Bab 41
Daim berjalan dengan penuh gaya
kelakian tapi penuh berbunga-bunga serta riak wajah yang berseri tak terkata.
Rentak bahasa badannya pun sudah semakin menarik. Senyuman tak pernah lekang
dikuntum dari bibirnya. Benar-benar hebat penangan panahan asmara ini ya
rupanya?
“Hai! Tuan. Sejak-sejak bertunang ni,
bukan main berseri wajah?” usik seorang pegawai bawahan Daim.
“Alamak! Dah naik ke seri pengantin?”
seloroh Daim sambil memegang pipinya. Merah tak?
“Amboi! Melampau beno sampai naik seri
pengantin,” sahut satu suara.
“Hahaha...manalah tahukan? Kita tak
nampak tapi orang lain nampak,” Daim meletakkan beg sandangnya di kerusi.
Dijeling kepada Koperal Hamidah sekilas.
Nampaknya Koperal Hamidah seakan mula hilang minat kepadanya. Alhamdullilah.
Koperal Hamidah dah tak seperti dulu. Kalau dulu bawa Meggi Goreng pun nak bagi
Daim sebekal. Kini, Koperal Hamidah lebih senang melayan kisah kerjanya dan
paling penting Daim lihat, Koperal Hamidah dah boleh senyum balik sejak-sejak
sudah dapat menerima hakikat berita pertunangan Daim dan Dhia adalah kenyataan.
‘Hamidah, bukan niat saya nak lukakan
hati awak tapi kita jauh beza. Bukan berbeza pangkat dan darjat tapi beza
fahaman dan kita memang tidak serasi. Awak baik dengan saya jadi saya doakan
awak jumpa lelaki lebih baik dari saya. Bukan awak tak cantik, cantik. Tapi
bukan kecantikan rupa yang saya pandang. Lagi pun, awak bukan dikategorikan
antara orang yang mak saya akan terima jadi menantu dia. Saya harap awak faham,
Hamidah. Saya tak nak nanti awak lebih terluka kalau mak saya yang menolak
awak. Semoga awak bertemu jodoh sempurna. Amin,’ Doa Daim jauh dihatinya.
‘Tuan, langsung bila? Esok ke?” masih
mahu mengusik Daim.
“Boleh je. Takde halkan, Tuan?” jawab
pegawai bawahannya yang lain bagi pihak Daim. Daim hanya tersenyum.
“Tak lama lagilah ni. Dah dekatlah tu,”
usik pula yang lain.
“Amin. Doa-doakan jelah,” Daim meraup
mukanya.
“Mana tahu kot, kot esok lusa ke?
Hehehe...” ketawa Daim disahut oleh yang
lain. Ada juga yang turut mengaminkan doa Daim.
Betul ke esok lusa, Daim? Bukan kau
belum jumpa Dhia lagi ke? Belum jumpa dah berangan lebih. Apa da?
Tapi takpelah. Ada aku kisah?
Setiap hari yang dilalui kini semakin
hari semakin bahagia. Masuk hari ini, sudah seminggu gambar yang diberi Dhia
menghiasi paparan hadapan telefon bimbit Daim. Sanggup Daim scan gambar itu dan dijadikan wallpaper handphone. Gambar Dhia yang
manis tersenyum kepadanya. Senyuman akan sentiasa terukir dibibir Daim bila
melihat Dhia. Telefon bimbit! Ha,
telefon bimbit, telefon bimbit sekarang dah jadi nyawa Daim. Mana pergi,
telefon bimbit wajib sentiasa ada dalam poket. Dulu, telefon bimbit tak bawa
pergi office pun tak kisah. Tapi sekarang? Kalau tertinggal pagi, tengahari
sangup balik pergi ambil tu. Hai! Daim...Daim...
Daim terlalu bersyukur dikurniakan suatu
anugerah yang tak terduga nikmatnya. Sangat manis. Kalaulah dia tahu nikmatnya
sebergini, mungkin sudah lama Daim redha dengan pilihan Mak Cik Kesuma Dewi.
Tapi itulah dia, kuasa Allah. Kehadiran Dhia dalam hidup Daim benar-benar
mengubah hidupnya dari 0 darjah kepada 360 darjah. Berputar dunia bila Daim
dapat tahu Dhia adalah Cik Fifi yang amat diminatinya. Tak sangka masih ada
lagi ruang untuk berkasih sayang.
