~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Tuesday, May 31, 2011

Syukur, Alhamdullilah kepadaNya.

As'Salam to all,




Syukur Alhamdullilah kepadaNya,
Limpah kurnia yang tidak ternilai untuk hambaNya.
Nikmat kehidupan yang terjangkau oleh Ku.

Bertapa aku amat bersyukur dengan setiap yang Engkau tentukan buatku,
Bertapa aku amat merasai setiap hikmahMu, Ya Allah,

Terima kasih kepadaMu, Ya Allah. 
Atas kemakburan kepada setiap doaKu sebelum ini.
Atas ketenangan hati dan kesabaran imanKu.

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu 
yang kuat melawan setiap godaan syaitan dan iblis.
yang kebal dari setiap hasrat dengki manusia.
yang penuh dengan sinar keimanan kepadaMu, Ya Allah.

Ya Allah,
semoga kesempatan yang Engkau berikan kepadaKu
akan dapat aku gunakan sepenuhnya untuk insan yang memberikan aku peluang lahir ke dunia ini.
akan aku gunakan untuk hargai setiap usaha mereka.

amin, amin, amin, ya rabalalamin...

Monday, May 30, 2011

sedutan bab 29



As'Salam to all,
sekadar nak berkongsi sedutan..hehehe..


“Kamu tak main-main kan?” soal Mak Cik Kesuma Dewi untuk lebih kepastian.
“Tak. Mak pergilah pinang Si Dhia tu. Keputusan Daim muktamad!” 
“Betul ni?”
“Iya,”
“Tak main-main?”
“Ada kang Daim tarik balik keputusan Daim ni kang,” ugut Daim.
“Alhamdullilah,” Mak Cik Kesuma Dewi meraup mukannya
.

Calon Menantu Mak - Bab 28

Bab 28

Sampai di kem tepat pada azan Maghrib. Daim terus melangkah menuju ke biliknya. Dicampak beg baju ke katil, dicapai tualanya dah terus membersihkan diri dan kaki terus melangkah menuju ke Masjid.
Di Masjid, orang dah masuk ke rakaat terakhir. Daim tanpa berlengah terus menunaikan kewajipan sebagai hambaNya yang kerdil. Usai solat, kuliah Maghrib bermula. Kuliah Mahgrib yang lebih menjurus kepada tajuk tanggungjawab seorang suami tidak berjaya menarik Daim mengikutinya seperti selalu. Daim hanyut dalam dunia khayalannya. Daim leka memandang kepada karpet hijau yang mengindahkan ruang solat Masjid. Jefry memandang Daim dari jauh. Dengan langkah perlahan-lahan, Jefry mengesot ke belakang dan menghampiri Daim.
“Pojie, bila kau sampai?” tegur Jefry.
Daim masih merenung karpet Masjid.
“Pojie?” sekali lagi Jefry memanggil Daim. Matanya memandang kepada arah mata Daim. Ada apa dekat karpet ni sampai tenung macam boleh makan je?
“Pojie?” Jefry menepuk belakang badan Daim. Daim tersentak. Dipandang ke kiri dan kanannya. Jefry mengangkat kening dua kali.
“Kau, Jef. Astagfirullah. Terkejut aku,” Daim mengurut dadanya.
“Kau ni. Dalam Masjid pun boleh berangan,” perli Jefry kemudian mengelengkan kepalanya.
“Lama dah kau dekat sini?” Daim masih mengurut dadanya.
“Lama tak lama jugak. Baru je lagi. Bila sampai?” soal Jefry sekali lagi.
“Maghrib tadi,” jawap Daim lemah.
Oh I see. Amacam dah jumpa buah hati ok?” soal Jefry, sengih sumbing.
“Jumpa buah hati menda. Aku pergi atas nama kerjalah,”
“Alah. Kau jugak cakap sambil menyelam minum airkan? Kau jugak cakap kau nak jumpa Aisyah?” soal Jefry bertubi.
“Hai!” keluh Daim.
“Kau apasal?” Jefry dapat menangkap maksud keluhan Daim. Ni mesti ada yang tak kena ni.
“Nantilah aku cerita. Buat masa ni aku nak relakskan akal fikiran aku dulu. Banyak benda yang terjadi dalam masa yang singkat ni sampai aku dah tak boleh nak berfikir secara rasional dah. Rasa macam nak je aku...”
“Kau nak bunuh diri?” sampuk Jefry.
“Eh! Ada pulak? Aku waras lagilah,” tersengit badan Daim mendengarkan kata-kata Jefry.
“Habis tu? Tadi kau cakap kau dah tak boleh nak berfikir secara rasional kan? Kau gak cakap kau rasa macam nak...” Jefry meminta Daim menyambut ayatnya.
“Aku rasa macam nak je tarik diri dari expedisi rekuit baru khamis ni,”
“Oh! Lain kali cakap tu biar terang,”
“Macam mana nak terang, belum sempat aku pasang lampu kau dulu dah tujah aku dengan pelita,” kias Daim separuh berbisik. Jefry menyengih.
“Lain kali kalau tak tahu, senyap. Biar orang habis cakap dulu. Dah jom ke depan. Bilal dah nak azan dah,” Daim terus bangun dah melangkah menuju ke saf hadapan.
“Kau hutang dua cerita dengan aku. Jangan lupa,”
“Bukan dua tapi tiga. Nanti aku cerita,”
Solat Isyak pada hari ini diimamkan oleh Ustaz Hamid dari Biro Agama. Usai solat Isyak, Daim terus menuju ke biliknya. Bila Jefry ajak berbual, Daim memberikan alasan yang dia penat. Tapi sebenarnya, bukan badan Daim yang penat. Tapi hatinya. Ada sesuatu yang membuatkan hatinya jadi pedih dan rawan.
Sampai di bilik, Daim memunggah begnya. Satu persatu barang dimuntahkan dari dalam beg galasnya. Beg galas kemudian di campakkan ke lantai. Baju-baju kotor dimasukkan ke dalam bakul baju. Diari, fail-fail dikumpulkan dan disusun di meja kerjanya. Baju-baju yang bersih dibetulkan lipatannya dan disimpan didalam almari. Minyak wangi, diadoran dan bedak carrier junior diletakkan di bahagian atas almari.
Ligat tangan Daim mengemas bajunya. Tiba-tiba tangannya mencapai sekeping sampul surat berwarna merah jambu. Daim mengeluh. Ditolak sisa barang diatas katil ke tepi. Pelahan-lahan Daim melabuhkan pinggulnya di birai katil. Sampul surat itu ditenung sekali lalu. Matanya dipejamkan dan kisah semalam berputar diruang fikiran.
Selepas balik dari rumah Dhia, mereka berpecah dan kembali ke hotel lewat petang. Daim terus bersiap untuk berjumpa dengan Qalisya di Mc' Donald berdepan dengan Jaya Jusco Ayer Keroh. Daim pergi dengan kereta jabatan selepas meminta izin dari Mejar Mustapa dan Kapten Mansur.
Daim tiba di sana awal 5 minit dari masa yang dijanjikan. Dia hanya menunggu di ruang terbuka diluar Mc' Donald sambil matanya memerhatikan Qalisya.
“Lama dah tunggu?” sapa Qalisya yang hadir dengan berseluar Jeans, berbaju T-Shirt di dalam dan bersweater hitam diluar. Mengenakan selendang tidak berpin di dagu, sesekali menampakkan anak rambutnya serta leher.
“Baru je lagi,” senyum Daim sambil memerhatikan apa lagi perbezaan Qalisya yang dulu dengan Qalisya sekarang.
“Dah oder dah?” Qalisya menyoal selepas duduk dihadapan Daim.
“Belum lagi. Tunggu Isha,” Daim menyandar malas sambil tangan kanannya mengusik hidungnya.
“Ya ke? Kalau gitu, jom oder,” Qalisya dah berkira nak bangun.
Daim menahan Qalisya dari terus bangun. Daim dengan pantas terus berdiri disebelah Qalisya dan mengangkat tangan separas pingang dan membongkokkan sikit badannya, “Cik nak oder apa?”
Qalisya ketawa, “Hahaha...tak payahlah sampai buat macam ni,” tangannya memegang lengan Daim. Daim terkesima. Matanya hanya memandang kepada tangan Qalisya yang memegang lengannya.
“Opps...terpegang pulak,” Qalisya menutup mulutnya.
“So, Cik Qalisya nak oder apa?” soal Daim kembali.
“Ok! Kalau macam tu, I nak Big Mac dengan Milo Panas. Some more Oreo Mc'Fluvury,”
“Itu saja ke?”
“Yup. Itu sahaja,” senyum Qalisya.
“Ok!kalau bergitu, oder cik akan sampai dalam masa 10 minit,” Daim terus berlalu masuk menuju ke kaunter pesanan.
Selepas 10 minit, Daim kembali dengan dulang yang penuh ditangannya. Diletakkan dulang diatas meja.
“Ni, pesanan cik dan ini adalah pesanan saya,” Daim memberikan pesanan Qalisya dihadapanya.
You ni, Hafy. Ada-ada jelah. Hehehe...” gelak Qalisya.
Daim yang sememangnya sedang lapar terus mengigit Spicy Mc'Chiken sambil senyum pada Qalisya. Cerita dalam telefon malam semalam bersambung kembali. Kali ni, semakin banyak cerita kawan lama mereka yang diingatkan bersama. Dari cerita nama samaran mereka yang jauh giler lari dari nama asal sampailah kepada hobi gila masing-masing. Bergelak ketawa Daim dan Qalisya mengenangkan kisah lama. Sampai air mata pun mengalir keluar. Dalam pada Qalisya mengelap matanya,
So,you Hafy, bila nak kahwin?” soalan Qalisya membuatkan Daim tersedak air kopi yang bersisa.
“Uhuk..uhuk,” batul Daim.
Sorry, sorry,” Qalisya menghulurkan tisu kepada Daim.
Daim menncapai tisu yang Qalisya berikan dan mengelap mulut dan bajunya yang terkena air kopi yang terkeluar dari dalam mulut.
“Takde orang nak. Macam mana nak kahwin,” kelentong Daim. Padahal ada je orang nak. Dia yang memilih siapa suruh?
Ni peluang aku. Qalisya dah bukak cerita pasal hati. Kalau aku bernasib baik, mungkin cerita cinta lama akan digali balik. Hehehe...
“Ye ke? Macam tak percaya je. Orang sekacak you tak ada makwe lagi? Bohonglah,” Qalisya menutur seolah-olah dia tak pernah mempunyai sebarang komitmen dengan Daim sebelum ini.
“Serius. Memang takde. Hafy fokus pada kerja je sekarang ni,” Daim meletakkan tisu yang kotor didalam dulang.
“Serius je?” Daim mengangkat tangan seperti bersumpah.
“Dulu, bukan ke berderet orang nak dengan you? Ke you stay jual mahal lagi ni? Yelah, you kan terkenal dengan orang yang jual mahal dan paling memilih sekali dalam fakulti kita,”
“Hahaha...” gelak Daim tapi dalam sebenarnya hatinya dah berkata 'I tunggu you sikit punya lama, you tak nak pulak ambil pusing?'
So, how about you?”Daim sengaja memancing Qalisya.
Me? Ah! Forgot something. Kejap eh?” Qalisya berlari menuju ke keretanya di depan Mc' Donald. Qalisya lembali dengan sampul surat berwarna merah jambu ditangannya. Daim mula tak sedap hati.
“Nah! Ni untuk you,” Qalisya memberikan sampul surat merah jambu kepada Daim.
“Apa ni, Isha?” soal Daim dengan tangannyang teragak nak mencapainya.
“Jemputan my wedding end of this month.” dengan penuh slamber Qalisya menjawap.
“Ha? Isha dah nak kahwin ke?” soal Daim terkejut. Tegak badan Daim memandang Qalisya.
“Yezza. Jangan lupa tau? Ajak girlfreind you tak pun parents you untuk meriahkan majlis I, ok?” muka Qalisya penuh dengan kebahagiaan.
Daim tidak terus membuka sampul surat tu. Dibiarkan sahaja ditepi meja. Daim seakan tak percaya apa yang baru didengar dan apa yang baru dilihatnya tadi. Tak sangka, perjumpaan semula ini hanyalah sekadar ingin menambahkan luka dihatinya. Pedih. Sangat pedih! Dunia Daim seakan pergi melayang entah ke mana. Qalisya bersungguh-sungguh bercerita tentang majlis perkahwinannya nanti. Tapi semuanya ibarat angin yang melintas tapi sempat meninggalkan kesan.
“Hafy jangan lupa datang tau,” kata-kata Isha yang satu ini masuk ke kotak telingannya.
Insyallah kalau jadual kerja tak padat, Hafy sampai. Tahniah Isha,”
Thank you, Hafy,”
“Isha, jom balik. I nak pack barang-barang. After meeting esok, kami dah nak balik dah.
To soon? Kenapa tak tunggu ke sampai pagi selasa?”
“Tak boleh. Khamis ni, Hafy dah mula outstation,”
“Ya ke? Kalau macam tu, kita jumpa esok ok? Oh! ye. Nanti esok boleh I kenalkan you dengan tunang I. Kebetulan dia dah start cuti dari fly,” senyum masih tak lengang dari bibir Qalisya.
Insyallah kalau sempat,” jawapan Daim yang dah selemah-lemahnya.
Daim menghantar Qalisya ke keretanya. Selepas kereta Qalisya hilang dari matanya. Daim menapak pelahan-pelahan menuju ke parking kereta di bahagian belakang. Sampul surat berwarna merah jambu hanya ditangan di campakkan ke kerusi sebelah pemandu.
            “Aaaarrggghhhh...” jerit Daim kemudian memukul stering kereta.
“Kenapa kau datang sekadar satu persinggahan, Qalisya? Kenapa kau buat semua ni pada aku? Kenapa? Kenapa?” Daim tidak dapat menerima tamparan yang diberikan oleh Qalisya.
Bip...bip...bip...
Kedengaran mesej telefon bimbit Daim berbunyi. Daim mencapai telefon bimbit dari dalam poket hadapan dengan penuh kemalasan. Dari Aisyah. Daim kembali menegakkan badannya. Mesej dari Aisyah di buka.
As'Salam Daim. Maaf kalau mesej ni mengangu Daim. Aisyah sebenarnya ada nak beritahu pada Daim dr hari tu lg. Tapi tak berkesempatan. Aisyah akan sambung belajar di Jepun bulan 3 ni.Insyallah, Aisyah akan berangkat ke sana awal bulan hadapan.
Membulat mata Daim memandang mesej yang diberikan kepadanya. Tangan dengan pantas mendail nombor Aisyah. Aku perlukan kepastian.
“As'salamualaikum,” jawap Aisyah lembut.
“Wa'alaikumsalam. Aisyah, betul ke apa yang Aisyah mesej tadi?” soal Daim stairt to the point.
“Ya,” pendek.
“Kenapa tak pernah cakap dengan Daim pun?” Daim memicit pelipisnya.
“Aisyah nak cakap masa dekat restoran ikan bakar malam kemarin tapi tak kesempatan. Aisyah pun baru je dapat result ni tak sampai sebulan,” tulus jawapan Aisyah.
“Berapa lama Aisyah di sana nanti? Ambil cost apa?” soal Daim yang dah hilang separuh semangatnya.
“5 tahun. Insyallah. Aisyah sambung Master dan Ph.D serentak dalam cost sains. Aisyah nak jadi saintis. Tak pun pensyarah dalam bidang sains gunaan, ” cerita Aisyah.
Kata-kata Aisyah amat merentap jantung Daim secara halus.
“Ye ke? Belajar elok-elok ya? Bawa balik kebanggaan. Bawa balik kemegahan. Bawa balik ilmu. Daim doakan semoga Aisyah berjaya dalam apa yang Aisyah citakan. As'salamualaikum, Aisyah,”
“Terima kasih, Daim. Wa'alaikumsalam...” panggilan diputuskan Daim.
5 tahun. Satu tempoh yang sangat lama untuk Daim untuk menunggu Aisyah. Bertambah tak yakin dengan apa yang terjadi antara Daim dan Qalisya dahulu. Daim takut pisang akan berbuah dua kali. Daim takut dia terkecewa pada masa akan datang.
'Biarlah aku kecewa sekarang dari aku kecewa sepertimana Qalisya mengecewakan aku dan cintaku padanya,' hati kecil Daim berbicara sendirian.
Tuk...tuk...
“Pojie, Pojie,” suara ketukan diluar bilik menarik Daim kembali ke dunia nyata.
Tuk...tuk...tuk...
Daim melangkah menuju ke pintunya. Jefry.
“Kau, Jefry. Kalau kau nak ajak borak, aku letihlah Jefry,”
“Aku bukan nak ajak boraklah. Ni aku nak bagi kau Kuih Lapis Sarawak. Kak Julie suruh bagi,” Jefry memberikan dua gulung Kek Lapis Sarawak pada Daim.
“Kak Julie buat ke?” soal Daim sambil mengambil pemberian Jefry.
“Taklah. Diaorang balik Sarawak minggu lepas. Tu kakak aku suruh bagi kau dengan Jefri, sorang dua gulung. Yang ni perisa coklat Cubrary. Yang pula perisa Strawberry,” terang Jefry.
“Buat susah-susah je. Kau ni satu. Macam dah tak boleh nak bagi esokkan?” soal Daim sambil meletakkan Kek Lapis Sarawak atas meja.
“Bendanya sikit. Kalau aku bagi dekat opis nanti kang tak sedap pulak pada mata orang lain. Lagi pun,ni amanah orang. Mana boleh suka-suka nak lupakan,” Jefry masih setia diluar bilik.
“Tak sangka kau ni pandai juga jaga hati orang. Aku ingat kau main aci redah je,” perli Daim.
“Tengok tempatlah, beb,”
“Jep, kau off day hari apa?” soal Daim yang dah kembali ke muka pintu.
“Ummm... Esok. Asal?” jawap Jefry sambil memegang dagu tak berjanggut.
“Awalnya kau punya off day?”
“Ha'a. Off day awal sebab rabu budak-budak ni ada kursus. Aku jadi dia punya urusetia. Kenapa?”
“Aku dapat off day selasa dengan rabu. Kau ikut aku balik kampung nak tak? Delita ada assigment nak kena buat. Pasal ATM,” ajak Daim.
Assigment? ATM? Dia nak buat apa?” soal Jefry serius.
“Untuk hari ATM nanti. Diakan KRS,”
“KRS? Apa tu?”
“Kadet Remaja sekolahlah, bengung,” kepala Jefry dilukunya.
“Aduh! Mana aku tau KRS tu apa. Sekolah aku dulu tak ada KRS. Aku sendiri pun Kadet Polis Sekolah,” Jefry mengosok kepalanya.
“Padanlah. Nak tak ikut? Kalau kau ikut, banyaklah jugak kau boleh cerita dengan Delita. Kau kan bahagian pendidikan? Mesti lagi banyak input kau boleh bagi,” provok Daim. Tapi memang betul pun. Dari bab yang satu ni, memang Daim kalah dengan Jefry.
“Kau nak balik esok pukul berapa? Aku pagi macam biasalah. Ada PT pagi,”
“Dalam jam 10 pagi ke?”
“Ok! Set. By the way, thankslah kau ganti aku satu slot,”
“Takde hallah. Tapi kau tu, lain kali bahan P&P tak payahlah beria nak simpan dalam laci,”
“Sebab dia P&C. Ada faham? Dah lah aku balik dulu. Nanti Kek Lapis tu bolehlah kau bawa balik bagi mak kau,” Jefry menunjuk kepada Kek Lapis Sarawak di atas meja.
“Beres,”
###
“Nah! Chu. Aku import khas dari unit pendidikan untuk kau punya assigment,” Daim menunjuk kepada Jefry disebelahnya. Jefry hanya mengangkat keningnya sambil berpeluk tubuh.
“Leh. Abang Jep ke?” soal Delita seperti tak puas hati.
“Habis, Lita nak sapa pula?” soal Jefry yang dah meleraikan pelukan tubuhnya.
“Apa kau panggil adik aku? Lita?” soal Daim kehairanan.
“Nama manja,” sengih Jefry. Delita senyap je.
“Manjalah sangat. Kau ingat adik aku ni litar sepang ke? Suka-suka je nak panggil Lita, Litot,” bengkeng Daim.
“Nak sangat panggil nama manja, kau panggil je dia ni Nenek Tua,” sambung Daim
“Achiiikkk!” merah Delita. Pecah gelak Daim dan Jefry.
“Ape ke yang bising beno anak dara dengan anak teruna dekat luo ni?” Mak Cik Kesuma Dewi datang dengan menatang sedulang air teh ditangannya. Delila pula membawa sedulang kuih cucur udang.
Daim membantu Mak Cik Kesuma Dewi meletakkan dulang diatas meja.
“Buat susah-susah je, mak cik ni,” malu-malu Jefry.
“Alah. Tak susoh pun. Masuk je ayo hangat, bubuh teh, bubuh gula kacau sikit lebih kurang dah siap. Ha, minum Jefry,” pelawa Mak Cik Kesuma Dewi.
“Minum sekali mak cik?” pelawa Jefry juga.
“Takpe. Minum dulu. Mak cik dah minum dah pagi tadi,”
“Mak, petang kang kita pergi melawat Kak Lin eh?” ajak Daim.
“Nak melawat ke mana? Kak Lin kamu ada dalam bilik deme,” Mak Cik Kesuma Dewi menunjuk kepada bilik Abang Dani dan Kak Lin.
“Kata Kak Lin kena tahan wad?” soal Daim hairan.
“Memang le. Udoh keluo dah petang semalam. Buat masa ni deme pindoh ke sini sampai Kak Lin kamu kuat sikit badannya. Sekurang-kurangnya duduk sini ade le jugok orang nak menengoknye nanti,” cerita Mak Cik Kesuma Dewi.
“Umm...kisohnya,”
“Udoh le. Mak nak masok,” Mak Cik Kesuma Dewi terus melangkah ke dapur.
“Mak masak lauk yang Achik beli tadi eh?” pinta Daim. Impian nak makan Siput Sedut Masak Cili Padi akan tercapai hari ini. Yahuuu...
“Iye le,”
“Chu, bila kau nak start diperturunkan ilmu?” soal Daim kepada Delita.
“Sekarang pun boleh,” excitedDelita.
“Adik? Kau tak ada assigment ke?” soal Daim pada Delila yang dilihatnya muram je dari tadi. Delila mengelengkan kepalanya.
“Hai! Sejak bila mak ada anak bisu ni?” soalan Daim dibaling dengan kusyen oleh Delila.
“Dia kena ulser lidahlah, Achik,” jawap Delita bagi pihak Delila.
“Ye ke? Sini kejap,” panggil Daim. Delila menurut.
“Bukak mulut. Nak tengok,” suruh Daim. Delila membuka mulutnya.
Masyallah. Bau longkang,” Daim menutup hidungnya. Delila mencubit peha Daim.
“Owang dah arg akit ni. Syup,” Delila menjawap dengan penuh kepayahan.
“Ya Allah air liur menjejeh keluar uik! Gelilah,” Daim merapat kepada Jefry.
“Achik, tak baik tau. Dah seminggu dah dia macam ni. Kak AD dah bagi ubat pun tak surut sepenuhnya lagi tau,” bela Delita. Delila dah rupa nak menangis je dah.
“Ya ke? Teruk ni. Dah patut kena potong lidah ni,” usik Daim lagi.
Kali ni, Delila dah hilang sabarnya. Dicubit lengan Daim semahu-mahunya. Padan dengan muka Daim. Meraung minta tolong. Delita dah menepuk tangan bila Delila mencubit Daim tahap tak hengat. Jefry pun dah gelakkan Daim.
“Adan uke au,” tempelak Delila. Kemudian dia terus berlalu ke dalam rumah.
“Aduh! Merah lengan aku,” Daim mengosok tempat yang dicubit Delila.
“Padan muka kau, Achik. Dah le orang tu tengah sakit. Kau pulak buat macam tu. Memang nak tempah keranda awallah,” perli Delita.
“Hahaha...” ketawa besar Jefry sampai menguling-guling atas kerusi rotan di serambi rumah.
“Oi! Pak Cik. Sengal kau, gelakkan aku kan? Pergi cepat ajar Delita,” arah Daim. Kelat muka Jefry sambil cuba menahan tawanya. Diambil beg galasnya dan menuju ke Delita.
“Delita nak tau pasal apa?” soal Jefry yang dah duduk di depan Delita.
“Macam-macam,” jawap Delita ringkas.
Jefry membuka beg galasnya. Beberapa keping majalah Tempur dikeluarkan. Flyers tentang ATM dan segala macam Kor, kor dan Rejimen dikeluarkan. Delita memandang pelik. Ada ke majalah ni?
“Ni nak buat apa dengan majalah ni?” soal Delita.
“Majalah ni sebagai rujukan. Manalah tau, kot, kot apa yang abang cakap ada yang Delita tak ingat, bolehlah reffer pada sini je. Abang bagi pinjam. Tapi kenalah jaga baik-baik,” peringat Jefry.
“Ada jual ke majalah ni?” Delita membelek-belek majalan ditangannya.
“Ada. Cari dekat kedai buku MPH. Harga dia mahallah sikit. RM15.00,” cerita Jefry. Dikusi berkenaan ATM pun bermula.
Daim yang masih menahan sakit sekadar memerhatikan sahaja. Dilihat, Delita bergitu meminati cerita-cerita Jefry. Tak kering dia dengan soalan diajukan kepada Jefry dan Jefry pun sedia menjawap soalan Delita. Tapi Delita tak boleh jadi seorang tentera. Cukuplah seorang tentera dalam keluarga ni. Jangan ada yang lain menjadi tentera. Lagi pun, Delita perempuan. Dia tak akan mampu bertahan sepertimana seorang lelaki dapat bertahan.
“Chu, apa cita-cita kau?” soal Daim tiba-tiba.
“Ha?” soal Delita yang tak bersedia disoal kala dia sedang kusyuk mendengar cerita Jefry.
“Apa cita-cita kau?” soal Daim sebutir, sebutir.
“Oh! Aku nak jadi pilot,” jawap Delita dengan penuh megah.
Pilot?” soal Jefry pelik.
“Ha'a. Jadi pilot boleh bawa kapal terbang ke merata tempat,”
“Tapi kau tak akan masuk dalam tentera udara kan?” soal Daim untuk kepastian.
“Taklah. Lagi pun kau dah jadi tentera, tak akan aku pun nak jadi tentera gak? Tak best. Aku ingat nak jadi pilot keje dengan MAS ke? Airasia ke? Tak pun FireFly. Kenapa kau tanya?” soal Delita selepas menjawap pertanyaan Daim.
“Takde apa. Saja je tanya,” lega hati aku dia fikir macam tu.
“Ok,” Delita dan Jefry menyambung diskusi mereka yang tertangguh disebabkan pertanyaan Daim tanpa memberikan salam dulu.
Daim memandang kepada laman rumah. Penuh dengan Daun kering. Dikerling kepada jam ditangan. Daim berkira-kira untuk menyapu lama petang nanti. Rumput pun dah meninggi. Sian mak aku, tak ada orang lelaki nak tolong buatkan kerja-kerja ni.
“Chu ooo Chu. Mari ke dapur, tolong mak hidang,” jerit Mak Cik Kesuma Dewi.
Entah apa yang di cakapkan pada Jefry, Delita terus ke dapur rumah. Jefry kembali duduk disebelah Daim.
“Bila kau nak cerita tentang hal kau?” soal Jefry selepas menghirup Teh 'O' Mak Cik Kesuma Dewi.
“Macam mana aku nak cerita eh? Aku pun tak tahu nak mula dekat mana. Tapi yang pasti, mak aku dah tarik balik tempoh sebulan yang mak aku bagi dulu. Bila mak aku dah tarik balik, hal lain pulak timbul. Dan, dan tu bekas makwe lama aku, Si Qalisya muncul balik,” cerita Daim dengan tangan melangit.
“La? Dah tu, kau dengan Aisyah macam mana?” soal Jefry berminat.
“Entah,” diungkitkan bahunya.
“Pulak dah. Kau su...”
“Achik, Abang Jep, mak panggil makan,” potong Delita dengan ajakkannya.
“Jom, Jefry,” Daim mengajak Jefry dengan menepuk bahunya.
Berselera Daim menjamah lauk air tangan Mak Cik Kesuma Dewi. Terutama bila ada lauk yang diidam-idamkan, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi. Bertambah nasi dekat beberapa kali. Kak Lin sorang je yang tak selera makan. Pucat betul muka dia, Daim tengok. Kalau toreh mesti tak ada darah keluar.
Orang lain dah beransur ke sinki basuh pingan, Daim dengan Jefry masih setia di meja makan. Jefry malu bangun sebab Daim tak bangun lagi. Tak manislah pulak tinggalkan tuan rumah di meja makan.
“Sudahlah tu, Jefry. Kang kalau nunggu tuan putera ni habis makan entah pukui berapa je ni karang,” Jefry mengangguk. Dibawa pingan mangkuk ke sinki dan membasuhnya.
'Budak ni ada masalah ni,' Mak Cik Kesuma Dewi seakan faham Daim ada masalah.
Biasanya kalau Daim makan luar biasa hebat, mesti ada yang tengah menyerabutkan otak Daim.
Jefry kembali ke meja untuk menngabiskan sisa air dicawannya.
“Kamu ada apa-apa nak cerita dengan mak ke Daim?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
Daim hanya membatu. Sahut tidak. Angguk geleng pun tidak. Dihabiskan sisa nasi dipinggan dan kemudian berlalu ke sinki dan membasuh pinggan yang digunakannya.
Daim kembali duduk de meja makan dengan Delita dan Delila yang sedang memotong puding caramel serta Kak Lin yang tengah makan ubat. Diteguk air kopi di cawan dan kemudian menyandar di kerusi meja makan.
“Mak, Achik dah buat keputusan. Achik akan ikut pilihan mak. Mak pergilah pinang Si Dhia tu untuk Achik,” tersembur kopi dari mulut Jefry tepat mengenai muka Daim. Habis basah muka Daim dengan air kopi yang terbang dari mulut Jefry. Daim pandang Jefry dah rasa nak makan je dah.