Bab 44
“Kak We. Jom makan,” laung Laila
dari ruang dapur.
Senyap.
Sepi. Tiada balasan apa-apa. Leher dipanjangkan keluar dari ruang dapur.
“Kak
We, makan,” laung Laila sekali lagi.
Masih
senyap tanpa sebarang balasan. Dahi Laila mula mengerut.
‘Hai!
Mana pula Kak We aku ni? Nak kata keluar,
tak mungkin. Nak kata mandi pun tak mungkin. Ni mesti buat ikam pekasam,
jeruk mangga sekali dengan tempe jawa dalam bilik ni.’ Gerutu hati Laila.
Langkah
diatur laju menuju je bilik Dhia. Terjengah-jengah Laila ke arah bilik Dhia.
Sungguh pun diaorang ni rapat dan saling tiada rahsia antara satu sama lain,
bilik Dhia tetap sesuatu yang peribadi. Dhia tak gemar dekorasi melampau tapi
Dhia sangat suka biliknya sentiasa kemas dan teratur. Itu sebab kalau Dhia
balik Melaka, Latifah akan jadi separuh gila mengemas bilik anak dara. Sebelum
gunung berapi memuntahkan larvanya, lebih baik diambil aisberg untuk ditutup
lubang gunung berapi tersebut.
Laila
tengok, Dhia sedang asyik benar berguling-guling atas katil. Ni mesti
melayankan video lagi la ni. Aduhai! Kalau layan video Korea ke? Bollywood ke?
Jepun ke? Oklah juga. Ini tidak, video yang satu tu juga yang nak diulang
tayang berpuluh-puluh kali. Tak bosan ke mengadap video yang sama setiap hari?
Dari
pagi bawa ke petang, petang singgah ke malam. Asyikkan video yang satu ni juga
nak di tengok. Nak di belek. Nak ditelek... boleh pengsan macam ni! Tangan
Laila sudah memegang dahinya. Pening...pening...nasiblah Dhia ni sorang je
kakak Laila. Kalau ada 10? Eh! Tak payah 10, cukup hanya 2 orang je pun boleh
buat muntah darah hari-hari nak mengadapkan perangai yang sama. Masyallah!
Kemarin,
selepas Daim selamat hantar Dhia dan Laila di rumah, Dhia terus berlari anak
masuk ke biliknya. Dicapai sebuah beg besar dari atas almari. Satu persatu isi
perut beg itu diselongkar Dhia. Dari satu beg kecil kepada beg kecil lain. Dari
beg tangan besar gabak kepada beg tangan sehalus dompet. Tangan diselup pada
setiap inci ruang beg-beg itu. Mencari sesuatu yang hilang entah ke mana.
Dhia
terasa separuh nyawanya pergi disebabkan terlalu mengah dan lelah mencari VCD
pemberian Daim semasa majlis pertunangan mereka yang lepas. Laila yang
sampai-sampai rumah terus meneguk air sejuk dimuka pintu peti ais, hanya
mengeleng-gelengkan kepala. Latifah tak jadi ikut balik sama ke Putrajaya
sementelah cuti sekolah masih panjang lagi. Lagi pun, mak dan ayah Dhia akan
balik kampung dalam seminggu dua. Bolehlah dibawa Latifah balik sama. Jimat
sikit duit minyak. Tak payah nak berulang balik ke Melaka semata-mata nak
menghantar Si Minah Gedik sorang ni.
Mencungap
Dhia mencari VCD nan satu. Itulah. Dulu lepas tunang tak nak tengok. Padanlah
dengan muka sendiri. Ini kalau Daim tahu, kau hilangkan VCD tu, Dhia. Mesti dia
kecil hati gila-gila argh dengan kau. Kuciwa habislah! Frust menonggeng-nonggeng. Silap hari bulan telefon kau pun dah tak
nak, Dhia. Tapi boleh ke Daim hidup sehari tanpa suara Dhia? Mahu meroyan
jadinya.
Penuh keringat tu Daim fikir nak bagi apa
yang istimewa pada kau. Siap kena gelak sakan dengan adik-beradik sekali dengan
abang ipar sendiri. Tup-tup kau hilangkan pulak. Tak berbaloi keringat Daim tu,
Dhia. Seminggu dia edit video tu semata-mata untuk kau, Dhia.
“Ish!