Perubahan drastik Daim menjadi bahan
cerita antara Jefry dan Jefri. Macam mana tak jadi bahan cerita hangat? Kalau
dah sengih sorang-sorang tu apa ke mendanya lagi? Tengok telefon bimbit sengih.
Bercakap dengan telefon lari jauh-jauh. Paling tak boleh tahan, ajak makan pun
tak nak. Daim betul-betul dah angau!
“Jep, kau tengoklah kawan kita tu.
Bukan main angau lagi aku tengok. Aku dengan Zue dulu pun bercinta juga tapi
takde macam ni punya angau,” Jefri cakap separuh berbisik kepada Jefry sambil
memerhatikan gelagat Daim.
“Diaorang ni kes lain, Bro. Diaorang
ni kes calon pilihan keluarga. Tup,tup terberkenanlah pula. Tu paras angau naik
sikit tu,” Jefry menjeling Daim yang sedang tersengih sambil menaip sesuatu di
telefon bimbitnya. Sah, sah tengah mesej dengan Dhia.
“Tapi pilihan keluarga kira
menjadilah jugak,”
“Tau takpe. Tu la, dulu bukan main
lagi nak tolak calon pilihan mak dia. Last,
last dia pulak lebih-lebih angaunya. Tulah orang cakap, doa seorang ibu ni
makbul. Air liur seorang ibu ni ubat, penawar,”
sempat Jefry berbahasa basi.
“Betul-betul. Macam tak percaya je
Pojie dengan Dhia tu match matching.
Dhia tu masa kita pergi rumah opah dia masa bertunang lepas, tak macam terpaksa
pun nak terima kawan kita yang sorang ni. Macam dia bertunang dengan pilihan
hati je kan?” Jefry hanya mengangguk bagi soalan Jefri.
“Aku tengok Pojie dengan Dhia ni
memang bagai pinang dibelah-belah. Memang sepadan betul. Pandai mak Pojie cari
calon,” sambung Jefri.
“Aku sokong. Siapa kata pilihan
keluarga bukan yang terbaik? Terbaik wok. Cuma kita ni je yang gedik melebih
nak sangat bercinta sebelum kahwin. Ambil contoh mak ayah kitalah. Dulu-dulu
mana ada bercinta cintun ni, bahagia juga sampai sekarang. Anak berderet jugak.
Cuba bandingkan sekarang ni, bercinta bagai nak rak. Majlis kahwin, nak mewah
melangit. Last, last usia perkahwinan taklah sejauh mana pun. Tahan beberapa
minggu je. Cuba kau tengok surat khabar
ni, baru dua hari kahwin dah suami jatuh talak. Entah apa-apa entah.
Kadang-kadang aku fikir macam tak nak kahwin je,” Jefry menyandar malas selepas
melemparkan kepada Jefry surat khabar berita harian.
“Ish! Tak baik kau cakap macam tu. Kita
ni kan umat Nabi Muhammad? Nabi Muhammad tak suka orang yang tak kahwin kalau
umatnya mampu untuk mendirikan rumah tangga. Nabi Muhammad suka bila hari
akhirat nanti, umat Nabi Muhammad penuh dipadang marsyah. Macam kau ni, apa
yang tak mampu? Bolehkan tanggung anak orang? Cuma mungkin dari segi bersedia
atau tidak je nak pikul tanggungjawab,” nasihat Jefry.
“Bukan maksudnya aku tak nak kahwin tapi
entahlah. Susah nak cari orang macam Zue, Dhia. Yang masih ada ketegasan dalam
kelembutan. Kau ingat tak masa kat Zoo Taiping lepas? Sampai sekarang aku
geli-geleman lagi tau!” Jefry mengangguk laju sambil ketawa.
Mahu tak ingat? Antara kisah yang tak
dapat dilupakan. Nak, nak masa tu Jefry baru sangat-sangat masuk Islam. Dah
kena dugaan macam tu. Tapi kira hebatlah juga Jefry. Berjaya mengawal nafsu dan
keadaan. Daim punya date, sudahnya jadi Jefri punya date. Date dengan Maisara.
