mana silap Mak Long jaga kita? Mak Long didik kita semua sama rata. Tapi kenapa anak Mak Long sendiri tak pernah nak hargai Mak Long? apa salah Mak Long sampai Kak Nora buat Mak Long tu macam tu? Tak cukup ke didikan Mak Long berikan pada Kak Nora? Betullah apa orang cakap. Makin besar ilmu, makin tinggi hidung, makin tak mahu menjejak ke bumi. Ingat Kak Nora. Tanpa usaha tulang empat kerat Mak Long, takdenya Kak Nora dapat jadi apa yang Kak Nora jadi sekarang,” habis dihamburkan segalanya.

            “Huwaarrgghhh…. Bosan betul dengar syarahan ustazah tak bertauliah ni. Salbiah, jangan ingat tudung kau labuh, pakai jubbah kau dah boleh nak khutubah aku. Faham?” Nora menuding tepat ke muka Salbiah. Tanda amaran keras.

            “Nora, awak ni dah melampau!” Lokman terasa mahu sahaja menampar Nora tapi ianya bukan depan Sofea dan Salbiah.

### 

            Sudah seminggu Mak Inang meninggal dunia selepas beberapa bulan Mak Inang koma. Doktor terpaksa berhentikan bekalan oksigen kepada Mak Inang. Tiada sebarang perubahan  di rekod sepanjang Mak Inang terlantar sakit. Bahkan Mak Inang seperti telah lama pergi.

            Harith, Fitri dan Aiman hanya balik menjengah Mak Inang 2 minggu pertama Mak Inang di hospital. Selebihnya, Salbiah dan Lokman yang menguruskan Mak Inang. Nora tak pernah langsung menjengah Mak Inang selepas kejadian hari itu. 

Sikap kejam Nora bertambah tidak dapat dibendung bila mana semua baju-baju Mak Inang dibakar dan bilik Mak Inang dijadikan bilik Seri, pembantu rumah warga Indonesia yang di ambil dari agensi untuk melakukan tugasan yang sebelum ini adalah ‘tugasan’ Mak Inang. 

Lokman pula sudah lama keluar dari rumah yang diduduki bersama dengan Nora hamper 8 tahun. Lokman membawa sekali Sofea bersamanya dan Nora tak pernah kisah sebab kelahiran Sofea dulu bukan permintaannya. Itulah juga sebab Nora tidak dapat sebulu dengan Sofea dan Sofea lebih rapat dengan Mak Inang semasa hayatnya. 

Lokman dan Salbiah yang menguruskan segala keperluan pengebumian Mak Inang. Jenazah Mak Inang dibawa balik ke kampung asalnya di Temerloh. Jenazah Mak Inang disemadikan bersebelah pusara suaminya, Pak Enal.  Hanya itulah jasa terakhir yang dapat Salbiah dan Lokman lakukan untuk Mak Inang.
Wajah Mak Inang sangat tenang. Cerah dan berseri-seri. Penuh senyuman diwajah. 

Nora masih terus dalam dunianya tanpa hiraukan keluarganya sendiri. Harith hanya mengutuskan wang sebulan sekali bagi kos rawatan Mak Inang.  Fitri dan Aiman terus hilang tanpa berita. Salbiah juga masih setia menemani Mak inang sehingga keakhirnya. Bila malam menjelma, Lokman dan Sofea akan mengambil alih tugas Salbiah. 

Hanya linangan air mata yang dapat mengiringi pemergian Mak Inang selamanya. 

### 

            “Apa? Tak mungkin. Ini tak mungkin,” surat peguam syarie yang diterima di lempar ke tepi. Tangan dengan pantas mendail nombor telefon Lokman.

            “Lokman. Apa ni? Tiba-tiba saya dapat surat dari peguam yang awak buat permohonan cerai? Apa ni?” Nora menjerit-jerit ditelefon.

            “As’Salammualaikum. Surat dah sampai? Baguslah. Jumpa dekat mahkamah,” Lokman terus mematikan panggilan telefon.

            Nora hubungi Lokman kembali. “Yes, Nora? Nak apa lagi?” Lokman merengus kasar.

            “Kau tak boleh buat aku macam ni, Lokman. Takde angin takde taufan tiba-tiba kau nak cerai ni kenapa? Hilang akal ke?” bentak Nora.

            “Kau yang hilang akal sebenarnya, Nora. Tak guna aku simpan kau lagi sebab aku dengan kau dah takde apa-apa ikatan lagi. Dulu aku bertahan dengan kau sebab mak kau. Tapi mak kau dah meninggal, jadinya tak guna lagi aku tanggung biawak hidup macam kau ni,” 

            “Eh! Sengal. Bab mak aku, kau jangan nak sentuh-sentuh,”

            “Yup. Aku tak akan sentuh mak kau lagi sebab mak kau dah jadi arwah pun,” Loman rerus matikan panggilan sekali lagi.