Diamlah kau Cik Author. Buat aku
tambah tension je. Cubalah kau buat
babak aku dah jumpa video tu, lagi afdal,” ha! Tengok, kita pula kena marah.
Matikan watak baru tau.
Tapi
sebenarnya, Dhia dah pun berputus asa. Sudah hilang punca di mana disimpannya
VCD yang Daim berikan. Puas difikirkan kembali beg mana yang dicampakkan VCD
yang Delita bagi masa hari pertunangannya lepas. Dari bersila mula berdiri.
Dari berdiri mula berjalan. Gaya sudah macam kanak-kanak yang sedang belajar
nak berjalan. Mula-mula merangkak, berdiri dan berjalan. Habis satu bilik
ditawafnya lebih 7 kali.
Akhirnya,
setelah penat mencari, Dhia membuat satu keputusan nekad. Kalau Daim tak tanya,
selamat. Kalau Daim tanya, kena cepat-cepat akal panjang ke hadapan memikirkan
alasan paling munasabah. Janji tak mengecilkan hati Daim yang sememangnya dah
pun kecil. Iyalah, kang kalau besar sangat, macam mana nak bawa masuk dalam
anggota badan? Payah...payah!
“Dah
jumpa?” soal Laila dimuka pintu. Dhia hanya mengeleng.
“Hummm...”
terdengar satu keluhan berat dari mulut Dhia. Kedua-dua kaki dirapatkan ke
badan. Dan tangannya memeluk kakinya. Kepala dilentok ke bahu kanan.
Laila
masuk dan mula menyusun kembali beg-beg yang bersepah dilantai. Kesian
melihatkan Dhia sebergitu rupa. Susah nak nampak Dhia down sampai macam ni.
Lama sangat dah tak nampak. Last nampak masa Dhia putus dengan Bob. Tapi bukan
sebab itu yang paling mengecewakan Dhia. Sebaliknya, Dhia pula terpaksa carry satu kertas. Semester akhir pula
tu. Siapa yang tak down? Dah nak
konvo kot?
Tapi
nasib baiklah, dapat buat short sem
untuk kertas itu sahaja. Kalau tidak, tak pasal-pasal kena carry satu semester
lagi. Dan disebabkan itu jugalah, Dhia bernekad untuk tidak bercinta selagi
cita-citanya untuk dapat PhD sebelum umur 30 tahun tercapai. No love, archive target first.
“Takpelah,
Kak We. Nanti, nanti jumpalah,” Dhia tidak menjawap. Hanya matanya sahaja yang
dikelipkan sekali tanda ‘ok’.
Malam
itu, nak makan pun tak berselera. Nasi pun dimain kuis-kuis aje. Yang masuk ke
mulut pun berapa suap sahaja. Laila pula yang berselera sungguh makan.
Al-maklumlah, sambal tempoyak dengan ikan pekasam favourite ada.
“Aku
dah,”
Wah!
Ayat nak macam Scha Al-Yahya dalam iklan Carefree. Ingat apa? Nak sebut ayat tu
je dapat bayaran mahal tau. Suka-suka je nak pinjam ayat tu kan. Kak We? Lauk
sikit punya sedap pun tak nak makan ke? Lantak kaulah, Kak We. Janji perut aku
berisi. Kalau kau mengadu sakit perut or lapar, siaplah kau aku kerjakan, Kak
We.
Dhia
terus membasuh pinggan dan tangannya di sinki. Laila hanya menghantar dengan
ekor mata. Laila mencebik kepada Dhia. frust sangatlah konon.
“Malam
ni, layan VCD nak tak? Astro lupa bayarlah,” sengih Laila.
Itulah,
Laila. Selalu je lupa nak bayar bil-bil penting bila tiba gilirannya untuk
bayar. Nak kata takde duit, mustahil bin tak mungkin. Laila ni antara orang
yang penjimat. Orang lain, hujung bulan tinggal RM50.00 ke RM100.00 tapi Laila?
Setakat nak beli kasut jenama Vincci pun lepas lagi. Nak kata takde masa,
lagilah tak mungkin. Sekarang ni orang bayar bil api, bil air, bil astro, bil
telefon walimah bayar ansuran kereta pun semuanya dah pakai online je. Tak
Maybank2u boleh guna Cimbclik. Tak pun MyBSN juga dan ada portal membayaran
melalui internet. Semuanya mudah hanya dengan satu klik sahaja. Tapi yang
hairannya, dalam banyak-banyak bil yang tersenarai tadi, bil Celcom dapat pula
bayar sharp on time. Pelik-pelik.