Selepas dari hari itu, ada juga Maisara call Jefry tapi Si Jefry ni bijak.
Boleh dikalentong cakap salah nombor. Kesian Maisara. Entah apa jadi dengan
Maisara agaknya ya? Entahkan dah berubah ke entahkan belum. Ataupun masih macam
tu lagi. Apa-apa pun semoga Maisara bahagia dengan cara dia.
“Kalau aku ada mak lagi, aku pun nak
suruh mak aku tolong carikan,” sambung Jefry bersuara pelahan tapi masih
kedengaran cukup sayu ditelinga Jefri bila mengenangkan mendiang maknya.
“Insyallah. Satu hari sampailah masa
kau pula. Takde mak, kau ada kakak. Kau boleh suruh Kak Julie carikan apa?”
Jefry hanya mengangguk.
“Insyallah. Insyallah,”
Masa rehat sejam tanpa makan dan
minum berlalu dengan bergitu pantas. Jefry meminta izin untuk kembali ke ruang
kerjanya. Penglihatan mereka kembali fokus kepada kerja masing-masing. Bergitu
juga dengan Daim. Dalam pada bermesej dengan Dhia, tangan masih juga laju
membuat kerja. Dalam angau tak sudah dengan tunang sendiri, kerja tetap kena
buat. Tak siap kerja, siapa yang kena? Aku jugak!
Disebabkan kerja yang menimbun ni
jugalah, Daim terpaksa membatalkan hasratnya untuk ke Cyberjaya berjumpa dengan
Dhia. Sudah berapa kali ditunda tarikh. Lagi pun nak ke sana kena bawa Delita
dan Delila sekali. Kalau tidak confirm bising si kembar tu. Mak Cik Kesuma Dewi
tentunya tengah sibuk dengan cucu baru. Justeru dengan itu, Daim memasang tekat
untuk menyiapkan semua kerjanya sebelum menjelang hujung bulan. Daim merangka
perancangan untuk berjumpa Dhia selepas gaji bulan ni. Iyalah, ada gaji sedap
sikit nak belanja anak orang jalan-jalan. Makan-makan. Paling penting, Delita
dengan Delila pun kena ada peruntukkan juga. Kalau tidak, mahu merajuk dua
kembar tu.
Dhia pun kebetulan hujung bulan ni
nak balik Ipoh. Daim pun apa lagi, cepat-cepatlah tawarkan diri nak ambil dan
bawa Dhia balik Ipoh. Lepas tu, bila Dhia nak balik Cyberjaya, Daim boleh
hantar sekali lagi. Ha! Bestkan perancangan tak berapa nak terancang ni?
Tapi ini masih bawah perancangan
lagi. Nak menunggu tiga minggu yang mendatang, tak tahu lagi macam mana.
Entahkan jadi entahkan tidak. Sebaik-baik perancangan manusia, baik lagi
perancangan Yang Maha Esa. Bak kata orang tua-tua, kita hanya mampu merancang
tapi Allah yang tentukan. Ya pada kita tidak semestinya ya padaNYA, tidak pada
kita belum tentu tidak padaNYA.
“Hai! Sabar ya, Daim. Tak lari Dhia
tu,”
###
“Hai, tak approvedkan lagi. minah ni tak reti nak online facebook ke?” ngomel Daim depan laptopnya.
Penat Daim tunggu Dhia sahkan Daim
menjadi kawan. Nak ditanya, segan. Tak ditanya, makin geram dengan Si Dhia ni.
Sudahlah buat profil tertutup. Setakat boleh tengok gambar profil sahaja. Benda
lain semua tak boleh nak tengok. Terpaksalah Daim menumpang ID Jefry untuk
menatap dan mengenali Dhia.
Dari situ, barulah Daim tahu Dhia ni
suka masukkan kata-kata motivasi di statusnya. Sangat berguna kepada
kawan-kawan yang lain. Selain Jefry, Daim tengok Kak AD dan Dr. Aiman pun sudah
jadi kawan Dhia. Delita dan Delila tak payah cerita. Memang dah berzaman dah.
Siap disenaraikan sebagai adik-beradik lagi. Abang Daiz dan Abang Dani je belum
tambah Dhia sebagai kawan.
