Bab 42
Sepanjang hari ini, jantung Daim
asyikkan berdegup kencang. Keja reda lepas tu dia datang balik. Lepas tu reda
balik, kemudian datang balik perasaan itu. Yelah! Orang nak bertemu dengan buah
hati tersayanglah katakan. Jumpa pulak tu kali pertama secara rasminya
sejak-sejak dah bertunang ni. Tapi kalau di ikutkan kira kali kedualah. Nak
jumpanya esok tapi hari ini dah mula dah perasaan gabra, gelabah dan sewaktu
dengannya.
Memandangkan esok Daim nak ke
Cyberjaya, sengaja Daim ambil cuti tiga hari. Senang nak bergerak terus dari
rumah lepas subuh esok. Kebetulan Mak Cik Kesuma Dewi pun takde dekat rumah.
Mak Cik Kesuma Dewi jaga Kak Lin pantang dekat rumah mereka. Jadinya lagi
senanglah langkah anak bujang dan daranya nak keluar. Apa-apa pun, Daim dah
beritahu awal-awal pada Mak Cik Kesuma Dewi yang diaorang nak ke Cyberjaya
jemput Dhia. Supaya nanti, takdelah tiba-tiba Mak Cik Kesuma Dewi balik rumah,
dua kembarnya tiada.
Tersengih je Mak Cik Kesuma Dewi
bila Daim minta izin bergitu. Terasa nak melonjak suka Daim bila Mak Cik Kesuma
Dewi izinkan Daim ambil Dhia bawa balik ke Perak. Sempat juga Mak Cik Kesuma
Dewi berpesan supaya pandai-pandai menjaga diri. Jaga adap dan batas pergaulan.
Jangan terlalu leka dan melampau sangat! Beringat akan status sendiri yang
masih belum ada ikatan perkahwinan yang sah. Jangan nak pegang-pegang anak dara
orang. Jalan tu berjarak-jarak. Delita dengan Delila pun Mak Cik Kesuma Dewi
suruh jaga baik-baik. Siap cakap Delita dengan Delila ni ibarat kera dapat
bunga. Jakun lain macam. Tergelak besar Daim dibuatnya.
Kadang tu lucu juga dengan Mak Cik
Kesuma Dewi ni. Yelah, bukan lucu sebab apa. Lucu sebab nasihatnya
berbakul-bakul tak pernah lekang. Ada je yang akan meniti dibibirnya. Nak ke
sungai mandi pun di pesan jangan mandi ke tengah takut lemas. Lagi satu, Mak
Cik Kesuma Dewi ni memang banyak sangat pantang larangnya. Ada je yang tak kena
dimatanya. Nak kata tua tu taklah tua mana. Baru nak cecah 60 tahun tapi dia
punya pot pet pot pet kalah nenek tua. Tapi apa-apa pun Mak Su Timah lagi
terrorlah. Takde orang boleh lawan dia punya bebel. Lagi teruk dari Mak Cik
Kesuma Dewi.
“Achik, makan,” laungan Delita
menyentakkan Daim yang asyik berangan di biliknya.
Daim melangkah pelahan menuju ke
meja makan. Seakan tidak bermaya je langkahnya. Badan terbongkok dengan tangan
dilibas-libas malas. Baju pun pakai tak betul. Sampai ternampak bahu kiri
kanan. Kain pelekat lagi tak payah cerita. Diserempang je ke bahu kiri. Delila
hanya mengeluh dan mengelengkan kepala dan kemudian mencuit Delita.
“Achik, serupa kau tak payah pakai
kain pelekat kalaukan bahu kau yang pakai,” tegur Delita dengan menatang
semangkuk nasi ke meja makan.
Daim terus menarik kerusi dan duduk.
Tangan memangku kepala di meja, “Hai,” keluh Daim.
Delila menepis kasar tangan Daim,
menyebabkan Daim hampir tersungkur jatuh dari duduknya. Delila dipandangnya
kecil besar, kecil besar. Kalau Daim ni spesis makanan laut, mahu di telan
Delila mentah-mentah macam sushi. Hahaha...
“Achik, orang nak jumpa marka, muka
bukan main happy. Ni engkau? Tak
bermaya langsung!” kutuk Delila.
