~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Sunday, October 30, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 42

Bab 42
            Sepanjang hari ini, jantung Daim asyikkan berdegup kencang. Keja reda lepas tu dia datang balik. Lepas tu reda balik, kemudian datang balik perasaan itu. Yelah! Orang nak bertemu dengan buah hati tersayanglah katakan. Jumpa pulak tu kali pertama secara rasminya sejak-sejak dah bertunang ni. Tapi kalau di ikutkan kira kali kedualah. Nak jumpanya esok tapi hari ini dah mula dah perasaan gabra, gelabah dan sewaktu dengannya.
            Memandangkan esok Daim nak ke Cyberjaya, sengaja Daim ambil cuti tiga hari. Senang nak bergerak terus dari rumah lepas subuh esok. Kebetulan Mak Cik Kesuma Dewi pun takde dekat rumah. Mak Cik Kesuma Dewi jaga Kak Lin pantang dekat rumah mereka. Jadinya lagi senanglah langkah anak bujang dan daranya nak keluar. Apa-apa pun, Daim dah beritahu awal-awal pada Mak Cik Kesuma Dewi yang diaorang nak ke Cyberjaya jemput Dhia. Supaya nanti, takdelah tiba-tiba Mak Cik Kesuma Dewi balik rumah, dua kembarnya tiada.
            Tersengih je Mak Cik Kesuma Dewi bila Daim minta izin bergitu. Terasa nak melonjak suka Daim bila Mak Cik Kesuma Dewi izinkan Daim ambil Dhia bawa balik ke Perak. Sempat juga Mak Cik Kesuma Dewi berpesan supaya pandai-pandai menjaga diri. Jaga adap dan batas pergaulan. Jangan terlalu leka dan melampau sangat! Beringat akan status sendiri yang masih belum ada ikatan perkahwinan yang sah. Jangan nak pegang-pegang anak dara orang. Jalan tu berjarak-jarak. Delita dengan Delila pun Mak Cik Kesuma Dewi suruh jaga baik-baik. Siap cakap Delita dengan Delila ni ibarat kera dapat bunga. Jakun lain macam. Tergelak besar Daim dibuatnya.
            Kadang tu lucu juga dengan Mak Cik Kesuma Dewi ni. Yelah, bukan lucu sebab apa. Lucu sebab nasihatnya berbakul-bakul tak pernah lekang. Ada je yang akan meniti dibibirnya. Nak ke sungai mandi pun di pesan jangan mandi ke tengah takut lemas. Lagi satu, Mak Cik Kesuma Dewi ni memang banyak sangat pantang larangnya. Ada je yang tak kena dimatanya. Nak kata tua tu taklah tua mana. Baru nak cecah 60 tahun tapi dia punya pot pet pot pet kalah nenek tua. Tapi apa-apa pun Mak Su Timah lagi terrorlah. Takde orang boleh lawan dia punya bebel. Lagi teruk dari Mak Cik Kesuma Dewi.
            “Achik, makan,” laungan Delita menyentakkan Daim yang asyik berangan di biliknya.
            Daim melangkah pelahan menuju ke meja makan. Seakan tidak bermaya je langkahnya. Badan terbongkok dengan tangan dilibas-libas malas. Baju pun pakai tak betul. Sampai ternampak bahu kiri kanan. Kain pelekat lagi tak payah cerita. Diserempang je ke bahu kiri. Delila hanya mengeluh dan mengelengkan kepala dan kemudian mencuit Delita.
            “Achik, serupa kau tak payah pakai kain pelekat kalaukan bahu kau yang pakai,” tegur Delita dengan menatang semangkuk nasi ke meja makan.
            Daim terus menarik kerusi dan duduk. Tangan memangku kepala di meja, “Hai,” keluh Daim.
            Delila menepis kasar tangan Daim, menyebabkan Daim hampir tersungkur jatuh dari duduknya. Delila dipandangnya kecil besar, kecil besar. Kalau Daim ni spesis makanan laut, mahu di telan Delila mentah-mentah macam sushi. Hahaha...
            “Achik, orang nak jumpa marka, muka bukan main happy. Ni engkau? Tak bermaya langsung!” kutuk Delila.
            “Bukan tak bermaya saja-sajalah. Achik korang ni tengah nervous tau tak? Nervous. N.e.r.v.o.u.s. Nervous. Ni jantung ni ha. Kejap lega, kejap berdegup kencang. Ha! Kau tengok tahap nervous naik balik,” Daim menarik tangan Delita supaya merasa degupan jantung di dadanya. Delita dengan pantas menepis.
“Aku bagi rasa tak nak pulak,” cebik Daim.
“Tak kuasa aku nak layan orang angau macam kau ni,” jawap Delita sambil membatulkan kolar bajunya.
Delila menghulurkan sepinggan nasi kepada Daim, “dengki,”
            “Kami tahulah kau tu tengah nervous. Tapi tak payahlah lorat sangat. Relaks sudahlah,” nasihat Delita dengan caranya.
            “Entahlah. Makin nak dekat masanya makin berdebar hati ni,” Daim memegang dadanya kembali.
            “Kau jangan macam ni, Achik. Esok kalau kau stay macam ni, siapa nak bawa kereta esok? Tak akan kami pula? Kalau kau nak rasa nak pergi Cyberjaya dengan kereta mengundur boleh jugak,” kata-kata Delita mengundang tawa kecil Delila.
            “Betul cakap, Chu tu. Kau kena bersemangat demi Kak Dhia. Kalau kau layankan sangat nervous kau tu, tak ke mana, Achik,” sokong Delila.
            “Aku rasa macam duduk dekat bilik kaunseling je rasanya,” peril Daim.
            “Tengok tu, orang bagi nasihat bukan nak terima?” Delita menghentak cawan kosong.
            “Elok benarlah perangai rupa itu. Ha! Amalkanlah selalu main hentak-hentak meja dengan cawan. Kang pecah cawan mak baru tahu,” giliran Daim pula membebel. Tak aci, kalau Delita dan Delila je yang boleh membebel dengan Daim.
            “Yelah. Dah engkau tu...sengaja je cari pasal. Siapa tak sakit hati? Orang cakap bukan nak dengar. Tahu kepala otak engkau je nak layan,” Delita menjeling Daim. Delila menganguk setuju dengan kakaknya, Delita.
            “Sudah, sudah.makan ya? Kalau ada mak ni, confirm ada yang makan dalam reban ayam kang,” Delita dan Delila hanya menjeling kepada Daim.
            Daim hanya ketawa. Mengelengkan kepala dengan gelagat Delita dan Delila. Kalaulah takde Delita dan Delila agaknya mahu sunyi hidup sekejap. Terima kasih adik-adikku...
            Usai makan malam, dioarang bergandingan mengemas ruang dapur Mak Cik Kesuma Dewi sebersihnya. Daim awal-awal lagi sudah tawar diri untuk basuh pingan mangkuk. Tiga orang je makan jadinya, pingan mangkuk takdelah banyak sangat, fikir Daim. Delita dan Delila bila mendengarkan tawaran yang Daim buat, apa lagi, dengan sepantas kilat terus dihulur semua periuk belanga, pinggan mangkuk dan cawan, semua ke sinki. Part paling best, siap melopong Daim dibuatnya bila Delita dan Delila terus meloloskan diri ke ruang hadapan rumah. Astagfirullah. Apa punya adik-adiklah!
            Makan malam hari ini tidaklah semewah semasa ada Mak Cik Kesuma Dewi dirumah. Delila dan Delita bukan reti masak sangat. Setakat tahu mana yang patut je. tapi kira halallah. Janji masuk perut. Kenyang. Habis cerita.
            Siap sahaja Daim membasuh pinggan mangkuk di sinki, langkah terus diatur menuju ke biliknya. Nak merehatkan diri. Semasa melalui tangga dapur,  suara Delita dan Delila nyaring benar bercakap. Macam ada sepuluh orang dalam rumah. Gamat dengan suara budak bertuah dua orang ni. Langkah tidak jadi diatur ke bilik, sebaliknya terus menuju ke arah Delita dan Delila.
            “Apa yang bising sangat ni? Wah! Siap bawa bantal gebor segala. Apahal?” soal Daim yang sudah mencangkung sebelah Delila.
            “Nak tidur luar malam ni. Ada cerita best. The relations of face, mind and love,” jawap Delila dengan mata focus dihadapan TV.
            “Cerita apa tu? English ke?” Daim dah duduk bersila pula diantara Delita dan Delila.
            “Taklah. Cerita Korea. Tengok iklan macam best je,” Delila buat muka manja. Delita dan selamat landing dengan bantal peluk Garfield dia.
            “Lah! Pengaruh iklan betullah,” Daim menarik rambut Delila yang dijalin kemas.
            “Sakitlah, Achik,” berkerut muka Delila memandang Daim.
            “Chu, kau layan pula cerita Korea ni?” soal Daim kemudian mengulis telinga Delita.
            “Nak buat macam mana, TV ada satu je. Siapa pegang remote, dia dapat TV,” jawap Delita slamber tapi tak berapa nak redha sebenarnya.
            “Lah! Padanlah bukan main terkejar-kejar korang tadi eh? Sampai tinggalkan Achik sorang-sorang dekat dapur. Nak rebut remote rupanya? Ish! Ish!,” Daim mengelengkan kepala.
            “Tau takpe. Aku dah redha dah, Achik,” sahut Delita yang menjeling kepada Delila.
            Yelah! Layan pula Si Delita The Rocker ni cerita-cerita Korea? Memang taklah jawapnya. Memang bukan jiwa dia nak layan cerita Korea ni. Tapi sudah disebabkan Delila nak tengok sangat, terpaksalah dilayankan jugak. Ikutkan hati, mahu je Delita tukar cerita aksi. Barulah mencabar sikit. Nak, nak Daim ada confirm nak roboh rumah ni diaorang buat!
            Daim hanya mengelengkan kepala, “Lantak koranglah. Janji jangan lupa solat sudah. Jangan tidur lewa sangat. Pintu tingkap kang jangan lupa tutup. Abang korang ni nak pergi bercanda dengan permaisurinya,”
            “Sibuk sangat. Pergilah,” halau Delita.
            Daim berjalan menuruni tangga tapi sebelum tu sempat di langgar Delila. Apa lagi? mengamuklah anak dara tu. Dibalingnya kusyen mengenai tepat ke badan tubuh Daim. Ketawa mengilai Daim dibuatnya.
            Dengan tawa bersisa, Daim terus mencapai telefon dan mendail nombor Dhia. Sebelum tidur, kena layan suara Dhia dulu. Barulah lena malamku. Oh! Indahnya hari-hari yang bakal mendatang ini. Terasa sungguh nikmatnya kehidupan ini sejak kehadiran Dhia.
            “As’salam...” mulut Daim terkatup.
            “As’salammualaikum, sorry. Tak dapat jawap panggilan sekarang. Cuba call kita balik ok? Tak pun tinggalkan pesanan selepas bunyi bib ini. Terima kasih,” lain yang ditunggu, lain pula yang jawap. Sekali mesin jawaplah!
            ‘Ish! Mana pula buah hati aku ni pergi? Tak jawap call pula. Risau aku,’ gerutu hati Daim.
            Daim cuba menelefon Dhia sekali lagi. masih sama. Voice mail. Ke mana pula Dhia pergi ni? Telefon bimbit ditangan diketuk-ketuk ke dagunya. Dengan dahi berkerut, Daim memikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku kepada Dhia. Dari degupan jantung berdebar-debar bertukar kepada degupan jantung cemas.
            Berpeluh Daim dibuatnya memikirkan soal Dhia. Kejap bangun, kejap kang mundar-mandir dalam bilik. Kejap lagi kang duduk balik. Sudahnya, Daim tertidur dengan telefon bimbit yang masih setia berada ditangan.
###
            “Achik, Achik. Bangun dah jam 5:30 dah ni. Kejap lagi nak bertolak ke Cyberjaya,” Delila mengerak Daim yang lena tidur dengan lampu terpasang sampai subuh.
            Terpisat-pisat Daim bangun. Tahi mata ditenyehnya kasar. Jam di meja sudut dicapai. 5:35 pagi.
            “Awal lagilah,” Daim kembali baring. Lengan menutup matanya.
            “Ish! Bertuah punya abang,” rungut Delila.
            Delila dah duduk bersententang dengan perut Daim.
            “Achik, bukan ke kau cakap nak gerak lepas subuh?” soal Delila.
            “Nak gerak pergi mana?” soal Daim kembali. Bantal dicapai menutup mukanya pula.
            “Ish!” Delila menarik bantal yang menutupi muka Daim.
            “Aduh! Kacau daun betullah. Aku nak tidur ni, Adik,” Daim merampas kembali bantalnya.
            “Adik, Achik dah bangun belum?” jerit Delita dari pintu bilik air.
            “Belum. Kau kejut dia, Chu,” laung Delila balik dan terus bersandar di daun pintu bilik Daim.
            Delita sambil mengelengkan kepala serta menurunkan kaki seluarnya melangkah masuk ke dalam bilik Daim. Baik punya terdengar Daim berdengkur kecil. Baru kejap kejutkan bangun tidur, dah berdengkur balik? Dasyat betul!
            Delita terus memegang ibu jari kaki kanan Daim. Digoncang-goncangnya. Tiada respon. Delita beralih pula kepada pinggul Daim. Sama juga tiada respon. Delita mula hilang kesabaran diri. Dia beralih pula ke telinga Daim. Tiba-tiba...
            “Sayang, janganlah main telinga, Abang. Gelilah,” Daim menangkap tangan Delita. Timbul serta merta idea jahat didalam kotak kepala Delita. Delila sudah menahan gelak.
            “Abang, bangunlah,” Delita bisik ke telinga Daim dengan bersuara manja.
            “Oh! Manjanya suara, Sayang. Ni buat Abang bertambah sayang ni,” tangan Delita mahu di ciumnya.
            ‘Wah! Makin menjadi-jadi pula mengingau mamat ni,’
            Bila kala Daim merapatkan tangan Delita ke mulutnya untuk dicium, Delita dengan pantas merentap tangannya. Terjelepuk ke bawah Daim dibuatnya. Tak pasal-pasal kepalanya mengenai tepat ke lantai. Apa lagi, meraung sakitlah Daim dibuatnya. Delila baik punya senyum sumbing.
            “Aduh!” Daim mengosok kepalanya.
            “Sayang ya? Nah! Amik kau. Ini makannya,” Delita menonjol kepala Daim.
            “Setan punya adik. Sakitlah,” Daim bersila dihadapan Delita.
            “Aku pulak setan? Padan dengan muka kau. Mengigau tak kena tempat. Kata nak gerak lepas subuh. Ni solat subuh pun tak lagi. Bila pula nak geraknya?” sengaja Delita bersuara kuat.
            “Kita nak gerak pergi mana?” Daim menyoal lembut sambil mengosok kepalanya. Aduh! Gegar kejap kepala aku.
            “Achik, kau ni lupa ke saja tak ingat?” soal Delila yang duduk disebelah Delita yang sudah memeluk tubuh.
            “Yelah! Kita nak ke mana? Korang tak boleh ke bagi aku bersenang lenang kejap barang beberapa saat dan detik?” soal Daim.
            “Achik, kan kita nak jumpa Kak Dhia hari ni?”
            “Alah! Bila-bila pun boleh jumpa...apa jumpa Kak Dhia?” terbeliak biji mata Daim bila Delita dan Delila mengangguk.
            “Dah pukul berapa ni?” Delita dan Delila membuat bentuk enam dengan jarinya.
            “Alamak! dah lambat,” terus dicapai tuala dan berlari masuk ke bilik air.
            “Korang terus siap. Sharp 6:30 kita gerak,” sempat Daim berpesan kepada Delita dan Delila dari dalam bilik air.
            Macam manalah aku boleh tak ingat ni? Hari penting ni. Aduhai!
###
            Perjalanan ke Putrajaya mengambil masa lebih kurang dua jam tiga puluh minit dari Tol Simpang Pulai. Jadinya, lebih kurang jam lapan ke sembilan pagi, sampailah. Sengaja je Daim gerak awal sebab takut kalau-kalau sesat nanti masih ada masa lagi nak cari jalan keluar.
Awal pagi tadi, Dhia mesej suruh jumpa di Mc’Donald Alamanda dalam tengahari. Tak jadi jumpa di Cyberjaya sebab Dhia cakap, rumah Dhia di presint 9 fasa 12C. Tapi pagi itu, Dhia nak kena masuk ofis sekejap. Nak ambil barang tertinggal di ofis katanya. Maka, pagi itu, Daim tidak terlalu laju untuk mengejar masa ke sana. Diaorang singgah sarapan dahulu di R&R Tapah dalam sejam sebelum menyambung kembali perjalanan.
Daim yang nak jumpa Dhia, Delita dan Delila pula terlebih terujanya. Langsung tak tidur sepanjang perjalanan ke Putrajaya. Bukan teruja nak jumpa Dhia, tapi teruja nak jalan-jalan sekitar Putrajaya, Bandar Dalam Taman. Delila siap bawa simpanan empat biji bateri kamera sekali. Entah apa yang diaorang pakatkan dengan Dhia entahlah. Bukan main rancak lagi perancangan. Entah apakan nama tempat yang diaorang sebut, semuanya Daim tak faham langsung. Nilah pun kelebihan bila ada ‘kawan’ orang Putrajaya.
Tepat jam sepuluh Daim dah pun sampai di Tol Kajang. Saat kereta Daim mula masuk sahaja ke kawasan Putrajaya, Delita dan Delila seakan terpegun dengan senireka baik bagunan dan juga landskapnya. Daim pula pening kepala nak mencari arah jalan nak ke Alamanda. Semua signboard yang tulis ALAMANDA semua Daim masuk tapi tak jumpa juga. Alamanda ni tempat apa? Sampai berpusing aku dah berapa kali.
Sudahnya, Daim berhenti di sebuah jambatan yang ingin menuju ke arah Kementerian Asas Tani. Tangan dengan pantas mendail nombor Dhia.
“As’salamualaikum, Dhia. Saya dah sampai dah Putrajaya. Tapi nak ke Alamanda saya tak tahulah,” serbu Daim.
“Wa’alaikumsalam. Umm...awak dekat mana sekarang ni? Saya on the way nak balik Putrajaya,”
“Entahlah! Saya dekat jambatan nak menuju ke Kementerian Asas Tani. Ikut jalan mana dekat?”
“Oh! Awak dah terlajak ni. Depan jambatan tu ada traffic light tau. Awak buat U-Turn. Kemudian patah balik ke arah jalan awak lalu tadi. Lepas tu nanti jalan tu akan terus je tau. Awak akan nampak signboard nak ke Alamanda sebelah kiri. Nanti awak masuk kiri, awak dah sampai dah. Lepas tu nampak traffic light pertama awak terus lagi. Traffic light ke dua pun terus lepas tu ada rounder board kecil, awak masuk pukul dua belas terus masuk parking. Lagi 20 minit saya sampai. Saya nak ambil Kak Nyah dan Kak Su dulu baru ke sana,” cerita Dhia panjang lebar.
“Ok, ok. Tak jumpa saya call awak balik,” Daim mengamit Delita dan Delila yang sedang bergambar di jambatan.
“Ok,” jawap Dhia ringkas.
“Thanks, Sayang,” nasib  Dhia tak break kecemasan mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Daim.
Semakin dekat hari nak jumpa Daim, semakin lancar perkataan itu meniti dibibir Daim. Dhia sendiri masih belum ada kekuatan nak panggil  Daim dengan panggilan manja seperti itu. Ini yang buat Dhia semakin tak keriuan dibuatnya. Makin resah gelisah hatinya dibuat Daim. Makin kuat pula degupan jantungnya dirasakan.
            Sudahlah dari semalam buat kerja semua tak jadi. Mana yang penting dibuat kemudian. Mana yang tak penting didahulukan. Mujur tak kena marah dengan Ketua Bahagian semalam. Mujur juga ada kakitangan yang prihatin dan juga alert terhadap kerja. Dapat juga tolong-tolong cover.
Semalam, tidur pun tak lena kejap, kejap terjaga. Puas dikalihkan badan ke kiri ke kanan nak bagi tenang hati. Sampai naik malu dibuatnya bila Laila tegur dan Latifah main peril-perli. Sudahnya, Dhia terlelap dekat nak subuh. Itu pun lelap di atas sofa dengan TV terpasang.
Telefon bimbit  pun sengaja tak di ‘on’. Dhia tahu, Daim akan telefon sebelum tidur. Tapi semalam tak rasa nak bercakap dengan Daim. Terlalu berdebar-debar. Tadi pun bercakap dengan Daim pun dah terasa nak longlai kepala lutut.
Hari ini pula. Dalam sejarah, Dhia berhias depan cermin dekat sejam. Biasa tu setengah jam pun tak sampai. Tapi bukan berhias apa pun. Dhia cuma rasa cemas. Sudah berapa kali Dhia ulang alik masuk bilik air. Sakit perut tapi satu apa pun tak keluar. Hendak ke ofis pun, dah sampai kereta baru perasan kunci kereta tak bawa. Tak pasal-pasal naik balik ke atas. Sudahnya, teruk Dhia kena gelak dek Laila dan Latifah. Gabra tak kena tempat.
Sayang, saya dah sampai dah dekat alamanda. Jumpa kejap lagi ok?
Mesej yang diterima dari Daim menguntumkan senyum panjang dibibir Dhia. Bahagia kejap tiga saat. Sampai je Dhia di basement, kelihatan Laila dan Latifah dah sedia menunggu. Tanpa berlengah, mereka masuk je, terus Dhia memecut kereta menuju ke Alamanda.
“Kak We, aku tak jadi ikut balik kampunglah. Last minite, Meran call bagitahu, mak ayah dia nak jumpa petang ni,” Laila memecahkan kesunyian.
“Pulak? Habis tu kau nak pergi sorang je ke?” soal Dhia dengan mata fokus kepada pemanduan.
“Nilah masalahnya. Aku tak tahu nak ajak siapa. Kak Su nak ikut kau balik kampung,”
“Hai, Meran ni. Aku kerat empat belas ni kang. Nak jumpa pukul berapa? Kau cakap dengan Meran, kau akan datang dengan rombongan sekali,” usul Dhia.
“Korang nak ikut? Yes! Yes!”
“Kau kenapa? Bukan main suka lagi?” soal Latifah pelik.
“Ha’a. Kenapa kau, Kak Nyah?” soal Dhia pula.
“Korang ikut akukan? Jadinya ada chanlah aku ikut kau balik kampung. Lepas tu ada chan jugalah aku nak minta balik awal ikut korang balik kampung,” bukan main suka lagi Laila.
“Macam-macamlah kau ni. Dah jom. Pakwe aku dah tunggu dah,”
Sorry, ya. Bukan pakwe ok tapi...” Laila menjeling Latifah.
“Tunang,” jerit Laila dan Latifah kemudian ketawa.
“Aduh! Sakit telinga aku. Dah, dah. Jom cepat,”
Langkah diatur pantas menuju ke Mc’Donald Alamanda. Semakin dekat nak sampai ke Mc’Donald, makin terasa berdebar jantung Dhia dibuatnya.
“Mana diaorang, Kak We?” Dhia hanya menjungkit bahunya.
Matanya melilau mencari kelibat dua kembar itu. Nak harapkan cam muka Daim, memang taklah. Sampai hari ini, Dhia tak pernah tengok pun muka Daim. VCD yang Daim beri masa bertunang lepas pun belum tengok lagi.
“Ha! Situ. Delita dan Delila,” Latifah membalas lambaikan mereka.
Mereka bertiga terus menuju ke meja yang telah Daim sudah cantumkan awal-awal. Kemudian dia terus beratur untuk membelikan Delita dan Delila punya menu. Delita dan Delila disuruh untuk menjaga meja dan kerusi jangan sampai ada orang ambil.
“Lama dah tunggu?” soalan Dhia dibalas gelengan oleh Delita dan Delila.
“Along mana?” soal Laila.
“Along?” soal Delita dan Delila serentak.
“Abang Daimlah,” jawap Latifah.
“Oh! Tu dia,” Dhia tak semena terus menoleh ke arah yang ditunjuk Delita.
Alangkah terkejutnya Dhia bila melihatkan orang yang menatang sedulang penuh makanan adalah orang yang mengetarkan hatinya semasa di kursus pengurusan stress anjuran bahagiannya. Bertambah terkejut bila Daim membalas senyuman dengan kening terangkat dua kali. Dia ni tunang aku ke?
“En. Pojie?” soal Dhia dengan nada terkejut.
“Yup. Pojie alias Daim Hanafi,” Daim terasa nak gelak dengan muka terkejut Dhia.
“Chop, chop. Betul ke ni?” soal Dhia.
“Iyalah, kak. Pojie tu nama samaran Achik dalam tentera,” cerita Delita. Daim slamber je mengigit kentang goring dihadapannya.
“Jadi masa dekat Endau Rompin tu kira awak dah tahulah kita ni ada hubungan?” soalan Dhia mendatangkan kebingungan tahap petala ke lapan pada mereka berempat.
“Macam ni. Masa dekat sana, saya pun tak tahu awak ni Dhia. Yelah. Awak pun guna nama samaran juga. Cik Fifi. Balik dari kursus, Jefri bagi saya album dan Jefry pula datang cerita yang awak adalah penyelaras bagi program yang sama. Bila tengok gambar yang ada dalam simpanan Jefry dan album tunang kita, sama. Saya cakap jujur, saya jatuh hati dengan tunang saya sendiri rupanya,” cerita Daim.
“Kenapa awak tak pernah pun cerita?” soal Dhia tidak puas hati.
“Awak dah tengok belum video saya?” soal Daim pula. Dhia mengeling.
“Nah! Sebab itu awak masih tak perasaan lagi. saya ada add awak dalam Facebook, tapi awak tak pernah pun aprovedkan. Kecewa tau,” Daim buat muka broken heart felling.
“Kenapa tak beritahu saya?”
“Tak akan saya nak tanya pula? Malulah saya,”
“Weh! Nak cerita hal rumah tangga kejap, kejap lagi eh? Boleh kita makan dulu tak?” Laila terpaksa meleraikan kekusutan yang melanda.
Sorry, sorry. Kak Nyah nak makan apa?” soal Dhia.
“Aku nak set Double Cheese Burger large punya,” pesan Laila
“Kak Su nak, Ayam Goreng Mc’D satu set,” pesan pula Latifah.
“Ok tunggu sini,” Dhia dah nak bangun tapi dengan pantas ditahan Daim.
“Biar saya yang pergi beli,” Daim dah bangun dari duduknya.
“Eh! Tak pe. Biar  saya je,” Dhia dah ingin melangkah.
“Takpe biar saya je,” Daim mengarah Dhia duduk.
“Oh! So sweet. Tapi kalau korang rasa nak buat lakonan ni sampai malam boleh juga. Biar we all ni lapar dekat sini,” perli Latifah. Ketawa Dhia dan Daim dibuatnya.
“Alah! Pergi jelah sama-sama. Susah sangat ke? Achik pun belum pesan lagikan?” usul Delita.
“Ha’a. Pi jelah berdua. Banyak nak bawa tu,” tambah Laila.
Daim dah mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Dhia dah tunduk malu. Delita dapat idea jahat. Di bisik ke telinga mereka bertiga yang lain. akhirnya,
“Pergi jelah,” jerit empat anak dara sudahnya.
Dengan penuh muka malu tak hengat, akhirnya Daim dan Dhia jalan beriringan menuju ke kaunter. Tebal muka dua inci bila orang semua pandang kepada mereka berdua. Daim dengan penuh gentleman, memberi Dhia laluan dahulu.

Friday, October 28, 2011

New E-Novel

As'Salam to all,

dalam pada tengah siapkan CMM, Che Ezaitie juga dalam proses nak mengadun cerita baru..


mengisahkan perjalan hidup sepasang kawan Mayesa dan Fawwaz yang terpaksa berkahwin untuk menyelamatkan diri masing-masing dari digasak soalan tentang perkahwinan. bermulalah beberapa episod suka duka kelakar tak hengat bila dua katil single dalam satu bilik master bed room. bila Mayesa terpaksa duduk dibersama mertuanya. bila timbul pula isu tentang anak. bila dalam diam ada aura cinta yang terlahir.

sekeras-keras hati Mayesa, akhirnya tewas dengan setiap permintaan Fawwaz. sekeras-keras kepala Fawwaz akhirnya dapat ditawan oleh setiap perangai brutal tapi manja Mayesa. Fawwaz dan Mayesa saling melengkapi tapi dalam masa saling menyesakkan. berkawan dari tingkatan 4 dan memang kawan bergaduh yang paling maha dasyat sewaktu dizaman persekolahan.

Fawwaz Isam bin Dato' Hakim,




- seorang lelaki maskulin yg amat mementingkan penampilan tak kira dalam apa jua cuaca. panas, hujan, guruh, rambutnya tetap tercacak.
- seorang lelaki yang peramah tapi bila berdua dengan Mayesa selepas kahwin menjadi orang yang paling penyenyap.
- seorang lelaki yang mahu Mayesa mengikut setiap permintaannya tapi dalam cara paling halus.
- dalam diam sebenarnya peminat misteri Mayesa Si Minah Aci Redah.


Mayesa Shahmina binti Idris,




- seorang perempuan yg colourful. susah nak kesan aura -ve kecuali Fawwaz.
- seorang perempuan yg lasak dan tidak mementingkan sangat soal penampilan keperempuanan sejati (tapi bukan tomboy)
- seorang yang terpaksa tertekan dengan Fawwaz selepas bergelar isterinya.


ok, cukup sampai sini....nak tahu ceritanya mcm ner? tuuuunnnggggguuuu....

~ sToP KeJaP ~

As'Salam to all,

Che Ezaitie nak buat penguguman sedikit...Che Ezaitie akan berhenti upload CMM sehingga bab 45 sahaja. kemudian akan menghantar manuskrip untuk penilaian. seandainya di terima utk penerbitan, Insyallah ending cerita CMM lagi 5 ke 10 bab akan dibukukan. tapi seandainya tiada rezeki CMM, Che Ezaitie akan uploadkan dalam blog dan juga p2u.

harap maklum dan terima kasih...

Monday, October 24, 2011

24 Oktober 1987 - 24 Oktober 2011

As'salam to all,

Alhamdullilah...hari ni genap 24 tahun usia tuan empunya blog ini. macam tak percaya je usia dah lanjut...bangun pagi ini, mak yang wish betday dulu..terus tersedar yang hari ni dah genap 24 tahun...kejap je masa tu berlalu.

dikala usia dah mencecah 24 tahun ni, af course macam2 dugaan yang terjadi...terutama soalan yang paling kritikal " BILA NAK KAHWIN? " Che Ezaitie percaya mesti semua yang seusia dengan Che Ezaitie pun terkena lempias soalan ini. take it positif...Che Ezaitie selalu cakap dengan mak macam ni, i will get married + - usia mak and ayah kahwin. so, mybe next year or mybe 2 years? kalau orang tanya pun Che Ezaitie cuma jawap "Amin. doakan saya ya?" bayangkan yang tanya tu 44 orang mean dah ada 44 doa untuk Che Ezaitie. Alhamdullilah...

Ada jugak yang suka sangat memerli terutamanya sepupu-sepupu ni. tapi buat biasa je...nak paling selamat buat dono or senyap je. jawap soalan2 penting je...walaupun hati sakit tapi jangan sekali cepat melatah...orang ni kalau tengok kita cepat melatah, lagilah galak nak mengusik...

apa-apa pun, Semoga Allah sentiasa bersamaku dan keluargaku...amin....