Tapi ada satu benda yang buat Daim
sakit hati. Dhia masih belum menukar statusnya dari ‘belum berkahwin’ kepada
‘sudah bertunang’. Kalau tukarkan kepada ‘dalam perhubungan’, kira boleh
diterima lagilah. Ini tidak. Masih setia dengan status bujang dia. Daim sendiri
lepas tahu siapa Dhia, terus tukar status dari ‘bujang’ kepada ‘sudah
bertunang’.
Kadang-kadang terfikir juga Daim.
Dhia ni tak suka dia ke? Tapi nak buat macam mana, dah tiga bulan bertunang
baru nak berhubung. Orang lain, lepas sejam bertunang dah berbalas-balas mesej.
Tak payah cakaplah. Dalam pada tengah bincang-bincang tu dah bermesej bagai.
Status terbaru Daim mengundang
pelbagai reaksi dari kawan-kawannya. Ada yang ucap tahniah dan tak kurang juga
yang merasakan perasaan terkejut mereka. Siap cakap Daim tipu lagi.
Bab yang merajuk tu tentu sekali
awek-awek yang menimbun dalam facebook Daim. Tapi siapa tak kenal Daim? Si Aci
Redah ni? Dengan slamber kodok je Daim cakap, “Jodoh saya bukan dengan awak
semua,”
Softcopy
gambar bertunang, semua Daim masukkan dalam facebook. Termasuklah softcopy album Dhia. Pandai juga, Jefri
edit gambar Daim sekali. Biar nampak seolah-olah Daim pun ada di sana sekali.
Padahal, hakikat sebenar? Takde pun!
Dinamakan album gambar tunangnya ‘Menantu Mak – E.G Day’. Kelakarkan?
Tapi disebabkan Dhia calon pilihan Mak Cik Kesuma Dewi, Daim letak nama album
tu macam tu. Album kahwin pun nanti nak dinamakan macam ni juga. Barulah gempak
ditambah lain dari yang lain. Kelaskan? Hehehe..
Album bertunang Daim dan Dhia sahaja ada
200 keping semuanya. Banyakkan? Daim tak pernah bosan untuk klik album
bertunangnya banyak kali sehari. Sampaikan kadang-kadang kena peril dengan
Jefri. Takpelah. Nak jumpa orangnya lama lagi so, gambar pun jadilah dari takde
langsung.
Ramai juga memuji kecantikan Dhia dan
ada juga yang lepas tengok gambar bertunang Daim terus buang Daim dari senarai
kawan. Lantaklah! Janji aku bahagia. Ada aku kisah kalau kau nak buang aku dari
senarai kawan? Sikit pun tak kisah. Dhia lagi sempurna dari korang semua.
Memang cukup sempurna buat aku. Semua ciri yang aku nak ada pada dia seorang
yang tak perlu untuk aku mencari dari dalam diri wanita-wanita lain.
Tut...tut...
Mesej yang masuk menyentakkan Diam
yang sedang bersenang lenang. Dari Dhia. Hai! Aku hantar mesej pukul 3 petang.
Sekarang baru balas? Busy sangat ke cik kak?
As’salam. Maaflah. Lambat balas. Saya baru
balik kerja.
“Apa ke lambat benar balik kerja?”
rungut Daim sambil mengerling jam tangannya. Dah pukul 9 malam.
Lambatnya balik. Kerja banyak ke?
Boleh tahanlah. Penat betul
rasanya. Awak saya solat dulu nanti kang saya mesej balik ok?
Takpe. Take you time. Nak terus
tidur pun takpe. Saya faham.
Peril ke apa ni?
Tak la.
Mesej terakhir terus dihantar kepada
Dhia. Memang tak mengharapkan Dhia membalas mesejnya. Terasa bersalah pula nak
kacau Dhia yang penat bekerja. Biasalah kerja macam Si Dhia ni. Bahagian
latihan. Ada je benda nak disediakan. Nak di beri perhatian. Macam-macam
halnya.
Daim menarikan tertikus ke enjin
carian Googlie. Jari jemarinya lembut menulis ‘Didigames’. Masa untuk bermain game sebelum tidur. Ruangan puzzle
diklik dan Daim mula mencari game
yang sesuai.
