Bab 43
Mata bertentang,
Kasihku mulai mendatang,
Siang dan malam tetap terbayang...
Sudah puasku pandang,
Banyak gadis rupawan,
Namun tak kan sama pilihan mata yangku puja.
Entah
bagaimana hendak digambarkan perasaan
dalam hati Daim bila melihatkan Dhia berada didepan mata sekali lagi. Didepan
mata sebagai Si Pujaan Hati. Mungkin lirik lagu Salleh Yaacob dalam cerita
Awang Spanar boleh menjadi saksi... ewah! Bukan main dramik, romantik,
bombastic lagi.
Iyahlah!
Mahu tak dramatiknya? Habis semuanya serba serbi tak kena. Sos terlebih tuang.
Kentang terlambak atas meja. Gara-gara mata Daim tidak mahu melepaskan setiap
inci wajah Dhia. Padahal bukan dapat tatap sepenuh muka pun. Dapat tengok
sipi-sipi je. Nasib baik, air sempat Dhia selamatkan kalau tak mahu lencun
seluar dibuatnya.
Bertambah
tak keriuan dibuatnya bila teruk kena perli dengan adik-adik diaorang ni.
Sampai merah-merah muka Dhia menahan malu. Tunduk je kerjanya. Tapi Daim
perasaan Dhia ada curi-curi pandang pada Daim. Setiap kali mata bertentang je,
mulalah hati rasa semacam. Rasa berdebar ada. Rasa suka ada. Rasa sayang pun
ada. Tinggal rasa pahit je Daim tak nak rasa. Kalau boleh nak rasa-rasa bahagia
je.
“Kak
We, mulut Along ada soslah. Cuba kau tolong lapkan,” usik Laila.
Dhia
menjelingnya tajam. Daim yang sedang menyuap Double Cheese Bugger dalam mulut terhenti. Ye ke, ada sos?
Malunya...
“Ha’a
Kak We. Kesian Abang We kitaorang ni. Comot dah wajahnya,” sampuk pula Latifah.
“Nah!
Tisu. Tolong lapkan eh? Tangan tak sampailah,”Delita pun mula join sekaki. Daim
membulatkan matanya. Sekali aku seligi kepala kang?
“Alah!
Kak Dhia. Tak payah malu-malu. Bukan dengan orang lain pun. Bakal ahli keluarga
sendiri juga,” Delila pula mencucuk jarum bila Dhia terkial-kial nak mencapai
tisu ditangan Delita.
Empat
dara ni giat betul mengenakan Daim dan Dhia, sampai hilang kata-kata dibuatnya.
Mengigil tangan Dhia nak lapkan sos ditepi bibir Daim. Sampaikan tak sanggup
nak pandang wajah Daim dibuatnya. Melihatkan Dhia mengigil nak lapkan sos ditepi
bibirnya, Daim terus mencapai tisu di tangan Dhia. Dilapnya sendiri sos di tepi
bibir. Lega sedikit hati Dhia.
Tapi
kemudian, tiba-tiba cahaya lampu kamera handphone Laila menyala. Spontan, Dhia
dan Daim yang duduk sebelah menyebelah dengan Daim selaku kepala meja, menoleh
ke arah Laila. Masyarakat! Kak Nyyyyaaahhhh...
“Alah!
Sweetnya. Aku masuk facebook eh?”
Laila menyua kepada Latifah.
Pada
saat itu, Dhia seakan mahu mencekik Laila yang duduk dikepala meja sebelah
sana. Nasib jauh, kalau dekat aku cubit-cubit peha kau kuat-kuat, Kak Nyah.
Biar kau tak boleh nak jalan pergi rumah Meran. Biar padan dengan muka kau.
Geramnya aku!
“Boleh
tak nak tengok kejap?” pinta Daim. Dhia menoleh pula kepada Daim.
Sekilas,
mata diaorang saling berpandangan. Daim menghadiahkan kepada Dhia sekuntum
senyuman yang paling ikhlas. Oh! Tolonglah jangan senyum macam tu. Hati saya
dah nak cair lebur dah ni. Betapa comelnya bila awak tersenyum, Daim. Untung
saya dapat awak. Aduh, Gila perasan betul!
Laila
menghulur telefon bimbitnya kepada Daim. Bertambah senyuman diwajah Daim.
