As’salamualaikum
Buat
Permaisuriku, Dhia Lutfiyah.
Sayang, sudah
bersediakah Sayang untuk menjadi Permaisuri yang akan sentiasa bertahta dalam
hati Abang? Sayang, esok adalah hari kita akan disatukan sebagai suami isteri.
Sejujurnya Abang mahu Sayang tahu satu cerita mimpi. Abang nak cerita berdepan
dengan Sayang tapi panahan mata Sayang tu memukau sangat. Jadinya, Abang
coretkan dalam warkah ini.
Sayang nak tahu tak?
Sebenarnya Sayang telah lama berada di hati Abang. Sejak dua tahun yang lalu,
Abang selalu mendapat mimpi petanda tentang Sayang. Mata Sayang selalu bermain
di fikiran Abang. Bermain dihati Abang.
Abang mengaku Abang
terlalu ego untuk mempercayai jodoh pilihan mak. Abang terlalu ego untuk
merendahkan diri berjumpa dengan Sayang. Tapi selepas terjumpa Sayang di Endau
Rompin, hati Abang tak keriuan. Tapi masa itu, Abang tak tahu Sayang adalah
tunang Abang. Kalaulah Abang tahu...
Sayang, setiap kali
Abang jumpa dengan wanita lain, Abang tak mampu lafazkan kata sayang. Hanya
pada Sayang sahaja Abang mampu lafazkan dengan tenang dan damai.
Sekarang Abang baru
tahu penangan Calon Menantu Mak. Taklah teruk sangat. Hehehe...
Kita jumpa hari nikah
kita nanti Ya Sayang... i love you more than everything.