Bab 13
Pejam celik pejam
celik dah hampir 5 bulan Dr. Aiman dan Kak AD bertunang. Hubungan mereka dah
semakin baik. Puan Mariam pun dah berubah. Tidak lagi mengongkong Dr. Aiman
adik-beradik bila diberikan last warning oleh Dr. Aiman kalau Puan Mariam mahu
dimaafkan.
Persiapan untuk
majlis perkahwinan pun sudah sampai ke 70% siap. 2 bulan selepas mereka
bertunang, Tok Anjang meminta agak majlis dipercepatkan sebelum dia berangkat
mengerjakan ibadah haji. Kata Tok Anjang kalau tak keberatan, dia nak
selesaikan hal Kak AD sebagai cucunya sebelum dia berangkat ke Tanah Suci. Kan
ke kalau sebelum kita nak mengerjakan ibadah haji kita kena selesaikan semua
urusan kita dahulu antaranya mengahwinkan anak perempuan kita.
Maka, disebabkan
alasan ini, Pertunangan Kak AD dipendekkan menjadi 6 bulan sahaja. Syukur
Alhamdullilah, kedua-dua pihak bersetuju dan kebetulan memang Kak AD dan Dr.
Aiman target untuk berkahwin selepas 6 bulan bertunang.
###
Rumah Mak Cik
Kesuma Dewi dah semakin ramai yang turun membantu apa yang patut walaupun
majlis berlangsung sebulan lagi. Lagak seperti bakal menerima menantu dalam
masa seminggu je lagi.
Wang belanja hangus
RM7,000.00 yang diberikan oleh pihak Dr. Aiman, Kak AD serah bulat-bulat kepada
abang-abangnya untuk buat apa yang patut. Abang Daiz selaku yang sulung,
mengagih-agihkan dengan cara berhemah. Abang Dani diberikan RM1500.00 untuk
urusan Kompang, Marhaban dan Majlis Khatam Al-Quran. Daim diberi RM 3000.00
untuk urusan ahli kendarat, sewa kanopi dan DJ. RM 1000 dibuat bayar duit
langsir dan selebihnya digunakan untuk membeli lauk kenduri. Mak Cik Kesuma
Dewi menambah RM 3000 duit yang memang arwah Pak Cik Muda Hitam tinggalkan
untuk setiap anak-anaknya bila diperlukan. Dengan duit yang berbaki itu, Abang
Daiz dan Mak Cik Kesuma Dewi berhati-hati dalam membeli barangan untuk kenduri.
Takut berlebih pula. Barang dibeli berpandukan menu yang akan dimasak secara
rewang oleh semua jiran tertangga.
###
Masuk hari ni,
tinggal 2 minggu lagi untuk majlis Kak AD. Semua sudah semakin sibuk dengan
urusan untuk kenduri Kak AD. Ramai yang datang merewang. Kebanyakkannya
berjalan dengan lancar.
Kak AD pun dah tak
boleh berjumpa dengan Dr. Aiman. Nak pergi kerja pun berhantar berambil. Mak
Cik Kesuma Dewi takut kalau apa-apa terjadi pada Kak AD sebelum hari
langsungnya. Pergi balik kerja tak abang-abangnya ambil, Daim yang akan pergi
ambil. Mula-mula rimas juga tapi kenalah biasakan juga.
Dalam pada orang
semua lincah ke depan ke belakang mengemas apa yang patut, Kak Lin terduduk
disuatu sudut. Mukanya pucat sangat. Perutnya terasa memulas semacam. Peluh
merecik didahi dengan banyaknya. Kenapa dengan aku ni? Kena sengugut ke? Dirasa
kain batik yang dipakainya basah. Aku ni bocor ke? Tak akanlah kot. Baru je tukar
tadi. Di raba kainnya. DARAH. Terkejut bukan kepalang Kak Lin bila sangkaannya
benar. Kak Lin terkulai layu ke lantai.
“Lin...Lin... Ya
Allah! Kenapa dengan kamu ni Lin?” terkejut Mak Cik Kesuma Dewi melihat Kak Lin
dah terbaring dilantai dengan tangannya berdarah. Dilepaskan barang ditangan
dan terus mendekati Kak Lin.
“Dani...Dani...Adik
pi panggil Angah kamu cepat,” Mak Cik Kesuma Dewi meriba Kak Lin. Semua yang
melihat, cuba memberikan bantuan. Ada yang mengipas-kipas Kak Lin dengan tudung
periuk. Ada yang memercikkan air ke mukanya. Tudung Kak Lin di buka takut kalau
Kak Lin pengsan sebab kepanasan.
“Ya Allah! Lin?
