Bab 1
Warung
D’ Mamak Cafe.
Kelihatan seorang lelaki berjalan
dengan penuh maskulin ke arah seorang wanita yang sedang memandangnya sambil
menyandar malas di kerusi. Mata wanita
itu semakin mencerun memandang lelaki tersebut yang berjalan berlengang seperti
Mak Inang pulang dari pasar. Straw yang
sememangnya setia dimulut, digigit geram. Aku belasah juga Si Samdol ni,
karang! Terkedek-kedek macam itik.
Lelaki itu yang penuh dengan menebal
tahap maskulinya terus duduk dihadapan wanita itu tanpa sebesar zarah pun rasa
bersalah. Diangkat kening dua kali kepada wanita dihadapannya tanda salam
hormat dan kemudian menghadiahkan wanita itu sebuah senyum McDonald. Senyuman
meleret macam Uncle Mc’Donald tu. Menyampah
betul!
“Bhai, teh tarik gelas besar satu.
Roti bakar 2 set,” lelaki itu terus memesan menu makanan.
“Siap,” Bhai mengeling tanda faham.
Lelaki itu membuka tali leher dan
kemudian diletakkan di atas meja. Butang lengan baju dibuka dan lengan baju dilipat
hingga ke paras siku. Cermin mata hitam yang tersangkut di poket baju
diletakkan ditepi tali leher. Rambut yang sudah panjang 5 inci di tolak ke
belakang. Tisu di ambil dan tangan terus mengelap permukaan meja di hadapanya.
Wanita
dihadapannya masih cuba bersabar dengan gelagat lelaki itu. Walaupun
hakikatnya, wanita itu sudah terasa seperti mahu dipenggal kepala lelaki dihadapannya. Sudahlah lambat.
Macam-macam pula kerenahnya. Geramnya aku!
“So, My Lady, was up?”
Wanita
itu berhenti mengigit straw .
“Dah
habis dah? Dah siap dah?” sapa wanita itu sambil gigitan straw kembali diperketatkan.
Tahan geram.
Lelaki
itu buat senyum Mc’ Donald lagi.
“Hehehe... Lama tunggu?” soal lelaki
itu selepas menghirup teh tarik yang baru sampai.
“Eh! Taklah. Baru je lagi,” bernada manja
tapi geram.
Prap...
Meja ditepuknya kuat. Terkejut orang
di meja sekeliling. Bhai, yang buat air teh tarik pun tersentak. Sampai
tercurah air panas ke meja buat air. Kesakitan yang dirasa menimbulkan reaksi
pantas untuk meniup tangan yang sakit. Lelaki dihadapannya hanya ketawa. Padan
muka! Takde kerja cari kerja. Takde siapa suruh tepuk meja pun. Ini bukannya
parlimen nak main tepuk-tepuk meja tanda setuju Cik Kak Oii...
“Apa gelak-gelak?” soal wanita itu
sambil meniup tangannya yang terasa sangat berdenyut-denyut. Sakitnya! Merah
tangan I, you.
“Takde apa. Sakit Kak?” soal lelaki
itu dengan nada lucu. Kening diangkat sekali. Senyuman Mc’Donald sekali lagi.
Lelaki itu dijelingnya...maut!
“Apasal kau lambat? Tau tak dah
sejam aku bertapa dekat sini?”
“Tak tahu,”
“Takpe. Ni aku beritahu. Kau ni kan.
Memang tau. Kalau aku lambat bukan main lagi kau punya bebel. Cuba kalau kau
datang lambat? Dengan muka tak bersalah boleh kau pesan makan lagi kan?” meluap-luap
marah wanita dihadapannya.
“Relakslah.
Kang kena darah tinggi kang. Pengsan. Siapa susah? Aku jugak. Nak kena gendong
badan kau yang berat 55 kilogram tu,” wanita itu melempar ais kepadanya.
Ish! Suka benarlah minah ni main
baling-baling air batu. Cubalah baling jongkong emas ke? Wang dinar emas ke?
