Bab 46
Dalam kepekatan malam berserta
dengan hujan yang lebat membasahi bumi, Daim terus memecut laju menuju ke
Putrajaya bersama Mak Cik Kesuma Dewi, Delita, Delila dan Jefry. Jefry yang duduk disebelah Daim beberapa kali
kecut perut sendirian. Kalau Diam menekan
pedal break, Jefry pun turut sama
menekan kaki kanannya seolah-olah dia sedang menekan pedal break juga. Tali pinggang dipegangnya erat-erat. Sampai basah dek
kerna peluh di tangan. Mak Cik Kesuma
Dewi pun banyak kali juga menegur cara pemanduan Daim yang agak membahaya tapi semuanya tidak diendahkan.
“Bro, pelahan sikit, Bro.” Jefry
menepuk peha Daim.
“Jangan bimbang. Aku tahu aku
bawa nyawa orang. Tak akan aku nak bunuh orang pula. Cuma kau tolong aku
tengok- tengoknya line putih ni je.
Aku tak berapa nak nampaklah. Silau mata dengan lampu kereta,” mata Daim masih
melekap pada pada pemanduaanya tanpa seinci pun menoleh kepada Jefry
disebelahnya.
“Ha?” tersentak Jefry dan Delita
dibuatnya.
Delita terus menukar posisi
dengan Delila. Delita terus menyengahkan kepalanya di ruang tengah antara Daim
dan Jefry. Bersama-sama dengan Jefry, Delita memerhatikan garisan pantulan
cahaya di hadapan mereka. Sampai naik pedih-pedih mata. Daim pula dah
sengih-sengih menahan gelak.
Apa boleh buat? Difikiranya hanya
memikirkan tentang Dhia. Hujan yang turun ibarat dapat meratapi apa yang
dirasakan oleh Daim. Hatinya sedang bercekamuk, geram, sakit hati serta
pelbagai rasa yang menyentuh jiwa. Daim cuba mengawal emosi tapi tidak semuanya
dapat dikawal.
Beberapa kali juga Daim
memberikan lampu tinggi kepada kereta yang menghalang laluanya. Beberapa kali
juga terdengar Daim memaki hamun pemandu yang memandu tersungguhlah lembab.
Beberapa kali juga Daim ekori kereta lain dengan agak rapat. Daim mahu segera
sampai ke rumah Dhia. Daim mahu segera tahu punca sebenar apa yang terjadi.
DHIA
HILANG!!!
Panggilan
telefon yang diterima oleh Laila, memang menyentakkan diri Daim. Masa itu, Daim
sedang makan tengah hari bersama Jefry, Saiful dan Jefri. Boleh tersedak bebola
ikan Daim dibuatnya bila mendengarkan berita yang dikhabarkan oleh Laila. Tak
pasal-pasal juga, Laila kena marah percuma dengan Daim. Kejadian sudah masuk 48
jam baru nak beritahu. Kalau nak buat laporan polis berkenaan orang hilang pun,
mesti selepas 24 jam. Tapi ini, ahli keluarga sendiri kot? Tak akan nak tunggu
selepas 24 jam juga baru nak beritahu? Dalam hal ini, siapa tak marah? Semua
orang marah!
Mengigil
suara Daim marahkan Laila tapi Laila hanya membisu. Laila tahu dia salah tapi
Daim tak boleh salahkan Laila sepenuhnya. Laila salah dalam 50 peratus je. Dhia
sendiri yang maklumkan bahawa dia mungkin tak balik rumah malam tu. Dhia kena
menghadiri taklimat di Terengganu. Mungkin akan bermalam di Terengganu tak pun,
mungkin akan bermalam di KLIA. Jadinya,
Laila ambil kesempatan menyiapkan segala laporan tentang pemeriksaan sebuah
café di presint 4. Kerja lewat malam. Sampai rumah sudah pukul 11 malam.