Lin?” jerit Abang Dani melutut di sebelah isterinya. Ditampar-tampar pipi Kak
Lin.
“Mak kenapa ni
mak?” soal Abang Dani cemas.
“Mak pun tak tahu.
Tiba-tiba je dah jadi macam ni,” jawap Mak Cik Kesuma Dewi cemas juga.
“Along rasa, Lin
bleading ni. Baik kita bawa ke hospital cepat,” arah Abang Daiz.
Abang Dani terus megendung Kak Lin dan
dibawa ke kereta Abang Daiz yang dah siap dibuka. Kak Diana menutupkan pintu
belakang dan Abang Daiz terus memecut ke hospital.
Dalam perjalanan ke hospital, Abang
Daiz sempat menjerit dari arah bertentangan bila ternampak kereta Daim yang
dalam perjalan pulang selepas mengambil Kak AD.
“Achik, ikut Along
pi hospital,” kuat suara Abang Daiz melawan angin. Daim yang terpinga-pinga
terus membuat U-Turn kecemasan. Berderet-deret hon kereta berbunyi. Daim hanya
mampu mengangkat tangan dan terus memecut rapat kereta Abang Daiz. Kak AD dah
memegang erat seat beltnya dengan kelajuan Daim.
“Daim, pelahan
sikit. Laju sangat ni,”
“Pelahan tak
dapatlah kejar Along. Ni mesti ada apa-apa ni. Kak AD relax je. Pejam je mata
ok?”
“Gila kau, mati
akak kang tak kahwin akak tau. Pelahan sikit, dik,”
“Sikit je lagi,”
terus di pecut kereta mengekor tepat belakang kereta Abang Daiz.
Sampai di hospital,
Abang Dani terus mengendong Kak Lin masuk ke dalam wad kecemasan. Kak AD yang
nampak darah menitis dari kain batik Kak Lin, terus berlari dia ke arah Abang
Dani.
“Nape ni Angah?”
soal Kak AD cemas.
“Tak tahu.
Tiba-tiba jadi macam ni. Bleading
teruk,” Kak Lin di tolak ke dalam bilik kecemasan.
“Kak Lin gugur ke?”
soal Kak AD lagi.
“Gugur? Entah.
Angah tak tahulah. Yang Angah tahu dia mengadu sakit pinggang dan haid dia
keluar banyak. Tu je,” jawap Abang Dani sambil menjengah-jengah ke dalam bilik
kecemasan.
“Along rasa Lin pregnant tapi dah gugur. Kak Diana, dulu
pun macam tu jugak masafirst time
pregnant. Kan dia gugur?” Abang Daiz memberikan pendapat.
“Betul ke Dahlia?”
soal Abang Dani kepada Kak Ad.
“Tak dapat nak
sahkan. Tapi memang antara dua je. First
bleading sebab gugur. Other one maybe
because of period pain. Kita tunggu report
doktor dulu. Doa banyak-banyak ye Angah,” Kak AD memegang bahu Abang Dani.
Abang Dani memegang tangan Kak AD sambil mengangguk. Daim hanya senyap disisi.
Nak menyampuk dia tak tahu nak menyampuk bab yang mana.
Sementara itu, di
rumah Mak Cik Kesuma Dewi semua sabar menanti berita daripada hospital. Mak Cik
Kesuma Dewi dah tak mampu nak berbuat apa-apa. Hatinya betul-betul risau akan
Kak Lin. Dah masuk Isyak pun, satu berita dari hospital tidak terima. Mak Cik
Kesuma Dewi dalam lewat solat Isyaknya, dia memohon agak menantunya selamat.
“Mak, diaorang dah
balik,” jerit Delita. Terus Mak Cik Kesuma Dewi membuka telekungnya dan berlari
ke depan rumah. Kelihatan Abang Dani bermuka sungul semacam. Kak AD dan Abang
Dani hanya menunduk. Daim menyandar di pintu rumah.
“Lin macam mana?”
soal Mak Cik Kesuma Dewi. Kak AD memandang kemudian mengeling. Mak Cik Kesuma
Dewi semakin risau. Jauh disudut hatinya dia memohon agak menantunya selamat.
Airmatanya tumpah ke bumi.
“Lin, gugur mak,”
tenang suara Abang Dani menuturkannya.
“Ha? Dah berapa
lama dia mengandung?” soal Mak Cik Kesuma Dewi lagi.
“Doktor cakap janin
baru berusia 3 minggu. Badan Kak Lin tak cukup kuat, mak tu menyebabkan Kak Lin
keguguran,” terang Kak AD.
“Ya Allah. Habis
mana Lin?” Abang Dani memandang Abang Daiz.