Ha, tak pun cubalah bagi pada aku cek bernilai jutaan ringgit. Kaya juga aku
jadinya. Ini tidak, buat basahkan baju aku adalah.
“Aku
lambat bersebablah. Ada hal urgent
tadi. Kau tu lambat tak bersebab langsung,” lelaki itu cuba membela dirinya.
“Apa sebabnya? Cuba kau cakap,”
wanita itu memeluk tubuhnya sambil menyandar tegak di kerusi.
“Aku ni kan kerja swasta? Tak macam
kau kerja dengan kerajaan. Kerja aku ni deal
dengan ramai client. Aku dah nak
datang sini sharp on time. Last minute, sectary bos call. Bos aku
suh handle client untuk projek besar.
Nak tak nak kenalah aku handle.
Jangan marah eh? Kau kalau marah kurang comellah, Cik Mayesa Shahmina” lelaki
itu cuba memujuk.
Meyesa memandangnya sinis. Entah apalah
kerjanya sampaikan berjanji pun tak pandai. Nak cakap kerja syarikat besar
takdelah sangat. Syarikat biasa-biasa je. Tapi kira ada namalah juga sebab
pemiliknya berstatus Dato’. Tapi taklah terkemuka sangat macam Kilang Kereta
Honda tu. Setakat biasa-biasa je. Setakat keuntungan sejuta setahun je kot.
“Bukan ke ‘Bos’ kau tu abah kau ke?
Tak akan takde excuse kot?” Mayesa
bersuara kerek.
“Memanglah. Tapi aku tetap kuli
dalam pejabat tu. Bos bagi kerja, kuli kenalah buat,” Mayesa menjuling matanya
ke atas.
Inilah padahnya kalau kerja dengan
bapa sendiri. Tapi kira baguslah juga budak sekor ni. Tak reti nak ambil
kesempatan atas status bapa sendiri. Taklah macam seseparuh anak orang lain.
Bila bapa sendiri ada ‘jenama’ dalam sesebuah syarikat mulalah nak tunjuk taring
dengan menindas orang bawahan.
“Mayesa, kau marah aku ke?” soal
lelaki itu lagi bila melihatkan Mayesa masih membisu seribu kata.
Mayesa masih tetap diam membisu tapi
mulutnya dah terherot ke kiri dan ke kanan. Memang salah satu tanda kalau
Mayesa marah, mulalah dia akan buat mimik muka pelik macam ni. Dia ingat cantik
sangatlah kalau buat muka macam tu? Tak cantik pun! Macam Tapir adalah.
“Cik Maaayyyeeessssaaaa...” Lelaki
itu melaung nama wanita dihadapannya.
“Hoi! Malulah. Habis semua orang
pandang. Kau ingat kita ni dekat hutan ke yang kau nak register jadi Tarzan
ni?” pipi wanita dihadapanya merona kemerahan.
Pandangan
dialihkan ke sekeliling. Nasiblah petang-petang ni, tak ramai pelangan. Kalau tidak, mahu balik
dengan beg kertas tutup muka. Tapi Bhai ni dah senyum kerang busuk pula! Tak guna betullah Si Mawaz ni... aku campak
dalam longkang baru tahu. Kemudian timbus dengan baja pokok bunga Kek Wa.
Cantik laman Warung D’ Mamak Cafe, Bhai ni aku buat nanti.
“Aku panggil elok-elok tak sahut.
Bila aku jadi Tarzan baru nak jawapkan? Ha! Padanlah dengan muka kau,” Lelaki
dihadapanya membetulkan kerusi yang didudukinya.
“Kau ni suka sangat panggil aku
Mayesa. Dah naik jemu aku nak peringatkan kau. Panggil aku Min je dah lah. Dah
terasa macam orang Jepun pulak,” Mayesa merengus. Tangan diletakkan diatas meja
makan. Menumpak dagu yang mukanya dihala
ke jalan raya.