“Apa-apa
jelah,” Dhia meneguk air suam di tepi sinki.
Kemudian,
Dhia terus berlalu menuju ke biliknya. Beg laptopnya dibuka. Beg kerjanya
diselak. Ada kerja yang perlukan perhatian dan fokus mendalam. Mana dengan
laporan kursus yang tak siap-siap lagi. Sekali dengan Tuntutan Perjalanan Dalam
Negeri lagi. terkejar-kejar sana sini. Semuanya perlukan perhatian segera. Esok
dah kerja. Lagi macam-macam nak bereskan.
Beg Laptop dibukanya malas. Saat ingin menarik
keluar tertikus, terjatuh sekeping VCD dari dalam isi perut beg laptop ke
ribanya. VCD apa pula ni? Lain benar bungkusannya. VCD ditangan dibelek-belek.
Macam VCD prono pun ada. Nampak sangatlah beg laptop ni dah lama tak buka.
Sampaikan VCD ala-ala prona pun boleh tercampak dalam ni.
Biasalah
kalau dekat pejabat guna komputer pejabat. Kalau ada kursus atau seminar pun
bawa laptop pejabat yang tertulis HAK KERAJAAN MALAYSIA atau HKM pada belakang
laptop. Jadi bila masa nak buka laptop sendirinya. Malam kalau dah balik kerja
lambat, takde de rajin benar nak mengadap laptop. Tidur lagi baik. Tak pun
layankan cakerama dibawah bulan purnama yang bermain di TV.
Tapi
VCD ni lain macam betullah. Cover
pakai cover plastik cetak rompak.
Warna pula hitam. Kosong pula tu. tak tulis apa-apa. Tak akanlah VCD hardward
installation pula. Aku ada nak install apa-apa ke? Rasanya takde. Photoscape, skype, adobe reader, PDF
converter, semua dah aku download
online je. VCD apa pula ni?
Ni
mesti Laila saja nak kenakan aku ni. Entah VCD apa dimasukkan dalam beg aku ni.
Saja je nak tempah maut budak ni. VCD dicampak ke katil.
Ish!
Tak baik kau, Dhia. Dibuatnya VCD ni Si Daim yang bagi macam mana? Tak
pasal-pasalkau dapat dosa kering tuduh VCD Si Daim ni VCD Prono. Tiba-tiba Dhia
teringat sesuatu. Daim? VCD Daim? Arrrggghhh....
VCD
dicapai kembali dan dibelek-beleknya, rakus. Mengigil tangan Dhia membuka kotak
cover VCD ditangannya. Membulat mata
Dhia bila melihat diatas cakera VCD tertera “Khas untukmu, Dhia”. Ilutirasi
yang terlakar dicakera semakin menguatkan bahawa VCD itu memang pemberian Daim.
Walaupun yang terlakar itu hanyalah lakaran kartun, tapi gambar itu sangat
mirip dengan Daim. Lukisan kartun dalam keadaan Daim merenung ke atas.
Sangatlah kacak walaupun hanya dalam kartun.
“Kak
Nyah! Kak Nyah!”
Dengan
perasaan penuh teruja, Dhia terus terjun dari katil dan berlari ke arah Laila
yang kebetulan sudah ingin melangkah menuju ke ruang tamu. Impaknya, berlanggar
kepala dua-dua sekali. Terduduk Laila dibuatnya. VCD tercampak masuk ke tong
sampah.
“Aduh!
Sakitnya,” dahinya digosok.
“Kau
ni kenapa ni Kak We? Macam kena kejar hantu je,”
Dhia
tidak menghiraukan kesakitan yang dialami Laila tapi sebaliknya lebih
memikirkan keselamatan VCD. Ditiup-tiup VCD itu. Siap lap sekali dengan hujung
baju T-Shirt. Dahi Laila yang sememangnya dah sakit semakin sakit melihatkan
tabiat diluar tabi’e Dhia. Aku yang sakit tak dihiraukan. VCD entah apa-apa ni
yang dilebihkan? Apa punya kakaklah?
“Kau
lebih kisahkan VCD tu dari akukan?” soal Laila sekali lagi.
“Kau
nak tahu tak, Kak Nyah? Ni VCD yang Abang Daim kau bagi dekat akulah,” cerita
Dhia yang sudah bersila disebelah Laila yang kesakitan.
