~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)
Showing posts with label Hati Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Hati Perasaan. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Im in Cover Majalah!!!

Oooppppsss! Sebelum dipanjangkan cerita, ini adalah hasil assignment Che Ezaitie sem lepas... nak buat ni berbulan sebabnya x pernah ada basic on Photoshop... macam2 bentuk yang entah apa-apa entah Che Ezaitie buat and kemudian padam. salah satu daripadanya adalah yang bawah ni :


tapi Alhamdullilah de sorg Photoghaper yg sudi memberikan tunjuk ajar. antara komen beliau adalah:

# pic ni fail
# xde soul
# terlalu crawdet
# terlalu banyak mainan colour
# untuk hasilkan design yang bermutu, kau kena pastikan apa yg kau nak tontonkan pada public/pembaca.
# cuba tiru bulat-bulat majalah yang berjaya hasilkan cover terbaik, seperti wanita, pengantin dan macam-macam lagi.
# jangan banyak mainan colour sebab kau akan susah untuk buat pick & match dengan cover kau.
# kalau boleh elakkan latar belakang berwarna. gunakan tone colour or putih or dark. dari sini kau  dapat play save untuk pick & match.

masa dengar member ni cakap, hati memang dah mendidih! tau tak nak buat ni sampai sengkang mata? nak buat ni sampai lupa nak buat menda lain? ttbe je kena perli & komen kaw-kaw punya. maka tahap stress  pun dtg...


tapi takpe... take it as a good challenge...daripada itu maka terhasillah......taraaaaa

last touch up/ final result!
tapi Che Ezaitie ni de jahat sikit. dah submit pada pensyarah baru bgtau member ni tadi.... komen dia berbunyi bergini :

# better than before
# de soul dia tapi masih kurang
# masih crawdet tapi bolehlah sbb de mainan colour.
# penggunaan ikon or pic pun ok. dh de kemajuan
# cuma lain kali pada tulisan ni (EZAITIE NFIB) naikkan lagi sbb dia agak gelap.
# so far so good. 

so, anyone de sesiapa nak beri komentar anda berkenaan assignment Che Ezaitie yang lepas? guest what? gase nak gelak pun de bila tgk diri sendiri jadi cover majalah. and most important thing, Che Ezaitie puas atas usaha gigih diri sendiri. 

moral of the story, kalo kita berusaha untuk lakukan sesuatu, Insyallah kita akan berjaya lakukkannya. walaupun hasilnya tidak melangit seperti yang kita mahukan sekurang-kurangnya mengapai deruan angin diudara....

Sunday, November 13, 2011

You Follow Me, Me Follow You Back!

As'Salam to all,

Alhamdullilah, selamat sudah Che Ezaitie follow blog  mereka yang follow blog Che Ezaitie. Tq dari Cik Ragam Empunya Blog ni..

Mana yang Che Ezaitie terlepas pandang untuk follow blog korang, jgn lupa bagitau ok? nanti Che Ezaitie follow korg balik tapi jangan pula lupa sediakan ruangan untuk follow dalam blog korg serta URL laman blog korg. senang Che Ezaitie nak follow.

btw untuk pengetahuan semua, setiap blog yg Che Ezaitie nk follow, Che Ezaitie akan tapis dulu isi kandungan blog korg. jangan terkecil hati pula ya? kadang ada blog yang berunsur tidak sesuai untuk tontonan umum atau terlalu menyentuh sensitiviti masyarat, politik. 

Che Ezaitie bukan nak cakap unsur-unsur ini tidak sesuai untuk dipublishkan dalam list geng bloger, sebab Che Ezaitie bukan seorg bloger politik ataupun bloger yang kutuk mengutuk org ataupun bloger yang bukan untuk tontonan dewasa sahaja.

Blog Che Ezaitie adalah blog penulisan karya, perkongsian kekeluargaan, blog perkongsian ilmu, blog perkongsian muzik dan paling penting blog untuk menulis novel dan cerpen serta puisi-puisi. 