“Hehehe...kau
lupa ke mak kau cerita apa? Kalau kau lupa meh aku tolong ingatkan. Masa mak
kau mengandungkan kau, mak kau asyikkan nak makan sushi. Lepas tu semua cerita
Jepun mak kau layan. Bukan itu je, sampaikan sanggup belajar bahasa Jepun
sekali. Part paling aku tak boleh
lupa mak kau cerita, bila mak kau cakap dia suka sangat nak make up macam geisha tu. hahaha...”
“Ha, satu lagi, buat apa aku nak
panggil kau Min? Kau bukan Alif Ba Ta yang ada huruf Min. Kan manis bila aku
panggil Mayesa? Terserlah keayuan kau yang tak berapa nak ayu sangat
sebenarnya. Setiap nama ada maknanya. Ala, macam Yuna cakap pasai kamera canon
dia. Setiap gambar ada lagu,” setiap kata yang keluar dari mulut dia ni
walaupun berbunyi manis pada awalnya, tetap juga akan menyakitkan hati aku bila
berada dipengakhirannya. Sengal betullah!
Wah! Suka suki je nak perli mak
kita. Ibu dia tu apa kurangnya? Panggil nak manja-manja. Tu pasal perangai tak
pandai nak berdikari makan kari setiap hari. Entah-entah silap hari bulan, baju
pun ibu dia yang saterikakan. Ish! Tak tercapai akal kalaulah betul-betul
perkara ni terjadi.
“Amboi! Rancak ketawa nampak? En.
Fawwaz Isam, kau tu jangan lupa ya? Masa ibu kau mengandungkan kau tu, ibu kau
pakai perfume sikit punya banyak
sampai naik pengsan abah kau. Tu pasal anak dia ni maskulin terlebih-lebih. Bau
perfume, Masyallah. Sikit punya kuat.
Pakai pula jenama tak hengat. Playboy. Kau tak boleh yerk nak tukar perfume lain? Busuk, doh!” Mayesa
mengepit hidungnya.
Nampaknya perang mulut akan bermula.
Maka semua sila tadah telinga ya...
Fawwaz mengidu bau dibadannya. Ok pe
bau dia? Sweet, sweet ala candy. Mana
ada kuat sangat pun. Yang sedang-sedang saja. Hidung minah ni tersumbat ke? Nampak
sangat minah ni dah takde isu nak kenakan aku. Ada ke patut bab minyak wangi
jadi topik? Tak patut, tak patut...
“Eleh! Sekurang-kurangnya aku ada
identiti aku sendiri. Dari kau? Bau perfume
kau tu tiap kali jumpa mesti bau dia bertukar-tukar. Kejap bau bunga-bunga.
Kejap kang bau buah-buah. Ni ha, apa bau pun aku tak tahu dah. Boleh tersumbat
hidung aku tau kalau macam ni. Cubalah kau cari satu perfume yang sesuai dengan diri kau tu. Yang sesuai dengan karakter
kau tu. Barulah ada identiti tersendiri macam aku,” Fawwaz menarik keluar kolar
bajunya. Mayesa hanya menjeling. Dasar jantan perasan punya Fawwaz.
“Suka akulah nak pakai perfume jenis apa pun,”
“Sebab tulah takde orang nak lekat
dengan kau,”
Ish! Mamat ni, dah melampau ni. Muka
handsome. Penampilan tip top. Badan
tegap tapi bab tang mulut, laser nak mampus! Dasar tak reti nak ambil insuran mulut
punya orang. Dia ingat dia maskulin terlebih tu ramai sangatlah yang minat? Dua
kali lima sepuluh je dengan aku.
“Eh! Kau pun sama eh? Aku tak pernah
terserempak pun kau duk dating dengan
awek kau? Entahkan wujud entahkan tidak je awek kau tu. Entah-entah imaginasi
engkau je yang lebih,” Mayesa masih belum mahu melepaskan Fawwaz.
