~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, August 29, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 35

Bab 35

            “As’salamualaikum. Wah! Diam-diam ubi berisi kau kan? Tau, tau je dah nak kahwinkan? Apa-apa pun, tahniah Bro,” panggilan telefon daripada Jefry lewat petang itu menyentakkan Daim.
            Mahu tak tersentak? Balik-balik je jogging terus kena serang macam ni dengan Jefry. Ton suara Jefry pula seakan suara orang merajuk je. Kadang-kadang Daim sebenarnya tak faham dengan Si Jefry ni. Adakala nampak ‘kejantanannya’. Kadang tu nampak ‘kelembutannya’. Kadang tu meremang bulu tengkuk kalau duduk berdua dengan Jefry lama-lama.
            “Wa’alaikumsalam. Apa kau merepek ni, Syaitan?” perkataan Syaitan sengaja Daim tekankan.
            “Aku pula Syaitan? Tak baik kau tau,” Jefry berbunyi seakan merajuk.
            “Yelah. Entah mana pangkal mana hujungnya tiba-tiba je kau call ucap tahniah pada aku. Gila ke?” Daim berbicara dengan Jefry sambil menanggalkan kasut sukannya.
            “Alah, tak payah nak berdalihlah, Pojie. Kita kawan bukan sekejap. Dah lama dah. Family kau pun aku dah kenal rapat dah,” Jefry masih cuba berkias.
            Ah! Sudah. Jangan kata Si Iban ni tahu mak pergi pinang Dhia. Kalau tahu. Haru biru jadinya. Mahu kena baling sekampit tepung jawapnya.
            “Kau cerita apa ni, Bro?” soal Daim masih cuba berpura-pura.
            “Tengok! Masih nak main kun kun cak kan? Mak kau pergi pinang Dhia kan? Kau dah setuju nak kahwin dengan Dhia kan? Pilihan mak kau yang kau tolak mentah-mentah tanpa menoleh ke belakang walaupun sekecil zarah,” Ha, betul pun agakkan aku!
            Siapalah yang baik benar hatinya menceritakan perihal mak pinang Dhia pada Si Iban ni? Aku baru bajet nak berahsia-rahsia. Sekali, Si Iban ni tahu dulu daa.  Ha, aku tahu siapa! Ni mesti tak Delita beritahu, Angah yang beritahu ni. Dia dua orang je yang baik bebeno dengan Jefry ni. Orang lain takde nak rapat sangat-sangat. Aduhai! Bernanah hati aku macam ni.
            “Jep, aku tanya sikit boleh? Dulu masa kau belajar dekat U, kau amik cost apa yerk? Cost sastera ke teknikal?” soal Daim tiba-tiba.
            “Apasal kau nak tahu?” soalan berbalas soalan.
            “Takdelah. Gaya kau cakap dah macam orang amik cost sastera je dah. Hehehe...”
            “Kau nak kalih soalan eh? Mak kau pergi pinang Dhia kan?” soal Jefry balik.
            “Hai,” keluh Daim. Tangannya menyisir kasar rambut.
“Mengeluh nampak?” perli Jefry.
“Mana kau tau ni?” Daim mencapai tuala mandi dan disangkutkan dibahunya.
“Hahaha...betul ke tak?” ketawa Jefry.
“Betullah apa?”
“Mak cik pergi pinang Si Dhia tu kan?”
“Umm...ha’a,” akhirnya Daim mengaku.
“Kau dah betul-betul  nekadlah ni?”
“Jep, dah sampai tahap ni tak nekad apa ke jadahnya? Tapi aku tak tahu lagi Dhia terima ke tak. Aku pun tengah tunggu diaorang call aku. Aleh,aleh kau yang call dulu,” cerita Daim.
Confirm! Dhia terima”  terdorong ke belakang Daim dibuatnya mendengarkan kata-kata-kata Jefry.
Mak aii, budak bertuah ni ada ilmu Nujum Pak Belalang ke yang boleh tahu Si Dhia tu terima ke tak? Aku pun tak tahu keputusannya lagi apa. Aleh, aleh mamat ni boleh tahu dulu.
“Kau cuba bagi aku satu sebab kenapa Si Dhia tu terima? Aku tak minta banyak. Satu je sebab munasabah,”
“Sebabnya, mak kau awal-awal lagi dah booking aku untuk rombongan korang bertunang bulan 6 depan,” jawap Jefry dengan nada paling riang gembira.
“Apa?” jerit Daim.
“Hoi! Aku tak pekak lagilah yang kau nak jerit-jerit ni,” Jefry pula menengking Daim.
“Kau tak main-mainkan, Jep?” seluruh badan Daim dah mengeletar.
“Apa pula nak main-mainnya? Baru kejapan mak kau call aku tadi,”
“Mak aku tak call aku pun,”
“Mak cik call kau banyak kali tapi haram kau nak jawab. Lastnya, mak cik call aku cerita pasal hal ni. Okeylah. Aku rasa baik kau try call mak kau balik. Aku nak mandi ni. Nak solat,” Jefry mematikan panggilan seraya memberikan salam.
Daim terduduk dibirai katil mendengarkan kata-kata Jefry sebentar tadi.
“Dhia dah terima? Dhia tu dah terima pinangan aku? Biar betik!” Daim berbicara sendirian.
Rambutnya yang sememangnya pendek dan basah disebabkan peluh, dikucar kacirkan. Dalam hatinya tidak tahu sama ada mahu gembira ataupun bersedih. Tapi yang pasti, dibibirnya terukir senyuman. Tak sangka kali pertama kali masuk meminang terus diterima. Adakah ini permulaan hidupnya yang baru? Perlukan aku menukar status aku di dalam facebook dan friendster? Ke nak tunggu lepas dah kahwin baru nak tukar yerk? Oh! My Allah.