“Bukan tak bermaya saja-sajalah.
Achik korang ni tengah nervous tau
tak? Nervous. N.e.r.v.o.u.s. Nervous.
Ni jantung ni ha. Kejap lega, kejap berdegup kencang. Ha! Kau tengok tahap
nervous naik balik,” Daim menarik tangan Delita supaya merasa degupan jantung
di dadanya. Delita dengan pantas menepis.
“Aku bagi rasa tak nak pulak,” cebik
Daim.
“Tak kuasa aku nak layan orang angau
macam kau ni,” jawap Delita sambil membatulkan kolar bajunya.
Delila
menghulurkan sepinggan nasi kepada Daim, “dengki,”
“Kami tahulah kau tu tengah nervous.
Tapi tak payahlah lorat sangat. Relaks sudahlah,” nasihat Delita dengan
caranya.
“Entahlah. Makin nak dekat masanya
makin berdebar hati ni,” Daim memegang dadanya kembali.
“Kau jangan macam ni, Achik. Esok
kalau kau stay macam ni, siapa nak bawa kereta esok? Tak akan kami pula? Kalau
kau nak rasa nak pergi Cyberjaya dengan kereta mengundur boleh jugak,”
kata-kata Delita mengundang tawa kecil Delila.
“Betul cakap, Chu tu. Kau kena
bersemangat demi Kak Dhia. Kalau kau layankan sangat nervous kau tu, tak ke
mana, Achik,” sokong Delila.
“Aku rasa macam duduk dekat bilik
kaunseling je rasanya,” peril Daim.
“Tengok tu, orang bagi nasihat bukan
nak terima?” Delita menghentak cawan kosong.
“Elok benarlah perangai rupa itu.
Ha! Amalkanlah selalu main hentak-hentak meja dengan cawan. Kang pecah cawan
mak baru tahu,” giliran Daim pula membebel. Tak aci, kalau Delita dan Delila je
yang boleh membebel dengan Daim.
“Yelah. Dah engkau tu...sengaja je
cari pasal. Siapa tak sakit hati? Orang cakap bukan nak dengar. Tahu kepala
otak engkau je nak layan,” Delita menjeling Daim. Delila menganguk setuju
dengan kakaknya, Delita.
“Sudah, sudah.makan ya? Kalau ada
mak ni, confirm ada yang makan dalam
reban ayam kang,” Delita dan Delila hanya menjeling kepada Daim.
Daim hanya ketawa. Mengelengkan
kepala dengan gelagat Delita dan Delila. Kalaulah takde Delita dan Delila
agaknya mahu sunyi hidup sekejap. Terima kasih adik-adikku...
Usai makan malam, dioarang
bergandingan mengemas ruang dapur Mak Cik Kesuma Dewi sebersihnya. Daim
awal-awal lagi sudah tawar diri untuk basuh pingan mangkuk. Tiga orang je makan
jadinya, pingan mangkuk takdelah banyak sangat, fikir Daim. Delita dan Delila
bila mendengarkan tawaran yang Daim buat, apa lagi, dengan sepantas kilat terus
dihulur semua periuk belanga, pinggan mangkuk dan cawan, semua ke sinki. Part
paling best, siap melopong Daim dibuatnya bila Delita dan Delila terus
meloloskan diri ke ruang hadapan rumah. Astagfirullah. Apa punya adik-adiklah!
Makan malam hari ini tidaklah
semewah semasa ada Mak Cik Kesuma Dewi dirumah. Delila dan Delita bukan reti masak
sangat. Setakat tahu mana yang patut je. tapi kira halallah. Janji masuk perut.
Kenyang. Habis cerita.
Siap sahaja Daim membasuh pinggan
mangkuk di sinki, langkah terus diatur menuju ke biliknya. Nak merehatkan diri.
Semasa melalui tangga dapur, suara
Delita dan Delila nyaring benar bercakap. Macam ada sepuluh orang dalam rumah.
Gamat dengan suara budak bertuah dua orang ni. Langkah tidak jadi diatur ke
bilik, sebaliknya terus menuju ke arah Delita dan Delila.
“Apa yang bising sangat ni? Wah!
Siap bawa bantal gebor segala. Apahal?” soal Daim yang sudah mencangkung
sebelah Delila.