            Nora meraung sekuat hatinya. Tak guna punya Lokman. Sanggup kau buat aku macam ni? 

### 

            Malang sememangnya tak berbau. Nora diceraikan dengan talak satu. Hak penjagaan Sofea diberikan sepenuhnya kepada Lokman. Lebih memilukan, selang 2 minggu selepas penceraian mereka berdua, Lokman dan Salbiah mendirikan rumah tangga. 

            Nora di isytiharkan bankrupt secara rasmi selepas perniagaan yang diusahakan hancur lebur berkecai dek ditipu rakan niaganya. Segala bentuk asset Nora dibekukan. Nora diarahkan keluar dari rumah yang didiami sejak sebelum kahwin lagi dan Nora betul-betul kesepian.

            Nora mula merempat dari satu lorong ke satu lorong. Mencari tempat berteduh dari panas dan hujan. Berehatkan diri di malam hari. Semua orang mengelarkan Nora gila sebab hamper setiap malam Nora meracau dan kemudian menangis meratapi Mak Inang. 

            “Mak, ampunkan Nora, Mak. Nora banyak buat dosa dengan mak. Nora minta ampun mak. Ampunkan Nora mak. Nora rindu mak. Nora nak mak hidup balik dengan Nora. Mak, Nora perlukan mak. Mak datanglah pada Nora….” 

            Nora berasa sangat kehilangan Mak Inang. Nora hilang tempat bermanja lantaran keegoaannya sendiri. Dan kini Nora adalah aku yang kehilangan kasihnya seorang bonda…
           

Saturday, August 13, 2011

Cerpen Bertema ~ Telatah Ragam Sahur


Malam sebelum Ramadhan  .

“Anak-anak, esok dah mula puasa ya. Jangan ada yang malas sahur, tak puasa, ya anak-anak. Mak dapat tahu siapa tak puasa penuh tahun ni terutamanya lelaki, tak ada peruntukkan baju raya ya anak-anak,” pesan mak lembut dan bersahaja.

“Ala, asyik anak lelaki je kena puasa penuh. Anak perempuan pun kena gak puasa penuh baru adil,” bangkang Adik.

“Eh! Kak Yong puasa penuh tau. Dah 3 tahun tau,” sampuk Kak Yong yang tengah melipat baju.

“Eleh. belagak betul! Mana ada perempuan yang dapat puasa penuh? Nampak nau penipunya,” Achik menyokong adik.

“Apa pulak? Kak Su pun pernah dapat puasa penuh apa? Ingat korang je ke yang boleh puasa penuh? Kami pun bolehlah,” Kak Su menyokong Kak Yong.

“Tipulah. Adik tak percaya,”

“Ok! Kita beating siapa dapat puasa penuh tahun ni, dia dapat duit raya lebih dari Kak Yong,” tersedak oksigen Kak Yong dibuatnya.

“Apasal lak Kak Yong terlibat sama ni? Kau orang berdua yang beating, duit Kak Yong pula terbabit,” Kak Yong mencekak pinggang dengan mata membuntang kepada Kak Su dan Adik.

“Sebab kau kan dah kerja? So, kaulah kena bagi duit raya pada kami. Kami ni budak lagi,”

“Budaklah sangat. Dah akhil baligh dah. Patut tak payah dah duit raya, duit raya ni,” bebel Kak Yong.

“Kau ni macam kuda tau, Kak Yong. Kedekut...kedekut...kedekut,” Adik membuat lagak seperti kuda berlari. Aksinya turut diikuti oleh Kak Su dan Achik.

“Siut punya budak-buuuudddaaaakkkk,” Kak Yong mengejar mereka berdua.

“Lari, lari. Dinosaur mengamuk,” adik berlari terus ke arah luar rumah.

“Kau panggil aku apa? Dinosaur? Senget punya adik,” Kak Yong semakin panas hati.

Dalam pada Adik berlari sambil mengejek Kak Yong, dia secara tak sengaja terempuh Ayah yang sedang memandang telefon. Apalagi, bergolek kedua-duanya jatuh. Paling tragis, Abang Wan pula tengah duduk menonggek mencari barang dalam laci, pun turut sama jatuh mehempap Ayah.

“Aaaadduuuuhhh!” jerit Ayah memegang kakinya.

Adik dah muka kepucatan. Bergitu juga dengan Kak Yong. Abang Wan pula dah mengosok kepalanya yang dah terkena pada bucu meja.