Usai sahaja solat Maghrib, Daim terus mencapai telefon dengan keadaan masih di tikar sembahyang. Nombor rumah di dailnya laju. Lama Daim menunggu talian untuk dijawap. Mana semua orang pergi pula ni? Talian terputus. Didail sekali lagi. Masih sama.
“Ish! Ni bikin aku hangin ni,” Daim mula terasa hatinya terbakar.
Mahu tak terbakar! Orang lain yang masuk meminang, orang lain yang tahu keputusan dulu. Badannya direbahkan ke katil. Telefon diketuk-ketukkan didagunya dengan tangan kanan. Tangan kiri memangku kepalanya.
‘Nak call sapa yerk?’ getus hati Daim.
“Ha, Kak AD!” Daim dengan pantas mendail nombor Kak AD.
“As’salamualaikum wahai adikku yang handsome,” jawap Kak AD. Mujur Kak AD jawap dalam kadar kepantasan maksimum...
“Wa’alaikumsalam wahai kakakku yang cun,” Daim ketawa.
“Hehehe...apa ke henye, yop ooiii?” gelak Kak AD.
“Hai! Nak call kakak sendiri pun dah tak boleh ke?” soal Daim berpura-pura.
“Boleh. Tapi engkau ni kalau call mesti ada sebabkan? Kau tak akan call akak kalau tak bersebab, Daim. Akak dah kenal sangat dah engkau tu,”
“Hehehe...Kak AD,”
“Ummm...”
“Macam mana dengan keputusan pinangan hari tu?” soal Daim malu-malu. Antara dengan dengar atau tidak.
“Apa? Cuba cakap kuat sikit. Akak tak dengarlah. Sini ramai orang,” Kak AD senyum sinis disebelah sana.
“Keputusan meminang tu macam mana?” masih pelahan.
“Ya Allah. Cuba cakap kuat sikit. Tak dengo le,” Kak AD berlakon seolah-olah tak dengar.
Daim terasa darah menyerbu ke mukannya untuk bertanyakan soalan yang satu tu. Terasa macam tak patut je nak tanya.
“Cepatlah cakap. Kalau tak akak letak telefon ni karang,” ugut Kak AD.
Dengan lafaz bismilah...
“Dhia terima ke tak?” jerit Daim.
“Oh! Pasal Dhia ke? Ingatkan tak nak tau. Rupanya nak tau jugak yerk?” perli Kak AD.
“Yelah. Mestilah nak tau. Kalau Si Dhia tu tak setuju, aku nak balik cincin tu...”
“Kalau Dhia setuju?” Kak Ad potong kata-kata Daim.
“Kalau Dhia setuju, aku jadilah suami dia. Apa susah?” Daim menjawap tanpa berfikir.
“Gatai kau kan? Dulu tak nak sekarang bukan main merenyam lagikan?” geram Kak AD.
“Eh! Aku cakap apa eh?” soal Daim yang terpinga-pinga. Soalan sebelum ni tak masuk langsung ke otaknya.
“Amboi! Sendiri punya mulut, sendiri tanyakan? Apa daa....” marah Kak AD.
“Aku cakap apa tadi? Serius ni aku tak ingat,” Daim dah duduk bersila di atas katil.
Apa yang aku cakap tadi? Ada unsur-unsur lucah ke?
“Sudah, sudah. Malas akak kau ni nak layan. By the way, kau dah boleh siap-siapkanlah tukar status kau dalam Facebook tu. Dari single to in relationship bermula  4 Jun nanti,” kata-kata yang meluncur laju dari mulut Kak AD mengkakukan Daim.
“Achik,” panggil Kak AD.
“Achik kau dengar tak?” soal Kak AD lagi.
“Aaaaaccchhhhiiiikkkkkk,” jerit Kak Ad.
“Ya, ya. Dengar,” jawap Daim kekalutan.
“Kau ni beragan lebihlah! Oklah. Akak ada kes ni. Nanti sambung balik ok? As’salamualaikum...”
“Wa’alaikumsalam...”
Maka dengan ini diistiharkan bahawa, Daim dan Dhia akan bertunang pada 4 Jun. Daim dengan pantas menyelongkar beg galasnya mencari kalendar. Tiada. Daim, apa guna telefon bimbit mahal-mahal kalau tak ada function kalendar. Cuba cari sat, no....
“4 Jun? Ada lagi sebulan setengah. Mak oii...ye ke aku dah nak bertunang ni? Imporsible,” Daim menampar-nampar pipinya.
“Hoi! Daim. Kau kenapa ni?” tegur rakan sebiliknya. Hairan dia melihat Daim menampar-nampar pipinya.
“Am, kau tolong cubit aku kejap,” arah Daim.
“Apasal pula?” pelik Amran.
“Cubit jelah. Cubit dekat sini,” Daim menghulurkan tangannya kepada Amran.
“Kau sihat ke tidak ni?” Amran masih belum mahu mengikut kata Daim.
“Sebab tu aku suruh kau cubit aku. Aku rasa macam tak bernyawa ni,”
“Ha? Aku rasa kau ni dah tak siuman ni,” Amran melangkah ke almari baju.
“Weh! Aku seriuslah. Tolonglah. Tolonglah cubit aku!” paksa Daim.
“Tak mau aku,” ngelat Amran.
“Tolonglah. Demi kawan kau ni. Kalau kau tak cubit aku bererti aku akan terus macam ni. Kau nak aku macam ni? Tolonglah cubit aku. Tolonglah,” Daim masih menyua-yuakan tangannya kepada Amran.
“Okey, Okey. Aku cubit.”
Amran yang dah mula rimas dengan Daim. Dengan sekuat hati, dicubitnya tangan Daim tanpa belas kasihan. Meraung Daim dibuatnya. Puas hati Amran! Kacau aku lagi.
###
            “Achik, kau serius ke tak nak jumpa  Dhia dulu sebelum korang bertunang ni?” Kak AD dah boleh naik berang dengan sikap Daim yang seperti acuh tak acuh sahaja untuk majlis pertunangannya.