Tindakan
Dhia yang terus memeluk VCD dengan muka bahagia yang amat-amat semakin
memblurkan Laila. Gila ke?
“Mana
kau tahu ni VCD yang Along bagi?”
“Ni,
ni. Kau tengok ni. Inikan gambar Daim? Gambar yang diadaptasi kepada gambar
kartun. Mirip diakan?” Dhia menunjukkan lakaran gambar kartun dicakera kepada
Laila.
Semakin
berkerut dahi Laila. Semakin tak faham apa yang cuba dikatakan oleh Dhia.
Memanglah gambar kartun tu ada mirip Daim tapi kot iya pun tak payahlah mabuk
kepayang sangat. Sampai tergila-gila bayang tak tentu pasal. Bukan seratus
peratus pun rupa Si Daim ni. Rupa kartun je lebihnya.
Kalau
kot iya, kuciwa amat sebab tak dapat cari VCD yang Daim bagi, tak payahlah
sampai jadi macam ni. Serupa orang gila meroyan je dah. Kesian Kak We.
Muda-muda lagi dah gila meroyan. Semua punca dari VCD Si Daim. tak guna punya
Along. Sampai hati kau buat kakak aku gila meroyan? Senget punya bakal abang
ipar!
“Jom
tengok,” lengan baju pendek Laila ditariknya. Sampai terdedah sebahagian besar
bahu Laila.
“Eh!
Nantilah dulu. Aduhai, kakakku,” termerangkak Laila dibuatnya Dhia.
Maka,
malam itu TV 21 inci milik Laila menjadi saksi VCD itu milik Daim.
Terguling-guling Laila dibuatnya. Laila ketawa sampai tak ingat dunia. Sampai
senak-senak perut. Tak tahan lawak dengan cerita yang Daim dalam VCD tu. Memang
sesuai betul cover kartun diletakkan disitu. Sungguh dramatik ala-ala kartun Mickey and Club je lagaknya. Hahaha...
Mula-mula
menyanyi pakai gitar. Kemudian bersajak, bersyair. Kemudian buat dedikasi khas
buat Dhia. Tapi ada satu slot yang membuatkan Dhia dan Laila paling terharu
bertambah bengang dan sakit jiwa raga bila kala Daim dengan akhiri videonya
dengan pengharapan dan doa.
“Saya
tak pandai berpuitis. Saya tak pandai menyanyi. Saya tak pandai juga
berkata-kata. Saya harap, pilihan mak saya adalah yang terbaik. Saya tak minta
awak cantik seperti bidadari tapi cukuplah sekadar secantik budi bahasa
Saiditina Aisyah. Saya tak minta awak baik seperti malaikat, cukuplah awak tahu
tanggungjawab awak sebagai seorang isteri. Saya tak kisah kalau awak tak pandai
masak tapi harap-harap, air tangan awak yang akan mengemukkan saya.
Dhia,
kalau boleh, hormatilah saya sebagai suami bukan sebagai pemimpin puak yang
kecil. Kalau saya silap, awak tegur. Kalau saya terlepas kata, awak bimbing.
Kalau saya leka, awak ingatkan. Kalau saya malas, awak rajinkan. Kalau saya
merajuk, awak pujuk tapi satu sahaja. Kalau saya marah, tolong jangan dekati
saya. Saya boleh jadi lebih hijau dari Hulk!
Dhia,
saya tahu awak pernah dengar cakap-cakap ini. Sekali kita berkahwin je, sebenarnya kita berkahwin
sekali dengan keluarga pasangan kita. Saya sangat-sangat berharap seandainya
jangan ada perselisihan faham diantara keluarga kita. Dan saya amat berharap,
awak bukan dikalangan yang jenis suka menghasut suami supaya mendengar cakap
isteri ataupun jenis isteri yang suka memecah belahkan hubungan keluarga. Saya
tak suka. Diulang suara, saya tak suka. Pada saya, keluarga saya yang utama.
Dhia,
saya tahu dan awak pun tahu. Walaupun perkahwinan ini dirancang oleh keluarga,
saya tetap berharap perancangan ini bukan perancangan keluarga tapi perancangan
jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita. Semoga jodoh kita
dipermudahkan Allah. Amin...”
Ayat
macam nak memerlikan? Tapi itulah Daim. Kata-kata pedas tak akan mungkin hilang
dari dirinya.