“Nak buat macam mana. Dah kalau
asyikkan keluar dengan kau je,” Fawwaz separuh berbisik.
“Apa? Cakap tu kasi telinga aku ni
dengar sekali, bukan takat bisik-bisik dalam kelambu eh?” Mayesa menunjuk
telinganya.
“Takde apa. Ni kenapa kau nak jumpa
aku? Biasa boleh je cakap dalam telefon,” soal Fawwaz sebelum menyumbat roti
bakar ke mulutnya.
Topik harus segera ditukar sebelum
kedai Bhai ni terbakar dengan perlawanan tikaman lidah mereka ni. Tak akan
pernah sudah tak akan pernah ada tanda noktar. Semuanya dilanggar je. Jadi
sebelum akan ada pinggan dan cawan melayang baik cari jalan pintas segera.
Mayesa mengeluh sesaat. Berubah
terus karakter Mayesa. Dari hyper aktif nak mengena Fawwaz kepada segan
sesaat. Kelu lidah Mayesa ingin berbicara. Tidak tahu dari mana hendak
dimulakan. Walaupun Mayesa dan Fawwaz dah lama kawan, sejak dari tingkatan 4
lagi, kadang-kadang bila isu sensitif ni timbul, segan juga nak cerita.
Sungguhpun, ahli keluarga Mayesa dan Fawwaz saling mengetahui mereka berkawan,
tak semestinya semua cerita dia orang tahu. Nak, nak pasal cerita dalam kain.
Lagilah segan nak cerita.
Fawwaz lihat Mayesa seakan sayu
semacam. Mukanya tak beriak seperti tadi. Muka orang ada masalah. Jarang dapat
tengok Mayesa macam ni, sebab Mayesa bukan jenis reti nak bermasalah-masalah.
Hidup dia semuanya aci redah. Teringat masa belajar kelas matematik tambahan,
cikgu tanya cara penyelesaian bagi penjelmaan, Mayesa dengan penuh slamber cakap “saya kurang periksa,
cikgu,” habis bergelak sakan satu kelas.
Mayesa
kalau buat muka masalah macam ni biasanya mesti melibatkan sesuatu yang sangat
sulit. Dia bukannya reti nak bercerita dengan orang lain. Suka sangat nak
pendam-pendam dalam hati. Hanya Fawwaz je yang boleh mencairkan hati Mayesa
untuk bercerita. Dah banyak kali dah Mayesa cuba cover tak nak menangis, lastnya
pecah juga! So, today apa kena pula
minah ni?
“My Lady, bila you nak cerita ni?” Fawwaz buat aksi muka daring.
“Ish!
Gelilah. Jangan panggil aku My Lady
ni boleh tak? Berdiri tegak segala anak rambut aku dibuatnya,” Mayesa memegang
tengkuknya. Fawwaz hanya ketawa geli hati.
“Ok,
ok. Kenapa ni? Muka kau kalau murung macam ni, mesti ada sebab,”
“Fawwaz,
aku tak tahu nak mula dari manalah,” Mayesa mengoyakkan tisu ditangannya.
“Lah!
Main tisu pula dia. Cerita jelah. Ke kau nak aku buat serkap jarang?” Fawwaz
merampas tisu ditangan Mayesa.
“Seganlah,”
Mayesa mencampak sisa tisu yang terkoyak kepada Fawwaz.
Hai!
Main campak-campak tisu pula. Minah ni siuman ke tidak. Tiba-tiba je buat drama
filem Hindustan. Aku tahulah aku dengan dia dekat kedai Bhai, tapi tak payahlah
lorat sangat sampai macam ni!
“Kau
ni kenapa? Sejak bila kau pandai nak segan silu dengan aku ni? Sebab apa yang
kau sayu sangat-sangat ni wahai adinda pujaan hati kekanda?” Fawwaz membuat
aksi romantik dengan menghulurkan bakul sudu garfu kepada Mayesa.