Balik pula, tiga orang rakan sekerja Dhia, depan pintu
rumah. Laila hanya fikir satu sahaja. Sama ada nak jumpa Dhia ataupun datang
nak ambil apa-apa barang yang Dhia pesan. Sudah selalunya macam itulah. Dhia ni
bukan selalunya sempurna. Datangkan kalut, ada je barang yang tertinggal depan
pintu rumah. Pagi tadi masa nak pergi kerja, beg kasut tertinggal tepi sofa.
Agaknya diaorang ni nak datang ambil beg kasut Dhia la ni.
Tapi
bila melihatkan muka Kamal, Mutalib dan Ayu yang resah semacam Laila pula
berubah air muka. Jantungnya jadi tidak lega. Seperti ada sesuatu yang terjadi.
Kenapa ni? Apa dah terjadi pada Kak We?
“Dik,
bukak pintu cepat!” arah Ayu. Kasar.
‘Rumah
aku, suka hati akulah nak buka pintu ni cepat ke lambat. Suka-suka je nak
mengarah orang macam kita ni kadam dia pula. Aku dah la balik penat Ya Rabbi.
Nak paksa-paksa orang pula. Sekali aku libas kang baru tahu,’ ngamelnya
sendirian.
Sengaja
Laila menyelup saku beg tangannya pelahan.
Malas nak melayankan wajah serius Ayu.
“Laila,
boleh buka pintu cepat sikit tak? Ada hal buruk pasal Cik Fifi nak kami
beritahu ni. Kang beritahu dekat luar ni takut Laila pengsan pula nanti,” Kamal
cuba berdiplomasi. Kamal tahu, Laila ni ada tahap panas barannya 3 hatta.
“Hal
buruk?” soal Laila.
“Nak
tahu, buka pintu cepat,”
Mengigil
tangan Laila buka pintu rumah bila mendengarkan kata-kata Kamal. Sebaik sahaja Laila
menutup pintu rumah, tanpa berlengah, Ayuterus menceritakan apa yang dia nampak
dan apa yang terjadi kepada kereta Dhia. Mungkin nampak tak logik, apatah lagi
kedengarannya langsung tak masuk akal. Tapi itulah terjadi. Seperti terkena
renjatan elektrik, Laila berdiri tegak seperti tiang bendera. Tangannya
memegang telinga. Mulutnya melopong. Matanya membulat kepada Kamal, Mutalib dan
Ayu.
Seakan
tidak percaya dengan apa yang didengar, Kamal mengeluarkan laporan polis yang
dibuat oleh mereka. Mereka juga menyuruh
Laila ke balai polis untuk membuat laporan yang serupa. Laila baca setiap butir
kandungan laporan itu dengan air mata yang sudah merembes keluar. Mujur Ayu ada
sebagai ejen penenang
Malam
itu juga, dengan ditemani mereka bertiga, Laila terus membuat laporan di balai
polis Putrajaya. Bergelingan air mata juga Laila telefon Pak Cik Lutfi dan Mak
Cik Kintan menceritakan apa yang terjadi. Naik basah tudung. Naik lunyai tisu.
Kalau boleh, mahu sahaja kain bajunya pula dilapkan air mata yang tkeluar
seperti Empangan Tasik Kenyir yang pecah. Gaya mengalahkan sedang meratapi
kematian suami je lagak Si Laila ni.
Laila
nak beritahu kepada Daim, tapi dihalang oleh Pak Cik Lutfi. Dibenak Laila
terfikirkan seorang yang berkemungkinan melakukan ini semua tapi Laila tidak
mahu berfikir terlalu negatif. Biarlah pihak polis menyiasat apa yang terjadi
kepada Dhia. Konstobel polis yang menerima aduan Laila juga menyifatkan kes ini
merupakan kes penculikkan. Kalau benar kes ini, diklafikasikan sebagai kes culik,
berkemungkinan besar penculik akan menuntut wang tebusan. Tapi sejak dari tadi,
Laila tidak pula menerima sebarang panggilan dari orang yang tidak dikenali,
menuntut atau meminta wang tebusan.