Daim suka layan game puzzle di Didigames
sebelum tidur. Walaupun game ini
bukan game perang-perang atau pun game yang berunsur ganas, ia menguji
minda. Uji ketajaman akal fikiran kita untuk menyelesaikan masalah. Ketangkasan
akal kita berfikir dengan tahap maksimum mungkin. Bila otak kita selalu di
asah, tak mustahil kita akan menjadi orang yang peka pada persekitaran kita
seharian. Fokus dan peka dalam kerja lagilah baguskan?
Baru tertikus ingin menekan game
Sodoku, telefon bimbit Daim menyanyi riang lagu ‘Jatuh Cinta’ dari Sixsense.
Lagu khas buat Dhia. Daim memandang skrin telefon bimbit dengan dahi berkerut.
Cepatnya solat!
“As’Salamualaikum...” sapa Daim
dahulu.
“Wa’alaikumsalam...” suara Dhia
kedengaran sangat penat.
“Kata nak mesej je kan?” Daim
membetulkan letak bantalnya. Tertikus dimainkan untuk menutup laptopnya.
“Tak larat nak taip mesej. Call jelah senang,” ‘Manjanya’
“Dah tahu tak larat, tak payahlah
mesej ke? Call ke? Pergi je rehat,”
kasihan pula Daim dengar suara Dhia.
“Takpe. Asyik awak je call saya, kali ni biarlah saya pula call awak. Barulah adil dan saksama,”
“Pandailah. Saya ni lelaki. Adatlah
lelaki yang call perempuan. Especially tunang sendiri. Tak
gaduhnya,” Daim menekan perkataan especially.
“Hehe...mekacih,” ketawa Dhia.
Mereka terus berbual dan berbual.
Kejap kalih ke kiri, kejap kang kalih ke kanan. Dari handphone telinga kanan
beralih pula ke telinga kiri. Kejap ketawa, kejap kang tersenyum sorang-sorang.
Lepas tu kang layan perasaan masing-masing sesaat.
Dhia ni Daim lihat caranya, dia suka
bercerita. Ada sahaja cerita yang Dhia nak cerita. Dari cerita soal keluarga
bawa kepada perkara di pejabat. Tapi setiap cerita Dhia semuanya yang lawak
jenaka sahaja. Terus terbuai Daim dengan suara Dhia.
Sedang asyik rancak bersembang,
tiba-tiba Daim teringat sesuatu. Mata yang tertutup masa melayankan perasaan
dengan suara lunak gemalai Dhia. Terus Daim duduk bersila dikatilnya.
“Eh! Awak. Jap, jap...” sampuk Daim
bila kala Dhia rancak bercerita. Memuncung Dhia dibuatnya.
“Awak jadi balik kampung tak hujung
bulan ni?” soal Daim.
“Kampung mana? Saya ada dua kampung.
Satu Perak satu Melaka,” Dhia sengaja kenakan Daim.
“Main-main eh? Kalau balik Melaka tu
namanya balik rumah mak ayah. Kalau kampung tu balik tanah kelahiranlah,” Daim
bertutur sepatah demi sepatah.
Kata-kata Daim dijawap dengan ketawa
kecil Dhia.
“Bestnya
ketawa? Jadi ke?” soal Daim kembali
“Jadi,” jawap Dhia sepatah bila
tawanya reda.
“Saya ambil tau,”
“Betul ke ni? Tak susahkan ke?”
“Tak susah manalah. Nanti bolehlah
jumpa awak sekali,” Daim buat suara manja.
“Awak datang sorang je ke?” soal
Dhia.
“Umm...” jawap Daim ringkas.
“Umm...kita dua je ke?” soalan Dhia
mengerutkan dahi Daim.
“Kalau berdua tak boleh ke?” Daim
cuba menduga Dhia. Keningnya bertaut bila idea jahat datang.
“Umm...apa kata bawa Delita dengan
Delila sekali. Lama dah tak jumpa diaorang,” Dhia main tarik tali.
“Alah! Nanti balik sini, saya
bawalah awak jumpa dengan diaorang,” Daim senyum jahat.
“Ha! Ye la. Awak bawa diaorang ambil
saya sekali. Ok pe?”