“Dia kena tahan
dekat hospital malam ni. Insyallah esok baru boleh balik,” tutur Abang Daiz
bagi pihak Abang Dani.
“Mak janganlah
risau. Lin dah sedar tadi masa kitaorang tinggalkan dia. Kak Lin memang kuat,
mak. Sikit pun tak menangis.” sambung Abang Daiz.
“Depan korang
memanglah dia tak tunjuk. Cuba dekat belakang? Hati isteri mana yang tak sedih
bila jadi macam ni. Tau-tau je gugur!” tegas suara Mak Cik Kesuma Dewi.
“Belum rezeki, mak”
Abang Dani bersuara lemah.
“Ni semua salah
mak. Kalaulah mak tak suruh Lin buat kerja teruk-teruk mesti tak jadi macam ni.
Patut dari awal lagi mak dah perasan perubahan Lin. Salah mak. Memang salah
mak,” Mak Cik Kesuma Dewi memukul-mukul badannya. Terkejut semua dengan
tindakan Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak, bawa mengucap
mak. Bukan salah mak pun. Allah belum nak bagi rezeki pada kami lagi,” pujuk
Abang Dani yang dah memeluk Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak yang salah.
Mak suruh Lin buat macam-macam kerja,” raung Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak, bukan salah
mak. Bukan mak,” Abang Dani pun dah berjurai air mata. Mak Cik Kesuma Dewi
tepis Abang Dani ke tepi.
“Mak, Kak Lin pun
tak tahu dia mengandung mak. Kalau dia tahu mesti dia akan beritahu dengan kita
mak. Ni bukan salah mak,” Daim pula memujuk.
“Daim, kamu tahu
tak berapa lama Angah kamu tunggu nak dapat anak? Kamu tahu tak?” Mak Cik
Kesuma Dewi dah merentap kolar baju Daim. Tersentak Daim. Tak pernah dilihat
mata Mak Cik Kesuma Dewi merah, menangis bergini.
“Mak, bawa
mengucap, Mak. Belum rezeki lagi kita nak buat macam mana?” pujuk Kak Diana
pula sambil cuba meleraikan gengaman Mak Cik Kesuma Dewi dengan kolar baju
Daim.
“Mak, Dani tak
pernah salahkan mak pun. Salah Dani yang tak alert dengan cerita Lin. Salah
Dani mak. Bukan salah mak,” Abang Dani cuba memujuk lagi.
“Lin pernah cerita
yang dia lewat datang haid. Tapi kami cuma ingat sebab Lin terlalu sibuk tu
yang haid dia lambat. Kami tak pernah memikirkan sebarang kemungkinan yang Lin
mengandung mak,” cerita Abang Dani. Mak Cik Kesuma Dewi meleraikan
genggamannya. Menangis mengadap lantai. Daim dah terduduk disisi. Masih
terkejut.
“Semua ni salah
Dani, mak,” Abang Dani dah menampar pipinya.
“Sudah, semua tak
salah! Ni semua ketentuan Allah. Allah belum nak beri rezeki lagi pada Dani
dengan Lin buat masa sekarang. Bukan salah siapa-siapa pun,” jerit Tok Anjang
dari arah pintu rumah pula. Mak Cik Kesuma Dewi tersentak. Ditoleh ke arah Tok
Anjang sebelum melangkah ke biliknya.
“Mak...” jeritan
anak-anaknya tak dihiraukan.
“Biar Mak Su yang
pujuk,” Mak Su Timah terus melangkah ke bilik Mak Cik Kesuma Dewi.
Mak Su Timah
melangkah masuk ke bilik Mak Cik Kesuma Dewi dengan berhati-hati. Dilihat Mak
Cik Kesuma Dewi menangis semahunya di birai katil. Pelahan-lahan langkahnya
diatur lalu terus melabuhkan pinggulnya disebelah Mak Cik Kesuma Dewi.
“Kak, janganlah
bergini. Bukan kita nak jadi macam ni pun. Semua ni ketentuan Allah macam
Anjang cakapkan. Belum rezeki lagi kak,” pujuk Mak Su Timah sambil mengusap
belakang badan Mak Cik Kesuma Dewi yang duduk tunduk mengadap lantai.
“Timah, patut akak
sebagai orang tau ni patut tahu perubahan yang Lin tunjukkan. Tapi kenapa akak
tak perasan semua tu? Dani dengan Lin dah 4 tahun menunggu.” Mak Cik Kesuma
Dewi menunding jari ke dadanya.