“Ni siapa punya angkara ni?” soal Mak yang dah berlari ke arah Ayah.

“Kak Yong,”

“Adik,”

serentak mereka berkata.

“Apa ni berlari dalam rumah? Habis dengan ayah, ayah sekali kena. Adik, kamu tak puas main tadi ke?” soal Ayah yang cuba bangun sambil di pimpin Mak.

“Eh! Adik pula?” Adik menunding jari ke mukanya. Adik panas hati.

“Dahlah ayahnya. Tak sengaja terlanggar awak,” Mak bertindak meredakan keadaan.

“Dah pergi buat kerja sekolah. Jangan ingat nak main lagi. Pekse dah dekat,” arah Mak pada Adik.

“Kamu sekali, Achik,” jeling Kak Yong.

Achik dan Adik berbentak kaki masuk ke bilik membuka buku sekolah.

###

1 Ramadhan.

“Astagfirullahalazim...tak bangun lagi budak-budak ni. Bangun cepat!” laungan Kak Yong mengemakan suasana rumah pagi itu.

Habis tegak berdiri semua orang dalam rumah gara-garakan suara Kak Yong yang berjaya mengalahkan guruh dilangit. Mak gelarkan Kak Yong 'Mak Tiri No.2'. Kalau mak punya suara tak lut, suruh je Kak Yong buat seruan Azan confirm semua orang pedih telinga. Ayatnya dahlah pedih nak mampus tambah dengan mulut yang asyikkan nak pot pet pot pet 24 jam. Kalau sorang buat salah, habis semua orang kena sekali.

“Ish! Kamu ni. Habis sampai jiran sebelah pun boleh bangun tahu tak?” Mak mencubit pinggang Kak Yong.

“Takdelah mak. First sahur pun susah sangat nak bangun. Seksa sangat nak suruh mata tu bukak. Agaknya kalau mata tu terbukak langsung tak boleh nak tutup-tutup dah kot?” tercengil-cengil mata Kak Yong pada bilik Anak Lelaki.

“Engkau ni bising betullah Kak Yong. Orang tahulah nak bangun,” Achik melanggar badan Kak Yong sewaktu nak berjalan keluar dari bilik.

“Ha'a tunggukan korang bangun jawabnya azan subuh pun masuk,” bebel Kak Yong.

“Kecohlah kau ni,” keluar pula Adik dengan air liur basi di mulut.

“Achik, Adik. Dah pergi basuh muka. Boleh sahur. Dah pukul 5:15 ni,” suara Mak lembut mengarah Achik dan Adik.

“Cubalah kamu suara halus macam mak kamu ni. Sejuk hati ayah dengar,” perli Ayah sambil tersengih-sengih pada Kak Yong.

“Ha'a iya. Kalau tak kuat suara ni haram diaorang ni nak bangun, ayah. Buat sakit hati je,”

Abang Nas dah menarik bantal naik ke telinganya. Bergitu juga Abang Wan. Selimut tebal dah naik ke mukanya. Habis tertutup semua badannya macam mumia.

“Bertuah punya budak. Ditariknya selimut balik. Weh! Bangunlah,” Kak Yong bertindak menarik selimut yang menutupi Abang Nas dan Abang Wan.

“Ish! Sibuklah kau ni. Aku uzurlah,” pekik Bang Nas.

“Uzur?” sampuk Mak.

“Uzur apanya. Kamu tu lelaki. Dah bangun sahur cepat. Dah 5:20 dah ni. Dah sahur nanti nak tiduk balik, tidurlah. Tak ada orang nak kisah,” pujuk Mak lembut.

Abang Nas masih setia dengan bantal di telinganya. Abang Wan yang dah bangun dan terus menuju ke sinki untuk berkumuh dan membasuh muka. Pinggan nasi yang dah siap di isi oleh Kak Su di ambil. Ikan goreng berserta kicap di ratahnya pelahan.

“Lantak kaulah Nas. Dah besar pun malas lagi nak bangun sahur,” Kak Yong terus mengambil tempat bersebelahan dengan Kak Ngah.

“Bak sayur kacang tu,” arah Kak Yong pada Kak Ngah.

“Oh! Terbalik pinggan,” latah Kak Yong bila pingan sayur yang dipegangnya nyaris terbalik masa Abang Nas melanggar kasar pehanya.

Mata Kak Yong dah mencerun memandang Abang Nas. Tapi dibiarkan sahaja.

'Daripada budak bertuah ni tak bangun sahur langsung baiklah dia bangun,' getus hati Kak Yong sendirian.