Kalau
pun ada nombor asing yang masuk, itu Si Meran. Meran telefon minta maaf sebab
tak dapat hubungi Laila. Meran beritahu
yang dia berada di Sarawak. Liputan wilayah orang kuning (Digi) tidak terlalu
kuat. Itu sebabnya, Meran tak dapat menghubungi Laila. Meran diarahkan serta
merta mengantikan seorang pegawai projek disana. Tempohnya berapa lama Meran
disana masih lagi belum diketahui. Lega sikit hati Laila. Kalaukan tidak,
asyikkan nak menuduh Meran main kayu tiga.
Malam
semakin mengijak ke pagi. Ayu, Mutalib dan Kamal masih setia menemani Laila
dirumah. Ikutkan Kamal dan Mutalib mahu terus pulang sebaik menemani Laila membuat Laporan. Tapi
kemudian bila mengenangkan Ayu dan Laila sahaja di rumah, mereka meminta izin
Laila untuk menemaninya bersama Ayu sehingga keluarganya sampai. Iyalah! Dalam
keadaan macam ini, tidak mustahil rumah Dhia akan diceroboh masuk. Walaupun
kawasan rumah Dhia mempunyai kawalan polis peronda, ia tetap tidak dapat
menghalang penculik Dhia melakukan sesuatu kepada Laila juga.
Kamal
dan Mutalib, dibentangkan toto di ruang tamu. Dua pasang kain pelekat dan
bantal serta selimut. Ayu pula sudah berdengkur disebelahnya. Laila masih
menangis mengenangkan Dhia. Jauh disudut hatinya Laila berdoa semoga Dhia
selamat.
Pak
Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan pula terus bergegas ke rumah Dhia sebaik Laila
telefon. Mujurlah mereka memang sudah siap-siap untuk balik ke Melaka selepas
bercuti seminggu di kampung. Senang. Dalam keadaan kecemasan macam ini, terus
sahaja bergegas ke tempat yang mahu dituju. Tak payah tercari-cari lagi barang
sana sini.
Mak Cik Kintan pula jenis perisau yang amat. Sepanjang perjalanan ke
rumah Dhia, Mak Cik Kintan tak putus-putus kering airmatanya. Latifah sampai
naik letih untuk menenangkan Mak Cik Kintan. Sudahnya, dia tertidur di bahu abangnya,
Hakimi. Hamizi dan Haiqal pula mengambil alih tugasan memujuk emak mereka. Alif
pula menemani Pak Cik Lutfi memandu. Mereka sampai pun sudah berkumandang azan
subuh.
Menurut dari cerita
Ayu, mereka masa tu kebetulan baru nak keluar beli makanan tengah hari selepas
solat Zuhur, melalui kawasan depan pintu pagar utama. Melihatkan kereta Dhia
masih diluar bangunan, Ayu mengajak Yusrina untuk menegur Dhia. Ayu pelik
kenapa Dhia masih belum ke KLIA, sedangkan Dhia sepatut sudah berada dalam
perut kapal terbang untuk ke Terengganu sejak 10 minit yang lepas. Ini Dhia
masih disini. Tak akan Dhia sempat pandu kereta ke Terengganu sekarang ni?
Mesyuarat akan diadakan dalam jam 4 petang.
Ayu dan Yusrina menghendap-hendap kereta Dhia lantaran
tinted kereta Dhia bila semakin panas, ia semakin gelap. Alangkah terkejutnya
mereka bila melihatkan Dhia tiada tapi keadaan dalam keretanya bersepah dan
seperti berlaku pergelutan.
Beg tangan Dhia
berada di ruang bawah kaki dengan isi perutnya habis semua terkeluar. Telefon
Dhia juga berada di ruang tempat duduk bahagian belakang. Kapal terbang yang
menjadi perhiasan di atas dashboard kereta juga sudah jatuh tergolek. Kotak
tisu juga nampaknya sudah terkemek di tepi pintu sebelah pemandu. Cermin
pandang belakang terkepak ke atas. Lampu signal menyala. Tempat duduk sebelah
kiri pemandu sedikit ke belakang. Bantal kecil di tempat duduk belakang
bersepah di ruang sekaki. payung melintang di tengah kerusi.
