~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Tuesday, October 26, 2010

Calon Menantu Mak - prolog


PROLOG


“Aku terima nikahnya Dhia Lutfiyah binti Ahmad Lutfi dengan mas kahwinya RM 300.00 tunai” dengan sekali lafaz Daim Hanafi dan Dhia Lutfiyah sah menjadi suami isteri.
            “Alhamdullilah,” Daim meraup mukanya tanda kesyukuran.
            Akhirnya setelah melalui pelbagai rintangan yang mendatang, mereka berdua bersatu sebagai suami isteri juga. Daim sungguh tak percaya Dhia kini menjadi miliknya. Daim tak sangka semua ini hanya berlaku dalam tempoh setahun usia pengenalan mereka.
Daim memandang Dhia dengan wajah penuh kelegaan. Sememangnya hari ini amat “ mencemaskan” naluri lelakinya. bayangkan hampir sebulan tidak melihat wajah comel Dhia, 2 minggu sebelum hari bahagianya tak boleh langsung menelefon Dhia. Mati kutu Daim hampir 2 minggu menjadi mangsa keadaan permintaan Mak Kesuma Dewi dan keluarga Dhia. Daim masih ingat lagi kisah 3 bulan lalu sewaktu nak menetapkan tarikh langsung mereka. Mak Cik Kesuma Dewi telah membuat peraturan yang amat-amat tak masuk akal iaitu :
1)      Tidak boleh jumpa Dhia sebulan sebelum majlis nikah.
2)      Tidak boleh berhubung langsung dengan Dhia 2 minggu sebelum majlis nikah.
Nak terjojol biji mata Daim dengan peraturan-peraturan yang diberikan oleh Mak Cik Kesuma Dewi. Yang paling tak menahanya keluarga Dhia semua boleh bantaikan setuju dengan peraturan tu.  Alasannya nak membangkitkan rasa rindu pada kami. Tak payah buat peraturan macam ni pun Daim akan sentisa rindu Dhia sebab sepanjang dia orang bertunang pun bukan selalu sangat jumpa. Masing-masing sibuk dengan tanggungjawab masing-masing kepada Negara. Al-maklumlah, Daim seorang tentera berpangkat Kapten manakala Dhia seorang Pegawai Psikologi di Jabatan Pekhidmatan Awam. Jumpa pun hanya nak beli barang keperluan majlis.
Daim tengak Dhia hanya tersenyum manis balik langsir pintu bilik.
Peh! Gugur jantung, limpa segala organ-organ dalaman aku dengan senyuman minah ni. Muka dahlha bulat-bulat macam bola,mata pula sepet macam anak cina, bibirnya kecik molek je tapi bila senyum kalah Lisa Surihani dalam iklan Lip Balm Mentholatum. Untung siapa dapat anak dara orang ni dan manusia yang paling untung tu adalah aku. Kuang,kuang, kuang. Daim oh Daim kau kalau bab perasan memang pandai.  
Padahal macam-macam boleh terjadi dalam masa sebulan ni. Daim mengomel dalam hati kesepian dengan mata memandang Dhia dengan harapan akan ada yang membangkang peraturan-peraturan tak masuk akal Mak Cik Kesuma Dewi iaitu ibunda Daim terchenta. Terchenta ke? Haruslah. Sungguh pun Dhia lagi cun dari Mak Cik Kesuma Dewi ni tetapi Mak Cik Kesuma Dewi tetap menjadi pojaan hati Daim.
Namun semuanya hampa, tiada sorang pun yang berani membangkang. Aduhai! Terpaksalah Daim menahan rasa sorang diri. Dhia ditenung macam nak juling. Tapi hampeh, Dhia balas dengan juliran lidah pada Daim siap buat aksi juling mata sambil ibu jari lekat di pipi gebu gebasnya sambil mengerak-gerakkan empat jari yang lain. Siap ada yang join sekaki. Memang dasar tunang bawah usia. Macam budak-budak.
Ish! Ish! Daim hanya mengelengkan kepala sahaja sambil memandang lantai dan jari kaki.
“ Hai Achik, rancak geleng kepala. Udoh kenapa kamu? Kot iye pun nak berzikir, zikirlah elok-elok ini idok dah macam ohgang Black Matel je dah Tok nengok.” Peh! Amik kau sedas ayat tangkap pedih telinga khas di import dari Lumut, Perak tak lain dan tak bukan semestinya Tok Anjang. Merah padam muka Daim masa tu. Dhia pula bantaikan gelak sakan balik langsir. Tak senonoh betul punya tunang.
Balik je dari rumah Dhia, Daim diam seribu bahasa. Beria-ria Mak Cik Kesuma Dewi cerita pasal kegembiraannya nak menyambut menantu baru.  Mak Cik Kesuma Dewi perasaan Daim senyap tapi dia tetap bercerita.  Tidak tahan bercakap seperti orang gila bahu Daim dicuit. Daim ibarat patung langsung tiada respon.