“Lepas ni, jangan nak tidur-tidur balik. Yang mana nak sekolah terus siap sekolah. Mana yang kerja, siap-siap kerja. Mana yang tak ada kerja tu, kemas rumah bersih-bersih,” pesan Mak sambil meyuap nasi ke mulut.

“Dengar tak ni?” soal mak bila semua membisu.

“Faham, Emak,” jawap semua serentak.

“Bagus. Dah cepat makan. Waktu imsak dah nak habis dah,” pesan Mak lagi.

“Lepas ni mana yang sempat mandi, mandi kemudian bentang sejadah dekat depan. Hari ni kita solat Subuh berjemaah,” Ayah pula meninggalkan pesan.

“Baik, Ayah,” jawap Adik siap berlagu.

Semua memandang kepada adik. Kepalanya terhangguk-hangguk. Nasi dikuis. Budak ni lalok ke apa ni?

“Adik, adik,” panggilan Ayah tak dihiraukan.

“Adik. Oh! Adik,” Mak pula memanggil. Masih bergitu.

“Aaaadddiiikkk,” Kak Su menepuk meja makan.

Badan Adik bergetar. Matanya terbuka luas melihat semua yang ada di meja makan. Kemudian tangan kanannya mengurut dada.

“Kau tidur eh?” soal Kak Yong dengan menunding jari ke muka Adik. Adik hanya sengih.

“Tidur pula dia. Makan cepat, imsak dah nak habis,” arah Mak.

Adik dengan penuh gelojoh cepat-cepat makan bila melihatkan jam hanya tinggal lagi 5 minit.

“Makan pelahan, lahan. Nanti tercekik baru tahu,” nasihat Abang Nas.

“Tadi suruh makan cepat-cepat lepas tu suruh pelahan-lahan pula. Confusselah,” rungut Adik.

“Makan tu ikut sunnah nabi. Kunyah 40 kali baru telan. Tapi janganlah terlalu gelojoh dan janganlah terlalu lambat. Nanti kita yang rugi,” nasihat Ayah.

Adik menganggukkan kepalanya.

“Allahu Akhbar, Allahu Akbar,” Azan Subuh berkumandang menandakan episod Ramadhan bermula.

“Dah jangan minum lagi. Pergi basuh tangan cepat. Kumur-kumur sekali,” Mak tak jadi menyuap nasi kemulutnya.

Ayah terus berlalu ke sinki dan membuang sisa nasi dipinggan ke dalam bakul sampah dan membasuh pinggan yang ada di sinki. Dibelakang Ayah beratur yang lain nak basuh pinggan masing-masing.

“Dahlah, Ayah. Biar Kak Yong basuh,” Kak Yong mengambil pinggan dari tangan Ayah dan secara automatik memotong que orang lain.

“Letak je dekat sinki. Pergi siap-siap untuk solat pula,” arah Kak Yong.

Bila Kak Yong dah cakap macam tu, apa lagi. Budak-budak ni teruslah letak pinggan mangkuk dalam sinki. Periuk belanga atas dapur pun diaorang terus letak dekat bawah sinki. Bukan senang Kak Yong nak basuh pingan mangkuk. Baik cepat-cepat serahkan apa yang patut. Hehehe...

Lepas solat subuh berjemaah, semua terus bergegas nak menyiapkan diri masing-masing. Mana yang nak sekolah mana yang nak kerja. Semuanya masih lagi cergas nak menjalankan rutin harian. Cuma dah masuk tengah-tengah Ramadhan. Memang akan ada yang poteng sekolah punyalah. Hehehe... tak laratlah katakan!
Sahur pagi pertama Ramadhan bermula dengan konflik tidur. Adakah akan terus jadi bergini sampailah ke akhir Ramadhan? Harap masing-masing tahu keberkatan Ramadhan dan kelebihan sahur yang susah sangatlah diaorang ni bangun. Bak kata Abang Wan, 'tidur macam tanah liat tu pasal bangun pun liat,' tapi ayat tu digunakan bila dia sorang je bangun awal.

###

Seminggu Ramadhan.

Hari ni masuk seminggu Ramadhan. Sepatutnya orang dah semakin produktif dan lali dengan rutin harian dibulan mulia ini. Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Budak-budak ni makin liat nak bangun sahur. Makin payah nak gerak bangun sahur. Terasa macam nak biarkan je makanan tu disuap masuk dalam mulut masing-masing. Ada ke patut macam tu? Ish! Ish! Tak patut, tak patut (aksi sambil mengeleng-gelengkan kepala dengan mata tertutup)

“Ya Allah, apa ke susah sangat nak gerak korang semua ni ha? Suruh bangun makan sahur je. Bukan suruh masak, hidang lauk sahur,” bebelan Mak mengamatkan suasana rumah pagi itu.