“Ish!
Sengallah kau ni,” Mayesa meletakkan kembali bakul sudu dan garfu ke meja.
“Sebab
apanya Cik Mayesa oii?” Fawwaz mulai bosan.
Mayesa
menarik nafas panjang-panjang sebelum dilepaskan pelahan.
“Sebab
apa lagi? Pasal isu kahwinlah. Mak aku dah bising suruh kahwinlah Adik aku,
Tasya minggu lepas keluarga pakwe dia dah masuk meminang. Dalam masa 2 bulan
nak bertunang. Aku? Penatlah nak cerita dengan mak aku ni. Aku dah cakap dah
aku belum ready nak kahwin. Lagi pun
aku mana ada pakwe nak aku cakap-cakap pasal kahwin, berkeluarga ni,” cerita juga
Mayesa akhirnya.
Fawwaz
hanya mengangguk tanda dia masih mendengar.
“Kadang
tu aku jadi tension tau. Asyikkan
bagi hint entah apa-apa entah. Lagi
satu, ada ke patut dia suruh aku kahwin dengan engkau? Apa terdesak sangat ke
aku ni?” sambung Mayesa.
Fawwaz
senyum sumbing.
“Tu
pasal aku rela duduk rumah asing dari mak dengan ayah aku. Sebab benda-benda
macam nilah. Tasya pun dah bagi hint
suruh aku cari sorang suami. Sebab pakwe dia tak nak bagi hadiah sebagai
bayaran ganti rugi pada aku. Apa ingat aku ni hamak sangat ke nak hadiah bagai ni? Apa dia orang ingat isu cari
suami ni macam nak beli ikan dekat pasar ke? Abang, bagi ikan Kembung sekilo?
Macam tu? aku sakit hati, Bro. Sakit hati,” Mayesa dah nak menumpahkan empagan
airmatanya.
Fawwaz
ketawakan Mayesa.
“Fawwaz,
aku tengah sedih ni. Aku tak buat lawak Usop Santorian or Usop Wilcha ok?”
“Dah,
dah. Takmo nangis, nangis. Buruk,”
Fawwaz
menyelup sakunya dan kemudian menghulurkan sapu tangannya kepada Mayesa. Mayesa
mengesat airmata yang sudah mulai jatuh ke pipi. Terbit rasa sayu dihati Fawwaz.
Ini bukan pertama kali Mayesa menangis dihadapannya pasal ceritra ni. Malah dah
banyak kali dah. Kesian Mayesa.
Mayesa
dan Fawwaz sebaya. Masing-masing dah berusia 29 tahun. Lahir pun pada bulan
yang sama. Beza Fawwaz lahir awal bulan, Mayesa akhir bulan. Mayesa berkhidmat
di agensi kerajaan sebagai Pegawai Sukan di sebuah kementerian di Putrajaya.
Manakala Fawwaz merupakan seorang arkitek di sebuah syarikat swasta di Puchong,
Selangor. Tahun depan, cukup bagi Mayesa digelar, ANDALUSIA atau Anak Dara
Lanjut Usia; dan Fawwaz pula akan memegang title
Anak Teruna Lanjut Usia atau ANTELUSIA.
Kalau
di ikutkan, baik Mayesa mahupun Fawwaz, dua-duanya tidak mempunyai masa
langsung nak memikirkan soal cinta. Tu sebab dua-dua pun langsung tak kahwin
sampai ke hari ini. Terlalu obsess
pada kerjaya. Dia orang ni bangun je fikir kerja. Nak tidur pun masih fikir
kerja juga. Entah bilalah agaknya dia orang ni akan berhenti fikir tentang
kerja buat seminit.
Tuntutan
tugas yang kira agak mencabar juga buat Mayesa menghadkan hubungan sosialnya.
Kalau keluar pun mesti lepak sini, kedai Bhai ni ha. Lepak pun dengan siapa
lagi kalau bukan dengan Fawwaz. Itu pun
dah jarang sangat dah sebab masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Fawwaz
jelah tempat Mayesa nak hilangkan segala tension
dan sakit hati dia.
Dulu
pernah ada orang masuk meminang Mayesa. Belum sempat Mayesa bagi keputusan,
ayah Mayesa dah tolak dulu. Alasannya dia pernah nampak orang yang masuk
meminang Mayesa keluar dari kelab malam dengan keadaan mabuk-mabuk. Syukur,
Alhamdullilah. Selamat dari mulut buaya.
Fawwaz
lagilah. Pergi kerja selepas solat Subuh, balik kerja sesudah azan Isyak
berkumandang. Terlalu asyik sangat bekerja. Yelah, kerja dalam bidang swasta ni
kenalah pandai-pandai usaha lebih kalau nak kedudukan yang lebih. Hasilnya, seawal
usia 27 Fawwaz dah diberi kepercayaan penuh oleh Abah dia untuk bawa lebih
banyak keuntungan berprofit tinggi.
Bukan
takde orang yang nak pada Fawwaz, ada. Malah siap ada yang offer diri lagi. Tapi entahlah. Semuanya Fawwaz tolak cara baik.
Alasan Fawwaz cukup senang. Selagi dia belum beli rumah, belum bayar habis
kereta dan juga pinjaman pendidikan, selagi itu dia belum boleh nak kahwin
lagi. Katanya, tak nak nanti terbeban dengan pelbagai benda remeh temeh.
Terutamanya bab hutang. Lagi pun hati Fawwaz belum benar-benar untuk melepaskan
cinta pandang pertamanya.
Tapi
kini, Fawwaz dah mampu senyum sendiri. Target
dia dah hampir Berjaya. Tinggal nak beli rumah je dalam proses. Bab yang lain
semua dah selesai dibayar dengan hasil duit gaji yang diterimanya bulan-bulan.
Keluarga Fawwaz ini pun dah kaya raya tapi Si Fawwaz ni berada dalam bab penampilan
je. Itu pun bukan dari brand yang mahal-mahal. Cukuplah sekadar bergaya dimata client dia. Bab lain takde pun. Pakai
pun kereta buatan Malaysia juga. Satria Neo.
Fawwaz
membiarkan Mayesa melayan perasaannya sebentar.
“Senang-senang
kau kahwin jelah dengan aku. Ibu aku dengan abah aku pun dah kenal mak dan ayah
kau. Kita pun kira sebaya,” tiba-tiba Fawwaz menyuarakan cadangannya kepada
Mayesa. Terbeliak mata Mayesa mendengarkannya.
“Kau
merepek apa ni?” soal Mayesa.
“Bukan
merepek. Tapi nak selamatkan keadaan. Aku semaklah tiap kali jumpa kau, kau nak
nangis-nagis pasal bab ni. Kata brutal.
Ini, Allah. Sakit hati aku je tengok,” Fawwaz
mengurut tengkuknya sekali.
“Oh!
Aku ni semak belukarlah pada kau? Weh! Fawwaz, sebrutal-brutal adik beradik dengan ikan Buntal sekali pun aku
tetap perempuan. Hati dan emosi aku tetap berciri keperempuanan,” Mayesa
mengigit air batu geram.
“Ha!
Gigit. Gigit. Bagus sangatlah gigit ketul ais tu? Rosak gigi baru tahu.
Langsung dah takde orang berkenan dah dekat kau,”
Dalam
pada sedih-sedih tadi kejapan minah
ni boleh berubahkan? Suka sangatlah pula tu gigit air batu. Patah gigi semua
baru tahu. Minah ni bukan tak tahu gigit ais ini boleh menyebabkan otak beku.
Silap hari bukan, otak boleh terus jadi jam dibuatnya. Nama je pegawai sukan
tapi satu fakta sains sukan pun tak nak aplikasikan. Baik buang je Ijazah Sains
Sukan dari UKM tu. Tidak pun pi campak dalam laut. Jangan guna-guna lagi dah.