Seusai
melayankan video pemberian Daim, tiba-tiba Dhia buat muka ala-ala daring
semacam pada Laila. Tanganya memegang perut. Sengih kambing dipamirkan kepada
Laila.
“Ah!
Malas aku nak layankan kau. Tadi suruh makan tak nak makan. Sekarang nak buat
muka ala-ala manjalah sangat. Aku tidur lagi afdal,” Laila bingkas bangun dan
melangkah menuju ke biliknya.
“Ala,
Dik. Bolehlah. Masakkan Meggi pun jadilah. Kau masak sedap,” pujuk Dhia.
“Ah!
Takmo aku. dah pergi. Aku nak tidur,” Laila menghalau Dhia dari biliknya.
“Ala,
bolehlah,”
“Tidak!”
###
“Kak
We, sudah-sudahlah layankan video tu. Dah naik lemas dah aku tengok kau senyum
macam kerang busuk 24 jam, 7 hari seminggu. Orang lain pun bercinta tapi takde
pun macam kau ni ha!” bebel Laila yang sudah memeluk tubuh dan bersandar di daun
pintu bilik Dhia.
Kembali
semula ke dunia nyata.
Dhia yang tersentak dari lamunannya,
hanya tersenyum. Terus berhenti dari menjadi tengiling besi yang bergolek-golek, berguling-guling dari
kiri ke kanan meneroka setiap perusuk katil. Rambut yang panjang mengurai
mencecah paras pingang disimpul dengan getah rambut berwarna merah jambu.
Langkah di atur pelahan menuju keluar. Senyuman masih setia terukir dibibirnya.
“Jelous!”
batang hidung Laila di cuit.
“Aku bukan jelous tapi naik jemu
melayankan kau ni ha. Asyik benar dengan video yang Along bagi. Aku tahulah,
video tu one of korang punya bunga
cinta, tapi tak payahlah melampau sangat. Sampai lupa makan minum,” Dhia hanya
mencebik.
Laila ni kalau dapat membebel, sikit
punya panjang berjela-jela hujahannya. Sebiji macam mak diaorang, Mak Cik
Kintan. Kalau dah mula membebel memang dari malam bawa ke pagi kemudian sambung
ke tengah hari dan diteruskan sampailah ke tengah malam. Tak penat ke mulut tu
asyikkan nak membebel je? Tak sakit ke tekak asyik melontarkan suara? Tak beku
pula yerk otak asyikkan nak fikir point, point nak membebelkan orang?
Macam-macam bentuk dan sifat manusia ni.
Kenapalah Laila dulu tak ambil jurusan
undang-undang? Kalau ambil, mesti Laila dah jadi terkenal macam arwah peguam Raja
Aziz Addruse yang pernah uruskan kes Anwar dulu. Tapikan, kalau Laila jadi
peguam, tahan ke telinga anak guam dia nak mendengarkan bebel Laila? Lagi satu,
boleh ke anak guam dia nak tahan dengan siasatan Miami Laila yang lebih
terperinci ibarat mencari kuman dalam virus? Oh! Dapat dirasakan bahawa memang
tak akan adalah yang tahan dengan Laila dan tak akan mungkin Laila akan jadi
terkenal seperti arwah Raja Aziz Addruse.
Dhia
terus duduk dan menjamah lauk yang Laila masak. Masak Kari Sardin dengan ulam-ulaman
cicah dengan sambal belacan. Jadilah dari takde langsung. Alhamdullilah dengan
setiap rahmat dan nikmat Allah. Laila pula masih mahu membebel. Lantaklah.
Janji aku dah keluar bilik untuk makan.
Sedang asyik menikmati masakan
Laila, telefon bimbit Dhia menyanyi kuat minta dijawap. Dhia berhenti menyuap
nasi ke mulut dan tangan dibasuh. Mukanya menguntum senyum kepada Laila.
Bertambah tahap kebengangan Laila dibuatnya. Menari-nari Dhia berjalan ke arah telefon
bimbitnya yang sedang dicas diruang tamu rumah. Sakit hati dibautnya sebab
Laila tahu yang ringtone itu khas untuk Daim. Lagu Sedetik Lebih nyanyi Anuar
Zain. Bertambah sakit hati bila Dhia tak menghabiskan nasi dipinggannya.
Cukuplah aku pantang!
Dhia dah berlari masuk ke biliknya.
Tiba-tiba Laila menjadi sayu semacam. Dah seminggu Meran tak call atau mesej
atau emel ataupun on facebook. Ke mana pula hilangnya Si Meran ni? Sejak-sejak
balik Terengganu, langsung tak reti-reti nak telefon kita di sini. Dah
tersangkut dengan orang sana ke apa ke?
Kalau betul sudah tersangkut hati
dengan orang sana, beritahulah pada kita di sini. Ini tidak. Langsung takde
khabar berita. Tahulah orang pantai timur semuanya comey loteh. Tapi orang Perak pun cun melecun juga apa?. Lagi
tertarik menarik kau memang debom dari orang sana.
Hailah Meran. Dari Meran jadi boleh
jadi Hairan dan Pangeran dibuatnya.
###
“As’salammualaikum Sayangku, Cik
Puan Wanabe Dhia Lutfiyah Lutfi,” sengaja je Daim ni tau.
“Wa’alaikumsalam wahai Encik Tuan
Wanabe Daim Hanafi Muda Hitam,” sengaja juga Dhia mengenakan Daim.
“Eh! Mana ada Encik Tuan Wanabe?
Tuan, tuanlah. Encik, enciklah. Mana leh cantum,” usik Daim yang bernada
serius.
“Oh! Tak boleh yerk? Tapi apa saya
kisah? Saya bukan panglima tentera yang nak terlalu formal dan fokus serta
tawaduk dalam mengelarkan seseorang pegawai itu. Yang saya tahu, staf bahagian
saya panggil saya Cik Fifi,” Dhia meliuk lentur di hadapan cermin sambil
membelek-belek mukanya.
Kata-kata Dhia mengundang tawa Daim
yang paling panjang.
“Pandai eh buat lawak dalam phone.
Cuba jumpa face to face. Senyap je.
Diam je. Tau, tau pipi dah blusherkan?”
Dhia sudah tersimpul malu.
Ish! Tak boleh mengaku kalah ni.
“Haruslah malu. Nama pun perempuan.
Kenalah ada sifat-sifat malu yang menebal dalam diri. Kalau takde atau
terkurang malunya kan tak manis dipandang sebagai wanita timur yang sangat
menjaga adap dan sopannya. Lagi pun, siapalah saya ni nak buat lepas laku
dengan awak? Saya ni baru tunang awak je. Bukan adik-beradik awak,” Dhia
sengaja menekankan perkataan TUNANG kepada Daim.
“Sayang bukan tunang Abang tapi
bakal isteri dan ibu kepada anak-anak Abang,” Serius.
Dhia ingin menjawap,
“Sayang
adalah jodoh yang dikurniakan oleh Allah kepada saya. Seorang insan yang tak
punya apa-apa tapi masih diberikan nikmat untuk memiliki jodoh sebaik dan
seikhlas Sayang. Dhia, Abang sayang dengan Dhia,” kata-kata Daim melentokkan
Dhia yang sedang bersila di tingkap bilik.
Nikmat betul dapat dengar suara Daim
selepas 3 hari tak dengar. Daim kena berkursus selama seminggu di Penang. Baru
hari ini, Daim dapat menghubungi Dhia. Itu pun, kebetulan sesi latihan petang
dibatalkan ekoran faktor cuaca dan juga status pengunaan dewan yang padat.
Alhamdullilah, terubat juga rindu Dhia kepada Daim.
Iyalah. Nak telefon Daim, Dhia tak
tahu masa yang sesuai. Nak bermesej-mesej pula, Daim awal-awal dah maklumkan
bahawa kursusnya akan menginjak hingga ke lewat malam. Dhia pula, masuk je
pukul 12 tengah malam memang dah selamat belayar di bahtera mimpi. Jadinya bila
kala dapat bermesra-mesraan?
“Sayang,
Abang rasa dalam minggu depan Abang nak ke Putrajaya. Kita pergi beli barang
kahwin eh? Dengar dekat Nilai 3 barangnya murah,” Dhia masih terbuai-buai
dengan kata-kata Daim sebentar tadi.
“Sayang,”
tegur Daim lembut.
Mata
Dhia, asyikkan terpejam-pejam dapat mendengar suara Daim.
“Saaaayyyyyaaannnngggg...”
jeritan Daim menyentakkan Dhia.
“Saya,
saya,” kalut!
“Pergi
mana tadi? Dah ke bulan ke?” perli Daim.
“Taklah.
Ada je lagi dekat sini. Kenapa ya?” soal Dhia dalam kebluran.
“Abang
nak ajak beli barang kahwin mingu depan dekat Nilai 3. Nak tak?”
“Nak
beli barang kahwin? Awalnya,”
“Awal
apanya, Sayang? Tinggal lagi 3 bulan je kita dah nak kahwin,”
Dahi
Dhia dah berkerut-kerut. Tak akan aku dah bertunang dekat 8 bulan? Rasanya baru
je nak masuk 5 bulan bertunang. Daim ni reti mengira ke tidak ni?
“Chop,
Chop. Tuweet... bukan kita baru bertunang 5 bulan ke?”
“Ummm...memanglah
5 bulan. Tapi rasa macam nak cepatkan je. Tak tertahan dilamun rindu mendalam.
Nak cepat-cepat Sayang duduk dengan Abang dekat sini. Bolehkan?”
Apa?
Cepatkan tarikh kahwin? Wah! Ikut sedap rojak buah je mamat ni kan? Dia ni
sedar ke tak sedar apa dia cakap ni? Dia ni tak tahu ke aku ni belum ready nak kahwin lagi. Boleh kena sawan
burung aku dibuatnya kalau tarikh kahwin dicepatkan.
Tapi
nak kena menolak cara baik ni. Kang hati yang sememangnya tengah kecil makin
kecil jadinya.
“Awak,
3 bulan lagi nak kahwin bukan terlalu cepat ke? Nanti kita terkejar-kejar nak
uruskan macam-macam. Awak di Perak. Saya nak uruskan hal di Melaka. Apa kata
kita cepatkan kepada 2 bulan awal dari tempoh yang diberikan? Mean lagi 5 bulan. Sempatlah kita nak
kejarkan apa yang patut,” Dhia bersuara lembut.
“Tak
sayang Abang ke? Tak rindu Abang ke?” ‘memanglah sayang. Memanglah rindu.
Tapinya tak akan saya nak mengaku kot?
“Umm...memanglah
kot,”
“Habis
tu?”
“Awak,
kita nak kahwin ni sekali je seumur hidup. Saya kalau boleh, nak sekali ini
sahajalah. Jadinya, saya nak yang paling terbaik buat kita nanti. Insyallah
dalam masa 5 bulan kita sempat sediakan semuanya berbanding 3 bulan dari
sekarang. Bolehkan?” Dhia cuba berdiplomasi dengan Daim.
“Oklah,”
lambat Daim bersetuju.
“Marah
ke?”
“Tak
pun,”
“Macam
marah je,” Dhia terasa serba salah.
“Kalau
marah kenapa? Dapat apa-apa tak?” idea jahat Daim sudah datang.
“Awak
nak saya buat apa? Saya sanggup buat apa je janji awak setuju kita kahwin lagi
5 bulan,” ‘Pandai yerk kau, Dhia. Pusing-pusing cakap,’
“Ok!
betul ni? Boleh minta apa je?” Daim bersuara nakal.
Ah!
Sudah. Dah mai dah sewel pak cik ni. Kang diminta benda yang bukan-bukan. Naya
aku.
“Betul!
Tapi minta benda yang logik je. Benda tak logik saya tak layan,” amaran Dhia
mengundang tawa besar Daim.
“Tak.
Abang minta benda yang sentiasa je logik,”
“Apa
dia?” Dhia berdebar-debar menantikan permintaan Daim.
“Ummm...nak
kiss sikit boleh?” permintaan Daim
membeliakkan biji mata Dhia. kurang asam jawa punya tunang. Tak mahu aku!
7 comments:
best.
alahai... sweetnya diorang ni....
As'salam...tq sbb sudi baca CMM bab 44 ni...maaf lama menunggu...Che Ezaitie sedang main perang-perang dengan kerja di opis...
aduss..lame nor tunggu...
berbaloi2..
sweet kan daim ngan kak we ni...
Kahkahkah... Dua2 angau... Haih... Pape pon tq tok this entry... Best...
arkhhh... xsbrnya nk nntikn entry strusnya... best gler cta nih... sweettol deowng.. hope entry strusnya kluar cpt ckt ye... xsbor da nih... hehee
tienzlai dan hirumakecil, terima kasih ya sudi baca entry CMM yang tak seberapa ini...
entry CMM 45(last diblog) dah pun Che Ezaitie uploadkan...jangan lupa baca ya, Cik Fifi? ;)
Post a Comment