Seperti biasa, bila Mak dah start jadi 'tarzan betina' barulah semuanya terhegeh-hegeh nak bergerak ke sana ke sini nak tolong Mak. Kadang-kadang Mak boleh 'menangis' nak gerak budak-budak ni bangun sahur.

“Kak Yong, kamu yang paling tua pun nak kena gerak bangun sahur ke?” Mak menghayun senduk ke muka Kak Yong.

Kak Yong hanya senyap membisu. Tak kuasa nak melawan atau menjawap setiap soalan Mak. Kang kalau menjawap kang langsung terkasar bahasanya. Nak, nak dibulan Ramadhan ni. Orang buat pahala aku pula buat dosa. Oh! Tak nak aku. Selisih Malaikat 44. Jenuh raya nak minta maaf. Tapi kenapa time raya je orang beria nak minta maaf eh? Time lain tak boleh ke?

“Korang ni nanti kalau mak dah tak ada agaknya, entah siapalah nak gerakkan korang bangun sahur? Tak malu ke kat jiran sebelah menyebelah ni asyikkan suara mak je yang membebel suruh korang bangun?” pedihnya rasa!

Itulah Mak, kalau dah start membebel memang tak akan ada push stop. Perangai yang satu ni terus jatuh pada Kak Yong, Kak Ngah dan Kak Su. Memang perempuan ni tak dapat dipisahkan dengan membebelkan?

“Maknya, dah, dah la. Dah nak habis waktu imsak dah. Meh sini makan sahur sekali,” pujuk Ayah. Yang lain dah mengadap meja makan dah.

“Tak payah. Korang makanlah. Mak dah tak lalu nak makan,” rajuk Mak.

“Puan Isteri oii. Sahur ni banyak hikmahnya. Banyak berkatnya. Awak tu ada gastrik. Karang tak alas perut kang kena sembelit,” Ayah masih lagi memujuk.

“Apa pula sembelit? Nanti pedih ulu hatilah, Yah,” sampuk Adik.

“Iya ke?” melawak Ayah.

“Iyalah. Sembelit tu susah nak bubu,” jawap adik.

“Bubu?” soal Kak Su.

“Nak gi iyaklah,” Kak Ngah tolong jawapkan.

“Oooo...” panjang 'O' Kak Su.

“Dahlah Maknya. Marilah bersahur. Waktu Imsak dah nak habis dah ni. Kalau awak sakit perut, Abang pun sakit perut juga. Bila ayah dah sakit perut, Abang kena berbuka. Awak nak tanggung dosa Abang berbuka sebab awak tak bersahur?” ugut Ayah.

“Eh! Apa pula? Suka hati je cakap saya pula kena tanggung dosa awak,” Mak duduk disebelah Ayah.

Ayah memberikan isyarat mata pada Kak Yong supaya menletakkan nasi dan lauk dalam pinggan Mak. Kak Yong dengan pantas meletakkan nasi dalam pinggan. Kak Ngah dah siap sedia menyudu Sambal Ikan Bilis untuk dimasukkan ke dalam pinggan Mak. Abang Nas dah meletakkan Ayam Goreng dan Kak Su dah menyudukan Gulai Lemak Kobis. Adik terus menyorong pinggan di depan Mak.

Adik mengusik bahu mak sedikit. Mak menoleh dan melihat pinggannya dah berisi nasi dan lauk. Mereka semua memandang kepada Mak.

“Dah, makan,” arah Ayah.

Mak memandang Ayah.

“Awak nak saya suap ke Maknya?”

Mereka yang lain mengetawakan Mak.

###

Separuh Bulan Ramadhan.

“Hai, pandai bangun sendiri hari ni? Kalau macam ni hari-harikan bagus? Taklah mak korang ni jadi tarzan betina pagi-pagi buta ni,” tegur Mak bila melihatkan semua anak-anaknya dah ada di meja makan dengan lauk bersahur dah siap terhidang.

Mereka hanya tersengih. Kak Yong menyenduk nasi dari Rice Cooker dan Kak Ngah mengagih-agihkan pingan di meja makan.

“Mak, Ayah jom makan,” ajak Abang Nas siap tarikkan kerusi buat Mak dan Abang Wan tarikkan untuk Ayah.

'Lain macam je budak-budak ni,' Mak bagi isyarat mata pada Ayah. Ayah hanya senyum.

“Jemput makan mak, ayah,” Kak Su menjamu Mak dan Ayah makan.