            Majlis bertunang ada berbaki lagi tak sampai pun seminggu. Barang hantaran pun masih belum naik sepenuhnya. Esok lusa dah nak bertolak ke Melaka.  Ni ha, kalau tak dipaksa hantar barang hantaran, gamaknya tak sudah-sudahlah lagi kisahnya. Tak akan esok majlisnya, hari ini baru nak naik barang hantaran? Ha! Cincin bertunang pun tak beli lagi!
‘Apa nak jadi adik aku sorang ni? Dia ni nak bertunang ke tidak ni? Aku dah lah banyak kerja dekat hospital. Dia ni boleh buat main-main pula. Sekali aku sekeh kepala baru tau,’ gerutu hati Kak AD.
Daim hanya diam sambil memasukkan wang belanja hangus dalam album gambar. Daim berkeras nak juga naik separuh  wang belanja hangus sekali. Mak Cik Kesuma Dewi dan Mak Su Timah dah hilang idea dah nak pujuk Daim supaya jangan naik separuh wang belanja. Mak Su Timah hanya suruh bagi atau selitkan simbolik wang belanja hangus dalam bekas tepak sireh. Contohnya kalau wang belanja hangusnya RM5000.00 tunai maka, simboliknya RM50.00 sahaja. Setiap RM10.00 bersamaan dengan RM1000.00.
Sebabnya, Mak Su Timah tak nak nanti pihak Dhia menanggung beban nak bayar 2 kali ganda dari wang yang Daim bagi kalau Dhia buat hal. Kita ni kenalah ada sikap toleransi dan berperikemanusian sikit!
Jawapan Daim cukup mudah, “alah! Kalau Dhia buat perangai Daim dapat double. Mean Daim bagi Dhia RM10 ribu makanya kalau jadi apa-apa, Dhia kena bayar Daim RM20 ribu. Tak ke kaya anak mak ni nanti? Cerdik tak Daim?”
“Ha’a . Cerdik sangatlah perangai rupa itu. Amalkanlah selalu, Achik. Silap-silap hari bulan tak kahwinlah kau sampai ke tua,” Kak AD bercekak pinggang depan Daim.
“Tak baik tau Kak AD. Doakan adik kau sendiri tak kahwin-kahwin,” Daim membela diri.
“Habis tu.  Yang beria benar tak nak naik wang belanja masa ni kenapa?” suara Kak AD meninggi.
“Yang, bawa bersabar, Yang,” pujuk Dr. Aiman.
“Kak AD, Daim naik wang belanja separuh sebabnya Daim takut kalau-kalau pihak Dhia nak pakai duit nak dahulukan apa yang patut. Tak akanlah kita nak tunggu sebulan lagi nak kahwin baru naik bagi? Ini jam, nak book lembu sekor pun nak kena letak down payment. Apatah nak beli barang-barang lain?” terang Daim.
“Tapi anakku, Daim. Biasanyer sebeloh kita ni nganto wang tanda aje. Mana kamu belajo naik wang belanja separuh ni?” soal Mak Cik Kesuma Dewi yang datang dengan menatang sedulang air Kopi ‘O’.
Dr. Aiman pandang air Kopi ‘O’ yang Mak Cik Kesuma Dewi dengan pandangan yang paling mengeliurkan. Sejak-sejak dah duduk sekali dengan Mak Cik Kesuma Dewi, boleh dikatakan Kopi ‘O’ dah jadi ‘lauk’ dah pada Dr. Aiman. Sehari tak perkena, boleh giat jadinya. Macam penagih dibuatnya.
“Betui kata mak kome tu, Daim. Kita menganto wang tanda aje. Tak pernah lagi kita buat ruper ini,” Mak Su Timah menyokong Mak Cik Kesuma Dewi.
“Cuba kamu cakap ke mak ni. Dari mana kamu tahu pasai nak naik wang belanja separuh ni? Cuba khabo ke keme. Bio semua faham?” Mak Su Timah meminta penjelasan yang wajar dari Daim. Hai, entah mana-mana adat je budak bertuah ni ikut.
Search Internet,” jawap Daim ringkas.
Search Internet?” semua menyoal kembali kepada Daim.
“Apa binatang kamu nyebutnya, Daim? Seci? Seching? Apa ke bendenyer?” Tok Anjang  yang tak faham menyoal kepada Daim.
Search internet tu, maksudnya cari dalam talian internetlah, Anjang,” terang Mak Su Timah.
“Oh! Baru le awok tahu,” Tok Anjang kembali menyedut rokok daunnya.
“Yang Achik sampai search internet tu kenapa?” soal Delita.
Daim mengungkit bahunya, “Saja. Search adat perkahwinan orang melayu,”
“Saja? Apa selama ni kau bukan orang melayu ke? kau orang putih yerk, Achik?”
Kak AD tiba-tiba naik hangin dengan Daim. Kalaulah Dr. Aiman takde, mahu juga Daim kena belasah teruk dengan Kak AD. Mahu satu rumah dikejarkan Si Daim ni. Lagi satu, nak kata Dhia bukan melayu pun tidak.
“Alah! Achik saja-saja je nak tahu. Dulu masa Along dengan Angah pergi masuk meminang, mana Achik ada. Time kau Kak AD pula terus bertunang. Jadinya Achik tak nampak sangat ciri-ciri adat melayu tu. Lagi pun tak salahkan?”
“Achik, memanglah tak salah. Tapi tak salah juga kalau kau berbincang dulu dengan orang tua kita yang ada. Ini tidak, ikut kepala kau je. Ini kalau dah naik separuh,tak dapat dah tau. Dah bersiap sedia ke nak hilang RM5000 macam tu je?” Kak AD dipaksa duduk oleh Dr. Aiman. Bertenang.
“Cara kau cakap macam Si Dhia tu jahat je. Macam Si Dhia tu ada potensi untuk mem’psiko’ orang je” Daim sengaja mengusik Kak AD.
“Ish! Budak ni.aku lesing kang baru tahu,” gaya Kak AD mengundang tawa panjang Daim yang sudah larikan diri ke serambi rumah. Daim tahu, Kak AD akan buka silat senduk dan sudip kalau tahap kemarahannya dah naik ke kepala.