“Eh!
Ada orang telefonlah,” tegur Yusrina. Tanganya menunjuk ke arah telefon Dhia
yang berada dibelakang.
“Ha’a.
Tunang Cik Fifi yang call!” Ayu
menjerit kecil.
“Macam
mana ni?” dua-duanya buntu sehinggalah Kamal menyergah mereka berdua.
“Ish!
Tak guna punya, Kamal. Buat teperanjat orang je tau. Nasiblah due date aku lambat lagi. Kalau tak mahu
terberanak aku dekat sini. Hang nak sambut ka?” Yusrina mengetuk lengan Kamal
dengan beg tangannya.
“Aduh!
Sakitlah. Korang berdua ni terhendap-hendap kereta Cik Fifi ni kenapa? Kalau
nak tegur, ketuk je la,” Kamal mengosok lengannya.
“Nak
tegur macam mana? Orang pun takde. Kereta yang bersepah adalah,” Ayu menjeling
ke langit.
“Ye,
ye je la korang ni,”
“Tak
percaya, tengok sendirilah, Kamal,” Kamal terus menekuk mukanya ke cermin
kereta untuk mengiyakan apa yang dikatakan oleh Ayu.
“Ha’alah.
Kenapa boleh jadi macam ni? Cik Fifi pergi mana? Ha! Entah-entah… Cik Fifi…”
“Ish!
Mulut tu cuba jangan cabul sangat. Kau ni daripada aku tak terfikir, sampai
boleh buat aku fikir yang bukan-bukan tau,” Yusrina sudah memucat.
“Habis,
kalau dah macam ni, apalagi aku nak fikir?” Kamal juga mula panik.
“Kita
nak buat apa ni?” soal Ayu yang membisu sedari tadi.
“Apa
lagi? Report polislah,” usul Kamal
yang membuatkan Ayu dan Yusrina mengangguk laju.
Kamal
terus mengeluarkan telefon dan nombor talian 999 dihubungi. Mereka diminta
menunggu di tepi kereta Dhia sehingga pasukan polis dihantar ke sana. Sementara
itu, Yusrina menerima panggilan telefon daripada pengarah bahagian yang
bertanyakan tentang waktu penerbangan Dhia menguatkan lagi bahawa Dhia
bermungkin hilang.
Semakin memucat Yusrina bila
soalan itu diajukan kepadanya. Yusrina tidak tahu apa yang mahu dikatakan pada
pengarah. Asalnya Yusrina nak beritahu kepada pengarah mereka tapi ditegah
Kamal. Kamal takut kalau-kalau Dhia tiba-tiba boleh berada di Terengganu dan
tanggapan mereka terhadap apa yang berlaku kepada Dhia tidak benar.
###
Daim
sampai ke Putrajaya, jam sudah pun menginjak ke tengah malam. Daim menghubungi
Laila supaya menunggu mereka dibawah rumah. Daim segan untuk naik terus ke
rumah Dhia. Sampai di lobi rumah Dhia, Laila kelihatan sangat pucat. Matanya
bengkak. Pipinya nampak susut. Sangat lain dan jauh berbeza dengan muka Laila
yang sentiasa ceria dan gembira.
Laila
terus dipeluk Mak Cik Kesuma Dewi. Erat dan sangat erat.
“Kak
We masih tak dijumpai lagi, Mak Cik,” Air mata mengalir dari kolamnya.
“Sabar
ya, Nak. Sabar. Insyallah kita akan cuba Dhia kembali ya, Nak. Sabar. Sabar,”
belakang badan Dhia digosok-gosoknya.
Laila,
Delita, Delila dan Mak Cik Kesuma Dewi beriringan naik ke tingkat rumah Dhia.
