Bab 15.
Status Daim dalam
laman sosial facebook yang berbunyi,
'Agaknya siapalah
yang sudi menjadi isteri aku ye?' berjaya mengundang berpuluh komen sekali
jalan. Ramai yang memberikan feedback
positif.
“Ni dah cukup baik.
Nasib kaulah Facebook, aku gunakan kau ke arah kejahatan sekejap. Hahaha...
Alah bukan jahat sangat pun. Jahat sikit je. Jahat sebab tak nak kahwin dengan
pilih mak je pun. Jahat tang lain aku tak buat,” tersengih Daim keseorangan di
depan laptop kesayangannya.
Dibaca satu persatu
komen yang diberikan. Siap ada yang sudi offer diri lagi. Tak kurang juga yang
memberikan idea. Siap kena kutuk pun ada. Ha bab yang mengutuk tu siapa lagi
kalau tak bukan yang mengutuk tu, Delita dan Delila! Daim buat tak kisah je.
Janji tempoh sebulan yang diberikan terlaksana.
Ada beberapa nama
yang berjaya disenarai pendekkan. Sengaja je Daim buat ayat memikat. Bak kata
orang kalau nak memancing ikan, kena pakai umpan yang sesuai barulah ikan
terjerat dan tak sangka pula 'ikan-ikan' ni jenis jinak semuanya. Apa lagi,
umpan menjadilah! Hahaha.. Ketawa setan kejap 2 saat.
Daripada
bertukar-tukar komen, kepada saling berchating. Daripada saling berchating,
saling berbual. Lepas ni dari saling berbual bertukar pula kepada saling
berjumpa. Hehehe...gatai hangkan Daim? Ish...Ish...Ish...
###
“Pojie, apa cerita
projek kau mencari calon menantu buat mak kau tu? Berjaya tak?” tegur Jefry
sambil menyidai tuala di kepala katil.
“Apa dia? Pojie ada
projek baik punya ke?” Mansur yang entah dari mana tiba-tiba je datang meyergah
perbualan mereka.
“So far, so good. Banyak yang bagi respond
positif,” jawap Daim sambil tanyanya leka menaip mesej kepada Ain, rakan facebooknya.
“Wah! Kau ada nak
ceret mana-mana budak ke?” Mansur masih cuba menyelah.
“Ceret lutut Lu,”
Daim membaling bantal kepada Mansur,.
“Kau ni kan Menjo,
tak adalah benda lain dalam kepala otak kau kan? Asyik nak menceret je
kerjanya. Kau ni cubalah bawa bertaubat sikit,” Jefry pula mencampakkan selimut
kepada kepada Mansur.
“Alah, Lu sapa,
Jefry nak nasihat Wa? 'Potong' pun belum ada hati nak nasihat aku. Blahlah,”
Mansur naik hangin kemudian mula melangkah pergi.
“Oi! Sungguh pun
aku belum 'potong', tapi aku tahu halal haramlah. Apa guna kalau dah 'potong'
tapi tak pandai nak jaga harta sendiri? Main tujah je semua yang kau jumpa,”
pekik Jefry pada Mansur.
“Memang nak mati
budak Iban ni. Siap kau,” Mansur menoleh kebelakang dengan penuh api kemarahan.
“Apa Iban, Iban?
Tak puas hati, marilah tumbuk,” api Jefry. Mansur semakin panas hati. Langkah
dicepatkan kepada Jefry.
Daim yang melihat
keadaan semakin tegang mencampakkan laptopnya disebelah. Mansur dah semakin
menghampiri Jefry. Jefry statik pada tempatnya. Bersedia untuk diserang.
Penumbuk dihayunkan tepat ke muka Jefry namun sempat ditahan oleh Daim.
“Korang apahal? Nak
bertumbuk bagai ni?” tahan Daim. Beberapa orang memegang Mansur, manakala Jefry
ditahan oleh Daim.
“Pojie, kau ke
tepi. Bagi aku hayun budak Iban ni. Dasar kurang ajar,” pekik Mansur.
“Ha'a, sana kau
Pojie. Biar dia tumbuk aku. Hei! Aku tak takutlah,” api Jefry sambil cuba
menolak Daim ke tepi.
“Menjo, Jef bawak
bertenang. Korang tahu tak apa hukuman kalau bertumbuk dalam kem? Korang nak
kena tindakan tatatertib ke?” Daim menahan kedua-duanya dengan tangan.
“Budak Iban ni
mulakan dulu,” jerit Mansur sambil kakinya cuba untuk menembusi badan Jefry.
“Woi! Budak Tujah,
kau yang buat tahi dulu tuduh aku,” Jefry pun dah mula berhangin.
Jefry dan Mansur saling berbalas kata.
Daim ditengah-tengah menjadi bahan pergerakan anggota badan diaorang. Kesian
Daim menjadi mangsa keadaan.
“Sudah! Aku cakap
sudah. Tak akan sebab benda kecik korang nak besar-besarkan? Macam budak kecik
tahu tak?” pekik Daim.
“Kecik kau cakap,
Pojie? Dia kutuk aku kau tahu tak? Dipanggil aku Budak Tujah,” Mansur
memberontak,
“Menjo, Jefry
nasihatkan kau je yang kau terasa kenapa? Kalau kau tak buat kau nak terasa
apasal?” Daim terpaksa meninggikan suara dengan keadaan yang tegang sekarang
ni.
“Pojie, kau jangan
nak sebelahkan Budak Iban ni pula. Aku tahulah kau dengan budak Iban ni kawan
baik,” mata Mansur penuh dengan api kemarahan.
“Aku just cakap apa yang betul. Kau buat tu
pasal kau terasa. Cuba kau tak buat sure kau tak terasa punya,” Jefry pula
bersuara.
“Jef, kau ni boleh
tak jangan nak bagi panas line? Mulut
kau tu kasi cover sikit boleh tak?”
tegur Daim.
“Menjo, aku tak
sebelahkan siapa-siapa pun dalam hal ni. Dua-dua pun kawan aku. Siapa betul aku
sokong siapa salah aku tentang. Jefry tadi tegur kau je yang kau terasa amat
sangat ni kenapa?” Daim cuba mengawal situasi supaya suara masing-masing tidak
kedengaran sampai ke luar.
“Ah! Persetan sama
korang,” Mansur melepaskan badannya dan berlalu keluar.
“Kau ni Jefry, lain
kali boleh tak cakap tu berlapik sikit? Kau macam tak tahu pula perangai Menjo
macam mana? Kali ni aku boleh tolong kau, lain kali kalau dia buat apa-apa
dengan kau aku tak dapat nak back up kau lagi,” bebel Daim pada Jefry.
“Dia yang mulakan
dulu. Aku cakap je. Tapi dia panggil aku apa? Budak Iban tahu tak?” Jefry
menyatakan kemarahannya.
“Kau nak marah
sangat ni kenapa? Dah memang kau budak Iban pun kan?”
“Ah! Malas aku
layan kau. Sama je macam orang lain panggil aku Budak Iban,” Jefry terus baring
kemudian menarik selimut dan menutup mukanya.
Daim pun tak faham
dengan perangai Jefry yang susah sangat nak mengaku dia seorang Budak Iban
sejak dari masuk dalam rekut lagi. Entah apa masalah budak sorang ni, tak nak
mengaku bangsa dia, Iban. Kalau orang tanya jawapannya mesti Anak Peribumi
Sarawak beragama Kristian.
“Alamak, Ain...”
berlari Daim memanjat katilnya. Dicapai laptopnya. Chatting box penuh dengan
mesej dari Ain.
Sori ye Ain. Sini de rusuhan tadi.
Aleh, rusuhan ke isteri panggil
La mana de isteri. Kalo ada, takdelah
saya mesej dengan Ain.
Mulut manis. ;(
Mana ada manis. Pernah rasa ke?
Nak bagi rasa ke? ;)
Eh! Takpe-takpe belum masanya lagi.
“Boleh tahan jugak
minah ni,” Daim bermonolog sendirian.
Ain, jom jumpa nak?
Nak, nak, nak...jumpa kat mana? You
datang sinilah.
Sini tu kat mana?
Ala ngade tau.
Ye la mana saya tau awak kat mana.
You datannglah KL. Kita study sinilah.
Oic. Kita jumpa sabtu ni boleh?
Ok, cyunk. you belanjakan?
“Wah! Belum apa-apa
dah nak suruh belanja bagai? Umm...”
“Ko cakap dengan
sape tu, Pojie?” tegur Jefry.
“La tak tidur lagi
kau?” Daim membalas. Terkejut Daim bila tiba-tiba Jefry bersuara.
“Belum lagi. Tak
boleh nak tidurlah. Kau borak dengan sape?” Jefry menyoal sekali lagi dan
kemudian duduk di katilnya memandang Daim.
“Tak ada siapalah.
Kau tidurlah. Kira kambing nanti mesti boleh tidur punya,” mata Daim masih
setia memandang ke skrin laptopnya.
Ok. Kita tengoklah bajet sy nanti yerk? Kalau ada sy belanje awak.
Kalau tak belanje diri masing-masing
“Tak boleh bagi
muka sangat. Kang habis pokai aku,” hati Daim bersuara.
Awk ni kedekutlah. Oklah nak out dah ni.
Nanti kita mesej awak ok? Babai cyunk.
“Geli aku,”
meremang bulu tengkuk Daim dengan perangai Ain.
“Jefry, kau free tak sabtu ni? Ikut aku pi KL, mau?”
pelawa Daim.
“Apa dia? KL? Nak
buat apa?” Jefry yang dah baring duduk kembali.
“Nak jumpa My first Calon Menantu Mak aku le. Mau
tak?” soal Daim sambil mengemas laptopnya. Di simpan dalam beg sandang dan
dimasukkan ke dalam lokernya.
“Mau tak?” soal
Daim sekali lagi selepas mengunci lokernya.
“Nanti aku check
jadual aku dulu,” balas Jefry.
###
“Pojie, mana kau
punya calon menantu mak kau yang pertama ni?” soal Jefry yang dah bosan
menunggu.
“Wah! Ayat nak
skema. Hehehe... Jap lagi sampailah kot,” mata Daim melilau memandang
sekalilingnya. Mana Ain ni?
“Kau betul-betul
pasti ke tempat ni yang kau janji dengan dia?” soal Jefry lagi. Dah naik kematu
bontotnya menunggu lebih 2 jam dekat KFC, KLCC.
“Memang sinilah
tempatnya. Maybe LRT lambat kot,”
back up Daim walaupun, padahalnya dia pun dah hilang sabar dengan kelambatan
Ain.
“Tu jelah modal kau
pun, Pojie. Cuba kau call dia,”
cadang Jefry.
“Ha'a kan. Sat no,”
Daim mengeluarkantelefon bimbitnya dan mula mendail nombor Ain. Jefry menepik
dahinya. Apa punya kawanlah?
Lama di tunggu
panggilan berjawap.
“Hello, Ain. Awak kat mana?” soal Daim.
“Hello. Tunggu jap yerk? Kita on the way,” balas Ain tercungap. Talian
dimatikan.
“Dia on the way,” telefon bimbitnya
dimasukkan ke dalam poket seluar.
“Dari tadinya on the way. Ni on the way baru nak mandi ke on
the way baru nak keluar rumah ke dah on
the way kat depan pintu KLCC ni?” soal Jefry bernada perli.
“Entah. Aku tak
tanya pula. Kita tunggulah kejap. Sat lagi mai lah dia. Ha, satu lagi, depan
dia kang kau panggil aku Daim je. Dia tak tau nama samaran aku,” jawap Daim.
Tunggu punya tunggu
punya tunggu, jam menunjukkan dah sejam lebih dah masa berlalu.
“Pojie, sah aku
cakap dengan kau tadi dia ni on the way
nak mandi,” bicara Jefry dah semakin berasap akalnya sebaik je Daim kembali
dari solat Zohornya.
Daim hanya membisu.
Kalau menjawap sure kena fire dengan Jefry punya. Tak lama selepas
tu, Daim menerima mesej dari Ain yang dia tak dapat datang sebab tiba-tiba pula
kena balik kampung datuk dia jatuh tangga. Daim dah merengus kasar. Kot iya pun
cakaplah awal-awal. Tension aku!
“Jom balik,” Daim
mengajak Jefry yang dah landingkan kepalanya di meja KFC kerana kepenatan
membebel dan menunggu.
“Balik? Mana aweksss kau tu?” soal Jefry mengangkat
kepala.
“Atuk dia jatuh
tangga. Dia kena balik kampung,” balas Daim.
“Ceh! Penat je kita
menunggu dia kat sini. Sekali boleh dia cakap macam tu? Peh! Terbakar aku,
Pojie,” Jefry dah mengepal penumbuknya.
“Alah, benda tak
boleh nak elak. Dah jom balik,” Daim dah mengangkat pinggulnya. Dia jalan
dahulu sebelum Jefry.
Sambil berjalan tu,
mulut Jefry asyikkan membebel pasal Ain. Macam mak nenek je lagaknya.
Kejap-kejap di pegang kepalanya yang terasa berdenyut. Pening kepala Daim
mendengarnya.
“Eh! Jefry, kau
boleh tak senyap. Peninglah kepala aku dengar bebel kau. Macam mak nenek,”
tegur Daim yang dah tak dapat menahan berair telinga dengar bebel Jefry.
“Pojie, aku bebel
untuk kebaikan,” Jefry back up dirinya sendiri sambil membuka pintu kereta.
“Yelah. Aku tau.
Tapi sikit-sikit sudahlah. Malu tau semua orang tengok kau membebel tadi. Dah
macam aku ni pakwe kau pula, kau membebel macam tu. Macam gay. Ish! Simpang
Malaikat 44 aku,” Jefry hanya ketawa. Tangannya sengaja memegang peha Daim.
“Dah kau jangan nak
macam-macam. Geli aku. Aku sembelih kau kang,” ditepis tangan Jefry.
“Ala janganlah
macam tu bang,” galak Jefry 'mengoda' Daim.
“Astagfirullah
budak sekor ni. Aku tinggalkan juga kau kat sini ni kang,” Daim dah semakin tension.
“Hahaha...” gelak
besar Jefry.
“Kau nak gelakkan
kan? Kau gelak kat luar,” Daim semakin bengang.
“Hahaha...kau ni
memanglah bab ni tak boleh nak bergurau,”
“Sangguplah pula
aku nak bergurau dengan kau bab-bab yang ini kan?” pekik Daim.
“Ok...ok...aku tak
kacau kau dah,” Jefry dah surut ketawanya. Daim hanya diam.
“Pojie, alang-alang
dah dekat sini, alang-alang aku dah sakit hati dengan aweksss kau tu, apa kata
kau bawa aku pi jalan-jalan. Aku ingat nak pi Low Yatt kejaplah. Nak cari game
baru,” ajak Jefry. Daim hanya menganguk. Enjin kereta dihidupkan dan kereta pun
meluncur sangkut-sangkut ke Low Yatt. Al-Maklumlah, jalan kat KL ni kan selalu
Jam. So, jalan pun sangkut-sangkutlah.
###
Di Low Yatt,
Lepas satu tempat
ke satu tempat Jefry singah. Entah apalah jenis game yang dicarinya. Semua di
cubanya. Di belek-belek sinopsis jalan cerita. Tapi nak buat macam mana, Jefry
ni dah memang kaki game. Hanya game yang betul-betul berkualiti je yang akan
dipilihnya.
“Jef, aku nak pi
cari GPS jap. Kau carilah game kau
dulu,” Jefry hanya mengangguk dan Daim pun mulakan pencarian GPSnya.
Sepertimana Jefry, Daim
pula memang kaki latest gajet baru
ni. Kali ni, Daim nak survey harga
GPS di Ipoh dengan di Low Yatt. Kalau Low Yatt lebih murah berbanding di Ipoh,
memang wang akan habis di sini jelah.
“Pojie, lama lagi
ke?” tegur Jefry dari belakang.
“Kau dah beli ke game kau?” soalan berbalas soalan.
“Dah. 5 sekali aku
balun. Hahaha...” ketawa Jefry bila apa yang dicarinya berjaya dibeli.
“Warna ni ok tak?”
di tunjukkan GPS warna merah jambu pada Jefry.
“Pink? Dalam hati ada taman beb,” cebik
Jefry.
“Hehehe...dah agak
dah. Mesti muka kau macam tu punya.
“Serius ke Lu amik pink?” soal Jefry sambil mengambil GPS di tangan Daim.
“Taklah. Aku amik
warna basic je. Warna silver. Sesuai dengan imej kereta aku
warna silver,” Jefry hanya
mengangguk.
“Berape rat ni?”
soal Jefry sambil membelik.
“Kenapa tanya? Nak
beli juga ke?” soal Daim sambil menunggu tokey kedai menguruskan urusan
pembeliannya.
“Takdelah. Aku
tanya je. Lagi pun kalau aku beli, aku nak letak mana? Harapkan lesen je dah
penuh, kereta aku tak beli lagi” Jefry menyerahkan kembali GPS Pink kepada
Daim.
“Boleh je. Kau
gunalah masa kita masuk hutan,” slamber
je jawapan Daim.
“Tak payah. Nak
cangih mangih masuk hutan ni nak buat apa? Tak adventured!” jawapan Jefry mengundang tawa Daim.
“Terima kasih ar tokey,” plastik bertukar tangan.
“Ok...Ok...next time datang lagi arr?” angguk Si
Tokey
“Mo wen Tea,” jawapan Daim yang bermaksud
'tiada masalah'.
Selesai urusan urus
niaga, jam menunggukkan tepat jam 5 petang. Dah masuk Asar.
“Jefry, aku nak
solat jap. Kau tunggulah kat mana-mana jap. Boleh?”
“Aku tunggu kau
dekat sini jelah.” balas Jefry.
“Kau bawa sekali
barang aku ni yerk? Jagalah dia sepertimana kau menjaga diri kau ok?” arah
Daim.
“Wah...wah! Banyak
songeh kau kan? Cepat sikit,” not suara Jefry dikuatkan sedikit. Daim terus
berlari ke arah surau.
Jefry pula melilau
mencari tempat duduk. Semua mata memandangnya semacam. Jefry pula merasa
semacam. Aku ada bawa alien sekali ke? Matanya memandang sekeliling badannya.
Tak ada pun.
“Wow! Berbelanja
macam perempuan,” terdengar suara sumbang memerlinya.
Jefry memandang bag
yang dibawanya. Padanlah. Bergerendik rupanya. Dengan barang Daim, satu bag
plastik besar. Barangnya pun dua tiga bag plastik tambah lagi dengan bag
sandang Daim. Jadi memanglah orang pandang dia semacam. Haiyak. Ah! Lantaklah.
Jefry terus duduk
di kerusi berdekatan dengan pntu keluar. Di keluarkan MP4nya melayankan
lagu-lagu Link Park dan Lady Gaga. Teranguk-anguk kepalanya melayankan musik
berirama keras. Volume pula memang maha dasyat. Orang sebelah pun boleh dengar
jelas. Memang dasar nak bagi pecah gegendang telingalah. Tanganya pula leka
membelik game yang baru dibelinya.
“Jef, jom,”
sentuhan Daim mengejutkannya. Terus di tarik headphonenya.
“Terkejut aku,”
Jefry memegang dadanya.
“Sorry. Aku tak niat nak buat macam tu.
Aku panggil kau buat bodoh je,” jawap Daim.
“Dah habis solat
ke? Cepatnya?” soal Jefry. Dirasakan baru kejap sangat dia duduk di kerusi ni.
“Ha'a tak ramai
orang pun. Siap je aku jalanlah. Lagi pun kau jugak suh aku cepat kan? Jef, jom
cari benda nak makan dulu. Laparlah pula,” ajak Daim.
“Aku ok je. Kita
makan nasi boleh tak? Aku ni sehari tak makan nasi, aku berdosa besar pada
perut aku ni,” soal Jefry.
“Apa-apa jelah,
Jefry,” balas Daim.
Jefry mengangkat
barangnya sambil menurut Daim dari arah belakang. Dia berhenti sekejap untuk
memasukkan MP4nya ke dalam poket seluar. Sekali, tiba-tiba Jefry tergolek ke
depan bila dirempuh kuat oleh sesuatu benda. Dilihat seorang lelaki tua, baik
je melintas disebelahnya selepas merempuhnya. Siap gelak ketawa lagi dengan
perempuan muda sebelahnya. Bukan main mesra lagi. Hilang sabar Jefry.
