Bab
48
Tiga bulan
kemudian...
Semalam,
Sofea selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberikan nama Muhammad Uais.
Uais dilahirkan dalam keadaan Sofea masih mengenang nasib dan Bob disebalik
tirai besi. Uais dilahirkan tanpa akan dapat merasa kasih sayang seorang ayah
sehingga takdir menentukan kelak.
Kasihan Uais. Bob tidak dapat
mengazankan Uais sepertimana layaknya seorang ayah mengazankan anak lelaki yang
baru dilahirkan isterinya. Tangan Bob digari dibelakang. Bob hanya dapat datang
mengunjungi Sofea dan Uais sehari selepas kelahiran Uais. Daim yang mengazankan
Uais. Mujur, Daim dan Dhia sempat membawa Sofea ke hospital. Jika tidak,
mungkin Sofea akan melahirkan Uais keseorangan di rumah.
Kebetulan Daim menemani Dhia melawat
Sofea yang semakin sarat. Rumah dua tingkat sunyi sepi tidak seperti selalunya.
Pintu rumah dibiar tidak berkunci. Puas Dhia memberi salam. Seluruh perusuk
rumah dicari Sofea bersama Daim. Daun pintu belakang juga terbuka. Dhia mula
memikirkan yang bukan-bukan. Dhia takut kalau Sofea diapa-apakan orang. Muka
Dhia pucat tidak berdarah.
“Eeeerrrkkk...tolong...” kedengaran
suara seorang wanita mengerang lemah diluar rumah.
Dhia dan Daim berlari ke belakang.
Alangkah terkejutnya mereka bila melihatkan Sofea yang sudah basah separuh bajunya
dengan darah. Bukan sahaja baju yang Sofea pakai, bahkan turut memenuhi rumput.
Dhia tergamam. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Daim pula tanpa berlengah,
digendung Sofea dan dibawa ke hospital terhampir.
Sepanjang dalam perjalanan ke
hospital, beberapa kali Sofea cuba untuk meneran. Puas Dhia menyuruh Sofea
bertahan sehingga sampai ke hospital. Tak sanggup Dhia nak melihat darah Sofea
yang mengalir keluar. Dhia fobia pada darah. Tapi sebaliknya, Dhia pula yang
kena marah. Memang patut pun. Orang dah sakit lagi nak suruh tahan-tahan. Mana
boleh!
Sesampainya dihospital, kepala Uais
sudah keluar separuh. Mahu atau tidak, Dhia terpaksa menyambut Uais semasa
masih dalam kereta dengan bantuan jururawat unit kecemasan. Takut jika
ditunggu-tunggu Uais akan lemas. Daim melihat saat kelahiran Uais tanpa
berkelip walaupun sekejap. Dhia yang menyambut kelahiran Uais juga memercik
peluh ke muka. Pertama kali sambut bayi. Memanglah tak biasa.
Alhamdullilah,
Uais dilahirkan dengan tiga kali teran sahaja. Tali pusat Uais dipotong dan
dengan pantas terus dibawa masuk ke dalam ruang rawatan unit kecemasan bagi
mengelakkan Uais dijangkiti kuman. Uais dibersihkan.
Sofea
digendung Daim sekali lagi masuk ke dalam. Baju Daim dan Dhia penuh dengan
lumaran darah. Dihati mereka berdua tak putus-putus mendoakan semoga kedua
beranak ini selamat. Mereka menunggu sehingga Sofea dan Uais di alihkan ke
bilik rawatan biasa.
Daim
dan Dhia menyalin pakaian yang terpalit darah sofea dengan pakaian yang lebih
bersih. Sofea meminta Dhia untuk mendaftarkan nama Uais serta memaklumkan
kepada Bob di penjara. Mulanya Dhia keberatan tapi Daim memberikan Dhia
semangat. Sebaik sahaja urusan pendaftaran masuk Sofea dan pendaftaran
kelahiran Uais selesai, barulah Dhia menelefon pihak penjara memaklumkan hal
ini.