Che Ezaitie harap, jangan ada yang marah or berkecil hati dengan penulisan kali ini. Che Ezaitie tahu, Che Ezaitie baru setahun jagung dalam dunia bloger dan Che Ezaitie faham akan keadaan sebenar. dunia bloger ni banyak pancaroba dan dugaan. tapi memilih itu harus untuk kepentingan bersama. Che Ezaitie jaga iman anda, anda pun jaga iman Che Ezaitie. Walwahualam...

Thursday, November 10, 2011

Pending lagi.....

As'Salam to all,

Lamanyer tak jejak ke sini...kerja tengah banyak...semua apa khabar? Sihat? Dah solat belum? Dah makan malam? Kalau sihat, Alhamdullilah...semoga akan sentiasa dalam Peliharaan yang Maha Esa...

CMM bab 43 terpaksa pending lagi...niat hati nak upload ke blog n p2u esok tp fasa mengedit belum sempurna lg...kena pending lagi...Manuskrip pun belum habis touch up....maaf ye semua? kita layan Ais Ketul D'Amor dulu eh? hehe...



tengok orang ni sian dia kena hempap dengan kerja...macam tu jugalah Che Ezaitie...



Monday, October 24, 2011

24 Oktober 1987 - 24 Oktober 2011

As'salam to all,

Alhamdullilah...hari ni genap 24 tahun usia tuan empunya blog ini. macam tak percaya je usia dah lanjut...bangun pagi ini, mak yang wish betday dulu..terus tersedar yang hari ni dah genap 24 tahun...kejap je masa tu berlalu.

dikala usia dah mencecah 24 tahun ni, af course macam2 dugaan yang terjadi...terutama soalan yang paling kritikal " BILA NAK KAHWIN? " Che Ezaitie percaya mesti semua yang seusia dengan Che Ezaitie pun terkena lempias soalan ini. take it positif...Che Ezaitie selalu cakap dengan mak macam ni, i will get married + - usia mak and ayah kahwin. so, mybe next year or mybe 2 years? kalau orang tanya pun Che Ezaitie cuma jawap "Amin. doakan saya ya?" bayangkan yang tanya tu 44 orang mean dah ada 44 doa untuk Che Ezaitie. Alhamdullilah...

Ada jugak yang suka sangat memerli terutamanya sepupu-sepupu ni. tapi buat biasa je...nak paling selamat buat dono or senyap je. jawap soalan2 penting je...walaupun hati sakit tapi jangan sekali cepat melatah...orang ni kalau tengok kita cepat melatah, lagilah galak nak mengusik...

apa-apa pun, Semoga Allah sentiasa bersamaku dan keluargaku...amin....

Wednesday, October 12, 2011

Doakan CMM...

As'Salam to all,

tolong doakan CMM berjaya disiapkan..tolong doakan manuskrip CMM diterima...tolong doakan CMM dapat diterbitkan...

Ya Allah,
ini anakku yang pertama.
ini buah hatiku yang pertama.
ini hasilku yang pertama.
semoga engkau permudahkan urusanku seandainya ini jalan yang engkau tulis buatku...
amin...

Monday, October 10, 2011


As'salam to all,
apa yg dapat anda gambarkan dari pic ni? ya gambar Si Garfield tido...owner page ni iaitu Che Ezaitie pun tgh mengantuk ni...nk tido je rasanya..nk wat kerja lg le malas...br je balik putrajaya lunch tadi..dlm kete, driver tekan 140km/j pun x sedo..lena beno tidur...

entah sempat ke tidak je kejap gi nak menaip CMM bab 41...(x_0)

Sunday, October 9, 2011

Kursus Transformasi Birokrat & Koporat

As'Salam to all,

seperti yang dijanjikan, Che Ezaitie nak upload sedikit gambar semasa di Taman Negeri Endau Rompin, Pahang. tak banyak yang dapat snap gambar sebabnya duk khemah so nak charge phone kot celah mana? tak akan celah pokok lak kan? 