“Kak, adakala Allah
hilangkan sekejap nikmat sebab Allah berjanji nak berikan yang lebih baik
kepada hambanya. Adakala Allah berikan sesuatu yang baik tapi kemudian Allah
turunkan bala sebab nak menguji ketaatan hambanya. Kak, semua yang berlaku ada
sebabnya. Mungkin sekarang belum masanya mereka nak diberikan zuriat. Tapi mana
tahu pada masa akan datang?” Mak Su Timah bersuara lembut.
“Nak menunggu
sampai bila, Timah? Sampai aku dah tak ada nanti?” Mak Cik Kesuma Dewi bersuara
kasar.
“Sabarlah, Kak.
Sekurang-kurangnya kita tahu Lin boleh lahirkan anak buat Dani. Itu yang
penting. Sedikit sebanyak dapat menangkis kata-kata orang tentang Lin. Kesian
dia menangung azab mulut orang,” Mak Su Timah berdiplomatik dengan Mak Cik
Kesuma Dewi.
Diluar pintu, Daim
adik-beradik kusyuk mencuri dengar perbualan Mak Su Timah dengan mak mereka.
Abang Dani saja yang berada diserambi rumah menenangkan dirinya. Ikutkan hati
dia nak jadi orang yang sangat tabah hadapi semua ni. Tapi tak sangka bolos
juga airmatanya.
“Ni kenapa semuanya
disini?” Mak Su Timah yang membuka pintu bilik terkejut bila Daim dan Delita
tertongeng ke depan bila pintu bilik Mak Cik Kesuma Dewi dibuka. Dua-dua
tersengih.
Mak Su Timah
menutup kembali pintu.
“Mak Su, mak ok
tak” soal Daim.
“Ok dah. Tengoklah
sapa yang pujuk? Made from Lumut.”
kerek Mak Su Timah kemudian beransur pergi.
“Kerek dowh,” Daim
menjelir lidah kepada Mak Su Timah.
###
Dah seminggu Kak
Lin berpantang. Maka dengan ini, tinggal seminggu jugalah Kak AD akan
dinikahkan dengan Dr. Aiman. Kak AD pun dah mula bercuti sejak awal minggu ini.
“Abang, bosanlah
duduk dalam bilik je. Saya ni pantang orang gugur. Bukan pantang bersalin pun,”
rengek Kak Lin pada suaminya yang disuruh berpantang oleh Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ish! Abang pun tak
tahu nak cakap macam mana Lin. Mak cakap kena pantang paling-paling sebulan,”
jawap Abang Dani.
“Maknanya ada 3
minggu lagi? Saya rasa makin sakit bila duduk dalam bilik ni. Abang darah saya
dah habis dah. Bolehlah saya tolong mak?” pujuk Kak Lin.
“Yang tu, awak
pujuklah mak sendiri. Mak tu ralat sebenarnya kes awak gugur ni. Tu yang mak
jaga betul awak, Lin,” Abang Dani tak mahu berkrompomi.
“Alah, saya tak
salahkan mak sikit pun bang. Saya sendiri pun tak sedar saya dah mengandung.
Belum nak dapat rezeki lagi. Abang tak kisah ke saya gugur ni?” Kak Lin buat
ayat sedih.
“Ish! Ke situ pulak
dia. Lin kalau kita tak redha dengan ketentuan Allah samalah dengan kita
menidakkan takdir yang Allah tentukan buat kita. Mungkin sekarang ni Allah
belum nak bagi rezeki pada kita tapi mana tahu akan datang Allah bagi sekali
kembar dua ke? Tak pun empat ke? Enam ke? Tak payah awak mengandung banyak
kali. Sekali je cukup,” Kak Lin menampar belakang badan Abang Dani. Ketawa
kecil Abang Dani.
“Abang ni
macam-macamlah,”
“Oklah abang nak
sambung kerja berat ni,” sisa ketawa masih kedengaran.
“Abang saya pantang
makan je boleh tak?” rayu Kak Lin lagi. Abang Dani hanya menjungkitkan bahunya
sebelum berlalu keluar. Kak Lin kembali baring.
Didapur, Abang Dani
menarik Mak Su Timah ke tepi,
“Mak Su, Lin cakap
dia nak pantang makan je boleh tak?” soal Abang Dani yang kesian dengan Kak Lin
yang dilarang membuat sebarang kerja.
Ketawa Mak Su Timah
mendengarnya. “Tu kamu kenalah berurusan dengan mak kamu. Mak Su tak boleh
masuk campur,”
“Mak Su tolonglah
pujuk mak,” rayu Abang Dani.
“Dani bukan apa.
Kesian Lin. Asal Dani masuk bilik je mulalah dia merayu nak buat koje. Katanya
bosan tahap maharaja dewa dah,” kata-kata Abang Dani dibalas dengan ketawa.