Berita kelahiran Uais disampaikan
oleh Dhia dan Daim kepada pegawai penjara.
Dhia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan Bob selepas hukuman
dijatuhkan. Dihati Dhia masih bersisa rasa sakit hati dan bengang dengan apa
yang telah Bob lakukan kepada dirinya.
Dhia
tidak pernah menyimpan dendam kepada Sofea. Malah Sofea dilayannya seperti
saudara sendiri. Sungguh pun pada awalnya, Sofea masih menyalahkan Dhia,
lama-lama Sofea semakin dapat menerima hakikat bahawa bukan Dhia yang sengaja
menbiarkan dirinya diculik Bob.
Hari
ini, Dhia datang untuk melawat Sofea dan Uais. Melihatkan bayang pegawai
penjara, niatnya dibatalkan. Dhia tahu Bob berada di sini. Dhia hanya menunggu
diluar.
“Sudah
sampai masanya Abang lepaskan Sofea.,” kata-kata Bob sangat pelahan tapi cukup
kuat memukul gegendang telinga Sofea. Air matanya mengalir deras dari hujung
kelopak mata.
“Sofea
sanggup tunggu, Abang,”
“Sampai
bila, Sofea? Samapi bila? Abang tak tahu bila Abang akan keluar, Sofea,” Bob
sedikit beremosi.
“Takpe.
Sofea sanggup tunggu Abang. Sofea dan Uais akan setia tunggu Abang berapa lama
pun,” Sofea mengesat air matanya.
“Tidak,
Sofea. Tidak. Abang tak nak Uais membesar dengan tahu yang ayahnya seorang
banduan. Apa masa depan Uais nanti? Abang kalau boleh tak nak langsung Uais
tahu siapa ayah dia sebenarnya,”
“Sampai
hati Abang. Uais tetap anak Abang. Anak Sofea. Anak kita. Walau macam mana
Abang cuba sembunyikan siapa Abang, satu hari nanti Uais tetap akan tahu siapa
ayahnya. Abang, Sofea dah takde siapa-siapa lagi selain Abang dan Uais.
Ingat
tak dulu, Abang pernah janji nak jaga Sofea? Abang pernah janji akan terus
bimbing Sofea? Abang, kalau tak kerana Abang, mungkin Sofea bukan seperti Sofea
yang sekarang. Sofea masih dengan dunia Sofea yang takde batas. Sofea dah takde
Mummy dan Daddy jaga Sofea. Sofea hanya ada Abang je. Kalau Abang pun nak
tinggalkan Sofea, pada siapa lagi tempat untuk Sofea bergantung?” air mata
Sofea semakin mencurah-curah seperti air paip yang pecah.
Bob
hanya menunduk ke lantai. Setitis air mata jernih menitik ke lantai. Bob
menangis.
“Masa
dah tamat,” pegawai penjara yang membawa Bob berjumpa Sofea menamatkan drama
air mata.
“Izinkan
saya cium anak saya dulu?” pinta Bob. Pegawai penjara mengangguk.
Uais
merengek secara tiba-tiba bila Bob menciumnya. Seperti dia tahu yang ayahnya
akan pergi meninggalkannya. Sofea menyeka air matanya. Tangan Bob disalaminya,
“Sofea akan tunggu Abang,”
Bob
terus melangkah pergi meninggalkan Sofea dan Uais yang masih merengek.
Menangis. Dhia yang berada ditepi daun pintu mengelakkan diri. Dhia berlalu
pergi dan duduk di kerusi dengan membelakangkan Bob. Air mata Dhia turut
mengalir.
Hari
tertangkapnya Bob masih segar dalam ingatan Dhia...
Sebaik
sahaja mereka keluar dari kawasan kebun getah, tak sampai beberapa kilometer
sekatan jalan raya besar-besaran dilakukan. Kereta yang Yusof pandu tidak dapat
mengelak dari sekatan. Beberapa kereta mengikut rapat dibelakang kereta mereka.
Sebelah kiri dan kanan juga bergitu. Mereka terperangkap di tengah-tengah.
“Bodoh!