tak banyak nak cerita tapi kursus ni memang fun habis walaupun penatnya boleh tahan. paling tak boleh tahan Jungle Tracking. 2x Che Ezaitie nyaris give up nak teruskan perjalanan sampai ke check point terakhir. nak meniti 3 titi yang halus. paling x boleh blah, Che Ezaitie ni dah pengayat orangnya. apa lagi? berdetap detuplah jantung. tapi syukur lepas juga meniti titi2 tersebut. terima kasih sangat2 kepada rakan-rakan lelaki team Che Ezaitie. they all mmg support n jaga betul kami team perempuan seramai 4 orang ni. pacat hinggap kat kaki pun, diaorang tolong buangkan. masa-masa darurat ni, tak dapat nak menjaga aurat. terpaksa pegang tangan diaorag semasa nak naik bukit yang curam..semoga Allah ampunkan dosa kami. mana yang dapat kami elak kami elak. tapi bila dah sampai satu tahap terpaksa jua.

lepas dari Jungle Tracking, kami berkayak dengan pelampung pula. dah la tak pandai berenang. nasiblah jurulatih semua sudi ajar water confident..Alhamdullilah selamat jugak.  pakai life jacket pun masih tercuak-cuak ayam jugak. tapi Alhamdullilah. kalau nak tau seronok tak seronok aktiviti berboyan/ berkayak dengan pelampung ni, jangan lupa ikuti CMM bab 39...ada Che Ezaitie cerita sikit.

malam pula ada gak aktiviti. aktiviti Berjalan Malam. asalnya nak buat dalam hutan tapi tak jadi. buat menyusul dengan berjalan kaki dekat 1.5km ke depan. sampai sana kena jawap pula kuiz. nasiblah lepas...susah juga kuiz dia tapi entah macam mana dalam cungap-cungap tu dapat juga selesaikan. Alhamdullilah...

btw nak inform awal-awal, gambar water confident, jungle tracking dan berboyan xde...handphone tak bawa sama. takut jatuh...jadinya ini je yang sempat disnap-snap kami...

 nilah dia peserta termuda...

 tapak perkhemahan



 awek2 seramai 16 orang semuanya...

team 1...terbaek...
kaki sapa yg comey ni?hehehe

Saturday, October 8, 2011

TaMaT JuGaK!

As'Salam to all,

Alhamdullilah. tamat jugak akhirnya kursus. penat sangat. setiap inci tulang-tulang semua sakit. anda semua macam mana sihat? syukur kalau sihat..kalau tak sihat cepat-cepat jumpa abang medic ok? hehehe...

sorry sangat lambat upload CMM...balik semalam penat sangat..sampai rumah dah jam 6 petang. dalam bus pun sepanjang jalan tidur tak sedarkan diri...tu yang baru upload CMM di p2u dan blog...br kejap...

btw, Che Ezaitie kena 5 das tembakkan dari Sang Pacat...hehehe..dah lama tak tidur dalam khemah..bila dah tidur mulalah Sang Pacat datang...masuk pula hutan lagilah banyak Sang Pacat...tp xpe..pacat isap darah kotor... (xnak letak pic pacat..takut de yg geli nanti)

nanti Che Ezaitie upload satu entry pasal kursus ni ok? Insyallah....

Tuesday, October 4, 2011

Kena Gi Kursuslah...(0-x)

As'salam to all,

lama dah tak updated blog. minta maaflah sgt2..now busy kerja sikit...terkejar sana sini... 


1st of all, nak minta maaf sbb x dpt upload CMM bab 39. kena gi kursuslah...tak bawa Mr. NB sekali. duk dalam hutan di Taman Negara Endau Rompin, Pahang. kursus selama 4 hari 3 malam. kursus yg menguji tahap kelaksaan Che Ezaitie di darat dan di air. kursus yang x nak bagi orang tidur senyenyak2nya. kursus yang ada slot ceramah yg pasti boring atau mungkin menarik..ummm....CMM lambat upload lagi!


so, mybe Mr. BB x dpt kesan signal di sini. jadinya terpaksalah serahkan hak penjagaan sementara pd Che Su. jaga baik2 ye rete akk kau ni. tau calar sikit..wa cari lu sampai dapat..hehehe.... 

dengar2 nanti ada program berkayak. oh! tidak. mana tau berenang. ah! sudah. matilah mcm ni. sure kena gelak dek bebudak lelaki..dh la deme lg ramai dr awok...24:16. ramai tu...segan2 biawaklah jawapnya....


harap2 tak panic ms berkayak nanti. 1st time ni...

okeylah..kena sleep dah..esok nak bangun awal..7:30 dah bergerak ke sana. dah lama x naik bas..ummm... wish me luck ok? daaaa....