“Lin, kamu nak
menolong ni boleh. Tapi ingat jangan angkat yang berat-berat,” tiba-tiba muncul
Mak Cik Kesuma Dewi dan Kak Lin yang senyum memanjang didapur. Abang Dani
mengangkat kening pada Kak Lin. Kak Lin hanya senyum suka yang amat.
“Ha tu, dah
dapatlah tu,” jawap Mak Su Timah. Abang Dani hanya tersenyum. Lin...Lin...
###
Tingal lagi 2 hari
Kak AD akan dinikahkan. Berdebar-debar rasa hatinya. Pelamin pun dah siap
dipasang sejak semalam. Khemah pun dah mula naik tengah hari tadi. Orang
merewang pun dah mula membuat persiapan untuk memasak. Langsir rumah je dalam
proses menukar yang baru. Mujur rumah tak perlu cat sebab cat raya lepas masih
elok lagi.
Awal pagi lagi Mak
Siti, bidan kampung dah mandikan Kak AD dengan air rendaman bunga-bunga. 7
jenis bunga semuanya. Tujuaanya nak naikkan seri pengantin. Lepas mandi, Kak AD
ditilik pula tahap 'kesuciannya'. Mak Siti hanya senyum kemudian mengangguk
pada Mak Cik Kesuma Dewi. Kak AD hanya kesejukan mandi air bunga tadi. Dalam
hatinya tertanya-tanya kenapa rambutnya direndamkan dalam air.
“Malam kang pakai
inai mesti elok merahnya,” lagilah Kak Ad tercengang dengar kata-kata Mak Siti.
Apa kena mengena ujian tadi dengan inai akan merah?
“Sat lagi hang
jangan gatai-gatai nak lalu bawah ampaian baju, jangan langkah bendui. Ni bunga
ros ni makan kelopaknya sampailah hari kamu nikah nanti,” pesan Mak Siti lagi.
“Kenapa tak boleh
langkah bendui dengan lalu bawah ampaian pula? Ni nak makan bunga pula nape?”
soal Kak AD sambil menerima mangkuk berisi kelopak bunga ros dari Mak Siti.
“Semua ni nak
menaikkan seri pengantin kamu. Ros tu bagus makan boleh lancarkan darah. Boleh
merahkan muka,” jawap Mak Siti.
“Ish! Mengarut je
semua ni. Ada pula makan bunga ros boleh lancarkan darah,” rungut Kak AD. Yelah
al-maklumlah, Kak AD bukan percaya dengan ilmu perubatan tradisional ni pun.
Doktor modenlah katakan?
“Dahlia, kamu ni
cubalah sekali sekala percaya cakap orang-orang tua ni. Ish budak ni tau,”
cubit Mak Cik Kesuma Dewi.
“Tak mengape le,
Dewi. Biase le budok-budok. Malam kang Kak mai pakai inai pula. Dahlia, kamu
nak ukir-ukir ke?” soal Mak Siti.
“Tak mau le, Mak
Siti. Aiman tak suka tangan berukir ni,” jawap Kak AD.
“Ha iye le. Esok
kamu khatam quran kan? Sape khatamkan?” soal Mak Siti lagi.
“Ha'a. Umi Jah
khatamkan,” Umi Jah ni ustazah yang mengajar mengaji. Semua yang mengaji dengan
dia, dia selesa dipanggil Umi. Dulu Kak AD adik beradik belajar mengaji dengan
Umi Jah lah. Orangnya sebaya Mak Cik Kesuma Dewi.
“Oh! Jah khatamkan?
Ha kalau macam tu, malam kang Mak Siti datang dengan inai sekali. Lepas isyak
ye?” Mak Siti dah melangkah nak keluar dari bilik pengantin.
“Ok, Mak Siti,” Kak
AD mengangkat tangan tanda isyarat OK.
###
Hari ni hari
terakhir sebelum Kak AD bergelar isteri orang. Tegang urat pingang Kak AD tidur
tak berkalih-kalih sebab takut tilam kena tompok inai. Malam tadi, Mak Siti dah
berpesan jangan tidur lasak-lasak nanti inai comot dan Kak AD berjaya
merealisasikannya. Hehehe...
Kak Ad mencabut
semua inai dijari kakinya sebab nak senang bergerak ke bilik air. Mak aii
merahnya Mak Ngah! Terkial-kial Kak AD ke bilik air. Dilihat ada sebaldi air
bunga. Kak AD mandi dan air last
sekali diambil segayung ari bunga tadi, diselawat nabi kemudian dijirus dari
kepala terus mengalir ke kaki. Memanglah mengalir ke kaki tak akan ke pusat je
kot. Hehehe...