Tadi aku keluar takde pun sekatan. Kenapa boleh ada pula?” soalan yang
diutarakan Bob langsung tak munasabah.
“Kan
aku cakap, sekatan besar-besaran,” Yusof menegakkan kata-katanya.
“Sial,”
Bob menepuk keras kerusi dihadapanya.
Pintu
di buka tanpa mengira akan keselamatan penunggang motorsikal yang mencelah.
Natijahnya, sepasang suami isteri jatuh terhantuk ke kereta sebelah bila Bob
membuka pintu kereta tanpa memperdulikan mereka. Dhia pula dipikul dibahu
kanan. Bob terus lari ke semak berdekatan. Pasangan suami isteri itu sebaliknya
dibantu oleh kereta sebelahnya.
“Bob,
kau nak bawa Si Dhia tu ke mana?” Yusof turut sama keluar dari kereta.
Telefon
yusof yang masih berhubung dengan Daim mengundang cemas pada Daim. Bertambah
kalut Daim dibuatnya mendengarkan apa yang dikatakan oleh Yusof. Kemudian,
seorang anggota polis datang melaporkan berkenaan huru-hara disebelah belakang
sana. Tempat Yusof dan Bob bertengkar.
Daim
tanpa berfikir panjang, berlari menuju ke arah yang ditunjukkan. Daim ternampak
susuk tubuh wanita. Hatinya kuat menyatakan itu Dhia. Lariannya dipercepatkan
lagi. Jefry, Pak Cik Lutfi dan Dr. Aiman menyusul di belakang.
Yusof
menarik kaki Dhia. Bob pula menarik Dhia naik lagi ke atas bahunya. Yusof dan
Bob saling berebutkan badan Dhia yang terikat kaki dan tangan. Berpusing-pusing
badan Dhia diudara. Kepala Dhia sudah pening dan tekaknya terasa mual.
Bila-bila masa termuntah.
Entah
macam mana, Bob tercampak Dhia ke dalam semak. Dihadapan Daim, Daim lihat Bob
mencampakkan Dhia dan kemudian menerpa kepada Yusof. Apalah nasib Dhia? Semak
pula sedikit punya curam. Makin mencerun Dhia bergolek ke bawah.
“Dhia!”
jeritan Daim mengejutkan Bob. Daim terus berlari melangkah masuk ke dalam semak
tempat Dhia jatuh tergolek.
Dhia
terus bergolek dan bergolek sehinggalah kepalanya seakan terhantuk sesuai
dengan daya impak yang kuat. Dhia hanya dapat melihat tudung yang dipakainya
berdarah dan Dhia tahu dia akan bertambah lemah.
Bob
pula, bila melihatkan polis berlari ke arahnya, Bob terus masuk ke dalam semak.
Apa lagi nasibnya Dhia? Kakinya pula disepak Bob. Lutut yang masih sakit
menambahkan lagi keperitan Dhia. Berkerut-kerut dahi Dhia menahan sakit yang
bukan kepalang. Lutut sakit, kaki sakit, badan lemah, kepala pun sudah
berdarah. Yusof yang sempat ditumbuk sehingga mulut dan hidungnya berdarah,
masih tetap cuba bangun untuk mengejar
Bob tapi dihalang oleh orang ramai. Mereka risau jika Yusof dibelasah Bob lagi.
Polis terus mengejar Bob.
Dr.
Aiman membantu meredakan pendarahan Yusof. Kelengkapan tiada. Yang ada hanya
peti pertolongan cemas yang diberikan oleh seorang wanita. Itu pun hanya
perkara yang asas sahaja. Tidak banyak dapat membantu.
“Dhia,
Dhia,” Daim terus memangku kepala Dhia yang betul-betul nampak lemah. Daim
membuka ikatan yang ada.
Air
mata Daim merembes keluar melihatkan Dhia di ikat tak ubah seperti patung
lilin. Daim semakin berdendam dengan Bob.
“Ya
Allah, Kak We!” kasihnya ayah.. Pak Cik Lutfi yang mengikuti Daim masuk ke
semak, terus ‘merampas’ Dhia dari Daim dan diangkat ke jalan raya.