Tuesday, September 27, 2011

ketupat OoOoh ketupat

As'Salam to all,

pe khabar semua sekarang ni? Sihat?harap-harap semua sihat dan sentiasa dalam peliharaan Allah, Ok? Che Ezaitie br lepas baik demam mengejut..hehehe...terkejut la sgtkan? terkejut sbb demam panas sampai doc suspect denggi...menakutkan...so mkn ubat kasi cepat kebah.

tajuk entry kali ni takla bermakna sangat sebabnya raya tinggal esok je. tp so sad...puasa enam tak habis gi...byk open house nak attande. hari ni minta2 berjaya lunaskan...hari ni hari terkahir puasa enam...esok RAYA...hehehe...

esok bahagian Che Ezaitie ni buat jamuan raya so we all menganyam ketupat dr pagi tadi and baru hbs td.
pd org yg x reti nk anyam ketupat mcm Che Ezaitie ni, just boleh tgk je la...de ketupat sate, ketupat bawang, ketupat jantung, ketupat pasak kira merangkumi semualah...hehehe..tp kan berjaya juga anyam ketupat sate tau...3 ketul je..heheheh....Che Ezaitie sekeluarga lebih kepada ketupat daun palas atau ketupat palas. cedap woooo....


Thursday, September 8, 2011

Sayang DIA.







saya suka dia tapi dia belum tentu suka saya.
saya sayang dia tapi dia tak pasti nak sayang saya.
saya cinta dia tapi dia cintakan orang lain.

jadi lebih baik saya suka, sayang dan cintakan Pencipta saya dan KekasihNYA. kerna;

bila saya suka, sayang dan cinta Pencipta saya, Pencipta saya akan balas dengan berlipat ganda dari apa yang saya berikan.

bila saya suka, sayang dan cinta KekasihNYA, saya dapat tengok wajah KekasihNYA di Akhirat nanti...




Saturday, September 3, 2011

YuHu...bEsTnYeR RaYeR!

As'Salam to all,

Masyallah! Bestnya raya tahun ni. Satu Perak kena tawan. hehehe...mula-mula raya dengan family En. Ayah kemudian beraya pula dengan family Pn. Emak. fuhh! memang layan habis...(guna tagline Mee Saji kejap).

Family En. Ayah,
En. Ayah orang Sungkai, Perak. tapi kami pagi raya tu beraya dekat rumah kakak En. Ayah, Mak Lang di Tambun, Perak. Kami gerak balik pukul 2 petang. singgah Putrajaya kejap ambil Che Ezanie kemudian teruskan perjalanan sampailah ke Tapah untuk berhenti berbuka puasa. Really hapening killer dekat R&R Tapah. Sebabnya ramai yang berbuka tepi jalan macam kami. hehehe...





















Sampai rumah Mak Lang dah pukul 8:30 malam. Lauk rendang ketupat lemang semua dah siap. Kak Long ajak ke Fun Fair sebelah Giant Tambun nak bawa anak-anak dia jalan-jalan. apa lagi. orang semua bajet takbir, kami lepak Fun Fair (Geng Girl aje). hehehe...


En. Ayah ni dulu dibesarkan oleh orang lain. now bile dah dewasa baru jumpa dengan kakak-kakak dia tahun 2002. jadi ini tahun pertama En. Ayah beraya dengan kelurganya. habis semua salahsilah keluarga En. Ayah kami dibawa teroka. best sangat! Sebab En. Ayah dapat jumpa balik Tok Sedara En. Ayah.



Family Pn. Emak,
Malam raya ke-2 barulah kami balik ke kampung Pn. Emak pula. Esoknya, celik je mata, Pn. Emak suruh bersiap nak pergi berjalan raya. Bermula di rumah Mak Wan di Kuala Kangsar. konvoi sekali dengan keluarga Cu Eida ( Watak sebenar dalam Calon Menantu Mak). penat memang penat tapi memang terbaik sebabnya dapat hirup udara segar. Cu Eida lead jalan kampung. damai sangat2...lalu pula dekat Sungai Perak.