Lepas je mandi
bunga, Kak AD dan Mak Su Timah bertukus lumus menyiapkan hantaran. Kak AD
bertegas nak siapkan hantarannya sendiri. Delita dan Delila mengambil part
menghiaskan bilik pengantin bersama Mak Su. Kira dalam hal ni, Mak Su Timah The
Master Mind lah. Terkangkang-kangkang Mak Su Timah ke ruang tamu ke bilik
memantau dua urusan sekali jalan. Kak Lin yang dah dibenarkan membantu apa yang
patut tapi hanya yang ringan-ringan sahaja, mengambil part menyiapkan bunga
pahar dengan sirih junjung. Kak Diana pula menjadi chef dengan suaminya, Abang
Daiz. Abang Dani dan Daim uruskan hal-hal yang berat macam susun atur dalam
khemah.
Tepat jam 12 tengah
hari, siap juga kerjanya.10 gubahan dulang hantaran, Kak AD letak semuanya atas
katil pengantinnya. Dalam peluh yang amat sangat, kawan-kawan Kak AD dah pun
sampai untuk memeriahkan hari bahagianya. Kak AD sempat layan ala kadar je sebab
dia kena bersiap untuk Majlis Khatam Al-Quran pukul 3 nanti. Mak Andam pun dah
sampai. Kak AD bermandi ala kadar sahaja. Kemudian terus bersiap dibiliknya.
Untuk Majlis Khatam
Al-Quran, Kak AD mengenakan persalinan putih coklat yang dihadiahkan oleh Misha
masa hari terakhir dia di Kelantan dulu. Cantik. Ramai yang memuji.
Tepat jam 2:30, Umi
Jah sampai. Kak AD pun dah bersiap di pelaminnya. Majlis bermula dengan
Marhaban dan barulah Kak AD dikhatamkan. Mak Cik Kesuma Dewi tersenyum gembira
bila anak daranya lembut mengalunkan ayat suci Al-quran. Dalam Majlis Khatam
Al-quran ni bukan Kak AD je, ramai lagi. Kira sekali harung semua sekali.
Senang 1 majlis sekali jalan. Jangan tak tahu, Mak Su Timah pun khatam sekali
ye!
###
Sayang, I nervouslah...
Mesej yang diterima
oleh Dr. Aiman dari Kak AD mengundang senyum yang panjang.
Abang pun nervous juga, sayang. Kurang dari 20 jam sayang akan jadi
milik abang sepenuhnya.
“Aik sejak bila
pula bahasakan diri 'abang' lak ni” Kak AD bersuara sendirian. Malam ni malam
terkahir dia tidur sebilik dengan Delita dan Delila. Mulai esok dia akan ada
roomate baru.
Sejak bila guna 'abang'?
Bermula dari saat ini!
Kalau tak nak guna boleh tak?
Tak boleh. Kena guna gak. Nanti kira
nusyus.
Boleh mcm tu? Tau le baru g kursus kahwin.
Esok jangan lupa bawa sijil tau.
Ok, Sayang. Tak sabar nak tengok Sayang
esok. 2 week without ur face.
Sabarlah sikit. Lepas ni tgklah sampai
jemu ok?
Tak akan jemu walaupun sedikit. ;)
just wait and see...k good night, Dear.
Love you.
Kak AD menamatkan
mesej dengan Dr. Aiman bila Mak Cik Kesuma Dewi tiba-tiba masuk ke bilik anak
dara.
“Dahlia,” panggil
Mak Cik Kesuma Dewi.
“Iye saya,” Kak AD
terus bangun dari pembaringannya. Mak Cik Kesuma Dewi duduk dikerusi meja
solek.
“Dah besar dah anak
mak. Terasa kejap je Dahlia dengan mak. Esok dah nak jadi isteri orang,” diusap
ubun-ubun Kak AD. Kak AD tiba-tiba sayu. Kenapa ni???
“Dah jadi isteri
orang nanti, jaga suami baik-baik. Jaga makan pakainya. Jaga adap seorang
isteri. Jangan sekali-sekali tinggikan suara pada suami. Berdosa. Ingat ye
nak?” airmata Kak AD dah semakin deras mengalir walaupun cuba ditahannya dari
awal.
“Kalau ada apa-apa
yang tak puas hati dengan suami, ajak berbincang. Selalu ajak suami solat
jemaah bersama. Pengikat kasih sayang tu. Macam mana sibuk pun urusan di
hospital nanti, jangan sekali abaikan tanggugjawab seorang isteri. Lepas ni,
syurga, Dahlia bukan bawah kaki mak lagi. Tapi bawah kaki Aiman, suami Dahlia,”
Mak Cik Kesuma Dewi duduk disebelah Kak AD. Dipeluk anak gadisnya. Diusap
airmata Kak AD yang mengalir dipipi.