“Call paramedic now!” jeritan Pak Cik
Lutfi semakin mencemaskan orang ramai. Dhia antara sedar dengan tidak. Daim
masih membuka ikatan dikaki Dhia.
Dr.
Aiman berlari kepada Dhia. Keadaan Dhia agak teruk. Peti pertolongan cemas
milik wanita tadi terpaksa digunakan sehabis-habisnya. Dr. Aiman terpaksa
mencari alternatif lain untuk menahan pendarah Dhia. Daim membuka bajunya dan
dengan baju itu, Dr. Aiman menahan pendarahan Dhia.
“Sabar
ya Kak We. Sabar.” Pak Cik Lutfi mencium dahi Dhia yang berdarah.
“Mana
paramedik?” jerit Daim pula.
Tudung
Dhia ingin dibuka Daim tapi Dhia mengeling. Daim berkeras dan Dhia memegang
lengan Daim dalam keadaan tenaga yang bersisa. Kepalanya tetap digelengkan.
Daim kecewa tapi dia tetap menghormati permintaan Dhia. Daim berlalu kepada
Yusof yang sedang mengelap lukanya.
Dr.
Aiman melihat badan Dhia berbirat-birat kemerahan. Dr. Aiman tak menyangka Bob
akan berbuat demikan kepala Dhia. Orang yang pernah Bob sayangi dulu. Andai
kita pernah sayang seseorang, adakah kita mahu menyakiti orang yang kita sayang
hingga sebegini rupa? Ini bukan sayang sebaliknya nafsu yang menguasai diri.
Dalam
samar-samar cahaya yang masuk, Dhia nampak Daim mencekak kolar baju Bob. Dhia
nampak Daim mahu menumbuk Bob tapi sempat di halang oleh Jefry. Dhia mendengar
jeritan makin hamun yang Daim hamburkan kepada Bob. Dhia sempat dengar setiap
balasan yang Bob berikan. Dhia terasa dunianya semakin kelam dan suram.
Suara-suara orang sekelilingnya semakin menyepi. Matanya tertutup rapat.
“Fieyah,
Fieyah. Bangun, Fieyah” Dr. Aiman menampar pipi Dhia.
“Kak We, bangun, Nak. Bangun,” Pak Cik Lutfi
pula menampar pipi Dhia.
Daim
berkejar kepada Dhia. Dhia sudah terkulai layu tak benyawa.
“Dhhhhiiiiiiaaaaaa.....”
Daim melaung disebelahnya.
Air
mata Daim merembes keluar semahu-mahunya. Kumpulan paramedik yang baru sampai
seolah terpaku. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dhia seolah tidak dapat
diselamatkan.
Tiba-tiba
mata Dhia terbuka sedikit,
“Saya
tak mati lagilah.” Suara Dhia yang bernada lemah. Daim menyapu air matanya.
Dr.
Aiman tiada cara lain. Ambulans
tersangkut ditengah sekatan jalan. Dhia harus segera dibawa ke hospital. Takut
ditunggu lama lagi, dari dapat diselamatkan langsung tak dapat.
###
Dhia
koma selama sebulan.
Seminggu
Dhia di Hospital Besar Kelantan. Selebihnya terus dipindahkan di Hospital Besar
Melaka. Asalnya Pak Cik Lutfi mahu membawa Dhia balik ke rumah je tapi doktor
melarang disebabkan keadaan Dhia yang kadang demam secara tiba-tiba menyebabkan
Dhia memerlukan kawalan rawatan 24 jam.
Sepanjang
cuti yang ada, Melaka sudah menjadi rumah ke dua Daim. Daim setia menunggu
sehingga Dhia mencelikkan mata. Kasihan Diam melihatkan Dhia dengan air garam
yang tak pernah putus. Kadang-kadang alat bantuan penafasan menjadi peneman Dhia.