“Nak tidur luar malam ni. Ada cerita
best. The relations of face, mind and love,” jawap Delila dengan mata
focus dihadapan TV.
“Cerita apa tu? English ke?” Daim
dah duduk bersila pula diantara Delita dan Delila.
“Taklah. Cerita Korea. Tengok iklan
macam best je,” Delila buat muka manja. Delita dan selamat landing dengan bantal peluk Garfield dia.
“Lah! Pengaruh iklan betullah,” Daim
menarik rambut Delila yang dijalin kemas.
“Sakitlah, Achik,” berkerut muka
Delila memandang Daim.
“Chu, kau layan pula cerita Korea
ni?” soal Daim kemudian mengulis telinga Delita.
“Nak buat macam mana, TV ada satu
je. Siapa pegang remote, dia dapat
TV,” jawap Delita slamber tapi tak berapa nak redha sebenarnya.
“Lah! Padanlah bukan main
terkejar-kejar korang tadi eh? Sampai tinggalkan Achik sorang-sorang dekat
dapur. Nak rebut remote rupanya? Ish!
Ish!,” Daim mengelengkan kepala.
“Tau takpe. Aku dah redha dah,
Achik,” sahut Delita yang menjeling kepada Delila.
Yelah! Layan pula Si Delita The Rocker ni cerita-cerita Korea?
Memang taklah jawapnya. Memang bukan jiwa dia nak layan cerita Korea ni. Tapi
sudah disebabkan Delila nak tengok sangat, terpaksalah dilayankan jugak.
Ikutkan hati, mahu je Delita tukar cerita aksi. Barulah mencabar sikit. Nak,
nak Daim ada confirm nak roboh rumah ni diaorang buat!
Daim hanya mengelengkan kepala,
“Lantak koranglah. Janji jangan lupa solat sudah. Jangan tidur lewa sangat.
Pintu tingkap kang jangan lupa tutup. Abang korang ni nak pergi bercanda dengan
permaisurinya,”
“Sibuk sangat. Pergilah,” halau
Delita.
Daim berjalan menuruni tangga tapi
sebelum tu sempat di langgar Delila. Apa lagi? mengamuklah anak dara tu.
Dibalingnya kusyen mengenai tepat ke badan tubuh Daim. Ketawa mengilai Daim
dibuatnya.
Dengan tawa bersisa, Daim terus
mencapai telefon dan mendail nombor Dhia. Sebelum tidur, kena layan suara Dhia
dulu. Barulah lena malamku. Oh! Indahnya hari-hari yang bakal mendatang ini.
Terasa sungguh nikmatnya kehidupan ini sejak kehadiran Dhia.
“As’salam...” mulut Daim terkatup.
“As’salammualaikum, sorry. Tak dapat jawap panggilan
sekarang. Cuba call kita balik ok?
Tak pun tinggalkan pesanan selepas bunyi bib ini. Terima kasih,” lain yang
ditunggu, lain pula yang jawap. Sekali mesin jawaplah!
‘Ish! Mana pula buah hati aku ni
pergi? Tak jawap call pula. Risau
aku,’ gerutu hati Daim.
Daim cuba menelefon Dhia sekali
lagi. masih sama. Voice mail. Ke mana
pula Dhia pergi ni? Telefon bimbit ditangan diketuk-ketuk ke dagunya. Dengan
dahi berkerut, Daim memikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku kepada Dhia.
Dari degupan jantung berdebar-debar bertukar kepada degupan jantung cemas.
Berpeluh Daim dibuatnya memikirkan
soal Dhia. Kejap bangun, kejap kang mundar-mandir dalam bilik. Kejap lagi kang
duduk balik. Sudahnya, Daim tertidur dengan telefon bimbit yang masih setia
berada ditangan.
###
“Achik, Achik. Bangun dah jam 5:30
dah ni. Kejap lagi nak bertolak ke Cyberjaya,” Delila mengerak Daim yang lena
tidur dengan lampu terpasang sampai subuh.
Terpisat-pisat Daim bangun. Tahi
mata ditenyehnya kasar. Jam di meja sudut dicapai. 5:35 pagi.
“Awal lagilah,” Daim kembali baring.
Lengan menutup matanya.
“Ish! Bertuah punya abang,” rungut
Delila.
Delila dah duduk bersententang
dengan perut Daim.
“Achik, bukan ke kau cakap nak gerak
lepas subuh?” soal Delila.
“Nak gerak pergi mana?” soal Daim
kembali. Bantal dicapai menutup mukanya pula.
“Ish!” Delila menarik bantal yang
menutupi muka Daim.
“Aduh! Kacau daun betullah. Aku nak
tidur ni, Adik,” Daim merampas kembali bantalnya.
“Adik, Achik dah bangun belum?”
jerit Delita dari pintu bilik air.
“Belum. Kau kejut dia, Chu,” laung
Delila balik dan terus bersandar di daun pintu bilik Daim.
Delita sambil mengelengkan kepala
serta menurunkan kaki seluarnya melangkah masuk ke dalam bilik Daim. Baik punya
terdengar Daim berdengkur kecil. Baru kejap kejutkan bangun tidur, dah
berdengkur balik? Dasyat betul!
Delita terus memegang ibu jari kaki
kanan Daim. Digoncang-goncangnya. Tiada respon. Delita beralih pula kepada
pinggul Daim. Sama juga tiada respon. Delita mula hilang kesabaran diri. Dia
beralih pula ke telinga Daim. Tiba-tiba...
“Sayang, janganlah main telinga,
Abang. Gelilah,” Daim menangkap tangan Delita. Timbul serta merta idea jahat
didalam kotak kepala Delita. Delila sudah menahan gelak.
“Abang, bangunlah,” Delita bisik ke
telinga Daim dengan bersuara manja.
“Oh! Manjanya suara, Sayang. Ni buat
Abang bertambah sayang ni,” tangan Delita mahu di ciumnya.
‘Wah! Makin menjadi-jadi pula
mengingau mamat ni,’
Bila kala Daim merapatkan tangan
Delita ke mulutnya untuk dicium, Delita dengan pantas merentap tangannya.
Terjelepuk ke bawah Daim dibuatnya. Tak pasal-pasal kepalanya mengenai tepat ke
lantai. Apa lagi, meraung sakitlah Daim dibuatnya. Delila baik punya senyum
sumbing.
“Aduh!” Daim mengosok kepalanya.
“Sayang ya? Nah! Amik kau. Ini
makannya,” Delita menonjol kepala Daim.
“Setan punya adik. Sakitlah,” Daim
bersila dihadapan Delita.
“Aku pulak setan? Padan dengan muka
kau. Mengigau tak kena tempat. Kata nak gerak lepas subuh. Ni solat subuh pun
tak lagi. Bila pula nak geraknya?” sengaja Delita bersuara kuat.
“Kita nak gerak pergi mana?” Daim
menyoal lembut sambil mengosok kepalanya. Aduh! Gegar kejap kepala aku.
“Achik, kau ni lupa ke saja tak
ingat?” soal Delila yang duduk disebelah Delita yang sudah memeluk tubuh.
“Yelah! Kita nak ke mana? Korang tak
boleh ke bagi aku bersenang lenang kejap barang beberapa saat dan detik?” soal
Daim.
“Achik, kan kita nak jumpa Kak Dhia
hari ni?”
“Alah! Bila-bila pun boleh
jumpa...apa jumpa Kak Dhia?” terbeliak biji mata Daim bila Delita dan Delila
mengangguk.
“Dah pukul berapa ni?” Delita dan
Delila membuat bentuk enam dengan jarinya.
“Alamak! dah lambat,” terus dicapai
tuala dan berlari masuk ke bilik air.
“Korang terus siap. Sharp 6:30 kita
gerak,” sempat Daim berpesan kepada Delita dan Delila dari dalam bilik air.
Macam manalah aku boleh tak ingat
ni? Hari penting ni. Aduhai!
###
Perjalanan ke Putrajaya mengambil
masa lebih kurang dua jam tiga puluh minit dari Tol Simpang Pulai. Jadinya,
lebih kurang jam lapan ke sembilan pagi, sampailah. Sengaja je Daim gerak awal
sebab takut kalau-kalau sesat nanti masih ada masa lagi nak cari jalan keluar.
