EPILOG
Butir
pasir yang berkilau mengecilkan bebola mata Daim. Sang suria yang berada
disebelah laut sana, sangat memukaukan. Sang suria yang paling cantik pernah
Daim lihat. Daim menyusuri pantai dengan langkah yang dihayun dengan penuh lemah
gemalai. Menghirup udara yang amat menyegarkan badan. Kaki masih di hayun satu
persatu. Tangan diselupkan dalam poket seluar.
Kelihatan dikiri
Daim, seorang wanita berlari mengejar seorang kanak-kanak lelaki sambil
melambai kepada Daim.
“Abang...”
“Ayah...”
Daim melambai kembali kepada
mereka. Tapi kakinya tidak terasa untuk melangkah. Hanya dibiarkan mereka yang
berlari ke arahnya. Tangannya masih setia melambai. Senyuman bahagia terukir
diwajahnya. Wajah-wajah mereka yang menjadi kesayangan Daim selama tiga tahun
ini. Oh! Sungguh bahagia.
Umpama dalam lewat mimpi
lepasnya. Mimpi pertanda jodohnya bersama Dhia. Mimpi penentu kebahagiaannya
kini.
Hasil perkahwinan selama tiga
tahun ini, Daim dan Dhia dikurniakan sepasang pasangan kembar setahun selepas
perkahwinan mereka. Tapi sayang. Allah lebih sayangkan anak perempuan mereka.
Anak perempuan mereka meninggal selepas 20 jam dilahirkan. Belum pun sempat
sehari tapi sempat merasai air susu dari seorang ibu.
Mereka diberikan nama arwah,
Nurul Dhia Nasuha. Nasuha pergi mengadap ilahi selepas berusaha bertarung nyawa
untuk hidup. Nasuha tidak dapat berjuang untuk hidup dengan keadaan fizikal
yang terlalu kecil dan berat yang tidak sampai 2kg. Tapi Daim dan Dhia tetap
bersyukur, Allah tidak menarik kedua-duanya. Allah tinggalkan Muhammad Daim
Nashriq untuk menemani dunia mereka selama ini.
Alhamdullilah, Nashriq dilahirkan sihat
sehingga sekarang. Badan Nashriq pun sudah hampir sama bulat dengan badan Muaz,
anak Abang Daiz. Itu masa Muaz umur baya-baya Nashriq. Sekarang, Muaz sudah
darjah satu. Badannya pun sudah makin mengecil sebab selalu di kerjakan oleh
adiknya, Munawir.
Nashriq adalah penyeri hidup
mereka. Nashriq penghibur duka lara. Nashriq sentiasa riang dengan telatahnya.
Ada sahaja ragamnya yang mencuitkan hati Daim dan Dhia. Sehinggakan
kadang-kadang masalah boleh hilang selepas mendengar Nashriq bercerita dalam
bahasanya sendiri. Pelat dan masih tetap pelat walaupun usia sudah masuk dua
tahun setengah.
Nashriq yang berlari
terkedek-kedek untuk mendapatkan Daim, terus disambutnya dan digendung dengan
tangan kanan. Tangan kirinya melingkari pinggang Dhia. Mereka tiga beranak
sama-sama memandang kepada matahari terbenam dibumi Sabah.
“Terima kasih Sayang sebab sudi
jadi sebahagian dari hidup Abang. Terima kasih sebab sudi menghadiahkan Nashriq
dan Nasuha kepada Abang. Abang harap kita akan terus bahagia begini,” dahi Dhia
dikucupnya.
“Sama-sama. Abang, tak lama lagi
akan tambah sorang lagi N dalam hidup kita,” Dhia tersenyum.
Dahi Daim berkerut. Dhia menarik
tangan Daim yang melingkari pinggang Dhia ke depan. Nashriq digendung pula
dengan tangan kirinya. Dibawa tangan kanan Daim ke perutnya kemudian Dhia
menyegih. Daim berubah riak muka.
“Serius ke?” Dhia mengangguk.
“Alhamdullilah,” Daim meraup
mukanya.
Bahu Dhia diraih rapat ke
dirinya. Pemandangan matahari terbenam di negeri Sabah sememangnya sangat
cantik. Secantik anugerah Allah kepadanya. Jika bukan Dhia calon menantu
pilihan Mak Cik Kesuma Dewi, mungkin jalan ceritanya akan berubah. Sama ada
bahagia atau sebaliknya. Jika Daim memilih orang lain sebagai isterinya. Entah
apa episod yang bakal tercorak dalam cerita hidupnya.
###
Lapangan Terbang KLIA.
Jefry
melangkah laju selepas keluar dari balai ketibaan. Masa tinggal lagi 20 minit
sebelum waktu Isyak masuk. Jefry perlu cepat. Jefry balik bercuti seminggu di Sarawak
tapi baru tiga hari balik ke Sarawak, Jefry dipanggil pulang untuk bertugas.
Demi Negara, Jefry akan tumpahkan taat setianya. Selepas ini, Jefry akan
menaiki bas pula balik ke Ipoh. Kalaulah ada penerbangan dari KLIA ke Ipohkan
bagus? Tak payah nak dua kali transit.
Melihat
jam yang tinggal hanya berbaki 10 minit, langkahnya semakin dicepatkan. Dalam
pada mengejar masa untuk memunaikan solat maghrib, Jefry terlanggar seorang
wanita yang sedang berdiri dihadapanya. Bergolek jatuh bagasi wanita dihadapanya.
Jefry sudah mengetuk kepalanya dengan botol air yang kosong. Apalah, sikit
punya besar orang pun boleh tak nampak.
“Maaf
ya, Cik. Saya tak sengaja,” Jefry menolong mengangkat bagasi wanita itu.
“Eh!
Takpe. Saya yang cuai berdiri tengah laman,” wanita itu bersuara halus.
Macam pernah dengar je suara dia
ni. Jefry memberanikan diri untuk menoleh kepada wanita disebelahnya. Dia ni
bukan ke...
“Aisyah.
Aisyahkan?” wanita itu mendonggak.
“Abang
Jefry?” Aisyah tersenyum.
Satu getaran memukul dan bermain didalam hati Jefry. Getaran yang
semakin lama semakin kuat. Adakah itu namanya cinta?
2 comments:
trimmaksih infonya...
sangat menarik dan bermanfaat...
mantap...
smbung cite jefry pulak
Post a Comment