Senang cerita!
“Lantaklah.
Sibuk!” Mayesa menjeling Fawwaz. Makin menjadi-jadi dikunyahnya air batu di
dalam mulut.
“Tengok
tu,” Fawwaz menunjuk ke arah Bank Malayan atau pun lebih terkenal sebagai
MAYBANK.
Bila
Mayesa menoleh je, dengan pantas Fawwaz menarik cawan Mayesa. Tersengguk ke
meja Mayesa dibuatnya. Air batu dalam cawan Mayesa semua dikeluarkan di
masukkan ke dalam pinggan Meggi Goreng, Mayesa yang bersisa. Digaul-gaulkan air
dengan rempah yang dalam dalam pinggan. Kemudian cawan disorong kembali kepada
Mayesa. Mencerun je Mayesa memandang Fawwaz. Terasa nak dibenamkan kepala
Fawwaz dalam pasir pantai. Geramnya aku!
“Ni
balasannya untuk orang degil macam kau ni,” Fawwaz buat muka serius.
“Kau
bukan laki akulah? Sibuk sangat kenapa? Yang rosak gigi aku bukan gigi kau,”
Mayesa memeluk tubuhnya.
“Eh!
Ni bakal suami kau tau,” Fawwaz menunding ke dirinya.
“Jangan
nak bermimpilah Fawwaz. Macam mana terdesaknya aku nak kena cari seorang suami,
takdenya aku gila nak pilih kau sebagai calonnya. Kita tetap kawan ok?” Mayesa
mengoyangkan tangan kanannya dimuka Fawwaz dengan kepala yang digelengkan.
“Jangan
cakap besar, Mayesa. Kalau tidak aku yang nak kena tolong kau siapa lagi? Kita
kahwin je. Tak salah pun kalau dari kawan jadi suami isteri. Lagi bahagia
adalah,” Fawwaz melepakan tangannya.
Mayesa
memandang Fawwaz tak berkelip. Seakan tidak percaya akan keluar
perkataan-perkataan ini dari mulut Fawwaz. Biasanya Fawwaz tak macam ni. Kalau
Mayesa mengadu nasib bab kahwin dengan Fawwaz, paling-paling pun mesti Fawwaz
akan bagi kata-kata semangat je. Tapi kali ni. Lain pula. Tiba-tiba ajak Mayesa kahwin. Ni mesti ada
ubi balik batas ni.
“Fawwaz,
kau nak apa ni?” soal Mayesa yang sudah kembali lembut suaranya.
“Aku
nak selamatkan engkaulah, Cik Mayesa,” jawap Fawwaz slamber.
“Fawwaz, kita kawan dah lama. Aku kenal sangat kau tu siapa. Baik kau cakap
dengan aku sebelum aku tanya sendiri dengan ibu kau,” wah! Main mak ayah pula
minah ni. Aku luku kang.
Fawwaz
senyum. Tak tahu nak dimulakan dimana. Kalau cerita ni, mesti Mayesa akan
gelakkan dia. Nak, nak isu sensitif macam ni.
“Senyum
lain macam je kau ni. Mesti ada apa-apa ni. Baik kau cakap cepat,” paksa
Mayesa.
“Aku
pun dah terkena soalan macam kau juga,” terbeliak mata Mayesa.
“Hahaha...padanlah
bukan main lagi kau yerk? Gelakkan aku pandai. Padahal diri sendiri pun terkena
jugak,” gelak besar Mayesa bila mendengarkan ayat yang keluar dari mulut
Fawwaz.
“Itu
sebab aku ajak kau kahwin. Aku selamatkan kau, kau selamatkan aku. Aku malaslah
nak mengadap muka ibu aku tiap-tiap hari dengan gambar perempuan entah
mana-mana entah. Aku dah penat dah asyikkan blind
date dengan orang yang takat nak kikis duit aku je. Aku naik muak dengan
perangai dia orang yang entah apa entah. Paling aku tak boleh blah, bila ibu
aku dah start nak psiko aku. Makan dalam,” Fawwaz akhirnya
membuka pekung sendiri.