Tapi
bila Dhia sedar orang disebutnya adalah, “Bob,”
Kecil
hati Daim dibuatnya bila orang yang disayang menyebut nama lelaki lain. Kalau
sebut nama orang baik-baik takpe. Ini Bob. Orang yang perah menculik Dhia dan
menyebabkan Dhia jadi macam ini. Aci ke macam tu? Tak aci langsung!
Daim
menyandar ke dinding sambil berpeluk tubuh. Merajuk.
“Kak
We, buat apa kau nak kenang lagi Abang Bob tu? Dia dah selamat duduk lokap,”
bengkeng Latifah.
“Kak
We, fikirkanlah tentang Along. Sian dia jaga kau siang malam semata-mata nak
tengok kau sedar. Ini bila kau dah sedar, orang pertama yang kau cari Bob. Apa
ni?” Laila juga memarahi Dhia.
“Aku
tak cari dia untuk tujuan apa-apalah. Aku cari Bob sebab aku nak tampar muka
dia tiga kali,”
“Ha?
Kenapa awak nak tampar dia tiga kali?” Daim merapati katil dia.
“Sebab
dia tampar saya tiga kali,” beritahu Dhia.
“Ha?
Tak guna punya, Bob. Aku sendiri tak pernah sentuh Dhia. kau, sedap-sedap je
tampar tunang akukan? Kalau aku tahu, memang melayang juga penumbuk sulung aku
dekat muka kau. Nasiblah kau duduk dalam jel sekarang ni. Kalau tidak memang
aku balas setiap perbuatan kau. Baru badan dengan muka kau,” Daim
mengepal-ngepal penumbuknya.
Kata-kata Daim mengundang tawa semua
orang.
Angkara perbuatan tidak bermoral
Bob, berdepan dengan hukuman bawah akta 366 kanun keseksaan, membawa lari
wanita bagi tujuan berkahwin, mencederakan mangsa dan mengugut orang. Bahana
dari kesalahan ini, Bob boleh berhadapan dengan hukuman penjara tidak lebih
dari 10 tahun bagi hukuman dibawah akta 366 kanun keseksaan. Pertuduhan lain
masih belum diketahui hukumannya macam mana.
Dengar dari cerita Laila, Bob telah
dipenjarakan. Hukuman sahaja masih belum berjalan. Pihak mahkamah menunggu Dhia
sedar dahulu sebab Dhia akan dipanggil untuk menjadi saksi utama. Yusof juga
dijadikan saksi utama sebab barulah diketahui bahawa Yusof di ugut Bob untuk
membantunya selepas apa yang Bob beri pinjam. Nak tak tidak, Yusof terpaksa
akur demi tidak mahu keluarganya diganggu. Tapi bahan bukti paling kuat adalah
diari Dhia.
Didalam diari itulah, Dhia
menceritakan semua ugutan yang dilakukan oleh Bob. Entah mengapa Dhia menulis
apa yang Bob ugut dalam diarinya. Ikutkan hati Dhia, dia malas mahu melayan
setiap mesej Bob tapi bila Bob menghantar ugutan seperti itu, Dhia rasa tidak
selamat.
Asalnya Dhia menulis didalam
diarinya semata-mata untuk diberikan kepada Daim. Dhia mahu Daim yang
‘mengerjakan’ Bob. Dhia mahu beritahu Daim apa yang bob mahukan daripadanya.
Tapi tak sangka ini pula yang terjadi. Diari Dhia yang sepatutnya rahsia telah
menjadi satu bahan bukti paling hangat di mahkamah.
“Aku akan lakukan apa
sahaja asalkan aku dapat kau, Fieyah. Kalau aku tak dapat engkau, orang lain
pun tak akan dapat kau,”
###
Buat apa dekat luar? Kata nak tengok
Uais. Dah tengok ke?” sapa Daim yang menepuk Dhia dari belakang.
Dhia menunjukkan reaksi terkejut.
Dhia mengeleng.
“Kita balik,” ajak Dhia.
“Pulak? Tak nak tengok Uais ke?”
soal Daim sekali lagi.