Awal pagi tadi, Dhia mesej suruh jumpa
di Mc’Donald Alamanda dalam tengahari. Tak jadi jumpa di Cyberjaya sebab Dhia
cakap, rumah Dhia di presint 9 fasa 12C. Tapi pagi itu, Dhia nak kena masuk
ofis sekejap. Nak ambil barang tertinggal di ofis katanya. Maka, pagi itu, Daim
tidak terlalu laju untuk mengejar masa ke sana. Diaorang singgah sarapan dahulu
di R&R Tapah dalam sejam sebelum menyambung kembali perjalanan.
Daim yang nak jumpa Dhia, Delita dan
Delila pula terlebih terujanya. Langsung tak tidur sepanjang perjalanan ke
Putrajaya. Bukan teruja nak jumpa Dhia, tapi teruja nak jalan-jalan sekitar
Putrajaya, Bandar Dalam Taman. Delila siap bawa simpanan empat biji bateri
kamera sekali. Entah apa yang diaorang pakatkan dengan Dhia entahlah. Bukan
main rancak lagi perancangan. Entah apakan nama tempat yang diaorang sebut,
semuanya Daim tak faham langsung. Nilah pun kelebihan bila ada ‘kawan’ orang
Putrajaya.
Tepat jam sepuluh Daim dah pun sampai di
Tol Kajang. Saat kereta Daim mula masuk sahaja ke kawasan Putrajaya, Delita dan
Delila seakan terpegun dengan senireka baik bagunan dan juga landskapnya. Daim
pula pening kepala nak mencari arah jalan nak ke Alamanda. Semua signboard yang
tulis ALAMANDA semua Daim masuk tapi tak jumpa juga. Alamanda ni tempat apa?
Sampai berpusing aku dah berapa kali.
Sudahnya, Daim berhenti di sebuah
jambatan yang ingin menuju ke arah Kementerian Asas Tani. Tangan dengan pantas
mendail nombor Dhia.
“As’salamualaikum, Dhia. Saya dah sampai
dah Putrajaya. Tapi nak ke Alamanda saya tak tahulah,” serbu Daim.
“Wa’alaikumsalam. Umm...awak dekat mana
sekarang ni? Saya on the way nak
balik Putrajaya,”
“Entahlah! Saya dekat jambatan nak
menuju ke Kementerian Asas Tani. Ikut jalan mana dekat?”
“Oh! Awak dah terlajak ni. Depan jambatan
tu ada traffic light tau. Awak buat U-Turn. Kemudian patah balik ke arah
jalan awak lalu tadi. Lepas tu nanti jalan tu akan terus je tau. Awak akan
nampak signboard nak ke Alamanda
sebelah kiri. Nanti awak masuk kiri, awak dah sampai dah. Lepas tu nampak traffic light pertama awak terus lagi. Traffic light ke dua pun terus lepas tu
ada rounder board kecil, awak masuk
pukul dua belas terus masuk parking. Lagi 20 minit saya sampai. Saya nak ambil
Kak Nyah dan Kak Su dulu baru ke sana,” cerita Dhia panjang lebar.
“Ok, ok. Tak jumpa saya call awak balik,” Daim mengamit Delita
dan Delila yang sedang bergambar di jambatan.
“Ok,” jawap Dhia ringkas.
“Thanks, Sayang,” nasib Dhia tak break
kecemasan mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Daim.
Semakin dekat hari nak jumpa Daim,
semakin lancar perkataan itu meniti dibibir Daim. Dhia sendiri masih belum ada
kekuatan nak panggil Daim dengan
panggilan manja seperti itu. Ini yang buat Dhia semakin tak keriuan dibuatnya.
Makin resah gelisah hatinya dibuat Daim. Makin kuat pula degupan jantungnya
dirasakan.
Sudahlah dari semalam buat kerja
semua tak jadi. Mana yang penting dibuat kemudian. Mana yang tak penting
didahulukan. Mujur tak kena marah dengan Ketua Bahagian semalam. Mujur juga ada
kakitangan yang prihatin dan juga alert terhadap kerja. Dapat juga
tolong-tolong cover.
Semalam, tidur pun tak lena kejap, kejap
terjaga. Puas dikalihkan badan ke kiri ke kanan nak bagi tenang hati. Sampai
naik malu dibuatnya bila Laila tegur dan Latifah main peril-perli. Sudahnya,
Dhia terlelap dekat nak subuh. Itu pun lelap di atas sofa dengan TV terpasang.
Telefon bimbit pun sengaja tak di ‘on’. Dhia tahu, Daim akan
telefon sebelum tidur. Tapi semalam tak rasa nak bercakap dengan Daim. Terlalu
berdebar-debar. Tadi pun bercakap dengan Daim pun dah terasa nak longlai kepala
lutut.
Hari ini pula. Dalam sejarah, Dhia
berhias depan cermin dekat sejam. Biasa tu setengah jam pun tak sampai. Tapi
bukan berhias apa pun. Dhia cuma rasa cemas. Sudah berapa kali Dhia ulang alik
masuk bilik air. Sakit perut tapi satu apa pun tak keluar. Hendak ke ofis pun,
dah sampai kereta baru perasan kunci kereta tak bawa. Tak pasal-pasal naik
balik ke atas. Sudahnya, teruk Dhia kena gelak dek Laila dan Latifah. Gabra tak
kena tempat.
Sayang, saya dah sampai dah dekat
alamanda. Jumpa kejap lagi ok?
Mesej yang diterima dari Daim
menguntumkan senyum panjang dibibir Dhia. Bahagia kejap tiga saat. Sampai je
Dhia di basement, kelihatan Laila dan Latifah dah sedia menunggu. Tanpa
berlengah, mereka masuk je, terus Dhia memecut kereta menuju ke Alamanda.
“Kak We, aku tak jadi ikut balik
kampunglah. Last minite, Meran call bagitahu, mak ayah dia nak jumpa
petang ni,” Laila memecahkan kesunyian.
“Pulak? Habis tu kau nak pergi sorang je
ke?” soal Dhia dengan mata fokus kepada pemanduan.
“Nilah masalahnya. Aku tak tahu nak ajak
siapa. Kak Su nak ikut kau balik kampung,”
“Hai, Meran ni. Aku kerat empat belas ni
kang. Nak jumpa pukul berapa? Kau cakap dengan Meran, kau akan datang dengan
rombongan sekali,” usul Dhia.
“Korang nak ikut? Yes! Yes!”
“Kau kenapa? Bukan main suka lagi?” soal
Latifah pelik.
“Ha’a. Kenapa kau, Kak Nyah?” soal Dhia
pula.
“Korang ikut akukan? Jadinya ada chanlah
aku ikut kau balik kampung. Lepas tu ada chan jugalah aku nak minta balik awal
ikut korang balik kampung,” bukan main suka lagi Laila.
“Macam-macamlah kau ni. Dah jom. Pakwe
aku dah tunggu dah,”
“Sorry,
ya. Bukan pakwe ok tapi...” Laila menjeling Latifah.
“Tunang,” jerit Laila dan Latifah
kemudian ketawa.
“Aduh! Sakit telinga aku. Dah, dah. Jom
cepat,”
Langkah diatur pantas menuju ke
Mc’Donald Alamanda. Semakin dekat nak sampai ke Mc’Donald, makin terasa
berdebar jantung Dhia dibuatnya.
“Mana diaorang, Kak We?” Dhia hanya
menjungkit bahunya.
Matanya melilau mencari kelibat dua
kembar itu. Nak harapkan cam muka Daim, memang taklah. Sampai hari ini, Dhia
tak pernah tengok pun muka Daim. VCD yang Daim beri masa bertunang lepas pun
belum tengok lagi.
“Ha! Situ. Delita dan Delila,” Latifah
membalas lambaikan mereka.
Mereka bertiga terus menuju ke meja yang
telah Daim sudah cantumkan awal-awal. Kemudian dia terus beratur untuk
membelikan Delita dan Delila punya menu. Delita dan Delila disuruh untuk
menjaga meja dan kerusi jangan sampai ada orang ambil.
“Lama dah tunggu?” soalan Dhia dibalas gelengan
oleh Delita dan Delila.
“Along mana?” soal Laila.
“Along?” soal Delita dan Delila
serentak.
“Abang Daimlah,” jawap Latifah.
“Oh! Tu dia,” Dhia tak semena terus
menoleh ke arah yang ditunjuk Delita.