“Kau
jangan nangis tau. Aku takde sapu tangan nak bagi,” seloroh Mayesa.
“Aku
bukan macam kaulah. Kememeh!” Fawwaz
menjeling Mayesa.
Suasana
menjadi senyap seketika.
“Umm...Dah
berapa lama dah?” soal Mayesa semakin lembut.
“Berapa
lama apa?” soal Fawwaz yang kebluran.
“Lembablah
kau ni. Dah berapa lama dah kau kena macam mana aku kena ni?”
“Lama
dah. Aku malas nak cerita dengan kau. Nanti kau gelakkan aku,” Fawwaz memandang
ke lantai.
Oh!
Dah lama rupanya. Inilah kali pertama, Fawwaz bukak pekung didada. Biasanya
susah nak dengar Fawwaz bercerita pasal dirinya sendiri. Tak sangka tekanan
yang dihadapi Fawwaz lagi hebat dari tekanan dialami Mayesa. Mayesa setakat
kena bebel je. Tapi Fawwaz? Siap kena psiko
dengan Ibu dia lagi. Memang sedih! Memang payah!
Terbit
satu perasaan kasihan kepada Fawwaz. Barulah Mayesa tersedar akan sesuatu.
Selama ini, bila Fawwaz cakap dia ada date,
maknanya dia sebenarnya pergi jumpa dengan perempuan-perempuan yang Ibu dia
telah aturkan buat dia. Jadinya, selama ni, Fawwaz takde kekasihlah!
Mayesa
tiba-tiba merangka sesuatu diruang kotak fikirannya. Memandangkan kedua-duanya
dalam satu masalah yang sama. Ditambah pula, masing-masing pun dah berusia
‘tua’. Jadinya, tak salah kalau diaorang ni berpakat untuk kepentingan bersama.
Lagi pun suruh kahwin je. Bab lain, jangan fikir dulu. Fokus pada tajuk besar
PERKAHWINAN. Sekurang-kurangnya, Mayesa tak kahwin dengan orang bukan-bukan.
Lagi pun, keluarga dia orang ni saling mengenali antara satu sama lain. Tentu
tak wujud masalah. Hehehe...
“Jadinya?
Kalau aku kahwin dengan kau, kau yakin kau boleh selamatkan aku dari soalan
maut mak aku?” Mayesa mengutarakan soalan cepuk emas kepada Fawwaz. Fawwaz
hanya mengangguk.
“Ok! Deal. Kita
kahwin,” Fawwaz mengangkat mukanya memandang Mayesa seakan tidak percaya.
“Betul ni? Kau tak main-mainkan?” soal Fawwaz ragu-ragu.
“Yes. Aku
tolong kau. Kau tolong aku. Kita dua-dua terselamat. Lagi pun, kitakan dah
saling mengenali. Aku faham kau macam mana dan kau juga sebaliknya. Lagi pun
kita hanya perlu bertunang dan dalam masa yang sama dapat puaskan kedua-dua
belah pihak,” Mayesa meluahkan pendapatnya.
“Tadi kata kahwin?” soal Fawwaz. Binggung.
“Iya. Nak kahwin kenalah bertunang dulukan?” Fawwaz menganguk pelahan. Dagu berkumis di pegang,
kejap.
“Really want to
take a risk?” soal Fawwaz untuk lebih kepastian.
“Yup. Confirm.
Kau boleh hantar rombongan masuk meminang bila-bila masa je,” Mayesa buat muka
sombong.
“OK! Deal,”
Fawwaz mengeluarkan ibu jari tangan kanannya. Mayesa dengan pantas mengoles
dengan ibu jari tangan kanannya juga.
Mayesa dan Fawwaz saling tersenyum puas.
No comments:
Post a Comment