Gambar yang ditangkap Laila sangat sempurna. Gambar disaat Dhia nak lap sos
ditepi bibir Daim dengan tangan Daim yang seolah-olah memegang tangan Dhia.
Padahal, bukan pun. Hanya photo gimic
je. Paling Daim suka, mata Dhia dan Daim saling bertaut. Oh! Bahagianya tengok
gambar ni. Terasa nak buat lakonan semula je sekali lagi. agak-agak Dhia nak
tak?
“Bluetooth dekat Along, boleh?” Daim
membahasakan dirinya ‘Along’ kepada Laila.
“Boleh
aja. On Bluetooth sekarang,” arah Laila
kepada Daim seraya telefon bimbitnya kembali ke tangannya.
Dhia
hanya mampu memandang sahaja apa yang terjadi dihadapanya. Ikutkan hati, mahu
je dirampas telefon bimbit Laila dan Daim. Lepas tu hempas ke lantai. Kemudian
pijak-pijak sampai terburai. Tak pun kalau ada tukul besi, mahu diketuk-ketuk
kasi hancur. Kad memori pula dipatah dua
dan dimasukkan dalam air. Biar padan dengan muka diaorang. Suka-suka je
nak main pass, passgambarkan?
“Adik,
alang-alang tu, ambil gambar Achik dengan Kak Dhia,” permintaan Daim
menyebabkan biji mata Dhia terbeliak luas.
Dengan
mata terbuka luas dan mulut yang melopong kepada Daim, Dhia seakan tidak
percaya je. Daim nak begambar dengan aku??? Oh!
May Allah. Kenapa aku diseksa sebergini rupa? Kenapa aku dipermainkan
sehingga ke tahap ini sekali? Teruk betullah diaorang ni. Aku tak rela!
“Sayang,
kecikkan sikit mulut tu boleh? Nanti tak cantik pula gambar bila tertelan lalat
nanti,” Daim merendahkan bahunya untuk berbisik kepada Dhia.
Cepat-cepat
Dhia menutup mulutnya. Cover malu
dengan buat-buat lap mulut dengan tisu. Ada ke lalat nak masuk Mc’ Donald?
Entah apa-apa entah tunang aku ni. Imaginasi luar alam. Lalat pun tak berani
nak masuk Mc’Donald tahu tak? Kalau lalat masuk Mc’ Donald, confirm bin sure
gila Si Laila ni akan buat CSI Miami dekat sini. Laila kan Inspektor Kesihatan?
Disebabkan itu jugalah, rumah selalu kemas dan bersih serta dimop selalu...
“Ok,
senyum. Senyum. Satu...dua...tiga...ok, cun,” Delila mengangkat ibu jari nya.
“Nak
tengok, nak tengok,” pinta Laila.
“Alalalah...cun
je couple ni,” jeling Laila.
Bila
telefon bimbit kembali ke tangan Daim, Dhia tercuri-curi pandang ke arah gambar
yang baru diambil. Alamak! kenapa tangan Daim ada belakang aku? Ah! Sudah.
Jangan mamat ni nak main gila. Bahaya ni! Tapi apa nak dikisahkan. Tunang
sendiri kot? Lagi pun bukan dia peluk belakang aku. Dia pegang kerusi aku duduk
je. So, please be more relaks Cik Puan
Wanabe Dhia Lutfiyah Ahmad Lutfi.
Dhia
lihat, tangan Daim dengan pantas menukar skrin
wallpaper kepada gambar yang baru diambil tadi. Laju je kan? Sebelum itu,
masa Daim buka telefon bimbit dia nak bluetooth
gambar dengan Laila, Dhia perasaan yang Daim gunakan gambar Dhia sebagai skrin wallpaper. Daim memang pernah
cakap dulu. Cuma Dhia ni je kurang nak percaya. Suka sangat ingat Daim
bergurau. Bila dah nampak depan mata, baru terasa nak kagum sekejapkan?