Demi Dhia, Daim sanggup bertapa dekat Cyber Cafe berjam-jam nak mencari adat perkahwinan orang melayu. Demi Dhia juga, sanggup Daim berguru dengan pegawai-pegawainya yang lebih senior daripadanya. Demi Dhia, Daim sanggup pergi ASB tengok jumlah wang simpanannya. Semuanya Demi Dhia yang tak pernah dikenalinya.
Oleh kerana kisah Daim dan Dhia ni agak pelik, dan demi memberikan yang terbaik buat Dhia, Daim melarang keras Mak Cik Kesuma Dewi mengeluarkan walau sesen pun duit untuk belanja kenduri bertunang ini nanti. Dari membeli barang hantaran sampailah kepada perbelanjaan nak ke Melaka nanti.
Entah kenapa, Daim rasa seronok untuk membelanjakan wangnya kepada Dhia. Terasa bahagia yang teramat sangat. Dulu masa dengan Aisyah pun tak terasa saat yang bahagia sampai macam ni. Daim juga dah bertekad dan sebulat hati memilih tema ungu-putih sebagai hantaran iklhas bagi pihaknya.
Daim nak beri Dhia, sepersalinan kain untuk pakaian nikah. Kasut nikah atau sanding nanti terpulanglah pada Dhia nak pakai masa bila. Cincin meminang dan bertunang. Sebuah kek yang ditempah khas dari dalam website. Buah-buahan dan juga gubahan coklat! Semua sekali ada enam dulang hantaran. Oh! Lupa, wang belanja hangus pun termasuk juga. Maknanya akanada 7 dulang hantaran semuanya.
Bukan itu saja, siap dibelikan semua ahli rombongannya nanti sepasang kain nak dibuat baju berwarna ungu. Bak kata Kak AD, “Dah rupa boria tanjung,”. Biar rupa boria tanjung. Daim tak kisah. Yang penting keseragaman. Baju kalau caca marba tak cantiklah duduk dalam album nanti.
By the way, cameraman pun Daim tempah khas untuk album sebelah Daim. Nak tahu cameramannya siapa? Tentulah Jefri, kembarnya Jefry. Dahlah Jefri baru je kahwin 2 minggu, honeymoon pun tak lagi terus di hangkutnya Jefri jadi cameraman. Kebetulan, Jefri ni memang part time photoghafer. Bekerjasama dengan adik Zue.
“Mak, Kak AD. Petang sikit kita pergi kedai emas yerk? Cari cincin,” ajak Daim dengan sengaja menjeling kepada Delita dan Delila.
Delita dan Delila dikenakan perintah berkurung oleh Mak Cik Kesuma Dewi disebabkan mereka sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang memang cantik berbeno tamatnya lusa. Kira sempatlah diaorang ni ikut rombongan ke Melaka. Kalau tidak melepas...
“Cincin tak cari lagi? Kalau kamu suruh mak belikan, gamaknya dah lama dah tersedia, Daim,” peril Mak Cik Kesuma Dewi.
“Saja je nak ajak mak pergi beli sekali. Abang Aiman, pinjam Kak AD eh?”
Kak AD yang sememangnya tengah sakit hati dengan Daim menjeling Daim dengan jelingan yang paling maut, “Nak pujuk akak baliklah tu,”
“Idok le. Bukan memujuk. Saja nak ajok keluo sama. Asyikkan terperuk dalam hospital je kojenye. Hahaha...”
“Sengal kau, Achik!” kusyen dibaling kepada Daim.
Semakin mengila Daim mengelakkan Kak AD. Bukan senang nak kenakan Kak AD. Tapi Kak AD memang selalu terkena pun. Maklumlah, atas abang bawah adik lelaki. Dulu masa kecil-kecil pun Kak AD selalu kena buli dengan mereka bertiga ni. Iyalah, Delita dan Delila lahir pun selepas Daim berusia 14 tahun.
“Abang tak kisah. Tapi kalau nak pinjam Kak AD, kena pinjam dengan suami, suami dia sekali,” seloroh Dr. Aiman. Kak AD senyum sumbing bila Dr. Aiman menjeling kepadanya sekilas.
“Eh! Boleh aja. Nanti kita perkena pizza hut sekali. Lama beno tak makan pizza hut. Mesti nikmat gilalah!,” Delita dan Delila pandang Daim seperti mahu ditelannya hidup-hidup. Daim hanya ketawa dalam hati.
“Set,” Dr. Aiman mengangkat ibu jarinya.
“Siapkan dulu mana yang nak disiapkan. Lepas tu, nak ke mana sekali pun pergilah. Takde siapa melarang,” ingatan Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ok,” Daim mencantumkan ibu jari dan jari telunjuknya membuat bentuk bulatan kepada Mak Cik Kesuma Dewi.
Siap sahaja hantaran, Daim, Kak AD, Dr. Aiman dan Mak Cik Kesuma Dewi; terus bersiap untuk keluar.  Delita dan Delila hanya memandang dari dalam bilik tidur mereka. Sebal hati mereka sebab tak dapat ikut mereka. Tapi apakan daya, perintah berkurung masih berkuatkuasa. Demi keputusan peperiksaan yang berkualiti.
Menderum sahaja kereta Daim keluar dari perkarangan rumah, Mak Su Timah memberikan Delita handphonenya, “ Achik mesej,” katanya ringkas.
Mak Su, pesan kat budak berdua tu nanti Achik belikan apa-apa. Suruh diaorang belajar baik-baik ok?
Melonjak gembira dua kembar bersaudara ni. Ingatkan Daim dah lupa adik-adiknya tapi tak sangka masih diingati. Terasa nak nangis diaorang dibuatnya. Tak sangka abang kandung yang paling ‘kejam’ boleh pesan suruh diorang belajar baik-baik. Selama ni, asalkan boleh je nak membuli mereka.