Daim dan Jefry menyusul dibelakang dengan mengalas beg mereka. Dibiarkan mereka
naik dahulu. Mereka menyusul dengan lift bomba.
Daim
lihat Laila sangat sedih. Kesedihannya melebihi sedihnya Daim. Terasa bersalah
pula Daim memarahi Laila membabi buta. Sepatutnya Daim lebih tahu yang Laila
akan lebih rasa kehilangan. Dhia itu kakak Laila. Laila yang paling rapat
dengan Dhia. Laila dan dhia duduk serumah sudah hampir 3 tahun. Apa rahsia Dhia
adalah rahsia Laila dan bergitulah juga sebaliknya. Tentulah Laila akan lebih
rasa sedih berbanding aku. Aku hanya tunang Dhia. Aku tak punya kuasa untuk
memarahi Laila sampai macam itu punya teruk. Aku ini hanya orang luar sahaja.
Aku kena minta maaf pada Laila.
Saat
kaki melangkah masuk ke rumah Dhia, Daim lihat di ruang tamu rumah Dhia penuh
dengan ahli keluarga serta terdapat 3 orang anggota polis yang lengkap dengan
peralatan untuk mengesan sebarang panggilan masuk. Pak Cik Lutfi pula berdiri
menyandar diantara ruang tamu dan balkoni
rumah. Latifah pula menatang air ke ruang tamu. Laila masih menagis dan
menangis.
Daim
dan Jefry menyalam semua yang ada. Bila sampai kepada Pak Cik Lutfi, tangannya
digengam erat. Riak air mukanya tampak risau. Sugul dan tiada lagi lawak
spontan. Daim menurut langkah Pak Cik Lutfi ke balkoni rumah dengan memiarkan Jefry membuat siasatan tak rasmi
dia.
“Ada
apa-apa perkembangan ke, Pak Cik?”
Pak
Cik Lutfi hanya mengungkitkan bahunya kemudian digelengkan kepala.
“Buntu,
Daim. Buntu. Penculik ke penjenayah ke haram menelefon ke sini. Macam ginilah
keadaanya sejak dari awal pagi tadi. Letih menunggunya,” kepalanya
diserabutkan.
“Polis
cakap apa?”
“Polis
cakap dalam kereta Dhia, takde barang yang hilang tapi kereta penuh berselerak.
Polis cakap mungkin, dia orang mahukan Dhia je. Apalah nasib Kak We sekarang
ni?” Pak Cik Lutfi mengeluh.
Daim
semakin geram. Secara tak sengaja tangannya mengengam erat.
“Sabarlah,
Pak Cik. Insyallah Dhia selamat,”
“Minta-mintalah.
Pak Cik nak solat hajat. Kamu nak ikut?”
“Pak
Cik pergi dulu. Saya menyusul kemudian,” Pak Cik Lutfi mengangguk.
Daim
juga menyusul masuk kembali ke rumah dan berdiri memeluk tubuh memerhatikan
seluruh perusuk rumah. Mencari apa-apa yang boleh dijadikan bukti. Matanya
semakin meliar memandang apa yang dapat dicapai dek mata. Matanya menangkap
sesuatu yang terlindung dibalik jurai langsir sliding door. Sesuatu yang
berwarna merah bata. Bentuknya empat segi. Macam sebuah diari.
Daim
dalam gerak pelahan menuju ke arah apa yang dinampaknya. Penuh muslihat, Daim
‘menjatuhkan’ badannya. Sah! Diari Dhia. Diari itu disimpan dalam bajunya.
Kemudian pelahan-lahan langkahnya diatur kembali kebalkoni rumah. Satu persatu diari Dhia diselak Daim. Diari yang
sentiasa ada dengan Dhia walau di mana Dhia berada. Dari jadual mesyuarat
sehinggalah kepada senarai barang keperluan hantaran. Dari perkara penting
berkaitan dengan kerja rasmi sehingga kerja peribadi.
Sedang
asyik menyelak, loceng rumah berbunyi tapi diabaikan. Fokusnya lebih kepada apa
yang berada ditangannya. Laila membuka pintu rumah sambil mengesat air matanya.