Sahur pagi ini berlalu dengan keadaan yang tenang lagi damai dengan masing-masing melayan lauk sahur dipinggan. Kak Ngah menyiku Kak Yong. Kak Yong menjeling pula pada Abang Nas. Bibir mereka saling berinteraksi. Mak perasaan tapi sengaja buat-buat tak tahu.

Nasi dipinggan dah nak habis tapi hajat dihati mereka masih tak sampai lagi. Kak Yong dah berlalu ke sinki membiarkan Abang Nas selaku anak lelaki sulung untuk memulakan kata-kata. Tapi malang, dah habis pinggan mangkuk dibasuh, Abang Nas masih membisu.

'Bila Si Gonjus ni nak cakap ni?' bisik hati Kak Yong kegeraman. Dihempas-hempas pinggan yang dibasuhnya.

“Hai, Kak Yong. Mengamuk ke?” tegur Mak.

“Takdelah. Terlepas je. Banyak sabun,” jawap Kak Yong tapi geram dihatinya tak hilang lagi.

Kak Ngah menedang kaki Abang Nas dari bawah meja.

“Aduh! Sakitlah,” ngerang Abang Nas.

Kak Ngah mengetap bibirnya sambil menjengkilkan matanya kepada Abang Nas.

“Apahal pula ni?” soal Mak.

“Kak Ngah ni. Sepak kaki Abang,” Abang Nas mengadu.

“Mana Ada. Anas tipu. Kan Wan?” Kak Ngah menjeling Abang Nas geram.

“Cepatlah cakap,” Kak Ngah cakap dalam nada berbisik geram.

“Cakap apa?” soal Abang Nas sambil menahan sakit.

“Cakap perkara semalam tulah,” ton suara Kak Ngah naik sedikit.

Abang Nas seakan berfikir sekejap, “oh! Yang itu,”

“Mak, Ayah. Kami...” kata-kata Abang Nas tergantung. Matanya memandang adik beradiknya yang lain.

“Kak Yong nak cakap,” sambung Abang Nas.

“Kak Yong pula?” terkejut Kak Yong dibuatnya.

“Engkaukan kakak?”

“Ish!” bentak Kak Yong.

“Sudah! Lepas sahur ni, kemas rumah dari A to Z. Kemudian kita Shopping baju raya,” bicara Ayah sambil menyuap nasi ke mulut. Mak memandang Ayah.

“Yeah. Akhirnya dapat shooping baju raya,” sorak Abang Wan yang banyak membisu dari tadi.

“Yahooo! Dapat baju baru. Bestnya,” teruja Kak Su.

“Kak Yong, bajet baju raya beli sendiri. Kamu dah kerja,” sempat lagi Ayah berkata dalam gamat-gamat suasana.

“Hahaha... Kak Yong tak dapat bajet baju raya,” ketawa Adik.

“Asal lak? Kak Yong pun nak gak,” berontak Kak Yong.

Gamat balik pagi ini dengan sorakkan untuk 'Shopping Baju Raya'. Agak-agaknya rumah ni tak sah kalau masa sahur tak gamat. Tak heboh satu taman. Makanya, sahur hari ni masih lagi mengekalkan 'Rekod Asal' dan entah bilalah nak pecahkan rekod yang dah terperuk lama sejak berzaman lamanya.

###

Dua Tiga Hari Sebelum Ramadhan Berakhir.

Jam 3 pagi.

“Mak Oii. Rabak mata Kak Yong,” Kak Yong menenyeh-nenyeh matanya yang keletihan.

“Kak Ngah pun sama. Bila kita nak habis buat kuih raya ni?” Kak Ngah dah menyandar malas di dinding rumah sambil menunggukan kuih dari dalam oven masak.

“Koranglah ni. Pandai-pandai sangat kononya nak buat kuih raya tahun ni. Kalau kita beli je taklah kita jadi macam ni. Tau tak?” tempik halus Kak Su.

“Kak Su, kau tau tak erti kata berjimat cermat? Kau bayangkan kalau sebalang kuih raya dalamnya ada 50 biji, harganya pula RM35.00 bersamaan dengan kos bahan mentah untuk empat jenis kuih tau,” Kak Ngah mengangkat jari kanannya menunjukkan angka EMPAT depan mata Kak Su.

“Habis tu, ni macam mana ni? Raya lagi dua tiga hari je tau. Mana sempat nak siapkan,” behrang Kak Su.

“Sabarlah sikit. Insyallah boleh siap punya. Sekarang ni dah siap 4 jenis. Tinggal lagi dua jenis je lagi,” pujuk Kak Ngah.