Dulu
masa dengan Bob pun, tak pernah Bob nak letak gambar Dhia dekat skrin telefon
bimbit dia. Dhia je yang beria-ria letak gambar Bob. Si Bob, baik punya letak
gambar motor skuter Nouvo’s dia. Bertapa
Dhia sangat sayang dengan Bob. Tengoklah. Selepas 5 tahun berlalu, baru kini
Dhia bercinta kembali. Itu pun, bercinta selepas bertunang. Ternyata, Daim
berbeza dengan Bob. Daim cepat mesra dengan Laila dan Latifah. Daim pun bukan
jenis yang suka sangat kecil-kecil hati ni. Setiap yang Laila dan Latifah
kenakan, setiap itu, Daim akan balas. Daim pun Dhia tengok, dia sangat
penyayang dan bertimbang rasa.
Dulu
masa dengan Bob, ada je yang Laila dan Latifah tak puas hati dengan Bob. Tak
cukup friendlylah. Malu tak
bertempatlah. Macam-macam lagi yang pernah diaorang jolokkan kepada Bob. Tapi
kerna sayang, Dhia abaikan semua itu. Tapi tengok apa Bob dah buat? Suka-suki
je kahwin dengan orang lain dan tuduh Dhia tinggalkan dia sebab dah ada teman
baru. Buat onak pula pada Dr. Aiman. Bakal biras Dhia tak lama lagi! Takpelah
Bob. At least, Allah temukan aku
dengan Daim dengan cara yang lebih baik.
Ya
Allah! Beruntungnya aku jadi tunangan Daim. Kalaulah aku tengok VCD yang Daim
beri masa majlis bertunang lepas, mesti perkara macam ini tidak akan terjadi.
Mesti sejak di Endau Rompin lagi hatiku sudah berbunga-bunga bakawali. Tapi
setiap ketentuan Ilahi, ada penyebabnya. Setiap yang berlaku ada kebaikkannya.
Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Rencana Allah kepada hambanya tidak pernah
cacat bahkan yang paling sempurna sekali buat mereka. Cuma, entah mengapa,
ramai yang menyalahkan Allah kerna merencanakan hidup mereka sedemikian rupa.
“Kak
We, we all dah nak blah dah. Kau nak
tinggal sini ke?” suara Laila mengejutkan Dhia. Ditoleh ke arah Daim. Tiada.
“Achik
pergi ambil paper bag,” jawap Delita
yang seakan faham maksud riak muka Dhia.
Dhia
bingkas bangun dan diaorang berjalan beriringan keluar dari Mc’Donald. Setia
menunggu Daim diluar. Dhia lihat, jarum jam dah menunjukkan jam dua petang.
Solat Zohor belum lagi ni.
“Ok,
Jom kita pergi solat dulu. Dah pukul dua ni,” usul Daim yang muncul dibelakang
diaorang.
Satu extra markah buat Daim! Ajak solat dulu
sebelum kita yang ajak. Bagus! Contoh ketua keluarga yang terbaik. Semakin
lama, semakin kurang kejanggalan dalam diri Dhia. Semakin boleh menerima
siapakah Daim dalam dunianya selepas ini. Hehehe...
Kaki
terus melangkah ke arah surau dibelakang kedai buku MPH. Laila, Latifah, Delita
dan Delila jalan laju ke hadapan meninggalkan Dhia dan Daim berdua dibelakang.
Dhia terasa amat segan dan sangat malu nak berjalan berdua dengan Daim. Daim
sedar akan kejanggalan Dhia cuba untuk menjarakkan diri sedikit tapi kepadatan
umat di Alamanda ni pun boleh tahan juga. Jadi, nak ke tak nak ke terpaksa juga
Daim jalan seiring dengan Dhia.
Sesekali
terasa tangan mereka bersentuhan tapi capat-cepat disentap oleh Dhia. Lepas ni,
kalau jalan dengan Daim nak kena pakai sarung tangan ni. Asyikkan ter’excident’ je kojenyer. Yang anak dara
berempat ni pula, laju pula jalannya. Kejapan dah hilang dalam lautan manusia.
Diaorang ni tak sedar ke ada sorang lagi anak dara dekat belakang ni? Walaupun
hakikatnya, anak dara dekat belakang ni, tunang dia ada sekali. Apalah salahnya
kalau tunggu kejap. Jalan sama-sama. Saja je budak bertuah empat orang ni tau.
