~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Tuesday, September 27, 2011

ketupat OoOoh ketupat

As'Salam to all,

pe khabar semua sekarang ni? Sihat?harap-harap semua sihat dan sentiasa dalam peliharaan Allah, Ok? Che Ezaitie br lepas baik demam mengejut..hehehe...terkejut la sgtkan? terkejut sbb demam panas sampai doc suspect denggi...menakutkan...so mkn ubat kasi cepat kebah.

tajuk entry kali ni takla bermakna sangat sebabnya raya tinggal esok je. tp so sad...puasa enam tak habis gi...byk open house nak attande. hari ni minta2 berjaya lunaskan...hari ni hari terkahir puasa enam...esok RAYA...hehehe...

esok bahagian Che Ezaitie ni buat jamuan raya so we all menganyam ketupat dr pagi tadi and baru hbs td.
pd org yg x reti nk anyam ketupat mcm Che Ezaitie ni, just boleh tgk je la...de ketupat sate, ketupat bawang, ketupat jantung, ketupat pasak kira merangkumi semualah...hehehe..tp kan berjaya juga anyam ketupat sate tau...3 ketul je..heheheh....Che Ezaitie sekeluarga lebih kepada ketupat daun palas atau ketupat palas. cedap woooo....


Calon Menantu Mak - Bab 38

Bab 38

            Ahli rombongan saling berpandangan dan tersenyum kepada ahli keluarga Dhia yang berada dihadapan mereka sekarang ini. Kak AD menjadi terkagum dan sedikit cemburu melihat Dhia sempat menyediakan pelamin mininya. Tiba-tiba hatinya terasa geram dengan orang disebelahnya. Siapa lagi? Mestilah Dr. Aiman! Di berikan satu jelingan maut kepada Dr. Aiman. Dr. Aiman hanya mengangkat kening tanda tak faham.
            “Kalau awak tak gopoh dulu, confirm saya sempat buat pelamin juga,” rungut Kak AD.
            Dr. Aiman memandang pelamin mini Dhia sekilas. Padanlah jeling maut Ya Rabii. Disebabkan ini rupanya.
            “Ish! Sayang gilalah. Kalau Achik ada, boleh Abang cadang pada Along supaya kahwinkan diaorang terus. Pelamin pun dah ready dah ni. Tak payah buat pelamin berkali-kali,” Kak AD membuntang matanya kepada Dr. Aiman.
Sakit hatinya bila melihatkan tahap ‘keloyaburukkan’ suaminya semakin bertambah. Ini tak lain tak bukan mesti belajar dari Si Delita dengan Si Delilalah ni. Nasiblah rumah orang. Kalau dalam bilik aku dah pial telinga orang tua ni.
            Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan dah duduk bersila di hadapan rombongan lelaki. Mereka saling berpandangan. Tersenyum-senyum dari tadi. Tok Anjang arahkan Along keluarkan tepak sireh yang mereka bawa bersama. Melihatkan tepak sireh disorong ke ruang senggang antara mereka, Pak Cik Lutfi pun menurut sama. Dikeluarkan tepak sireh dihadapan keluarga Daim. Kemudian, senyum kambing lagi.
‘Bila perbincangan nak dimulakan kalau asyikkan tersenyum macam ni? Kena buat sesuatu ni,’ getus hati Andak.
Ayah Man mencuit Pak Cik Lutfi. Memberi isyarat agar dimulakan perbincangan dimulakan. Pak Cik Lutfi hanya mengangguk sahaja. Mak Cik Kintan masih sabar menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut suaminya. Tapi kalau lambat lagi, elok esok je mulakan perbincangan!
“Ehem...” dehem Pak Cik Lutfi
“Elok kita mulakan perbincangannya,” usul Pak Cik Lutfi.
“Elok beno le ruper itu,” sampuk Tok Anjang.
Semua tersenyum lega bila mendengarkan perbincangan akan dimulakan.
“Seperti yang kita pernah cakapkan masa meminang lepeh, kami, pihak perempuan ni kalau boleh masih nak minta tempoh bertunang tu lebih 3 bulan tapi selama setahun hidup. Maknanya kalau deme nak kahwin dalam masa lepeh-lepeh 3 bulan tu elok beno le. Tapi kalau sampe 6 bulan tak ada apa-apa perkembangan, maknanya kira genap setahun deme akan berkahwin. Setuju?” Pak Cik Lutfi menyanyakan persetujuan semua.
Ahli keluarga Dhia saling berbincang sesama sendiri. Mak Cik Kesuma Dewi hanya mengangguk sahaja. Abang Daiz membisikkan kepada Tok Anjang keputusan mereka. Tok Anjang turut mengangguk-angguk kepalanya.
“Kami setuju. Tapi kalau boleh tempohnya idok le sampe setahun. Takut ada benda yang tak patut jadi terjadi,” Tok Anjang menyampaikan keputusan mereka.
“Insyallah. Kalau jodoh deme panjang,” jawab Pak Cik Lutfi
“Bagaimana pulok dengan belanja hangusnya?” soal Tok Anjang pula.
“Bab yang itu, awok tak kisoh. Terserahlah pada keluarganya kome. Dari 3K sampai ke 10K, terpulang le kepada deme,” Pak Cik Lutfi menyapu kapur ke daun sireh. Dilipat dan kemudian dihulur kepada Tok Anjang.
Tok Anjang mengambil sirih yang diberikan dengan muka berkerut seribu. Dipusingkan badannya sikit kepada Abang Dani. Abang Dani merendahkan mukanya sedikit. Memberi ruang kepada Tok Anjang membisikkan sesuatu.
“Apa benda K, K yang deme nyebutnya tadi?” soal Tok Anjang kepada Abang Dani.
Abang Dani tersenyum. Kak AD yang kebetulan terdengar dah sedikit ketawa kecil tapi cepat-cepat di siku Dr. Aiman dengan muka sedikit garang. Kak AD senyum kerbau pada Dr. Aiman.
“ ‘K’ tu maksudnya dalam bahasa kita, ribu, Tok,” terang Abang Dani.
“Oh,” Tok Anjang kembali mengadap depan dan mengunyah sireh yang diberikan oleh Pak Cik Lutfi
Sireh dikunyahnya pelahan. Kemudian ditoleh pula kepada Mak Cik Kesuma Dewi. Seakan meminta agar Mak Cik Kesuma Dewi pula menyambung.
“Bak pada mak album tu,” arah Mak Cik Kesuma Dewi kepada Kak Diana.
Kak Diana terus menolak dulang hantaran yang berisi wang belanja hangus kepada Mak Cik kesuma Dewi. Abang Daiz mengangkat dulang hantaran dan kemudian diletak dihadapan keluarga Dhia. Mereka memandang dalam keadaan pelik.
“Gini ye. Ini permintaan sendiri daripada Daim. Katanya, hendak dinaik separuh wang belanje hangus pada hari ini. Semuanya ada lebih kurang RM5000. Lagi RM4000 akan dinaik lagi sebulan nak kenduri dan lagi RM1000 pada masa hari kenduri. Semuanya RM10,000.00,” terang Mak Cik Kesuma Dewi sambil menolak dulang hantaran betul-betul dihadapan Pak Cik Lutfi.
“Naik separuh ke?” soal Pak Cik Lutfi seakan terkejut.
“Nape? Tak boleh ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi pula. Juga seakan kaget semacam.
“Idok le. Awok terkejut je,” diurut dadanya.
“Si Daim, sibuk beno nak naik wang belanja separuh. Katanya senang kalau-kalau keluarganya Dhia memerlukan sumber kewangan untuk kenduri nanti,” sampuk Mak Su Timah.
Jauh disudut hati Mak Cik Kintan dah terasa nak menangis melihatkan ketulusan hati Daim. Walaupun calon pilihan keluarga, Daim tetap menyediakan seakan-akan Daim dan Dhia saling bertemu dan berjumpa. Terdetik dihatinya juga tanda syukur yang amat sangat kepada Ilahi kerna mempertemukan jodoh yang sesuai buat Dhia. Semoga Dhia berbahagia bersama-sama Daim.
Jefri dan adik iparnya beria mengambil gambar masa perbincangan diadakan. Setiap moment yang menarik tak akan ditinggalkan. Zue dah pun berangkat ke bilik Dhia. Nak snap gambar Dhia pula. Dalam pada tak terlibat dalam bidang photographer,  Zue tetap mempunyai kepakaran yang diasah oleh adiknya. Untung Daim. Sekali tiga cameraman cover! Plus one camerawomanlah.
“Kalau udoh ruper ini. Awok ambil dulu wang belanja ni. Andaikata kiranya, pihak kami yang memutuskan pertunangan ini, makanya kami kena bayo doublelah kan?” soal Pak Cik Lutfi.
“Kalau di ikutkan adat, bergitulah. Tapi harap-harap bio le sampai ke akhir hayat jodoh deme,” jawap Mak Su Timah.
“Insyallah, Insyallah,” Pak Cik Lutfi mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Nanti kendurinya buat disini jugok ke?” sireh yang dilipat dihulurkan Tok Anjang kepada Pak Cik Lutfi.
Soalan Tok Anjang, membuatkan semua ahli rombongan seakan berfikir. Tak sangka Tok Anjang akan mengutarakan soalan sedemikian. Memang tak tercapai dek akal mereka nak tanya soalan macam tu. Bajet, lepas dah bagi wang belanja hangus kira dah tak ada apa nak dibincangkan lagi. Kira dah boleh pergi sarung cincin dah.
“Majlisnya nanti, kami buat di Melaka. Sebabnya, ramai kawan-kawan kami di Melaka. Elok le kalau dibuat disana,” jawap Pak Cik Lutfi seraya kemudian mengunyah sireh yang diberi Tok anjang.
“Ha, iyalah,”
Perbincangan diteruskan kepada beberapa perkara yang dikira penting dan patut tahu. Tapi suasana perbincangan dan lebih kepada bergelak ketawa dan bergurau. Al-maklumlah, bab-bab yang penting dan serius dah pun selesai dibincangankan.
Sementara itu, dibilik pengantin Dhia, sudah seakan pesta bergambar. Bermula dengan camera Qashir disambung pula ke kamera Zue. Pelbagai gaya diragakan mereka. Laila yang berjaya meloloskan diri dari perbincangan, pun sempat interframe sekali.
Tapi, kasihan sekali samanya Buk Dhia. Engak bisa bergerak banyak, Dong. Kakinya lagian sakit bangat! Dah apa ke hal cakap Indonesia pula ni? Hehehe... tapi itulah hakikatnya. Memang kesian betul pada Dhia. Nak gerak banyak-banyak tak dapat langsung. Kena dapatkan bantuan dari Laila dan Latifah barulah boleh bergerak sikit-sikit.
“Kenapa Kak Dhia boleh jadi macam ni? Ce citer, ce citer,” soalan Delila membuatkan ‘3 beradik Dhia’ saling berpandangan. Nak cakap apa ni?
“Kalau akak cakap, Delila kena dengar je jangan menyampuk boleh? Ha! Satu lagi, ketawa pun tak boleh,” akhirnya Dhia bersuara selepas diam seketika.
“Akak jatuh tangga semalam. Berjahit pelipis akak ni. Kaki akak pula terseliuh. Jatuhnya bergolek sampai ke bawah,” Dhia menunjukkan pelipisnya yang berjahit.
Delila dah memegang mulutnya seakan tidak percaya. Delita mengelengkan kepalanya, “macam manalah boleh jatuh ni, Kak Chik oii,” Dhia hanya senyum kambing.
“Benda dah nak terjadi,” itu sahaja jawapan Dhia.
“Kak We, dah boleh keluo. Dah nak sarung cincin dah,” Hakimi masuk memberitahu kepada Dhia.
Pada saat ini, jantung Dhia semakin kuat degupannya. Satu sebab bakal jadi tunangan orang. Kedua sebab macam mana nak cover kaki yang tengah sakit ni? Laila dan Latifah memimpin tangan Dhia kiri dan kanan. Bunga tangan diberikan kepada Dhia untuk meng‘cover’ kecacatan sementara kakinya. Laila dah pesan supaya Dhia cuba untuk control ayu je. Bab kaki Dhia yang tengah sakit tu, Laila minta tolong Delita dan Delila untuk cover jalan mereka.
Perancangan hampir jadi sempurna tapi lain pula jadinya bila ditengah jalan, Delita tersepak kaki Dhia. Apa lagi? Meraunglah Dhia. Hilang terus kejelitaan wanita melayu terakhir yang dipegang Dhia untuk hari ini. Suara Dhia juga, mengundang reaksi pantas daripada yang lain. Dengan kadar segera dan maksimum Mak Cik Kintan datang menyelamatkan keadaan.
Sorry, kak. Tak sengaja,” muka Delita penuh belas.
“Chu, lain kali langkah kau tu kasi kecil sikit. Sian Kak Dhia,” Delila mencubit bahu Delita.
“Sudah, sudah. Dhia jalan pelahan-lahan ye, Nak,” Mak Cik Kintan memimpin lengan Dhia pula. Dhia hanya mengangguk walaupun hakikatnya airmata dah berada ditepi bibir matanya.
Dengan langkah yang kecil dan sedikit, Dhia gagahkan juga dirinya untuk melangkah sampai ke pelamin mininya. Dipositifkan diri dengan menyatakan ruang nak sampai hanya selangkah demi selangkah. Ruang diberikan kepada Dhia untuk melangkah. Sampai dipelamin mininya, Dhia didudukkan dengan berhati-hati. Jefri dan adik Zue, tak putus-putus mengambil gambar Dhia.
Jefry memandang Dhia dengan mata tak berkelip. Dengan pantas tangannya mencapai telefon bimbit di dalam poket seluarnya.
Bro, lawa gilerlah calon menantu mak kau ni. Muka pan-asian. Hidung terpatuk tu!!!
Mesej ditaip dan terus dihantar kepada Daim.
Dihati Jefry menyumpah seranah dirinya sendiri sebab dia tak bawa telefon bimbit yang berkamera. Hanya telefon Nokia Butterfly je yang dibawanya. Memang tak best langsung! Kalaulah ada, confirm dah berpuluh gambar Dhia ni aku snap. Tunjuk pada Si Daim ni. Biar dia nyesal tak nak ikut pilihan Mak Cik Kesuma Dewi awal-awal lagi. Padan muka!
Sebaik Dhia selamat didudukkan di pelamin mininya, Mak Cik Kesuma Dewi datang bersama Kak AD dengan dulang hantaran berisi cincin tunang. Kak AD menarik keluar cincin dan dihulurkan kepada Mak Cik Kesuma Dewi. Jefri dah bersedia untuk menangkap gambar mereka.
Tersenyum Mak Cik Kesuma Dewi bila cincin bertukar jari. Lega hatinya bila akhirnya Dhia bakal bergelar menantunya tak lama lagi. Dhia dengan penuh kelembutan menyalam dan mencium tangan tua Mak Cik Kesuma Dewi. Saat ini, menitik airmata Mak Cik Kesuma Dewi. Dicium pipi Dhia dikiri dan kanan. Dhia yang cukup pantang orang cium pipinya terpaksa menampal muka redha tapi tak redha. Dhia tak pernah suka orang cium pipinya. Walimah, mak sendiri pun Dhia tak pernah nak cium. Apatah lagi ayahnya?
“Kita ambil gambar sekeluarga ya?” arah Jefri.
“Ha elok beno le tu. Amik gambo kami dulu,” Mak Cik Kintan terus duduk di kerusi bersama Dhia dan Mak Cik Kesuma Dewi. Tersepit Dhia dibuatnya. Kerusi yang muat untuk dua orang bila disumbat tiga orang tersendat juga perut dan pinggul nak duduk.
Usai gambar bersama dengan mak dan ‘mak mertua’, Dhia sekeluarga pula bergambar. Kemudian, Tiga beradik Dhia. Lepas tu empat beradik Alif plus satu Dhia. Habis tu, separuh ahli keluarga Dhia pun bergambar sama. Memandangkan Dhia tak boleh nak bergerak sangat, Dhia hanya statik di satu tempat sahaja. Duduk diam di atas kerusi!
Habis dengan ahli keluarga Dhia, bersambung pula ke keluarga sebelah Daim. Mula gambar bertiga dengan golongan yang tua-tua. Maksudnya, Mak Cik Kesuma Dewi, Tok Anjang dan Mak Su Timah. Lepas tu, permintaan daripada Abang Daiz sekeluarga untuk bergambar sekeluarga dengan Dhia. Muiz di letakkan di riba Dhia.  Melonjak suka Dhia dapat pangku anak orang. Abang Dani sekeluarga pun buat permintaan yang sama. Kak Lin yang perutnya dah memboyot ke depan, mengujakan Dhia. Last sekali, bergambar dengan keluarga Kak AD. Malu Dhia dibuatnya. Yelah. Dr. Aiman adalah rakan baiknya dulu. Sampai turn Delita dan Delila, Laila dan Latifah tiba-tiba je terjah nak bergambar sama. Mengamuk Delita dibuatnya. Mahunya tak? Masa diaorang bergambar dengan Dhia, Delita dan Delila tak kacau pun!. Ketawa mengilai Laila dan Latifah dapat mengenakan dua kembar tu.
“Kan best kalau Achik ada. Mesti lagi meriah. Achik tu suka bergambar macam akak tau,” cerita Delita.
Bertambah malu Dhia dibuatnya. Yelah. Dhia ni memang pantang nampak kamera. Memang terasa nak posing je kerjanya. Tadi, masa bergambar dengan ahli keluarga je Dhia buat muka ayu. Masuk part bergambar dengan orang bujang? Terus pelbagai mimik muka dibuatnya. Sama macam Daim. Beza Daim suka buat muka serius tak bertempat. Buat sakit hati Delita dan Delila je.
“Betul-betul. Abang sokong. Abang korang tu memang Mat Gadget,” tambah Jefry.
            “Dhia, jom keluar. Kita ambil gambar dekat luar. Rumput depan rumah Opah ni cantiklah,” ajak Zue.
            “Yeah. Kami nak join jugak,” serentak Laila, Latifah, Delita dan Delila melonjak suka.
            “Ha? Sekarang ke?” soal Dhia.
            “Ha’a. Sementara cuaca tengah redup-redup ni. Cantik tau nanti gambar!” pujuk Zue. Jefri dah mengangguk laju tanda setuju dengan Zue.
            “Boleh tu boleh. Tapi jemputlah makan dulu,” ajak Dhia.
            “Ha’a. Jemput makan dulu. Bergambo tu karang-karang pun boleh,” ajak pula Mak Cik Kintan.
            “Moh kita. Makan apa yang ada. Lauk semua dijamin sedap. Masak sendiri,” cerita Pak Cik Lutfi sambil memimpin Tok Anjang ke khemah.
            “Nanti lipstick hilang kang, mak cik. Comot pula bakai pengantin kita ni nanti,” Zue masih cuba memujuk.
            “Allah. Mak andam stand by ada,” Mak Cik Kintan mematahkan kata-kata Zue.
            “Takpelah. Mak bawa diaorang makan. Lepas kami bergambar nanti kami makan pula ok?” usul Dhia memberikan cahaya kepada Zue.
            “Lantok le deme, Tan. Budak-budak,” Mak Cik Kesuma Dewi back up Dhia.
            Mak Cik Kintan akhirnya terpaksa mengalah. Dibawa rombongan ke khemah. Kak AD nak join Delita dan Delila tapi bila difikirkan Dr. Aiman ada bersama. Tak jadi nak masuk balik dunia remaja. Terpaksalah terima hakikat dunia telah bertukar 360 darjah. Dulu solo sekarang dah kahwin. Dulu kanak-kanak sekarang dah isteri orang. Kenalah pamer imej sopan sikit.
            Dhia dengan kaki terhenjut-henjut, menurut langkah mereka menuju ke laman hadapan rumah Opah yang menghijau rumputnya. Cantik. Dhia jadi model tak berbayar Jefry, Zue dan adiknya. Pelbagai gaya diragakan. Termasuklah gaya ala-ala Hindustan. Bergolek atas rumput. Memang tak masuk di akal betul! Merana badan aku sekejap.
            Ahli-ahli flower girl Dhia setia bergaya bersama. Siap di ajar lagi Dhia nak berposing ala-ala ayu dan menawan. Naik meyampah Dhia bila terpaksa buat gaya menawan dan tertawan kau memang debom.
            “Woi! Aku bukan tuan puterilah nak posing ala-ala mak datin ni. Lemas aku,” jerit Dhia melepaskan rasanya sambil bercekak pingang.
            Kata-kata yang keluar dari mulut Dhia mengundang ketawa mereka. Adik Zue dengan pantas mengambil gambar Dhia yang tengah marah. Memang kiut sangat.
            “Okey, okey. Now, Dhia, kau poselah apa sahaja pose yang kau nak. Aku snap je gambar ok?” usul Jefri.
            “Yang tu aku suka,”
            Dhia dengan segala kekuatan yang ada terus posing gaya ‘kanak-kanak’. Macam mana tak dikatakan kanak-kanak? Posing semua datangkan ala-ala manja dah daring je. Sekejap-sekejap Jefri terhenti nak bergelak. Tak boleh nak tahan dengan gelagat Dhia.
            “Anak-anak makan,” jerit Cu Eida.
            Aktiviti bergambar dihentikan serta merta. Mereka terus berjalan menuju ke khemah hadapan rumah andak. Dhia berjalan pelahan dibelakang dengan dipimpin Laila dan Latifah. Demi Dhia, tak akan pernah, Laila dan Latifah tingalkan. Mereka terus duduk dihadapan Kak AD dan Dr. Aiman.
            “Kak We, kau duduk sini jelah. Aku ambilkan kau makanan. Kang makin gerak kang makin bentan kaki kau kang,” bicara Laila selepas mendudukkan Dhia.
            “Yelah. Aku nak semua lauk tapi nasi nak separuh ya?” pesan Dhia.
            “Ok,” Laila terus berlalu ke tempat hidangan.
            “Tahniah, Fieyah,” ucap Dr. Aiman seraya yang lain pergi mengambil hidangan.
            “Mekacih. Kau dah makan ke?” soal Dhia.
            “Kemuntat dah bakal biras Dhia ni. Hehehe...” gelak Kak AD dengan sepinggan buah oren.
            “Memang nak kasi kemuntat pun,”
            “Hai! Fieyah. Kau kena hormat aku tau lepas ni. Aku abang ipar kepada bakal suami kau, Daim,” ugut Dr. Aiman.
            “Tengoklah,” Dhia buat muka jelik. Kak AD dah bergelak sakan.
            “Eh! Budak ni,” jeling Dr. Aiman.
            “Tak sangka jadi juga rancangan mak. Terima kasih Dhia sudi terima Daim,” Kak AD bercakap pelahan.
            “Sama-sama,” ‘tau tak, saya belum terima sebulatnya lagi Daim ni. Saya perlukan masa,’
            “Dhia, akak tengok tadi jalan terhenjut-henjut, kenapa?” soal Kak AD.
            “Ha’a. Aku tengok lain macam je kau menapak tadi,” sampuk Dr. Aiman.
            “Takde apalah,” sorok Dhia.
            “Ceritalah. Kami ni doktor. Mana tahu kami boleh tolong,” paksa Dr. Aiman.
            “Kau tu doktor kanak-kanak. Aku ni kanak-kanak tua,” Dhia masih lagi mahu menyorok. Malu rasanya nak cerita pada diaorang apa yang terjadi semalam.
            “Ni. Bakal kakak ipar kau ni. Orang patah. Orang accident semua jumpa dia,”
            “Takde apalah. Dah jumpa doktor dah. Lagi dua tiga hari eloklah ni. Jangan bimbang ok?” dalih Dhia.
            “Jom makan,” sambung Dhia bila nasinya berada didepan mata.
            “Sila, sila,”
            Dhia terus makan tanpa mengira Dr. Aiman dihadapannya. Perut Dhia sudah menari-nari lagu tarian zapin. Harus segera dilayan.
###
            Tepat jam 3 petang, ahli rombongan meminta izin untuk pulang seusai majlis dan menumpang solat. Dhia menarik lengan Delita agar mengikutnya sebentar. Mereka terus masuk ke bilik sepupu lelaki Dhia. Dhia mencapai beg bajunya dan mengeluarkan sekotak bungkusan sebesar kertas A4.
            “Kenapa kak?” soal Delita.
            “Tolong bagi ni pada Abang Daim,” ‘Abang ke?’
            “Apa ni?” soal Delita sambil mengoncangkan isi dari dalam kotak yang berbalut indah.
            “Tu hari, Delita ada cakap dengan akak yang birthday Abang Daim bulan depankan? Ni akak nak bagi dia hadiah birthdaylah,” jawap Dhia.
            “Kenapa akak tak nak bagi sendiri?” ‘sebab akak kau ni tak ready lagi’ boleh tak jawap macam tu?
            “Akak, naik je kerja Isnin depan, akak tak ada di sini. Akak kena kursus dekat Korea sebulan. Lepas tu balik je terus kena handel kursus di sekitar Sabah dan Sarawak. Kiranya tak sempat jumpa Abang Daim. Cakap juga dengan Abang Daim, akak minta maaf sangat sebab tak dapat jumpa dia dalam masa terdekat ni. Akak tenagh banyak kerja. Ni pun akak tuang kerja 3 hari,” cerita Dhia.
            Oh I see. Nanti Chu sampaikan. Umm...minta maaf je ke? Kirim salam sayang tak nak ke?” usik Delita.
            “Ummm...suka hatilah,” ‘Salam sayang?’

Thursday, September 15, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 37

Bab 37

Maka, tanggal 4 Jun tiba jua akhirnya. Hari ini merupakan hari paling bersejarah buat Dhia dan Daim. Dua insan yang tak pernah bertemu apatah lagi bersua tapi dengan berani memilih untuk bertunang atas pilihan keluarga. Daim dengan paksaan keluarga. Dhia dengan kemelut kerjaya dan jua impian keluarga untuk melihatnya mendirikan rumahtangga. Wah! Dah macam cerita hari ini dalam sejarah pula. Tapi kira sejarahlah jugakan?
            Semalam, Daim awal-awal lagi menyatakan yang dia tidak dapat menyertai rombongan ke sana. Daim diperlukan dikem untuk beberapa urusan yang masih belum selesai. Lagi pun, Daim belum cukup bersedia nak ke sana. Nak, nak melihat wajah Dhia. Daim belum cukup kuat imannya nak melihat wajah Dhia. Daim takut apa yang dibayangkan tak sama. Jadinya, lebih baik tak payah ikut dan kebetulan yang amat, dia amat-amat diperlukan di kem.
            Hari ini, Daim hanya mengantar mereka melalui 3G yang Abang Daiz buat. Sayu hati Daim bila melihat wajah Mak Cik Kesuma Dewi yang seakan berasa kecewa bila kala Daim tidak dapat menuruti mereka. Tapi apakan daya, anakandamu ini belum cukup kuat hatinya, wahai bonda.
            “Along, kau drive kereta nanti jangan laju-laju sangat. Mak Su Timah tu drive sorang-sorang. Sian dia. Jalan nak ke sana pun boleh tahan liku dia. Kak AD dengan Abang Aiman boleh juga tukar-tukar driver,” pesan Daim.
            “Okey. Along bawa biasa-biasa je. Lagi pun, bukan jauh beno Bota dengan Tambun. Kau tu nak kitaorang buat 3G tak masa berbincang-bincang nanti?” usikl Abang Daiz.
            “Tak payahlah. Lorat no,” Daim buat muka kelat.
            “Along, aku nak cakap dengan Jefri,” pinta Daim.
            “Ok,” cakap je ok tapi di ruang skrin telefon masih terpampar besar wajah Abang Daiz yang makin membulat.
            “Jefri,” laung Daim sudahnya.
            “Ya,” kedua-dua Jefri dan Jefry menyaut.
            “Jefri baru kahwin bukan Jefry belum kahwin,” peril Daim. Jefry hanya mencebik.
            Telefon beralih tangan.
            “Wasup, Bro?” soal Jefri bila telefon sudah berada ditanggannya.
            “Kau nanti captured gambar cantik-cantik tau. Aku bayar mahal. Jangan kau nak amik gambar serupa hampeh je. Kau buat macam tu, lagi separuh duit album aku tak nak bayar,” ugut Daim.
            “Beres. Demi kau, dua cameramansekali ambil tau. Kalau kena complaint juga tak tahulah aku,” Jefri mengelengkan kepalanya.
            “Thank’s, Bro. Sorrylah kacau kau punya honeymoon. Sorry, Zue,” Daim mengangkat tangan sambil menjerit nama Zue.
            “Takde hal,” jerit Zue balik. Dengar suara je. Orangnya entah dimana.
            “Achik,” jerit Abang Daiz. Jefri dengan pantas memberikan kembali telefon Abang Daiz.
            “Yup,” jerit Daim dengan kepalanya turut rasa berputar melihat skrin telefonnya.
            “Okeylah, we all gerak dulu. Nanti apa-apa kami call,” talian terus dimatikan.
            Jauh disudut hati Daim, dia berdoa agar perjalanan ahli keluarganya diberkati Allah dan majlis berjalan dengan lancar. Jantung Daim pun turut berdegup kencang sepanjang hari ini. Apa yang dibuat semua tak kena. Nak buat surat salah ambil fail. Name tag pasang senget. Tali kasut ikat tak kemas. Mujur rambut pendek jadi tak payah nak kisah sangat.
            “Alamak! Lupa lak,” Daim tiba-tiba teringat akan sesuatu. Dengan pantas tangannya mendail nombor Abang Daiz.
            Hello, Achik,” Abang Daiz menjawab cemas.
            “Along, aku nak cakap dengan Chu kejap,” pinta Daim.
            “Chu, Achik nak cakap,” kedengaran Abang Daiz memberitahu Delita.
            Hello. Ye, Achik,” Delita membuat suara manja-manja kuching.
            “Eee...geli geleman tengkuk aku,” kedengaran Delita ketawa terbahak-bahak.
            “Awatnya?” soal Delita bila tawanya reda.
            “Kau bawak tak CD yang aku suh bagi pada Kak Dhia kau?” soal Daim.
            “Alamak! Aku lupa bawaklah. Kita orang dah masuk highway dah ni,” Delita dihujung sana senyum kambing.
            “Apa? Kau ni sengallah. Apa pun tak boleh harap. Aduh! Sakit hati aku dengan kau ni tau. Nyawa aku tu,” marah Daim.
            “Hehehe...” gelak Delita.
            “Tengok, aku tengah marah kau gelakkan? Kau memang nak kena gak ni, Chu,” meluap-luap marah Daim pada Delita.
            “Adalah. Ada dalam beg ni ha. Takut beno. Aku tahulah tanggungjawab aku,” peril Delita.
            “Aduh! Kau ni bikin aku cuak je tau. Aku lesing kepala kau kang, berpusing-pusing akal kau nanti,” marah Daim kembali reda.
            “Kau nak cuak apasal? Tulah, orang suruh pergi jumpa tak mau. Dah tu terkial-kial nak buat video konon. Blah lah lu,” makin galak Delita mengusik Daim.
            Bukan Delita tak tahu. Daim ada buat satu video khas buat Dhia. Video berkenaan diri dia sendiri. Sebelum video ni sampai ke tangan Dhia, Delita dan Delila dah buat tapisan dulu. Mana tau, kot, kot Daim hantar video yang tak sepatutnya pada Dhia? Naya nak menjawab nanti. Apa-apa pun video tu  memang lawak tahap tak hengat. Sampai nak pecah perut dibuatnya. Delita dan Delila ketawa mengekek depan komputer melihatkan video yang akan diberikan oleh Daim kepada Dhia. Bukan diaorang je, Kak AD pun sampai ketawa terduduk menonton video yang dibuat Daim.
            “Aku kan kerja. Sudah. Kau make sure CD tu sampai ke tangan Dhia. Jangan pass, pass pada orang lain ok? Adik beradik Dhia pun jangan. Bagi terus pada tangan Dhia. Oklah babai,” Daim terus mematikan telefon.
            Daim melihat mejanya bersepah dengan kertas, kertas yang berkaitan.
            “Hai, banyaknya kerja,” rungut Daim dengan tangan dilapangkan ke belakang kepala.
            Orang kuat bahagian perkeranian, Koperal Hamidah tiba-tiba pula ambil cuti kecemasan. Bertambah lagi beban kerja Daim. Jefry kata, lepas Daim kena usik-usik semalam pasal hal nak bertunang hari ni, Koperal Hamidah memang nampak frust sangat-sangat. Jefry terserempak dengan Koperal Hamidah tengah menangis balik bangunan pejabat. Ternyata hebat betul penangan kisah Daim nak bertunang ni. Sampaikan boleh menangis Koperal Hamidah dibuatnya. Siap ambil cuti kecemasan. Ni tak lain tak bukan mesti selsema sebab banyak nangis. Tak pun sure demam. Tak pun confirm, confirm, Koperal Hamidah tengah berperang dengan jiwa dia. Dia kan suka pada Daim. Peh, memang hebat!
            Perjalanan dari Tambun ke Bota mengambil masa kurang dari sejam. Tapi nak mencari rumahnya pula sikit punya lama. Sudahnya mereka terlajak jauh masuk ke Pekan Parit. Tak pasal-pasal kena minta wakil dari keluarga Dhia untuk mengambil mereka. Al-maklumlah. Bukan ‘kawasan’ mereka. Mak Su TImah yang terror bab, bab jalan satu Perak ni pun boleh gagal mengesan jejak nak ke rumah Opah Dhia. Dr. Aiman yang pakai GPS pun tak dapat nak baca arahan GPS dengan tepat dan jitu.
            Sudahnya, tersadai tepi kedai makan dekat Pekan Parit. Sempatlah juga yang kaum lelaki ni perkena Teh Tarik Kaw sekejap. Sementara menunggukan wakil pihak Dhia datang menjemput.
            “Hai, mane le wakil deme ni. Udoh pukui satu dah,” rungut Mak Su Timah.
            “Kejap lagi sampe le deme,” pujuk Mak Cik Kesuma Dewi sambil mengipas-gipas badannya dengan kain selendang.
            Delita dan Delila pula main game telefon masing-masing.
            “As’salamualaikum,” sapa seorang lelaki sebaya Daim dengan motor skuter Modenas.
            “Wa’alaikumsalam,” jawap Abang Daiz selaku ketua rombongan.
            “Keluarga Daim ye?” soal lelaki tadi sambil membuka helmetnya.
            “Ha’a. Encik ni siapa?” berbahasa basi.
            “Saya mai nak tujuk arah ke rumah Opah,” jawap lelaki tadi.
            “Rumah Opah?” soal Kak AD dengan tangan kanan di atas dahi menahan panas matahari.
            “Lupa pula. Saya Sham. Sepupu Kak We. Hat yang bertunang hari ni. Depa duk suh mai sini ambil hampa semua. Jauh sesat katanya,” Sham berbahasa dengan telo Penang.
            “Mak, Kak We tu Dhia ke?” soal Kak AD.
            “Rasanyer,” jawap Mak Cik Kesuma Dewi.
            “Mak jangan main rasa-rasa,mak. Betul ke idak ni?” soal Abang Dani pula.
            “Nanti kejap. Mak rasa macam iya,” Mak Cik Kesuma Dewi mula separuh yakin.
            Dalam pada tengah berfikir nama timangan Dhia. Sham menghulurkan telefon kepada Abang Daiz. Katanya Chu Eida yang telefon.
            “Chu nak cakap dengan Mak Cik Kesuma Dewi,”
            “Kejap ya,” Abang Daiz memberikan telefon kepada Maknya.
            “Siapa ni?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
            “Entah, katanya Chu,” telefon bertukar tangan.
            “Hello. As’salamualaikum,”
            “Kamu ke Eida? Ha’a. Iayalah. Ikut je budak Sham ni ye? Ha iyalah. Wa’alaikumsalam,” entah apa yang dikatakan Chu Eida tak tahulah. Tapi dari gaya butiran yang keluar dari mulut Mak Cik Kesuma Dewi, macam iya je budak Sham ni wakil keluarga Dhia.
            “Moh, kita. Ikut aje budak Sham ni,” arah Mak Cik Kesuma Dewi.
            Semua dengan pantas bergerak masuk ke kereta masing-masing. Udah kelewatan, Dong! Janji nak sampai jam 11 pagi. Ni dah nak masuk Zohor tak sampai-sampai lagi. Sham yang dihadapan membuka lampu kecemasan bergitu juga yang lain. Perlahan-lahan mereka meninggalkan Pekan Parit yang sedang sampai pada waktu puncaknya.
            Dirumah Opah, Dhia yang masih sakit terpaksa berlakon dengan senyuman palsu yang ditampal ke muka. Pelipis Dhia yang berjahit, tak langsung kelihatan diwajahnya. Pandai betul Mak Andam ni sembunyikan pelipis Dhia yang berjahit. Ikutkan hati Dhia, mahu saja Dhia batalkan majlisnya pada hari ini. Terasa tulang menulangnya nak patah empat belas dibuatnya. Habis sengal-sengal badannya sebab jatuh tangga. Tapi nak buat macam mana, kena pun dah lewat petang. Nak tak nak kenalah juga majlis diteruskan.
            Laila The Planner, terpaksa mengubah terus bilik pengantin dari bilik sepupu perempuan mereka ditingkat atas ke bilik sepupu lelaki ditingkat bawah. Tapi masalah lain pula datang. Bilik sepupu lelaki mereka ni katil single. Nak bawa turun katil sepupu perempuan mereka memang taklah! Sebab katil tu berat dan stuktur rumah Andak yang berkayu kayan tak mengizinkan mereka nak meneruskan rancangan.
Aduh! Bergagau Laila ke Pekan cari cadar untuk saiz single. Dari Pekan Parit bawa ke Ipoh di carinya. Yelah. Mana ada cadar saiz single yang berompol-rompol, berenda-renda ni. Naik putus urat tengkuk Laila mencarinya.
            Akhirnya, terpaksa juga balik dengan tangan kosong. Memang hampa sangat-sangatlah. Semua lari dari planning asal. Laila dah mati kutu dibuatnya. Tak tahu nak buat apa. Dalam keadaan macam ni, of course Dhia tak dapat nak bantu apa-apa. Sejak dari balik klinik sampai dah malam Dhia terbaring dekat tingkat atas rumah Andak. Dhia tahu Laila dah buntu tapi Dhia nak bercakap pun Dhia tak mampu.
            “Kak Nyah, tak payah pening-pening. Kite lipat dua cadar ni kemudian sarung je. Katil tu tak payah di jarakkan. Bio je rapat ke dinding. Kita buat dia. Bukan dia buat kita,” cadangan Mak Cik Kintan akhirnya memberikan sinar baru di mata Laila.
            Macam tak percaya je ada jalan keluar akhirnya. Laila dengan semangat yang bersisa terus menyelesaikan kerjanya tanpa berlengah lagi. Maka hasilnya, siaplah bilik pengantin Dhia tepat pada jam 3 pagi tadi.
            Awal pagi tadi, gamat satu rumah dengan suara Chu Eida gerak bangun. Masyallah! Sikit punya kuat. Siap main ketuk-ketuk kuali dengan senduk lagi. Mana yang degil + liat nak bangun, Chu Eida tarik selimut. Tarik semua toto. Tarik semua bantal. Sudahnya, jam 6:00 pagi semua dah celik biji mata.
            Bila dah semuanya celik mata, mulalah berebut nak masuk bilik air. Siap ambil kerusi duduk depan bilik air. Yang kanak-kanak, Andak suruh mandi dekat luar. Di ambil kolam plastik, siap-siap tadah air, apa lagi? Berkubanglah kanak-kanak ribena dalam tu. Habis basah laman dikerjakan diaorang. Dah macam mandi dekat Water World!
 Tapi Dhia dapat layanan istimewa. Siap Ayah Dhia dukung bawa masuk bilik air lagi. Mandi pun Mak Cik Kintan yang mandikan. Adik-beradik Dhia yang lain pakatkan mencebik bila Dhia buat muka nakal pada diaorang. Terasa macam nak humban je Dhia dalam kolam kanak-kanak ribena dilaman rumah.
Dhia siap dimake up lebih kurang pukul 10 pagi tadi terus bersandar di birai katil. Mak andam Dhia terpaksa minta diri untuk balik awal sebab nak ke Langkawi pula. Ditinggalkan seorang anak muridnya sebagai back up dia. Nasib baik anak murid dia perempuan. Kalau lelaki, Dhia rasa, Pak Cik Lutfi lagi rela kalau dia make upkan anak dia sendiri.
Orang yang keluar masuk, keluar masuk menghantar hantaran tidak dipedulikan Dhia. Dhia memandang dengan pandangan yang kosong. Nak dilelapkan mata  karang mahu terus terlena sampai ke sudah tak bangun. Bulu mata palsu ni pun buat Dhia rasa tak selesa. Berat sangat. Nak angkat mata pun terkial-kial. Mata Dhia bertambahlah pedih sebab tak pakai spek mata.
“Manalah rombongan tak sampai lagi ni? Badan aku dah naik letih dah ni,” rungut Dhia dengan mulut mencebik-cebik.
“Amboi! Manis beno le buat ruper itu? Ce senyum sikit. Nak ambik gambo ni,” usik sepupu Dhia, Qashir.
Dhia, pantang nampak kamera. Terus posing walaupun hakikat sebenarnya tengah sakit tu.  Siap buat ‘peace’ dengan tersengih macam kerang busuk. Macam-macam gaya diragakan. Terutamanya buat gaya mimik muka ala, ala manja gitu. Hahaha... puas Qashir suruh dia buat muka control ayu. Tak jalannya. Bukan reti Dhia nak cover ayu ni. Dhia kan peminat setia kartun? Gaya pun mestilah ala, ala kartun juga!
“Lawonyer, Kak We,” terjah pula Qaseh kakak kepada Qashir.
“Baru tahu ke? Kak We memang sentiasa lawa. Qaseh je tak tahu,” Dhia mengusik batang hidung Qaseh yang sedang sarat mengandung 7 bulan.
Qaseh baru 23 tahun tapi dah nak ada anak sorang. Qaseh juga antara modal yang digunakan oleh Mak Cik Kintan untuk memastikan Dhia menerima lamaran atau risikan pihak Daim. Sikit, sikit Qaseh. Sana Qaseh. Sini qaseh. Semua Qaseh. Qaseh Cayunk je Mak Cik Kintan tak pernah lupa nak bagi.
“Tahu. Lama dah tahu. Qashir, amik gambo aku dengan Kak We,” Qaseh mengarah adiknya.
“Ok, pose,” Qashir mengarah seperti cameraman terkenal.
“Nanti, nanti. Adik pengantin pun nak bergambo juga,” serang Laila dan Latifah.
“Alamak! Kodak dah habislah,” usik Qashir.
“Ha! Nampak nau menipunya. Mana ada orang pakai kamera canon pakai Kodak. Dah cepat ambil gambo kami adik beradik. Cepat!” bising Latifah. Laila mengangguk tanda setuju dengan Latifah. Dhia hanya mapu tersenyum melihat aksi mereka.
“Rombongan dah sampai,” jerit Alif dari luar pintu rumah Andak.
“Ha? Rombongan dah sampai?” Laila dan Latifah berlari keluar.
Dhia dah mula tak keriuan. Jantung tiba-tiba berdegup dengan kencang. Saluran pernafasannya juga seakan sempit dan rasa tersumbat. Qaseh memaut lengan Dhia. Dipaut erat. Senyuman terukir diwajah Qaseh. Sesuci namanya, Nur Qaseh Salwani.
“Kak We. Relaks. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus pelahan-lahan. Dulu Qaseh pun macam tu juga, tapi Alhamdullilah. Semuanya akan ok,” wajah ceria Qaseh melenyapkan separuh kerisauan Dhia.
Thank’s Qaseh,” Dhia mengengam erat tangan Qaseh.
Welcome,” jawap Qaseh dengan nada paling ceria sekali.
Sementara itu, Laila dan Latifah dah hilang dari pandangan mata mereka. Berlari mengejarkan rombongan pihak lelaki.
“Mak Oii...Purple Sey,” jerit Laila dan Latifah serentak. Kemudian mereka  ketawa sama-sama.
“Kak Su, mana bakal Along kita?” soal Laila sambil terjengah-jengah keluar.
“Bukan Alonglah tapi Abang We. Nantilah kejap. Aku scan jap,” Latifah mengecil-gecilkan matanya memandang ke arah rombongan Daim.
“Eh! Apasal pulak Abang We? Tak bestlah nama tu,” bentak Laila. Latifah masih terjengah-jengah keluar.
“Yelah! Kak We lawan dia mestilah Abang We. Baru betul,” Latifah mempertahankan usulnya.
“Alonglah,” Laila menolak bahu Latifah.
“Abang We,” Latifah membetulkan bahu bajunya.
“Along!” Laila bercekak pinggang.
“Abang Welah,”Latifah membesarkan biji matanya.
“Ha! Gaduh, gaduh. Gaduh sampai bertumbuk dekat luar tu. Pi le,” sampuk Sham.
Laila dan Latifah hanya tersengih. Sham mengeleng melihatkan tingkah mereka. Mata kembali difokus pada rombongan Daim.
“Tak adalah,” beritahu Latifah kepada Laila yang tak pernah jumpa dengan Daim.
“Tak ada? Apa yang tak ada? Abang ipar kita tu, Dia tak datang sekali ke?” Laila buat muka bengang.
“Ya kot?” jawap Latifah.
Dua beradik masih tetap mengendap pihak rombongan Daim dari tingkap rumah Andak.
“As’salamualaikum,” Abang Daiz memberikan salam kepada ahli keluarga Dhia yang bersedia menunggu menyambut mereka di depan pintu rumah.
“Wa’alaikumsalam,” jawap mereka beramai-ramai tapi tidak serentak.
“Maaf, kami terlambat sampai. Sesat jalan malu nak bertanya,” bicara Abang Daiz kemudian ketawa. Tawanya disambut oleh mereka semua.
“Tak mengapa. Jemput masuk, jemput,” ajak Pak Cik Lutfi.
Rombongan pihak Daim masuk sambil menyalam setiap ahli keluarga Dhia yang ada. Laila dan Latifah pun tak melepaskan peluang nak bersalam dengan mereka yang lain. Sampai kepada turn nak bersalam dengan Delita dan Delila;
“Saya adik Abang Daim,” Delila memperkenalkan dirinya. Delita hanya sengih kerang busuk.
“Ya ke?” soal Latifah dengan mata bulat.
“Kak Dhia ada? Nak jumpa dia boleh?” soal Delita tak menjawap soalan Latifah.
“Ada, ada. Jom,” Latifah terus menarik tangan Delila dan Delita terus masuk ke bilik dhia berada.
Laila tak sempat nak join sama. Sudah dicuit supaya ikut menghantar rombongan ke rumah Opah. Tempat perbincangan untuk majlis Daim dan Dhia dilakukan. Laila hanya dapat menjeling sahaja kepada Latifah yang menjelir lidah kepadanya.
Sampai di bilik, gamat suasana dengan suara anak-anak dara. Gaya macam berzaman je tak jumpa Dhia. Padahal dah jumpa dah 3 bulan lepas. Selalu je chatting dalam facebook. Selalu je berbual dalam telefon.
“Kak Dhia, cantiknya akak,” puji Delita.
“Mekacih. Delila pun cantik juga,” puji Dhia sambil mengulis lembut pipi Delita.
“Saya dekat sinilah, kak. Tu Chu,” kedut muka Delila.
“Eh! Bukan ni ke Delila?” soal Dhia kebinggungan.
Ah! Sudah. Amacam boleh salah pula ni? Latifah memegang pipinya. Matanya ditala kepada Delita dan Delila. Baru dia perasan yang mereka memang sama habis. Dari segi pemakaian pun sama. Beza depan Kak We ni je yang gelap sikit.
“Bukan. Depan akak ni Delitalah. Sampai hati cakap Adik cantik,” cebik Delita.
“Adik memanglah lagi cantik dari Chu. Chu tu kasar,” Delila menjelir lidah kepada Delita.
“Eleh, paku dinding paku pahat, macamlah bagus sangat!” cebik Delita.
“Pergi kedai bawa handphone, memang pun!” Delila membulatkan matanya.
Latifah semakin pening. Qaseh dan Qashir saling berpandangan. Siapa sebenarnya yang duduk Melaka ni? Mereka ke keluarga Dhia? Siap beria nak berpantun, pantun bagai.
“Sudah, sudah. Korang ni sama je macam Kak Laila dan Kak Latifah ni. Asyikkan nak bertekak. Ok, semua orang cantik. Semua orang lawa. Tak ada satu pun cipataan Allah yang tak cantik, tak lawa, tak menarik, tak handsome. Semuanya indah berlaka. Puas hati semua? Dah jangan nak bergaduh, ok?” Dhia terpaksa meleraikan ‘perang pantun’ adik beradik kembar ni.
Delita memalingkan mukannya dari Delila. Delila memeluk tubuhnya. Latifah terkecil hati sekejap bila dengar Dhia cakap dia dan Laila pun kuat bergaduh.
“Eh! Kak we, kitaorang gaduh, gaduh manjalah,” Latifah menarik muka.
“Yelah. Apa-apa jelah, Kak Su,” berdenyut kaki Dhia menahan sakit.
Delita tiba-tiba teringat akan CD yang diberi Daim. Dengan panmtas tangannya menyelongkar beg galas yang dibawa.
“ Kak Dhia. Ni Achik bagi. Dia cakap dia minta maaf sebab tak dapat datang. Dia kena kerja,” Delita menghulur CD kepada Dhia.
“CD apa ni?” soal Dhia seraya mengambilnya.
“Nanti akak tengoklah,” Dhia buat muka cuak semacam.
“Yang pasti bukan CD lucah. Dijamin 100% tiada unsur-unsur luar tabi’e,” kata-kata Delila mengundang tawa mereka semua.
Dhia mengambil CD dan diletak ke dadanya. Kemudian terus dimasukkan ke dalam beg bajunya dibawah katil. Qashir sempat merakamkan detik itu. Sungguh sweet saat Dhia meletakkan ke dadanya. Mukanya meniti bahagia...