Raya Festival - Setahun Sekali Je...

As'Salam to all,

Apa khabar semua? sihat? salam ramadhan terakhir...apa macam masih bertenaga untuk ramadhan terakhir?

siapa yang koje? angkat tangan!

SAYA, SAYA...

Che Ezaitie koje lagi pagi ni. tapi sampai pukui 1 ptg je...lepas zohor Che Ezaitie baru cabut balik kampung dgn family sume...

hari ni Che Ezaitie nak cerita sikit jalan dekat Melaka ni. sangat2 best bawa kereta hari ni sebabnya...... JALAN LENGANG!!! iya..tak tipu ni...jalan sangat2 lengang...duk kt traffic light pun tak lama mana. sangat best! semua orang dah balik kampung...kebetulan cuti berkembar sekali dengan hari merdeka...lagilah ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti. di office ni pun ramai yang dah tak ada. bahagian Che Ezaitie pun tinggal Che Ezaitie berempat je...itu pun petang Che Ezaitie dah tak ada. hehehehe....

pagi tadikan, Che Ezaitie seperti biasa akan potong jalan dekat Pasar Besar. Masyallah. salah timelah...tau ikut jalan jauh sikit tadi. dekat pasar, orang parking kereta double. muat-muat nak lalu kete sehala je. semua orang nak mencari daging, ayam, santan, daun kelapa, kerisik dan segala macam barang nak buat rendang, ketupat, ayam masak ros.

tapi bila sebut santan, teringat tahun lepas punya raya. kami balik kampung tengahari sebab En . Ayah bertugas sampai jam 11 pagi. Che Ezaitie pilah beli santan awal sehari. nak beli 5 kilo santan. Pn. Emak yang suruh. Astagfirullah. nak dapatkan santan, dekat 1/2 jam Che Ezaitie beratur tau..memang padat sangat orang nak beli santan. lepas tu, ada pula yang datang2 letak duit terus je ambil santan tu...sakit hati kami yang beratur ni. beratur tak nak tapi nak cepat je. cubalah bersabar sikit...jaga hati dan perasaan orag lain jua...


semalam, langsir, kusyen semua dah tukar yang baru. paling penting... duit raya pun dah di isi...

 siapa nak, kena datang rumah ok?

Semalam tgk berita pun Insyallah Plus akan menanggani kesesakkan jalan raya. Alhamdullilahlah kalau macam tu..tak adalah kami nanti sangkut 2 kali ganda dari masa biasa. semoga selamatlah sampai ke kampung....

 muka bosan di hari mantai...bila nak balik ni....

Thursday, August 25, 2011

SaLaM LeBaRaN

As'Salam to all,




dikesempatan ini, Che Ezaitie menyusun sepuluh jari tangan memohon maaf andai ada tersilap dan tersalah kepada semua. Che Ezaitie harap raya anda semua akan lebih bermakna dengan keluarga tersayang. tahun ni Che Ezaitie balik Perak. sesiapa yang ada di Perak bolehlah Che Ezaitie datang beraya  nanti..hehehe...gurau je.