Dalam
pada Dhia cuba untuk melajukan pergerakkanya, tiba-tiba bahu Dhia disentuh
kedua-dua belahnya. Terkedu sekejap Dhia dibuatnya. Darah gemuruh naik ke otak
dalam kiraan kepantasan maksimum. Langkah terus terhenti dan lutut terasa
mengigil. Tangan yang memegang bahunya dipandang, Sipi-sipi Tangan itu seakan
dalam gerakan pelahan menolak Dhia ke kiri, rapat ke badannya. Dhia bertambah
terkedu.
“Polis
nak lalulah,” bicara Daim sambil matanya melihat kepada Polis yang lengkap
bersenjata melintas dihadapan mereka. Tangannya masih dibahu Dhia.
Dhia
memandang dengan penuh hairan. Kenapa tiba-tiba ada Polis pula ni? Tak lama
selepas itu, lalu pula seorang isteri kenamaan dihadapan mereka. Makin tertolak
ke dinding mereka dibuatnya. Daim menarik Dhia semakin rapat ke badannya.
Secara tak sengaja, Dhia disorokkan ke belakangnya. Lagaknya Daim seakan sedang
menyelamatkan seorang tahanan perang.
Dhia
menikus dibelakang Daim. Hilang terus kata-katanya bila melihatkan keadaan yang
sedang berlaku dihadapan matanya. Kenapa ya? Dhia seorang gadis yang berani dan
juga mempunyai ilmu mempertahankan diri, boleh lemah bila berada bersama Daim.
Dhia seorang gadis yang periang boleh jadi pendiam bila berbicara dengan Daim.
Dhia seorang pembuli tegar adik-adiknya boleh terkaku untuk membalas setiap
perbuatan adik-adiknya dihadapan Daim.
Adakah
ni yang dinamakan CINTA? Seseorang berubah menjadi seseorang yang lain? Orang
cakap, kalau dia jodoh kita, kita akan terasa bebas untuk melakukan apa sahaja.
Kita bebas untuk ‘menayangkan’ perangai kita dihadapan mereka. Kita bebas juga
untuk menerima mereka dihadapan kita Tapi ini terbalik. Adakah akan berlaku
sebaliknya?
Tapi,
tidak hairanlah juga jika ramai yang malu pada kali pertama berjumpakan?
Seorang wanita kena sentisa jual mahal dan kekalkan misteri dihati seorang
lelaki. Jika seorang wanita, pada kali pertamanya sudah menunjukkan segala
aksi, adakah seorang lelaki itu akan berfikir dua kali untuk menerima wanita
dihadapannya? Tentu sahaja tidak! Lelaki suka kepada ‘penerokaan’. Semakin
dalam diteroka, semakin timbul kepuasan dihati. Semakin banyak yang diketahui,
semakin seronok pula untuk mencari.
Jadinya,
mana satu yang nak kena ikut ni?
Bila
keadaan jalan sudah reda, Daim ‘mengeluarkan’ Dhia dari belakang badannya.
Memegang bahu Dhia dan memimpin Dhia keluar dari kepadatan lautan manusia.
“Ok,
dah jom pergi,” Daim memandang Dhia yang sudah berona kemerahan mukanya.
Dhia
menjeling tangan Daim yang berada dibahunya. Daim pun bergitu. Dengan pantas,
Daim menarik tangannya dan mengangkat separas kepala seperti orang menyerah
diri. Kemudian menyengih kerang busuk.
Dhia pun apa lagi, terus melangkah membelok ke kiri, menuju ke surau. Daim
memegang kepalanya. Apa aku dah buat ni?
Daim
membontoti Dhia yang sudah masuk ke dalam surau perempuan. Daim baru nak minta
maaf, tapi Dhia lagi pantas bertindak. Takpe, takpe. Solat dulu. Nanti aku cari
jalan macam mana nak pujuk Si Dhia ni balik.
Usai
solat, Dhia keluar saing dengan adik-adik diaorang. Daim menyandar didinding
dengan berpeluk tubuh, betul-betul dihadapan pintu masuk surau perempuan. Siap
dengan mata terpejam lagi. Tidur ke? Tapi wajah Daim sangat tenang dan paling
penting ia semakin mengetarkan hati Dhia. Kacaknya! (Sila bling-bling mata beberapa kali)
“Achik,
jom,” Daim membuka mata dan matanya dan Dhia tertaut lagi. Daim menghadiahkan
sekeping senyuman ikhlas buat Dhia, Si Tunangan Hati. Dhia menunduk. Delita dan
Delila menarik lengan Daim dan Daim meletakkan tangannya diatas bahu Delita
yang ketinggiannya kurang sedikit dari Daim. Diaorang terus jalan ke hadapan
meninggalkan tiga Dhia dibelakang.
“Kak
Nyah, nak pergi rumah Meran sekarang ke?” soal Dhia.
“Tak
jadi. Minggu depanlah,” Laila bersuara sayu.
“Apasal
pula tak jadi? Bukan tadi kata nak pergi ke?” soal Dhia yang lengannya sudah
dipeluk Latifah. Latifah ni, kalau nak bermanja pun janganlah depan orang
ramai. Buat malu je!
“Last minute,
Meran call beritahu diaorang semua
kena balik Terengganu sekarang. Tok Wan sakit tenat. Gasanya dah gerak kot
sekarang ni,” Laila menjeling jarum jam.
“Abang
Meran orang Terengganu ke? Bukan ke dia orang Negeri Sembilan ke? soal Latifah
kebingungan. Dhia hanya mendengar.
“Yang
Negeri Sembilan tu, Ayah dia. Mak dia orang Terenganu tapi Abang Meran kau tu
lahir dekat Balakong tu ha,” cerita Dhia Laila.
“Jadinya,
tak jadilah nak ke sana? Kiranya, kita nak ke mana pula ni?”
“Umm...beta
rasa, adalah bagusnya jika kita berenam berjalan-jalan sekitar Putrajaya
sebelum pulang ke kampung halaman, ya kakanda?” Latifah mengusik dagunya yang
tidak berjanggut.
“Ha’a.
Beta juga rasa bergitu. Eloklah kiranya, kita membawa mereka sekali
berjalan-jalan disekitar bandar ini, wahai kakanda We,” Laila pun sama.
“Yang
korang tetiba cakap bahasa istana ni dah kenapa? Buang tebiat eh?” kata-kata
Dhia mengundang tawa Delita dan Delila.
“Elok
juga tu. Adik pun ada bawa kamera. Boleh kita main snap-snap gambar. Tapi kita
pergi naik satu kereta jelah. Nanti senang nak balik kampung terus,” usul
Delita.
‘Boleh
tahan otak minah ni. Bagus, bagus,’ fikir Daim.
“Okey
jugak tu. Kita balik rumah dulu. Amik beg kemudian hala tuju pertama semestinya,
Air Terjun Putrajaya,”
“Ha?
Air Terjun Putrajaya? Aku tak tahu pun Putrajaya ada Air Terjun. Kau biar
betul, Kak Nyah?” soal Latifah hairan.
“Sebab
tu hala tuju pertama kita ke sana. Best wo! Permandangan cantik. Along dengan
Kak We, kalau nak amik gambar outdoor
wedding nanti boleh pergi sana. Tempat memang cantik. Killer cantiklah,” beria Laila bercerita.
“Iya,
iya je la kau tu, Kak Nyah. Pandai-pandai je nak auta putar alam kan?” Dhia
bercekak pingang.
“Ha?
Nampak sangat menipu,” Latifah mencuit lengan Laila.
“Tak
percaya? Korang tengok jela nanti,” kereknya muka!
“Memang
tak percaya pun,” balas Latifah.
“Ok,
ok. Now kita pergi ambil beg and
tukar kereta dulu ya? Lepas tu jangan kata nak ke Air Terjun Putrajaya, nak ke
Chepo pun Abang bawak. Ok?” Daim terpaksa meleraikan Laila dan Latifah.
“Ha’akan,
Achik. Dengan anak orang beria berjanji. Dengan kami ni ha? Asal dah berjanji
je, dan, dan kau hilang ingatankan?” perli Delita.
Daim
menjelirkan lidahnya kepada Delita. Bertambah geram Delita dibuatnya. Tak
pasal-pasal Daim kena pukul dengan beg sandangnya. Padan dengan muka Daim.
selalu sangat nak membuli adik-adiknya. Mentang-mentang la Delita dan Delila ni
‘kecil’ lagi. Suka-suki je nak membuli.
“Ish!
Sudah, sudah. Korang ni macam budak-budak tau. Dah jom pergi. Awak park kereta
zon selatan ke utara?” soalan Dhia mengerutkan dahi Laila, Latifah, Delita dan
Delila.
“Kenapa?”
soal Dhia bila melihatkan mereka berkerut-kerut dahi.
“Kak
We, kau panggil Along, Awak ke?” soal Laila. Dhia mengeling. Daim pula
bertambah kerut dahinya.
“Tadi
tu?” soal Latifah.
“Aku
panggil Awak bukan awak ke?” pusing Dhia.
“Samalah
tu,” protes Latifah.
“Astagfirullah.
Kak We. Ni tunang kau tau. Kau panggil Along, Awak je? Paling-paling Kau
panggillah Along ni, Abang ke? Hubby
ke? Sayang ke? Baby ke? Adalah manisnya sikit. Ini tidak, kau panggil dia Awak
je?” Laila menepuk dahinya berkali-kali.
Dhia
dah memegang tengkungnya. Bergitu juga Daim, “Gelilah,” serentak mereka berdua
bersuara.
“Eleh!
Ye, yelah geli,” perli Laila.
“Kak
Nyah, serius Along cakap. Memang geli sey. Setakat Abang tu bolehlah,” Daim
menjeling kepada Dhia. Kemudian sengaja senyum nakal.
Ha!
Ini semuakan pakat nak mengenakan akulah ni.
“Kak
We, kau kena panggil Along, Abang mulai sekarang. Kau jangan nak mengada-ngada.
Aku sekeh kang,” Laila berlagak gangster.
“Oklah.
Park kereta dekat mana, Abang?”
sengaja Dhia liritkan panggilan ABANG untuk Daim.
Ketawa
besar Delita dibuatnya. Delita tahu Dhia dah mula nak tunjuk belang. Sudah
hilang kekoknya. Habislah Daim lepas ni. Siaplah kena bahan dengan Dhia lepas
ni. Dalam pada itu, hati Daim bukan main suka lagi bila Dhia panggil atau
bahasakan dirinya Abang. Barulah ada feel
nak bercinta dengan Dhia.
Daim
memandang ke kiri dan ke kanan. Cuba mengingati dari arah mana dia masuk ke
dalam Alamanda. Selepas itu, Daim menunjuk ke arah depan kedai buku MPH.
Kebetulan pula, memang Dhia suka park kereta depan kedai buku MPH. Sebab senang
Dhia nak terus masuk ke Guardian ataupun nak ke Pejabat Pos Kecil Alamanda. Ke
kedai buku MPH cari novel baru pun senang juga. hehehe...
Langkah
mereka terus diatur ke kereta masing-masing. Dhia menyuruh Daim jalan dahulu
dan berhenti dibahu jalan sebelum simpang ke kiri. Dalam kereta, teruk juga
Daim kena sindih dengan Delita. Siap lagi Delita bagi Daim amaran yang Dhia
akan memulakan serangan balas pada bila-bila masa sahaja. Hanya tunggu dan
lihat je.
Dalam
leka diusik oleh Delita, kereta Daim dihon oleh kereta Dhia. Seterusnya
perjalanan diketuai oleh Dhia menuju ke Kuarters presint 9 fasa 12c.
###
“Semua dah selamat dah tidur,” suara
Dhia memecahkan kesunyian pemanduan Daim.
Bergerak dari rumah selepas subuh,
balik ke rumah hari dah masuk malam. Diaorang bergerak balik lepas solat
maghrib di Masjid Besi ataupun Masjid Sultan Mizan. Sebab Delila teringin nak
solat di Masjid Besi, maka kita layankan aja. Waktu Asar tadi dah melayankan
delita yang nak solat di Masjid Putrajaya, jadinya tak salah melayankan pula Si
Kembarnya pula.
“Biasalah. Penatlah tu. non-stop bergambar,” jawap Daim
menjeling mereka berempat melalu cermin pandang belakang.
“Ha’a betul tu,”
Berjalan-jalan sekitar Putrajaya
memang penat. Walaupun sebuah wilayah yang kecil, tetap terasa besar bila
berjalan-jalan bergini. Sampai habis bateri kamera dibuatnya asyikkan snap
gambar tak berhenti. Habis je bateri, singgah kedai mamak beli bateri baru.
Kira-kira dekat 5 kali juga tukar bateri. Delila cakap, semua sekali ada dekat
lebih 100 keping gambar dapat ambil.