“Pengantin, tak
baik menangis. Nanti mata sembab,” diberikan senyum pada Kak AD.
“Mak,” Kak AD
memeluk erat Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak tahu anak mak,
anak yang baik,” Mak Cik Kesuma Dewi mencium ubun-ubun Kak AD dan mengusap
rambut Kak AD yang panjang mengurai.
###
Awal pagi ini, Kak
AD berendam dalam bilik air. Perutnya rasa tak sedap. Puas orang mengetuk pintu
suruh Kak AD keluar. Tapi katanya dia sakit perut.
'Ish nape le
time-time macam ni le baru nak sakit perut,' rungut Kak AD dalam hati.
“Kak AD, kalau Kak
AD tak keluar juga, Daim tendang pintu ni,” jerit Daim dari luar bilik air.
“Ok akak keluar,”
sahut Kak AD dari dalam.
Keluar je dari
bilik air, “kacau je orang nak buang hajat,”
“Hajat mende, dah
dekat 2 jam dalam bilik air bukan buang hajat tapi buang tebiat namanya.
Tahulah nervous nak nikah hari ni tapi takyah la tunjuk,” usik Daim.
Kak AD bagi
jelingan maut. Dijelirkan lidah kepada Daim sebelum beransur ke bilik
pengantin. Ketawa sakan Daim.
Kak AD akan
dinikahkan dengan Dr. Aiman jam 10 pagi dan bersanding jam 2 petang nanti.
Sekarang jam menunjukkan jam 8 pagi. Semakin kuat dengupan jantung Kak AD. Mak
Andam yang menyolekkan Kak AD, menyuruh Kak AD banyak-banyak beristirigfar.
Disuruh Kak AD baca Ayatul Qursi dan ayat empat Qul. Pelahan-lahan Kak AD
membaca.
“Saya tak dapat nak
bacalah, kak. Tungang langgan semua ayat saya baca,” Kak AD bersuara bila tahap
nervousnya menyesakkan dada.
“Hehehe...biasalah
tu. Bawa-bawa bersabar. Nanti dah nikah nanti, takde dah rupa macam sekarang
ni. Terasa nak cepat pula majlis berlalu. Nak buat proses seterusnya,” perli
Mak Andam. Kak AD hanya tersenyum. Padanlah orang cakap Mak Andam ni mulut
boleh tahan laser. Cakap tak pakai water
filter!
“Mak Yang, Ayah
Lang dah sampai,” jerit anak Abang Daiz, Syuhadah.
“Awalnya?,” Kak AD
mengerling je jam dinding. Dilihat jarum jam tak bergerak. Statik pada jam 8:30
pagi.
“Haiyak, jam
mampuih le! Dah pukul berapa sekarang ni?” dah mai dah panik Kak AD. Padanlah
Daim cakap dekat 2 jam dalam bilik air, rupanya memang betul pun. Haiyak.
“Lagi 15 minit nak
jam 10 pagi,” jawap Delita yang kebetulan memang ada dalam bilik teman Kak AD.
“Ha? Macam ner ni,Kak?
Dah siap ke saya ni?” bertuli soalan Kak AD.
“Sikit je lagi.
Kamu janganlah bergerak banyak sangat. Relax je. Kalau pun rombongan dah sampai
tapi kalau tok kadi tak sampai tak jalan juga,” jawap Mak Andam.
Kak AD hanya diam
walaupun tangannya dah berpeluh yang amat.
Siap je Kak AD
diandam, Misha masuk ke bilik. Pada masa ni jam dah menunjukkan jam 11 pagi.
Maknanya sejam lewat dari masa yang dijanjikan. Makin tak keruan Kak AD.
“Relakslah, Kak. Everything will be ok. Akak nampak cantik sangat!”
puji Misha.
“Tengoklah sapa
yang make upnya,” Mak Andam menyampuk. Dalam hati Misha dah mencebik Mak Andam
Kak AD.
“Assalamualaikum...maaflah
saya lambat. Tadi pengantin yang pertama tadi tu lambat tu saya pun terlambat
juga. Maaf ye?” Tok Kadi memohon maaf bila sedarkan kelewatannya.
“Wa'alaikumsalam...masuk
Tok. Tak le lambat sangat,” jawap Abang Daiz yang akan menjadi wali Kak AD.
“Pengantin dah
sedia ke?” soal Tok Kadi.