Walaupun beraya di Perak tahun ni. En. Ayah ada cakap nak ke Kedah. kakak sedara Che Ezaitie bersalin. tambah lagi anak raya tahun ni. sebelah Pn. Emak seorang, sebelah En. Ayah seorang. tapi sebelah En. Ayah tak tahu lagi anak apa sebab due datenyer jatuh 1 syawal. sebelah Pn. Emak je dah tahun. baby boy. namanya Muhammad Qaleef Muqri bin Norhaizam...mesti comey macam abang dia Nuzul Muhammad Farish.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA.....

Monday, August 22, 2011

Kenapa saya masih marah dia?

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia tak pernah hormat mak ayah saya,
sebab dia suka memalukan mak ayah saya,
sebab dia tak pernah minta maaf pada mak ayah saya.

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia suka buat rumah saya macam rumah dia,
sebab dia suka-suka guna barang dalam rumah saya,
sebab dia selalu fikir barang dalam rumah saya dia sorang je yang ada.

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia tak sedar bahawa dia hidup menumpang rumah saya,
sebab dia tak pernah sedar mak ayah saya mak sedara dan ayah sedara dia,
sebab dia tak pernah ada otak dalam nak hidup bermasyarakat.

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia pernah marah saya adik beradik usik barang dia,
sebab dia fikir dia besar, suka-suka dia nakmarah kami adik beradik,
sebab dia selalu berlagak dia yang paling bagus.

kenapa saya masih marah dia?
sebab dia, nama mak dengan ayah saya dikata orang,
sebab dia, kami adik beradik dipandang hina,
sebab dia, saya masih simpan dendam.....

dendam ini, marah ini, sakit hati ini, akan saya kuburkan suatu hari nanti.
selepas dia minta maaf pada mak ayah saya,
selepas dia sedar apa yang dikata orang itu semua tak benar!

kecewa ini akan terpadam bukannya sekarang.....

Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul Al-Quran.

As'Salam to all,


Salam Nuzul Al-Quran buat semua. Alhamdullilah. hari ni genap 17 hari sudah kita berpuasa. Alhamdullilah juga sebab Allah berikan kita kekuatan untuk melawan hawa nafsu dan godaan yang melanda. Alhamdullilah juga sebab walaupun tak beberapa sihat sejak dari minggu lepas, Che Ezaitie dapat juga bertahan hingga ke hari ini dan amat bermohon kepada yang Maha Esa supaya diberikan peluang untuk berpuasa sehingga genap sebulan. Amin.


Anda semua macam mana puasa tahun ni? ok? best? 


hari ni, dikesempatan ini, Che Ezaitie nak mengajak kita semua mengimbau tentang sejarah Nuzul Al-Quran yang jatuh kepada 17 Ramadhan.