Berdiri dihadapanya seorang wanita mengandung. Laila memandang ke arah meraka
yang berada diruang tamu. seorang anggota polis wanita ingin maju kepada Laila
tapi ditahan oleh pegawainya. Siapa pula ini?
“As’salammualaikum...
rumah Dhia ke?” soal wanita dihadapannya Laila
“Wa’alikumsalam…
iya. Jemput masuk dulu,” Laila membukakan pintu pagar ruamh dan mempelawa
wanita itu masuk.
Langkah
wanita itu mati bila melihatkan anggota polis yang berada di ruang tamu. wanita
itu memandang kepada Laila meminta penjelasan.
“Kak
Dhia hilang,” wanita itu bertambah terkejut.
“Duduk
dulu, Kak. Akak ni siapa ya?”
“Bila
Dhia hilang?” soal wanita itu yang diberi ruang oleh Jefry untuk duduk.
“Dah
masuk 2 hari, Kak. Akak ni siapa?” soal Latifah pula.
“Nama
akak, Sofea. Isteri Bob,” semua mata memandang kepada Sofea.
“Akak
datang sini buat apa?” soal Latifah, keras. Mak Cik Kintan menepuk lengan
Latifah.
“Akak
cari suami akak,”
“Apa?
Kenapa nak cari Abang Bob dekat sini pula? Akak ingat Kak Dhia sorok Abang Bob
dekat sini ke?” Latifah semakin mengeras.
“Kak
Su!” tegur Laila
“Siapa
Bob?” soal seorang pegawai polis yang ada.
“Bob
ni ex-boyfreind Kak We,” Laila
menjawap pertanyaan pegawai polis itu.
“Akak
datang sini sebab suami akak tak balik rumah sudah seminggu. Akak try call dia banyak kali tapi tiada
jawapan. Akak buntu, Dik. Akak takde pilihan lain selain mencari Abang dekat
sini,” jawap Sofea yang sudah mula untuk menitiskan air mata.
“Apa
buat akak fikir Abang Bob ada dekat sini?” Laila menyoal Sofea.
Sofea
memandang kesekelilingnya. “Abang pernah minta izin untuk kahwin dengan Dhia,”
“Ha?”
semua terkejut mendengarkan penyataan yang keluar dari mulut Sofea.
Jefry
terus menarik kolar baju Daim dari arah belakang masuk ke perut rumah. Hampir
tercekik Daim dibuatnya. Niat dihati mahu dimarahi Daim tapi bila melihatkan
muncung Daim yang mengarah kepada Sofea, Daim membatalkannya. Siapa pula ibu
mengandung ni?
“Isteri
Bob,” Jefry menjawap seolah-olah tahu apa yang bermain dihati Daim. Membulat
mata Daim seketika. Biar betul! Apa hal pula dia datang sini? Musykil!
“Bila
kali terakhir Puan berhubung atau berjumpa dengan suami puan?” soal anggota
polis wanita dengan rekoder ditangannya.
“Saya
jumpa dia minggu lepas. Masa dia minta izin untuk mengahwini Dhia,”
“Puan
izinkan?”
“Kalau
tiga tahun lepas, mungkin. Saya tahu saya ada masalah kesuburan. Tapi itu tiga
tahun lepas. Sekarang saya dah mengandung tujuh
bulan. Anak dia. Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini, Abang selalu
sebut pasal Dhia. Abang selalu tengok album lama yang ada gambar Dhia. Abang
selalu sangat mesej dengan Dhia. Saya dapat tahu Abang jumpa dengan Dhia balik.
Kalau Abang tak jumpa Dhia semula, mesti semua ni tak akan terjadi. Dhia memang
perempuan jahat! Dia rampas suami saya!” fitnah Sofea.