Dhia mengeleng. Daim hanya menurut
langkah Dhia yang sudah menuju ke kereta. Dhia menarik tali pinggang keledar
dan dipasangnya. Dhia hanya diam sehinggalah kereta berlalu pergi.
Tiba dipersimpangan hospital,
tiba-tiba Dhia bersuara.
“Kita gugurkan dakwaan kepada Bob
boleh tak?” soalan Dhia hampir membuatkan Daim berhenti kereta secara menejut.
Daim terus memberikan signal ke kiri
dan Daim mempakirkan keretanya di bahu jalan. Ini perkara serius. Lebih baik
bincang di tepi sebelum perkara tak di ingini terjadi dia tas jalan. Daim
memusing badanya kepada Dhia.
“Kenapa secara tiba-tiba? Sayang dah
lupa apa yang Bob buat pada Sayang?” Daim marah tapi dia kena berlembut dengan
Dhia.
“Saya kesian dengan Sofea dan Uais.
Disebabkan dakwaan kita, Bob bakal berhadapan hukuman penjara lebih dari
sepuluh tahun. Apa akan terjadi pada masa depan Sofea? Masa depan Uais? Apa
perasaan Uais bila tahu ayah dia bekas banduan? Saya tak dapat nak membayangkan
apa yang bakal terjadi nanti,” Dhia meluahkan rasanya.
“Tapi itu memang salah Bob pun,”
Daim membangkang.
“Tahu. Memang salah Bob. Memang takde
kaitan dengan kita pun. Tapi disebabkan Bob anak isteri dia tanggung derita.
Cuba awak letakkan diri awak dalam diri Sofea. Cuba awak rasa apa penderitaan
yang bakal Sofea dan Uais rasakan? Tentu awak rasa sakitkan? Mereka berdua
tiada sesiapa melainkan Bob. Mereka berdua akan hilang tempat bergantung.
Naluri perempuan saya tak dapat terima semua ini,” mata Dhia berkaca.
“Abang tahu. Tapi Sayang lupa apa
yang Bob dah buat pada Sayang? Sayang tak ingat akan parut atas kepala tu?
Mungkin Sayang boleh lupa tapi tidak pada Abang. Perasaan Abang sakit bila
tengok Sayang sakit. Paling-paling, Bob kena diberi pengajaran,” Daim
menegaskan katanya.
“Saya tahu awak sayang saya. Saya
pun sayang awak...” Dhia hilang kata-kata.
“Sudah tu? Masih nak gugurkan dakwaan?”
soal Daim.
“Ummm...” Dhia mengangguk.
Daim mendiamkan diri seketika.
Pandangannya dibuang jauh ke luar. Sejujurnya, Daim juga merasai apa yang
dikatakan Dhia. Daim sudah nampak akan apa yang bakal dihadapi Sofea dan Uais.
Tapi Negara Malaysia kita ini mempunyai undang-undang. Setiap yang salah harus
mendapat membalasan. Tapi undang-undang kita tak kejam dan zalim. Sehingga
menjatuhkan hukuman secara membabi buta.
“Abang tak rasa undang-undang kita
akn lepaskan Bob macam tu je. Tapi
mungkin kita boleh memohon agar hukuman Bob di ringankan. Hanya itu yang kita
boleh buat. Menarik balik dakwaan, Abang rasa kita sudah terlambat. Hukuman
kepada Bob bakal diputuskan tak lama lagi,” ulas Daim selepas berdiam diri
seketika.
“Boleh ke?” soal Dhia yang sedari
tadi menunduk.
“Tak tahu. Kita kena periksa dengan
peguam dulu macam mana. Apa perkembangan kes terkini?”
“Kita jumpa peguam hari ini boleh?”
Dhia seakan merayu.
“Boleh, Sayangku Dhia”
Senyuman diberikan seikhlasnya
kepada Dhia. Wanita yang bakal menjadi permaisuri dalam tempoh 3 bulan
mendatang. Apa sahaja untuk Dhia akan dilakukan. Daim tidak mahu Dhia merasai
penderitaan ketika berada dalam tahan Bob dulu. Daim telah berjanji akan
menyayangi Dhia seadanya.