PENGENALAN
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.
PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.
CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN
‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab :
"Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus.
Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu :
  • Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
  • Kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
  • Kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.
Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
Allah SWT berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)
Firman Allah SWT,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)
Firman Allah SWT,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)
Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”
3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).
Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.
Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.
Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas.
Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekaligus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekaligus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir.
Pendapat kedua tentang penurunan sekaligus ke Bait al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.”
Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai ‘keseluruhan al-Quran’. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204, Allah SWT berfirman,
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”
Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekaligus ke Bait al-‘Izzah.
Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w.
Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.
HIKMAT AL-QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR
Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya.
Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman r.a.
Antara hikmat utama Allah SWT merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut :
1. Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah SWT kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah s.a.w. Baginda dapat merasakan pertolongan serta inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.
2. Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.
3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.
4. Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.
AYAT PERTAMA DAN AKHIR DITURUNKAN
Ketinggian kedudukan al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan dapat merobah kehidupan manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan dunia dengan akhirat. Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber utama iaitu al-Quran akan menggambarkan kepada kita mengenai pemeringkatan hukum dan penyesuaiannya dengan keadaan tempat hukum itu diturunkan yang memerlukan per­bahasan mengenai apa yang pertama dan terakhir diturunkan.
1. Yang Pertama Diturunkan
Terdapat empat pendapat mengenai apakah yang mula-mula diturunkan mengenai al-Quran :-
i) Jumhur (Pendapat yang paling rajih atau sahih) bersetuju iaitu yang pertama diturunkan ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq berdasarkan riwayat ‘Aisyah yang dicatatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab hadith mereka. Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (al-Hadith).
Imam-imam yang lain seperti al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Dala’il dan al-Tabrani dalam al-Kabir mengesahkan ayat tersebut adalah yang pertama diturunkan.
ii) Pendapat lain mengatakan Surah al-Muddathir yang pertama kali diturunkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah seorang sahabat. Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, dia berkata: “Aku telah bertanya kepada Jabir bin ‘Abdullah: Yang manakah di antara al-Quran mula-mula diturunkan? Jabir menjawab,” يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ “. Aku berkata, “Atau اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ “. Dia Jabir berkata,”Aku katakan kepada-mu apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Sesungguhnya aku berdiam diri di gua Hira’. Maka ketika habis masa diam-ku, aku turun lalu aku susuri lembah. Aku lihat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Lalu aku lihat ke langit, tiba-tiba aku melihat Jibril yang amat menakutkan. Maka aku pulang ke Khadijah. Khadijah memerintahkan mereka untuk menyelimuti aku. Mereka pun menyelimuti aku.
Lalu Allah menurunkan: ْ يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِر“Wahai orang yang berselimut; bangkitlah, lalu berilah peringatan”.
. Mengenai hadith Jabir ini, dapatlah disimpulkan iaitu pertanyaan tersebut adalah mengenai surah yang diturunkan secara penuh. Jabir menjelaskan yang surah Muddathir diturunkan secara penuh sebelum surah Iqra’ selesai diturunkan, karena yang turun pertama sekali daripada surah Iqra’ itu hanyalah permulaannya saja. Ini diperkuatkan oleh hadith Abu Salamah daripada Jabir yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Jabir berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. ketika bercakap mengenai putusnya wahyu, beliau menyebut dalam percakapannya itu, “Sewaktu aku berjalan, aku terdengar suara dari langit. Kemudian aku angkat kepala-ku, tiba-tiba aku ternampak malaikat yang mendatangi aku di gua Hira’ duduk di atas kursi antara langit dan bumi, lalu aku pulang dan aku katakan: Selimutkanlah aku! Mereka pun menyelimuti aku. Lalu Allah menurunkan ayat,
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ .
Hadith ini menggambarkan peristiwa ini terkemudian daripada peristiwa di gua Hira’, atau al-Muddathir adalah surah yang pertama diturunkan setelah terputusnya wahyu. Dapat disimpulkan ayat pertama untuk kenabian ialah Iqra’ dan surah pertama untuk risalah ialah surah al-Muddathir.
iii) Andaian ketiga ialah berdasarkan satu kenyataan yang diperakukan kepada Ali bin Abi Talib, disebut oleh Abi Ishaq daripada Abi Maisarah. Riwayat yang direkodkan oleh al-Wahidi menyebut: Apabila Rasulullah muncul (dari gua Hira’) dan mendengar suatu suara menjerit, “Wahai Muhammad”, Rasulullah terus pulang ke rumah. Waraqah bin Naufal menasihatkan Rasulullah mendengar kepada suara tersebut. Oleh itu apabila Rasulullah kemudiannya mendengar suara tersebut, beliau menyahut; Suara itu berkata, “Katakanlah, Aku bersaksi sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan bacalah:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ‘……..” (al-Fatihah: 1-7)
iv) Sebahagian ulama tabiin seperti al-Dhahhak bin Muzahim berpendapat ayat pertama ialah Bismillah. Dia menyebut ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: Perkara pertama yang diturunkan oleh malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. dengan beliau mengatakan, “Wahai Muhammad, aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui daripada Syaitan yang dilaknat, dan katakanlah: Bismillahir Rahmanir Rahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.)