Alangkah terkejutnya Dhia bila
melihatkan orang yang menatang sedulang penuh makanan adalah orang yang
mengetarkan hatinya semasa di kursus pengurusan stress anjuran bahagiannya.
Bertambah terkejut bila Daim membalas senyuman dengan kening terangkat dua
kali. Dia ni tunang aku ke?
“En. Pojie?” soal Dhia dengan nada
terkejut.
“Yup. Pojie alias Daim Hanafi,” Daim
terasa nak gelak dengan muka terkejut Dhia.
“Chop, chop. Betul ke ni?” soal Dhia.
“Iyalah, kak. Pojie tu nama samaran
Achik dalam tentera,” cerita Delita. Daim slamber je mengigit kentang goring dihadapannya.
“Jadi masa dekat Endau Rompin tu kira
awak dah tahulah kita ni ada hubungan?” soalan Dhia mendatangkan kebingungan
tahap petala ke lapan pada mereka berempat.
“Macam ni. Masa dekat sana, saya pun tak
tahu awak ni Dhia. Yelah. Awak pun guna nama samaran juga. Cik Fifi. Balik dari
kursus, Jefri bagi saya album dan Jefry pula datang cerita yang awak adalah
penyelaras bagi program yang sama. Bila tengok gambar yang ada dalam simpanan
Jefry dan album tunang kita, sama. Saya cakap jujur, saya jatuh hati dengan
tunang saya sendiri rupanya,” cerita Daim.
“Kenapa awak tak pernah pun cerita?”
soal Dhia tidak puas hati.
“Awak dah tengok belum video saya?” soal
Daim pula. Dhia mengeling.
“Nah! Sebab itu awak masih tak perasaan
lagi. saya ada add awak dalam
Facebook, tapi awak tak pernah pun aprovedkan.
Kecewa tau,” Daim buat muka broken heart felling.
“Kenapa tak beritahu saya?”
“Tak akan saya nak tanya pula? Malulah
saya,”
“Weh! Nak cerita hal rumah tangga kejap,
kejap lagi eh? Boleh kita makan dulu tak?” Laila terpaksa meleraikan kekusutan
yang melanda.
“Sorry,
sorry. Kak Nyah nak makan apa?” soal Dhia.
“Aku nak set Double Cheese Burger large punya,” pesan Laila
“Kak Su nak, Ayam Goreng Mc’D satu set,”
pesan pula Latifah.
“Ok tunggu sini,” Dhia dah nak bangun
tapi dengan pantas ditahan Daim.
“Biar saya yang pergi beli,” Daim dah
bangun dari duduknya.
“Eh! Tak pe. Biar saya je,” Dhia dah ingin melangkah.
“Takpe biar saya je,” Daim mengarah Dhia
duduk.
“Oh! So
sweet. Tapi kalau korang rasa nak buat lakonan ni sampai malam boleh juga.
Biar we all ni lapar dekat sini,” perli Latifah. Ketawa Dhia dan Daim
dibuatnya.
“Alah! Pergi jelah sama-sama. Susah
sangat ke? Achik pun belum pesan lagikan?” usul Delita.
“Ha’a. Pi jelah berdua. Banyak nak bawa
tu,” tambah Laila.
Daim dah mengaru belakang kepalanya yang
tidak gatal. Dhia dah tunduk malu. Delita dapat idea jahat. Di bisik ke telinga
mereka bertiga yang lain. akhirnya,
“Pergi jelah,” jerit empat anak dara
sudahnya.
Dengan penuh muka malu tak hengat,
akhirnya Daim dan Dhia jalan beriringan menuju ke kaunter. Tebal muka dua inci
bila orang semua pandang kepada mereka berdua. Daim dengan penuh gentleman, memberi Dhia laluan dahulu.
4 comments:
he3..sweetnyer dorg ni..tu la..org kasi tanda xmau tgk en??susah2..=p
~izzati~
comelnya...^_^
kak ezaiti,,
tiada smbngan lagi ke novel CMM??
tak sabar nk thu n3 akn dtg psl cta Daim dan Dhia..
stiap hari sya ada snggh di blog akak..
As'salam...tq salsabillah sebab sudi sgh blog Che Ezaitie...now dah pun upload bab 44..jemput2 baca ye?
Post a Comment