PROLOG
“Aku terima
nikahnya Dhia Lutfiyah binti Ahmad Lutfi dengan mas kahwinya RM 300.00 tunai”
dengan sekali lafaz Daim Hanafi dan Dhia Lutfiyah sah menjadi suami isteri.
“Alhamdullilah,”
Daim meraup mukanya tanda kesyukuran.
Akhirnya
setelah melalui pelbagai rintangan yang mendatang, mereka berdua bersatu
sebagai suami isteri juga. Daim sungguh tak percaya Dhia kini menjadi miliknya.
Daim tak sangka semua ini hanya berlaku dalam tempoh setahun usia pengenalan
mereka.
Daim memandang Dhia
dengan wajah penuh kelegaan. Sememangnya hari ini amat “ mencemaskan” naluri
lelakinya. bayangkan hampir sebulan tidak melihat wajah comel Dhia, 2 minggu
sebelum hari bahagianya tak boleh langsung menelefon Dhia. Mati kutu Daim
hampir 2 minggu menjadi mangsa keadaan permintaan Mak Kesuma Dewi dan keluarga
Dhia. Daim masih ingat lagi kisah 3 bulan lalu sewaktu nak menetapkan tarikh
langsung mereka. Mak Cik Kesuma Dewi telah membuat peraturan yang amat-amat tak
masuk akal iaitu :
1)
Tidak boleh jumpa Dhia sebulan sebelum majlis
nikah.
2)
Tidak boleh berhubung langsung dengan Dhia 2
minggu sebelum majlis nikah.
Nak terjojol biji
mata Daim dengan peraturan-peraturan yang diberikan oleh Mak Cik Kesuma Dewi.
Yang paling tak menahanya keluarga Dhia semua boleh bantaikan setuju dengan
peraturan tu. Alasannya nak membangkitkan rasa rindu pada kami. Tak payah
buat peraturan macam ni pun Daim akan sentisa rindu Dhia sebab sepanjang dia
orang bertunang pun bukan selalu sangat jumpa. Masing-masing sibuk dengan
tanggungjawab masing-masing kepada Negara. Al-maklumlah, Daim seorang tentera
berpangkat Kapten manakala Dhia seorang Pegawai Psikologi di Jabatan
Pekhidmatan Awam. Jumpa pun hanya nak beli barang keperluan majlis.
Daim tengak Dhia
hanya tersenyum manis balik langsir pintu bilik.
Peh! Gugur jantung,
limpa segala organ-organ dalaman aku dengan senyuman minah ni. Muka dahlha
bulat-bulat macam bola,mata pula sepet macam anak cina, bibirnya kecik molek je
tapi bila senyum kalah Lisa Surihani dalam iklan Lip Balm Mentholatum. Untung siapa dapat anak dara orang ni dan
manusia yang paling untung tu adalah aku. Kuang,kuang, kuang. Daim oh Daim kau
kalau bab perasan memang pandai.
Padahal macam-macam
boleh terjadi dalam masa sebulan ni. Daim mengomel dalam hati kesepian dengan
mata memandang Dhia dengan harapan akan ada yang membangkang peraturan-peraturan
tak masuk akal Mak Cik Kesuma Dewi iaitu ibunda Daim terchenta. Terchenta ke?
Haruslah. Sungguh pun Dhia lagi cun dari Mak Cik Kesuma Dewi ni tetapi Mak Cik
Kesuma Dewi tetap menjadi pojaan hati Daim.
Namun semuanya
hampa, tiada sorang pun yang berani membangkang. Aduhai! Terpaksalah Daim
menahan rasa sorang diri. Dhia ditenung macam nak juling. Tapi hampeh, Dhia
balas dengan juliran lidah pada Daim siap buat aksi juling mata sambil ibu jari
lekat di pipi gebu gebasnya sambil mengerak-gerakkan empat jari yang lain. Siap
ada yang join sekaki. Memang dasar tunang bawah usia. Macam budak-budak.
Ish! Ish! Daim
hanya mengelengkan kepala sahaja sambil memandang lantai dan jari kaki.
“ Hai Achik, rancak
geleng kepala. Udoh kenapa kamu? Kot iye pun nak berzikir, zikirlah elok-elok
ini idok dah macam ohgang Black Matel je dah Tok nengok.” Peh! Amik kau sedas
ayat tangkap pedih telinga khas di import
dari Lumut, Perak tak lain dan tak bukan semestinya Tok Anjang. Merah padam
muka Daim masa tu. Dhia pula bantaikan gelak sakan balik langsir. Tak senonoh
betul punya tunang.
Balik je dari rumah
Dhia, Daim diam seribu bahasa. Beria-ria Mak Cik Kesuma Dewi cerita pasal
kegembiraannya nak menyambut menantu baru.
Mak Cik Kesuma Dewi perasaan Daim senyap tapi dia tetap bercerita.
Tidak tahan bercakap seperti orang gila bahu Daim dicuit. Daim ibarat patung
langsung tiada respon.
“Kamu udoh nape?