“Dah ready dah. Ni dia pengantinya,” Abang
Dani menunjukkan kepada Dr. Aiman. Dr. Aiman menyalam tangan Tok Kadi.
“Awat berpeluh
tangan?” usik Tok Kadi. Dr. Aiman hanya tersenyum.
“Pengantin
perempuan?” soal Tok Kadi lagi.
“Dalam bilik Tok,”
balas Abang Dani.
“Panggil pengantin
perempuan keluar,” arah Tok Kadi. Abang Daiz mengangguk kepada Kak Diana.
“AD, meh keluar.
Tok kadi panggil,” jemput Kak Diana. Kak AD menarik nafas sedalam yang mungkin
kemudian dihembuskan. Pelahan-pelahan kakinya melangkah keluar.
“Itu pengantin
perempuannya,” tunjuk Abang Dani.
Dr. Aiman memandang
ke arah belakang. Sesaat dia terpegun dengan kecantikan Kak AD. Sangat lain
daripada hari-hari biasa.
“Duduk belakang
pengantin lelaki ye?” arah Tok Kadi. Kak AD akur.
“Pengantin lelaki,
betul itu bakal isteri kamu?” soal Tok Kadi kepada Dr. Aiman.
“Ye,” jawap Dr.
Aiman.
“Pengantin
perempuan, betul ini bakal suami kamu?” soal Tok Kadi kepada Kak AD. Kak AD
mengangguk.
“Kamu setuju untuk
berkahwin dengannya?” Soal Tok Kadi lagi.
“Ye saya setuju,”
jawap Dr. Aiman.
“Saya tak tanya
kamu. Saya tanya pengantin perempuan,” malu Dr. Aiman. Daim yang sedang
mengambil video pun boleh tergelak.
“Saya setuju,”
jawap Kak AD.
“Kalau macam tu
eloklah kita mulakan,” Tok Kadi mulakan khutubah kahwin dengan bab
tanggungjawab suami dan isteri.
Semua salinan yang
diperlukan di kumpulkan sebelah. Semakin berdebar hati Kak AD dan Dr. Aiman.
Mengigil tangan Dr. Aiman menyahut tangan Abang Daiz. Sengaja Daim fokus kepada
tangan Dr. Aiman yang nampak sangat mengigilnya.
Alhamdullilah
dengan sekali lafaz, Kak AD dan Dr. Aiman sah menjadi suami isteri. Kak AD
terasa batu besar yang menghempap kepalannya hilang macam tu sahaja.
Tibalah saat lafaz taklik dilakukan
sebelum acara membatalkan wudhuk dilakukan. Dr. Aiman meletakkan tangan
kanannya di ubun-ubun Kak AD.
“Andai saya, Nik
Aiman bin Nik Yusof meninggalkan isteri saya, Anggerik Dahlia binti Musa Hitam
3 bulan...aaaasssshhhhhuuummmm...” bersih panjang Dr. Aiman. Terkejut Kak AD.
“Sorry,” semua yang ada dah tergelak.
“Astagfirullah.
Macam-macamlah hampa ni. Mulakan sekali lagi,” arah Tok Kadi. Dr. Aiman pun
mulakan sekali lagi.
Acara membatalkan
wudhuk dilakukan, simbahan lampu kamera menujah-nujah ke muka diaorang. Kalah
artis pula gayanya. Dr. Aiman memakaikan Kak AD seutas rantai tangan emas dan
Kak AD menyarungkan sebentuk cincin silver ke jari manis Dr. Aiman. Dr. Aiman
mencium ubun-ubun Kak AD.
Selepas dinikahkan,
mereka bersalaman dengan semua ahli keluarga. Sebelum keluarga sebelah Dr.
Aiman bertanggak di rumah Kak Mila, mereka bergambar dengan pengantin
dipelamin. Dr. Aiman mengengam erat jari jemari isterinya. Terselah kasih
sayang mereka.
Majlis persandingan
hanya dilakukan kepada ahli keluarga terdekat sahaja. Maka, pada masa berarak,
mereka terus ke meja makan pengantin. Terselah kecantikan dan ketampanan
pengantin dengan persalinan Merah Putih. Sesuai dengan kulit diaorang yang
cerah dan kuning langsat.
Sesekali Dr. Aiman
menjeling kepada Kak AD dengan penuh kasih sayang. Dibisik ke telinga Kak AD, “
You will be thefirst and the last wife for me forever.”
4 comments:
Best best....
tq anonymous...;)
comel gilew la.tp susun la novel ikut episod die kt tepi.senang carik :)
tq Kill...belum pandai sgt dgn blog ni...xpe nt sy akn cube belajar dgn org yg lebih arif...tq for ur opinion...
Post a Comment