“Oit! Dah langar
orang tak reti nak minta maaf ke?” jeritan Jefry mengundang mata-mata berhenti
memerhatikannya. Termasuklah pasangan 'Muda-Tua' tadi. Daim pun menoleh ke
belakang. Apasal pula Jefry ni?
“Mata letak dekat
lutut ke?” jerit Jefry lagi.
“You are talking with me?” Orang tua tu
bersuara.
“Habis nak cakap
dengan siapa pulak? Dengan dinding konkrit ni ke? Dah mestilah dengan kau,
orang tua!” hambik kau Jefry dah keluarkan bahasa pedasnya.
“How dare you say me like that?” speaking
pula orang tua ni.
“Yes, very dare. Any problem?” Jefry dah
melangkah ke depan. Perempuan muda sebelah lelaki tua tu dah menarik-menarik
lengan lelaki tua tu.
“Baby, janganlah macam ni. Malulah,”
rengek perempuan muda tu.
“Beb, apasal ni?”
Daim menangkap tangan Jefry.
“Ni ha, orang tua
ganyut tak sedar diri ni ha dah langar orang tak pandai nak mintak maaf,” kuat
suara Jefry keluarkan.
Daim menoleh kepada
orang yang Jefry maksudkan. Matanya tertangkap kepada perempuan muda disebelah
lelaki tua tersebut. Macam aku kenal je perempuan ni. Kat mana ye? Daim terus
melangkah tanpa sedar terus kepada perempuan muda tu. Tanganya menunjuk ke arah
depan. Lebih tepat kepada perempuan muda tu. Jefry pula yang terkejut dengan
tindak tanduk Daim. Apasal pula mangkuk ni? Jefry pun melangkah ke depan juga.
“Macam kenallah,”
tangannya masih setia menunjuk kepada perempuan muda tu.
Perempuan muda tu
menoleh kepada Daim dan surprise!
Memang mengejutkan sebab perempuan tu tiba-tiba menjadi kalut semacam.
Mata Daim semakin
mengecil. Sah! Memang dia mengenali siapa perempuan muda tu. Ain!Inilah dia perempuan yang sepatutnya keluar dating dengan
dia. Orang tu tak lain dan tak bukan adalah Ain! Ye Ain. Memang sah Ain sebab
diaorang pernah 3G berdua sebelum, sebelum dating hari ni. Melihatkan dari cara
pemakaian Ain menguatkan lagi firasat Daim yang dihadapannya adalah AIN.
Walaupun tak pernah berjumpa, tetapi lobak hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku...hehehe...
melalut le pula.
“Ain,” Daim dah
berhenti menunjuk. Jefry pula keliru. Ain?
“Eee...eh! Bukan. I
bukan Ain. I...i... Laila. Ha Laila,” gagap Ain.
“Takyah tipulah.
Gagap-gagap macam ni memang betullah tu,” tenang je suara Daim menuturkannya.
Tangannya disilangkan.
“Baby, jomlah jalan,” rengek Ain yang dah
semakin tak selesa dengan pandangan Daim. Aduh! Macam mana pula boleh jumpa
dekat sini pula.
“Darling, you kenal ke dua budak ni?”
soal Si Orang Tua.
“Lah! Ingatkan Mat
Salleh manalah speaking bukan main
sekali pandai pula cakap bahasa melayu,” Jefry pula bersuara perli. Ain pula
semakin resah.
“Ain,” panggil
Daim. Ain menoleh seklias kemudian kembali memandang kepada 'Baby Tuanya'.
Alamak, kan dah kantoi.
“Sah awak ni, Ain.
Ni datuk awak yang jatuh tangga tu ke?” perli Daim pula. Semakin tak keriuan
Ain.
“Apa kau panggil
aku budak mentah? Datuk Ain?” tengking Si Orang Tua.
“Awak ni bukan
datuk Ain ke?” Daim bersoalan memerli.
“Kurang ajar.
Berani kau panggil aku macam tu?” Si Orang Tua mula mengeluarkan sesuatu dari
dalam kocek bajunya. Daim dan Jefry relaks ditepi. Sepucuk pistol dikeluarkan.
Berlari bertaburan semua yang awalnya memandang aksi pertelingkahan mereka
tadi. Termasuklah Ain. Dia pun dah melarikan diri ke sebelah. Lebih tepat duduk
menyorok di bawah meja.
“Matilah korang,”
jerit Si Orang Tua. Daim dan Jefry yang memandang sambil menyilangkan tangannya
meleraikan tangannya. Mereka saling memandang.
Daim memberikan
isyarat mata kepada Jefry dan Jefry menganguk. Dalam kiraan 3, mereka pun
berlari ke arah Si Orang Tua. Kalut Si Orang Tua dengan tindakan mereka berdua.
Dalam jarak beberapa meter apa je yang boleh difikirkan. Si Orang Tua hanya
terkaku sambil cuba untuk melepaskan tembakan sebarang. Daim dengan segera
mencapai pistol yang ditangan kanan Si Orang Tua dan bertubi-tubi tembakan
disasarkan ke udara. Jefry melipat lengan kiri Si Orang Tua ke belakang. Daim
terus mencapai pucuk pistol bila Si Orang Tua mengerang kesakitan bila
tangannya direntap kasar oleh Jefry. Bila melihatkan pistol sudah berada
ditangan Daim, direntap tangan kiri Si Orang Tua ke belakang. Daim dengan
segera membuang kesemua butir peluru didalam pistol.
Semua yang
memandang, pada asalnya dah melarikan diri untuk menyelamatkan diri bertepuk
tangan dengan kemahiran yang ditunjukkan oleh Daim dan Jefry.
“Call polis sekarang!” pekik Jefry kepada
semua yang ada. Mengigil tangan masing-masing mengeluarkan handphone. Agaknya
tersentak dengan jeritan Jefry.
Si Orang Tua
semakin mengerang kesakitan di gasak oleh Jefry. Daim merapati Ain yang
kelihatan fobia disebelah.
“Ain, siapa laki
ni?” soal Daim.
“I...I...I...tak kenal sangat dia, Daim. I baru je dengan dia,” tergagap Ain
menjawap.
“Habis, sebab
dialah awak tak datang jumpa saya?” soal Daim yang dah mencangkung disebelah
Ain. Ain hanya mengangguk.
“Ain, awak nampak
tak apa ni? Pistol. Maknanya apa? Dia orang jahat. Awak tak boleh beza antara
orang jahat dengan orang baik ke? Awak kelam mata dengan duitkan? Awak ni...”
Daim ingin
menyambung kata-katanya tapi terpaksa di abaikan bila polis sudah pun sampai.
Jefry menyerahkan Si Orang Tua kepada polis dan Daim juga menyerahkan pistol
dan peluru kepada pihak polis. Ain pun turut di bawa masuk kedalam kereta
polis.
“Terima kasih atas
bantuan Encik berdua,” Daim dan Jefry bersalaman dengan pegawai polis
berkenaan.
“Tak menjadi
masalah. Tanggungjawab bersama,” jawap Jefry.
“Kalau tak
keberatan, boleh saya tahu siapa Encik berdua ni? Setahu saya hanya orang yang
profesional je yang tahu nak buat apa. Betul tak?” soal Pegawai Polis
berkenaan.
“Kami orang biasa
je,” jawap Daim sambil memandang sekilas kepada Ain yang dah dibawa pergi.
“Mustahil! Encik
berdua ni anggota polis juga ke?” Jefry dah mengaru kepala. Dia menunggu
jawapan yang keluar dari mulut Daim. Daim berpangkat ketua kepadanya. Biarlah
Daim yang menjawap.
“Tuan, kadangkala
ada benda yang orang luar tak perlu tahu siapa kami. Tapi apa yang boleh kami
cakapkan, kami pun macam Tuan juga. Cuma profesion
kita dibidang berlainan. Tuan di menjaga keamanan sejagat. Kami mengawal
keamanan Negara,” Daim menjawap kemudian tersenyum. Pegawai Polis berkenaan
hanya mengangguk faham.