Melawat dua pupu mak. lepas tu baru ke Kuala Kangsar. balik dari Kuala Kangsar, langsung ke rumah Opah Wan (kakak Opah). kejap je singgahnya sebab malam tu juga nak balik Melaka. ;( . rumah Opah Wan belakangnya betul-betul Sungai Perak. dari rumah Opah Wan kami lajak ke rumah Mak We dan rumah Mak Cik di Parit Jaya.

now, part layan gambo raye lak ok?






ok, sampai di sini dulu..daaaaa

Monday, August 29, 2011

Raya Festival - Setahun Sekali Je...

As'Salam to all,

Apa khabar semua? sihat? salam ramadhan terakhir...apa macam masih bertenaga untuk ramadhan terakhir?

siapa yang koje? angkat tangan!

SAYA, SAYA...

Che Ezaitie koje lagi pagi ni. tapi sampai pukui 1 ptg je...lepas zohor Che Ezaitie baru cabut balik kampung dgn family sume...

hari ni Che Ezaitie nak cerita sikit jalan dekat Melaka ni. sangat2 best bawa kereta hari ni sebabnya...... JALAN LENGANG!!! iya..tak tipu ni...jalan sangat2 lengang...duk kt traffic light pun tak lama mana. sangat best! semua orang dah balik kampung...kebetulan cuti berkembar sekali dengan hari merdeka...lagilah ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti. di office ni pun ramai yang dah tak ada. bahagian Che Ezaitie pun tinggal Che Ezaitie berempat je...itu pun petang Che Ezaitie dah tak ada. hehehehe....

pagi tadikan, Che Ezaitie seperti biasa akan potong jalan dekat Pasar Besar. Masyallah. salah timelah...tau ikut jalan jauh sikit tadi. dekat pasar, orang parking kereta double. muat-muat nak lalu kete sehala je. semua orang nak mencari daging, ayam, santan, daun kelapa, kerisik dan segala macam barang nak buat rendang, ketupat, ayam masak ros.

tapi bila sebut santan, teringat tahun lepas punya raya. kami balik kampung tengahari sebab En . Ayah bertugas sampai jam 11 pagi. Che Ezaitie pilah beli santan awal sehari. nak beli 5 kilo santan. Pn. Emak yang suruh. Astagfirullah. nak dapatkan santan, dekat 1/2 jam Che Ezaitie beratur tau..memang padat sangat orang nak beli santan. lepas tu, ada pula yang datang2 letak duit terus je ambil santan tu...sakit hati kami yang beratur ni. beratur tak nak tapi nak cepat je. cubalah bersabar sikit...jaga hati dan perasaan orag lain jua...


semalam, langsir, kusyen semua dah tukar yang baru. paling penting... duit raya pun dah di isi...

 siapa nak, kena datang rumah ok?

Semalam tgk berita pun Insyallah Plus akan menanggani kesesakkan jalan raya. Alhamdullilahlah kalau macam tu..tak adalah kami nanti sangkut 2 kali ganda dari masa biasa. semoga selamatlah sampai ke kampung....

 muka bosan di hari mantai...bila nak balik ni....

Thursday, August 25, 2011

SaLaM LeBaRaN

As'Salam to all,




dikesempatan ini, Che Ezaitie menyusun sepuluh jari tangan memohon maaf andai ada tersilap dan tersalah kepada semua. Che Ezaitie harap raya anda semua akan lebih bermakna dengan keluarga tersayang. tahun ni Che Ezaitie balik Perak. sesiapa yang ada di Perak bolehlah Che Ezaitie datang beraya  nanti..hehehe...gurau je.

Walaupun beraya di Perak tahun ni. En. Ayah ada cakap nak ke Kedah. kakak sedara Che Ezaitie bersalin. tambah lagi anak raya tahun ni. sebelah Pn. Emak seorang, sebelah En. Ayah seorang. tapi sebelah En. Ayah tak tahu lagi anak apa sebab due datenyer jatuh 1 syawal. sebelah Pn. Emak je dah tahun. baby boy. namanya Muhammad Qaleef Muqri bin Norhaizam...mesti comey macam abang dia Nuzul Muhammad Farish.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA.....