Tapi pada Daim, sedikit pun tak
terasa penat bila Dhia berada disebelahnya. Paling beruntung sebab setiap
lokasi yang mereka berhenti singgah, mesti aka nada dua atau tiga keeping
gambar Dhia dengan Daim. itu yang buat syok tu. rugi duit beli bateri pun
takpe.
Dhia pun semakin lama, semakin
kurang kejanggalannya. Tak macam
mula-mula jumpa dekat Mc’D tadi. Muka malu tak sudah. Sekarang ni, dah banyak
juga ayat yang meniti dibibir Dhia. Kira, oklah tu. kira mereka dah saling
boleh menerima antara satu sama lain. Nak berdua je masih nampak Dhia tak
selesa.
“Kalau
Sayang nak tidur, tidurlah. Nanti dah sampai, Abang kejut,”
‘Daim ni serius ke nak aku panggil
dia Abang?’ detik hati Dhia.
“Takpe, saya temankan awak drive. Sian awak drive sorang-sorang. Tak penat ke?” sengaja Dhia mengunakan
perkataan ‘awak’ untuk mengumpan Daim.
“Hehehe...takpe. is ok. Dah biasa dah pun,” alamak! Dhia
ni tak serius ke nak panggil aku Abang?’
“Awak, saya panggil awak abang bila
kita dah kahwin boleh?” soalan Dhia menyebabkan Daim ter’break’ kecil.
Aduh! Aku baru nak berangan-angan
pangilan manja sikit.
“Kenapa tidak sekarang?”
“Saya seganlah,”
“Kenapa nak segan?”
“Sebab saya malulah,”
“Kenapa nak malu? Bukan orang lain
pun. Tunang sendirikan?” Dhia terdiam. Daim pun turut diam menanti ayat
seterusnya dari Dhia.
Memang betul, Daim tunang Dhia. Tapi
tetap terasa segan walaupun dah bertunang nak masuk bulan keempat. Lagi pun
tiga bulan ke belakang, mana pernah mereka berhubung apatah lagi bersua.
Jadinya, semua ini terasa sangat baru dan asing buat Dhia. Bukan bererti Dhia
masih belum terima Daim tapi Dhia perlukan sedikit masa dan Daim rasanya kena
berusaha keras menyakinkan Dhia bahawa dia plilihan tepat. Chaiyok, Chaiyok,
Daim!
“Awak, bagi saya sedikit masa. Semua
ni terlalu pantas buat saya. Beri saya masa untuk sesuaikan diri saya dengan
apa yang sedang berlaku,” akhirnya ini yang keluar dari mulut Dhia.
Kedengaran Daim merengus halus, “Ok.
saya faham,”
“Awak, saya tak niat nak...”
“Is
ok. saya faham. Saya tak kisah. Bila awak dah ready awak panggillah saya gelaran tu. saya akan tetap tunggu tapi
boleh saya bahasakan diri saya Abang pada awak?” permintaan Daim mengkedukan
Dhia buat kali kedua.
Dia ni selalu suka sangat nak buat
aku terkedu medu ni tau. Apa nak jawap ni? Nak bagi ke tidak? Kalau tak bagi
kang, agak-agak merajuk tak Daim? Kalau bagi kang, aku pula tak selesa tak
panggil dia dengan panggilan yang sama. Macam mana ni? Think, Dhia. Think!
“Tak boleh takpe,” lambat sangalah
kau ni Dhia.
“Boleh. Apasal pula tak boleh,”
tiba-tiba Dhia bersuara teruja. Terkejut gamaknya.
“Thanks,
Sayang,” Daim senyum kepada Dhia. Dhia membalasnya ikhlas.
“Abang Sayang Dhia. Sayang sepenuh
hati dan jiwa Abang,”
Bergetar
hati Dhia dikala itu. Manisnya ungkapan itu. Hanya lampu neon kereta menjadi
saksi kata-kata itu.
Dalam
pada tak sedar, “Dhia pun sayang Daim,” Laila dibelakang senyum suka hati...
3 comments:
terbaikkkkkkkkkkk....
best.....bila nak sambung lagi....rindu la
As'salam..sori lama sgt x dan nak singgah ke blog...banyak kerja sedikit hujung tahun ni...pe2 pun bab 44 dah pun diupload pg tadi...jangan luper baca ok? mekacih dear...
Post a Comment