~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Sunday, March 27, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 18

Bab 18.    

“Kamu kenapa, Daim?” soal Kak Julie yang sedang mengambilkan gebor (tilam toto) untuk dibentang di depan televisyen. Tercungap-cungap Daim masuk ke rumah siap terlanggar pintu grill rumah lagi.
“Takde apa-apa, kak. Saja buat jogging.” Daim membuat aksi bersenam.
Jogging apa malam-malam ni? Mengarut betullah kamu ni, Daim,” Kak Julie hanya mengelingkan kepala kemudian berlalu ke biliknya.
“Kau kenapa, Pojie? Macam orang ternampak hantu je,” tegur Jefry pula.
“Memang pun,” jawap Daim.
“Ha? Kau biar betul?”Jefri dah terduduk mendengarkan ayat penyata yang keluar dari bibir Daim.
“Betul! Aku nampak dia lintas depan aku tadi. Tu aku masuk lintang pukang ni,” cerita Daim.
“Dia pakai baju warna putih ke?” Si Jefri dah rapat ke sofa.
“Entah. Depan rumah ni kan gelap? Lampu jalan rosak. Aku tak nampak baju warna apa tapi memang ada yang melintas depan aku tadi. Percayalah cakap aku,” bersungguh Daim meyakinkan kawannya.
“Ish! Mainan perasaan kau je kot. Sudahlah Daim. Abaikan je. Kalau ada pun mesti syaitan iblis yang nak menganggu,” Jefry menarik selimut ke paras dada. Jefri dah parking tengah-tengah.
“Mungkin kot. Jef, aku nak minta pinjam kain pelekat boleh tak? Aku tak Solat Isyak lagi ni,” pinta Daim.
“Ha'alah aku baru teringat aku pun belum Solat Isyak lagi. Daim kau jadi imam aku boleh?” tiba-tiba Jefri duduk tegak kembali.
“Ha! Baguslah tu korang pergi solat. Hilangkan rasa penakut tu,”
Jefry pun bangun dan mengetuk pintu bilik abangnya meminta kain pelekat. Diberikan kain pelekat kepada Daim dan Jefri. Kemudian dia ke bilik sebelah membentangkan 2 sejadah untuk rakannya.
Solat Isyak malam ni, diimami oleh Daim dan makmumnya Jefri. Si Jefry dah berdengkur di depan televisyen. Usai Solat Isyak, Jefri terus memparkirkan badanya di sebelah Jefry. Daim mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor rumahnya. Tak boleh nak tunggu pagi esok. Malam ni juga kena telefon adik kembarnya ceritakan hal gembira.
“As’salammualaikum...” terasa sekejap sangat telefon rumah dijawap. Kedengaran suara Kak AD menjawap.
“Wa'alaikumsalam...Kak AD, ni Achik ni,”
“Ha! Achik. Uit, kau tak tidur lagi ke? Nak dekat jam 1 pagi ni,” tegur Kak AD.
“Alah! Kak AD pun belum tidur lagi apa?” Daim memerli Kak Ad.
“Akak baru balik kerjalah,” jawap Kak AD.
“Hehehe,” gelak Daim.
“Apahal kau call malam-malam ni? Kalau nak cakap dengan mak, mak dah selamat dah gi bidor tapi kalau nak cakap dengan Adik dengan Chu adalah budak berdua ni depan televisyen,” memang bahasa rasmi keluarga ni kalau orang dah tidur akan dikatakan ke Bidor tak pun dah jadi mayat.
“Alah saje je. Kak AD nak cakap dengan Chu kejap boleh tak?”
“Kejap yerk?” kedengaran Kak AD menjerit nama Delita dan kejeritan itu berjaya mendesingkan telinga Daim.
Hello,” Delita menyapa.
Hello, Chu. Kenal tak siapa ni?” Delita memandang gangang telefon. Gila ke apa Achik ni tanya aku kenal ke tak dia ni.
“Kenallah. Apahal pulak tak kenal. Apahal?” soal Delita.
“Hehehe...” gelak Daim
“Achik, kau ni kenapa gelak sorang-sorang? Gila eh?” sengaja Delita menyakitkan hati Daim.
“Sampai hati kau cakap abang kau gila? Tak guna punya adik,” terasa panas pipi Daim.
“Ye la. Orang tanya apahal kau gi gelak nape? Orang tak siuman je macam tu tau tak?” perli Delita lagi.
“Alah! Sejak akil baligh ni susah dah nak gurau dengan kau kan. Aku taulah aku tak handsome sampai tak ada siapa nak dengan aku. Tu pasal aku kena kahwin dengan pilihan mak,” suara Daim bernada sayu.
“Ish! Tak larat aku melayankan kau ni lah, Achik. Strait to the point je lah. Aku tengah layan cerita Mission Imporsible III ni,”
“Aleh! Ni aku nak cakap...”
“Cakaplah cepat,” potong Delita.
“Sabo le. Aku nak bagitau yang baiklah korang lupakan niat korang nak jodohkan aku dengan pilihan mak. Aku dah jumpa marka lagi lawa, lagi cantik, lagi sopan, lagi tertib dari calon menantu mak tu,” sengaja Daim menekankan beberapa ayat.
“Ha? Serius ke Achik?” tiba-tiba kedengaran suara Delila pula.
“Eh! Ni Adik ke Chu?” soal Daim yang tiba-tiba kehairanan.
“Dua-dua. Hehehe...” jawap Delita dan Delila kemudian tergelak.
“Oh! Korang kenakan aku yerk? Sengal punya adik-adik,”
“Siapa nama dia Achik?” soal Delila lagi.
“Nama dia Siti Aishah binti Salim orang Sungkai, Perak tapi mengajo dekat Melaka,”
“Achik, kau yakin ke kau boleh bertahan lama dengan Kak Aishah tu?” soalan Delita memang menaikkan darahnya.
Of courselah. Korang tunggu jelah. Lepas ni title Kak Aishah akan jadi Kak Achik korang. Hahaha...” Daim gelak dan kemudian terus mematikan telefon.
Hello...Hello...Heeeeelllllooooooo...” jerit Delita dan Delila.
“Korang apahal?” terkejut Kak AD. Berlari keluar dia dari dalam biliknya. Dr. Aiman dah selamat dah melayari bahtera mimpinya.
“Kak AD, habislah. Mati kita. Hancur masa depan,” Delila ni cerita lebih dari kenyataan.
“Ish! Mulut celupar kan? Suka-suka cakap macam tu. Kenapa? Achik cakap apa?” tanya Kak AD bertubi.
“Achik letak telefon selepas cakap yang dia dah nak bawak balik calon pilihan dia,” cerita Delita.
“Ha'a Kak AD. Dia cakap orangnya lebih cantik, lebih lawa, lebih sopan dari pilihan mak. Nama dia Siti Aishah. Orang Sungkai, Perak, Kak AD,” tambah Delila pulak.
“Achik cakap macam tu ke? Sempatlah pula Achik korang cari makwe? Musykil ni. Entah-entah Achik korang tu saje nak psiko korang kot?” Kak AD memberikan pendapatnya.
“Tapikan Kak AD, Achik mana reti psiko orang sebab dia sendiri pun payah nak kena psiko. Tapi mungkin betul kot Achik saja buat onak. Yelah orang takmo kahwin dengan pilihan mak,” Delita pula menyumbangkan ideanya.
“Tapi Adik tak rasa macam tu. Achik bersungguh-sungguh cari awek tau. Adik rasa Achik betul-betullah, Kak AD,” Delila pula mengeluarkan idea.
“Umm...banyak sangat spekulasi. Macam ni la kita tunggu je sampai hujung bulan ni. Kita tengok Achik bawak balik siapa. Kalau betul dia bawak balik Aishah, jawapnya kenalah Si Aishah tu melepasi tapisan keselamatan Mak cik Kesuma Dewi. Hahaha...” gelak Kak AD. Delita dan Delila mengangguk.
“Dahlah masuk tidur. Walaupun esok ahad, tetap kena bangun awal ye adik-adikku,” arah Kak AD.
“Ala kejaplah Kak AD. Habis cerita ni kita orang tidur,” pujuk Delita.
“Ok. Nanti jangan lupa tutup TV ok?” Kak AD berlalu masuk ke biliknya.
“Ok, Kak AD,” jawap Delita dan delila serentak.
###
4:30 a.m (Jam loceng Digital di tepi Televisyen)
Pagi ni, Daim bersemangat waja bangun lebih awal dari orang lain. Mandi dan bersiap untuk menunaikan 2 rakaat Solat Tahajud serta 2 rakaat Solat Hajat. Ingin dipanjatkan hajatnya agar dipermudahkan urusannya untuk menyunting Aishah menjadi isterinya.
Daim turut mengaji sambil menunggukan azan subuh yang akan masuk pada jam 6:10 pagi. Jefry yangmendengar alunan suara Daim mengaji, mengejutkan Jefri dari lenanya.
“Jefri, bangun. Siap untuk solat,” Jefry dah melipat selimut dan bantalnya. Jefri terus bangun dan mencapai tuala yang diberikan oleh Kak Julie malam semalam.
Jefry mengemas tempat tidur mereka bertiga dan diletakkan di atas sofa. Jam menunjukkan dah jam 5:30 pagi. Usai Jefri mandi, Jefry pula mengambil alih bilik air. Jefri menepuk belakang bahu Daim. Daim berhenti dari mengaji. Di toleh dan dia senyum kepada Jefri. Jefri mebaca Yassin dan Daim menyambung bacaannya. Jefry dan Abang Tom pula dah duduk dibelakang mereka.
“Allahu Akhbar Allahu Akbar...” kedengaran azan dari surau berdekatan. Daim memberhentikan bacaanya kemudian menjawap setiap laungan azan yang berkumandang.
“Jefri, boleh tolong qamad?” arah Daim.
“Aku tak pandai qamad lagi,” Jefry bersuara sedikit sayu.
“Bukan kau tapi Megat Jufri ni ha,” aduh pening kepala aku dapat kawan nama sama ni.
Jefri melaungkan Iqamah dengan lantangnya. Daim hari volunter menjadi imam. Terasa damai lubuk hatinya dapat mengimamkan solat subuh dalam sebuah keluarga mualaf.
Usai Solat Subuh, Daim terus bersiap.
“Pojie, kau nak balik sekarang ke? Sarapanlah dulu. Akak aku nak masak Mi Gorenglah,” jengah Jefry bila dilihat Daim dah bersiap.
“Taklah. Kita baliklah tengahhari sikit. Aku nak gi cari kedai mak mertua akulah,” jawap Daim.
“Ha? Ye...ye je kau ni,” Jefry hampir tak percaya.
“Eh! Daim,nak balik dah ke? Tunggulah kejap akak buatkan sarapan,” tegur Kak Julie.
“Taklah kak. Saja je siap awal-awal. Oh ye kak, dengar kata Mak Tijah meniaga. Dia niaga apa?” soal Daim.
“Kak Tijah? Dia niaga Nasi Lemak, kuih muih dekat depan taman ni je. Nasi Lemak dia sedap,” puji Kak Julie.
“Ye kak? Umm takpe. Akak masak Mi Goreng sikit je sudah. Tekak terasa nak makan Nasi Lemaklah pulak,” tipu Daim. Nak menipu sunatlah katakan. Hehehe...
“Pulak? Umm...yelah. Tau jalankan?” soal Kak Julie.
“Depan tu kan? Insyallah tau. Jom Jefry kembar tak bersaudar kita pergi beli Nasi Lemak Mak Tijah kat gerai kat depan,” ajak Daim.
“Daim, nak beli tu mintak 3 tak payah letak sambal. Budak bertiga tu bukan makan pedas,” pinta Kak Julie.
“Ok. Jom kawan-kawan,” Daim dah menarik lengan Jefri dan Jefry mengikutnya.
“Oi! Kau ni nak gi kenal 'mak mertua' kau tu pergilah kenal sorang-sorang. Heret kita orang sekali buat apa?” Jefri membetulkan kolar bajunya.
“Ha'alah. Aku pun tak sempat nak tukar baju tau,” Jefry masih memakai pakaian semasa Solat Subuh tadi.
“Alah, sajalah aku ajak korang. Taklah menunjuk sangat aku ni terdesak nak kenal dengan Aishah. Hidup kena pandai berpura-pura, beb. Hehehe,” ketawa Daim.
“Kau ni memang. Dah agak dah. Kira kitaorang ni kambing hitam kaulah kan?”
“Mana ada kambing hitam. Korang ni dengan aku, aku cerah sikit je. Alah. ni masa pun kawan tolong kawan,” pujuk Daim.
“Hoi!” satu suara dari arah padang permainan.
“Siapa pulak pagi-pagi buta test suara ni?” Jefri memekik kepada suara dari arah padang.
“Kamarul,” bisik Jefry pada kawan-kawannya.
“Apa lagilah mamat sekor ni nak?” Daim terasa malas nak melayan bila Kamarul keluar dari tempat persembunyiannya. Jefri dah memeluk tubuhnya.
“Kau ingat kau dah berjaya ke pikat Aishah ke?” soal Kamarul yang semakin maju kehadapan.
“Kau tengah cakap dengan kami ke?” soal Jefry yang sengaja nak bikin panas line. Kelihatan muka Kamarul menahan marah tapi kemudian tersenyum.
“Hahaha... korang jangan ingat korang dah berjaya dapatkan nombor telefon Aishah, korang dah kira terror habis. Korang dah berjaya pikat Aishah. Aishah hanya untuk aku,” Kamarul kemudian terus berlalu dari situ.
“Alah! Sikit pun tak heran. Kita tengok je siapa yang Aishah pilih. Antara kau atau Daim,” back up Jefri pula. Melopong mulut Daim.
“Hahaha... mimpi je lah,” sempat Kamarul menoleh dan mengelakkan mereka. Terbakar rasanya hati Jefry.
“Pojie, aku terasa nak belasah je Si Kamarul ni. Ingat dia hebat sangat ke? Takde maknanya. Menyakitkan hati adalah. Pojie, kau kena make sure Aishah jadi milik kau. Kesian aku dengan Aishah kalau dia dapat suami perangai macam tu,” Jefri meluahkan ketidakpuasan hatinya sambil jari telunjuk di tunjuk ke arah Kamarul.
Relaks, bro. Aku nak pikat Aishah ni pun, niat dah tersongsang tau tak? Lagi teruk kalau Aishah tau hal ni. Lagi tak guna jadi suami dia tau,” Daim terasa bersalah pula dengan niat dia nak memikat Aishah. Tapikan, Daim memang dah berkenan dengan Aishah bukan dari sebab nak dijadikan menantu Mak Cik Kesuma Dewi je, malah disebabkan oleh keperibadiaan Aishah yang menawan hatinya.
“Tapi kau lebih layak jadi suami Aishah. Aku tengok kau memang dah elok sangat dengan Aishah. Solat kau jaga. Mengaji pun pandai. Kau budak sekolah agama ke?” soalan Jefry membuatkan Daim memandangnya. Apahal pula? Apa kena mengena kisah antara aku ni sekolah agama dengan kisah aku nak memikat Aishah?
“Apa punya soalanlah. Kau ni kan, Jefry suka bagi soalan killer kan?Apa kena mengena kisah antara aku ni budak sekolah agama ke tak dengan kisah aku nak memikat Aishah? ” soal Daim pula. Jefri dah gelak dah.
“Alah, jawap je la,” paksa Jefry.
“Pojie, layankan je. Kang merajuk pulak pak cik ni,” Jefri cuba menahan tawanya.
“Aku sekolah biasa je lah. Aku belajar mengaji dengan sorang ustazah ni namanya Umi Jah. Petang aku sekolah agama kat sekolah agama rakyat nun. Arwah abah aku memang straight sikit dengan ilmu agama ni. Kalau tinggal solat memang siaplah kaki ni kena libas. Dari umur aku 5 tahun lagi memang aku dah belajar solat, mengaji. Angah aku je yang study sekolah agama penuh. Sambung belajar pun kat UIAM. Aku ni study dekat UTM Skudai je,” cerita Daim panjang lebar.
Borak punya borak punya borak tak sangka akhirnya sampai juga Daim, Jefri dan Jefry di depan gerai Mak Tijah.
“Fuyoh! Banyaknya orang,” memuncung Jefri bercakap.
“Bukan banyaklah tapi ramai. Apalah kosa kata kau ni tunggang langgang,” tegur Jefry.
“Alah, tak kisahlah. Pojie, macam mana ni?” Jefri menyoal Daim yang seolah-olah taksub dengan keramaian orang di gerai Mak Tijah.
“Umm...que je la,” akhirnya itu jawapan Daim selepas berfikir sejenak.
Daim melangkah mendahului rakan-rakannya. Tapi beberapa langkah kemudian langkahnya berhenti. Terdorong ke depan Daim bila Jefri merempuhnya dari belakang.
“Aduh! Kau apahal pulak tiba-tiba berhenti ni?” soal Jefri sambil mengosok hidungnya. Sakit yang bukan kepalang sangat pun.
“Tu. Aishah,” Jefri dan Jefry memandang kepada orang yang disebut Daim.
“Dah tu?” Jefry memandang Daim.
“Aku nervouslah,” jawapan Daim mengundang ketawa rakanya.
“Apalah? Tadi bukan main beria lagi mengajak. Dah sampai sini. Dah nampak mata air. Dah nampak buah hati terus nervous? Tadi bukan main hero lagi. Nak pergi gerai mak mertua bagai,” perli Jefry.
“Sejak bila pulak dalam hati kau ada taman ni? Dah jom. Kang lagi ramai yang beratur kang langsung tak dapat nak makan nasi lemak mak mertua kau,” Jefri menarik lengan Daim. Daim hanya menurut.
Mereka bertiga beratur menunggu giliran. Dah macam tunggu giliran kat kantin pula lagaknya. Lama juga beraturnya. Mak Tijah ni bukan jual nasi Lemak je, kuih muih pun dia jual jugak. Mi Goreng, Bihun Goreng, Lontong pun ada. Mak Tijah menjaga gerai Nasi Lemak. Aishah pula menjaga gerai kuih muih. Nampak sangat maju gerai Mak Tijah sampai terpaksa buka dua gerai sekali. Hebat!
Daim dari tadi asyik memerhatikan Aishah meniaga sambil di usik oleh Kamarul. Nampak sangat Aishah tak selesa. Nampak sangat Aishah tak suka dengan cara Kamarul yang dari tadi menganggunya. Mak Tijah pula nak menoleh kepada Aishah pun tak dapat. Tak menang tangan dia membungkus Nasi Lemak.
“Kamarul, boleh tak jangan ganggu saya?” terdengar suara emas Aishah terkuat sedikit dari biasa memarahi Kamarul.
“Nak kacau jugak. Hahaha...makin marah makin manislah, Aishah ni,” Kamarul cuba menyentuh dagu Aishah. Tapi Aishah lebih tangkas menapis dengan spatula.
“Garangnya, Aishah ni. Kalau Aishah pilih abang, Aishah tak payah susah-susah nak kerja macam ni,” tambah Kamarul lagi.
“Membantu mak dengan abah kita atas sebab nawaitu yang ikhlas, Allah bayar dengan harga pahala yang tak terkira tau. Kamarul, apa kata awak pun pergi balik tolong mak awak tu. Jangan ganggu saya. Kalau tidak...” Aishah menunjukkan spatula kepada Kamarul.
“Kalau tidak apa?” Kamarul bertindak menahan spatula berkenaan. Terkejut Aishah.
Daim mencuit Jefry. Ditunjuk ke arah Aishah dan Kamarul.
“Jefri, kau que sini yerk? Aku nak gi beli kuih kejap,” arah Daim.
Jefri memandang gerai Aishah, “ Yelah. Faham sangat,”
Daim dan Jefry terus menapak ke gerai sebelah.
“Assalamualaikum, Aishah,” sapa Jefry.
Aishah mencuba untuk merampas spatula di tangan Kamarul. Mata Kamarul dan Daim saling berpandangan. Macam akan ada aura dragon ball yang akan keluar. Kamarul semakin mengeratkan pegangannya.
“Ni kuih apa ye?” soal Jefry sambil menyiku Daim. Tersentak Daim. Matanya kemudian memandang kuih muih yang ada.
“Tu kuih Puteri Ayu,” jawap Aishah sesaat. Dalam hatinya dah berdebar yang amat bila melihatkan Daim muncul di gerainya.
“Ni kuih apa pulak?” soal Jefry lagi.
“Kuih Seri Muka,” jawap Aishah yang memberikan spatula yang lain kepada Jefry.
“Yang ni pulak?” Jefry masih bertanya.
“Yang tu...”
“Woi! Beli je lah lepas tu blah. Sibuk nak bertanya-tanya,” tiba-tiba Kamarul meninggikan suara. Aishah dah menutup telinganya. Suara yang cukup kuat, sampai Mak Tijah pun beralih ke gerai sebelah.         
“Suka akulah nak tanya dulu baru beli. Kau panas apasal?” Jefry pun meninggikan suaranya.
“Nape ni?” soal Mak Tijah.
“Takde apa mak cik. Selisih faham sikit tentang nama kuih,” cover Daim. Janganlah nak gaduh-gaduh ni. Tak larat nak layan.
“Ha? Name kuih pun kome boleh jadi ruper ini ke?” soal Mak Tijah lagi.
“Ha'a. Kamarul cakap ni Kuih Tingkat. Jefry pula cakap ni Kuih Flat. Aishah dah cakap ni Kuih Lapis tapi diaorang tak percaya,” Aishah pula bersuara walaupun sedikit gagap.
“Ha, betui le ini Kuih Lapis. Yang itu, Lepat Pisang, Pulut Manis, Pulut Panggang dengan Cucuk Badak. Yang ini pula, Karipap Sardin dengan Kentang. Tu ha, Kuih Seri Muka, Puteri Ayu dengan Popia Basah,” hamik kau, habis semua kuih Mak Tijah perkenalkan.
Daim hanya mengannguk je. Jefry pula cuba menahan marah. Tapi Kamarul tiba-tiba me'lempang' gerai Mak Tijah. Terkejut mereka dengan tindakan Kamarul.
“Kau menang. Tapi jangan ingat kau boleh terlepas,” Kamarul sempat memberikan amaran kepada Daim.
“Allah sentiasa membantu hambanya yang teranaya,” hanya itu yang keluar dari mulut Daim. Kamarul sekali lagi merengus kasar sebelum pergi.
“Nape, Kamarul tu? Aishah kan mak dah pesan, jangan dilayan Kamarul tu. Perangai kalau elok tak mengape le. Ini idok ruper ape je perangainya,” Daim tengok Mak Tijah membebel saling tak tumpah seperti Maknya.
Tiba-tiba terasa rindu pulak dengan Mak Cik Kesuma Dewi. Nak je rasa balik sekarang ke Tambun. Tapi bila dikenangkan tak cukup masa nak mencari calon menantu untuk maknya, terpaksalah Daim pendamkan dulu rindunya. Aishah pula hanya tunduk menyepi.
“Udoh le, mak nak membungkuih Nasi Lemak,” Mak Tijah terus beralih ke gerai Nasi Lemaknya.
“Aishah, awak bagi saya kuih Karipap ni 2 ringggit kemudian Kuih Puteri Ayu ni pun 2 ringgit,” pinta Daim.
Aishah membungkus sepertimana yang diminta. Kemudian menyerahkan kepada Daim. Tak sanggup rasanya Aishah bertentang mata dengan Daim.
“Aishah, awak janganlah ambil hati dengan cakap-cakap mak awak tu. Biasanya seorang mak ni kata-katanya adalah nasihat bukan teguran. Saya minta diri dulu ye?” Daim menyambut plastik kuih yang diberikan oleh Aishah.
“Daim, terima kasih ye?” ayat yang keluar dari mulut Aishah hanya disambut dengan senyuman oleh Daim.
Daim kembali beratur di gerai Nasi Lemak Mak Tijah. Dah sampai giliran Jefri.
“Nah! Hari ni Mak cik belanjer. Terime kasih le ye nolong bantu Aishah tadi. Mak cik tau beno perangai Si Kamarul tu. Tak dapat terime hakikat pinangannya di tolak. Mak cik pun memang le idok bekenan langsung dengan Kamarul tu. Nama je belajo pandai. Koje beso tapi akai tak beso mane pun,” cerita Mak Tijah.
“Apa koje Si Kamarul tu, mak cik?” soal Daim
“Cikgu jugok. Tapi ngajo sekoloh rendoh. Aishah ngajo sekolohmenengoh,”
“Habis tu sebabkan Kamarul ngajo sekoloh rendoh le mak cik tak terime pinangan dia?” soal Daim lagi.
“Idok le. Mak cik tak kisoh pun. Bukan nak memilih beno. Tapi perangai, idok ruper cikgu. Ikutkan sangat perangai keanakan bongsunya tu. Panas baran. Getik mak cik. Kalau nak buat suami tu bior le yang elok. Elok Aishah tu sihat langsung lonyo. Takmo le mak cik,” cerita Mak Tijah.
“Oooo...” panjang 'O' Daim dan rakannya.
Selepas mengucapkan terima kasih kepada Mak Tijah, diaorang pun terus berlalu balik. Masing-masing melayankan morning blues.
“Pojie, kau adalah calon terbaik. Baik kau berusaha dengan lebih gigih,” tiba-tiba Jefri memecahkan kesunyian.
“Ish! Kau ni. Terperanjat aku tau. Baru je berangan naik pelamin dengan Aishah tau. Habis pelamin anganku musnah,” Daim kemudinnya nyanyi lagu Pelamin Anganku Musnah nyanyian Azie.
“Wah! Awal giler dah berangan kau ni. Aduh, parah kawan aku ni,” Jefry dah memicit-micit kepalanya yang tak sakit.
“Hehehe...berangan je. Bukan kena bayor pun,” sengih Daim.
“Hailah, Pojie, Pojie,” Jefri pun dah mengeling-gelingkan kepalanya.
Sampai je di rumah, Kak Julie dah siap masak Mi Goreng. Harum semerbak baunya sampai di luar rumah.
“Ummm....sedapnya bau. Jom masuk cepat. Aku dah lapo ni,” Daim terus menyerbu masuk ke dalam rumah.
Sekali, gedegang...bergegar segala isi rumah gara-gara Daim merempuh sliding door. Terperanjat Kak Julie dari dalam rumah.
“Aduh! Sakitnya,” meraung Daim bila dia melantun terlentang atas tanah. Memang kuat momentum yang dilakukan oleh Daim. Jefri dan Jefry yang membantu Daim untuk duduk dah tergelak mengenangkan rakannya yang sorang ni.
“Daim, kamu ok tak?” Kak Julie terus menerpa ke arah Daim.
Daim hanya membatu.
“Macam manalah kamu boleh langar pintu ni?” soal Kak Julie lagi.
“Mane saya perasan akak tutup sliding door ni. Nampak jernih je tadi. Tu saya main terpa je,” cerita Daim dalam sakit-sakit kepalanya. Mai aii...benjollah pulak. Jendollah aku 3 hari macam ni.
“Akak tutup sebab takmo budak-budak ni keluar. Ni boleh bangun tak?” Daim hanya mengangguk.
“Orang keballah katakan. Hahaha...”gelak Jefry.
“Diamlah korang,” tengking Daim.

Thursday, March 24, 2011

Entry ke-60

Salam To All,


Pernah baca tak cerpen Isteriku Yang Blur I & II? Sama ada di ~ RaGaM EmPuNyA BlOg ~ atau pun di p2u... Insyallah Isteriku Yang Blur I & II akan menjadi sebuah novel selepas Che Ezaitie selesai mengarang Calon Menantu Mak. agak-agak tajuk apa nak guna ye? Alahai Sumaiyah ok x?

Monday, March 21, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 17

Bab 17

Daim masih leka memandang ke arah gadis tadi.
“Pojie, jom,” Jefry menarik lengan Daim. Kepala Daim masih setia memandang ke arah gadis yang berjaya memegunkan dirinya sesaat.
“Jefry, siapa tu? Kau kenal tak?” soal Daim sambil membuka kasut di pagar rumah.
“Siapa?” soal Jefry kembali.
“Ala awek tadi tu,” terang Daim.
“Awek mana?” soal Jefry lagi.
“Sekali aku lepuk kang. Awek yang aku terlibas tangan dekat dia la. Ish kau ni. Benda tak sampai seminit pun dah lupa. Dasar otak seminit betul!” marah Daim.
“Oh! Awek tadi? Aaarrrr... aku tak kenal,” selamba je jawapan Jefry. Jefri hanya mengetawakan Daim.
“Sengallah, kau,” Daim cuba untuk meluku Jefry.
“Yelah, manalah aku tau siapa awek tu. Kalau aku tau, tadi dah aku tegur. Apalah kau ni,” logik juga jawapan Jefry.
“Assalamualaikum...” Jefry memberikan salam kepada seisi rumah.
Uncle Jefry...” jerit Maria, Nicol dan Sofea. Berlari ketiga-tiga anak kecil itu ke arah uncle mereka.
Jefry melutut dan melepakan tangan kepada anak-anak buahnya. Dicium mereka semua dengan penuh kasih sayang. Maria, Si Birthday Girl, menarik Jefry ke meja keknya.
“Cantik tak?” soal Maria kepada Jefry.
“Cantik. Lagi cantik kalau Maria cepat-cepat tiup lilin dan boleh uncle makan,” Daim dan Jefri hanya memandang di pintu rumah. Nak melangkah masuk kang, orang tak jemput lagi. Jefry ni dapat jumpa kaum keluarga, kawan-kawan semua lupa.
“Eh! Kenapa duduk diluar? Jemput masuk, jemput masuk,” pelawa seorang wanita. Ni mesti Kakak Ipar Jefry ni.
“Hehehe...Terima Kasih,” sengih Daim dan Jefri melangkah masuk. Wanita tadi dah pun menghilang ke dapur rumah. Daim dan Jefri menyalami semua yang ada.
“Kawan Jefry kan? Saya abang Jefry. Panggil je Abang Tom. Nama betul Thomas, nama Islamnya Ahmad Taib. Orang dah biasa panggil Tom sebab abang adik-beradik ni suka kartun Tom & Jerry. Hehehe...yang tadi tu isteri abang, panggil je Kak Julie, ” tegur seorang lelaki yang membahasakan dia sebagai Abang Jefry.
Nak tergelak Daim dan Jefri dengan cerita Abang Tom. Padanlah Jefry beria sangat memeluk bantal Tom & Jerry bila tidur, rupanya satu family suka. Hehehe...kantoi!
“Ha'a. Saya Daim,” salam Daim cuba menahan gelak.
“Jefri,” Jefri pula menyalami Abang Tom
“Oh! Jefry juga namanya?” slaing Sarawak Abang Tom masih jelas kedengaran walaupun dah semakin menghilang.
“Nama betul saya, Megat Jufri tapi orang pangil Jefri,” cerita Jefri.
“Dia ni ada penyakit, bang. Tak sesuai dengan nama Jufri tu yang panggil Jefri. Kalau panggil Jufri nanti boleh jatuh sakitlah katakan,” Daim menerangkan dengan lebih detial lagi.
“Biasalah. Kadang-kadang ada orang yang macam tu. Berat dia nak bawa nama yang mak ayah dah bagi. Tu yang abang namakan 3 beradik ni nama ringkas je. Nanti nak tukar nama pun nak tambah 1 nama je lagi. Panjang-panjang ni tergeliat lidah nak menyebut pun buat apa kan?” sokong Abang Tom.
Daim dan Jefri hanya mengangguk. Dilihat Abang Tom nampak lembut sedikit dari Jefry. Lembut tapi keras. Macam mana tu? Alah kira Abang Tom ni lebih sopanlah dari Jefry. Senang fikir.
“Jemputlah minum dulu ye?” Kak Julie menghulurkan sedulang air kepada Daim dan Jefri. Jefri teragak-agak untuk mengambil melihatkan airnya kuning semacam.
Kakak Julie yang dapat mengagak perubahan riak wajah Jefri dengan pantas menjawap, “jangan bimbang ni air teh bunga matahari. Kami memang tak minum arak sejak dari dulu lagi. Sekarang dah masuk Islam ni lagilah tak minum,”
Dengan penjelasan Kakak Julie barulah Jefri memberanikan diri mengambil air di dulang. Menyengih dia mengambil gelas dari dalam dulang. Daim pula dengan selamba menambah dua gelas lagi. Jefri hanya memandang Daim yang minum dengan penuh rakus.
“Aku hauslah,” terang Daim yang perasan Jefri memandangnya dengan penuh pelik.
“Kot iya haus, beringatlah sikit kita dekat rumah orang,” tegur Jefri. Daim ni adakala datangkan perangai gelojoh dia hilang sudah kemachoran.
“As’salamualaikum...” kedengaran suara seorang lelaki memberikan salam.
“Wa'alaikumsalam. Abang Salim, Kak Tijah. Jemput masuk. Jemput masuk. Eh! Aishah pun ada. Sihat? Macam mana mengajar? Ok? Sekolah ok?” bertuli soalan Abang Jefry kepada tetamu yang baru sampai.
Daim terdorong untuk melihat ke arah tetamu yang baru kunjung tiba dan surprise! Resultnya sangat mengejutkan Daim sampai terjatuh cawan dari tangannya. Terkena tepat tak tersasar langsung dari kaki seluar Jefri.
“Oii! Kau apahal?” tegur Jefry sambil mendukung anak buahnya Nicol.
“Entah mamat ni. Habis basah seluar aku. Ish! Buat malu je. Jom balik. Koyak muka mak, nyah,” Jefri membebel sambil membuat suara ala-ala lelaki lembut. Sambil tu sibuk juga tangannya menepuk-nepuk kaki seluarnya.
Sekeluarga yang baru datang tadi melintas dihadapan Daim. Mata Daim pun sibuk mengekor ke arah pergerakan mereka.
“Pojie, kau dengar tak apa yang kitaorang cakap ni?” Jefry menepuk bahu Daim.
“Weh! Korang nampak tak perempuan tu?” soal Daim sambil matanya tak putus memandang kepada Si Aishah anak Pak Salim.
“Yang mana?” soal Jefri
“Yang duduk dekat sana dengan mak dan bapak dia kot. Tepi sana. Yang pakai tudung labuh warna peach tu. Yang pakai baju warna hitam tu. Mak dia pakai baju merah tudung putih dengan bapak dia pakai baju melayu hitam tu. Nampak tak?” peh,detail Daim bercerita.
“Menda lak dia pakai tudung peach? Tu kan warna putih susu? Buta colour betullah kau ni,” Jefri bersuara bila dia sudah pun perasaan akan Aishah.
“Apasal dengan perempuan tu?” soal Jefri kembali.
“Nama dia Aishah anak Pak Salim. Anak ke-5 Pak Salim. Mengajo dekat SMK Agama Sharifah Rodziah Melaka. Cikgu Matametik dan Sains. Ramai orang berkenan dengan anak-anak Pak Salim dengan Mak Tijah nak, nak dengan Aishah,” tiba-tiba ada yang tolong menceritakan tentang Aishah.
Tiga-tiga menoleh ke arah empunya suara. Mereka menyengih.
“Saya, Kamarul.” Kamarul menghulurkan tangannya kepada Daim, Jefri dan Jefry.
“Daim”
“Jefry, adik tuan rumah”
“Jefri”
“Rasa bukan orang sini kan? Dari mana?” soal Kamarul lagi.
“Ha'a bukan orang sini. Dari Ipoh,” jawap Jefry.
“Oh ye ke? Berkenan dengan Aishah ke?” soalan Kamarul menikam dada Daim.
“Bolehlah. Kawan saya ni yang berkenan,” jawap Jefri. Daim terasa nak menghempuk Jefri dengan kusyen sofa.
“Oh! Rasa boleh ke dapat pikat Aishah?” soal Kamarul lagi. Kali ni lebih menikam dada Daim.
“Entah. Belum cuba lagi,” jawap Daim yang cuba bertenang dengan mengengam erat bucu bajunya.
“Nak pikat Aishah ni bukan senang. Dalam banyak-banyak anak Pak Salim dengan Mak Tijah, Aishah yang paling liat sekali tak macam kakaknya, Sarah. Ramai yang masuk meminang tapi semua dia tolak dengan alasan dia masih nak study. Dia terlalu fokus pada study. Duduk pulak sekolah asrama penuh,” cerita Kamarul sambil terus memandang Aishah.
“Motif kau cerita semua ni?” soal Daim yang terasa tercabar.
“Kalau kau berjaya pikat Aishah, kau memang kira terror habislah,” Kamarul memandang kepada Daim.
Daim semakin berasap. Ish! Nak makan penampo ke apa mamat sorang ni? Jefri dah memegang lengan Daim. Dia dah boleh agak dah dengan sikap panas tak baran Daim ni. Silap-silap ada yang hilang gigi di buatnya. Kamarul kemudian berlalu kepada Pak Salim sekeluarga. Dilihat Kamarul dengan penuh mesra dengan keluarga Pak Salim. Duduk pun sebelah Pak Salim. Silap buat jelingan maut lagi pada Daim & The Geng. Hui...dah macama nama band muziklah pula!
“Ish! Terbako pulak aku dengan mamat ni. Siap kau. Aku akan make sure aku dapat nombor Aishah sebelum aku balik Ipoh malam ni,”
Relaks, bro. Relaks. Kau jangan nak mengelabah macam ni,” Jefri menepuk belakang badan Daim.
“Ha'alah Pojie. Kau kalau nak memikat Aishah, kau kena pikat mak bapak dia dulu. Macam yang Si Kamarul tu tengah buat. Aku tengok Aishah macam tak selesa je dia dekat-dekat dengan Aishah. Mesti kau ada chan punyalah,” Jefry pula memberikan semangat.
Daim mengengam tekad. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting, aku kena dapatkan nombor telefon Aishah. Mana tau kalau jodoh aku dengan dia, tak payah aku setuju nak kahwin dengan jodoh mak. Selamat aku dunia dan akhirat.
'Tapi macam mana aku nak dapatkan nombor telefon Aishah? Dari perwatakkan dia yang lembut, bertudung labuh dan amat menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Cara macam mana aku boleh dapatkan nombor telefon Aishah?' fikiran Daim jauh kedepan.
“Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Maria...Allah selamatkan kamu...” kedengaran lagu 'Allah Selamatkan Kamu' dinyanyikan, menyentakkan lamunan Daim. Astagfirullah...kalau bab idea macam ni tak kena situasi langsung kau ni kan Daim?
“Selamat Hari Lahir Maria. Lepas ni kena rajin-rajin solat. Jadi anak yang soleha buat mak dan ayah, ye?” Oh! So sweetnya Aishah ni. Bertambah-tambahlah Daim punya suka hati pada Aishah. Ish! Tak boleh jadi ni. Aku mesti buat sesuatu sampai aku dapat nombor telefon Aishah.
Orang lain sibuk menjamu selera. Jefry pula bermain dengan anak-anak buahnya. Daim sorang je duk merangka idea macam mana nak dapatkan nombor telefon Aishah. Bukan jatuh hukum harus tapi hukum wajib dah ni!
“Taib, abang dengan Kak Tijah kamu nak minto balik le dulu. Kami ninggekan Aishah ye? Katanye nak menolong Si Julia mengemeh. Kang kamu anto Aishah balik ye? Jangan lewat bebenor. Ini pun udoh jam 10,” Pak Salim dan Mak Tijah meminta untuk pulang. Terbit sinar diwajah Daim. Dari kening berkerut jadi hilang kerut sudah.
“Kak Tijah takmo nunggu sekali ke dengan Aishah?” sapa Kak Julie.
“Idok le, Julia. Nak balik nak masok utk meniaga esok,” jawap Mak Tijah ringkas.
“Ha iye le. Nanti kami anto Aishah balik ye? Nak mengajak Aishah tidur sini, adik saya tidur sini malam ni. Takut nanti, Aishah tak selesa,” Abang Tom memandang Jefry sekilas. Jefry dah buat muka blur. Ada aku cakap aku akan tidur ke sini ke?
Elok je Pak Salim dan Mak Tijah pergi, Daim menarik Jefry dan Jefri keluar.
“Apasal?” tegur Jefry.
“Kau nampak tak peluang untuk aku terbuka luas?” soal Daim.
Jefry dan Jefri saling memandang. Terbuka luas? Daim menunjuk ke arah Pak Salim dan Mak Tijah.
“Oh! Memang jodoh kaulah, Daim. Tahniah...tahniah,” tepuk Jefry.
Thank you,thank you. Kita tidur sinilah malam ni. Esok pagi-pagi aku nak beli kuih dekat kedai mak mertua aku,” cadang Daim.
“Mak Aii! Belum apa-apa dah panggil mak mertua?” perli Jefri.
“Hehehehe...nak praktislah katakan,” sengih Daim
“Ehem, ehem,” tiba-tiba Kamarul berdeham dari belakang Jefry. Daim buat muka selamba je.
“Balik dululah,” Kamarul menyalam tangan Daim, Jefri dan Jefry. Bila bersalam dengan Daim, sengaja digengam erat tangan Daim seperti berdendam. Jefri yang nampak seolah-olah ada sinaran panahan kilat menebusi mata mereka, cepat-cepat berdehem mengajak Daim dan Jefri masuk. Kamarul melepaskan gengaman tangan Daim dan kemudian meninggalkan perkarangan rumah Abang Tom.
“Jefry, panggil kawan kitak masuk. Tidur sini yak?” sengih Abang Tom
“Auklah abang dah molah keputusan tuk kamek,” Jefry bernada memerli.
Makin lama, makin ramai yang meninggalkan majlis. Ketika ini dah jam 11:00 malam. Aishah dan Kak Julie sibuk membasuh didapur. Abang Tom masih melayan tetamu yang bersisa. Jefry menidurkan Nicol diribanya. Jefri pula tengah berbual dengan beberapa pemuda di luar rumah. Tinggal Daim je sedang merangka tindakan seterusnya. Pelahan-lahan dia membawa mangkuk kosong ke ruang dapur.
“Sayang, Kak Midah nak balik dah,” laung Abang Tom.
“Ha kejap, kejap.” jawap Kak Julie.
“Aishah kejap ye? Kang akak datang balik. Daim, tolong Aishah kejap ye? Tolong lap pinggan yang Aishah dah basuh ni kemudian susun atas canvas ni ye?” Daim nak tersenyum tapi ditahan juga demi nombor telefon Aishah.
“Tapi, Kak,” Aishah bersuara tak senang.
“Takpe. Kejap je. Akak nak jumpa Kak Midah kejap je,” Kak Julie meyakinkan Aishah. Aishah memandang Daim sekilas. Daim buat-buat mengambil kain di formeka kaunter. Kak Julie dah berlalu ke depan.
Aishah menyambung basuhannya. Daim yang sedar dengan ketidak keselesaan Aishah menghulurkan bakul baju kepada Aishah. Terkejut Aishah.
“Nak buat apa dengan bakul ni?” soal Aishah.
“Saya tau awak tak selesa saya duduk sebelah awak. Lagipun tak manis kalau orang nampak. Awak dah habis membasuh tu, awak masukkan semua dalam bakul ni. Nanti saya ambil dari dalam bakul ni. Saya lap di meja sana,” Daim menunjuk ke arah meja makan yang jauhnya lebih kurang 10 langkah.
“Maafkan saya,” tunduk Aishah.
“Tak mengapa. Saya faham. Sambunglah basuh. Nanti cepat habis cepat awak boleh balik. Dah nak jauh malam ni,” Ok semua, ni memang betul-betul keikhlasan Daim ok? Tersimpang jauh dari planing asalnya.
Aishah mengangguk kemudian menyambung mencuci. Daim mengunakan bakul yang lebih kecil untuk mengambil pinggan mangkuk yang sudah di basuh Aishah untuk bawa ke meja makan. Dilap satu persatu tanpa menoleh atau menjeling kepada Aishah. Selesai dilap,dibawa pula ke belakang tepi pintu dapur rumah menyusun pinggan mangkuk disitu.
Sesekali Aishah menoleh mencuri pandang kepada Daim. Entah mengapa ada sesuatu tentang Daim yang dia berkenan. Pada saat trip ke berapa Daim meletakkan pinggan mangkuk diatas canvas, mata Aishah dan Daim bertaut. Daim hanya tersenyum dan kembali menyambung kerjanya. Kak Julie yang katanya sekejap rupanya dah nak dekat 20 minit di depan rumah melayanlan tetamu-tetamu terakhir.
“Aishah, saya nak minta maaf pasai tadi saya terlibas muka awak tadi,” bicara Daim. Ha! Ni baru betul idea Daim. Aishah menoleh kepada Daim tapi Daim kusyuk mengelap cawan-cawan yang ada.
“Tak mengapa. Saya tak ambil pusing pun. Cuma terkejut sikit je tadi,” jawap Aishah sambil kembali membasuh periuk belanga pula.
“Ye ke? Sian Aishah, tak pasal-pasal terkejut. Kenapa Aishah balik dari surau sorang diri?” soal Daim lagi.
“Oh! Saya balik berteman. Tapi teman saya tu rumahnya di simpang masuk taman ni. Tadi mak dengan ayah tak ikut sama sebab diaorang ke rumah Kak Sarah tengok cucu baru. Tu saya jalan sorang je,” cerita Aishah.
“Oh! Gitu. Lain kali bila berjalan sorang-sorang tu bawalah payung ke? Toachlight ke? Takpun beg yang berat sedikit. Senang sikit kalau ada yang berniat jahat dengan kita, kita boleh libas diaorang balik. Bukan apa, saya tengok jalan dekat sini, boleh tahan gelap juga,” nasihat Daim. Aishah terkaku sebentar. Tak sangka Daim akan berkata sedemikian rupa. Terasa pula Daim ni seorang yang... caring.
“Insyallah,” jawap Aishah sebaris.
“Allah sentiasa mengizinkan, Aishah. Buatlah apa pun yang kita nak buat tapi ingat batas agama dan adat resam. Jangan sampai memalukan keluarga dan tercemar Islamnya sudah” tersentap Aishah sekejap.
“Aishah dah sudah. Daim?” soal Aishah yang cuba menyembunyikan naluri wanitanya yang sedang bergetar.
“Sikit je lagi. Kenapa Aishah nak balik ke?” soal Daim pula. Aishah hanya menganguk.
“Alah! Aishah sorrylah akak terlama pula di depan. Eh! Dah habis semua?” Kak Julie datang dengan kek ditangan. Aishah menganguk lagi.
“Kak, Aishah nak minta diri dulu. Dah nak jam 12 malam dah ni,” Aishah menunjuk jam didinding dengan matanya. Kak Julie dan Daim pun turut memandang juga.
“Aishah nak balik dengan siapa ye?” Kak Julie seolah-olah sedang berteka-teki.
“Oh! ye. Maria oh maria. Sini nak,” terkedik-kedik Maria berlari mendapatkan maknya.
“Saya, mak,” jawap Maria yang menyambut kelahirannya yang ke-10 tahun sebentar tadi.
“Maria teman Kak Aishah balik boleh? Ajak Uncle Jefry dengan kawan-kawan Uncle sekali,”
Aishah dan Daim dua-dua terpana. Daim macam tak sangka, Kak Julie akan menyuruhnya menemankan Aishah balik walaupun hakikatnya Maria yang disuruh.
“Eh! Takpelah kak. Bukan jauh pun. Selang 5 rumah je,” gelat Aishah.
“Eh! Mana boleh. Akak dengan abang dah janji nak hantar Aishah balik dengan selamatnya,” Kak Julie memegang pergelangan tangan Aishah.
“Jom Uncle Daim, teman Maria hantar Kak Aishah balik,” Maria menarik tangan Daim dan Aishah ke depan. Daim dan Aishah terpaksa akur.
Selepas Maria menarik lengan Uncle Jefrynya dan Jefri. Mereka pun berjalan ke menuju ke rumah Aishah. Sepanjang dalam perjalanan, Aishah lebih gemar senyap dan hanya melihat gelagat Jefry dan Jefri melayankan Maria dihadapannya. Daim berjalan bersebelahan dengan Aishah tapi pada jarak yang membolehkan sebiji kereta melaluinya.
Daim merangka ayat dikepalanya bagi mendapatkan nombor telefon Aishah. Aishah pula berkali-kali mencuri pandang kepada Daim.
“Pojie, kau dah dapat belum nombor telefon Aishah?” soal Jefri yang merapati Daim. Daim hanya mengeleng.
“Apasal tak dapat lagi? Tadi bukan main tekad lagi,” perli Jefri.
“Macam mana nak dapat. Kau tengoklah, jalan pun sorang ukur lebar sana sorang ukur lebar sini. Bila masa nak dapatnya,” cerita Daim.
“Kau ni lambatlah,” Jefri kembali ke depan.
Sampai je di rumah Aishah,
“Ok! Dah sampai dah. Thank you Maria sebab hantar kakak balik,” Aishah mengosok ubun-ubun Maria.
“Sama-sama,” jawap Maria sambil tersenyum.
“Pada Maria je ke? Kami pun tolong temankan juga,” Jefri pula bersuara.
“Hehehe...sekali kepada kamu bertiga juga. Terima kasih, ” ketawa Aishah.
“Terima kasih je?” soal Jefri lagi. Kali ni Daim pula terasa pelik. Aishah dah buat muka cuak-cuak ayam.
“Nak ucap apa lagi ye?” soal Aishah.
“Paling-paling kena bagi nombor telefon pada kita orang. Bukan apa, kot-kot kami sesat sampai ke Melaka, boleh juga kami cari Cikgu Aishah ni nanti,” briliant! Geliga kepala otak Jefry ni.
“Ha'a betul tu. Manalah tau boleh bawa kami makan asam pedas ke?” Jefri menambah.
“Tapi mana tau saya mengajar di Melaka?” soal Aishah kehairanan.
“Oh! Abang saya bagitau tadi,” back up Jefry. Padahal Kamarul yang bercerita.
“Oh! Ye ke? Insyallah boleh. Kalau datang Melaka, call la Insyallah boleh saya bawa berjalan. Ni nombor telefon saya. Kalau nak call tu, mesej dulu ye kenalkan diri. Saya kurang sikit nak menjawap panggilan orang yang saya tak kenal,” Aishah mengeluarkan busnies kadnya dari dalam purshe. Dihulur kepada Jefry. Daim hanya memerhatikan sahaja.
“Aik! Kata cikgu. Ni busnies kad agen perlancongan. Mana satu ni?” soal Jefri yang menjengah ke busnies kad Aishah di tangan Jefry. Daim pun bila dengar je soalan Jefri, dia pun turut sama menjengah.
“Tu syarikat perlancongan Abang Long saya. Saya ni membantu apa yang patut je. Tapi part time je. Full time mengajar,” terang Aishah.
Oh I see. Macam ni kenalah buat rombongan Cik Kiah ni nanti. Boleh ke?” soal Daim pula.
“Boleh. Umm, tak mengapalah. Saya masuk dulu ye? Assalamualaikum,” Aishah melangkah masuk ke rumahnya. Hilang je Aishah dari pandangan mata mereka, Daim terus menyambar busnies kad Aishah.
“Oh! Thank you my friends,” Daim mencium busnies kad Aishah.
“Oi! Aku yang dapatkan, so, aku punyalah,” provok Jefry.
“Alah, aku yang terdesak sekarang ni. Pass dekat akulah,” pujuk Daim.
“Ah! Takde, takde. Aku dapat aku punyalah,” Jefry mengagah Daim.
“Woit! Patut aku yang dapat. Aku yang bagi ayat bunga bakawali tadi. Nak harapkan kau, Pojie? Alamat jawapnya esok pun belum tentu dapat lagi,” usik Jefri pula.
“Kau kan dah ada Zue? Lainlah macam aku dengan Pojie ni. Iyelah single mingle lagi. Tapi Pojie kira down sikitlah single dia sebab lagi 2 minggu tak bawak balik calon menantu dia kena kahwin dengan pilihan mak dia. Hahaha...” ketawa besar Jefry. Maria memandangnya dengan muka pelik.
“Alah! Aku bukan tak nak mintak tapi takde peluang macam tadilah,” Daim cuba mempertahankan dirinya.
“Tapi takpelah, Pojie. Disebabkan aku kesian dengan kau yang tak nk kahwin dengan pilihan mak kau, maka kau amik jelah nombor telefon Cikgu Aishah tu. Kalau jadi jangan pula lupa jemput kami,”
Thanks my friends. Koranglah kawan sejati dunia akhirat,” Daim cuba memeluk kawan-kawannya.
“Oit! Apa ni? Main peluk-peluk pulak? Gelilah oii...” Jefry melibas lengan Daim kemudian lari dengan Maria, Maria sekali.
“Bukan korang suka ke?” jerit Daim sambil tergelak.
Jefri dan Jefry serta Maria dah hilang dipandangan Daim. Dah membolos masuk ke dalam rumah. Daim menoleh ke belakang sejenak. Minta-minta inilah jodoh buatnya. Aishah secantik namanya secantik pekertinya secantik senyumannya.
Daim melangkah masuk ke rumah Abang Tom. Menutup pintu pagar, menuju masuk ke dalam rumah dan tiba-tiba...
Prap..
Kedengaran bunyi ranting kayu di pijak orang. Daim menoleh ke belakang dan ternampak kelibat seseorang berlari laju dihadapannya. Daim terasa seram semacam. Terasa macam ternampak...H.A.N.T.U! Apa lagi, berlarilah Daim masuk ke rumah. Hailah Daim, dalam pada macho tetap hancur. P.E.N.A.K.U.T.