“Helo,
helo. Tolong sikit. Dhia bukan orang macam tu eh? Jaga sikit mulut tu ya? Jangan cakap ikut sedap
mulut je. Jaga sikit mulut tu. Kenan dekat anak baru tahu. Jangan suka hati je nak tuduh Dhia
macam-macam. Saya tahu Dhia tu macam mana. Tak akan ada seinci pun dia nak pada
Bob balik,” darah Daim naik sampai ke
muka. Silap hari bulan boleh mengalir di celah-celah hidung dan telinga.
“Betul!
Kak We dah nak kahwin. Buat apa Kak We nak ikut Abang Bob? No point! Kak We dah lama lupakan Abang Bob. Lama sangat. Lima
tahun lepas punya cerita. Kalau ada anak dah boleh masuk tadika dah!” Latifah
menyokong Daim.
“Awak
siapa? Abang dia? Adik dia?” Sofea menyoal Daim dengan muka tak puas hati.
Bertambah sakit hati Daim.
“Saya
ni tunang Dhia,”
“Tunang?”
“Iya.
Tunang Kak We. Kak Sofea, diaorang ni akan kahwin tak lama lagi. Lagi lima
bulan dia orang ni dah nak kahwin. Lagi satu, setahu saya, Kak We hanya balas
mesej Abang Daim je. Mesej orang lain dia tak kuasa nak balas. Last Kak We jumpa Abang Bob pun masa dekat Nilai
3. Itu pun bukan berdua. Kami semua ada. Itu yang last,Kak. Selepas daripada itu, Kak We dah sibuk dengan kerja dia
yang tak pernah surut. Sampaikan sabtu dengan ahad pun dia kerja. Jadinya, dari
sudut mana menyatakan Kak We keluar dating
dengan Abang Bob? Tak munasabah langsung tuduhan akak tu,” Laila bernada
sedikit tegas.
“Akak
ingat kak saya tu kebulur sangat ke nak kat suami akak balik? Kalau betul akak
saya tu kelubur sangat nak suami akak, dah lama dah dia buat kerja tak
berfaedah tu. Tak payah tunggu empat lima tahun!” Hakimi bersuara.
“Betul
tu. Kak We tu orang berilmu, orang berilmu tak akan nak dibuatnya kerja tak
berfaedah tu. Kalau akak siasat betul-betul Kak We saya tu, rumah dia ni jadi
macam hotel je pada dia. Dia bukan ada masa pun nak keluar berdating. Keluar dengan Abang Daim pun
jarang-jarang,” Alif pula menambah.
Daim
ingin menyambung tapi tersekat pada kata-kata Alif dan Hakimi. Hakimi jarang
bersuara. Sekali Hakimi mula bersuara, ayatnya pedih! Alif tu dah biasa dah
dengar dia membebelkan Dhia. Jadi tak berapa nak hairan sangat.
“Mana
tahu sabtu dengan ahad dia jumpa Abang Bob? Kita tak tahu. Mereka berdua je
yang tahu,” Sofea sengaja menguji kesabaran Laila. Daim menahan geram yang
amat. Nasiblah mengandung. kalau tidak, mahu dah kena dah Sofea ni.
“Tak
mungkin kak. Ada ke orang pergi dating
keluar pagi balik sekejap tengah hari kemudian keluar balik lepas tu balik dah
dekat maghrib? Ada ke? Bukan ke kebiasaanya kita dating dan tak akan balik-balik rumah kita sekejap! Jadi, akak
boleh tak tolong jangan buruk sangka pada kakak saya? Saya kenal dia siapa.
Kalau lima tahun lepas, iya dia saying gila dengan Abang Bob tapi sekarang tak
lagi, kak. Abang Bob dah ditamatkan sejak dia dapat tahu Abang Bob dah kahwin
dengan akak. Walimah, Kak We sendiri tak akan pernah nak lalu depan rumah Abang
Bob. Dia rela lalu laluan jauh untuk sampai rumah mak dengan ayah,” Laila
berlembut tapi tegas.