“Alah! Saya baru nak bermanja-manja
dengan awak. Kalau budak berdua tu ada mengacaulah. Sudahlah kita ni first
dating. Biarlah kita berdua je. Tak payahlah ada orang ketiga. Nanti kang awak
cakap dengan diaorang je. Nanti saya langsung takde peluang nak bercakap dengan
awak. Tak best macam tu,” Daim masih mahu menduga keimanan Dhia.
Mendengarkan suara kecil Dhia
beristigfar, Daim dah nak ketawa besar dah dibuatnya.
Dhia menarik nafas sedalamnya.
“Awak, saya bukan tak nak keluar
berdua dengan awak. Tapi saya rasa baik kalau ada peneman. Pertama, boleh juga
orang tu buka jalan bercerita. Kitakan tak pernah jumpa? Cakap dalam telefon
je. Cakap dekat luar dengan dalam telefon tak sama situasinya. Lain, wak.
Kedua, boleh jugak kot, kot awak nak ke tandas ke nak ke mana tinggalkan saya
sorang-sorang. Nanti kalau kita berdua, awak tak boleh nak gi mana-mana. Awak
kena dengan saya je. kalau awak gi tandas nanti, saya kena pikat, awak gak
cemburu. Saya ni lawa tau!” Dhia memanjangkan muncungnya kepada telefon. Daim
dah menekup mulutnya.
“Pandai yerk bercakap? Orang dekat
sini dah nak tergelak besar dah tau. Of
courselah Sayang. Nanti saya bawa Delita dan Delila ya?”
‘Alamak! dia panggil aku sayanglah
pula. Nak gugur jantung mak cik macam ni. Oh! Tiiiidddaaakkk...’ Dhia
bermonolog dengan dirinya sendiri.
“Dhia, Dhia. Ok tak?” soal Daim bila
Dhia diam seribu kata.
“Ok, Ok. Nanti kita jumpa eh? Awak,
saya nak tidur dulu. Esok saya ada mesyuarat dekat KL. Biasalah kena gerak awal
kalau tidak, jam,” Dhia buat-buat menguap. Padahal semuanya itu propaganda
semata-mata. Sebenarnya Dhia dah tak keriauan hatinya.
“Nak tidur dah? Ok. Good night, Sayang. Love you,” kata-kata
yang meluncur laju dari mulut Daim menyesakkan dada Dhia.
“Ha? Ok, ok,” hanya itu yang keluar
dari mulut Dhia. Tak tidur malam aku ni karang.
Selepas masing-masing saling memberi
dan menjawap salam, talian dimatikan. Tersenyum puas Daim bila dapat panggil
Dhia ‘sayang’. Daim tahu Dhia tak keriuan sebab beberapa kali Dhia terhenti
kata-kata. Tapi apa boleh buat bila hati kata sayang.
Tut...tut..
Selamat malam, awak. Love you tu. hehehe...
Mesej dari Dhia menjulingkan biji
mata Daim seketika. Oh! Pandai eh? Cakap dalam telefon takmo. Mesej nak pulak ya? Cubit kang, baru
tahu.
Daim terasa nak cium je Dhia bila
membacakan apa yang Dhia tulis. Tapi apakan daya. Orangnya jauh di sana. Gambar
sahaja peneman rindu dendam. Tapikan, ada je idea minah ni nak trick aku tau!
Ni buat aku makin geram nak jumpa minah ni. Aduh! Makin bertambah rinduku
padanya. Oh! Dhia, you wait me ok? I will
came Cyberjaya as soon as possible.
Malam tu, Daim seperti malam-malam
semalam. Gambar Dhia nan sekeping ditenung. Dibelek. Dipeluk. Diletakkan ke
hatinya. Kemudian senyum sorang-sorang. Sudah menjadi hobi bru pula jadinya.
Memeluk gambar Dhia.
Diseberang sana, Dhia masih lagi
terawang-awang di langit kelam. Macam tak percaya je Daim panggil dia ‘Sayang’.
Dah lama tak ada orang panggil gelaran macam tu. terlalu lama. Sangat lama.
Tapi yang Daim panggil lebih terasa nikmatnya. Benarkah ini cinta dari Allah?
2 comments:
hahaha... romantik gila.... bila cinta penuh di dada...berseri2 di wajah... terasa ingin hidup seribu tahun lagi...yea tak???????
hehehe,nak lagi..nak lagi...seronok baca CCM...harap dapat di jadikan novel...
Post a Comment