~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Wednesday, November 30, 2011

BiLa bLoGeR JaLaN-JaLaN CaRi MaKaN...


As'salam to all,

apa khabar? sihat tak? lama tak tanya khabar semua kan? btw, CMM di p2u stay x masuk lagi dan CMM bab 44 pun baru separuh menaip gara-gara Che Ezaitie gi jalan-jalan. hehehe...bukan jalan ok? tapi lawatan..nak tau x lawatan ke mana?


ke sinilah kami...ke kilang BMW..huhuhu...mcm bestkan? tengok kete mewah tu..hehehe... dalam 2:30 nt br check in kilang ni..so pagi ni pe lg..cr mkn kendian shooping sikit..wah! giler shoopingkan? hehehe....

oklah! nt Che Ezaitie sambung lagi ok? sape nak kete BMW? oder sendiri eh?

Tuesday, November 22, 2011

MALAYSIA MENANG!!!

As'salam to all,

siapa dah tidur angkat tangan tinggi-tinggi...wooo..ramainya yang angkat tangan dalam mimpi...mungkin pada masa ini ramai yang dah tidur tapi pada masa ini, Che Ezaitie br je usai solat Isyak and tengok bola Malaysia lawan Indonesia untuk Sea Games 2011.

Alhamdullilah Malaysia menang dengan agregat 5-4 (sepakan penalti), seri 1 sama utk perlawanan yang jejak sampai 2 kali masa tambahan 15 minit. Wow! memang sangat menakjubkan sebab pemain kita bertungkus lumus, bermati-matian utk memastikan gaung gol kita tidak ditembus oleh Indonesia. walaupun ada 2 gol yang outside...

sedih terasa juga bila melihatkan pemain-pemain Indonesia yang bersungul atas kekalahan tipis mereka. iyalah, berjuang sampai hilang tenaga tu! berasak-asak dekat 2 jam tu....

Che Ezaitie perasan yang pemain Malaysia minum air manis (Air Oren, daaapppp eh!) memang sangat bagus buat pemain kita yang dah hilang tenaga ketika beraksi. gula apabila dibakar akan menjadi sumber tenaga kepada kita. tak percaya, cuba time lapar minum air jus, confirm masih ada tenaga lagi sampai waktu makan malam... berbanding pemain Indonesia, mereka hanya minum air mineral sahaja. antara air mineral dengan air manis, tentulah air mineral lagi bagus. tapi dalam keadaan mereka yang bermain hampir 2 jam, air mineral hanyalah sebagai agen perkumuhan dan penghilang haus dahaga... bagi Che Ezaitie pula, 1 je minuman yg kalau pening ke, sakit perut ke, kurang oksigen ke, 100 plus je Che Ezaitie teguk..hehehehe..


oklah mau tido dah...daaa...

Saturday, November 19, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 43

Bab 43
   Mata bertentang,
   Kasihku mulai mendatang,
   Siang dan malam tetap terbayang...
   Sudah puasku pandang,
   Banyak gadis rupawan,
   Namun tak kan sama pilihan mata yangku puja.
Entah bagaimana hendak  digambarkan perasaan dalam hati Daim bila melihatkan Dhia berada didepan mata sekali lagi. Didepan mata sebagai Si Pujaan Hati. Mungkin lirik lagu Salleh Yaacob dalam cerita Awang Spanar boleh menjadi saksi... ewah! Bukan main dramik, romantik, bombastic lagi.
Iyahlah! Mahu tak dramatiknya? Habis semuanya serba serbi tak kena. Sos terlebih tuang. Kentang terlambak atas meja. Gara-gara mata Daim tidak mahu melepaskan setiap inci wajah Dhia. Padahal bukan dapat tatap sepenuh muka pun. Dapat tengok sipi-sipi je. Nasib baik, air sempat Dhia selamatkan kalau tak mahu lencun seluar dibuatnya.
Bertambah tak keriuan dibuatnya bila teruk kena perli dengan adik-adik diaorang ni. Sampai merah-merah muka Dhia menahan malu. Tunduk je kerjanya. Tapi Daim perasaan Dhia ada curi-curi pandang pada Daim. Setiap kali mata bertentang je, mulalah hati rasa semacam. Rasa berdebar ada. Rasa suka ada. Rasa sayang pun ada. Tinggal rasa pahit je Daim tak nak rasa. Kalau boleh nak rasa-rasa bahagia je.
“Kak We, mulut Along ada soslah. Cuba kau tolong lapkan,” usik Laila.
Dhia menjelingnya tajam. Daim yang sedang menyuap Double Cheese Bugger dalam mulut terhenti. Ye ke, ada sos? Malunya...
“Ha’a Kak We. Kesian Abang We kitaorang ni. Comot dah wajahnya,” sampuk pula Latifah.
“Nah! Tisu. Tolong lapkan eh? Tangan tak sampailah,”Delita pun mula join sekaki. Daim membulatkan matanya. Sekali aku seligi kepala kang?
“Alah! Kak Dhia. Tak payah malu-malu. Bukan dengan orang lain pun. Bakal ahli keluarga sendiri juga,” Delila pula mencucuk jarum bila Dhia terkial-kial nak mencapai tisu ditangan Delita.
Empat dara ni giat betul mengenakan Daim dan Dhia, sampai hilang kata-kata dibuatnya. Mengigil tangan Dhia nak lapkan sos ditepi bibir Daim. Sampaikan tak sanggup nak pandang wajah Daim dibuatnya. Melihatkan Dhia mengigil nak lapkan sos ditepi bibirnya, Daim terus mencapai tisu di tangan Dhia. Dilapnya sendiri sos di tepi bibir. Lega sedikit hati Dhia.
Tapi kemudian, tiba-tiba cahaya lampu kamera handphone Laila menyala. Spontan, Dhia dan Daim yang duduk sebelah menyebelah dengan Daim selaku kepala meja, menoleh ke arah Laila. Masyarakat! Kak Nyyyyaaahhhh...
“Alah! Sweetnya. Aku masuk facebook eh?” Laila menyua kepada Latifah.
Pada saat itu, Dhia seakan mahu mencekik Laila yang duduk dikepala meja sebelah sana. Nasib jauh, kalau dekat aku cubit-cubit peha kau kuat-kuat, Kak Nyah. Biar kau tak boleh nak jalan pergi rumah Meran. Biar padan dengan muka kau. Geramnya aku!
“Boleh tak nak tengok kejap?” pinta Daim. Dhia menoleh pula kepada Daim.
Sekilas, mata diaorang saling berpandangan. Daim menghadiahkan kepada Dhia sekuntum senyuman yang paling ikhlas. Oh! Tolonglah jangan senyum macam tu. Hati saya dah nak cair lebur dah ni. Betapa comelnya bila awak tersenyum, Daim. Untung saya dapat awak. Aduh, Gila perasan betul!
Laila menghulur telefon bimbitnya kepada Daim. Bertambah senyuman diwajah Daim. Gambar yang ditangkap Laila sangat sempurna. Gambar disaat Dhia nak lap sos ditepi bibir Daim dengan tangan Daim yang seolah-olah memegang tangan Dhia. Padahal, bukan pun. Hanya photo gimic je. Paling Daim suka, mata Dhia dan Daim saling bertaut. Oh! Bahagianya tengok gambar ni. Terasa nak buat lakonan semula je sekali lagi. agak-agak Dhia nak tak?
Bluetooth dekat Along, boleh?” Daim membahasakan dirinya ‘Along’ kepada Laila.
“Boleh aja. On Bluetooth sekarang,” arah Laila kepada Daim seraya telefon bimbitnya kembali ke tangannya.
Dhia hanya mampu memandang sahaja apa yang terjadi dihadapanya. Ikutkan hati, mahu je dirampas telefon bimbit Laila dan Daim. Lepas tu hempas ke lantai. Kemudian pijak-pijak sampai terburai. Tak pun kalau ada tukul besi, mahu diketuk-ketuk kasi hancur. Kad memori pula dipatah dua  dan dimasukkan dalam air. Biar padan dengan muka diaorang. Suka-suka je nak main pass, passgambarkan?
“Adik, alang-alang tu, ambil gambar Achik dengan Kak Dhia,” permintaan Daim menyebabkan biji mata Dhia terbeliak luas.
Dengan mata terbuka luas dan mulut yang melopong kepada Daim, Dhia seakan tidak percaya je. Daim nak begambar dengan aku??? Oh! May Allah. Kenapa aku diseksa sebergini rupa? Kenapa aku dipermainkan sehingga ke tahap ini sekali? Teruk betullah diaorang ni. Aku tak rela!
“Sayang, kecikkan sikit mulut tu boleh? Nanti tak cantik pula gambar bila tertelan lalat nanti,” Daim merendahkan bahunya untuk berbisik kepada Dhia.
Cepat-cepat Dhia menutup mulutnya. Cover malu dengan buat-buat lap mulut dengan tisu. Ada ke lalat nak masuk Mc’ Donald? Entah apa-apa entah tunang aku ni. Imaginasi luar alam. Lalat pun tak berani nak masuk Mc’Donald tahu tak? Kalau lalat masuk Mc’ Donald, confirm bin sure gila Si Laila ni akan buat CSI Miami dekat sini. Laila kan Inspektor Kesihatan? Disebabkan itu jugalah, rumah selalu kemas dan bersih serta dimop selalu...
“Ok, senyum. Senyum. Satu...dua...tiga...ok, cun,” Delila mengangkat ibu jari nya.
“Nak tengok, nak tengok,” pinta Laila.
“Alalalah...cun je couple ni,” jeling Laila.
Bila telefon bimbit kembali ke tangan Daim, Dhia tercuri-curi pandang ke arah gambar yang baru diambil. Alamak! kenapa tangan Daim ada belakang aku? Ah! Sudah. Jangan mamat ni nak main gila. Bahaya ni! Tapi apa nak dikisahkan. Tunang sendiri kot? Lagi pun bukan dia peluk belakang aku. Dia pegang kerusi aku duduk je. So, please be more relaks Cik Puan Wanabe Dhia Lutfiyah Ahmad Lutfi.
Dhia lihat, tangan Daim dengan pantas menukar skrin wallpaper kepada gambar yang baru diambil tadi. Laju je kan? Sebelum itu, masa Daim buka telefon bimbit dia nak bluetooth gambar dengan Laila, Dhia perasaan yang Daim gunakan gambar Dhia sebagai skrin wallpaper. Daim memang pernah cakap dulu. Cuma Dhia ni je kurang nak percaya. Suka sangat ingat Daim bergurau. Bila dah nampak depan mata, baru terasa nak kagum sekejapkan?
Dulu masa dengan Bob pun, tak pernah Bob nak letak gambar Dhia dekat skrin telefon bimbit dia. Dhia je yang beria-ria letak gambar Bob. Si Bob, baik punya letak gambar motor skuter Nouvo’s dia. Bertapa Dhia sangat sayang dengan Bob. Tengoklah. Selepas 5 tahun berlalu, baru kini Dhia bercinta kembali. Itu pun, bercinta selepas bertunang. Ternyata, Daim berbeza dengan Bob. Daim cepat mesra dengan Laila dan Latifah. Daim pun bukan jenis yang suka sangat kecil-kecil hati ni. Setiap yang Laila dan Latifah kenakan, setiap itu, Daim akan balas. Daim pun Dhia tengok, dia sangat penyayang dan bertimbang rasa.
Dulu masa dengan Bob, ada je yang Laila dan Latifah tak puas hati dengan Bob. Tak cukup friendlylah. Malu tak bertempatlah. Macam-macam lagi yang pernah diaorang jolokkan kepada Bob. Tapi kerna sayang, Dhia abaikan semua itu. Tapi tengok apa Bob dah buat? Suka-suki je kahwin dengan orang lain dan tuduh Dhia tinggalkan dia sebab dah ada teman baru. Buat onak pula pada Dr. Aiman. Bakal biras Dhia tak lama lagi! Takpelah Bob. At least, Allah temukan aku dengan Daim dengan cara yang lebih baik.
Ya Allah! Beruntungnya aku jadi tunangan Daim. Kalaulah aku tengok VCD yang Daim beri masa majlis bertunang lepas, mesti perkara macam ini tidak akan terjadi. Mesti sejak di Endau Rompin lagi hatiku sudah berbunga-bunga bakawali. Tapi setiap ketentuan Ilahi, ada penyebabnya. Setiap yang berlaku ada kebaikkannya. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Rencana Allah kepada hambanya tidak pernah cacat bahkan yang paling sempurna sekali buat mereka. Cuma, entah mengapa, ramai yang menyalahkan Allah kerna merencanakan hidup mereka sedemikian rupa.
“Kak We, we all dah nak blah dah. Kau nak tinggal sini ke?” suara Laila mengejutkan Dhia. Ditoleh ke arah Daim. Tiada.
“Achik pergi ambil paper bag,” jawap Delita yang seakan faham maksud riak muka Dhia.
Dhia bingkas bangun dan diaorang berjalan beriringan keluar dari Mc’Donald. Setia menunggu Daim diluar. Dhia lihat, jarum jam dah menunjukkan jam dua petang. Solat Zohor belum lagi ni.
“Ok, Jom kita pergi solat dulu. Dah pukul dua ni,” usul Daim yang muncul dibelakang diaorang.
Satu extra markah buat Daim! Ajak solat dulu sebelum kita yang ajak. Bagus! Contoh ketua keluarga yang terbaik. Semakin lama, semakin kurang kejanggalan dalam diri Dhia. Semakin boleh menerima siapakah Daim dalam dunianya selepas ini. Hehehe...
Kaki terus melangkah ke arah surau dibelakang kedai buku MPH. Laila, Latifah, Delita dan Delila jalan laju ke hadapan meninggalkan Dhia dan Daim berdua dibelakang. Dhia terasa amat segan dan sangat malu nak berjalan berdua dengan Daim. Daim sedar akan kejanggalan Dhia cuba untuk menjarakkan diri sedikit tapi kepadatan umat di Alamanda ni pun boleh tahan juga. Jadi, nak ke tak nak ke terpaksa juga Daim jalan seiring dengan Dhia.
Sesekali terasa tangan mereka bersentuhan tapi capat-cepat disentap oleh Dhia. Lepas ni, kalau jalan dengan Daim nak kena pakai sarung tangan ni. Asyikkan ter’excident’ je kojenyer. Yang anak dara berempat ni pula, laju pula jalannya. Kejapan dah hilang dalam lautan manusia. Diaorang ni tak sedar ke ada sorang lagi anak dara dekat belakang ni? Walaupun hakikatnya, anak dara dekat belakang ni, tunang dia ada sekali. Apalah salahnya kalau tunggu kejap. Jalan sama-sama. Saja je budak bertuah empat orang ni tau.
Dalam pada Dhia cuba untuk melajukan pergerakkanya, tiba-tiba bahu Dhia disentuh kedua-dua belahnya. Terkedu sekejap Dhia dibuatnya. Darah gemuruh naik ke otak dalam kiraan kepantasan maksimum. Langkah terus terhenti dan lutut terasa mengigil. Tangan yang memegang bahunya dipandang, Sipi-sipi Tangan itu seakan dalam gerakan pelahan menolak Dhia ke kiri, rapat ke badannya. Dhia bertambah terkedu.
“Polis nak lalulah,” bicara Daim sambil matanya melihat kepada Polis yang lengkap bersenjata melintas dihadapan mereka. Tangannya masih dibahu Dhia.
Dhia memandang dengan penuh hairan. Kenapa tiba-tiba ada Polis pula ni? Tak lama selepas itu, lalu pula seorang isteri kenamaan dihadapan mereka. Makin tertolak ke dinding mereka dibuatnya. Daim menarik Dhia semakin rapat ke badannya. Secara tak sengaja, Dhia disorokkan ke belakangnya. Lagaknya Daim seakan sedang menyelamatkan seorang tahanan perang.
Dhia menikus dibelakang Daim. Hilang terus kata-katanya bila melihatkan keadaan yang sedang berlaku dihadapan matanya. Kenapa ya? Dhia seorang gadis yang berani dan juga mempunyai ilmu mempertahankan diri, boleh lemah bila berada bersama Daim. Dhia seorang gadis yang periang boleh jadi pendiam bila berbicara dengan Daim. Dhia seorang pembuli tegar adik-adiknya boleh terkaku untuk membalas setiap perbuatan adik-adiknya dihadapan Daim.
Adakah ni yang dinamakan CINTA? Seseorang berubah menjadi seseorang yang lain? Orang cakap, kalau dia jodoh kita, kita akan terasa bebas untuk melakukan apa sahaja. Kita bebas untuk ‘menayangkan’ perangai kita dihadapan mereka. Kita bebas juga untuk menerima mereka dihadapan kita Tapi ini terbalik. Adakah akan berlaku sebaliknya?
Tapi, tidak hairanlah juga jika ramai yang malu pada kali pertama berjumpakan? Seorang wanita kena sentisa jual mahal dan kekalkan misteri dihati seorang lelaki. Jika seorang wanita, pada kali pertamanya sudah menunjukkan segala aksi, adakah seorang lelaki itu akan berfikir dua kali untuk menerima wanita dihadapannya? Tentu sahaja tidak! Lelaki suka kepada ‘penerokaan’. Semakin dalam diteroka, semakin timbul kepuasan dihati. Semakin banyak yang diketahui, semakin seronok pula untuk mencari.
Jadinya, mana satu yang nak kena ikut ni?
Bila keadaan jalan sudah reda, Daim ‘mengeluarkan’ Dhia dari belakang badannya. Memegang bahu Dhia dan memimpin Dhia keluar dari kepadatan lautan manusia.
“Ok, dah jom pergi,” Daim memandang Dhia yang sudah berona kemerahan mukanya.
Dhia menjeling tangan Daim yang berada dibahunya. Daim pun bergitu. Dengan pantas, Daim menarik tangannya dan mengangkat separas kepala seperti orang menyerah diri.  Kemudian menyengih kerang busuk. Dhia pun apa lagi, terus melangkah membelok ke kiri, menuju ke surau. Daim memegang kepalanya. Apa aku dah buat ni?
Daim membontoti Dhia yang sudah masuk ke dalam surau perempuan. Daim baru nak minta maaf, tapi Dhia lagi pantas bertindak. Takpe, takpe. Solat dulu. Nanti aku cari jalan macam mana nak pujuk Si Dhia ni balik.
Usai solat, Dhia keluar saing dengan adik-adik diaorang. Daim menyandar didinding dengan berpeluk tubuh, betul-betul dihadapan pintu masuk surau perempuan. Siap dengan mata terpejam lagi. Tidur ke? Tapi wajah Daim sangat tenang dan paling penting ia semakin mengetarkan hati Dhia. Kacaknya! (Sila bling-bling mata beberapa kali)
“Achik, jom,” Daim membuka mata dan matanya dan Dhia tertaut lagi. Daim menghadiahkan sekeping senyuman ikhlas buat Dhia, Si Tunangan Hati. Dhia menunduk. Delita dan Delila menarik lengan Daim dan Daim meletakkan tangannya diatas bahu Delita yang ketinggiannya kurang sedikit dari Daim. Diaorang terus jalan ke hadapan meninggalkan tiga Dhia dibelakang.
“Kak Nyah, nak pergi rumah Meran sekarang ke?” soal Dhia.
“Tak jadi. Minggu depanlah,” Laila bersuara sayu.
“Apasal pula tak jadi? Bukan tadi kata nak pergi ke?” soal Dhia yang lengannya sudah dipeluk Latifah. Latifah ni, kalau nak bermanja pun janganlah depan orang ramai. Buat malu je!
“Last minute, Meran call beritahu diaorang semua kena balik Terengganu sekarang. Tok Wan sakit tenat. Gasanya dah gerak kot sekarang ni,” Laila menjeling jarum jam.
“Abang Meran orang Terengganu ke? Bukan ke dia orang Negeri Sembilan ke? soal Latifah kebingungan. Dhia hanya mendengar.
“Yang Negeri Sembilan tu, Ayah dia. Mak dia orang Terenganu tapi Abang Meran kau tu lahir dekat Balakong tu ha,” cerita Dhia Laila.
“Jadinya, tak jadilah nak ke sana? Kiranya, kita nak ke mana pula ni?”
“Umm...beta rasa, adalah bagusnya jika kita berenam berjalan-jalan sekitar Putrajaya sebelum pulang ke kampung halaman, ya kakanda?” Latifah mengusik dagunya yang tidak berjanggut.
“Ha’a. Beta juga rasa bergitu. Eloklah kiranya, kita membawa mereka sekali berjalan-jalan disekitar bandar ini, wahai kakanda We,” Laila pun sama.
“Yang korang tetiba cakap bahasa istana ni dah kenapa? Buang tebiat eh?” kata-kata Dhia mengundang tawa Delita dan Delila.
“Elok juga tu. Adik pun ada bawa kamera. Boleh kita main snap-snap gambar. Tapi kita pergi naik satu kereta jelah. Nanti senang nak balik kampung terus,” usul Delita.
‘Boleh tahan otak minah ni. Bagus, bagus,’ fikir Daim.
“Okey jugak tu. Kita balik rumah dulu. Amik beg kemudian hala tuju pertama semestinya, Air Terjun Putrajaya,”
“Ha? Air Terjun Putrajaya? Aku tak tahu pun Putrajaya ada Air Terjun. Kau biar betul, Kak Nyah?” soal Latifah hairan.
“Sebab tu hala tuju pertama kita ke sana. Best wo! Permandangan cantik. Along dengan Kak We, kalau nak amik gambar outdoor wedding nanti boleh pergi sana. Tempat memang cantik. Killer cantiklah,” beria Laila bercerita.
“Iya, iya je la kau tu, Kak Nyah. Pandai-pandai je nak auta putar alam kan?” Dhia bercekak pingang.
“Ha? Nampak sangat menipu,” Latifah mencuit lengan Laila.
“Tak percaya? Korang tengok jela nanti,” kereknya muka!
“Memang tak percaya pun,” balas Latifah.
“Ok, ok. Now kita pergi ambil beg and tukar kereta dulu ya? Lepas tu jangan kata nak ke Air Terjun Putrajaya, nak ke Chepo pun Abang bawak. Ok?” Daim terpaksa meleraikan Laila dan Latifah.
“Ha’akan, Achik. Dengan anak orang beria berjanji. Dengan kami ni ha? Asal dah berjanji je, dan, dan kau hilang ingatankan?” perli Delita.
Daim menjelirkan lidahnya kepada Delita. Bertambah geram Delita dibuatnya. Tak pasal-pasal Daim kena pukul dengan beg sandangnya. Padan dengan muka Daim. selalu sangat nak membuli adik-adiknya. Mentang-mentang la Delita dan Delila ni ‘kecil’ lagi. Suka-suki je nak membuli.
“Ish! Sudah, sudah. Korang ni macam budak-budak tau. Dah jom pergi. Awak park kereta zon selatan ke utara?” soalan Dhia mengerutkan dahi Laila, Latifah, Delita dan Delila.
“Kenapa?” soal Dhia bila melihatkan mereka berkerut-kerut dahi.
“Kak We, kau panggil Along, Awak ke?” soal Laila. Dhia mengeling. Daim pula bertambah kerut dahinya.
“Tadi tu?” soal Latifah.
“Aku panggil Awak bukan awak ke?” pusing Dhia.
“Samalah tu,” protes Latifah.
“Astagfirullah. Kak We. Ni tunang kau tau. Kau panggil Along, Awak je? Paling-paling Kau panggillah Along ni, Abang ke? Hubby ke? Sayang ke? Baby ke? Adalah manisnya sikit. Ini tidak, kau panggil dia Awak je?” Laila menepuk dahinya berkali-kali.
Dhia dah memegang tengkungnya. Bergitu juga Daim, “Gelilah,” serentak mereka berdua bersuara.
“Eleh! Ye, yelah geli,” perli Laila.
“Kak Nyah, serius Along cakap. Memang geli sey. Setakat Abang tu bolehlah,” Daim menjeling kepada Dhia. Kemudian sengaja senyum nakal.
Ha! Ini semuakan pakat nak mengenakan akulah ni.
“Kak We, kau kena panggil Along, Abang mulai sekarang. Kau jangan nak mengada-ngada. Aku sekeh kang,” Laila berlagak gangster.
“Oklah. Park kereta dekat mana, Abang?” sengaja Dhia liritkan panggilan ABANG untuk Daim.
Ketawa besar Delita dibuatnya. Delita tahu Dhia dah mula nak tunjuk belang. Sudah hilang kekoknya. Habislah Daim lepas ni. Siaplah kena bahan dengan Dhia lepas ni. Dalam pada itu, hati Daim bukan main suka lagi bila Dhia panggil atau bahasakan dirinya Abang. Barulah ada feel nak bercinta dengan Dhia.
Daim memandang ke kiri dan ke kanan. Cuba mengingati dari arah mana dia masuk ke dalam Alamanda. Selepas itu, Daim menunjuk ke arah depan kedai buku MPH. Kebetulan pula, memang Dhia suka park kereta depan kedai buku MPH. Sebab senang Dhia nak terus masuk ke Guardian ataupun nak ke Pejabat Pos Kecil Alamanda. Ke kedai buku MPH cari novel baru pun senang juga. hehehe...
Langkah mereka terus diatur ke kereta masing-masing. Dhia menyuruh Daim jalan dahulu dan berhenti dibahu jalan sebelum simpang ke kiri. Dalam kereta, teruk juga Daim kena sindih dengan Delita. Siap lagi Delita bagi Daim amaran yang Dhia akan memulakan serangan balas pada bila-bila masa sahaja. Hanya tunggu dan lihat je.
Dalam leka diusik oleh Delita, kereta Daim dihon oleh kereta Dhia. Seterusnya perjalanan diketuai oleh Dhia menuju ke Kuarters presint 9 fasa 12c.
###
            “Semua dah selamat dah tidur,” suara Dhia memecahkan kesunyian pemanduan Daim.
            Bergerak dari rumah selepas subuh, balik ke rumah hari dah masuk malam. Diaorang bergerak balik lepas solat maghrib di Masjid Besi ataupun Masjid Sultan Mizan. Sebab Delila teringin nak solat di Masjid Besi, maka kita layankan aja. Waktu Asar tadi dah melayankan delita yang nak solat di Masjid Putrajaya, jadinya tak salah melayankan pula Si Kembarnya pula.
            “Biasalah. Penatlah tu. non-stop bergambar,” jawap Daim menjeling mereka berempat melalu cermin pandang belakang.
            “Ha’a betul tu,”
            Berjalan-jalan sekitar Putrajaya memang penat. Walaupun sebuah wilayah yang kecil, tetap terasa besar bila berjalan-jalan bergini. Sampai habis bateri kamera dibuatnya asyikkan snap gambar tak berhenti. Habis je bateri, singgah kedai mamak beli bateri baru. Kira-kira dekat 5 kali juga tukar bateri. Delila cakap, semua sekali ada dekat lebih 100 keping gambar dapat ambil.
            Tapi pada Daim, sedikit pun tak terasa penat bila Dhia berada disebelahnya. Paling beruntung sebab setiap lokasi yang mereka berhenti singgah, mesti aka nada dua atau tiga keeping gambar Dhia dengan Daim. itu yang buat syok tu. rugi duit beli bateri pun takpe.
            Dhia pun semakin lama, semakin kurang  kejanggalannya. Tak macam mula-mula jumpa dekat Mc’D tadi. Muka malu tak sudah. Sekarang ni, dah banyak juga ayat yang meniti dibibir Dhia. Kira, oklah tu. kira mereka dah saling boleh menerima antara satu sama lain. Nak berdua je masih nampak Dhia tak selesa.
“Kalau Sayang nak tidur, tidurlah. Nanti dah sampai, Abang kejut,”
            ‘Daim ni serius ke nak aku panggil dia Abang?’ detik hati Dhia.
            “Takpe, saya temankan awak drive. Sian awak drive sorang-sorang. Tak penat ke?” sengaja Dhia mengunakan perkataan ‘awak’ untuk mengumpan Daim.
            “Hehehe...takpe. is ok. Dah biasa dah pun,” alamak! Dhia ni tak serius ke nak panggil aku Abang?’
            “Awak, saya panggil awak abang bila kita dah kahwin boleh?” soalan Dhia menyebabkan Daim ter’break’ kecil.
            Aduh! Aku baru nak berangan-angan pangilan manja sikit.
            “Kenapa tidak sekarang?”
            “Saya seganlah,”
            “Kenapa nak segan?”
            “Sebab saya malulah,”
            “Kenapa nak malu? Bukan orang lain pun. Tunang sendirikan?” Dhia terdiam. Daim pun turut diam menanti ayat seterusnya dari Dhia.
            Memang betul, Daim tunang Dhia. Tapi tetap terasa segan walaupun dah bertunang nak masuk bulan keempat. Lagi pun tiga bulan ke belakang, mana pernah mereka berhubung apatah lagi bersua. Jadinya, semua ini terasa sangat baru dan asing buat Dhia. Bukan bererti Dhia masih belum terima Daim tapi Dhia perlukan sedikit masa dan Daim rasanya kena berusaha keras menyakinkan Dhia bahawa dia plilihan tepat. Chaiyok, Chaiyok, Daim!
            “Awak, bagi saya sedikit masa. Semua ni terlalu pantas buat saya. Beri saya masa untuk sesuaikan diri saya dengan apa yang sedang berlaku,” akhirnya ini yang keluar dari mulut Dhia.
            Kedengaran Daim merengus halus, “Ok. saya faham,”
            “Awak, saya tak niat nak...”
            Is ok. saya faham. Saya tak kisah. Bila awak dah ready awak panggillah saya gelaran tu. saya akan tetap tunggu tapi boleh saya bahasakan diri saya Abang pada awak?” permintaan Daim mengkedukan Dhia buat kali kedua.
            Dia ni selalu suka sangat nak buat aku terkedu medu ni tau. Apa nak jawap ni? Nak bagi ke tidak? Kalau tak bagi kang, agak-agak merajuk tak Daim? Kalau bagi kang, aku pula tak selesa tak panggil dia dengan panggilan yang sama. Macam mana ni? Think, Dhia. Think!
            “Tak boleh takpe,” lambat sangalah kau ni Dhia.
            “Boleh. Apasal pula tak boleh,” tiba-tiba Dhia bersuara teruja. Terkejut gamaknya.
            Thanks, Sayang,” Daim senyum kepada Dhia. Dhia membalasnya ikhlas.
            “Abang Sayang Dhia. Sayang sepenuh hati dan jiwa Abang,”
Bergetar hati Dhia dikala itu. Manisnya ungkapan itu. Hanya lampu neon kereta menjadi saksi kata-kata itu.
Dalam pada tak sedar, “Dhia pun sayang Daim,” Laila dibelakang senyum suka hati...

Sunday, November 13, 2011

You Follow Me, Me Follow You Back!

As'Salam to all,

Alhamdullilah, selamat sudah Che Ezaitie follow blog  mereka yang follow blog Che Ezaitie. Tq dari Cik Ragam Empunya Blog ni..

Mana yang Che Ezaitie terlepas pandang untuk follow blog korang, jgn lupa bagitau ok? nanti Che Ezaitie follow korg balik tapi jangan pula lupa sediakan ruangan untuk follow dalam blog korg serta URL laman blog korg. senang Che Ezaitie nak follow.

btw untuk pengetahuan semua, setiap blog yg Che Ezaitie nk follow, Che Ezaitie akan tapis dulu isi kandungan blog korg. jangan terkecil hati pula ya? kadang ada blog yang berunsur tidak sesuai untuk tontonan umum atau terlalu menyentuh sensitiviti masyarat, politik. 

Che Ezaitie bukan nak cakap unsur-unsur ini tidak sesuai untuk dipublishkan dalam list geng bloger, sebab Che Ezaitie bukan seorg bloger politik ataupun bloger yang kutuk mengutuk org ataupun bloger yang bukan untuk tontonan dewasa sahaja.

Blog Che Ezaitie adalah blog penulisan karya, perkongsian kekeluargaan, blog perkongsian ilmu, blog perkongsian muzik dan paling penting blog untuk menulis novel dan cerpen serta puisi-puisi. 

Che Ezaitie harap, jangan ada yang marah or berkecil hati dengan penulisan kali ini. Che Ezaitie tahu, Che Ezaitie baru setahun jagung dalam dunia bloger dan Che Ezaitie faham akan keadaan sebenar. dunia bloger ni banyak pancaroba dan dugaan. tapi memilih itu harus untuk kepentingan bersama. Che Ezaitie jaga iman anda, anda pun jaga iman Che Ezaitie. Walwahualam...

Thursday, November 10, 2011

Pending lagi.....

As'Salam to all,

Lamanyer tak jejak ke sini...kerja tengah banyak...semua apa khabar? Sihat? Dah solat belum? Dah makan malam? Kalau sihat, Alhamdullilah...semoga akan sentiasa dalam Peliharaan yang Maha Esa...

CMM bab 43 terpaksa pending lagi...niat hati nak upload ke blog n p2u esok tp fasa mengedit belum sempurna lg...kena pending lagi...Manuskrip pun belum habis touch up....maaf ye semua? kita layan Ais Ketul D'Amor dulu eh? hehe...



tengok orang ni sian dia kena hempap dengan kerja...macam tu jugalah Che Ezaitie...