Suasana
memang gamat dengan Sofea melawan adik beradik Dhia. Sofea tetap dengan
pendiriannya, Dhia yang merampas Bob. Dhia yang sembunyikan Bob. Laila yang
mulanya berlembut , mula menyinga dengan sikap Sofea yang langsung tak berfikir
jauh. Daim pula beberapa kali terasa mahu dilempang-lempangkan mulut Sofea
sampai berdarah. Suami Isteri, sama-sama je kerek nak mampus!
“Sudah, sudah. Boleh bawa
bertenang tak? Kita ni berbincang bukannya nak bertendang. Cuba kawal diri
sikit,” Inspektor Heliza bersuara kuat menenangkan mereka semua.
Anggota polis pula terasa pelik.
Ini sudah terbalik. Patut pihak polis yang menyoal siasat Sofea tapi ini sudah
jadi terbalik pula. Mereka pula yang lebih-lebih menyoal Sofea. Asalkan kami
nak buka mulut je, dan, dan itulah soalan dari mulut orang lain yang muncul
dulu.
“Habis
Abang Bob mana?” Sofea menjerit, geram.
“Mana
kami tahu!” gamat rumah Dhia dibuatnya dengan suara hiruk pikuk semua yang ada.
“Ingat
kerja kami ni menjaga laki kome je ke?” ayat pedih Pak Cik Lutfi memukul gegendang
telinga semua orang.
Mak
Cik Kintan sudah bangun tapi kemudian dia ditolak duduk oleh Pak Cik Lutfi. Mak
Cik Kintan mahu membela Dhia, anaknya tapi Pak Cik Lutfi menegah. Mungkin tidak
mahu menambah lebih perasa ajinomoto dalam cerita ini.
Mak Cik Kesuma Dewi yang mulanya
duduk rapat dengan Sofea mula menjauh. Mungkin kurang selesa dengan apa yang
Sofea katakan. Tapi Sofea hanya mempertahankan haknya sebagai isteri Bob.
Isteri mana yang mahu hidup bermadu andai selagi dia mampu memberikan apa yang
diminta suaminya.
“Entah-entahkan, Bob yang culik
Dhia. Bawa Dhia kahwin lari,” entah kenapa tiba-tiba idea itu muncul dan
menari-nari dihadapan mata Daim.
Kata-kata Daim menarik perhatian
semua.
“Abang
tak mungkin akan culik Dhia,” riak muka sofea sangat terkejut. Mungkin terkejut
dengan apa yang didengarkan. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Air matanya
semakin berjurai-jurai keluar.
“Nak
bukti? Ni dia. Apa yang Bob ugut semua ada dalam diari ni,” diari Dhia
dihulurkan kepada Sofea tanpa sedar.
Daim
sememangnya tengah geram selepas membaca sehelai muka surat diari bertulis apa
yang Bob mesejkan kepada Dhia, ditambah pula minyal didalam apinya. Semakin
marak dan menjadi-jadi api kemarahannya.
“Apa
ni?” diari ditangan Daim bertukar ke tangan Inspektor Heliza.
“Diari
Kak We,” Laila menolak Jefry ke tepi. Dia bergegas mendapatkan Inspektor Heliza
yang jaraknya tak berapa langkah.
Daim
terdiam.
“Mana
awak dapat diari ni?” Inspektor Heliza menyoal dengan muka garang.
“Tepi
sana,” Diam menunjuk ke arah diari Dhia dijumpainya.
“Detektif, check diari ni. Lain kali,
kalau jumpa benda yang boleh dikaitkan dengan mangsa, sila maklumkan kepada
kami. Kami yang siasat kes ini bukan awak,” diari dihulurkan kepada pegawai
bawahannya.
Daim
hanya menyengih. Daim tahu dia salah. Tapi apa boleh buat. Daim sendiri mahu
tahu dimana Dhia berada sekarang ni. Siapa yang yang terlibat dalam konsperasi
menculik Dhia? Daim perlu tahu sebab Daim adalah TUNANG DHIA.
1 comment:
dhia DICULIK? sape yg culik, Bob?!
Post a Comment