Monday, August 22, 2011

Kenapa saya masih marah dia?

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia tak pernah hormat mak ayah saya,
sebab dia suka memalukan mak ayah saya,
sebab dia tak pernah minta maaf pada mak ayah saya.

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia suka buat rumah saya macam rumah dia,
sebab dia suka-suka guna barang dalam rumah saya,
sebab dia selalu fikir barang dalam rumah saya dia sorang je yang ada.

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia tak sedar bahawa dia hidup menumpang rumah saya,
sebab dia tak pernah sedar mak ayah saya mak sedara dan ayah sedara dia,
sebab dia tak pernah ada otak dalam nak hidup bermasyarakat.

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia pernah marah saya adik beradik usik barang dia,
sebab dia fikir dia besar, suka-suka dia nakmarah kami adik beradik,
sebab dia selalu berlagak dia yang paling bagus.

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia, nama mak dengan ayah saya dikata orang,
sebab dia, kami adik beradik dipandang hina,
sebab dia, saya masih simpan dendam.....

dendam ini, marah ini, sakit hati ini, akan saya kuburkan suatu hari nanti.
selepas dia minta maaf pada mak ayah saya,
selepas dia sedar apa yang dikata orang itu semua tak benar!

kecewa ini akan terpadam bukannya sekarang.....

Tuesday, August 2, 2011

Oh...Oh...Oh...balik kampung (versi menyambut Ramadhan)

As'Salam to all,

apa khabar semua pagi kedua Ramadhan? sihat? masih mengekalkan momentum tenaga pagi ini? mestilah masihkan? pe2 pun Che Ezaitie harap momentum tenaga kita akan tetap kekal sampailah tarawih nanti. =)

kelakarkan pembuka entry bulan Ogos ni? orang balik kampung time nak raya. Che Ezaitie balik kampung awal Ramadhan. hehehe... perancangan last minute punya kisah. cerita dia macam ni ;

hari jumaat minggu lepas, kakak sepupu Che Ezaitie SMS ajak teman dia balik kampung. diaolagnya lebih kurang mcm ni ;

kak long : Salam, dik. teman along balik ipoh petang ni. rindu anak-anaklah.
Che Ezaitie : w'salam. pitih x ramailah k.long.
kak long : kau duduk tepi je. teman aku borak2.
Che Ezaitie : nanti nak tanya mak dgn ayah dulu. org xde suami nak minta izin. hehehe...
kak long : ok. along harap sgt ni.

lepas tu terus call mak dulu ;


Che Ezaitie : mak, k.long ajak balik ipoh. dia rindu anak dia. boleh tak?
mak : ada ke duitnya?
Che Ezaitie : taklah sgt. k.long minta temankan dia je.
mak : cuba call ayah dulu sebab ayah ada cakap nak balik ipoh
Che Ezaitie : ok!

lepas tu call ayah pula;

Che Ezaitie : ayah, k.long ajak teman dia balik ipoh.
ayah : ha? kenapa?
Che Ezaitie : kan nak puasa? dia rindu anak-anak dialah.
ayah: kenapa kamu pula kena teman?
Che Ezaitie : entah. mana tau dia.
ayah : umm...ayah pun nak balik kampung jugak! (nada paling sedih)
Che Ezaitie : pula? xpelah ayah gi call mak bincang mcm ner nanti pe2 bgtau ok?
Ayah : ok! ok! (nada suka sangat-sangat)

maka selepas beberapa perbincangan tepat pada jam 4 petang keputusan diperolehi. BALIK KAMPUNG SELEPAS MAGHRIB! sharp jam 7: 40 semua dah siap solat maghrib, masuk barang dlm kereta. tapi kemudian tetiba jiran ajak bual pula. loading kejap 15 minit. 8:05 barulah kami bertolak balik kampung. 

part paling best Si Rabun Malam ni ada hati pula tu offer diri nak drive waktu malam tapi Alhamdullilah pergi balik selamat. siap lumba-lumba dgn kereta ayah nak hlgkan mengantuk. btw semalam otw balik Melaka, de accident tau. kemek kete tu. kami lak tengah laju apalagi, break mengejut la jawapnya. nasiblah x teraccident sama. Astagfirullah.

apa-apa pun Ramadhan ni kira terbaiklah walaupun bosan sikit duduk rumah opah tak tau nak buat apa. hehehe...apa punya cucu la! at least hasrat mak nak berbuka dgn opah tercapai dan impian ayah nak balik kampung pun tertunai. so kami anak-anak ni mengikut je. raya tahun ni kampung mana dulu ye? kita tunggu je la minggu ke-3 nanti.

pada yang nak balik beraya nanti jangan pula bergaduh besar ya semata-mata untuk balik kampung masing-masing. bertolak ansur tu kan amalan mulia...



Saturday, July 30, 2011

Selamat Datang Ya Ramadhan

As'Salam to all,

apa khabar hari ni? hari ni Che Ezaitie berlintas langsung daripada kampung di Perak. best woooo dapat balik kampung dan rekos tercipta bila mana berjaya juga bawa kete walaupun rabun malam. hehehe...Alhamdullilah...

Che Ezaitie mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf pada semua yang telah Che Ezaitie sakiti hati mereka. kadang-kadang kita bergurau terlalu asyik sampaikan tak perasaan yang kita dah menguriskan hati kawan-kawan kita atau ahli keluarga kita sendiri...


jadinya, Che Ezaitie ucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. semoga amal ibadah kita diterima jangan ponteng pose k?













tapikan mesti rindu rojak singapore di bazar ramadhan putrajaya. tiap kali bulan ramadhan, rojak singapore ni la menu utama Che Ezaitie. sedap wooo...semua wajib sekali mesti nak makan walaupun regenya mahal yang amat (pada kemampuan Che Ezaitie lah)




 nilah dia yang dinamakan rojak singapore. org putrajaya mesti tau kan?

nilah dia pasar ramadhan diputajaya. ramaikan orang? wajiblah kami yg bujang ni selalu turun sini...hehehe...mesti akan rindu bazar ni nanti...
tapi xpe. dekat Melaka pun ada juga bazar Ramadhan. Bazar Ramadhan Taman Cempaka. tempatkan sgtlah dekat dgn Melaka Sentral. sesak jam dibuatnya nanti. nampaknya bulan puasa ni kenalah Che Ezaitie cr jln alternatif nak balik rumah sebab tak kose nak berhadapan dgn kesesakan jalan raya. boleh jadi mereng 5 saat dibuatnya. hehehe....


oklah, apa-apa pun...salam ramadhan dari Che Ezaitie dan keluarga...



Saturday, July 23, 2011

penatnyer!

As'salam to all,

Che Ezaitie nak minta maaf andai lama dah tak updated blog. now tengah sesuaikan diri dengan suasana kerja yg baru. sini internet terkawal so x dapatlah nak selalu online. bab calon menantu mak pun selalu je pending lama-lama. sorry ye?

and now, relly tiredlah. banyaknya kerja. urat kaki ni dah terasa nak tercabut dah diri lama-lama dekat separuh hari. tapi sesekali penat ok gak kan? tu tanda kita ni kurang bersenam dan bila sesekali kena main turun naik tangga 4 5 kali sehari pun kira ok gak tu.

cerita pasai naik tangga, serius Che Ezaitie cakap yang now naik tangga pun dah penat! nampak sangat kurang  excerise. kena excerise balik ni. baru berat maintance and one more thing, kulit jadi anjal dan cantik berseri..hehehe. now kulit pun dah tak cantik dah. asyik kan makan benda berminyak je. mana tak naik balik minyaknya. 

pada YOU ALL, jangan jadi macam Che Ezaitie ok? kita kena sentiasa rajin-rajinkan diri kita bersenam untuk jadi cantik. bukan cantik untuk tunjuk pada orang tapi jadi cantik untuk kesihatan diri sendiri. 

oklah..jumpa next entry ok? nak sambung menaip bab terbaru Calon Menantu Mak.

Bestnyer kena puji (o-o)

As'salam to all,

lama dah tak updated blog ni...busy sikit sekarang ni... today kan happy sangat sebab kena PUJI..
terasa nak melompat macam orang ni. hehehe..bukan senang En. Ayah nak komen masakkanku sedap....hehehe...
ni kali ke-2 En. Ayah puji masakkan Che Ezaitie sedap. biasa de je komennya. 
masinlah. manislah. tawarlah. takde rasalah. pedas sangatlah. 
taunya masakkan isteri dia je yang best bebeno. 

tapi now, En. Ayah, Che Ezaitie dah pandai masak. mean masakkan Che Ezaitie setanding masakkan Pn. Emak...lepas ni boleh oder selalu yerk? hehehe...

Friday, July 15, 2011

Something About Love From My Side.

As'Salam to all,

to night nak cerita about love. Che Ezaitie bukan pengarang cerita cinta terlebih oksida tapi Che Ezaitie ada something nak share tentang cinta terlebih oksida.

harap korang tarik nafas dalam amik oksigen banyak-banyak kemudian keluarkan karbon dioksida pelan-pelan. bagi aliran udara diotak berjalan lancar macam air ok?

kadang-kadang sayang itu sungguh indah tapi sedalam mana keindahanya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. ada orang cakap, sayang tu ibarat pedang. menusuk ke kalbu andai pedang tersalah sasar. ada yang cakap sayang umpama makan nasi. ada nasi kenyang perut, tak ada perut merenggek. ada juga yang cakap sayang ni umpama kasut. bila masih baru dibelai-belai. dah lama ditolak ke tepi dan akhirnya tercampak di tong sampah.

pada Che Ezaitie, cinta atau sayang ni sangat unik. ia datang dari satu perasaan yang aneh yang tak tahu datangnya dari mana. kali pertama dua mata saling bertembung, ibarat lahir satu kejutan elektrik yang mengalir dalam badan kita dan kejutan itu akan berakhir dihati. hati akan berdegup kencang. sekencang selepas bersukan. senyuman yang terukir dibibir dihadiahkan khas buat empunya perampas hati perawan.

Che Ezaitie yakin mesti ramai yang pernah tersayang pada seseorang berlainan jantina walaupun hakikatnya korang tahu yang orang yang kita minat tu dah pun berpunya atau mungkin dah pun berumah tangga atau mungkin sahabat kita sendiri? betul tak?

pada Che Ezaitie itu normal. itu tandanya kita masih hidup didunia pinjaman Allah S.W.T ni. masih punya perasaan pada orang berlainan jantina. masih lagi menandakan kita ni siuman akal fikiran.

saintis pun ada cakap bila kita bercinta, sebenarnya berjuta-juta saran kita terangsang dah ini adalah baik untuk sistem pengaliran darah dan juga baik untuk kadar degupan jantung kita setiap hari. every kisser from legal husband and wife will make we much more young and make we much more love our husband and wife. that is the secret for love, love and love never ending!

tapi, bila dah tak ada lagi rasa sayang atau mungkin kita dah ditinggalkan, janganlah sesekali benci orang berlebihan sangat. bukan sahaja tak baik untuk kesihatan malah impak dia boleh buat muka nampak tua. Che Ezaitie pun pernah benci orang. benci sangat-sangat. tapi bila fikir-fikir balik buat apa nak benci dia sedangkan mungkin sebab kesalahan kita dia meninggalkan kita. lebih baiklah kalau kita berfikir dengan lebih positif.

Alhamdullilah hasilnya muka nampak muda belia, wa cakap sama lu...

lagi satu, macam karya Che Ezaitie (Jangan Gaduh Nanti Cinta) kalau kita ni asyikkan meluat sangat dengan seseorang tu Insyallah, ini bukan janji tapi pasti (David Teoh) kita akan tersuka, teringat, tersayang, tersayu pada orang yang kita benci tu. so, baik kita benci pada tahap minuma je. jangan maksima. BAHAYA!

today berhenti disini ok? nak tau kenapa tetiba bukak topik cinta, sayang dan benci? sebab bulan ni genap setahun i'm alone with my way. but i'm happy with this way. now, my famili is may piority...=) but i never give up to find my true love. may Allah makbulkan doa hambaMU. amin.

good night every one..ingat jangan benci orang melampau nanti sayang!