“Ye la 2 jenis tu nak hadap macam mana? Malam lusa kita dah nak balik kampung. Aku dah penatlah,”

“Kau ingat kau sorang je ke penat? Orang lain tak penat? Aku pun penat jugak tau tak?”

Kak Ngah dan Kak Su dah mula bertikam lidah. Kak Yong malas nak masuk campur. Dialihkan bekas berisi telur ke sebelah dan badannya direbahkan ke lantai. Mata terus ditutup. Telinga dipekakkan. Dapat tidur barang sejam pun jadilah.

Kak Ngah dan Kak Su berhenti berlawan kata bila mendengarkan dengkuran kecil. Badan dan kepala mereka beralih ke arah suara dengkuran itu datang. Dilihat Kak Yong dah terbaring di lantai .

“Bukan main lena lagi tidur siap berdengkur lagi orang tua ni,” bebel Kak Su.

“Dahlah. Aku malas nak layan kau. Baik aku tidur juga. Kejap lagi nak bangun sahur,” Kak Ngah pun mengalihkan barang disekitarnya ke tepi dan mula landing sepertimana Kak Yong.

“Mana aci korang dah nak tidur?” rengek Kak Su.

“Kau nak tidur-tidurlah. Siapa  nak larang? Tapi sebelum kau tidur, sila keluarkan kuih dari dalam oven tu dulu eh?” arah Kak Ngah.

“Aku juga. Korang memang suka dera aku,” bentak Kak Su.

“Hehehe. Selamat siang ya embak?” sengih Kak Ngah kemudian melelapkan matanya.

Kak Su terpaksa menunggu kuih raya siap dibakar sebelum dia pun boleh landing sama macam kakak-kakaknya. Nak buat macam mana? Terpaksalah. Nama pun adikkan?

Usai mengeluarkan kuih yang dah dibakar, Kak Su memadamkan suis oven dan terus landing belakang Kak Ngah. Jadilah dapat landing barang setengah jam sebelum bersahur. Sudah tak boleh tahan mengantuk yang amat ni. Dari lepas terawih terus mulakan operasi sampailah sekarang tak habis lagi. Ni semua kerja gilalah!

4:30 pagi.

"Ya Allah, anak-anak aku,” terperanjat Mak bila keluar je bilik nak masak lauk bersahur dilihat anak daranya elok tidur beralaskan lengan bertilamkan lantai berselimutkan surat khabar lama.

“Kak Yong, Kak Ngah, Kak Su. Bangun,” kejut Mak.

“Apa tidur dekat dapur ni? Bangun, bangun. Mak nak masak lauk bersahur,” badan Kak Yong digoncangnya.

Kak Yong yang terpisat-pisat bangun sambil menengeh tahi mata yang belum sempat diproses.  Terus di kemaskan semua tepung, loyang dan bahan-bahan yang berselerak ditepinya.

“Kak Ngah, bangun. Kemas ni cepat. Mak nak lalu ni. Nak masak,” Mak mengejut Kak Ngah pula.

“Kak Ngah, Kak Ngah,” Mak mengoncangkan badan Kak Ngah.

Kak Ngah bangun dalam kadar terkejut melihatkan Mak membongkok dihadapannya.

“Teranjat gergurl,” Kak Ngah mengurut dadanya.

“Teranjat gegurl. Teranjat gegurl. Dah bangun. Kemas semua ni. Mak nak masak,” arah mak.

“Ni sorang lagi. Dah dengar kita ni duk gerak yang lain. Sengaja je dibuat pekak selagi nama tak disebut. Kak Su, Kak Su. Bangun,” Mak mengoncang badan Kak Su.

Kak Su buat diam. Membatu.

“Geletik je dia tu, Mak,” usik Kak Yong sambil mengalihkan oven ke dinding rumah.

“Kak Su, Kak Su. Bangun. Ish! Budak ni. Liat betul nak bangun. Kak Su, bangun. Mak simbah dengan air karang,” suara Mak dah berbunyi kegarangan tapi Kak Su masih macam tu.

“Ish! Budak bertuah ni,” Mak bertambah geram.

“Takpe, mak. Biar Ayah uruskan,” usul Ayah

Kak Yong dan Kak Ngah saling berpandangan. Apa Ayah nak buat ni? Kelihatan Ayah ke sinki dan kemudian duduk bersila  depan Kak Su dengan segelas air ditangan.  Direnjiskan air ke muka Kak Su sambil membaca Surah Yassin. Masa tu, Kak Yong dan Kak Ngah dah nak pecah perut gelakkan reaksi Ayah.

“Yaaaaaassssiiiinnnnn,”

Air direnjis ke muka Kak Su. Muka Kak Su berkerut-kerut.