Al-Qadhi Abu Bakar al-Baqillani menyebutkan hadith ini sebagai munqati’ dalam kitabnya, al-Intisar. Menurut al-Zarkasyi di dalam kitabnya al-Burhan, sebahagian besar ulama menyatukan hadith riwayat ‘Aisyah dan Jabir dengan menyimpulkan Jabir mendengar Nabi membicarakan peristiwa permulaan wahyu dan dia mendengar bahagian akhirnya sedang bahagian pertamanya dia tidak mendengar. Jadi Jabir menyangka surah yang didengarnya adalah yang pertama diturunkan, pada hal bukan. Ibn Hibban dalam sahihnya menyatakan tidak ada pertentangan antara kedua hadith tersebut kerana ketika turun kepada Rasulullah Iqra’, beliau pulang ke rumah lalu berselimut; kemudian turunlah al-Muddathir.
Surah-surah lain yang awal diturunkan termasuklah al-Masad (111), al-Takwir (81), al-Ala (87), al-Lail (92) dan al-Fajr. Para ulama juga membicarakan ayat-ayat yang mula-mula diturunkan berdasarkan permasalahan atau persoalan tertentu. Di antaranya ia melibatkan i) Pertama kali mengenai makanan-ayat 145 Surah al-An’am, ayat 145 Surah al-Nahl, ayat 173 Surah al-Baqarah dan ayat 3 Surah al-Ma’idah; ii) Pertama kali mengenai minuman- ayat 219 mengenai khamar dalam Surah al-Baqarah, ayat 43 Surah al-Nisa’ dan ayat 90-91 Surah al-Ma’idah; dan iii) Pertama kali mengenai perang iaitu ayat 39 Surah al-Hajj.
2. Yang Terakhir Diturunkan
Pelbagai pendapat mengenai yang terakhir diturunkan tetapi semua pendapat ini tidak mengandungi sesuatu yang dapat disandarkan kepada Rasulullah s.a.w., malah masing-masing merupakan ijtihad atau dugaan. Al-Qadhi Abu Bakar mengatakan mungkin mereka memberitahu apa yang terakhir kali didengar oleh mereka daripada Rasulullah s.a.w. ketika beliau hampir wafat. Antara pendapattersebut ialah:-
i. Pendapat Ibn ‘Abbas-banyak riwayat yang dikaitkan dengan Ibn ‘Abbas:
a. ‘Amir al-Sha’bi meriwayatkan bahawa ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: “Ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah ayat mengenai riba.” Firman Allah,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba – yang belum dipungut -.” (al-Baqarah:278).
b. Ikrimah meriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas menyebut: Ayat al-Quran terakhir diturunkan adalah,
وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ
“Dan peliharalah diri-mu daripada azab yang terjadi pada suatu hari kamu semua dikembalikan kepada Allah.” (al-Baqarah: 281)
c. ‘Abdullah b. ‘Utbah r.a. katanya, ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata kepada saya: “Adakah anda tahu ayat yang terakhir sekali turun? Jawab-ku “tahu” iaitu ِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan) (al-Nasr: 1). Berkata Ibnu ‘Abbas: “Kamu benar.”
d. Said bin Jubayr mengatakan orang-orang Kufah berselisih tentang ayat,
وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (Al-Nisa’:93). Saya menemui Ibn ‘Abbas dan bertanyakan ayat ini dan beliau berkata: “Ayat ini adalah ayat terakhir diturunkan dan selepas itu tidak ada ayat yang menasakhkan ayat ini.”
ii. Pendapat al-Bara bin ‘Azib
Berikut ialah dua kenyataan yang diriwayatkan oleh beliau:-
a. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: “Surah lengkap terakhir diturunkan ialah surah Baraah.Bukhari vol 3 Kitab al-Maghazi hadith 4364.
b. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: ”Ayat terakhir diturunkan ialah,
يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلالَة
“Mereka (orang-orang Islam umat-mu) meminta fatwa kepada-mu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalalah itu………(al-Nisa’:176)
iii. Pendapat Ubay bin Ka’ab
Yusuf b. Mihran meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas yang Ubay bin Ka’ab mengatakan potongan ayat al-Quran terakhir diturunkan ialah,
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (al-Taubah:128)
iv. Pendapat ‘Abdullah bin Amru bin al-‘As
Abu Abdul Rahman al-Halabi mendengar ‘Abdullah b. Amru sebagai berkata: Surah terakhir diturunkan ialah Surah al-Ma’idah.
v. Pendapat ‘Aishah
Jubayr bin Nufayl berkata, “Aku pergi menemui ‘Aishah, yang bertanya kepadaku: Adakah kamu membaca Surah al-Ma’idah? Aku kata: Ya. Dia berkata: Inilah Surah terakhir yang diturunkan……”
vi. Pendapat Umm Salamah
Mujahid b. Jabr mengatakan yang Umm Salamah berkata: “Ayat terakhir diturunkan adalah ayat,
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لأكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
“Maka Tuhan mereka perkenan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan……..” (ali-Imran:195)
vii. Pendapat ‘Umar al-Khattab
Abu Sa’id al-Khudry meriwayatkan daripada ‘Umar al-Khatab yang memberitahu ayat terakhir diturunkan ialah pengharaman riba’ (al-Baqarah:275) dan Rasulullah s.a.w. wafat beberapa hari selepas itu dan perkara riba’ tersebut tidak tertinggal tanpa penjelasan.
viii. Pendapat Mu’awiyah bin Abi Sufiyan
‘Amr Qais al-Kufi meriwayatkan Mu’awiyah mengatakan ayat berikut sebagai ayat terakhir diturunkan,
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada-ku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” (al-Kahfi:110)
Sekiranya kita menganalisis pendapat-pendapat di atas, kita akan menghadapi kesukaran untuk menentukan ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah disebabkan perbezaan pendapat tersebut. Walau bagaimanapun kita boleh membuat rumusan berdasarkan logik;
i. Ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah nampaknya diturunkan bersama kerana ayat ini membicarakan persoalan riba’ dan hukum berkaitannya. ‘Umar dan ‘Abdullah Ibn ‘Abbas mengatakan ayat riba merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sa’id bin Jubayr dan Ibn Jurayj mengenai ayat 281, surah al-Baqarah.
ii. Pandangan Ibn ‘Abbas mengenai ayat 93 surah al-Nisa’ ialah tentang ayat terakhir berhubung pembunuhan seorang Muslim, bukannya ayat terakhir al-Quran. Manakala pendapatnya mengenai surah al-Nasr tidak menjadi masalah. Surah al-Nasr kemungkinan merupakan surah pendek yang terakhir diturunkan, sementara surah al-Baraah merupakan surah panjang yang terakhir diturunkan. Ini tidak bercanggah dengan pandangan ‘Aishah dan Ibn ‘Amr yang mengatakan surah al-Ma’idah merupakan surah penuh terakhir diturunkan. Mereka bermaksud surah terakhir mengenai perkara halal dan haram.
iii. Pandangan al-Bara tentang ayat 176 surah al-Nisa’ sebagai ayat akhir turun ialah ayat akhir tentang faraid. Apa yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab mengenai ayat 128 hingga 129 surah al-Taubah adalah sebahagian daripada surah tersebut yang diturunkan secara keseluruhan sebagai surah panjang yang terakhir diturunkan. Riwayat Umm Salamah pula bukannya mengenai ayat terakhir tetapi lebih kepada jawapan kepada soalan beliau kepada Rasulullah mengenai kedudukan wanita dalam Islam. Pandangan Mu’awiyah pula jelas merujuk kepada yang terakhir diturunkan di Mekah melibatkan surah al-Kahfi termasuk ayat terakhirnya.
Kesimpulannya, Surah al-Taubah sebagai surah panjang terakhir turun; Surah al-Nasr surah pendek terakhir turun; dan ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan.