~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Tuesday, December 27, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 44

Bab 44
            “Kak We. Jom makan,” laung Laila dari ruang dapur.
Senyap. Sepi. Tiada balasan apa-apa. Leher dipanjangkan keluar dari ruang dapur.
“Kak We, makan,” laung Laila sekali lagi.
Masih senyap tanpa sebarang balasan. Dahi Laila mula mengerut.
‘Hai! Mana pula Kak We aku ni? Nak kata keluar,  tak mungkin. Nak kata mandi pun tak mungkin. Ni mesti buat ikam pekasam, jeruk mangga sekali dengan tempe jawa dalam bilik ni.’ Gerutu hati Laila.
Langkah diatur laju menuju je bilik Dhia. Terjengah-jengah Laila ke arah bilik Dhia. Sungguh pun diaorang ni rapat dan saling tiada rahsia antara satu sama lain, bilik Dhia tetap sesuatu yang peribadi. Dhia tak gemar dekorasi melampau tapi Dhia sangat suka biliknya sentiasa kemas dan teratur. Itu sebab kalau Dhia balik Melaka, Latifah akan jadi separuh gila mengemas bilik anak dara. Sebelum gunung berapi memuntahkan larvanya, lebih baik diambil aisberg untuk ditutup lubang gunung berapi tersebut.
Laila tengok, Dhia sedang asyik benar berguling-guling atas katil. Ni mesti melayankan video lagi la ni. Aduhai! Kalau layan video Korea ke? Bollywood ke? Jepun ke? Oklah juga. Ini tidak, video yang satu tu juga yang nak diulang tayang berpuluh-puluh kali. Tak bosan ke mengadap video yang sama setiap hari?
Dari pagi bawa ke petang, petang singgah ke malam. Asyikkan video yang satu ni juga nak di tengok. Nak di belek. Nak ditelek... boleh pengsan macam ni! Tangan Laila sudah memegang dahinya. Pening...pening...nasiblah Dhia ni sorang je kakak Laila. Kalau ada 10? Eh! Tak payah 10, cukup hanya 2 orang je pun boleh buat muntah darah hari-hari nak mengadapkan perangai yang sama. Masyallah!
Kemarin, selepas Daim selamat hantar Dhia dan Laila di rumah, Dhia terus berlari anak masuk ke biliknya. Dicapai sebuah beg besar dari atas almari. Satu persatu isi perut beg itu diselongkar Dhia. Dari satu beg kecil kepada beg kecil lain. Dari beg tangan besar gabak kepada beg tangan sehalus dompet. Tangan diselup pada setiap inci ruang beg-beg itu. Mencari sesuatu yang hilang entah ke mana.
Dhia terasa separuh nyawanya pergi disebabkan terlalu mengah dan lelah mencari VCD pemberian Daim semasa majlis pertunangan mereka yang lepas. Laila yang sampai-sampai rumah terus meneguk air sejuk dimuka pintu peti ais, hanya mengeleng-gelengkan kepala. Latifah tak jadi ikut balik sama ke Putrajaya sementelah cuti sekolah masih panjang lagi. Lagi pun, mak dan ayah Dhia akan balik kampung dalam seminggu dua. Bolehlah dibawa Latifah balik sama. Jimat sikit duit minyak. Tak payah nak berulang balik ke Melaka semata-mata nak menghantar Si Minah Gedik sorang ni.
Mencungap Dhia mencari VCD nan satu. Itulah. Dulu lepas tunang tak nak tengok. Padanlah dengan muka sendiri. Ini kalau Daim tahu, kau hilangkan VCD tu, Dhia. Mesti dia kecil hati gila-gila argh dengan kau. Kuciwa habislah! Frust menonggeng-nonggeng. Silap hari bulan telefon kau pun dah tak nak, Dhia. Tapi boleh ke Daim hidup sehari tanpa suara Dhia? Mahu meroyan jadinya.
  Penuh keringat tu Daim fikir nak bagi apa yang istimewa pada kau. Siap kena gelak sakan dengan adik-beradik sekali dengan abang ipar sendiri. Tup-tup kau hilangkan pulak. Tak berbaloi keringat Daim tu, Dhia. Seminggu dia edit video tu semata-mata untuk kau, Dhia.
“Ish! Diamlah kau Cik Author. Buat aku tambah tension je. Cubalah kau buat babak aku dah jumpa video tu, lagi afdal,” ha! Tengok, kita pula kena marah. Matikan watak baru tau.
Tapi sebenarnya, Dhia dah pun berputus asa. Sudah hilang punca di mana disimpannya VCD yang Daim berikan. Puas difikirkan kembali beg mana yang dicampakkan VCD yang Delita bagi masa hari pertunangannya lepas. Dari bersila mula berdiri. Dari berdiri mula berjalan. Gaya sudah macam kanak-kanak yang sedang belajar nak berjalan. Mula-mula merangkak, berdiri dan berjalan. Habis satu bilik ditawafnya lebih 7 kali.
Akhirnya, setelah penat mencari, Dhia membuat satu keputusan nekad. Kalau Daim tak tanya, selamat. Kalau Daim tanya, kena cepat-cepat akal panjang ke hadapan memikirkan alasan paling munasabah. Janji tak mengecilkan hati Daim yang sememangnya dah pun kecil. Iyalah, kang kalau besar sangat, macam mana nak bawa masuk dalam anggota badan? Payah...payah!
“Dah jumpa?” soal Laila dimuka pintu. Dhia hanya mengeleng.
“Hummm...” terdengar satu keluhan berat dari mulut Dhia. Kedua-dua kaki dirapatkan ke badan. Dan tangannya memeluk kakinya. Kepala dilentok ke bahu kanan.
Laila masuk dan mula menyusun kembali beg-beg yang bersepah dilantai. Kesian melihatkan Dhia sebergitu rupa. Susah nak nampak Dhia down sampai macam ni. Lama sangat dah tak nampak. Last nampak masa Dhia putus dengan Bob. Tapi bukan sebab itu yang paling mengecewakan Dhia. Sebaliknya, Dhia pula terpaksa carry satu kertas. Semester akhir pula tu. Siapa yang tak down? Dah nak konvo kot?
Tapi nasib baiklah, dapat buat short sem untuk kertas itu sahaja. Kalau tidak, tak pasal-pasal kena carry satu semester lagi. Dan disebabkan itu jugalah, Dhia bernekad untuk tidak bercinta selagi cita-citanya untuk dapat PhD sebelum umur 30 tahun tercapai. No love, archive target first.
“Takpelah, Kak We. Nanti, nanti jumpalah,” Dhia tidak menjawap. Hanya matanya sahaja yang dikelipkan sekali tanda ‘ok’.
Malam itu, nak makan pun tak berselera. Nasi pun dimain kuis-kuis aje. Yang masuk ke mulut pun berapa suap sahaja. Laila pula yang berselera sungguh makan. Al-maklumlah, sambal tempoyak dengan ikan pekasam favourite ada.
“Aku dah,”
Wah! Ayat nak macam Scha Al-Yahya dalam iklan Carefree. Ingat apa? Nak sebut ayat tu je dapat bayaran mahal tau. Suka-suka je nak pinjam ayat tu kan. Kak We? Lauk sikit punya sedap pun tak nak makan ke? Lantak kaulah, Kak We. Janji perut aku berisi. Kalau kau mengadu sakit perut or lapar, siaplah kau aku kerjakan, Kak We.
Dhia terus membasuh pinggan dan tangannya di sinki. Laila hanya menghantar dengan ekor mata. Laila mencebik kepada Dhia. frust sangatlah konon.
“Malam ni, layan VCD nak tak? Astro lupa bayarlah,” sengih Laila.
Itulah, Laila. Selalu je lupa nak bayar bil-bil penting bila tiba gilirannya untuk bayar. Nak kata takde duit, mustahil bin tak mungkin. Laila ni antara orang yang penjimat. Orang lain, hujung bulan tinggal RM50.00 ke RM100.00 tapi Laila? Setakat nak beli kasut jenama Vincci pun lepas lagi. Nak kata takde masa, lagilah tak mungkin. Sekarang ni orang bayar bil api, bil air, bil astro, bil telefon walimah bayar ansuran kereta pun semuanya dah pakai online je. Tak Maybank2u boleh guna Cimbclik. Tak pun MyBSN juga dan ada portal membayaran melalui internet. Semuanya mudah hanya dengan satu klik sahaja. Tapi yang hairannya, dalam banyak-banyak bil yang tersenarai tadi, bil Celcom dapat pula bayar sharp on time. Pelik-pelik.
“Apa-apa jelah,” Dhia meneguk air suam di tepi sinki.
Kemudian, Dhia terus berlalu menuju ke biliknya. Beg laptopnya dibuka. Beg kerjanya diselak. Ada kerja yang perlukan perhatian dan fokus mendalam. Mana dengan laporan kursus yang tak siap-siap lagi. Sekali dengan Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri lagi. terkejar-kejar sana sini. Semuanya perlukan perhatian segera. Esok dah kerja. Lagi macam-macam nak bereskan.
 Beg Laptop dibukanya malas. Saat ingin menarik keluar tertikus, terjatuh sekeping VCD dari dalam isi perut beg laptop ke ribanya. VCD apa pula ni? Lain benar bungkusannya. VCD ditangan dibelek-belek. Macam VCD prono pun ada. Nampak sangatlah beg laptop ni dah lama tak buka. Sampaikan VCD ala-ala prona pun boleh tercampak dalam ni.
Biasalah kalau dekat pejabat guna komputer pejabat. Kalau ada kursus atau seminar pun bawa laptop pejabat yang tertulis HAK KERAJAAN MALAYSIA atau HKM pada belakang laptop. Jadi bila masa nak buka laptop sendirinya. Malam kalau dah balik kerja lambat, takde de rajin benar nak mengadap laptop. Tidur lagi baik. Tak pun layankan cakerama dibawah bulan purnama yang bermain di TV.
Tapi VCD ni lain macam betullah. Cover pakai cover plastik cetak rompak. Warna pula hitam. Kosong pula tu. tak tulis apa-apa. Tak akanlah VCD hardward installation pula. Aku ada nak install apa-apa ke? Rasanya takde. Photoscape, skype, adobe reader, PDF converter, semua dah aku download online je. VCD apa pula ni?
Ni mesti Laila saja nak kenakan aku ni. Entah VCD apa dimasukkan dalam beg aku ni. Saja je nak tempah maut budak ni. VCD dicampak ke katil.
Ish! Tak baik kau, Dhia. Dibuatnya VCD ni Si Daim yang bagi macam mana? Tak pasal-pasalkau dapat dosa kering tuduh VCD Si Daim ni VCD Prono. Tiba-tiba Dhia teringat sesuatu. Daim? VCD Daim? Arrrggghhh....
VCD dicapai kembali dan dibelek-beleknya, rakus. Mengigil tangan Dhia membuka kotak cover VCD ditangannya.  Membulat mata Dhia bila melihat diatas cakera VCD tertera “Khas untukmu, Dhia”. Ilutirasi yang terlakar dicakera semakin menguatkan bahawa VCD itu memang pemberian Daim. Walaupun yang terlakar itu hanyalah lakaran kartun, tapi gambar itu sangat mirip dengan Daim. Lukisan kartun dalam keadaan Daim merenung ke atas. Sangatlah kacak walaupun hanya dalam kartun.
“Kak Nyah! Kak Nyah!”
Dengan perasaan penuh teruja, Dhia terus terjun dari katil dan berlari ke arah Laila yang kebetulan sudah ingin melangkah menuju ke ruang tamu. Impaknya, berlanggar kepala dua-dua sekali. Terduduk Laila dibuatnya. VCD tercampak masuk ke tong sampah.
“Aduh! Sakitnya,” dahinya digosok.
“Kau ni kenapa ni Kak We? Macam kena kejar hantu je,”
Dhia tidak menghiraukan kesakitan yang dialami Laila tapi sebaliknya lebih memikirkan keselamatan VCD. Ditiup-tiup VCD itu. Siap lap sekali dengan hujung baju T-Shirt. Dahi Laila yang sememangnya dah sakit semakin sakit melihatkan tabiat diluar tabi’e Dhia. Aku yang sakit tak dihiraukan. VCD entah apa-apa ni yang dilebihkan? Apa punya kakaklah?
“Kau lebih kisahkan VCD tu dari akukan?” soal Laila sekali lagi.
“Kau nak tahu tak, Kak Nyah? Ni VCD yang Abang Daim kau bagi dekat akulah,” cerita Dhia yang sudah bersila disebelah Laila yang kesakitan.
Tindakan Dhia yang terus memeluk VCD dengan muka bahagia yang amat-amat semakin memblurkan Laila. Gila ke?
“Mana kau tahu ni VCD yang Along bagi?”
“Ni, ni. Kau tengok ni. Inikan gambar Daim? Gambar yang diadaptasi kepada gambar kartun. Mirip diakan?” Dhia menunjukkan lakaran gambar kartun dicakera kepada Laila.
Semakin berkerut dahi Laila. Semakin tak faham apa yang cuba dikatakan oleh Dhia. Memanglah gambar kartun tu ada mirip Daim tapi kot iya pun tak payahlah mabuk kepayang sangat. Sampai tergila-gila bayang tak tentu pasal. Bukan seratus peratus pun rupa Si Daim ni. Rupa kartun je lebihnya.
Kalau kot iya, kuciwa amat sebab tak dapat cari VCD yang Daim bagi, tak payahlah sampai jadi macam ni. Serupa orang gila meroyan je dah. Kesian Kak We. Muda-muda lagi dah gila meroyan. Semua punca dari VCD Si Daim. tak guna punya Along. Sampai hati kau buat kakak aku gila meroyan? Senget punya bakal abang ipar!
“Jom tengok,” lengan baju pendek Laila ditariknya. Sampai terdedah sebahagian besar bahu Laila.
“Eh! Nantilah dulu. Aduhai, kakakku,” termerangkak Laila dibuatnya Dhia.
Maka, malam itu TV 21 inci milik Laila menjadi saksi VCD itu milik Daim. Terguling-guling Laila dibuatnya. Laila ketawa sampai tak ingat dunia. Sampai senak-senak perut. Tak tahan lawak dengan cerita yang Daim dalam VCD tu. Memang sesuai betul cover kartun diletakkan disitu. Sungguh dramatik ala-ala kartun Mickey and Club je lagaknya. Hahaha...
Mula-mula menyanyi pakai gitar. Kemudian bersajak, bersyair. Kemudian buat dedikasi khas buat Dhia. Tapi ada satu slot yang membuatkan Dhia dan Laila paling terharu bertambah bengang dan sakit jiwa raga bila kala Daim dengan akhiri videonya dengan pengharapan dan doa.
“Saya tak pandai berpuitis. Saya tak pandai menyanyi. Saya tak pandai juga berkata-kata. Saya harap, pilihan mak saya adalah yang terbaik. Saya tak minta awak cantik seperti bidadari tapi cukuplah sekadar secantik budi bahasa Saiditina Aisyah. Saya tak minta awak baik seperti malaikat, cukuplah awak tahu tanggungjawab awak sebagai seorang isteri. Saya tak kisah kalau awak tak pandai masak tapi harap-harap, air tangan awak yang akan mengemukkan saya.
Dhia, kalau boleh, hormatilah saya sebagai suami bukan sebagai pemimpin puak yang kecil. Kalau saya silap, awak tegur. Kalau saya terlepas kata, awak bimbing. Kalau saya leka, awak ingatkan. Kalau saya malas, awak rajinkan. Kalau saya merajuk, awak pujuk tapi satu sahaja. Kalau saya marah, tolong jangan dekati saya. Saya boleh jadi lebih hijau dari Hulk!
Dhia, saya tahu awak pernah dengar cakap-cakap ini. Sekali  kita berkahwin je, sebenarnya kita berkahwin sekali dengan keluarga pasangan kita. Saya sangat-sangat berharap seandainya jangan ada perselisihan faham diantara keluarga kita. Dan saya amat berharap, awak bukan dikalangan yang jenis suka menghasut suami supaya mendengar cakap isteri ataupun jenis isteri yang suka memecah belahkan hubungan keluarga. Saya tak suka. Diulang suara, saya tak suka. Pada saya, keluarga saya yang utama.
Dhia, saya tahu dan awak pun tahu. Walaupun perkahwinan ini dirancang oleh keluarga, saya tetap berharap perancangan ini bukan perancangan keluarga tapi perancangan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita. Semoga jodoh kita dipermudahkan Allah. Amin...”
Ayat macam nak memerlikan? Tapi itulah Daim. Kata-kata pedas tak akan mungkin hilang dari dirinya.
Seusai melayankan video pemberian Daim, tiba-tiba Dhia buat muka ala-ala daring semacam pada Laila. Tanganya memegang perut. Sengih kambing dipamirkan kepada Laila.
“Ah! Malas aku nak layankan kau. Tadi suruh makan tak nak makan. Sekarang nak buat muka ala-ala manjalah sangat. Aku tidur lagi afdal,” Laila bingkas bangun dan melangkah menuju ke biliknya.
“Ala, Dik. Bolehlah. Masakkan Meggi pun jadilah. Kau masak sedap,” pujuk Dhia.
“Ah! Takmo aku. dah pergi. Aku nak tidur,” Laila menghalau Dhia dari biliknya.
“Ala, bolehlah,”
“Tidak!”
###
“Kak We, sudah-sudahlah layankan video tu. Dah naik lemas dah aku tengok kau senyum macam kerang busuk 24 jam, 7 hari seminggu. Orang lain pun bercinta tapi takde pun macam kau ni ha!” bebel Laila yang sudah memeluk tubuh dan bersandar di daun pintu bilik Dhia.
Kembali semula ke dunia nyata.
            Dhia yang tersentak dari lamunannya, hanya tersenyum. Terus berhenti dari menjadi tengiling besi  yang bergolek-golek, berguling-guling dari kiri ke kanan meneroka setiap perusuk katil. Rambut yang panjang mengurai mencecah paras pingang disimpul dengan getah rambut berwarna merah jambu. Langkah di atur pelahan menuju keluar. Senyuman masih setia terukir dibibirnya.
            Jelous!” batang hidung Laila di cuit.
            “Aku bukan jelous tapi naik jemu melayankan kau ni ha. Asyik benar dengan video yang Along bagi. Aku tahulah, video tu one of korang punya bunga cinta, tapi tak payahlah melampau sangat. Sampai lupa makan minum,” Dhia hanya mencebik.
            Laila ni kalau dapat membebel, sikit punya panjang berjela-jela hujahannya. Sebiji macam mak diaorang, Mak Cik Kintan. Kalau dah mula membebel memang dari malam bawa ke pagi kemudian sambung ke tengah hari dan diteruskan sampailah ke tengah malam. Tak penat ke mulut tu asyikkan nak membebel je? Tak sakit ke tekak asyik melontarkan suara? Tak beku pula yerk otak asyikkan nak fikir point, point nak membebelkan orang? Macam-macam bentuk dan sifat manusia ni.
  Kenapalah Laila dulu tak ambil jurusan undang-undang? Kalau ambil, mesti Laila dah jadi terkenal macam arwah peguam Raja Aziz Addruse yang pernah uruskan kes Anwar dulu. Tapikan, kalau Laila jadi peguam, tahan ke telinga anak guam dia nak mendengarkan bebel Laila? Lagi satu, boleh ke anak guam dia nak tahan dengan siasatan Miami Laila yang lebih terperinci ibarat mencari kuman dalam virus? Oh! Dapat dirasakan bahawa memang tak akan adalah yang tahan dengan Laila dan tak akan mungkin Laila akan jadi terkenal seperti arwah Raja Aziz Addruse.
Dhia terus duduk dan menjamah lauk yang Laila masak. Masak Kari Sardin dengan ulam-ulaman cicah dengan sambal belacan. Jadilah dari takde langsung. Alhamdullilah dengan setiap rahmat dan nikmat Allah. Laila pula masih mahu membebel. Lantaklah. Janji aku dah keluar bilik untuk makan.
            Sedang asyik menikmati masakan Laila, telefon bimbit Dhia menyanyi kuat minta dijawap. Dhia berhenti menyuap nasi ke mulut dan tangan dibasuh. Mukanya menguntum senyum kepada Laila. Bertambah tahap kebengangan Laila dibuatnya. Menari-nari Dhia berjalan ke arah telefon bimbitnya yang sedang dicas diruang tamu rumah. Sakit hati dibautnya sebab Laila tahu yang ringtone itu khas untuk Daim. Lagu Sedetik Lebih nyanyi Anuar Zain. Bertambah sakit hati bila Dhia tak menghabiskan nasi dipinggannya. Cukuplah aku pantang!
            Dhia dah berlari masuk ke biliknya. Tiba-tiba Laila menjadi sayu semacam. Dah seminggu Meran tak call atau mesej atau emel ataupun on facebook. Ke mana pula hilangnya Si Meran ni? Sejak-sejak balik Terengganu, langsung tak reti-reti nak telefon kita di sini. Dah tersangkut dengan orang sana ke apa ke?
            Kalau betul sudah tersangkut hati dengan orang sana, beritahulah pada kita di sini. Ini tidak. Langsung takde khabar berita. Tahulah orang pantai timur semuanya comey loteh. Tapi orang Perak pun cun melecun juga apa?. Lagi tertarik menarik kau memang debom dari orang sana.
            Hailah Meran. Dari Meran jadi boleh jadi Hairan dan Pangeran dibuatnya.
### 
            “As’salammualaikum Sayangku, Cik Puan Wanabe Dhia Lutfiyah Lutfi,” sengaja je Daim ni tau.
            “Wa’alaikumsalam wahai Encik Tuan Wanabe Daim Hanafi Muda Hitam,” sengaja juga Dhia mengenakan Daim.
            “Eh! Mana ada Encik Tuan Wanabe? Tuan, tuanlah. Encik, enciklah. Mana leh cantum,” usik Daim yang bernada serius.
            “Oh! Tak boleh yerk? Tapi apa saya kisah? Saya bukan panglima tentera yang nak terlalu formal dan fokus serta tawaduk dalam mengelarkan seseorang pegawai itu. Yang saya tahu, staf bahagian saya panggil saya Cik Fifi,” Dhia meliuk lentur di hadapan cermin sambil membelek-belek mukanya.
            Kata-kata Dhia mengundang tawa Daim yang paling panjang.
            “Pandai eh buat lawak dalam phone. Cuba jumpa face to face. Senyap je. Diam je. Tau, tau pipi dah blusherkan?” Dhia sudah tersimpul malu.
            Ish! Tak boleh mengaku kalah ni.
            “Haruslah malu. Nama pun perempuan. Kenalah ada sifat-sifat malu yang menebal dalam diri. Kalau takde atau terkurang malunya kan tak manis dipandang sebagai wanita timur yang sangat menjaga adap dan sopannya. Lagi pun, siapalah saya ni nak buat lepas laku dengan awak? Saya ni baru tunang awak je. Bukan adik-beradik awak,” Dhia sengaja menekankan perkataan TUNANG kepada Daim.
            “Sayang bukan tunang Abang tapi bakal isteri dan ibu kepada anak-anak Abang,” Serius.
            Dhia ingin menjawap,
“Sayang adalah jodoh yang dikurniakan oleh Allah kepada saya. Seorang insan yang tak punya apa-apa tapi masih diberikan nikmat untuk memiliki jodoh sebaik dan seikhlas Sayang. Dhia, Abang sayang dengan Dhia,” kata-kata Daim melentokkan Dhia yang sedang bersila di tingkap bilik.
            Nikmat betul dapat dengar suara Daim selepas 3 hari tak dengar. Daim kena berkursus selama seminggu di Penang. Baru hari ini, Daim dapat menghubungi Dhia. Itu pun, kebetulan sesi latihan petang dibatalkan ekoran faktor cuaca dan juga status pengunaan dewan yang padat. Alhamdullilah, terubat juga rindu Dhia kepada Daim.
            Iyalah. Nak telefon Daim, Dhia tak tahu masa yang sesuai. Nak bermesej-mesej pula, Daim awal-awal dah maklumkan bahawa kursusnya akan menginjak hingga ke lewat malam. Dhia pula, masuk je pukul 12 tengah malam memang dah selamat belayar di bahtera mimpi. Jadinya bila kala dapat bermesra-mesraan?
“Sayang, Abang rasa dalam minggu depan Abang nak ke Putrajaya. Kita pergi beli barang kahwin eh? Dengar dekat Nilai 3 barangnya murah,” Dhia masih terbuai-buai dengan kata-kata Daim sebentar tadi.
“Sayang,” tegur Daim lembut.
Mata Dhia, asyikkan terpejam-pejam dapat mendengar suara Daim.
“Saaaayyyyyaaannnngggg...” jeritan Daim menyentakkan Dhia.
“Saya, saya,” kalut!
“Pergi mana tadi? Dah ke bulan ke?” perli Daim.
“Taklah. Ada je lagi dekat sini. Kenapa ya?” soal Dhia dalam kebluran.
“Abang nak ajak beli barang kahwin mingu depan dekat Nilai 3. Nak tak?”
“Nak beli barang kahwin? Awalnya,”
“Awal apanya, Sayang? Tinggal lagi 3 bulan je kita dah nak kahwin,”
Dahi Dhia dah berkerut-kerut. Tak akan aku dah bertunang dekat 8 bulan? Rasanya baru je nak masuk 5 bulan bertunang. Daim ni reti mengira ke tidak ni?
“Chop, Chop. Tuweet... bukan kita baru bertunang 5 bulan ke?”
“Ummm...memanglah 5 bulan. Tapi rasa macam nak cepatkan je. Tak tertahan dilamun rindu mendalam. Nak cepat-cepat Sayang duduk dengan Abang dekat sini. Bolehkan?”
Apa? Cepatkan tarikh kahwin? Wah! Ikut sedap rojak buah je mamat ni kan? Dia ni sedar ke tak sedar apa dia cakap ni? Dia ni tak tahu ke aku ni belum ready nak kahwin lagi. Boleh kena sawan burung aku dibuatnya kalau tarikh kahwin dicepatkan.
Tapi nak kena menolak cara baik ni. Kang hati yang sememangnya tengah kecil makin kecil jadinya.
“Awak, 3 bulan lagi nak kahwin bukan terlalu cepat ke? Nanti kita terkejar-kejar nak uruskan macam-macam. Awak di Perak. Saya nak uruskan hal di Melaka. Apa kata kita cepatkan kepada 2 bulan awal dari tempoh yang diberikan? Mean lagi 5 bulan. Sempatlah kita nak kejarkan apa yang patut,” Dhia bersuara lembut.
“Tak sayang Abang ke? Tak rindu Abang ke?” ‘memanglah sayang. Memanglah rindu. Tapinya tak akan saya nak mengaku kot?
“Umm...memanglah kot,”
“Habis tu?”
“Awak, kita nak kahwin ni sekali je seumur hidup. Saya kalau boleh, nak sekali ini sahajalah. Jadinya, saya nak yang paling terbaik buat kita nanti. Insyallah dalam masa 5 bulan kita sempat sediakan semuanya berbanding 3 bulan dari sekarang. Bolehkan?” Dhia cuba berdiplomasi dengan Daim.
“Oklah,” lambat Daim bersetuju.
“Marah ke?” 
“Tak pun,”
“Macam marah je,” Dhia terasa serba salah.
“Kalau marah kenapa? Dapat apa-apa tak?” idea jahat Daim sudah datang.
“Awak nak saya buat apa? Saya sanggup buat apa je janji awak setuju kita kahwin lagi 5 bulan,” ‘Pandai yerk kau, Dhia. Pusing-pusing cakap,’
“Ok! betul ni? Boleh minta apa je?” Daim bersuara nakal.
Ah! Sudah. Dah mai dah sewel pak cik ni. Kang diminta benda yang bukan-bukan. Naya aku.
“Betul! Tapi minta benda yang logik je. Benda tak logik saya tak layan,” amaran Dhia mengundang tawa besar Daim.
“Tak. Abang minta benda yang sentiasa je logik,”
“Apa dia?” Dhia berdebar-debar menantikan permintaan Daim.
“Ummm...nak kiss sikit boleh?” permintaan Daim membeliakkan biji mata Dhia. kurang asam jawa punya tunang. Tak mahu aku!

Saturday, December 3, 2011

Diari lawatan dialog bersama BMW dan juga JPJ Perlis

As'Salam to all,

29 November 2011(Selasa)




- bertolak daripada Office menuju ke Seberang Jaya, Penang pada jam 8:45 pagi.
- sampai di Sunway Hotel Seberang Jaya Penang tepat pada jam 4:50 petang. makanya  
   selama 8 jam 5 minit duduk bertapa diam-diam dalam bus.
- bermalam semalam di Sunway Hotel seberang Jaya Penang (landing ke alam mimpi seawal  
   jam 12:30 tengah pagi)








30 November 2011(rabu)


- check out Sunway Hotel Seberang Jaya Penang pada jam 10:45  
  pagi sebelum meneruskan perjalanan melawat kilang Inokom di 
  Kulim, Kedah. ( tengok pembuatan kereta Mazda, Atos dan paling 
  penting dapat naik masa test drive kereta BMW...)
- selepas daripada melawat Kilang Inokom yang berakhir pada jam 6 petang, perjalanan diteruskan ke Hotel 
  Sri Malaysia Kangar, Perlis (masa ni check in jam 9:30 malam dah. apa lagi, kemaskan diri, solat dan tidur!)


1 Disember 2011 (Khamis)





- Seawal jam 8:30 pagi kami dah bertolak menuju ke JPJ Perlis. sebab kena sampai disana tepat pada jam 
  9:15 pagi tapi terlajak juga ke pukul 9:30 pagi. best ke JPJ Perlis tapi x best sebab diaorg cakap sekarang 
  bukan masa buah mangga haruman manis. kalo tidak, kami kampungkan buah mangga dekat JPJ Perlis.

- bila jam menginjak ke jam 12 tengah hari, kami terus bertolak ke Padang Besar...shooping 
  time...hehehe...memang gilerlah shooping sini..penuh tangan beli barang...pic atas ni adalah sourvenier utk 
  kwn Office...
- habis shooping di Padang Besar, kami dibawa pula ke merentasi ruang sempadan Malaysia-Thailand. 
  merasalah juga nak melangkah menuju ke Thailand...jauhkan kami pergi? bestnyer...
- balik je dr Thailand, kami melawat pula ke ICP ataupun check point JPJ Perlis. di sini barulah tahu, bahawa 
  ada 5 check point. pertama of course Imegersen, ke-2 AADK (Agensi Dadah Kebangsaan), ke-3 Kastam, 
  Ke-4 JPJ dan ke-5 adalah Polis. 


- selepas dari ICP kami terus balik hotel utk siap-siap dinner bersama JPJ Perlis di Restoran Nelayan. 
  dengarnya restoran ni terkenal dengan Pasambor Ketam. tapi sayang tak dapat nak makan seafood 
  sebabnya tengak alergik seafood. agak teruk gak... ;(
- selepas dinner, jalan-jalan kejap dekat sekitar Masjid Al-Hussain kemudian terus balik hotel dan terlelap sampailah ke pagi esoknya.

2 Disember 2011 ( Jumaat)

- this a very best time...time untuk balik... sangat suker sebab dah nak balik... gerak balik pada jam 10 pagi dan sampai di Melaka pada jam 8:30 malam...penatnyer...

oklah...sudah siap sudah upload so, good nite everyone... daa...