“Ha, roh dia dah datang balik dah,” bisik Ayah.

Direnjis lagi air ke muka Kak Su. Kak Yong dan Kak Ngah dah terkekeh-kekeh gelak menahan perut. Adik yang baru bangun berjalan terhuyung hayang pun boleh berdiri tegak melihatkan apa yang Ayah buat pada Kak Su.

“Ayah buat apa ni?” tanya Adik.

“Panggil roh Kak Su balik,” jawap Ayah.

“Ha?” Adik kebingungan.

“Sudahlah, Ayahnya. Jangan banyak main. Siram je air ke muka budak bertuah ni,” suruh Mak.

“Betul ni? Ayah siram tau,” Ayh terus menyiram Kak Su dengan air bersisa dalam gelas.

“Aaaufff,” terperanjat Kak Su bila tiba-tiba air yang disiram menyesakkan nafasnya.

“Apa ni? Main simbah-simbah air?” soal Kak Su.

“Siapa suruh kamu susah sangat nak di gerak?” soal Mak pula.

“Ish! Tak sukalah,” rengek Kak Su dan terus berlalu ke bilik air.

“Adik pergi gerak abang-abang kamu yang lain sebelum jadi macam Kak Su,” perintah Mak kepada Adik.

Bergegas Adik masuk ke bilik dan mengerak ke semua abangnya. Kak Su pula dah tarik muka seposen. Terus dia berlalu ke bilik untuk menukar pakaian.

Masa bersahur pun Kak Su tak banyakcakap. Marah lagilah agaknya tu. Makan pun tak bertambah. Siap makan je, Kak Su beransur ke bilik dan kembali terlena. Kak Yong dan Kak Ngah pula mak arah agar jangan tidur selagi dapur tak dibersihkan sehabis-habisnya. Mak cakap mak tak nak tengok dapur bersepah macam mana masa Mak gerak bangun sahur tadi. Nak tak nak, Kak Yong dan Kak Ngah kenalah turuti sebabnya, kalau tak buat mau Mak akan membebel dari pagi bawalah nak berbuka nanti. Parah!

###

Sahur Terakhir,

Sahur terakhir bersiaran langsung dari kampung Ayah di Trolak, perak. Ahli keluarga Ayah tak ramai dan masih ada yang belum sampai ke kampung lagi. Sahur pagi itu, semua bangun awal tolong Mak dan Mak Co masak. Seawall jam 4 pagi semua dah segar bugar membantu Mak. Al-Maklumlah sahur terakhirlah katakan. Semuanaya bersemangat waja nak menghabiskan Ramadhan tahun ini.

Lauk-lauk sahur pun mengalahkan lauk berbuka. Segala benda tok nenek lauk semua ada. Bak kata Mak Co bila ditanya kenapa banyak sangat lauk, “Mana tahu ini Sahur terakhir kita. Entah tahun depan entah dapat lagi ke tidak kita nak bersahur macam ni,”

Kata-kata Mak Co memang sayu sangat-sangat walaupun Mak Co menuturkannya tanpa perasaan.

###

1 Syawal,

Pagi itu, Adik tersedar awal daripada biasa. Dilihat rumah masih gelap gelita dan hanya ditemani dengan lampu pelita diluar rumah. Adik dengan terkecil-kecil biji mata mencari jam rumah.

“Ha? Dah jam 4:45,” jerit adik kekalutan.

Adik terus mengerakkan badan Mak, “Mak, Mak. Dah nak dekat pukul 5 dah, mak,”

“Kenapa Adik?” soal Kak Su.
"Dah nak pukul 5. Mak tak bangun nak masak sahur lagi,” jawap Adik.

“Sahur?” soal Kak Su.

“Woi! Orang dah raya dah. Kau nak sahir apa hal? Satu syawal mana boleh puasa. Haram!” jawap Abang Nas dari dalam gebur.

“Hari ni dah raya eh?” soal adik lagi.

“Iya Aaadddiiikkk!” jawap mereka adik beradik diikuti dengan ketawa yang panjang.

“Tulah. Lain kali susah sangat nak bangun sahur. Sampaikan hari raya baru nak bangun sahur. Adik, adik. Sudah, pergi mandi sunat Aidilfitri,” arah Mak.

###

Hehehe...berginilah suasana bersahur pada Che Ezaitie dan keluarga tahun-tahun yang lepas. Macam-macam ragam dan kerenah sepanjang bersahur pada bulan Ramadhan. Che Ezaitie harap adik-adik  jangan lupa puasa dan banyakkan amal ibadah ok? Selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya (wish advance 2 minggu ok lagi kan? Hehehe...