Merajuklah tu. Achik, Achik oghrang lelaki ni tak elok muke ghupe itu. Buruk
beno mak nengoknya. Ce senyum sikit. Sayang de lesung pipit tapi x reghti nak
senyum.” Pujuk Mak Cik Kesuma Dewi sambil mengulus lembut pipi kasar Daim.
Daim senyum
sebaris.
“Mak le
pandai-pandai buat peraturan bagai tu nape? Bukannya Achik dengan Dhia selalu
jumpa pun. Dia sibuk dengan kerja dia Achik pun sibuk dengan kerja Achik. Tak
salahkan kalau kami nk jumpa selalu?” Daim melepaskan geram di hati.
“Mak ada sebab buat
macam tu Sayang. Kamu tu dah cukup ke semua ilmu tentang rumah tangga? Ilmu agama?
Cukup sempurna ke kamu nak menjadi pemimpin keluarga nanti? Cukup sabar ke kamu
nak melayan kerenah isteri nanti? Kalau ada anak nak layan anak lagi. Cukup ke
iman kamu?”
Mak Cik Kesuma Dewi
menarik nafas.
“Dalam masa yang
singkat inilah kamu harus betulkan mana yang patut di betulkan. Dhia tu baik
budi pekerti. Mak tak mahu kamu sia-siakan dia dengan kelemahan kamu sendiri.
Perkahwinan ni satu perjanjian suci, wahai anakku Daim. Kalau boleh bio la
sekali je dalam hidup. Mak kalau boleh nak anak-anak lelaki mak ni jadi contoh
yang baik pada isteri dan anak-anak kelak. Mak nak kamu jadi macam arwah abah
kamu. Macam arwah sayang mak, didik kamu adik-beradik macam tu juga mak nak
kamu lakukan. Isteri ni bukan hamba suami tapi isteri adalah permaisuri seorang
suami. Isteri bukan anak kapal bahtera rumah tangga tapi lebih sebagai
penasihat nakhoda kapal iaitu kamu.” Berhujah panjang Mak Cik Kesuma Dewi
sambil sengaja menunjal-nunjal bahu sasa anak lelaki bongsunya itu.
“Sakitlah mak. Apa
ni main cucuk-cucuk orang ni? Hilang balancing
setering ni kang.” Daim menepis tangan Mak Cik Kesuma Dewi. Peh sakitnya!!!
Dahlah jari runcing-runcing mahu tak sakit kena cucuk. Mahu lebam ni kang.
Nasiblah mereka berdua
je dalam kereta ni kalau tak mahu jadi bahan gelak adik-beradik lain.Daim sudahlah
dalam menahan sakit hatinya mengakui kata-kata Bonda Terchentanya. Perjalanan
dari Melaka balik ke Perak pun terasa jauh sangat-sangat. Terasa macam nak ke
pantai timur je caranya.
Tapi itu semua dah
pun lepas. Betul juga cakap Mak Cik Kesuma Dewi. Nak membangkitkan rasa rindulah
katakan. Tapi selebihnya lebih kepada nak mengelakkan dari maksiat
bermaharajalela, memperlengkapkan diri dengan ilmu agama, mengajar erti sabar
dalam nak memimpin rumah tangga dan paling penting nak member peluang
membetulkan mana salah silap dan kelemahan mereka berdua sebelum melangkah ke
alam rumah tangga. Alhamdullilah nasihat Mak Cik Kesuma ni tersemat rapi dalam
dada Daim. Biarlah lagi pun sekarang Dhia dah pun sah jadi isteri terchayang
Daim. Terchayang ke? Haruslah nama pun isterikan siapa tak sayang isteri kan?
Ish! Ish! Korang ni ada je nak complain
tau.
Selesai sujud
syukur Daim menitikan air mata jantannya. Mak Cik Kesuma Dewi memaut bahu Daim
dengan lembut, “Anak mak ni nagis gembira ke nagis suka?” Daim kesat air mata
dengan hujung jari.
Daim tanpa sengaja
melafazkan kerisauan di hati nak menjaga Dhia sebaik mungkin. Mak Cik Kesuma
Dewi terus memeluk Daim. Diurut belakang badan Daim. Mak cik Kesuma Dewi tahu
Daim mampu lakukannya. Dhia yang mendengar turut sama terpampang. Dalam
hati kecil dia menyeru nama suaminya kini. Manik-manik mutiara kaca halus gugur
ke pipi…
Tanpa sedar Daim
mengesat air mata di pipi Dhia. Dhia terharu. Dhia menunduk memandang karpet
hijau.Daim angkat dagu Dhia. Di tenung wajah Dhia. Wajah yang amat di rindu
selama sebulan.
“Abang tak akan
sia-siakan Sayang Abang, Dhia Lutfiyah binti Ahmad Lutfi. Hanya Sayang seorang
yang akan bertahta di hati Abang selepas mak mertua Sayang ni. Abang akan jaga
Sayang, sayang Sayang, didik Sayang selaku pemimpin kecil kurniaan Allah…” Daim
menutur tanpa meminta balasan kata-kata dari Dhia.
No comments:
Post a Comment