“Kamu udoh nape? Merajuklah tu. Achik, Achik oghrang lelaki ni tak elok muke ghupe itu. Buruk beno mak nengoknya. Ce senyum sikit. Sayang de lesung pipit tapi x reghti nak senyum.” Pujuk Mak Cik Kesuma Dewi sambil mengulus lembut pipi kasar Daim.
Daim senyum sebaris.
“Mak le pandai-pandai buat peraturan bagai tu nape? Bukannya Achik dengan Dhia selalu jumpa pun. Dia sibuk dengan kerja dia Achik pun sibuk dengan kerja Achik. Tak salahkan kalau kami nk jumpa selalu?” Daim melepaskan geram di hati.
“Mak ada sebab buat macam tu Sayang. Kamu tu dah cukup ke semua ilmu tentang rumah tangga? Ilmu agama? Cukup sempurna ke kamu nak menjadi pemimpin keluarga nanti? Cukup sabar ke kamu nak melayan kerenah isteri nanti? Kalau ada anak nak layan anak lagi. Cukup ke iman kamu?”
Mak Cik Kesuma Dewi menarik nafas.
“Dalam masa yang singkat inilah kamu harus betulkan mana yang patut di betulkan. Dhia tu baik budi pekerti. Mak tak mahu kamu sia-siakan dia dengan kelemahan kamu sendiri. Perkahwinan ni satu perjanjian suci, wahai anakku Daim. Kalau boleh bio la sekali je dalam hidup. Mak kalau boleh nak anak-anak lelaki mak ni jadi contoh yang baik pada isteri dan anak-anak kelak. Mak nak kamu jadi macam arwah abah kamu. Macam arwah sayang mak, didik kamu adik-beradik macam tu juga mak nak kamu lakukan. Isteri ni bukan hamba suami tapi isteri adalah permaisuri seorang suami. Isteri bukan anak kapal bahtera rumah tangga tapi lebih sebagai penasihat nakhoda kapal iaitu kamu.” Berhujah panjang Mak Cik Kesuma Dewi sambil sengaja menunjal-nunjal bahu sasa anak lelaki bongsunya itu.
“Sakitlah mak. Apa ni main cucuk-cucuk orang ni? Hilang balancing setering ni kang.” Daim menepis tangan Mak Cik Kesuma Dewi. Peh sakitnya!!! Dahlah jari runcing-runcing mahu tak sakit kena cucuk. Mahu lebam ni kang.
Nasiblah mereka berdua je dalam kereta ni kalau tak mahu jadi bahan gelak adik-beradik lain.Daim sudahlah dalam menahan sakit hatinya mengakui kata-kata Bonda Terchentanya. Perjalanan dari Melaka balik ke Perak pun terasa jauh sangat-sangat. Terasa macam nak ke pantai timur je caranya.
Tapi itu semua dah pun lepas. Betul juga cakap Mak Cik Kesuma Dewi. Nak membangkitkan rasa rindulah katakan. Tapi selebihnya lebih kepada nak mengelakkan dari maksiat bermaharajalela, memperlengkapkan diri dengan ilmu agama, mengajar erti sabar dalam nak memimpin rumah tangga dan paling penting nak member peluang membetulkan mana salah silap dan kelemahan mereka berdua sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Alhamdullilah nasihat Mak Cik Kesuma ni tersemat rapi dalam dada Daim. Biarlah lagi pun sekarang Dhia dah pun sah jadi isteri terchayang Daim. Terchayang ke? Haruslah nama pun isterikan siapa tak sayang isteri kan? Ish! Ish! Korang ni ada je nak complain tau.
Selesai sujud syukur Daim menitikan air mata jantannya. Mak Cik Kesuma Dewi memaut bahu Daim dengan lembut, “Anak mak ni nagis gembira ke nagis suka?” Daim kesat air mata dengan hujung jari.
Daim tanpa sengaja melafazkan kerisauan di hati nak menjaga Dhia sebaik mungkin. Mak Cik Kesuma Dewi terus memeluk Daim. Diurut belakang badan Daim. Mak cik Kesuma Dewi tahu Daim mampu lakukannya. Dhia yang mendengar turut sama terpampang.  Dalam hati kecil dia menyeru nama suaminya kini. Manik-manik mutiara kaca halus gugur ke pipi…
Tanpa sedar Daim mengesat air mata di pipi Dhia. Dhia terharu. Dhia menunduk memandang karpet hijau.Daim angkat dagu Dhia. Di tenung wajah Dhia. Wajah yang amat di rindu selama sebulan.
“Abang tak akan sia-siakan Sayang Abang, Dhia Lutfiyah binti Ahmad Lutfi. Hanya Sayang seorang yang akan bertahta di hati Abang selepas mak mertua Sayang ni. Abang akan jaga Sayang, sayang Sayang, didik Sayang selaku pemimpin kecil kurniaan Allah…” Daim menutur tanpa meminta balasan kata-kata dari Dhia.

No comments: